Surat Kebenaran Menjalankan Projek Khidmat Masyarakat

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Surat Kebenaran Menjalankan Projek Khidmat Masyarakat as PDF for free.

More details

  • Words: 364
  • Pages: 3
SURAT PERMOHONAN UNTUK MENJALANKAN PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT SMK Putrajaya Presint 9 (2) , Jalan P9A1 Presint 9, 62250 Wilayah Persekutuan , Putrajaya .

Pengetua , Tuan , Memohon Menjalankan Projek Khidmat Masyarakat Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk . 2. Saya , Iylia Nabila binti Sujana bersama-sama 15 ahli kumpulan yang lain dari SMK Putrajaya Presint 9(2) , sedang menjalankan projek Khidmat Masyarakat . Untuk pengetahuan tuan , projek ini merupakan komponen wajib dalam mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 5 . 3. Sehubungan dengan itu , kami ingin memohan kebenaran daripada pihak tuan untuk menjalankan satu projek bertemakan “Masih Ada yang Sayang” . Tajuk projek Khidmat Masyarakat kumpulan kami ialah “ Projek “ . Tujuan projek ini ialah untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan memupuk semangat mereka . 4. Sekiranya kami dibenarkan menjalankan projek ini di tempat tuan , kami akan berbincang dengan pihak tuan tentang aktiviti yang sesuai dijalankan dengan lebih terperinci pada masa yang ditetapkan . 5. Kami amat berharap agar permohonan ini diluluskan dan kerjasama daripada tuan amat kami hargai . Kami ingin merakan jutaan terima kasih atas sokongan dan keprihatinan tuan . Sekian. ‘SEDIA UNTUK NEGARA’ Saya yang menjalankan tugas,

IyliaNabila …………………………………. (IYLIANABILA BINTI SUJANA) Setiausaha, Projek Khidmat Masyarakat , 5 Sains 1 , SMK Putrajaya Presint 9(2) .

SURAT PENGHARGAAN KEPADA Smk Putrajaya Presint 9(2) , Jalan P9A Presint 9 , 62250 Putajaya .

Pengetua ,

Tuan , Ucapan Penghargaan Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk . 2. Kami ahli kumpulan Projek Khidmat Masyarakat “” yang telah menajalankan projek tersebut di tempat tuan ingin merakan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas kerjasama yang diberkan kepada kami untuk menjayakan projek ini . 3. Untuk pengetahuan tuan , kami telah berjaya melaksanakan projek Khidmat Masyarakat kami pada tahun ini dengan lancar dan sempurna . Banyak nilai dan pengajaran telah kami peroleh semasa menjalankan projek ini . 4. Akhir kata , sekali lagi kami ingin mengucapkan terima kasih dan berharap agar tuan dapat memberikan kerjasama yang serupa pada masa akan datang . Sekian . Yang menjalankan tugas ,

IyliaNabila ........................................... (IYLIA NABILA BINTI SUJANA) Setiausaha, Projek Khidmat Masyarakat , 5 Sains 1 , SMK Putrajaya Presint 9(2) .

Related Documents