SMK DESA WAWASAN PETI SURAT 322, 89657 TAMBUNAN, SABAH TEL: 088-899504 FAX: 088-899505 H/P: 014-9554826 EMEL:
[email protected] Rujukan kami: BIL. 2/ 2018 Tarikh: 28 Februari 2018
Yenny Christie Joloni, 89657, Tambunan, Sabah. Tuan / Puan, JEMPUTAN SEBAGAI JURI PERTANDINGAN MEMASANG PLUG 3 PIN ANJURAN KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU TEKNIKAL BIDANG VOKTEK SMK DESA WAWASAN Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kemahiran Hidup Bersepadu Teknikal di bawah Bidang Vokasional dan Teknik SMK Desa Wawasan akan menganjurkan pertandingan memasang plug 3 pin seperti ketetapan berikut: 2.1
Tarikh
: 01 April 2018
2.2
Masa
: 10:00 Pagi
2.3
Tempat
: Dataran Ilmu, SMK Desa Wawasan
3. Sehubungan dengan itu, pihak kami amat berbesar hati untuk menjemput pihak tuan/puan untuk menjadi juri bagi pertandingan memasang plug 3 pin yang diadakan seperti ketetapan di atas. 4. Kerjasama dan kesudian pihak tuan/puan untuk menerima jemputan ini didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian, terima kasih. Yang menjalankan tugas, ………………………………………. (NUR HETYKA BINTI MARTINUS) Guru Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (Teknikal) SMK Desa Wawasan