Asaimen Tteknologi.docx

  • Uploaded by: NUR HETYKA MARTINUS
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Asaimen Tteknologi.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,069
  • Pages: 5
PENGENALAN Setiap proses pengajaran perlu ada matlamat yang jelas dan perlu dicapai pada akhir pembelajaran. Justeru, rancangan pengajaran yang lengkap dan sistematik turut dipengaruhi oleh reka bentuk pengajaran (RP) yang diaplikasikan oleh guru. RP merupakan terjemahan prinsip-prinsip umum pengajaran-pembelajaran kepada bentuk perancangan bahan dan penyampaian pembelajaran bahan melalui satu proses sistematik (Noriati A.Rashid, Boon, Sharifah Fakhirah Syed Ahmad dan Wan Kamaruddin Wan Hassan, 2012). oleh itu, guru perlu memilih modul RP yang sesuai untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran (PdP)dalam bilik darjah. Antara model pengajaran yang digunakan ialah model ASSURE dan ADDIE. Penulisan ini menyentuh tentang perkaitan antara model ASSURE yang digunakan dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

MODEL REKA BENTUK PENGAJARAN: MODEL ASSURE Model ASSURE berfokus kepada perancangan dalam situasi bilik darjah. Model yang dikemukakan oleh Heinich et.al (1962) ini bertujuan menyediakan panduan untuk merancang dan mengendalikan pengajaran yang menggunakan media. Hal ini bermaksud, sesi PdP harus mengintegrasikan penggunaan media bagi meransang pemikiran dan pembelajaran pelajar. Model ini mengandungi enam langkah yang diwakili oleh akronim huruf awal. (Rajah 2.1)

A

S

Analyse learner

State objectives

S

Select method, media and materials

U

Utilise media and materials

R

Require learner response/participant

E

Evaluate and revise materials

1

Analisis Pelajar Pelajar dianalisis berdasarkan tiga aspek iaitu ciri-ciri umum pelajar, pengetahuan sedia ada dan gaya pembelajaran. Ciri umum termasuklah umur, kelas, aliran dan sebagainya. Setelah itu, kaedah media dan bahan pembelajaran dapat dikenal pasti. Contohnya, guru menggunakan aktiviti kinestatik menggunakan teknik drama, simulasi dan lain-lain untuk menarik perhatian pelajar yang kurang berminat dalam pembelajaran. Guru juga perlu mengetahui pengetahuan sedia ada pelajar untuk merancang pengajaran. Seterusnya gaya pembelajaran murid mempengaruhi strategi yang bakal dirancang seperti model Dunn dan Dunn serta Honey dan Mumford (Noriati A.Rashid, Boon & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, 2017). Aspek-aspek ini dijadikan garis panduan dalam mengecam keperluan pelajar yang ramai. Nyatakan Objektif Pembelajaran Objektif pembelajaran hendaklah dinyatakan dengan jelas kerana ini membolehkan guru untuk focus kepada perakara yang sepatutnya. Contoh tajuk ialah ‘Keselamatan di Dalam Rumah’. Objektif hendaklah spesifik seperti ‘Murid dapat menyatakan 3 langkah keeselamatan ketika di dalam rumah’. Objektif pembelajaran boleh dibahagikan kepada tiga domain iaitu domain kognitif, afektif dan psikomotor. Empat kriteria berikut menunjukkan pernyataan objektif yang baik.

kumpulan sasaran

apa bentuk perlakuan berlaku

syarat perlakuan

Rajah 1.0

2

standard pencapaian yang dianggap sudah dikuasai

Pilih Kaedah, Media Dan Bahan Sumber Langkah ketiga diteruskan dengan pemilihan kaedah, media dan sumber. Penentuan kaedah adalah berasaskan kepada tiga aspek dalam analisis pelajar serta objektif pembelajaran. Menurut Chin (2009), bagi pelajar yang belum menguasai kemahiran membaca dengan mantap, kaedah simulasi atau tunjuk cara mungkin sesuai untuk menyampaikan maklumat. Berikut adalah contoh kaedah yang digunakan dalam sesi pembelajaran tajuk ‘keselamatan di dalam rumah’ iaitu dimulakan dengan keaedah soal jawab dalam set induksi, seterusnya menggunakan kaedah tayangan video serta penerangan. Penggunaan media seperti video dapat menarik perhatian dan minat pelajar. Kaedah perbincangan digunakan supaya pelajar dapat mengupas isi pelajaran berdasarkan video yang ditayangkan. Selain itu, kaedah main peranan juga sesuai dilakukan kerana keselematan di dalam rumah melibatkan situasi harian pelajar. Kaedah dan teknik ini sesuai dilakukan di dalam bilik darjah dengan mengambil kira kedudukan pelajar

secara

berkumpulan

membolehkan

aktiviti

pembelajaran

koperatif

dilaksanakan. Seterusnya pemilihan format media iaitu bentuk fizikal sesuatu maklumat yang dipaparkan. Contoh format media seperti gambar, petikan, audio, video dan slaid, grafik serta tayangan computer multimedia. Aplikasi web juga boleh digunakan seperti Kahoot, WebQuest dan lain-lain lagi untuk latihan interaktif atas talian (Mohd Shahizan Othman, 2010). Pemilihan bahan dan sumber pembelajaran merujuk kepada isi pelajaran yang difokuskan. Bahan ini boleh disediakan dalam teks, artikel dan sebagaimya. Gunakan media dan bahan sumber Strategi

berpusatkan

pelajar

lebih

sesuai

diaplikasikan

beranding

strategi

berpusatkan guru apabila menggunakan bahan (Yusuf Hashim, 1997). Bagi memastikan keberkesanan penggunaan media dan bahan sumber, guru melakukan semakan/pratonton/kaji bahan sumber sebelum digunakan bagi memastikan tiada unsur sensitive yang digunakan. Guru juga perlu menyediakan bahan untuk penggunaan dalam bilik darjah yang mencukupi dan penyediaan persekitaran yang sesuai. Persekitaran yang sesuai bermaksud penyusunan media dan bahan sumber perlulah mudah dicapai, diambil dan dilihat. Guru harus memastikan murid mendapat manfaat serta pengalaman

3

pembelajarann.

Vebrianto

&

Kamisah

Osman

(2012)

menyatakan

strategi

menggunakan media memberi dampak positif terhadap pembelajaran pelajar. Libatkan Pelajar dalam Pembelajaran Penglibatan murid dalam pembelajaran melalui aktiviti yang disediakan juga amat penting. Pelajar dapat menggunakan media untuk mengkaji idea menyelesaikan masalah dan menerapkan apa yang dipelajarinya. Pengalaman rasa berjaya pelajar dapat mengekalkan motivasi pelajar terhadap aktviti pembelajaran. Oleh itu, maklum balas haruslah diberikan oleh guru sebaik sahaja pelajar mendapat kejayaan. Penglibatan pelajar juga bergantung kepada pemilihan media dan bahan sumber seperti slaid, foto, gambar bersiri dan video (Muhammad Hasan Abdul Rahman, 2000). Sebagai contoh guru bertanyakan soalan dengan menayangkan slaid-slaid papan tanda di jalan raya kemudian pelajar menyatakan maksud papan tanda tersebut. Nilai dan Semak Semula Langkah terakhir dalam model ASSURE ialah penilaian dan penyemakan semula perancangan. Penilaian merangkumi dua aspek iaitu penilaian pembelajaran dan pengajaran. Penilaian pembelajaran boleh dilakukan dalam bentuk informal melalui hasil kerja pelajar, soal jawab dan seumpamanya. Manakala penilaian pengajaran dibuat setelah selesai proses PdP melalui amalan refleksi. Menurut kajian oleh Norhasniza Ibrahim (2009) membuktikan bahawa penilaian dan amalan refleksi memberi implikasi untuk mempertingkatkan keberkesana PdP. Ini membolehkan guru membuat pembetulan, penambahbaikan serta tindakan susulan yang sesuai. PENUTUP Melalui reka bentuk ASSURE mengandungi elemen-elemen penting yang boleh dijadikan satu panduan untuk merancang sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Melaluinya juga dapat mengintegrasikan ketiga-tiga aspek pedagogi, psikologi dan teknologi dalam proses penyampaian ilmu yang perlu dilakukan secara berterusan. Justeru, guru digalakkan merujuk model ASSURE untuk membuat rancangan pengajaran agar pembelajaran yang efektif dapat dihasilkan.

4

RUJUKAN Chin Yoon Poh (2009). Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd. Mohd Shahizan Othman (2010). Pembangunan Aplikasi Web Menggunakan ASP. NET. Johor Bahru, Johor: UNiversiti Teknologi Malaysia. Muhamad Hasan Abdul Rahmad (2000). Media Pengajaran, Penghasilan Bahan Pengajaran Berkesan. Serdang: Universiti Putra Malaysia. Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhirah Syed Ahmad & Wan Kamaruddin Wan Hassan (2012). Teknologi Pengajaran dan Pembelajaran. Shah Alam, Selangor. Oxford Fajar Sdn.Bhd. Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhirah Syed Ahmad, (2017), Murid dan pembelajaran Shah Alam, Selangor. Oxford Fajar Sdn.Bhd. Nor Hasniza Binti Ibrahim (2006). Kajian Pemikiran dan Amalan Refleksi Di Kalangan Guru Pelatih Sains Universiti Teknologi Malaysia. Dimuat turun daripada http://eprints.utm.my/5333/1/NorhasnizaIbrahimMFP2006TTT.pdf Rian Vebrianto & Kamisah Othman, (2012). Keberkesanan Penggunaan Pelbagai Media Pengajaran dalam Meningkatkan Kemahiran Proses Sains dalam Kalangan

Pelajar.

http://www.ukm.my/jurfpend/J.pend2012/PDF/JurnalPend37(1)Bab1.pdf Yusup Hashim (1997), Media Pengajaran untuk Pendidikan dan Latihan. Shah Alam, Selangor. Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.

5

Related Documents

Asaimen Tteknologi.docx
December 2019 12
Mgt 162- Asaimen- Aen
November 2019 10

More Documents from "nurul ain"

K.kursus Arab Real.docx
November 2019 9
Asaimen Tteknologi.docx
December 2019 12
November 2019 14
K.kursus Arab Real.docx
November 2019 9
November 2019 5