Sukma 10

  • Uploaded by: Noor Azri Mohamad Isa
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Sukma 10 as PDF for free.

More details

  • Words: 25,047
  • Pages: 66
ua hari yang lalu saya berkesempatan meluangkan masa ke sebuah cyber café untuk mencari seberapa banyak maklumat dan berita terbaru berkaitan isu dunia mahupun Malaysia. Sejenak merenung masa hadapan. Terlintas apakah masa hadapan untuk agama Islam tercinta. Pelbagai persepsi menerjah ke ruang minda. Namun keyakinan yang teguh bahawa akan hadirnya kecemerlangan dan kegemilangan buat Islam. Sebagaimana yang telah Allah SWT janjikan! Pun begitu adakah sekadar meyakini akan janji Allah SWT tersebut tanpa berbuat apa-apa? Jelas sekali jawapannya tidak! Pastilah di sana golongan ulama’ muda yang bermukim di Perlembahan Nil hari ini memegang dan memikul beban dakwah yang terlalu besar. Justeru, melihat kepada perkembangan dunia Islam khususnya di Malaysia pada hari ini, SUKMA telah memfokuskan perbincangannya sekitar peranan Ahlul Quran khususnya dan Azhari amnya dalam memastikan golongan ulama’ muda ini merasakan tanggungjawabnya sepanjang keberadaan mereka di Bumi Anbiya’ ini dan juga peranan mereka apabila pulang ke tanah air tercinta. Melihat kepada kebobrokan dan kebejatan akhlak muda-mudi, hatta terdapat di kalangan mereka yang tidak mampu melafazkan kalimah syahadah. Apatah lagi untuk membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Tidak cukup dengan masalah tersebut, hari ini remaja Melayu beragama Islam dilekakan dengan program-program realiti yang banyak melalaikan. Pemerkasaan budaya hedonisme bukan sahaja berleluasa bahkan mendapat sokongan dan tajaan dari pihak-pihak tertentu. Pastilah situasi ini membimbangkan seluruh pencinta Agama Allah SWT. Pun begitu kemenangan Islam di Palestin baru-baru ini dan beberapa negara yang lain merupakan hadiah Tahun Baru 1427H buat umat Islam sedunia. Kemenangan yang tidak dijangkakan oleh Amerika dan sekutunya adalah sebagai satu petanda bahawa kemenangan buat Islam secara besarbesaran akan tiba! Menyentuh sedikit isu sekitar gerakan mahasiswa. Gerakan mahasiswa sebenarnya telah matang melalui beberapa siri naik turunnya graf kemahasiswaan. Persatuan atau gerakan mahasiswa pernah melepasi zaman kegemilangannya pada suatu masa dahulu. Begitu juga gerakan ini pernah melalui zaman dikatakan mahasiswa lesu dan mandom. Namun pada hari ini, gerakan mahasiswa semakin matang dan ada menunjukkan tanda-tanda kebangkitan mereka. Beberapa siri demontrasi dan keprihatinan mereka terhadap isu global seperti bantahan pindaan artikel 121 (1A) dan lain-lain sebagai bukti! Sebelum meletakkan titik noktah dalam penulisan ini, SUKMA memohon maaf sekiranya masih terdapat kekurangan dalam penerbitan kali ini. Bagi mereka yang ingin menyiarkan sebarang bentuk artikel, pihak kami amat mengalukan-alukan. Mudah-mudahan segala ilmu yang ada dapat kita kongsikan bersama demi melahirkan ulama’ muda yang berkaliber di persada Ardul Kinanah ini.

Hakcipta Terpelihara 2006 Sidang Editor berhak membuat sebarang penyuntingan ke atas karya asal bagi tujuan penyiaran selagi tidak mengubah maksud asal. Karya yang disiarkan tidak semestinya menggambarkan pendirian SUKMA. Sebarang sumbangan, kritikan dan cadangan boleh disalurkan ke : [email protected]

Khazanah Qurra’ -

êUsul Qiraat Abu Amru. êBicara Al-Quran Tentang

26 23

Ilmu Astronomi Tokoh Qurra’ -

<<<

8

êImam Abu Amru

28

Gema MahasiswaêPetanda Kebangkitan Semula.

46

Bicara Hukum Islam Terhadap Nyanyian dan Muzik: Satu Penilaian

êToleransi

34

English Section-

êAngle’s Hand

51

Resipi SUKMA

57

Kartun êZaki ‘N’ Sham

18

MAQAZ ArtLine êBangkitlah Azhariku

êPerjuanganku! PERHATIAN MAJALAH INI MENGANDUNGI KERATAN AYAT-AYAT SUCI AL-QURAN. SILA PELIHARA DARIPADA TEMPATTEMPAT YANG TIDAK SEPATUTNYA.

7 50

Taujihat Generasi Bertaqwa Bayangan Daulah Islamiah

58

Cerpen êAbah

52

::Penaung:: PMRAM ::Penasihat:: Penasihat & Pengerusi DPM (MAQAZ) Shoubra ::Pengarah Urusan:: Mohd Bakri Hashim ::Pengarang Perunding:: Mohamad Nahi Mohamed Hasbullah ::Ketua Editor:: Mohd Redwan Ghouse ::Timb. Ketua Editor:: Mohd Hafizy Ramly

::Pruf:: NorAzli Mazlan ::Sidang Editor:: Mohd Hafiz Samuri Ahmad Najhie Hayazi Azraie Mohd Saballah Mohamad Fauzi Azizan Aniq Mustah Hasbullah Mohd Hafizul Akbar Abd Rahman ::Penulis Tamu:: Abu Abdul Syahid Mohd Nabil Ahmad Mohd Nazim Mohd Noor

::Cover & Layout Designer:: Mohd Bakri Hashim Mohd Zarimi Abu Zih ::Jurutaip:: Mohd Rafiq Jaafar ::Wartawan & Jurufoto:: Don Danial Don Biyajid ::Kewangan:: Ahmad Mustafaruddin Azih ::Percetakan & Pemasaran:: Mohd Azizuddin Abdullah

Disediakan Oleh: Abu Abdul Syahid Pengerusi Hi-Teach Skills & Management Consultant MUQADDIMAH Firman Allah SWT :

“Maka orang-orang yang beriman kepadanya (Muhammad), memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (Al Quran), mereka itulah orang-orang yang beruntung”. (Al A’raaf : 157) aru-baru ini, umat Islam digemparkan dengan penghinaan secara terang-terangan terhadap Islam oleh musuhmusuh Islam dengan tersiarnya karikatur menghina Nabi Muhammad s.a.w oleh Akhbar Denmark Jyllands Posten atas alasan kebebasan akhbar dan hak asasi manusia. Lebih mencabar kewibawaan kita umat Islam di Malaysia khususnya, apabila akhbar Sarawak Tribune turut menyiarkan semula karikatur yang sama dan akhbar harian Cina Guang Ming Daily mengeluarkan foto sebuah akhbar yang menyiarkan karikatur tersebut. Disamping itu, akhbar New Street Times pula menyiarkan karikatur yang juga seakan-akan memberi gambaran sinis atas isu yang sama. Kesabaran seorang muslim ada had dan batasnya. Apabila batang tubuh Rasulullah s.a.w sampai kepada peringkat di‘karikatur’kan dengan gambaran yang hina dan sinis, ia adalah satu tindakan yang

melampau! Muslim yang tidak terguris hatinya, bermakna tiada iman baginya. Namun, suatu realiti pahit yang mesti kita sedari dan insafi ialah, negara kita Malaysia telah lama membiarkan Nabi dihina oleh orang Islam sendiri. Bacalah fakta ini : "Nabi diketahui telah mengadakan hubungan seks dengan 15 wanita termasuk seorang wanita bernama Rayhana yang tidak Islam sehingga akhir hayatnya". ~Farish A. Noor "Let Islam lead way with its progressive view on sexuality". (NST, 4 Nov 2000). Nabi sendiri dalam konteks sejarahnya adalah seorang pemimpin kabilah, dan oleh kerana itu ketaatan awal kepada baginda diberi kerana baginda adalah pemimpin kabilah lebih dari pemimpin agama. ~Farish A Noor - “Intellectual Provocateur" temubual oleh Amir Muhammad (The Edge, 3 Dis 2001). Nabi dilihat oleh pengikutpengikutnya sebagai pemimpin suku dan ramai di kalangan mereka yang mengikutinya berbuat demikian kerana logik kepatuhan kesukuan. ~Farish A. Noor - "The Myth Surrounding the Islamic State". (NST, 1 hb Dis 2001).

Mengapakah warga Islam Malaysia ini tergamak menghina Rasulullah s.a.w? Antaranya ialah disebabkan golongan pemimpin mereka sendiri tergamak menghina sunnah Rasulullah s.a.w. Ingatkah anda dengan ucapan ini? “Siapa tau janggut Nabi macam mana? Siapa biasa tengok janggut Nabi? Ada gambar ka? Kita tak tau. Kita tak tau betuilah dia ada janggut?tapi betul ka janggut dia (Nabi)? Di zaman itu..pisau cukur ada kaaa? Dia bukan ada? Gillette?? Zaman Nabi ada Gillette? [Rakaman kata-kata seorang mantan pemimpin di Malaysia]. 2005-2006: TAHUN MENCABAR ISLAM Di sepanjang tahun 2005 hingga awal 2006 sahaja, negara kita digemparkan dengan pelbagai isu yang berkait dengan kewibawaan Islam. Islam dan hukumnya semakin berani dicabar dan dihina. Telitilah fakta ini :B e r p u n c a d a r i k e s M o o r t h y, percubaan pihak-pihak tertentu (Sisters In Islam, menteri kabinet bukan Islam dll) yang mendesak supaya meminda Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan Mahkamah Sivil mencampuri urusan Mahkamah Syariah. Perkara 121(1A) yang diwujudkan oleh Parlimen pada 1988 adalah untuk mengatasi masalah campur tangan Mahkamah Sivil terhadap bidang kuasa Mahkamah Syariah kerana sebelum tahun 1988, banyak kes mahkamah sivil yang melibatkan orang Islam menganggu mahkamah syariah seperti kes murtad, perkahwinan, harta, waqaf, hadhonah dan sebagainya. Penolakan 50 NGO terhadap undangundang bersifat kawalan moral setelah berlakunya penangkapan beberapa orang artis dan anak kenamaan di kelab malam De Zouk. Mereka dibebaskan dan tidak diambil tindakan malah JAWI di cemuh. Wujudnya Interfaith Commision (IFC)? IFC yang nama asalnya ialah IRC. Inter Religious Council (IRC) adalah sebuah suruhanjaya yang dicadangkan penubuhannya seperti sebuah badan berkanun yang

mempunyai kuasa undang-undang yang boleh mengubah ajaran sesetengah agama (baca: agama Islam) akibat desakan penganut agama lain. IFC akan berfungsi seperti SUHAKAM yang menerima dan melayan aduan-aduan berkaitan dengan agama. Siapakah yang mencadangkan penubuhan IFC? IFC digagaskan penubuhannya oleh Malaysian Consultative Council Of Buddhism, Christianity, Hinduism dan Sikhism (MCCBCHS) atau pun Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh melalui memorandumnya kepada Majlis Peguam bertarikh 21 Ogos 2001. Presiden MCCBCHS ialah V.Harcharan Singh. Pelbagai tuntutan yang dibuat oleh kumpulan ini yang rataratanya mencabar kewibawaan umat Islam. (anda boleh dapatkan isi kandungan tuntutan mereka di internet). DI MALAYSIA, SUDAH LAMA ISLAM DIHINA Mengapakah golongan minoriti bukan Islam tersebut bersama beberapa kumpulan liberal Islam hari demi hari semakin berani menzahirkan keraguan dan penentangan mereka terhadap Islam? Ianya tidak lain dan tidak bukan, lantaran mereka menyaksikan Islam di Malaysia yang telah lama dihina dan diperlekehkan tanpa apa-apa respon bersungguh ditunjukkan oleh umat Islam. Bacalah fakta ini : "Mungkin serban mufti-mufti terlalu ketat dan sebab itu tidak cukup oksigen masuk ke dalam otak mereka. Mereka tidak berfikiran waras. Dari masa ke semasa ulama selalu mengeluarkan pengumuman yang tidak masuk akal dan bodoh." ~ Akbar Ali - "Now the mufti blame Hindi films". (The Sun, 21 Feb 2001). "Oleh kerana itu soal yang perlu ditangani di dalam masyarakat kita hari ini bukanlah isu samada poligami patut disahkan di bawah undangundang sivil untuk orang bukan Islam, tetapi samada ia sepatutnya dibenarkan terus di dalam undangundang keluarga Islam".~Sisters in Islam- "Islam did not Invent or Encourage Polygamy".(NST, 10 Jan2002).

Pengerusi Jawatankuasa Hak Asasi Manusia (HRC), Majlis Peguam Malaysia, Cecil Rajendra telah mengedarkan surat terbuka dalam Mesyuarat Agung Majlis Peguam itu pada tahun 2001 yang telah mengkritik dan tidak mengakui serta tidak mengiktiraf hak kebebasan beragama sebagaimana termaktub dalam Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan. Sebaliknya beliau dan Jawatankuasa HRC mendesak agar orang-orang Islam boleh keluar dari Islam tanpa sebarang sekatan. Tujuan surat terbuka ini diedar adalah untuk meluluskan suatu usul dalam Mesyuarat Agung Majlis Peguam itu bahawa Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan adalah bertentangan dengan Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia. “Hukum rejam kepada penzina adalah primitif”. (Mantan Pemimpin Negara: 3/3/94).     “Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan. Ini sangat memalukan umat Islam kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja”. (Mantan Pemimpin Negara: 14/7/92). “Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tiada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama”. (Mantan Pemimpin Negara: 2/5/92). “Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam”. (Mantan Pemimpin Negara:14/8/94).     Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasiq'. (Mantan Pemimpin Negara:3 Mac, Nilam Puri).        

Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan'. (Pemimpin Negara: 20/4/93). Apakah kalau kita tidak tutup (aurat) kita tidak Islam? Banyak benda yang disuruh oleh agama Islam yang kita tidak buat, tetapi kita masih Islam". (Mantan Pemimpin Negara, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997). Apa guna tudung kepala tapi rogol anak - tolong suami rogol anak. Tengok masuk dalam mahkamah (ber)ketayap, (ber)kopiah putih, isteri pakai tudung kepala. Tapi buat kerja apa?". (Mantan Pemimpin Negara, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997). Tujuan menutup aurat ialah kerana di z a m a n N a b i , A ra b J a h i l i y ya h mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain. Akibatnya ialah peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat". (Mantan Pemimpin Negara: 5 September 1997). Apabila tiga orang gadis Melayu Islam, Fahyu Hanim Ahmad,18 (Alor Setar), Noni Mohamad, 19 (George Town), dan Sharina Shaari 23, (Alor Setar), menyertai pertandingan Miss Malaysia Petite 1997 yang diadakan di Classic Ballroom, Hotel Holiday Villa Subang Jaya 13 Jun 1997 ditangkap oleh lima pegawai JAIS, Mufti dipecat. USAHA PENGHINAAN QUR’AN

TERHADAP

AL

Penghinaan terhadap Islam secara lansung adalah berhubung kait dengan Al Qur’an lantaran Al Qur’an adalah sumber rujukan tertinggi di dalam Islam. Tidak sepatutnya kita memisahkan Al Qur’an secara tekstual dan kontekstual. Al Qur’an diturunkan bukan semata-mata untuk dihafaz dan dibaca. Al Qur’an adalah kita hidayah, pemisah antara haq dan batil. Firman Allah s.w.t, maksudnya: “(Kitab (Al Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa”. [Al Baqarah : 2]

FirmanNya lagi yang bermaksud: “(beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil”. [Al -Baqarah : 185]

Umar dan Uthman. Begitulah juga mereka amat mencurigai konsep nasakh dan mansukh. Kesemuanya ini bagi mereka, adalah campur tangan manusia (ulama’) yang menjejaskan ketulenan Al Qur’an mengakibatkan Al Qur’an yang ada pada hari ini boleh dikritik dan diperbahaskan.

Hari ini kita bukan sahaja terpaksa berhadapan dengan golongan yang menolak tafsir para Ulama’ silam dan menyeru kepada tafsiran semula Al Qur’an, lebih berani daripada itu sudah adanya golongan Liberal Islam yang mempertikaikan teks Al Qur’an dari sudut ketulenannya. Golongan ini yang sedang bergerak rancak di nusantara khasnya di Indonesia, mempertikaikan method penerimaan Al Qur’an yang sedang digunapakai oleh umat Islam pada hari ini secara sistem bersanad. Antara perkara yang dibangkitkan ialah :-

Kesimpulannya, Al Qur’an yang boleh dikritik ini akan membuka peluang yang luas kepada golongan ini untuk mempertikai segala hukum yang terdapat di dalam Islam yang dirasakan tidak relevan dengan zaman dan hak asasi kemanusiaan.

Mana mungkin ayat al Qur’an yang banyak itu dapat dipelihara ribuan tahun secara turun tanpa ada kesilapan dan perubahan. Kelemahan umat Islam ialah bila mereka menetapkan bahawa Al Qur’an yang ada sekarang tidak langsung boleh dikritik. Sedangkan method kritik merupakan satu wacana perkembangan minda dan intelektual. Lihatlah bagaimana majunya umat kristian bila mereka membudayakan pendekatan kritik terhadap kitab Bible mereka. Mereka mengiktiraf ketulenan dan kesucian dari kesilapan kitab-kitab Al- Qur’an, Injil, Zabur, Taurat dan suhuf-suhuf ketika dalam bentuk Kalamullah yang turun dari Luh Mahfuz ke langit dunia. Tetapi yang turun dari langit dunia kepada manusia tidak lagi terjamin ketulenannya kerana melibatkan campur tangan manusia. Kalamullah yang telah turun dalam bentuk mushaf dan kitab ini boleh dikritik dan diperbahaskan. Mereka membangkitkan tindakan pengumpulan Al Qur’an dan pembukuannya di zaman Abu Bakar,

Disinilah perlunya peranan dan tanggungjawab Ahlul Quran dan seluruh golongan ulama! Penghinaan dalam bentuk karikatur, mungkin boleh dibendung dengan demonstrasi, ,ceramah dan boikot barangan musuh. Penghinaan terhadap Islam oleh ahli politik, mungkin boleh dikawal dengan cara politik. Tetapi penghinaan dalam bentuk ilmiah (kononnya) dan bergerak atas nama wacana intelektual ini, mestilah juga dibendung dengan kekuatan hujjah para Ulama’ Islam khususnya Ahlul Qur’an atau Hamlatul Qur’an, dan seluruh institusi ulama’. Kalam-kalam seperti “Di manakah huffazil Quran”, “Huffaz kerap meminggirkan diri…", "Sepatutnya Huffazlah yang lebih terkehadapan kerana Al-Quran sudah ada di dada…", "Huffaz kurang thaqafah…" seharusnya ditangani dengan bersungguh melalui penekanan berterusan dari sudut penguasaan ilmu samada turath atau kontemporari. Juga melihat dari aspek horizontal dan vertikal. Kelemahan yang ada harus diperbaiki bagi mempersiapkan jiwa raga menghadapi masa mendatang. Oleh itu, bersiaplah! Musuh sedang menanti di medan perang. Adakah kita masih berdengkur di bawah selimut (lihaf)??? Bangkitlah Segera! Gunakan kesempatan yang ada untuk mendalami dan mencenduk sebanyak mungkin mutiara ilmu dan tarbiyah di bumi Anbiya’.

PERHATIAN *Artikel yang disiarkan ini adalah sebagai sumber rujukan ilmiah berdasarkan fakta. Ia sama sekali tidak mencerminkan atau menggambarkan minda penerbit.

emakin hari semakin gerun serta ganas lakonan kehidupan yang dipersembahkan oleh masyarakat kita di bumi Malaysia. Tidak dinafikan bahawa terdapatnya seribu satu kerosakan aqidah yang mengancam umat Islam kita di sana. Kita menyedari bahawa masyarakat Islam Malaysia kini dicuba dan diuji dengan pelbagai inisiatif barat untuk menyesatkan pegangan umat Islam. Kita ketahui akan perkembangan pertubuhan Black Metal, apatah lagi pertubuhan Jangan Ikut Tuhan (JIT), pengaruh Islam Liberal dan juga yang terbarunya ialah penyakit jahiliah kembali bertahta di hati umat Islam Malaysia iaitu seks sesama jenis (Gay dan Lesbian). Masalah ini menjadi semakin tenat tatkala kita fikirkan pula betapa meluasnya keruntuhan akhlak remaja Islam yang terjadi di Malaysia. Kenapa serta mengapa semua ini terjadi? Adakah kita boleh beralasankan bahawa Islam tidak sampai kepada mereka? Atau adakah kita boleh menuding jari hanya kepada pihak - pihak yang berkuasa kerana tidak menjalankan tanggungjawab mereka? Ataupun kita beralasan bahawa mereka tidak berkaitan dengan keluarga kita, lantaran itu kita tidak perlu memikirkan masalah-masalah ini? Tatkala diperhatikan pastinya kita tidak menafikan bahawa Islam telah tersebar secara meluas di Malaysia. Malahan Islam merupakan teras pembinaan negara kita hatta kita diisytiharkan sebagai sebuah Negara Islam. Sehubungan itu bak tumbuhnya cendawan selepas hujan ahli-ahli agama Islam dilahirkan di negara kita, malahan terdapatnya pelbagai pertubuhan jamaah Islam yang tertubuh di Malaysia serta ramai di kalangan masyarakat

Malaysia adalah umat Islam. Tetapi kenapa dan mengapa agama Islam ini masih lagi diperlekehkan, dipersendakan serta diperlakukan seumpama suatu benda buruk yang ditemui di muka bumi ini? Adakah kita hanya akan meletakkan sebabnya adalah kerana pimpinan yang tidak benar-benar melaksanakan tuntutan Islam? Justeru marilah kita tanya kembali sebesar mana pula sumbangan yang telah kita peruntukkan untuk amal bakti kepada perkembangan Islam. Tatkala diperhatikan perjuangan khairul ummah sewaktu zaman Rasulullah S.A.W dahulu, mereka sama sekali tidak pernah menyalahkan orang lain malahan menuding jari bahawa mereka itulah yang sepatutnya melakukan perkara tersebut dan bukannya kami. Sebaliknya biarlah mereka sendiri yang menjadi pelopor sesuatu perjuangan itu. Jelas menunjukkan betapa jauhnya persepsi kita umat Islam sekarang ini dengan mereka pada suatu masa dahulu. Azahari serta azahariah sekalian Marilah bertitik tolak dari sekelumit kesedaran cuma, kita aturkan kembali satu rangka kerja perjuangan untuk memartabatkan kembali maruah serta kesyumulan Islam di Malaysia dan seantero buana. Marilah bersama-sama kita siapkan bekalan diri kita agar tatkala kita menjejakkan kaki di Malaysia maka kita tidak akan kaku serta terpinga-pinga untuk terus menerangkan tentang keizzahan Islam kepada semua. Realitinya kini, kita perhatikan Islam sama sekali dipraktikkan hanya sebagai suatu adab, budaya mahupun trend kehidupan cuma. Analoginya kita perhatikan bahawa pemakaian Islam dikenakan hanya atas dasar

salah satu fesyen terkini. Sebaliknya tidak diperhatikan mengapa dan kenapa Islam menyuruh sedemikan. Sedar mahupun tidak sebenarnya tatatertib pemakaian Islam itu adalah sebagai salah satu inisiatif yang diambil bagi mencegah perlakuan zina dengan menyembunyikan sesuatu yang mampu mendorong ke arahnya; zina. Selain itu, ibadah solat semakin diringan–ringankan sedangkan di dalamnya tersembunyi seribu satu sifat mahmudah yang mampu dijana melalui ibadah tersebut umpamanya sabar, berperaturan serta merendah diri. Namun hikmah-hikmah ini dipandang enteng serta tidak diendahkan. HIKMAH HADITH Perlakuan Malaikat Jibril As, Rasulullah S.A.W Serta Sahabat Azhari dan Azhariah sekalian, Tanggungjawab kita bersama adalah untuk sebarkan kembali hikmah-hikmah yang terkandung di sebalik penetapan–penetapan Islam. Tidak dinafikan bahawa setiap apa yang telah diturunkan oleh Allah S.W.T pasti tersirat hikmahnya untuk kegunaan umat Islam. Marilah kita mulakannya dengan mengkaji dan mendalami ilmu-ilmu hadith ini. Tidak dinafikan kita boleh menyebarkan ilmiah Islam yang kita pelajari dengan menerangkan hadith -hadith yang mutawatir serta menerangkan pula kisah-kisah tauladan dari asbabul wurud yang dapat dijadikan sebagai sumber panduan dalam melayari bahtera kehidupan di dunia ini. Dalam pada itu kita juga seharusnya mengkaji serta meneliti hikmah yang tersembunyi di sebalik sesuatu ketetapan tentang ketauhidan kepada Rabbul Jalil. Sebagai contoh mari kita merujuk kepada hadith kedua di dalam Kitab Al Wafi, Syarah Hadith 40, Imam An-Nawawi. Daripada nukilan hadith tersebut bukan sahaja Allah S.W.T mahu menerangkan tentang konsep Islam, iman serta ehsan kepada hamba-hambaNya, malahan terselit juga seribu satu hikmah yang tersembunyi di sebalik penetapan perlakuan Malaikat Jibril As, baginda Rasulullah S.A.W serta para sahabat baginda. Sedar mahupun tidak, Allah S.W.T juga secara implisitnya telah menerangkan satu kaedah dakwah serta cara penyampaian ilmu kepada masyarakat iaitu melalui kaedah pertanyaan. Malahan dalam pada itu, turut diterangkan serba sedikit yang bersentuhan tentang perihal akhlak. Pertamanya diselitkan

tentang adab ketika menuntut ilmu iaitu supaya bertanyakan perkara yang berfaedah sahaja dengan tujuan untuk menambahkan ilmu serta memberi manfaat kepada hadirin. Ke d u a nya k i t a d i p e r l i h a t k a n bagaimana Rasulullah S.A.W selaku seorang yang dipandang tinggi oleh masyarakat tetap akur serta sanggup merendahkan diri di hadapan khalayak ramai tatkala sesuatu yang ditanyakan tidak diketahui. Lantaran itu masyarakat pada zaman dahulu bertambah taat serta kagum dengan Islam kerana ketinggian hikmah serta kesempurnaan yang terdapat di dalam addinul Islam ini. Bertepatan dengan firman Allah S.W.T yang bermaksud: “Dan ( kami utuskan rasul-rasul) untuk membawa keterangan yang jelas nyata dan kami turunkan kepadamu (Muhammad) Al-Quranul Karim yang memberi peringatan, supaya engkau menerangkan kepada umat manusia akan apa yang telah diturunkan kepada mereka, dan supaya mereka memikirkannya”. [Surah An Nahl (16):44] HIKMAH PENETAPAN HUKUM ALLAH Hikmah Disebalik Pelaksanaan Sehubungan itu, tidak dinafikan juga bahawa terdapatnya hikmah di sebalik penetapan hukum Islam yang terangkum di dalam Al-Quranul Karim. Disebabkan hikmah penetapan Enakmen Syariah Islam tersebut tersembunyi serta tidak diterangkan kepada masyarakat, maka enakmen ini masih lagi dipinggirkan serta dianggap sebagai hukuman yang zalim dan tidak patut dilaksanakan pada zaman sekarang. Lantaran itu menjadi tanggungjawab kita, Azhari serta Azhariah untuk menyenaraikan kembali seribu satu hikmah yang tersembunyi di sebalik penetapan syariat Allah S.W.T ini. Tatkala sudah diketahui akan hikmah serta kebaikan di sebalik penetapan hukum hakam Allah itu, lantas perlulah pula kita sebarkan kepada masyarakat tentang kebaikan-kebaikan ini dan seterusnya dilakukan perbandingan dengan undang-undang ciptaan manusia. InsyaAllah seandainya kita menolong Allah S.W.T, pastinya Allah akan memberi kemenangan kepada kita. Firman Allah S.W.T yang bermaksud : “Wahai orang orang beriman kalau kamu membela agama Allah S.W.T, nescaya Allah membela kamu untuk mencapai kejayaan dan kemenangan dan meneguhkan pendirian kamu.

I'JAZ KANDUNGAN AL QURANUL KARIM Satu lagi tanggungjawab berat yang seharusnya dipikul oleh kita bersama ialah menterjemahkan isi kandungan Al-Quranul Karim kepada masyarakat. Realiti di pentas dunia Malaysia kini al-Kitab yang menjadi pegangan umat Islam semakin diburukburukkan. Dalam pada itu ada segolongan umat Islam sendiri yang sanggup untuk melakukan zina di atas Al-Quranul Karim serta menghina Al-Kitab pegangan mereka sendiri. Hal ini tidak lain adalah kerana mereka sama sekali buta serta tidak langsung mendekati AlQuranul Karim. Lantaran itu suatu amanah bagi mereka yang ditakdirkan oleh Allah S.W.T untuk mendampingi Al-Quranul Karim ialah untuk menterjemahkan serta menerangkan kepada masyarakat tentang keagungan serta kesyumulan Al-Quranul Karim. Tidak dinafikan bahawa kebanyakkan penemuan sains kontemporari kini adalah berkaitan dengan keterangan yang terdapat di dalam Al-Quranul Karim. Namun umat Islam kini masih lagi terpinga-pinga serta tidak mahu untuk bersama sama memerhati dan mengkaji hikmah apatah lagi seribu satu informasi yang terdapat di dalam Al-Quranul Karim dan seterusnya mengkhabarkannya kepada semua masyarakat agar kita bersama sama kembali merasa takjub serta izzah dengan kitab Al-Quranul Karim yang kita imani. Realitinya kini, orientalis barat semakin mengkagumi Al-Quranul Karim kerana kesahihan informasi yang terdapat di dalamnya. Namun mereka yang beriman dengan Al Quranul Karim pula bersikap sebaliknya. Proses Pendebungaan Sebagai contohnya, kita merujuk kepada firman Allah S.W.T di dalam Surah Hijr yang menceritakan tentang proses pendebungaan dan diterangkan secara terperinci oleh Prof Dr H Mahmud Yunus di dalam tafsir karangannya; Tafsir Al-Quranul Karim. Firman Allah S.W.T:

“Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air dan pemindahbenih, maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian Kami berikan kamu meminumnya dan bukanlah kamu yang berkuasa menurunkannya”. [Surah Hijr : 22]

Asal Kejadian Manusia Malahan terdapat juga ramai penulis yang menceritakan tentang perihal yang berkaitan dengan ilmu perubatan. Sebagai contoh perihal asal kejadian manusia melalui petikan Surah Al Mukminun, sepertimana yang telah diuraikan oleh Profesor Emeritus Keith Moore, salah seorang saintis terkenal di bidang kajian tubuh manusia (anatomy) dan kajian embrio (embryology) di dalam bukunya bertajuk “The Developing Human”; Manusia Yang Sentiasa Berkembang. Kita merujuk kepada firman Allah S.W.T: “Dan sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah, kemudian kami jadikan “pati” itu setitis air benih pada tempat yang kukuh kemudian kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku; lalu kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian ciptakan daging itu beberapa dengan tulang; kemudian kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu, kami bentuk ia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah S.W.T sebaik baik pencipta.” [Surah Al Mukminun :14]

I'JAZ ILMU QIRAAT Tafsiran Qiraat Selain itu juga turut terdapat di dalam Al-Quranul Karim pelbagai ilmu lain khususnya berkaitan dengan ilmu duniawi kini. Lantaran itu kesemua ilmu-ilmu ini perlu dan sepatutnya dapat diterangkan oleh mereka yang mendalami ilmu–ilmu AlQ u ra n u l Ka r i m . M o g a - m o g a d e n g a n tersebarnya ilmu yang terdapat di dalam AlQuranul Karim ini maka akan tersohor kembali keagungan serta kesyumulan Al-Quranul Karim. Dalam pada itu mungkin akan menjadi satu lagi kemukjizatan Al-Quranul Karim tatkala terdapatnya tangan- tangan Addinul Islam yang tampil menerangkan keistimewaan Al-Quranul Karim dari sudut bacaan (qiraat). Pertamanya daripada ilmu Al-Qiraat ini sebenarnya mampu untuk menyebar luaskan lagi penafsiran Al-Quranul Karim. Sebagai contoh kita merujuk pada khilaf bacaan pada firman Allah S.W.T di dalam surah Al-Baqarah, ayat kesembilan, pada kalimah .Kalimah dibaca oleh Ibnu Kathir dan Abu Amru dengan isbat alif atas wazan yang bererti secara musyarakah@persepakatan. Dalam pada itu bacaan al-Baqun (ahli qura' selain dari mereka berdua) membaca dengan hazaf alif atas wazan yang bererti tidak secara musyarakah@persepakatan. Justeru di sini dapat kita simpulkan bahawa Allah S.W.T menerangkan bahawa “mereka yang hendak memperdayakan Allah S.W.T dan orang orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdayakan diri sendiri sedang mereka tidak ketahui”. Sama ada secara bermusyawarah mahupun tidak ~ difahami dari ilmu al-Qiraat (ruj:SUKMA/sep 2005) Penetapan Hukum Dalam pada itu, melalui ilmu Qiraat juga mampu untuk menyebar luaskan penetapan hukum hakam Allah S.W.T. Kita merujuk kepada firman Allah S.W.T di dalam penetapan perihal pembatalan wuduk. Kita merujuk firman Allah S.W.T di dalam surah Al Maidah ayat keenam: “Wahai orang orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahayang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwudu'lah) di situ basuhlah muka kamu,dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu,dan basuhlah kedua belah khaki kamu

kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali, dan jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib, dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah – debu yang bersih, iaitu:sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah – debu itu”. [Surah Al maidah :14] Daripada ayat di atas terdapat khilaf bacaan pada kalimah . Terdapat 2 khilaf pada kalimah tersebut iaitu bacaan dengan hazaf alif yang dibaca oleh Imam Hamzah, Kisaie dan Khalaful A'syir yang membawa maksud menyentuh. Manakala bacaan yang kedua ialah dengan mengisbatkan alif dibaca oleh al-Baqun (selain daripada ketiga - tiga imam yang disebut di atas) yang bermaksud saling menyentuh dan ada yang mengkinayahkanya kepada jimak.

Justeru daripada khilaf bacaan di atas sedikit sebanyak adalah berkaitan dengan perbahasan mazhab. Bagi Imam Syafi'e r.a beliau telah menthabitkan hukum batal wuduk dengan berpandukan kepada kedua-dua khilaf tersebut dengan terjemahan kepada menyentuh atau disentuh. Manakala bagi Imam Hanifah r.a pula telah menthabitkan batal wuduk dengan berpandukan kedua-dua khilaf tersebut dengan mengkinayahkan maksudnya kepada jimak. Bagi Imam Malik r.a pula, beliau berpendirian di antara pendapat kedua-dua imam di atas. (ruj:kitab Al Qiraat Mutawatirah Wa Atharuha Fi Rasmul Qurani Wal Ahkamil Syariah.)

Azhari dan Azhariah sekalian, Umat Islam Malaysia kini semakin tenat serta semakin tipis akan pegangan agama serta aqidah mereka hatta ada yang sanggup menghina serta memperlekehkan suruhan dan tuntutan agama Islam itu sendiri. Jauh lebih menyedihkan lagi ialah mereka yang mengamalkan tuntutan Islam dihina serta dipandang kolot. Justeru kini adalah diharapkan agar ada di kalangan umat Islam yang diberi peluang mendalami agama Islam serta Al-Quranul Karim sanggup tampil bagi menerangkan kebenaran, keagungan serta kesyumulan agama Islam dan Al-Quranul Karim itu sendiri. Siapa lagi yang akan diharapkan agar tampil menghuraikan seribu satu rahsia apatah lagi hikmah yang terdapat di dalam agama Islam dan Al-Quranul Karim. Malahan siapa pula yang akan tampil bagi menyatakan bahawa agama Islam dan Al-Quranul Karim adalah kebenaran malah relevan dahulu, kini dan selamanya. Tidak lain kitalah yang mendalami agama Islam dan kitabnya. Tambahan pula kini kita digemparkan dengan “The True Furqan” ataupun “Al Furqan Haq” yang diciptakan oleh laknatullah Amerika Syarikat. Selain itu, mereka juga sudah berani untuk memperlekehkan kekasih Allah S.W.T, Rasulullah s.a.w. Adakah sehingga kini, ahli-ahli agama serta ahli ahli Quran khususnya dan umat Islam amnya masih lagi boleh berdiam diri sedangkan agama dan kitab yang mereka imani, dalami serta hafaz diperkotak-katikkan tanpa sebarang pembelaan. Justeru akhir kalam penulis mengharapkan agar azhari serta azhariah kini lebih prihatin dengan agama Islam serta Al- Quranul Karim. Bersama-sama kita doakan agar kita ditakdirkan untuk menjadi mata rantai–mata rantai perjuangan untuk melestarikan kembali kebenaran, keagungan serta kesyumulan agama Islam dan Kitabullah, Al-Quranul Karim. Marilah bersama-sama kita sebarkan hikmah serta kebaikkan tuntutan-tuntutan Islam. Marilah kita bongkarkan kembali keajaiban serta ketinggian Al-Quranul Karim, lantas sebarkan kepada masyarakat di Malaysia dan seantero buana ini. Sesungguhnya Islam dan Al-Quranul Karim adalah agama serta kitab yang penuh dengan resipi kebahagiaan hidup di dunia serta akhirat. Namun addinul Islam dan Al Quranul Karim ini masih lagi menanti insan yang sudi menjadi jurubicara kebenarannya. Lantaran itu ayuh azhari dan azhariah! Qum Fa anzir! Bangun serta beri peringatan, sebarkan kesyumulan Al Islam dan rahsia Al-Quranul Karim, agar tersohor kembali addin dan kitab Allah s.w.t serta terjulang kembali Daulah Islamiah.

ejayaan HAMAS memenangi pilihanraya Palestin pada Pilihanraya Legaslatif Palestin 25 Januari yang lalu memberikan tamparan hebat kepada Amerika dan Israel. Setiausaha Negara Amerika Rice menyatakan mereka tersilap memandang rendah terhadap kemampuan HAMAS untuk menang. Seluruh dunia tersentak apabila HAMAS yang dilabelkan sebagai gerakan pengganas berjaya mendapat tempat di hati rakyat Palestin. Sekalung ucapan tahniah dan syabas untuk rakyat Palestin. Kemenangan tersebut bukan hanya untuk HAMAS, tetapi merupakan kemenangan seluruh umat Islam. Inilah hasil komitmen HAMAS dalam perjuangan mereka membela hak rakyat Palestin dan menuntut hak umat Islam ke atas Baitulmuqaddis. PLO suatu waktu dahulu juga pernah mendapat sokongan rakyat Palestin kerana perkara yang sama. Sayangnya apabila mereka telah menukar corak perjuangan dengan mengambil sikap berkompromi dengan Zionis, mereka telah ditolak oleh rakyat. Kemenangan HAMAS yang gilang gemilang ini dapat diungkapkan sebagai sinar baru dari Timur Tengah. Ia bukan sahaja memberikan isyarat baru kepada dunia bahawa Islam akan bangun kembali menguasai dunia bahkan suatu suntikan semangat baru kepada gerakangerakan Islam yang lain untuk memperkasakan perjuangan mereka mendaulatkan Islam. Yang pastinya Gandingan Al Ahzab moden pasti menggelepar pedih, panas dan terpukul dengan kejayaan dan kemenangan tersebut.

AL QUDS; KOTA SUCI YANG PENUH DENGAN PEREBUTAN Al-Quds, Baitulmuqaddis atau Jerusalem ialah sebuah kota lama yang terletak di Timur Tengah. Baitulmuqaddis memainkan peranan penting bagi agama Islam, Kristian, dan Yahudi. Ia merupakan kota suci bagi ketiga tiga agama tersebut. Yang jelasnya Yahudi dan Kristian tidak berhak menganggap kota itu suci bagi mereka kerana mereka telah mengingkari Allah. Baitulmuqaddis ialah sebuah kota yang kaya dengan tamadun dan budaya. "Kota Lama" Baitulmuqaddis juga dikenali sebagai (Baitulmuqaddis Timur) dikelilingi dengan tembok yang dibina sejak kurun ke-15 lagi. Kota lama ini terbahagi kepada empat kawasan: Islam, Kristian, Yahudi, dan Armenia. Kedudukan kota ini hangat diperkatakan. Perjanjian yang ditandatangani pada tahun 1949 di antara Israel dan Jordan menyebabkan kota ini terbahagi kepada dua. Baitulmuqaddis Barat menjadi milik Israel manakala Baitulmuqaddis Timur menjadi milik Jordan. Sejak kemenangan Israel pada perang tahun 1967, Israel menguasai kesuluruhan kota tersebut dan menuntut hak kedaulatan undang-undang terhadap Baitulmuqaddis. Israel ingin menjadikan Baitulmuqaddis sebagai ibu negaranya tetapi ini tidak dipersetujui oleh majoriti negara di seluruh dunia. Palestin juga menuntut supaya kesuluruhan Baitulmuqaddis ataupun sebahagian daripadanya yakni Baitulmuqaddis Timur menjadi ibu negaranya.

Di celah-celah kemelut itulah dunia telah menyaksikan Islam dan umatnya diganyang tanpa sebab dan penjelasan. Penjajahan ini bermula dengan bantuan British yang membiarkan yahudi membunuh, mencengkam dan merampas hak, harta dan tanah air umat Palestin tanpa belas kasihan dengan kezaliman dan penyiksaan. Maka sejak daripada itu umat Islam terus bangun demi mempertahankan kedaulatan Kota Baitulmuqaddis dari tangan keji Yahudi. Menyorot kembali kepada sejarah, semasa kegemilangan Babylon, Nebuchadnezzar telah menakluk Baitulmuqaddis dan menghalau orang Yahudi daripada Baitulmuqaddis. Selepas beberapa dekad, tentera Parsi menakluk Babylon. Cyrus II, Raja Parsi membenarkan orang Yahudi kembali ke Baitulmuqaddis dan membina semula kuil mereka. Selepas kematian Herod the Great, kota ini jatuh ke tangan Rom. Semasa pemerintahan Rom, masyarakat Yahudi di Baitulmuqaddis memberontak kerana ditindas tetapi dapat dipatahkan. Orang Yahudi tetap tidak dibenarkan memasuki Baitulmuqaddis kecuali semasa pemerintahan singkat Empayar Parsi pada tahun 614 hingga tahun 629 masihi. Kota itu kemudiannya dibuka oleh angkatan tentera Islam pada tahun 638 masihi. Saidina Umar Al-Khatab secara peribadi menerima penyerahan Baitulmuqaddis kepada kerajaan Islam. Beliau terus bertindak memulihara Masjidil Aqsa Al Haram Al Sharif. Antaranya membina sebuah masjid kayu di tempat yang sekarang merupakan kompleks bangunan Masjid Al Aqsa. Enam tahun kemudian, Qubbah AsSakhrah telah dibina. Semasa pemerintahan awal Islam, terutamanya semasa pemerintahan kerajaan Ummaiyyah dan kerajaan Abbasiyyah, Baitulmuqaddis berkembang pesat dan merupakan tanah yang paling subur di Palestin. Pemerintahan awal Islam juga mewujudkan sebuah toleransi di antara kaum sehinggalah meletusnya Perang Salib. Pada tahun 1099 masihi, tentera Kristian Eropah menakluk Baitulmuqaddis. Mereka kemudiannya membunuh kesemua penduduk bukan Kristian yakni Muslim dan Yahudi. Baitulmuqaddis telah dijadikan ibu kota Kerajaan Kristian Baitulmuqaddis (Kingdom of Jerusalem) sehingga tahun 1291 masihi apabila Baitulmuqaddis dibuka kembali oleh

Salahuddin Al Ayubi pada tahun 1187 masihi. Semasa pemerintahannya, Salahuddin terus mengamalkan dasar kebebasan beragama untuk semua rakyat. Pada tahun 1243 masihi, Baitulmuqaddis jatuh kembali ke tangan orang Kristian sebelum jatuh kembali ke tangan orang Islam pada tahun berikutnya. Pada tahun 1517 masihi, Baitulmuqaddis ditawan oleh Empayar Turki Uthmaniyyah lalu membina semula tembok Baitulmuqaddis yang dapat kita lihat sehingga ke hari ini.

AL QUDS KEMBALI JATUH KE TANGAN MUSUH ALLAH British berjaya menewaskan Empayar Turki Uthmaniyyah semasa Perang Dunia pertama. Dengan kemenangan mereka itu, tentera British di Mesir memasuki Baitulmuqaddis pada 11 Disember 1917. Pihak British kemudiannya membina rumah-rumah baru di sini dan menyebabkan Baitulmuqaddis b e r ke m b a n g s e h i n g g a l u a r d a r i p a d a temboknya. Pemerintahan British bersikap melebihkan perhatian kepada pendatang Yahudi menyebabkan orang Islam amnya dan orang Arab khususnya mendapat layanan yang tidak adil. Keganasan ini terus meningkat sepanjang tahun 1930-an dan 1940-an. Ta n g g a l 2 9 N o v e m b e r 1 9 4 7 , Perhimpunan Agung Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu (UNGA) telah meluluskan satu pelan untuk memisahkan Pentadbiran Mandat British di Palestin kepada dua buah negeri, masing-masing satu wilayah untuk orang Yahudi dan satu wilayah untuk umat Islam. Hal ini mengakibatkan berlaku pemberontakan di Baitulmuqaddis yang kemudiannya menyebabkan Perang Arab-Israel 1948

berlaku selepas pemerintahan British berakhir. Semasa Perang Arab-Israel 1948, Baitulmuqaddis terbahagi kepada dua. Bahagian baratnya yang meliputi bandar baru menjadi sebahagian daripada Israel manakala bahagian timurnya termasuklah kota lama Baitulmuqaddis menjadi milik Jordan. PBB mencadangkan supaya Baitulmuqaddis berada di bawah pentadbiran antarabangsa. Walau bagaimanapun, pada 23 Januari 1950, Parlimen Israel meluluskan satu resolusi untuk menjadikan Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel. Baitulmuqaddis Timur kemudiannya ditawan oleh tentera Israel dalam Perang Enam Hari pada tahun 1967 dan status Baitulmuqaddis terus tetap menjadi satu isu yang kontroversi. HAMAS MEWARISI TUGAS UMAR DAN AL AYYUBI Setelah kejatuhan khilafah Turki Othmaniyyah umat Islam wajib menggabungkan diri dengan Jemaah Islam. Para ulamak haraki seluruh dunia masingmasing telah sepakat menggagaskan sebuah Jemaah Islam yang syumul untuk membimbing umat Islam yang telah kehilangan tempat bergantung dan berlindung setelah tumbangnya khilafah Islam. Kewajipan mengembalikan semula daulah dan khilafah Islamiyyah menjadi tanggungjawab Jemaah Islam dan umatnya. Maka HAMAS telah menyahut seruan itu apabila Barisan Pembebasan Palestin (PLO) berpaling dan bekerjasama dengan Israel. Pengkhianatan ini amat terkesan di dalam sanubari para pejuang Islam yang benar-benar ikhlas memperjuangkan agama Allah. Syeikh Ahmad Yassin telah menggagaskan penubuhan HAMAS. Dengan penuh keimanan, keikhlasan dan pengharapan kepada Allah untuk menyambung perjuangan nabi, HAMAS mengorak langkah walaupun ditentang hebat oleh Israel. Perjuangan untuk mengembalikan ketuanan Islam di bumi Palestin adalah suatu tugas yang besar, berat dan penuh dengan cabaran yang perit, namun demi mewarisi tugas membebaskan Palestin dari Israel, HAMAS pasti akan mengikut jejak langkah Al Khattab dan Al Ayyubi. HAMAS DAN PALESTIN HAMAS dan Palestin ibarat jasad dan kepala. Begitu juga Al Quds dan umat Islam, bagai jiwa dan kalbu, sesuatu yang tidak bisa

dipisahkan, hidup dan mati tetap bersama. Namun sempadan yang terbina memisahkan umat Islam yang lain dari umat Islam Palestin. Di sebalik kelesuan, sikap takut dan hanya pentingkan kesenangan diri, pemimpin dunia Islam hanya mampu bersidang dan terus bersidang saban bulan. Bertahun-tahun silih berganti namun tetap tiada perubahan. Mereka seolah-olah nekad padahal sebenarnya mereka terpaksa m e l a m b a t- l a m b a t k a n t i n d a k a n u n t u k menyelamatkan jiwa, kehidupan, harta dan tanah air umat Islam Palestin kerana bertindak tegas membantu Palestin bererti tidak tunduk kepada Amerika dan sekutunya. Demi menjaga kepentingan diri sendiri dan hati Amerika mereka hanya berpura-pura bertindak tegas untuk mengelak dari tanggapan dunia menuduh mereka tidak prihatin dan simpati terhadap Palestin. Apa yang paling penting ialah kepentingan, pangkat dan kekayaan mereka tidak digugat oleh Amerika. Tindakan mereka hanya melepas batuk di tangga, mereka tersepit di antara sikap takut dan bacul mereka kepada kuasa kuffar dan kewajipan untuk membantu umat sendiri.

HAMAS dan Palestin ibarat jasad dan kepala. Begitu juga Al Quds dan umat Islam, bagai jiwa dan kalbu, sesuatu yang tidak bisa dipisahkan... Akhirnya tindakan mereka hanya boleh diibaratkan menyusu kera di hutan anak sendiri terbiar mati kelaparan. Umat Islam Palestin sudah muak dengan sikap hipokrit para pemimpin umat Islam yang hanya pandai bersidang sedangkan sebahagian besar kehidupan sebenar mereka hanya berhibur bersama keluarga mereka, melancong membeli belah, hidup serba mewah, riang gembira tanpa memikirkan sedikit pun jiwa sedih umat Palestin melainkan hanya di layar media dan persidangan yang entah bila akan tercapai keputusannya. Lantaran itulah HAMAS bersama-sama dengan saudara kita di Palestin berjihad, gigih berjuang demi mengembalikan bumi Anbiya dan Al Quds kepangkuan Islam. Selagi mana Masjid Al Aqsa dicengkam kuffar, selagi itulah kita bertanggungjawab membebaskannya dan HAMAS bersama-sama rakyat Palestin telah menderap langkah yang pertama.

KEMENANGAN HAMAS, KEMENANGAN UMAT ISLAM SEDUNIA Kejayaan HAMAS menawan Palestin daripada parti pemerintah FATAH amat membanggakan. Kemenangan HAMAS merupakan hadiah besar tahun Hijrah 1427 bagi umat Islam seluruh dunia. Seluruh pejuang agama Allah di seluruh dunia menyaksikan dan merayakan kemenangan ini. HAMAS telah mengukir sejarah baru buat seluruh umat, maka benarlah janji Allah dalam firmannya: "Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai Muhammad!) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orangorang yang sebelum mereka khalifah-khalifah yang berkuasa dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka yang telah diredhai-Nya untuk mereka dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh)." [Surah An-Nur ayat : 55] Walaupun dunia menjangkakan HAMAS hanya mampu menghalang FATAH dari mengekalkan majoriti besarnya di dalam Majlis Perundangan Palestin, namun HAMAS dengan izin Allah swt bukan hanya berjaya menafi majoriti malah menang besar dan berjaya membentuk kerajaannya sendiri. HAMAS telah memenangi majoriti besar dalam pilihanraya apabila pengundi Palestin menolak parti pemerintah sekular, FATAH yang telah memerintah sekian lama. HAMAS telah memenangi 76 kerusi daripada 132 kerusi parlimen, manakala FATAH hanya memenangi sebanyak 43 kerusi, keputusan ini adalah muktamad dan tiada siapa dapat menafikan keputusan rakyat Palestin. Seluruh pihak merayakan kemenangan ini, termasuk Pengerusi Palestinian Research Institute Dr Mehdi Abdul Hadi. Beliau menganggap kemenangan HAMAS sebagai suatu political earthquake atau gegaran besar politik di bumi Palestin dan juga dunia. Beliau yakin HAMAS akan mampu mendepani proses perubahan besar dari perjuangan di medan jihad ke medan politik berlandaskan demokrasi Islam. Dengan kemenangan ini HAMAS perlu memimpin keseluruhan rakyat Palestin dengan meraikan pelbagai perbezaan dan fahaman sebagai sebuah kerajaan.

Seorang pakar Timur Tengah di Kolej Sarah Lawrence di Bronxville, New York ,Fawaz Gerges menyatakan: “Kemenangan HAMAS tidak boleh dipisahkan dari kejayaan gerakan Islam di seluruh dunia Islam,". “Di sana terdapat satu petunjuk bahawa pemilih Arab amnya dan umat Islam umumnya telah meluap kebencian mereka dengan kerajaan sekular yang ternyata gagal membawa kebaikan kepada umum, samada dari sudut ekonomi atau dalam menyediakan keselamatan dan perlindungan di tanah air masing-masing.” Manakala seorang lagi penganalisa politik Robert Springborg yang juga Pengarah London Middle East Institute pula yakin dengan kemenangan ini HAMAS akan bertindak mengukuhkan kuasa dan mengawal segala bentuk keganasan kerana kemenangan ini menuntut tanggungjawab sebagai sebuah kerajaan yang berwibawa. Beliau juga yakin HAMAS akhirnya akan secara beransur-ansur terlibat dalam proses diplomatik ke arah mewujudkan kedamaian di Timur Tengah. Selepas mencapai kemenangan yang gilang gemilang HAMAS telah mengibarkan bendera hijaunya di bumbung parlimen Palestin di Ramallah, meraikan kejayaan yang menakjubkan yang bukan sahaja telah menimbulkan bayangan persepsi baru terhadap keamanan di Timur Tengah bahkan kemenangan HAMAS membawa amaran besar kepada Barat. Tetapi sebagai gerakan Islam di Timur Tengah, kejayaan mereka mengalahkan parti sekular Fatah yang memerintah selama ini merupakan peluang yang pertama untuk menunjukkan kuasa politik Islam yang sebenar dan yang jelasnya Amerika, Britain dan Israel pasti tergamam dan bingung dengan situasi yang memeranjatkan ini.

Reaksi awal George W. Bush ialah Amerika tidak akan berurusan dengan pemimpin HAMAS. Tidak syak lagi HAMAS akan menghadapi tekanan hebat untuk mempertahankan mandat yang diperolehinya demi menentang penjajahan ke atas Palestin sebagaimana yang dikehendaki oleh umat Islam di seluruh dunia. Pengajaran dari era PLO dan FATAH merupakan testimoni bagaimana matlamat asal perjuangan Islam semakin hilang dan pudar. Parti sekular di Palestin dan di negara-negara umat Islam yang lain seperti Kashmir telah berkompromi secara konsisten idea asal mereka dengan musuh dan mengkhianati harapan rakyat. Walau bagaimanapun, sokongan rakyat kepada gerakan Islam baru baru ini, ikhlas menunjukkan bahawa gelombang kebangkitan Islam telah bermula di Mesir, Iraq, Palestin dan Arab Saudi. Secara jelas menunjukkan bahawa momentum keinginan rakyat untuk kembali kepada Islam telah bermula. CABARAN KEPADA HAMAS Cabaran yang paling besar yang perlu dilaksanakan oleh HAMAS ialah mengisi kemenangan yang dicapai iaitu harapan umat Islam yang ingin bernaung di bawah satu pemerintahan Islam yang berjuang untuk menegakkan khilafah nubuwwah dan membangun dan mempertahankan Islam dan mengaplikasikan kesyumulan Islam sebagai undang-undang dalam memerintah negara. Harapan rakyat ini dibuktikan oleh Pusat Penyelidikan Strategik di Universiti Jordan yang telah menyiarkan satu pungutan suara pada tahun lalu yang bertajuk ‘Revisiting the Arab Street’ di mana mereka menemuramah sejumlah besar penduduk Timur Tengah. Ramai dari kalangan mereka menyatakan keinginan umat untuk hidup di bawah undang-undang Syariah dan di bawah pemerintahan Khalifah. Memetik dari pungutan suara tersebut yang berkata, "Apabila ditanya samada Syariah harus menjadi satu-satunya perundangan, salah satu dari sumber perundangan atau tidak dijadikan sumber perundangan, kebanyakan umat Islam percaya bahawa ia sekurangkurangnya menjadi sumber perundangan. Sokongan begitu kuat di Jordan, Palestin dan Mesir di mana dua pertiga umat Islam yang memberi jawapan mengatakan bahawa Syariah sepatutnya menjadi satu-satunya sumber perundangan; manakala satu pertiga

lagi percaya bahawa ia harus menjadi salah satu dari sumber perundangan". Manakala di Lubnan dan Syria, majoriti hampir dua pertiga di lubnan dan lebih dari separuh di Syria berpendapat bahawa Syariah hendaklah menjadi salah satu dari sumber kewangan. Cabaran kedua terbesar buat HAMAS ialah persediaan untuk menghadapi Amerika, Israel dan kuncu-kuncunya. Walaupun HAMAS menang melalui proses demokrasi dan peralihan kuasa berjalan lancar dalam suasana penuh tertib dan beradab di bumi Palestin, namun Amerika tetap berkeras tidak mahu mengiktiraf kerajaan pimpinan HAMAS. Segala-gala ini dilakukan kerana mereka mendakwa HAMAS kononnya kumpulan pengganas. Padahal isu yang sebenar yang menggusarkan Amerika ialah pendirian HAMAS yang tidak sesekali akan mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara yang berdaulat. Dalam situasi genting ini, Setiausaha Negaranya, Rice yang kini berada di London dilaporkan menuntut agar negara-negara sekutunya turut menghalang sumber kewangan dari sampai ke tangan kerajaan HAMAS. Amerika dan Israel membuktikan kebiadapan dan kedengkian mereka dengan tindakan menahan serta-merta bayaran USD50 juta dalam bentuk hasil cukai bulanan yang dikutip bagi pihak kerajaan Palestin yang merupakan hak Palestin dan bukannya milik Zionis. Presiden George W. Bush berkata Amerika tidak akan berurusan dengan pemimpin Palestin yang tidak mengiktiraf kewujudan Israel dan menggesa Presiden Palestin, Mahmoud Abbas agar kekal di pejabatnya. Eropah juga turut menyatakan pendirian yang sama. Pegawai EU berkata bantuan tahunan mereka sebanyak €500 juta kepada Palestin hanya akan diteruskan jika HAMAS mengekalkan gencatan senjata. Sikap tidak demokratik barat dan Eropah amat dipertikaikan. Mengapakah apabila HAMAS berjaya memerintah, tiba-tiba proses diplomatik, tolak ansur dan perundingan yang merupakan amalan dunia bertamaddun tibatiba dilupakan oleh barat dan Eropah? Dengan tafsiran yang lebih jelas, kenapa kumpulan pengganas IRA (Irish Republican Army), tidak pula dipandang sebagai pengganas sepertimana HAMAS pada hari ini? Bahkan IRA dianggap dan diikitiraf sebagai pejuang kebangsaan yang perlu diberi hak untuk turut serta dalam proses demokrasi. Bersambung ke mukasurat 29

Oit!!..nak pegi taman? Biar betui hang ni...?!!

ABSTRAK olemik ini hampir-hampir kita rumuskan sudah basi. Tanpa memerlukan kepada definisi yang rinci, kita sudah dapat mengagak apa yang mahu dipaparkan. Isu yang hanya seputar observasi rawak mahupun perangkaan tertepat, sudah memadai untuk menjelaskan betapa bejatnya remaja Melayu dari memahami jauh lagi menghayati al-Quran.

Disediakan Oleh: Mohd Nabil Ahmad Naib Presiden [1] PMRAM

Sejak Tanah Melayu menghirup bayu iman lewat dakwah mapan para du’at yang mendatangi Nusantara melalui perdagangan – ratusan dekad lampau, umat Melayu mula sebati dengan Islam. Bagi bangsa Melayu ini, apa sahaja yang bersangkutan dengan al-Quran, itu kemuliaan. Guru al-Quran dimuliakan, khatam al-Quran jadi kewajipan bagi setiap individu dan adakalanya menjadi pra-syarat peminangan hatta hantaran; yang menjadi adat kemestian masyarakat Melayu turut meletakkan al-Quran sebagai perkara pertama(walaupun sekadar hiasan) untuk dihadiahkan. Kemudian, al-Quran dimuliakan lagi oleh masyarakat kita dengan pertandingan tilawah segenap peringkat. Begitu juga merayakan secara besar-besaran agenda hari Nuzul al-Quran. Sejarah membenarkan bahawa Islam membudaya dan berakar umbi dalam diri nenek moyang kita. Dan memang menjadi kebencian yang total di sanubari setiap Yahudi dan Nasrani terhadap Islam yang dasarnya terkandung dalam al-Quran. Maka secara rasminya, pada 1511 Masihi, ratusan malah ribuan paderi dan mubaligh Nasrani dan Yahudi memijakkan kaki biadap mereka di Nusantara ini dengan mengendong misi dan visi mengusir Muslim dari Islam! Sedikit demi sedikit, al-Quran cuba direnggangkan dari diri Muslim di Nusantara. Mentaliti masyarakat Melayu dipegunkan dengan berpada khatam al-Quran sekali seumur hidup, sebagai tanda kenal al-Quran. Memang bagus cara masyarakat Melayu mendidik anak-anak mereka, diperkenalkan al-Quran, disuruh ke surau sejak masih rebung, dihantar ke kelas-kelas Fardhu Ain selepas usai persekolahan kebangsaan di sebelah petangnya. Namun, silapnya kita, semaian dan ukiran iman yang mahu kita lakarkan pada kain putih suci itu hanya ketika itu sahajalah. Anak kita yang menjengah alam remaja dibentangkan sebebasnya melakar jalan hidup tanpa dituntun sedikit pun dengan sinar Wahyu Ilahi. Maka, natijahnya, bermula si anak menjejak usia remaja yang selayaknya dititik beratkan perjalanan hidup mereka; terbiar tanpa petunjuk. Dan hari ini, Yahudi dan Nasrani sememangnya boleh tersenyum bangga dan megah, jerih payah mereka lima ratus tahun dahulu, bukan sahaja menetas, tetapi sudah mula merawak dan meyerbakkan bau kumal dan mual muntah!

REMAJA DI DALAM AL-QURAN Secara fizikal, remaja dikategorikan sebagai golongan yang berusia antara 13-21 tahun. Remaja diistilahkan sebagai aset dan modal setiap generasi di setiap zaman dan setiap tempat. Di dalam al-Quran, Allah menceritakan kepada kita beberapa kisah keperibadian remaja, antaranya, golongan Ashabul Kahfi, remaja Yahudi yang disifatkan dalam surah al-Mukmin, Zulqarnain, alHawariyyun yang segenerasi dengan Nabi Allah Musa a.s dan sahabat Baginda s.a.w, Saidina Zaid yang merupakan satu-satunya sahabat yang disebutkan namanya di dalam alQuran, selain tidak menafikan kewibawaan uswah hasanah; Rasulullah sebagai idola teragung. Antara kalam Allah yang terakam kemas berkisar ialah; Surah Al-Kahfi : 13 :

[Ali Imran : 52]:

REMAJA DI MALAYSIA Kita saksikan sendiri dengan dipandu kewarasan akal betapa jauhnya generasi muda kita dari acuan al-Quran yang disediakan oleh Allah SWT. Umat Melayu(di Malaysia, terutamanya) yang selama ini sinonim dengan kesopanan dan jatidiri yang unggul serta penuh peradaban, kini dipaliti kebobrokan akhlak dan kebejatan nilai yang tenat lagi pasrah. Diakui, sememangnya Malaysia kaya dengan khazanah. Malaysia bangga dengan slogan Malaysia Boleh-nya. Malaysia maju sebagai Negara Islam. Malaysia mendabik dada sebagai wira di mata dunia. Malaysia punya segala-galanya. Zahirnya, Malaysia gah sebegitu. Namun, hakikatnya Malaysia tidak ubah hanya the first world development but third world mentality! Bukan menjadi kesalahan andai kita labelkan, remaja Malaysia tidak kenal alQuran, jauh lagi memahami intipatinya. Pastinya tiada siapa dapat menafikan fakta ini kerana jelasnya sudah terang lagi bersuluh! Lihat sahaja fenomena serbuan di kelab-kelab malam dan pub, Mat Rempit, Black Metal dan yang sejuzuk dengannya, gangsterisme, pil kuda @ ecstasy, kegilaan AF, Malaysian Idol, Who Will Win….Juaranya tentu sahaja remaja yang mengaku Muslim!

Bukan sahaja menjadi sesuatu yang menghairankan di Malaysia, apabila remaja kita berani menghina al-Quran. Dada-dada akhbar kerap memberitakan kejadian penghinaan al-Quran yang dipelopori oleh remaja Melayu. Al-Quran dibakar, dipijak, dikoyak seenak rasa – bagi kita acapkali didengari. Remaja kita berani berikrar bencikan al-Quran. Remaja kita sudah nanar dan membenci al-Quran. Bukan secara sembunyi atau malu-malu. Mereka terangterangan menganggap al-Quran sebagai penjara yang membataskan pergerakan mereka, al-Quran umpama vakum yang akan menyesakkan nafas mereka untuk survival!! Buktinya lagi, mereka bukan sahaja tanpa segan silu mendedahkan aurat dan bangga melakukannya bahkan, melenting apabila cara berpakaian mereka ditegur. Hal ini samada dari kalangan remaja perempuan juga lelaki. Arak dan rokok tidak boleh ditinggalkan. Benar-benar mereka bangga dan terangterang mereka menyifatkan perbuatan mereka sebagai up-to-date. MENUDING JARI Sudah menjadi tabiat, apa sahaja kepincangan dalam karma dunia ini, manusia pasti akan menuding telunjuk mengalih salah ke bahu orang lain. Dalam isu ini, kita tidak wajar mengentengkannya seakan-akan ia seekor lalat nakal yang bertenggek di batang hidung dan hanya bisa terbang dengan sekali tepis. Perutusan Rasulullah s.a.w sebagai diiringi mukjizat agung yang terpelihara iaitu al-Quran. Al-Quran yang diturunkan dalam bahasa ibunda Rasulullah menghamilkan syariat yang universal.

Bahkan bukan sekadar syariat tetapi bekalan yang mencukupi untuk segenap keperluan dan kehendak manusia sepanjang usia meniti hidup selagi bumi ini masih diizinkan berkhidmat untuk khalifah Allah. Terlalu indah pemberian Allah ini, sudahlah kita dimuliakan khalifah dan hambaNya, dituntun pula kita dengan nur al-Quran sebagai petunjuk jalan agar tidak sesat. Alangkah indahnya pimpinan bersama al-Quran. Hari ini remaja kita buta pada keindahan al-Quran. Bukan setakat buta alQuran malah tidak kenal siapa diri sendiri dan jahil arah tujuan hidup. Namun, untuk menyandarkan kesilapan ini secara tuntas kepada mereka, bukanlah suatu yang wajar. Sistem pendidikan di tanahair kita yang dahulunya memecat tulisan jawi dari dipelajari di sekolah antara kesalahan terbesar menyumbang ke arah lumpuhnya keupayaan generasi hari ini untuk mengenal al-Quran. Tulisan jawi adalah basic. Ketidakupayaan menguasai tulisan jawi bererti gagal mengenali al-Quran seterusnya memahami intipatinya. Alasan untuk tidak memahami al-Quran yang dibaca kerana ia bukan bahasa kita, mungkin bisa kita terima, namun untuk menerima alasan tidak boleh membaca al-Quran dek sebab tulisan jawi adalah satu kecanggungan yang menggerunkan! Segerun manapun, ia telah berlaku. Keberanian remaja hari ini yang entah dipinjamkan oleh siapa langsung sedikit pun tidak diambil tindakan oleh kerajaan. Sedangkan Malaysia mempunyai perlembagaan dan undang-undang yang wajib dipatuhi. Dan penghinaan terhadap al-Quran bererti menafikan Islam sebagai agama rasmi Malaysia sejak dimerdekakan. Tidak cukup menghapuskan tulisan jawi dari silibus pengajian, hingga hampir kesemua generasi hari ini buta al-Quran; masyarakat kita digugah pula dengan penarikan semula bantuan per kapita untuk sekolah-sekolah agama rakyat(SAR). Usaha menjauhkan generasi hari ini dari al-Quran tidak terhenti hanya sekadar itu, apabila ibu bapa yang menyekolahkan anak-anak mereka di mana-mana SAR akan didenda jika enggan mendaftarkan anak mereka di sekolah milik kerajaan. Masyarakat dimomokkan kononnya SAR sarang pengganas, pengajian di SAR tidak mengikut piawai dan tidak menunjukkan prestasi cemerlang seperti sekolah kerajaan dan sebagainya. Sedangkan, selama ini SAR dalam kondisi serba daif inilah yang menjadi elemen penting mengurangkan gejala buta alQuran dan jahil agama.

Betapa kegerunan hati mereka yang diikat dengan nilai dunia. Wabak buta al-Quran yang menjarah ini bukan dicarikan penawarnya tetapi diparahkan lagi apabila dikuatkuasakan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Ba h a s a I n g g e r i s . A d a k a h k i t a a k a n bertamadun kalau mengikut telunjuk selain acuan dari Allah?

Telah kita maklum betapa bundarnya tamadun Barat, tetapi masih mahu dijadikan kiblat. Sejarah belum pernah mencatatkan peradaban sesuatu bangsa mencapai ketinggian kerana mencuplik tamadun bangsa lain. Ketamadunan sesuatu bangsa tercapai kerana swadaya dan mandiri mereka, yang yakin dengan kemampuan diri, dan bukannya dengan meniru. Eropah bebas dari label Zaman Gelap kerana aplikasi dan adaptasi ilmu yang mereka perolehi. Bukan dengan meniru. Mereka berfikir dan memajukan ilmu mengikut panduan akal mereka. Atmosfera Malaysia haprak dengan pencemaran budaya dan idealisme gila lagi songsang. Sejak lahir, seseorang anak itu sudah menghirup udara hiburan yang melata. Si ibubapa pula, sudahlah deria dengarnya terpekak dari laungan kebenaran, mata pula terpejam dek silau duniawi…apalah yang dapat diajar kepada si permata dari syurga itu? Si ayah pasti mahu anaknya menjadi warga dunia yang waja dan berbakti, namun si ayah sendiri ketam yang senget langkahnya. Dia sendiri sifar akhlak – bertindik telinga, hidung dan pusat, buta al-Quran. Benarlah,

Masyarakat kita diajar untuk menongkat langit dengan nafasnya. Sedikit sangat diingatkan supaya berbekalan untuk menyongsong hidup kali kedua di ‘sana’. AlQuran cuma jadi perhiasan di awal majlis dengan harapan, agenda diberkati. Sedangkan wasilahnya cacamerba dengan maksiat bergelanggang. Al-Quran dibesarkan dalam batasannya yang terhad– samada di dalam masjid, upacara keagamaan tertentu yang banyaknya melibatkan nikah kahwin, cerai-berai, nafkah dan sebagainya, dalam ehwal bersangkutan mati dan jenazah dan hanya sekadar itulah ruang lingkupnya. Barangkali kita merasakan ini berlaku di luar kehendak kita. Pastinya kita mengimpikan kehidupan yang muluk dinaungi kasih sayang Tuhan. Sudah menjadi kewajipan

pihak berwajib untuk menyediakan keperluan ini, demi rakyat yang dipimpin. Sebaliknya, mereka gagal mewujudkan suasana yang sihat untuk kehidupan masyarakat. Sudahnya, generasi demi generasi ditimpa penyakit kronik yang parah ~ payah diubati. GENERASI AL-QURAN Ibnu Khaldun dalam karangan beliau yang masyhur; Muqaddimah, menulis bahawa untuk membina dan membangunkan sesuatu generasi mengambil masa selama 40 tahun untuk terjana. Buktinya, tentu sahaja seperti yang dilalui oleh Nabi Musa a.s ketika disesatkan sekitar Nuwaiba’, Banjaran The, St. Katherine dan Wadi Arba’in; selama tempoh tersebut sehingga terlahir generasi yang taat dan tulus beriman kepada Allah. Dan inilah the chain of time. Insaf dengan gejala ini, kita diperkenalkan dengan langkah percubaan pertama kerajaan menangani polemik, melalui perlaksaan j-QAF. Dalam usia seawal ini, kita tidak dapat menilai keberkesanan usaha yang diterapkan, namun kita mengharapkan ia tidaklah sekadar indah khabar dari rupa. Benar, masyarakat majmuk Malaysia sering disebut sebagai contoh pada warga dunia. Kesantunan dan ketinggian jatidiri masyarakat Melayu tersohor dan terbilang. Sesekali, soal lah akal, adakah kita bisa dinobatkan sedemikian kehormatan andai bukan Islam yang mendidik? Dan sudah pastilah al-Quran menjadi perantaraannya. Generasi al-Quran hanya akan terbentuk dengan bimbingan al-Quran. Sedikitpun tidak mengingkari bidalan lama; bagaimana acu, begitulah kuihnya.

OBLIGASI BERSAMA Perlu kita fahami juga, buta al-Quran ini bukan wabak akut yang akan reda apabila berganti musim, tetapi ia adalah barah yang melumpuhkan. Mengubatinya tidak cukup hanya dengan satu injeksi atau setakat bius. Malah lebih dari itu. Zahirnya kelihatan payah dan sulit. Tetapi asasnya satu; kembalikan hak al-Quran. Ringkasnya, masing-masing kita menggalas obligasi tertentu dalam merawat gejala ini. Bagi kita selaku mahasiswa Islam, perkara ini menjadi sasaran dakwah. Kita bukan pengecut yang lari dari medan juang atau mengalah sebelum bertempur. Setakat menghujum, gejala ini tidak akan berhenti. Malah kita akan dipandang sinis kerana bercakap tidak serupa bikin. Peranan kita, aktifkan diri di posisi masing-masing. Ibarat kita di gelanggang bola; si penyerang dengan strategi serangannya, di benteng pertahanan dengan ke l i c i k a n m e m p e r t a h a n k a n p a s u k a n . Aplikasikan konsep permainan ini di medan dakwah. Remaja memerlukan kita, sebagai doktor yang merawat dan menyembuhkan. Bukan si algojo yang hanya tahu menjatuhkan hukuman! Kelak mereka akan makin parah.

irman Allah S.W.T di dalam Surah Yunus, surah kesepuluh, ayat ke 101:

. .

Mafhumnya: “Katakanlah (wahai Muhammad): Perhatikanlah dan fikirkanlah apa yang ada di langit serta di bumi (dari segala kejadian yang menakjubkan), tiadalah bermanfaat (tanda keEsaan dan kekuasaanNya dan segala Rasul yang memberi peringatan) bagi orang yang tidak beriman.” Dalam meneliti arus pasca modenisasi kini, kita sering kali digegarkan dengan penemuan - penemuan baru yang kian hari membuktikan kebenaran serta keagungan kitab pegangan umat Islam, yakni Al Quranul Karim. Namun sayangnya umat Islam kini semakin lalai dan alpa dengan Al-Quranul Karim lantaran ghairah menghambat kepentingan material semata-mata. Kita meyakini bahawa suatu kitab yang amat berharga dianugerahkan kepada kita iaitu kitab Al Quranul Karim yang diwahyukan kepada baginda Rasulullah s.a.w, dapat dijadikan sebagai sumber rujukan serta panduan kita bersama. Namun setakat manakah kita menterjemahkan keyakinan kita itu di dalam menyelusuri episod-episod kehidupan kita?

Kita membenarkan bahawa pada hakikatnya Al Quranul Karim, terangkum di dalamnya seribu satu informasi yang mampu membuahkan sejambak kejayaan duniawi apatah lagi mengukir kebahagiaan ukhrawi, namun setakat manakah kita membenarkan kebenaran tersebut? Malahan kita menyedari bahawa realitinya di dalam Al Quranul Karim itu dicatatkan pelbagai ilmu antaranya ilmu-ilmu ketauhidan, ilmu-ilmu syariah kemanusiaan malahan juga tentang ilmu-ilmu kebahagiaan rumahtangga. Dalam pada itu, kita juga tidak menafikan bahwa di dalam Al Quranul Karim, turut dimuatkan tentang ilmu-ilmu kontemporari kini, umpamanya ilmu sains dan teknologi, ilmu astronomi dan astrofizik, ilmu geologi dan sejarah malahan juga ilmu-ilmu yang berkisarkan alam tumbuhan. Juga tidak ketinggalan, ilmu perihal kemanusiaan sendiri hatta terdapatnya ilmu-ilmu pengiraan dan matematik. Namun berapakah peratusan keyakinan kita terhadap kesyumulan Al Quranul Karim itu sendiri. Lebih mengharukan ialah semua ilmu-ilmu ini, masih lagi tersembunyi kerana ternanti – nanti sentuhan mereka yang benar – benar meneliti serta memikirkan hikmah sebenar diwahyukan Al Quranul Karim itu sendiri. Bertepatan dengan firman Allah S.W.T dalam Surah Saad : 29 yang bermaksud: “(Al Quranul Karim ini) sebuah kitab yang kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad),kitab yang banyak faedah faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat ayatnya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna mengambil iktibar”.

Di dalam meniti usia dunia kini, tidak dinafikan bahawa terdapatnya pelbagai penemuan moden yang ditemui hasil ledakan ilmiah seluruh dunia. Hampir setiap hari dunia menyaksikan kehebatan demi kehebatan, keajaiban demi keajaiban malahan penemuan – penemuan canggih hasil penyelidikan serta penelitian yang dijalankan oleh mereka yang pakar di dalam bidang masing-masing. Namun sedar mahupun tidak, hakikatnya semua informasi tersebut secara ilmiahnya telah lama terkandung di dalam Al Quranul Karim. Lantaran dikaji oleh orientalis barat dan bukan ahli quran, maka rahsia Al Quranul Karim tersorok tanpa mampu dibuktikan keagungan serta kesyumulannya. Justeru bertitik tolak dari sini, marilah kita bersama-sama mengatur langkah, menyusun gerakerja bagi mendaulatkan kembali kebenaran dan keagungan Al Quranul Karim yang sebenarnya bersesuaian sepanjang zaman. Lantas mari kita lihat ketepatan dalil-dalil Al Quranul Karim dengan penemuan-penemuan sains kontemporari kini. LANGIT DAN ADALAH SATU

BUMI

PADA

ASALNYA

Kita merujuk firman Allah s.w.t di dalam Al Quranul Karim yang berbunyi: .

... Surah Al Anbiya’ : 30 Mafhumnya: “Apakah orang kafir tidak melihat bahawa langit dan bumi pada asalnya adalah satu, kemudian kami pisahkannya”. Daripada ayat di atas kita diperlihatkan oleh Allah s.w.t akan kehebatan serta keagungan Allah s.w.t sendiri. Ayat di atas menerangkan tentang ilmu-ilmu astronomi yang hanya diketahui serta disahkan kebenarannya di akhir zaman ini. Lebih menakjubkan lagi ialah fakta dari ayat di atas adalah selari dengan teori yang telah diutarakan oleh Albert Einstein iaitu “Teori Big Bang” yang diasaskan dari “Formula General Theory Of Relativity” pada tahun 1915.

Mengikut teori ini, alam ini pada asalnya adalah satu, kemudian pada sekitar 10 hingga 20 bilion tahun dahulu, telah berlakunya satu letupan yang sangat kuat. Lantaran itu teori ini dikenali dengan “Big Bang”. Semenjak peristiwa itu, maka terhasillah proses pengembangan dan penyejukan yang memisahkan langit serta bumi dan lahirlah antara keduanya bintang – bintang, galaksi dan seumpamanya. Malahan pada tahun 1922, tampil Alexander Friedman (pakar fizik Rusia) mengukuhkan lagi kebenaran teori ini. Namun pada tanggal 1928, Thomas Gold dan Herman Bonds tampil dengan mengutarakan “Teori Steady State” yang sama sekali bercanggahan dengan “Teori Big Bang”. Teori ini menyatakan bahawa alam ini tiada permulaan, malahan keadaannya adalah sama dan serupa dari dahulu sehingga sekarang. Tetapi pada tahun 1964 pula, teori Steady State ini telah ditolak kerana didapati terdapatnya gelombang-gelombang di udara yang mengesahkan kewujudan Letupan Besar atau Bing Bang. Selain itu, Imam Qartubi meriwayatkan “berkata Ibn Abbas, Al Hassan,’Atha, Ad Dahhak dan Qartadah: ayat ini bermaksud," kedua - dua langit dan bumi pada asalnya adalah satu yang melekat lagi bercantum, kemudian Allah s.w.t pisahkan di antara keduanya dan dijadikan antara keduanya udara". Malahan mengikut riwayat daripada Ibn Kathir berhubung pandangan Imam Said bin Jubir tentang ayat di sebelah, dikatakan bahawa sebelum ini bumi dan langit melekat dan bercantum, tetapi setelah Allah s.w.t tinggikan langit maka tertonjollah bumi ini. Maka jelaslah akan kebenaran Al Quranul Karim sepertimana yang telah diwahyukan Allah s.w.t kepada Nabi Muhammad s.a.w. Sesungguhnya Allah s.w.t mengetahui apa yang tidak kita ketahui. LANGIT DAN BUMI BERASAL DARI ASAP Justeru marilah kita perhatikan pula firman Allah s.w.t lagi yang bermaksud: “Kemudian dia menuju ke langit yang pada ketika itu berbentuk asap lalu dia berkata kepada keduanya “datanglah kamu berdua dengan tunduk atau paksa” Keduanya menjawab “kami datang dengan tunduk.” Pelbagai kajian telah dilakukan rentetan tercetusnya revolusi atau peristiwa “Bi g Bang”. Kaji an demi kaji an i ni

menunjukkan bahawa berlakunya proses pengembangan alam dalam keadaan suhu yang tinggi dan diikuti dengan proses penyejukkan. Dalam ayat di sebelah tersebut, Allah s.w.t terlebih dahulu membicarakan bahawa langit dan bumi ini berasal dari asap (dukhan), namun pada masa kini barulah kita ketahui akan hakikat kesahihannya. Malahan fakta sains ada menerangkan bahawa pada peringkat awal, proton bercantum dengan neuron dan menghasilkan gas Deuterium (Hydrogen Berat) serta gas - gas ringan yang lain seperti Helium, Lithium dan Boron. Namun akhirnya dalam jangka masa yang singkat, angkasa raya ini di dominasi oleh gas Hydrogen dan Helium. Lantaran itu, selepas lebih kurang 1 tahun, gas - gas membeku, dan kemudian bercantum membentuk galaksi, bintang serta bumi. Profesor Yoshihide Kozai seorang Profesor Emeritus di Universiti Tokyo, Hongo, Tokyo, Jepun, dan pernah menjadi Pengarah Pusat Pengamatan Kajian-Angkasa Kebangsaan (‘The National Astronomical Observatory’), Mikata, Tokyo, Jepun menyatakan bahawa semua tanda-tanda dan bukti-bukti menjurus kepada pembuktian bahawa pada suatu ketika dahulu alam semesta ini wujud dalam bentuk awan asap. Pendapat ini dibuktikan sebagai satu fakta yang sahih. Ahli sains kini dapat menyaksikan bagaimana satu bintang baru terbentuk daripada asap sebegitu, dan disahkan ianya sebagai permulaan alam semesta ini, malahan terdapat satu gambar kejadian sebiji bintang yang diambil baru-baru ini dengan bantuan sebuah kapal angkasa. Ia menunjukkan sebiji bintang ketika ia dibentuk daripada asap dan didapati bahawa bahagian luarannya kemerahan apabila ia mula menghangat dan membentuk. Dan apabila dilihat di pusat awan asap, oleh kerana bahan berasap itu daripada bahan yang tinggi ketumpatannya, ia tertumpu di satu kawasan dan tidak merebak. Bintang-bintang bersinar yang kita saksikan hari ini, adalah umpama seluruh alam semesta ini suatu masa dahulu, adalah dalam bentuk asap. Malahan dalam pada itu sebahagian ahli sains pula menghuraikan perkataan 'dukhan' atau asap ini sebagai kabus. Tetapi Profesor Kozai menerangkan bahawa perkataan kabus tidak menetapi makna asap ini kerana kabus bersifat sejuk, sedangkan asap kosmik ini agak panas. 'Dukhan' sememangnya terdiri daripada gas-

-gas yang mana bahan-bahan pejal melekat padanya, dan inilah penerangan tepat mengenai asap daripada mana alam-semesta terbentuk sebelum bintang-bintang terbentuk. Malahan turut dihuraikan oleh Profesor Kozai lagi, oleh kerana asap tersebut panas, kita tidak boleh menghuraikannya sebagai kabus. “Dukhan” ialah perkataan terbaik yang pernah wujud. Sehubungan itu, As Syeikh Said Hawa pernah menulis, “Sesungguhnya memang ada suatu keyakinan bahawa sebelum terjadinya bintang - bintang, keadaan di angkasa raya adalah berbentuk asap. Lantas jelaslah apa yang telah dikhabarkan di dalam Al Quranul Karim yang telah diturunkan 1400 tahun dahulu. Malahan ia adalah bertepatan serta tidak bercanggahan dengan penyataan dan pandangan para saintis moden kini. Sesungguhnya Allah s.w.t Maha Mengetahui apa yang di Langit serta di Bumi. SENARAI KITAB RUJUKAN: !Dr Danial Zainal Abidin. 2003. Bukti Sains Dan Sejarah Kerasulan Muhammad s.a.w. !Imam Qartubi, Al Jamik Li Ahkamil Quran,Jil 5. !As Syeikh Said Hawa, Al Asas Fit Tafsir, Jil 2.

!VCD Harun Yahya.

ebelum ini kita telah berbicara mengenai manhaj atau kaedah bacaan Imam Ibnu Kathir. Pada ruangan kali ini, kita akan membincangkan kaedah bacaan Imam Abu Amr Al-Basri mengikut Thoriq As-Syatibi. Imam Abi Amru Al-Basri telah mengambil bacaan Al-Quran daripada Nasr Bin ‘Asim dan Rafi’ Bin Mihran. Manakala Rafi’ Bin Mihran mengambil bacaannya daripada Umar Ibnu Khattab, Ubai Bin Ka’ab, Zaid Bin Sabit dan Abdullah Bin Abbas. Keempatempat mereka ini mengambil bacaan daripada baginda Rasulallah s.a.w. Manhaj Bacaan Beliau :1] Membaca antara 2 surah dengan 3 cara: Membaca basmalah antara 2 surah Saktah tanpa basmalah Wasal tanpa basmalah

4] Mad muttasil – 4 harakat atau 5 harakat 5] Mad munfasil – 2 / 4 harakat (riwayat Duri ) 2 harakat (riwayat Susi) 6] Dua hamzah dalam satu kalimah ( ), beliau akan membaca dengan tashil ma'al idgham hamzah kedua ( ).

‫ءﺃﻧﺘﻢ‬

7] Dua hamzah dalam dua kalimah, beliau akan menggugurkan (isqot) hamzah pertama dengan membaca 2 dan 4 harakat. 8] Membaca ibdal hamzah sakinah bagi Riwayat Susi ( ) kalimah yang dilarang.

‫اﻻ‬

9] Idgham pada tempat dan huruf tertentu yang enam: -

2] Pada akhir Surah Anfal dan awal Surah AtTaubah beliau membaca dengan 3 cara: Memutuskan (qoto’) bacaan tanpa basmalah Saktah tanpa basmalah Wasal tanpa basmalah 3] Bacaan pada Riwayat Susi idgham:Idgham mutamasilain Idgham mutaqoribain Idgham mutajanisain -

dengan

-

‫ﻰﺍﺫ ﲤﺴﻰ‬ ‫ﻭﺍﺫﺯﻳﻦ‬ ‫ﻭﺍﺫ ﺻﺮﻓﻨﺎ‬ ‫ﺍﺫ ﺩﺧﻠﻮﺍ‬ ‫ﻩﺍﺫ ﲰﻌﺘﻤﻮ ﻩ‬ ‫ﻭﺍﺫ ﺟﻌﻠﻨﺎ‬

10] Taqlil pada alif (zawatil ya’) pada hujung kalimah atas wazan ( ) Contohnya :

11] Imalah alif (zawatil ya’) pada hujung kalimah yang sebelumya ada huruf ra’. Contohnya:

12] Imalah alif yang selepasnya ada ra’ maksurah mutathorifah (baris bawah). Contohnya :

13] Imalah alif yang terletak di antara 2 ra’ dimana ra’ yang kedua berbaris bawah. Contohnya :

14] Imalah alif pada lafaz an-naas ( daripada riwayat Duri.

)

15] Baca fathah pada ya’ idofah yang selepasnya ada hamzah qoto’ maftuhah. Contohnya :

16] Isbat sesetengah ya zawaid waslan (bersambung). Contohnya :

************** *Pembentangan ini adalah terlalu ringkas dan sekadar pengetahuan umum.Untuk penjelasan dan pemahaman yang lebih mendalam, perlulah merujuk kepada syeikhsyeikh qiraat kerana ilmu qiraat ini sukar untuk difahami secara teori melainkan bertalaqi.

ubban B 'Ala' Bin Umar Bin U'ryan Bin Abdullah Bin Al-Husein Bin Al-Harith Bin Jal hamah,berhenti nasabnya sehingga Adnan. Itulah nama sebenar bagi Imam Al Syeid Abu Amru Al Tamimi Al Mazani Al Basri. Beliau dilahirkan di Mekah pada tahun 70H atau dikatakan pada tahun 68H. Walaupun dilahirkan di Mekah, beliau dibesarkan di Basrah,Iraq. Satu perkara yang sangat menakjubkan tentang Imam Abu Amru ialah mengenai bilangan gurunya. Tiada seorang pun di kalangan ulama' Qura' Sab’ah (Tujuh) yang lebih ramai guru melainkan beliau. Beliau mendengar Al-Quran dari sahabat nabi sendiri antaranya Anas bin Malik dan beberapa orang lagi di kalangan sahabat. Oleh yang demikian beliau diiktiraf sebagai salah seorang tabi'in. Di antara guru-guru beliau ialah Al-Hasan AlBasri, Abi Jaafar, Yazid bin Ruman, A'sim bin Abi An-Najud, Ibnu Kathir,I'kramah bin Khalid Al-Mahzumi, Mujahid bin Jabir, Yahya bin Ya'mar dan ramai lagi, yang mana sanad mereka semua itu keseluruhannya bersambung dengan Rasulullah. Imam Abu Amru merupakan orang ya n g t i d a k b o l e h l a g i d i p e r t i k a i k a n kemasyhurannya di kalangan ulama' dan orang awam pada zamannya. Beliau merupakan manusia yang paling mengetahui tentang alQuran dan bahasa arab, sehinggakan alAsma'ie telah menukilkan; “Aku tidak pernah melihat manusia yang lebih mengetahui melainkannya (Abu Amru)”. Ibnu Kathir juga telah berkata dalam kitabnya; “Abu Amru merupakan seorang yang sangat alim (menjadi sumber rujukan) pada zamannya sama ada dalam bidang qiraat, nahu mahupun fiqh”.

Berhubung dengan bidang qiraat, bacaan qiraatnya sangat popular dan dipakai bukan sahaja di kalangan ulama', malahan turut dipakai di kalangan orang awam. Ibnu Jazari sendiri dirakamkan berkata; “Bacaan yang diamalkan oleh umat pada hari ini(iaitu sekitar tahun 107H)sama ada di Syam, Hijaz, Yaman dan Mesir ialah bacaan Abu Amru, sehinggakan hampir tidak terdapat seorang pun yang dapat memahami al-Quran dengan cepat melainkan dengan qiraatnya yang khusus dalam faraysh huruf”. Berdasarkan dari apa yang dikatakan oleh Ibnu Jazari di atas, maka benarlah firasat as-Syeikh Syukbah ketika mana beliau berkata; “Lihatlah kepada apa yang dibaca oleh Abu Amru dan apa yang dipilih untuk dirinya, sesungguhnya bacaannya yang akan manusia jadikan sebagai sandaran”. Yunus bin Habib juga telah berkata; “Kalaulah dibahagikan ilmu dan kezuhudan Abu Amru ke atas seratus orang awam, nescaya kesemua mereka itu akan menjadi ulama' yang zuhud”. Bilangan ulama yang mengambil riwayat dari Abu Amru sangat ramai sehinggakan tidak terhitung, bukan sahaja ulama-ulama qiraat malahan ulama-ulama dalam bidang lain, antaranya: Abu Zaid SAid bin Aus Abdullah bin Al-Mubarak Yahya Ibnu Al-Mubarak Az-YAzidi

Bidang Nahu: Sibaweh Yunus bin Habib Al-Khalil bin Ahmad Bidang Adab: Abu U'baidah Al-Asma'ie Muaz bin Muslim Di samping itu, Sufyan bin U'yainah telah berkata: “Aku telah melihat Rasulullah dalam tidurku. Maka aku telah berkata kepada baginda; :Ya Rasulullah! Sesungguhnya aku telah berselisih pendapat dalam qiraat, jadi dengan bacaan siapakah yang harus aku ikut? Maka Rasulullah bersabda; “Bacalah dengan bacaan Abu Amru bin Al-A'la”. Setelah mencurahkan begitu banyak ilmu dan jasa dalam lapangan ilmu, akhirnya Allah telah menjemput Imam Abu Amru ke hadrat-Nya pada tahun 154H ketika 90 tahun. Beliau juga meninggalkan dua orang periwayat yang paling masyhur dalam qiraatnya iaitu Hafs Ad-Duri dan As-Susi. Sambungan dari mukasurat 17

Demikianlah undang-undang rimba yang diamalkan Barat pada hari ini. Walaupun IRA pernah membunuh dan mengganas, mereka dimaafkan tanpa syarat kerana mereka adalah seiring, tetapi tidak sedemikian bagi HAMAS, suara rakyat Palestin terus dan tetap dinafikan.Dalam hal ini umat Islam seluruh dunia samada melalui OIC, Liga Arab dan lain-lain perlu prihatin dan segera menghulurkan bantuan dan sokongan kepada kerajaan yang dipilih oleh rakyat Palestin itu kerana kita tidak perlu akur kepada undangundang rimba yang diamalkan Barat . HARAPAN DAN TINDAKAN BUAT UMAT ISLAM. Masa depan untuk islam, inilah ungkapan keramat bagi umat Islam, meniti di setiap bibir para pejuang Islam. Mereka beriman kukuh kepada janji Allah bahawa pejuang agama Allah pasti mencapai kemenangan seperti apa yang telah dinyatakan Allah di dalam surah Al-Mujadalah ayat 22 : “Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat

Tergamak berkasih-mesra dengan orangorang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa mereka, atau anak mereka, atau saudara mereka, ataupun keluarga mereka. Mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman dalam hati mereka, dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripadanya; dan Dia akan memasukkan mereka ke dalam syurga Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya. Allah reda akan mereka dan mereka redha (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Merekalah penyokong(agama) Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong (agama) Allah itu ialah orang yang berjaya”. Umat Islam wajib mengimani dengan aqidah perjuangan yang sahih. Yakinlah s e s u n g g u h nya m e l a k s a n a k a n a g e n d a perjuangan Islam pasti menghasilkan perubahan besar dan mampan untuk Islam. Dari celah-celah pusingan penindasan, penderitaan, akibat kekejaman Zionis di Palestin meledak intifadah golongan HAMAS dan Jihad Islam. Dari rekahan dan rintihan penderitaan di Selatan Lubnan meletus semangat kebangkitan Islam. Agenda Islam telah berjaya meledakkan tenaga jihad dan tenaga syahid. Operasi syahid yang dilancarkan secara berterusan telah berjaya meruntuhkan dongengan bahawa negara Zionis tidak boleh dikalahkan dan tidak boleh dijatuhkan oleh seluruh umat Islam. Islam akan subur tatkala kuffar semakin hancur, Islam akan menang ketika kuffar mula keletihan, Islam akan berdiri gagah ketika kuffar semakin lemah, Islam akan kembali menerajui dunia ketika kuffar jatuh penuh dengan kehinaan. Ingatlah firman Allah ayat 14 surah As-Shof: “Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela(ugama) Allah sebagaimana (Keadaan penyokong) Nabi Isa Ibni Maryam (ketika ia) berkata kepada penyokongnya itu: "Siapakah penolongku (dalam menegakkan agamaNya)?" mereka menjawab:”Kamilah pembela(agama) Allah!" (setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka sepuak dari kaum Bani Israel beriman, dan sepuak lagi (tetap) kafir. Lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang yang menang”.

Prebiu Sejarah aya tidak bercadang untuk mengulangi cerita sejarah Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir(PMRAM) daripada awal penubuhan hingga ke waktu yang kita ada sekarang. Cukuplah apa yang telah diwarwarkan oleh Badan Pengurus sewaktu program dialog dan program-program anjuran anak negeri(BKAN) dan dewan perwakilan. Bila bertemu teman-teman mahasiswa ada dua tiga pandangan, dan cakap-cakap tidak formal terkeluar. Betul dan salah, beberapa pandangan itu belum tentu tepat dan kena dengan realiti kemahasiswaan kita di sini. Tatkala terjun secara terus ke kancah kepemimpinan PMRAM lebih memudahkan saya menimbang lontaran-lontaran tersebut. Pengalaman sebagai ahli biasa dan kesempatan berada di meja kepemimpinan dan bekerja di dua keadaan ini membolehkan saya membuat pertimbangan yang wajar terhadap tujahan pandangan yang diunjurkan kepada kerangka aktivisme kemahasiswaan yang mencakupi kegiatan akademik, organisasi, kemasyarakatan, sukan dan aktiviti kokurikulum lain. Dalam beberapa tempat saya bersetuju kerana keberadaan PMRAM wujud di luar lingkungan maksum. Dalam hal ini saya ingin mengulangi buah fikiran saudara Anwar Ibrahim mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika menyampaikan ucapan di Mesyuarat Agung Persatuan Sejarah Malaysia lewat tahun 1988 dan 1989 yang bertajuk ; Masa Depan Dan Kesinambungan Sejarah. Antara lain beliau menyebut adalah menjadi keperluan bahawa sejarah mesti diolah sesuai dengan citarasa

semua orang, baik dia sebagai pelajar, penggerak masyarakat, golongan menengah, mereka yang tinggal di ceruk kampung dan di bandar ataupun golongan elit. Sukatan sejarah harus dicerakinkan dalam tema yang pelbagai. Samada dalam corak hiburan, sastera, aktiviti budaya, pementasan dan usaha-usaha akademik dan ilmiah. Beliau menyebut : “Dan sehubungan dengan itu, kita perlu memperluaskan skop kegiatan agar sejarah tetap diminati oleh rakyat terbanyak. Di antara langkah yang dikira wajar diambil bagi menarik perhatian pelajar dan masyarakat terhadap sejarah ialah usaha-usaha mempopularkan karya sejarah. Di antara lain, usaha itu ialah mempelbagaikan kegiatan seperti peraduan mengarang cerita sejarah, pertandingan kuiz dan pantun sejarah, ulasan buku sejarah, serta melibatkan sejarahwan kita dalam kegiatan seminar, forum dan ceramah yang disertai lebih ramai pelajar dan anggota masyarakat. Sejarah dapat dipopularkan melalui novel dan karya kreatif yang lain berlandaskan data dan maklumat sejarah. Novelis Amerika Syarikat, Gore Vidal umpamanya menukilkan kisah tokoh dan peristiwa penting sejarah Amerika syarikat dalam novel-novelnya antara lain Washington, Lincoln dan novel terbarunya Empire yang menyentuh kemunculan Amerika sebagai negara penjajah di bawah Presiden McKinley dan Theodore Roosevelt.

PMRAM

Wadah Mahasiswa Azha

D i n e g a ra k i t a s e n d i r i , a d a percubaan-percubaan baru yang menggalakkan dalam soal pensejarahan (historiograhy). Lebih banyak terdorong untuk membaca semula Sejarah Melayu, Hikayat Raja-Raja Pasai, Tuhfat al-Nafis dan lain-lain, bukan sebagai dongeng dan propaganda atau sebaliknya sebagai teks yang rigid. Karyakarya tersebut harus diteliti dan dipopularkan sebagai usaha memahami sejarah sosial dan intelektual masyarakat. Kekuatan karya-karya tersebut ialah keupayaan menjelaskan sikap dan budaya masyarakat dengan ruang lingkup pemahaman tertentu”. Dalam konteks kita saya mencadangkan agar inti-inti sejarah agung PMRAM wajar dijadikan teks tambahan dalam perbincangan kelompok kecil dan besar. Galakan supaya ia didiskusikan dan diseminarkan harus digerakan secara bersepadu dan honororium kepada pengkarya kita mesti digandakan. Justeru Lajnah Perancang dan Panitia, Badan Penerbitan dan Penerangan dan Badan Pengetahuan dan Penyelidikan harus bekerja kuat bagi memastikan mahasiswa dan warga melayu Malaysia di sini celik sejarah dan menghargai jihad orang terdahulu. PMRAM Merencana Masa Depan Saya tertarik dengan beberapa cetusan pandangan saudara Fakerei Muhayiddin, Setiausaha Agung PMRAM 2005 dengan nada bersungguh beliau menyatakan : “Selain kita dipayungi sejarah yang agung tapi kita jangan cepat lupa bahawa merencana masa depan PMRAM untuk jangka masa 20 hingga 40 tahun akan datang mesti difikirkan bermula dari sekarang. Sesungguhnya kekuatan dan kejayaan akan terhasil bilamana kita bekerja, merancang, dan meletak polisi-polisi yang sesuai dengan tuntutan zaman ”.

Oleh itu, modus operandi kepemimpinan pusat bagi menangani persoalan ini biarlah berterusan dari satu sesi ke sesi yang ke seterusnya. Di sini, saya tetap tegaskan bahawa kecelikan budaya melihat ke depan adalah semestinya sinonim dengan kepimpinan semua peringkat dalam memberdayakan PMRAM menongkah arus zamannya. Dinamika kerja dan ketajaman menanggapi suasana akan meletakkan kita di puncak perhatian dan keterlibatan anggota pelajar bersama PMRAM.. Telah menjadi sunnah apabila kita bekerja untuk merencana dan merancang maka unsur yang saling kaitannya ialah merubah sesuatu. Dengan maksud, kita terpaksa meraikan perubahanperubahan zaman yang pesat dan makin canggih. Apakah ia akan berjaya ditangani secara spontan (ad hoc) dan boleh digunapakai melalui kaedah mee segera. Sudah tentu kita kalut dan merabaraba untuk menyesuaikan diri dengan keadaan. Dengan yang demikian, kita mesti merencana, berfikir secara bersama, bersepadu, saling aktif dan berterusan dalam mendepani dimensi-dimensi perubahan yang pelbagai serta menghimpunkannya dari kotak-kotak yang terpisah untuk disesuaikan dengan nila-nilai Islam. Sebab itulah Islam menggalakkan penganutnya maju ke hadapan dan menyesuaikan diri dengan realiti fizikal yang terus menerus berubah dan kompleks. Izinkan saya mengakhiri artikel ini dengan memetik kata-kata Roger Graudy: “…bersikap setia kepada nenek moyang kita(tradisi) bukan bererti mengekalkan abu daripada bara yang ditinggalkan mereka tetapi ialah dengan menyemarakkan obor baru”. Semoga Allah merestui segala gerakkerja dan penat lelah kita. Saya berkeyakinan PMRAM akan terus maju dan berkembang sesuai dengan tuntutan semasa melalui kerjasama semua peringkat. Selamat bekerja daripada kami pimpinan Badan Pengurus PMRAM sesi 2005. MUHAMMAD BIN ARSHAD Naib Presiden II PMRAM 2005/2006

PMRAM Wadah Mahasiswa Azhari

osok anak muda ini cukup menarik untuk ditelusuri. Beliau merupakan aktivis Muslim Care Malaysia dan dikenali ramai sebagai aktivis dakwah semenjak zaman universiti. Senang didekati serta ‘mesra alam’ menyebabkan beliau mempunyai jaringan persahabatan yang luas. Dilahirkan di Besut Terengganu, anak kedua daripada sepuluh orang adik beradik. Mendapat pendidikan tinggi daripada Universiti Malaya (B.A Hons) serta Diploma Pendidikan daripada universiti yang sama serta menamatkan Ijazah Sarjana (MA) daripada UKM. Mengasah bakat kepimpinan bersama dengan Persatuan Mahasiswa Terengganu Universiti Malaya sebagai Exco Kerohanian. Kini berkhidmat sebagai pendidik di Kuala Lumpur dan juga sebagai pendakwah muda yang aktif berceramah di seluruh negara. Beliau turut menghasilkan beberapa buah buku seperti ‘Pertembungan Iman dan Kufur’, ‘Ahzab Moden Dan Masa Depan Islam’, ‘Ramadhan:Tajuk-tajuk Utama’, Menggenggam Bara’, ‘Duka Acheh Luka Kita’, Pengaruh IM terhadap PAS”. Kini hasil perkongsian hidup dengan Puan Norleeza Abdullah berkelulusan Sarjana Usuluddin, Universiti Malaya, beliau dikurniakan seramai lima orang cahayamata. Ikuti temuramah wakil SUKMA; Hj Zainuddin Zakaria dengan Saudara Riduan Mohamad Nor, orang kuat Muslim Care ini.

Wakil Sukma: Sejak bila saudara mula melibatkan diri dengan kerja-kerja kebajikan dan kemasyarakatan?

Ini menjadi pemangkin semangat saya kerana saya merasai dipercayai untuk mengurus amanah.

Riduan Mohamad Nor: Saya membesar dalam lingkungan keluarga yang berminat dengan kerja kebajikan, faktor ini cukup kuat membentuk kecenderungan saya selama ini. Secara bermula dengan seriusnya apabila saya menjadi Setiausaha Surau Al Muhsinin di Menara Petronas, saya dan kawan-kawan lain sentiasa mengutip dana membantu mangsamangsa musibah , juga mengumpulkan dana untuk membantu pelajar-pelajar dan juga fakir miskin di dalam negara dan juga luar negara . Kami juga membantu mengumpul dana dan menyerahkan kepada mangsa gempa bumi di Bam Iran, mangsa peperangan di Iraq dan Afghanistan turut dibantu . Masa itu kami membuat kerja kebajikan atas inisiatif beberapa orang kawan antaranya Tuan Hj. Mat Arifin Ismail. Alhamdulillah sokongan dari jamaah surau amatlah menggalakkan.

Wakil Sukma: Cuba saudara terangkan objektif Muslim Care dan program-program yang telah dilaksanakan dalam dan luar negara? Riduan Mohamad Nor: Objektif kami ialah untuk membantu insan-insan yang memerlukan bantuan di mana sahaja di pelusuk dunia ini tanpa sempadan. Kami menginsafi sebagai seorang muslim akan ditanya di hadapan Allah s.w.t tentang seluruh kehidupannya, masa lapang, wang ringgit, masa muda, masa sihatnya. Melaksanakan kerja-kerja kebajikan adalah ruang paling selamat untuk berbuat kebaktian kepada insan lain. Kami secara kolektif melaksanakan program kebajikan di dalam dan luar negara tanpa membezakan kaum dan agama. Antara program di luar negara ialah membantu

mangsa Tsunami di Acheh, membantu muslim tertidas di Cambodia, menghulurkan bantuan kepada anak-anak yatim Selatan Thailand (seramai 40 orang yang kini dijaga oleh ustaz Halim Saad) dan mangsa gempa bumi di Pakistan, dan program kami dalam negeri adalah membantu mangsa banjir di Shah Alam (yang terkini), mangsa kebakaran setinggan di Lembah Pantai dan Keramat, mangsa terjahan ombak di Pengkalan Chepa, membantu mangsa-mangsa banjir di Kedah, membantu pelajar-pelajar miskin yang memohon bantuan samada belajar di dalam atau luar negara, mengadakan seminar peperiksaan dan motivasi pelajar.

Kami juga mengadakan lawatan ke pusat-pusat sosial seperti melawat pihak pentadbiran Raudhatus Sakinah, PERNIM, menyantuni anak-anak yatim di dalam negara dengan mengadakan lawatan-lawatan dan juga bantuan terutama dalam bulan Ramadhan, program sekampit beras satu keluarga miskin. Alhamdulillah, setakat ini sambutan begitu memberangsangkan dan kami juga teruja dengan kesungguhan masyarakat dan para sukarelawan yang rajin membantu. Kami sebenarnya menguruskan amanah yang diberikan pada kami. Wakil Sukma: Sebagaimana yang kita maklum, orang Islam begitu sekali kecil peratusannya jika nak dibandingkan dengan penglibatan orang bukan Islam dalam kerjakerja kebajikan melalui NGO, mengapa agaknya fenomena ini wujud?

Riduan Mohamad Nor: Saya secara peribadi meletakkan faktor ketidakfahaman masyarakat Islam terhadap tuntutan agamanya sendiri, Nabi s.a.w adalah manusia paling mengambil berat akan kesusahan orang lain walaupun terpaksa berhutang untuk membantu dan meringankan beban. Nabi s.a.w adalah manusia paling penyantun terhadap anak yatim, ibu tunggal, manusia gelandangan, begitu juga dengan khalifah-khalifah Islam, terutamanya Saidina Omar yang sentiasa memberi perhatian kepada kesusahan rakyat walaupun beliau sendiri memakai jubah yang bertampaltampal, di zamannya Islam menjadi kuasa besar dunia. Terlalu banyak ayat Al Quran yang memotivasikan kita untuk melaksanakan kebajikan dengan dijanjikan balasan syurga. Yang kedua ialah, masyarakat Islam begitu tebal dengan budaya hiburan melampau sehingga mematikan jiwa murni untuk membantu insan-insan terpinggir. Contoh yang ekstrem ialah masyarakat kita rela berbelanja jutaan ringgit bagi memenangkan artis pujaan melalui rancangan tv realiti, berbaloikah di akhirat? Yang ketiga ialah sifat pentingkan diri sendiri yang semakin membarah dalam masyarakat, ketidakpedulian sosial ini cukup dibenci oleh Nabi s.a.w. Saksikanlah hari ini apabila kita diterjah dengan penyakit ini maka kita diserbu ganas dengan gejala sosial. Orang bukan Islam pula cukup serius dengan kerja kebajikan kerana mereka terus meletakkan matlamat menyebarkan agama mereka, contohnya seperti mana yang berlaku di Acheh dimana kes-kes murtad berlaku dengan berleluasa kini. NGO kristian seperti World Help, World Vision (sekadar menyebut beberapa nama) mempunyai dana yang besar. Mereka mendapat dana daripada kerajaan dan masyarakat kristian antarabangsa. Projek mereka berskala besar dan mampu menampung petugas sepenuh masa untuk berkampung lebih lama di sesebuah tempat yang berlaku tragedi. Kita mempunyai banyak kekangan, antaranya kewangan dan sukarelawan ‘part time’ yang tidak boleh memberikan masa yang banyak.

TTTTT

Wakil Sukma: Apakah persiapan diri dan kualiti yang perlu ada kepada seorang aktivis kemanusiaan tanpa sempadan?

Wakil Sukma: Bagaimana pengalaman di Pakistan, mungkin ada yang menarik untuk dikongsi bersama pembaca?

Riduan Mohamad Nor: Yang paling penting ialah keikhlasan, kemahuan (will) yang tinggi, dokongan keluarga yang memahami, masyarakat yang membantu dan tawakkal kepada Allah yang akan menjadi persiapan utama selain daripada faktor-faktor lain seperti kesihatan atau kewangan yang stabil. Jika tanpa badan yang sihat kita akan menyusahkan rakan-rakan lain dalam menjalani misi dan tanpa kewangan yang mantap ianya boleh membuka ruang fitnah kepada kita.

Riduan Mohamad Nor : Pengalaman di Pakistan juga menarik kerana kesan kemusnahannya sangat dasyat. 2.5 juta penduduk kehilangan tempat tinggal, bangunan musnah digegar sekelip mata. Kebetulan pula tempat yang musnah merupakan Bandar pelancongan seperti Balakot dan Muzaffarabad, ianya bagaikan mimpi ngeri…cukup menginsafkan betapa kerdilnya kita disisi Tuhan.

Wakil Sukma: Apa maksud saudara? Riduan Mohamad Nor: Yalah, kerja ni memerlukan masa kita. Keluarga mesti ditinggalkan dengan keperluan hidup yang sempurna, jangan sampai menjadi umpatan jiran, “kuman di seberang laut nampak, gajah depan mata…..” atau ‘kera di hutan disusukan, bayi di rumah kelaparan’. Masyarakat dan jiran sentiasa menyuluh kita, jangan biarkan sebarang ruang untuk dibolosi fitnah.

Wakil Sukma: Apa perbedaan di antara mangsa-mangsa Tsunami di Acheh dengan mangsa gempa bumi di Pakistan?

Wakil Sukma: Pengalaman di Acheh? Riduan Mohamad Nor : Saya beberapa kali ke Acheh selepas tragedi Tsunami 26 Disember 2004, ianya cukup menyentuh perasaan dan menghalusi nurani saya untuk menjadi pekerja amal.Kesan kemusnahan di luar jangka namun masjid tersergam indah, suatu gamitan supaya kita balik pada jalan agama yang semakin dilupakan. Saya dan teman-teman lain sampai di Banda Acheh dan Meulaboh, di Meulaboh kami kumpulan Malaysia yang pertama sampai, pergi dengan helikopter TUDM kerana jalan daratnya musnah teruk. Kini kami mempunyai komitmen membina rumah anak yatim di Kampung Chot Darat Meulabuh. Alhamdulillah kini dalam proses selepas mengalami banyak halangan termasuk karenah birokrasi dan gempa susulan yang merosakkan jalan dimana kos barang mentah naik mencanak.

Riduan Mohamad Nor: Secara peribadi saya melihat dua sosok yang berbeza, masyarakat Acheh sebagaimana masyarakat Melayu kita sangat sentimental, kesan dalaman atau traumanya cukup parah, luka dalaman menghiris panjang. Malah ada yang mengalami kemurungan kerana hilang ahliahli keluarga tercinta. Yang positifnya mereka mula bercakap untuk kembali mengamalkan agama dan Acheh semakin serius melaksanakan Syariat Islam seperti yang dipaparkan melalui media sejak akhir-akhir ini. Gerakan dakwah memanfaatkan peluang daripada kesedihan mangsa untuk mengajak mereka kembali menghayati agama. Mangsa tragedi di Pakistan pula agak lebih ‘tough’, mereka berjaya menyembunyikan kesedihan mereka dengan baik, mungkin kerana budaya mereka yang agak kasar. Pergantungan mereka terhadap Ilahi juga agak baik dan ini banyak membantu mereka menghilangkan kesedihan dan kemurungan.

Wakil Sukma: Apakah projek yang dirancang oleh Muslim Care selepas ini di Pakistan? Riduan Mohamad Nor : Buat masa ini ada sebuah hospital di Abootabad di bawah penyeliaan PIMA (Pakistan Islamic Medical Assocation) yang sudah beroperasi walaupun pembinaannya belum siap sepenuhnya. Oleh itu, kami merancang untuk menyiapkan hospital tersebut bagi membantu pesakitpesakit yang tidak berkemampuan. Hospital PIMA ini menjadi tumpuan rakyat marhaen kerana biayanya percuma. Ianya lebih berkesan kerana sumbangan ini akan berterusan dapat dimanfaatkan oleh masyarakat. Kami juga merancang untuk mengadakan sekali lagi program korban perdana di perkhemahan mangsa gempa bumi pada akhir tahun ini memandangkan sambutan yang baik daripada masyarakat negara ini. Kami menjangkakan masa yang panjang perlu diambil untuk program pemulihan. Namun terselit juga kebimbangan jika masyarakat antarabangsa dengan cepat melupakan Pakistan sebagaimana Acheh dan kesengsaraannya mula dilupakan. Wakil Sukma: Perancangan saudara di masa hadapan, diri sendiri dan juga wadah Muslim Care ini? Riduan Mohamad Nor : Perancangan saya ialah untuk membantu anak-anak yatim Palestin. Mengapa Palestin? Kerana isu Palestine ialah cerita kita bersama yang sarat dengan kisah duka dan penindasan sehingga kita tak pasti bila episod duka ini akan tamat.Saya juga merancang insyaAllah untuk menjadi seorang sukarelawan sepenuh masa yang sentiasa bersedia berkhidmat pada bilabila masa melalui wadah Muslim Care. Muslim Care ini sebagai platform untuk menggerakkan kerja amal diharapkan dapat membina rangkaian antarabangsa dengan badan kebajikan dan dakwah yang lain, dapat menghimpun sukarelawan muda yang berkualiti serta bersifat ‘on call’. Membina sebanyak mungkin institusi kemasyarakatan dalam dan luar Negara seperti rumah anak-anak yatim, masjid, hospital dan sebagainya yang bersifat kekal. Saya juga mengimpikan Muslim Care mempunyai ‘trade mark’nya yang tersendiri ‘dimana ada kesusahan , di situ ada Muslim Care’.

Wakil Sukma: Harapan Ustaz terhadap rakyat Malaysia yang budiman? Riduan Mohamad Nor : Yang pertama, saya berharap semoga semua rakyat Malaysia dapat terus menyumbang ke dalam dana Muslim Care untuk kami meneruskan kegiatan kebajikan. Semoga bantuan ikhlas daripada tuan-puan semua menjadi amalan soleh yang berkekalan pahalanya.Bantuan lain seperti pakaian, makanan, permainan kanak-kanak, selimut juga amat diperlukan. Ini memudahkan kami bertindak pantas jika berlaku kebakaran, banjir, pengusiran warga setinggan, dan pelbagai bencana alam yang lain. Yang keduanya, kami mengalukan para sukarelawan yang ikhlas seramai mungkin kerana terlalu banyak kerja kebajikan dapat digerakkan terutama dalam tanahair kita sendiri. Hubungilah pihak kami kerana kami sentiasa membuka pintu untuk semua pihak menyumbang tenaga dan kepakaran samada sukarelawan muslimin atau muslimat.

Intro enario serta realiti masyarakat masa kini jelas menunjukkan bahawa nyanyian dan muzik telah sebati dan menjadi darah daging di dalam kehidupan manusia. Seni nyanyian dan muzik telah mendapat tempat di hati masyarakat termasuk umat Islam di seluruh dunia sehingga timbulnya persoalan yang menjadi tanda tanya dan perselisihan terhadap hukum nyanyian dan muzik menurut Islam. Sesetengah pihak membuka telinga mereka dan memberikan ruang yang seluasluasnya terhadap sebarang jenis muzik dan nyanyian tanpa sekatan sehingga seakanakan terpengaruh dengan budaya ‘hedonisme’ yang telah dikempen dan dipropagandakan oleh barat. Bagi sebahagian yang lain pula, mereka begitu berhati-hati terhadap persoalan ini sehinggakan mereka menutup pendengaran mereka dari mendengar sebarang genre muzik dan aliran nyanyian dengan berhujahkan bahawa setiap muzik dan nyanyian adalah haram di sisi Islam. Maka di sinilah wujudnya satu polemik dan persoalan yang tidak berkesudahan terhadap status nyanyian dan muzik menurut kacamata Islam. Wa l a u p u n b e g i t u , t e r d a p a t kesepakatan di kalangan para ulamak terhadap pengharaman sebarang jenis muzik yang mengandungi unsur-unsur maksiat dan derhaka terhadap Allah s.w.t seperti lagu-lagu yang menyeru kepada maksiat, lucah, kekufuran dan mengundang seribu satu keburukan yang jelas status haramnya di dalam Islam. Terdapat juga nyanyian yang telah disepakati oleh ulamak akan keharusannya seperti nyanyian seorang isteri kepada suaminya, hamba wanita kepada tuannya, nyanyian bagi melahirkan rasa syukur dan kegembiraan misalnya di dalam majlis perkahwinan, hari raya dan sebagainya.

Di antara dua status ini, wujud perselisihan dan perbezaan pandangan antara para ulamak. Apa yang penting dari perbincangan ini adalah, hendaklah kita melihat kepada pandangan yang bersifat menyeluruh sehingga jelas kepada kita perbezaan antara nyanyian dan muzik yang halal dan yang haram supaya kita mampu memahami hakikat Islam dengan basirah dan kefahaman seperti acuan yang diinginkan oleh Allah s.w.t. Para ulama’ usul telah meletakkan satu kaedah yang jelas untuk memberikan jawapan kepada status asal terhadap sesuatu perkara dengan satu kaedah “hukum asal bagi setiap sesuatu adalah harus” ~

Setiap perkara akan terus kekal berada di dalam keadaan mubah (harus) sehinggalah datangnya dalil yang sahih (benar) dan sorih (jelas) dari Al-Quran atau Sunnah atau ijma’ terhadap haramnya sesuatu perkara. Oleh yang demikian eloklah bagi kita untuk melihat beberapa dalil yang menjadi sandaran hujah bagi golongan ulama’ yang mengharamkan nyanyian dan muzik.

Dalil-dalil golongan yang mengharamkan nyanyian dan perbincangannya. Penulis tidaklah bermaksud untuk mengundang kepada huraian dan perbincangan panjang yang menyebabkan para pembaca lari dari maksud asal dan tujuan penulisan ini. Cukup sekadar penulis menyebut beberapa dalil-dalil yang menjadi sandaran hujjah golongan ulamak yang berijtihad dan lebih cenderung untuk mengharamkan nyanyian dan muzik. Antara dalil-dalil yang menjadi sandaran hujah dan isyarah terhadap pengharaman terhadap nyanyian dan muzik adalah seperti berikut: 1. Firman Allah SWT di dalam Surah Luqman ayat 6, maksudnya: “Dan ada di antara manusia orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari agama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan; dan ada pula orang yang menjadikan agama Allah itu sebagai ejekejek; merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan”. Sebahagian ulama’ menafsirkan dengan nyanyian. Perbincangan terhadap dalil: Ibn Hazmi berpendapat bahawa tiada hujah daripada dalil ini untuk menyabitkan pengharaman nyanyian dan muzik dengan beberapa hujah: Tidak ada hujah dan isyarah dari Rasulullah s.a.w terhadap dalil ini yang menunjukkan pengharaman nyanyian. Telah berselisihan para sahabat dan tabi’in terhadap penghujahan dalil ini sebagai pengharaman nyanyian. Nas atau dalil ayat ini menunjukkan mereka yang menjadikan agama Allah sebagai ejekan dan mainan adalah kafir. Hujah ini membatalkan bahawa dakwaan pengharaman nyanyian kerana adalah tidak teliti untuk melabelkan golongan yang menyanyi sebagai kafir. 2. Firman Allah s.w.t ketika memuji golongan mukmin di dalam surah AlQasas ayat 55, maksudnya :

“Dan apabila mereka mendengar perkataan yang sia-sia, mereka berpaling daripadanya sambil berkata: “Bagi kami amal kami dan bagi kamu pula amal kamu; selamat tinggal kepada kamu; kami tidak ingin berdamping dengan orang-orang yang jahil”. Mereka berhujah bahawa nyanyian adalah salah satu daripada perkara-perkara yang sia-sia, maka dituntut untuk memaling dan menghindarkan diri daripada mendengar sebarang nyanyian. Perbincangan terhadap dalil: Kalimah bermaksud lagho; sia-sia adalah seperti perkataan bermaksud tidak memberi faedah dan manfaat daripadanya. Maka hukum mendengar sesuatu yang lagho dan tidak memberikan faedah tidaklah merubah statusnya dari harus kepada haram. 3. Sebuah berbunyi:

riwayat

hadith

yang

Maksudnya: Nyanyian itu menimbulkan sifat nifaq di dalam hati. Perbincangan terhadap dalil: Hadith ini adalah tidak thabit daripada Baginda Rasulullah s.a.w tetapi disandarkan kepada sahabat atau tabi’in. Dikatakan hadith ini adalah daripada kata-kata Ibn Mas’ud r.a. Oleh yang demikian, hadith ini tidak membawa kepada sandaran hujah untuk mengharamkan nyanyian. Imam Al-Ghazali pula berpendapat hadith ini ditujukan kepada orang yang menyanyi, bukan kepada pendengar. Kesimpulan daripada dalil-dalil pengharaman nyanyian dan muzik adalah bersifat samada sahih tetapi tidak sorih, ataupun sorih tetapi tidak sahih. Berkata Qadhi Abu Bakar bin Al-‘Arabi di dalam kitab Al-Ahkam bahawa tidak sahih pengharaman nyanyian daripada dalil-dalil tersebut. Begitu juga dengan pendapat Imam Al-Ghazali dan Ibn Nahwi di dalam kitab Al‘Umdah. Terdapat juga beberapa pendapat ulamak lain yang bersama-sama di dalam pendapat ini antaranya Ibn Tohir di dalam kitabnya As-Sima’ dan Ibn Hazmi.

Dalil-dalil golongan yang mengharuskan nyanyian dan perbincangannya. Setelah kita melihat beberapa dalil pengharaman nyanyian serta pandangan ulama’ yang tidak menerima penghujahan dalil tersebut, maka beradalah hukum nyanyian ini di dalam keadaan asalnya iaitu harus. Walaupun begitu, sayugialah kita melihat kepada beberapa dalil yang mengharuskan nyanyian dan muzik sebagai hujjah dan sandaran berdasarkan kepada dua aspek iaitu dari aspek nas syara’ dan aspek ruh Islam dan kaedah-kaedahnya. Penulis sekadar mendatangkan beberapa dalil sahaja di dalam penulisan ini.

dengan fitrah kejadian manusia. Adalah tidak menjadi kesalahan dan dosa bagi manusia untuk mengecapi kelazatan dan nikmat dunia selagi mana mereka mengikut landasanlandasan syarak. b. Fitrah kejadian manusia adalah cenderung dan menyukai bunyi, nyanyian dan suara yang merdu sehinggakan kita melihat anak-anak kecil yang menangis akan berhenti menangis apabila didodoikan dengan nyanyian dan suara yang merdu. Apatah lagi apabila didodoikan dengan alunan zikrullah. Manusia juga akan merasa tenang apabila mendengar kicauan burung yang begitu indah dan merdu.

1) Aspek nas syara’: a. Firman Allah s.w.t di dalam Surah AlJumu’ah ayat 11yang bermaksud : “Dan apabila mereka melihat perniagaan dan hiburan, mereka meluru ke arahnya dan meninggalkan kamu berdiri (ketika berkhutbah), katakanlah apa yang ada di sisi Allah itu lebih baik daripada hiburan dan perniagaan. Dan Allah adalah sebaik-baik pemberi rezeki”. Perbincangan terhadap dalil: Allah s.w.t telah menggabungkan antara hiburan dan perniagaan di dalam ayat ini. Allah s.w.t tidak mendatangkan celaan terhadap hiburan bahkan menggabungkan antara keduanya, namun begitu hiburan yang dipilih hendaklah tidak melalaikan diri daripada mentaati perintah Allah s.w.t. b. Hadith riwayat Bukhari berkisar pertanyaan Nabi s.a.w kepada Aisyah r.a mengenai hiburan ketika hari perkahwinan. Maksudnya: “Daripada Aisyah r.a sesungguhnya dia telah mengiringi pengantin perempuan untuk dihantarkan kepada suaminya daripada golongan Ansar, maka bersabda Baginda Nabi s.a.w: Wahai Aisyah, adakah bersama kamu sebarang hiburan? Sesungguhnya orang Ansar menyukai hiburan”. 2) Aspek ruh Islam dan kaedahkaedahnya: a. Nyanyian adalah salah satu daripada keseronokan, kelazatan dan nikmat dunia yang akan dirasai oleh perasaan dan jiwa manusia, menenangkan fikiran dan sejajar

Beberapa ulamak yang mengharuskan nyanyian. Setelah dibentangkan beberapa dalil yang mengharuskan nyanyian, adalah lebih baik untuk kita melihat dan mengetahui tokohtokoh yang memiliki kesarjanaan atau kepakaran ilmu di dalam Islam yang mengharuskan nyanyian dan muzik. Telah berkata Imam Asy-Syaukani di dalam kitabnya Nailul Authar, “Telah berpandangan Ahlul Madinah dan mereka yang bersependapat dengan mereka dari golongan ulama’ Zahir dan golongan sufiyyah untuk memberikan rukhsah (kelonggaran) bagi mengharuskan nyanyian walaupun dengan kecapi (alat muzik bertali) dan seruling (alat muzik yang ditiup). Begitu juga dengan pandangan Ibn To h i r d a n I m a m A l - M a w a r d i y a n g meriwayatkan mengenai keharusan alat muzik bertali. Pendapat ini menunjukkan keharusan nyanyian dengan alat-alat muzik.

Etika yang perlu dipenuhi berkaitan nyanyian dan muzik. Walaupun Islam bersikap toleransi terhadap nyanyian dan muzik, namun terdapat beberapa syarat yang harus dipatuhi oleh mereka yang mendendangkan atau yang mendengar nyanyian dan muzik agar perkara ini dapat ditimbang dengan neraca syara’. Antara syarat yang harus diberikan perhatian : Isi kandungan nyanyian hendaklah bertepatan dengan adab dan didikan Islam. Bait-bait lagu dan senikata yang tidak sejajar dengan tuntutan syara’ seperti mengajak kepada maksiat ataupun mendatangkan syak dan menimbulkan kecelaruan terhadap kesucian Islam haruslah dijauhi. Cara dan kaedah penyampaian nyanyian hendaklah selari dengan tuntutan Islam. Nyanyian dengan niat untuk menimbulkan syahwat dengan tarian-tarian yang menyebabkan keruntuhan dan kelemahan akhlak para pendengar akan menyebabkan hukum harus berubah menjadi haram. Nyanyian dan muzik hendaklah tidak bercampur dengan unsur-unsur yang haram seperti meminum arak, tabarruj (melampau dalam berhias), ikhtilat (percampuran antara lelaki dan perempuan tanpa batasan) dan lain-lain kerana apabila bercampur antara halal dan haram, maka hukumnya adalah haram. Mengelakkan daripada berlakunya berlebihan dalam nyanyian samada menyanyi ataupun mendengar. Janganlah hanya kerana nyanyian dan muzik menyebabkan keutamaan lain seperti tuntutan bekerja dan tanggungjawab ditinggalkan. Hal ini adalah kerana Islam menentang sebarang bentuk berlebihan dan pembaziran. Hendaklah mengukur dan menilai dengan keadaan dan kemampuan di dalam mendengar nyanyian atau muzik. Apabila nyanyian mampu merangsang nafsunya, menjauhkan diri dari mengingati Allah atau m e m b a w a s e s e o ra n g k e p a d a maksiat dan fitnah, maka hendaklah menjauhkan diri daripada permasalahan ini.

Fakor-faktor wujudnya pendapat yang terlalu keras terhadap nyanyian dan muzik. 1) Sesetengah ulama’ lebih berpegang kepada sikap berhati-hati daripada bermudah-mudah dalam persoalan ini. Tujuan dan maksud mereka adalah untuk menjaga daripada timbulnya permasalahan yang lebih besar daripada nyanyian dan muzik. 2)Terdapat sebahagian mereka yang bersandarkan dengan hadith-hadith palsu dan yang direka-reka. 3) Kebanyakan dari kita hari ini tertekan dan terkesan dengan realiti dan keadaan yang parah para penyanyi. Hal ini menyebabkan para ulama’ mengeluarkan pendapat yang mengharamkan nyanyian dan muzik pada zaman mereka.

Konklusi Sejajar dengan matlamat Islam untuk menyebarkan kesejahteraan kepada seluruh alam, Islam datang untuk memimpin manusia kepada Allah s.w.t. Islam tidak hanya menumpukan pada sesetengah aspek sehingga melupakan aspek yang lain. Interaksi yang harmoni dalam toleransi Islam terhadap nyanyian dan muzik pastinya mendatangkan keyakinan bahawa sesungguhnya Islam adalah agama yang begitu ideal dan bukan hanya dipenuhi dengan idea dan teori semata-mata sebaliknya berhajat kepada praktikal dan implimentasi yang menyeluruh di dalam kehidupan. Semoga dengan sedikit daripada penulisan ini dapat menyanggah dakwaan bahawa hiburan, kegembiraan, keseronokan dan kebahagiaan tidak ada tempatnya di dalam Islam. Manifestasi terhadap segala ajaran Islam amatlah diharapkan agar dakwah lebih serasi ke arah pembentukan ummah yang harmoni.

Bahagian Terakhir

Apa perbezaan tarekat dengan mazhab? Selepas Rasulullah s.a.w wafat, terdapat beberapa aliran mazhab di kalangan umatnya. Mazhab wujud kerana perbezaan tafsiran hukum-hakam yang terkandung di dalam syariat. Perbezaan yang terdapat adalah merujuk kepada isu-isu yang tidak ada kaitan dengan rukun dan prinsip Islam. Imamimam besar berbeza di antara satu sama lain berdasarkan tafsiran mereka terhadap perkara-perkara yang boleh disifatkan sebagai cabang. Mereka tiada perselisihan faham tentang bab aqidah. Tafsiran yang mereka lakukan berasaskan kaedah ilmu, iaitu mengikut landasan Quran, hadis dan ijtihad. Daripada pihak Sunni, terdapat empat mazhab yang muktabar – Hanafi, Maliki, Hanbali dan Shafi’ie. Daripada kalangan pihak Syi’ah pula terdapat tiga mazhab yang dianggap besar – Ja’afari, Zaydi dan Isma’ili. Dengan lain perkataan, mazhab adalah merupakan perbezaan fahaman tentang perundangan di dalam Islam yang berpandukan dengan nas Quran, hadis dan juga ijtihad.

Kesemua ajaran mazhab-mazhab tersebut mengandungi kekayaan ilmu tradisi Islam. Perbezaan di antara mereka mempelbagaikan lagi koleksi ilmu pengetahuan ajaran Islam. Sama ada perbezaan itu berkisar sekililing tafsiran hukum, teologi atau falsafah, mereka semua berhujah mengikut kaedah yang terkandung di dalam Quran, hadis Nabi sollallahu alaihi wa sallam, tradisi para sahabat dan para tabi’in. Islam itu menyeluruh, terdapat ilmu feqah dan ilmu tasawuf (lihat kata-kata Imam Malik di atas). Secara umumnya, ilmu feqah yang diperolehi daripada syariat boleh dikategorikan sebagai pengajaran-pengajaran exoterik di mana ia memberi tumpuan kepada bidangbidang perundangan, sosial dan isu-isu politik. Di sebaliknya pula, terdapat juga pengajaranpengajaran esoterik, di mana tumpuan diberi kepada aspek pembersihan jiwa. Ilmu tasawuf boleh dikategorikan sebagai pengajaranpengajaran yang memberi tumpuan kepada aspek-aspek pembersihan jiwa, jihad menentang nafsu dan akhlak yang mulia. Sepertimana terdapat beberapa aliran di dalam perundangan Islam, begitu juga terdapat beberapa aliran di dalam tasawuf.

Aliran-aliran di dalam perundangan Islam diberi nama mazhab, manakala aliran-aliran di dalam tasawwuf diberi nama tarekat. Mazhab berurus dengan hal-hal hukum, dan tarekat menumpukan terhadap isu-isu kerohanian. Bolehkah saya masuk tarekat, sedangkan ilmu saya masih belum cukup? Syarat memasuki tarekat ialah menjadi seorang Islam. Apabila seseorang masuk tarekat, beliau akan terus menimba, mencari dan meningkatkan ilmu; sama ada ilmu huruf, feqah, usul, tasawwuf dan lain-lain lagi. Perlu difahami bahawa menimba ilmu tiada batasnya, malah sampai ke liang lahad. Apabila seseorang masuk tarekat, ilmu yang beliau pelajari itu akan diiringi dengan sikap merendah diri. Ini bererti bahawa orang yang berilmu di dalam tariqat tidak angkuh dan megah dengan ilmu yang diperolehinya. Sambil berilmu, dia juga berakhlak tinggi. Awas! ramai yang berilmu dikuasai oleh ego. Satu-satunya ilmu yang apabila semakin dikuasai si pemiliknya, ia akan semakin tunduk. Ilmu itu tidak lain dan tidak bukan adalah ilmu tasawwuf. Natijah yang sebegini tiada di dalam ilmu feqah dan usul kecuali apabila pemiliknya mendambakan dirinya di dalam lautan tasawwuf dan tarekat. Imam Ghazali radiyallahuanhu, seorang imam agung, menjelaskan bahawa beliau tidak berpuas hati dengan ilmu syariat saja, jika tidak disertai dengan amal dan kehidupan batin. Dia tidak puas hanya dengan ilmu zahir yang menyiarkan ilmu pengetahuan dan menjalankan peraturan-peraturan syara’ secara kaku, dia menghendaki lebih banyak ilmu yang membuahkan amal, lebih banyak didikan yang dapat memimpin kehidupan batin. Pernah beliau berkata, “Setelah itu maka perhatianku tertarik dengan kehidupan sufi, tarekat dan jalan kebatinan." Nyata sekali jalan ini tidak dapat ditempuh kecuali dengan ilmu dan amal kedua-duanya. Menempuh jalan ini bererti menghadapi tanjakantanjakan batin dan menunjukan amal itu lebih banyak kepada membersihkan diri. Hal ini perlu untuk mengosongkan batin manusia dan kemudian mengisinya dengan zikir kepada Allah.”Hidayat seluruh alam…Allahu,Allahu, Allahu Haq!!!

K Disediakan Oleh: Mohd Meeftah Hj Anuar, Ketua Unit Bait Muslim, Shoubra.

"Puas aku mencuba menepis semua dugaan Malah ada yang anggap aku lupa daratan Peritnya aku lalui kemelut yang panjang Hingga ke saat ini ku tidak ketentuan Wanita manakah sanggup berkongsikan kasih Walau madu bagiku tapi hempedu bagimu Tetapi harus terima suratan dariNya Tidak salah kalau kasih dibahagi seadilnya…" etika penulis mendengar bait-bait lagu yang pernah popular suatu ketia dahulu, terlintas di fikiran untuk menulis satu tajuk yang berkaitan dengan maslah poligami. Mungkin tajuk ini amat sensitive bagi kaum Hawa. Namun bagi kaum adam adakah sudah sampai masanya bagi mereka yang berkemampuan, 'berkorban' untuk berpoligami. Demi melihat kesejahteraan kaum Hawa. Mungkin ramai yang keliru dan mempertikaikan mengapa lelaki yang perlu berkorban, bukannya wanita? Setiap akal yang waras past mengakui akan kemanisan madu. Tiada siapa yang berani menyangkal fakta tersebut. Tetapi bagi wanita, bermadu itu sepahit hempedu di ulu hati. Benarkah begitu? Firman Allah s.w.t di dalam Surah AnNisa' ayat 3 yang bermaksud : "Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yatim (bilamana kamu mengahwininya), maka kahwinilah wanita-wanita lain yang kamu senangi; dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak dapat berlaku adil, kahwinnilah seorang sahaja. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya.”

Islam adalah agama yang sempurna dan tiada satu pun daripada system Islam irtu bertujuan untuk menyusahkan mana-mana pihak samada dari kalangan Adam ataupun Hawa. Setiap yang disusun atur oleh Allah s.w.t merupakan nikmat terbesar untuk hambaNya demi membuktikan ketaatan kepada Al-Khaliq. Mengapa penulis menyarankan agar lelaki yang berkemampuan perlu berpoogami? Merujuk kepada hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Anas r.a, katanya: "Aku akan ceritakan kepada kamu hadis yang tidak ada orang lain yang akan menceritakannya setelah aku. Aku mendegar Rasulullah s.a.w bersabda: Di antara tanda-tanda kiamat ialah sedikitnya ilmu, banyaknya kejahilan, berlaku banyak perzinaan, ramainya kaum perempuan dan sedikit lelaki sehingga nantinya seorang lelaki akanmengurus 50 orang perempuan.” ~H.R Bukhari & Muslim~ Perbezaan nisbah antara kaum Adam dan Hawa pada hari ii cukup tinggi dan membimbangkan. Rasulullah s.a.w sendiri menerangkan bahawa di antara tanda hampirnya hari kiamat ialah ramainya kaumperempuan. Statistik penduduk dunia menunjukan bahawa jumlah kaum perempuan adalah lebih ramai daripada lelaki. Malah di sesetengah Negara terdapat nisbah bagi bilangan setiap lelaki berbanding dengan sebelas wanita; (1:11). Jika kita meneliti di merata tempat, dapat disimpulkan bahawa perempuan lebih ramai dari lelaki. Menurut Imam Ibnu Hajar, sebab bilangan perempuan lebih ramai dari lelaki adalah akibat daripada peperangan yang berlaku kerana yang banyak

terbunuh dalam peperangan adalah lelaki, dan juga Alah s.w.t mengkehendaki kebanyakan yang lahir adalah perempuan. Jika dilihat pula nasib golingan andartu yang mana bilangan mereka semakin hari semakin bertambah. Tidakkah mereka juga punya perasaan? Ingin bersuami, berkeluarga dan hidup bahagia seperti perempuan-perempuan lain. Begitu juga nasib janda-janda samada tua atau muda yang kematian suami. Siapakah yang bakal membela nasib mereka? Inilah hikmah terbesar pensyariatan poligami dalam Islam. Poligami merupakan salah satu cara untuk menbantu menyelamatakan kaum Hawa dari sebarang kejadian yang tidak diingini. Fitrah wanita itu sememangnya semulajadi lemah. Jika mereka tiada tempat bergantung maka mulalah mereka mencari dengan cara haram seperti melacur, bekerja di rumah-rumah urut, menjadi GRO di kelab malam dan sebaginya demi menampung keperluan hidu seharian. Apatah lagi bagi mereka yang sudah mempuyai anak. Apabila mereka tidak dilindungi, maka rosaklah mereka. Maka apabila mereka rosak, rosaklah dunia. Lebih ramai lelaki yang dirosakan perempuan daripada perempuan yang dirosakan oleh lelaki. Sebodoh-bodoh perempuan pun boleh menundukkan sepandai=pandai lelaki. Itulah akibatnya bila wanita tidak kenal Tuhan. Maka siapakah yang bertanggungjawab memperkenalkan mereke kepada Tuhan? Tepuk dada tanyalah iman! Tuntutan gerakan Islam juga menjadi faktor mengapa lelaki perlu berpoligami. Kadang-kadang muslimah solehah yang faham tentang perjuangan terpaksa berkahwin dengan muslimin yang tidak memahami erti perjuangan. Maka natijahnya tersimpanlah muslimah di ceruk-ceruk dapur tanpa memberi sebarang sumbangan kepada gerakan Islam. Bukankah ini merugikan gerakan islam serta melambatkan kemenangan Islam? Hari ini tiada siapa dapat menafikan bahawa tenaga-tenaga muslimat amat diperlukan. Tanpa kita sedari poligami merupakan satu cabang dakwah yang tidak bertepi. Wanita yang bermadu mempunyai masa yang lebih luas untuk berdakwah. Kerana tempoh untuk melayani keperluan suami dan anak-anak menjadi pendek. Skop kehidupannya tidaklah hanya tertumpu di rumah kerana pastinya ketika suami berada di

rumah isteri-isteri yang lain, dia mempunyai banyak masa yang terpaksa di laluinya bersendirian. Jalan penyelesaian kepada kesunyian yang dihadapinya ialah dengan keluar menyampaikan mesej dakwah kepada masyarakat yang ketandusan ilmu agama. Ataupun dia mempunyai banyak masa bertafakur dan bermunajat ke hadrat Allah s.w.t. Berpoligami juga boleh melahirkan anak-anak yang ramai. Ini memberi peluang kepada ibu bapa mendidik mereka agar menjadi anak-anak yang soleh dan solehah. Seterusnya menjadi pembela agama Allah s.w.t. bukankah ini memberi keuntungan yang besar kepada Islam? Bertepatanlah dengan hadis Rasulullah s.a.w yang berbunyi : "Aku bangga dengan umatku yang ramai.” Persoalannya berepa ramaikah lelaki yang sanggup berpoligami? Rata-rata responden yang ditemui menyatakan perasaan tidak sanggup berpoligami atas alasan tidak sanggup melukai hati isteri yang tercinta. Isteri yang sekianlama memberikan khidmat sepenuh hati, berkorban apa sahaja demi kebahagiaan suami dan anak-anak, mana mungkin hatinya di calari. Namun cuba kita renung sejenak. Jika seorang perempuan dikatakan berkorban membenarkan suami berkahwin lain, apakah pengorbanan yang telah kita dilakukan? Bukankah seorang isteri hanya mengorbankan perasaan sedih dan hati yang terluka sematamata. Sedangkan seorang suami yang ingin berpoligami perlu menempuh pelbagai dugaan dan cabaran dalam melaksanakan sunnah Rasulullah s.a.w.

Kononnya membela hak asasi wanita di atas nama Woman Liberation ataupun Sister's In Islam tampil secara terang-terangan menghina dan mempertikaikan hukum Allah s.w.t tanpa sebarang sekatan dari pihak berkuasa.

Dugaan yang paling pahit terpaksa ditempuhi oleh seorang suami apabila ingin berpoligami ialah dia semestinya terpaksa melihat isterinya dalam kesedihan dan memendam rasa. Sedangkan bagi seorang suami yang soleh pasti tidak sanggup menyaksikan isterinya diselubungi kesedihan walaupun seketika. Mungkin pelbagai akan diambil oleh si isteri seperti merajuk, tidak mahu bercakap, minta diceraikan dan sebagainya. Cabaran sebegini perlu dilalui dengan penuh kesabaran dan ketabahan sementara menunggu keadaan pulih seperti sediakala. Seterusnya si suami juga pasti menerima kritikan dan kutukan dari kaum keluarga sendiri, anak-anak, adik-beradik apatah lagi mertua. Pelbagai tohmahan dilemparkan seolah-olah si suami telah melakukan kemungkaran yang tidak mungkin dimaafkan. Bagi mereka si suami telah mensia-siakan isteri pertamanya. Tidak cukup dengan tohmahan dari keluarga, masyarakat sekeliling juga memandang serong atas apa yang telah dilakukan oleh si suami. Jiran tetangga dan sahabat handai mula memfitnah si suami dengan pelbagai telahan. Dikatakan si suami kaki perempuan, gila seks dan tidak bertanggungjawab. Semua yang dinyatakan oleh penulis benar-benar berlaku dan semakin membarah di kalangan asyarakat kita. Maka tidak hairanlah bilangan kes poligami yang dicatatkan oleh JAKIM pada tahun 2004 berkurangan kepada 651 kes berbanding 1437 kes pada tahun sebelumnya. Bilangan ini menunjukkan kadar kemoerosotan kes poligami yang begitu ketara. Sedangkan pada masa yang sama kes perceraian meningkay sehingga 16509 kes pada tahun 2004 berbanding 14543 kes pada tahun 2003. Masyarakat kita yang umumnya telah sedia jahil seolah-olah menolak hukum Allah s.w.t. Bagi mereka poligami merupakan suatu penganiayaan dan tidak bersifat adil kepada golongan wanita. Justeru golongan yang

Selain daripada irtu si suami yang ingin berpoligami juga terpaksa membahagikan masa di antara perjuangan, mata pencarian dan juga giliran isiteriisterinya. Masa yang sememangnya telah penuh dengan gerakkerja dakwah terpaksa dibebankan lagi dengan bertambahnya seorang isteri. Begitu juga dalam soal kewangan. Kos sara hidup yang semakin tinggi, harga rumah, kenderaan, minyak dan k e p e r l u a n a s a s s e m u a n ya s e m a k i n meningkat. Bukankah semua ini terbeban di bahu suami? Ini semua merupakan liku-liku pengorbanan yang terpaksa ditempuh oleh seorang suami yang mamahami erti perjuangan dalam mebela nasib kaum Hawa. Namun sika penulis mengingatkan, syariat Islam menetapkan poligami hanya boleh diamalkan oleh mereka yang benar-benar berkemampuan sebagaimana firman Allah s.w.t yang diletakkan di awal penulisan ini. Apa yang penting, kaum Adam perlulah menghayati konsep poligami dengan mendalam agar keadilan tidak dipersoalkan oleh mana-mana pihak apatah lagi dipersoalkan oleh Al-khaliq. Berperilakulah seperti yang dianjurkan oleh Junjungan Besar kita Rasulullah s.a.w dan bukannya melepaskan hawa nafsu yang beraja. Ingatlah bahawa tanggungjawab ini memerlukan syaksiah seorang suami dan seorang bapa yang unggul khususnya dalam mendidik anakanak agar mereka semua menjadi jundullah. Oleh itu dapatlah disimpulkan bahawa poligami merupakan suau perkara yang sepatutnya difahami, diterima dan diamalkan lebih-lebih lagi kita sebagai azhari dan azhariah. Perlulah kita berlapang dada dan memperkukuhkan kefahaman tentang permasalahan poligami ini kerana kita pasti menjadi tempat rujukan masyarakat. Janganlah kita menjadikan maslah ini suatu fitnah yang lahir daripada kelalaian dan ketidak perihatinan kita sendiri.Ingatan buat kaum Hawa, sesungguhnya suami, anak-anak dan segala-galanya merupakan pinjaman sementara daripada Allah s.w.t. janganlah ada sifat memiliki sesuatu itu selamanya dan jadikan segala pinjaman di dunia menjadi jambatan menuju akhirat.

D

alam dunia tanpa sempadan ini, apa saja boleh berlaku. Kecanggihan teknologi juga boleh disalahguna. Virus dicipta untuk menyusahkan orang lain. Walaupun kita mempunyai perisian Anti Virus, ianya belum dapat menjamin 100% selamat.Tahukah anda apakah tanda-tanda jika PC kita telah dijangkiti virus? Tanda-tanda pc kita telah dijangkiti virus adalah seperti berikut: PC menjadi hang selepas dibuka, dan seringkali berlaku. Prestasi PC tiba-tiba sahaja menjadi lembap. Sebarang aplikasi atau fail yang hendak dibuka menjadi terlalu perlahan. Keluar mesej "Out of memory error" walaupun PC mengandungi ruang ingatan yang mencukupi. Sistem operasi Windows tidak boleh dijalankan walau sebelum ini kita tidak pernah menyentuh bahagian setting ataupun mengubah registry. Sistem operasi Windows tidak dapat dijalankan kerana fail-fail penting untuk menjalankannya hilang tiba-tiba. Ada program yang tidak pernah diinstal sebelum ini tiba-tiba muncul dan berjalan dengan sendirinya. Terdapat proses yang tidak diketahui sedang berjalan dan menggunakan banyak sumber CPU. Kita tidak boleh install sebarang program atau aplikasi baru. Windows seringkali reboot dan proses reboot berlaku berulangkali.

Perisian Anti Virus hilang tiba-tiba dan perisian Antivirus tidak boleh di install. Dialog box terpapar pada skrin secara tibatiba. Sistem PC berjalan dengan sendirinya, contohnya tetikus menunjuk ke sesuatu, membuka dan menutup tray CD-ROM dengan sendirinya. Penunjuk tetikus berubah imej dan grafik Ikon-ikon ganjil terpapat pada sistem tray walaupun tidak pernah menginstal sebelum ini. Muzik atau video tiba-tiba sahaja dimainkan dengan sendirinya.

Utiliti cakra seperti scandisk melaporkan banyak error pada cakra selepas melakukan Imbasan cakra.

Saiz sesuatu fail berubah, walaupun kita tidak mengeditnya sebelum ini.

Program atau aplikasi yang sebelum ini boleh digunakan, crash secara tiba-tiba.

Fail-fail yang kita simpan hilang satu persatu.

Drive partition bagi cakra keras, CD-ROM dan cakra liut tiba-tiba sahaja hilang dengan sendirinya.

Properties sesuatu fail berubah

Menerima email yang mengandungi sisipan-sisipan yang ganjil, contohnya mengandungi dua ekstensi.

Apabila tanda-tanda ini terdapat pada PC kita, maka perlulah kita mengambil tindakan sewajarnya untuk menyelamatkan PC kita dari segala virus-virus yang boleh merosakkan PC kesayangan kita. Bertindak segera sebelum terlambat.....

aya mulakan penulisan saya pada kali ini dengan firman Allah SWT, “Dan satu lagi kurniaan Allah yang kamu sukai iaitu kemenangan daripada Allah dan pembukaan yang dekat. Maka berilah berita gembira kepada orang-orang beriman” (Al-Saff:61:13) Apabila kita melihat situasi kini, kita seolah-olah dapat melihat sinar harapan kepada umat Islam kian terang-benderang. Bermula dengan kemenangan mengejut Partai Keadilan Sejahtera (PKS) di beberapa tempat di Indonesia, kejayaan mengejut parti Islam di Turki, seterusnya beberapa lagi siri kejayaan di tempat-tempat lain seperti Ikhwan Muslimin di Mesir, Hamas di Palestin, dan lain-lain. Inilah kekuatan daya gerakan Islam yang sukar ditafsir oleh sesiapa sahaja. Dr Yusuf al-Qardhawi menyebut dalam AlMubasysyirat bi al-Intisar al-Islam tulisan Prof Jef dalam bukunya “Gambaran Islam”, “Gerakan Islam mampu berkembang dengan cepat sekiranya ia dilakukan dengan bersungguh-sungguh. Ia ibarat letusan yang amat kuat dan dahsyat serta mampu memeranjatkan semua orang sebelum dunia mereka dijajah. Selepas penjajah keluar dari bumi mereka, gerakan Islam tidak pernah merasai kelemahannya. Ia mampu bangkit semula sekiranya mempunyai pemimpin yang tepat. Sesungguhnya dunia Islam mampu melahirkan seorang lagi Solahuddin al-Ayyubi yang baru”.

Bahkan saya memetik ungkapan al-Banna, “Kebangkitan mana-mana bangsa bermula dalam keadaan yang lemah sehingga ia dilihat mustahil akan berlaku. Walaupun kelihatan mustahil, namun sejarah m em b u k t i k an k es ab ar an , k et ab ah an , kebijaksanaan, dan ketekunan akan membawa kebangkitan ini yang bermula dalam keadaan yang begitu lemah dan tidak berupaya ke puncak kejayaan yang diidam oleh para pendokongnya. Siapa sangka semenanjung Tanah Arab yang hanya dikelilingi padang pasir yang kering-kontang akan melahirkan cahaya dan ilmu pengetahuan seterusnya dengan kuasa rohani dan politik, penduduknya mampu menguasai kebanyakan negara di dunia”. Saya rasa saya tidak keterlaluan untuk mengungkap kembali laungan para ulama’, “Andai abad ke-19 abad untuk kapitalis, abad ke-20 abad untuk komunis, maka sesungguhnya abad ke-21 adalah abad untuk Islam dan kebudayaannya”. Saya melihat kepada situasi yang berlaku sekarang. Ia jelas menyebelahi Islam. Ini terbukti apabila umat manusia sudah kehilangan arah untuk mengatasi masalahmasalah yang menimpa. Manusia tiada sistem terbaik untuk mengatasinya kecuali satu jalan sahaja, iaitu kembali kepada Islam dan ajarannya. Al-Banna ada menyebut, “Dunia ketika ini sedang kebingungan dan kehilangan arah. Apa sahaja sistem yang ada di dunia ini telah gagal menyelesaikan masalahnya dan hanya satu ubat yang masih ada iaitu Islam. Oleh itu, maralah dengan nama Allah untuk menyelamatkan dunia ini.

Seluruh manusia sedang menanti-nanti orang yang bakal menyelamatkan mereka. Hanya risalah Islam sebagai penyelamat dan kamulah pemegang obornya”. Anda lihat!!! Umat Islam bagai kehilangan arah apabila nabi mereka dihina. Mereka menyatakan kecintaan mereka kepada nabi mereka dengan tindakan mereka yang seolah-olah di luar kawalan. Beginilah bangkitnya umat Islam, apabila ditekan, mereka tertekan, namun suatu masa, kekuatan mereka akan meletup sekaligus menggemparkan dunia. Berkaitan dengan gerakan mahasiswa. Saya dijemput kali kedua untuk menulis di ruangan ini, yang mana pada kali pertama, saya juga diminta untuk mengulas isu yang berkaitan dengan mahasiswa. Sesekali saya terfikir, ada beberapa nilai yang terbentuk secara tidak langsung dan saya kira ada eloknya saya berkongsi dengan anda semua. Nilai pertama ialah nilai persaudaraan Islam yang tiada sempadan memisahkannya. Saya di Malaysia diikat dengan tali ukhuwah dengan anda semua di ard al-Kinanah. Nilai seterusnya nilai kesedaran. Masing-masing menyedari bahawa golongan muda khususnya mahasiswa merupakan golongan yang paling diharapkan untuk membawa Islam ke mercu jaya. Saudara, Di Malaysia, gerakan mahasiswa untuk setahun dua kebelakangan ini menunjukkan perkembangan yang sangat positif. Sikap bacul mula diganti dengan keberanian. Banyak kes menunjukkan perkembangan positif ini. Demonstrasidemonstrasi di banyak tempat, misalnya di depan Masjid Negara menuju ke SUHAKAM, bahkan di Putrajaya. Bukan nilai demonstrasi yang saya nak kongsi, tetapi nilai berani mempertahankan hak mahasiswa, hak rakyat, bahkan hak yang terkandung dalam agama, sekaligus mempamerkan gerakan kini kian m a n t a p d a n g a g a h l a n g k a h nya . I a membenarkan sabda Rasulullah s.a.w, “Sesungguhnya Allah s.w.t telah mengkhususkan timur dan barat kepada umatku. Umat-umatku akan mencapai kekuasaan tersebut sebagaimana yang dianugerahkan kepadaku kekuasaan tersebut”.

Di Malaysia, gerakan mahasiswa untuk setahun dua kebelakangan ini menunjukkan perkembangan yang sangat positif. Sikap bacul mula diganti dengan keberanian. Mahasiswa tidak lagi membisu apabila hak agama dipertikaikan. D a l a m k e s k a r i k a r t u r, s a t u perhimpunan aman yang diselang-seli dengan laungan takbir dan ucapan-ucapan Islamik yang memberangsangkan. Seolah-olah kemaraan mereka sukar lagi disekat, menggentarkan hati musuh-musuh Islam, dan juga hati-hati yang tidak mencintai nilai-nilai Islam itu sendiri. Sebelum ini pun mahasiswa Islam mengaum garang apabila perkara 121 (1A) dipermain-mainkan oleh golongan yang tidak sukakan ajaran Islam termasuk orang Islam itu sendiri. Saya rasa saya tidak berbohong apabila saya menyatakan dalam setahun dua lagi, gerakan mahasiswa akan melangkah lebih jauh lagi dan lebih ramai tokoh-tokoh kepimpinan bakal lahir. Saya bukan maksudkan tokoh kepimpinan yang biasa, tetapi yang luar biasa. Yang mampu menggoncangkan negara, malah dunia. Pemimpin-pemimpin muda yang ditakuti musuh-musuh Allah. Fenomena itu jelas. Saya ingin berkongsi dengan anda semua, tanda-tanda kematangan jiwa pemuda yang diselaputi hati dan jiwa yang bersih, bersemangat dan mempraktikkan apa yang teori. Di kalangan mereka ada yang berjaga malam dan keesokannya diperahkan betulbetul untuk perjuangan Islam. Mereka bersengkang mata dan memerah minda

mereka memikirkan apakah jalan terbaik untuk memberikan kemenangan kepada agama mereka. Ada di kalangan mereka yang menangis apabila melihat nasib yang menimpa ummah. Ada di kalangan mereka yang sanggup berkorban harta benda sehingga kesempitan. Mereka menjadikan hidup mereka untuk ummah ini, menjadi obor yang membakar diri untuk kepentingan ummah. Golongan yang sedikit, pastinya inilah golongan tersebut. Mereka telah ditapis dengan begitu ketat sekali, sehingga lahirkah roh-roh yang bercita-cita tinggi dan bersedia untuk menjadi anak panah, rela dilempar ke mana sahaja. Kata Sa’ad bin Abi Waqqas, “Aku adalah panah daripada panahpanah Islam, Maka lemparkanlah aku ke mana sahaja”.

Dalam tafsir Fi Zilal al-Quran, Sayyid Qutb menyebut, “Walaubagaimanapun Allah s.w.t tetap memelihara perkara ini terhadap dakwahnya. Oleh itu, apabila Allah s.w.t menghendaki dakwah ini bergerak dengan harakat yang betul, maka Dia akan mendedahkan kepada anggota pelopor dakwah kepada pengalaman-pengalaman dan penderitaan-penderitaan pahit dan lama masanya, dan melambatkan kejayaan mereka, mengecilkan bilangan mereka, dan membuat orang ramai menunggu-nunggu mereka, sehingga Allah s.w.t mengetahui bahawa mereka benar-benar sabar dan tabah, benar-benar bersedia dan layak untuk menjadi angkatan asas yang kuat, bersih, sedar, dan jujur. Kemudian Allah s.w.t. akan memindahkan langkah-langkah mereka dengan tangan qudrat kuasa-Nya dan Allah s.w.t tetap menguasai dan menerajui urusanNya, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui”.

Namun saya perlu juga mengakui dengan hati yang sangat berat. Pada pandangan saya, dan pastinya pandangan saya hanya tertakluk kepada gerakan di kampus saya sahaja, masih ada satu kelemahan utama ahli gerakan yang perlu diperbaiki iaitu peningkatan Iman dan Taqwa melalui ibadat yang terjaga dan berkesan. Saya teringat Fathi Yakan menyebut dalam Bahtera Penyelamat, “Orang yang sentiasa berhubung dengan Allah s.w.t sebenarnya sentiasa dalam lembayung jagaan, rahmat, inayah, dan pertolongan Allah s.w.t”. Disebut oleh Syed Qutb, “Iman adalah satu hakikat yang mempunyai tugasnya, suatu amanah yang mempunyai beban tanggungjawabnya, suatu jihad yang memerlukan kesabaran, dan suatu perjuangan yang memerlukan ketabahan”. Al-Qardhawi berkata, “Serahkan dirimu sepenuh hati kepada-Nya, maka Allah s.w.t akan memberi kekuatan sebagai ganti kelemahan, beri keamanan sebagai ganti ketakutan, dan memberi kecukupan sebagai ganti kemiskinan”. Begitu juga hal yang sama disebut oleh al-Banna, “Aku yakin sebaik-baik jiwa ialah jiwa yang suci. Jiwa yang melihat kebahagiaan terletak dalam kebahagiaan manusia, mengajar dan memimpin mereka, berasa gembira jika dapat menggembirakan mereka, menjauhkan dari perkara yang dibenci oleh mereka. Jiwa ini memandang pengorbanan di jalan islah sebagai keuntungan, berjihad di jalan kebenaran, sekalipun susah sebagai kerehatan dan kelazatan, jiwa ini terus menusuk lubuk hati dan dapat mengesan segala penyakit”. Hal inilah yang masih menjadi kekurangan dalam gerakan Islam kampus. Namun, sedar tidak sedar satu perkembangan bagus tiba-tiba meledak. Imej mahasiswa Islam dicanangkan kembali di kampus yang menjadi tumpuan di Malaysia, UM. Semangat itu datang dari arah yang tak tersangka,

memberi kekuatan yang tidak tersangkal. Saya membawa contoh yang cukup realistik. Dalam isu karikatur menghina Nabi s.a.w, kita dapat lihat betapa umat Muhammad bangkit menyatakan kecintaan mereka kepada rasul tercinta. Mereka bangkit dan melakukan pelbagai rusuhan dan sebagainya tanda tidak berpuas hati. Mahasiswa pun sebegitu. Mahasiswa tidak lagi membisu apabila hak agama dipertikaikan. Dalam kes karikartur, satu perhimpunan aman yang diselang-seli dengan laungan takbir dan ucapan-ucapan Islamik yang memberangsangkan. Seolah-olah kemaraan mereka sukar lagi disekat, menggentarkan hati musuhmusuh Islam, dan juga hati-hati yang tidak mencintai nilai-nilai Islam itu sendiri. Sebelum ini pun mahasiswa Islam mengaum garang apabila perkara 121 (1A) dipermain-mainkan oleh golongan yang tidak sukakan ajaran Islam termasuk orang Islam itu sendiri. Kemudiannya, ia bertukar menjadi lebih rancak. 10hb 2, mahasiswa Islam UM sekali lagi mengadakan satu perhimpunan yang penuh Islamik di hadapan Masjid al-Rahman. Perhimpunan mereka bukan sahaja dihadiri oleh kebanyakan ahli Persatuan Mahasiswa Islam (PMIUM), bahkan wakil aspirasi (Istilah buat lawan kepada PMIUM) turut bersama-sama bahkan diberi penghormatan memberikan speacial talk. Satu tanda jelas, petanda kebangkitan berteraskan kesatuan ummah kian terasa bahangnya. Mereka mengadakan perhimpunan sebelum Jumaat. Saya yang bertugas mengambil gambar dan video terasa ketakjubannya, hati bertakbir memuji Allah s.w.t. Sahabat, bayangkan, laungan wahdah, kalimah tayyibah jihadiah, takbir, nasyid asma al-Husna, dan lain-lain berkumandang menandakan kebangkitan itu hampir kini. Sudah lama hal ini tidak wujud lantaran PMIUM terpaksa bersiasah, berselindung di sebalik kalimah kesatuan antara Muslim dan non-muslim. Ia berlaku sebelum solat Jumaat. Setelah Jumaat, perhimpunan sejuta ummah diadakan di Kampung Baru di hadapan Kedutaan Denmark. Allahu Akbar, hati mana tidak gerun, jiwa mana tidak gentar, pimpinan Islam, pengikut Islam, sunni dan syiah bersatu di bawah satu payung, membawa satu tekad, melaungkan satu kecintaan, KAMI SAYANG RASULULLAH.

Berapa kali laungan cinta Rasulullah dilaungkan. Tiba saja giliran pimpinan utama Islam memberi ucapan, suasana berubah rentak, yang bingit kembali tenang, setenang salju di kedinginan hari. Baru saja salam diberi, saya bersumpah ini merupakan cerita benar, saya sendiri menyaksikan, betapa ramai sudah mengalirkan air mata. Inilah petanda kebangkitan Islam. Benarlah mungkin laungan ulama’ bahawa zaman ini zaman kebangkitan Islam, zaman kebudayaan Islam, zaman kebangkitan tentera Muhammad. Sahabat di Mesir saya harap lebih lagi gelombang kebangkitannya. Andai di Mesir, Ikhwan mencapai kejayaan, andai di Palestin, Hamas begitu juga, andai di Turki, FIS melangkah sama, maka kita begitu juga. Kita sama-sama menanam tekad, takkan berganjak, takkan beredar, takkan mengalah, kita adalah pejuang-pejuang ROH yang dilahirkan untuk ummah yang sedang dilanda kemelut ini. Kita wajib membebaskan kemelut panjang yang tidak habis-habis menyusahkan umat Islam. Ukhuwah melangkaui sempadan, begitu indah menghubungkan antara kita, jauh. Saya begitu telus dan tulus berdoa kepada Allah s.w.t agar kita semua bangkit sebagai tentera ghuraba’ yang bakal mewarnai perjuangan muda di dunia seluruhnya, sekaligus mengembalikan khilafatan ‘ala minhaj al-Nubuwwah sebagaimana pernah diramalkan oleh junjungan besar Muhammad s.a.w. Salam kasih sayang dari saya. Mohd Dzul Khair Mohd Noor Timb. Presiden Persatuan Mahasiswa Akademi Islam UM

hile I was walking down Shoubra Street, I saw a little boy (3-5 years old) wearing an army uniform with an army cap, while his left hand holding a gun, M-16(I thought so). In the other hand, his holding his mother’s hand. Both of them were crossing to the other side of the road. The little 'army' looked so happy. He talked to her mother while his hand with gun was pointing showing the direction (maybe asking her mom to buy something, I guest…). Looking to this situation, my mind suddenly started to flashback, a situation around 20 years ago.

But now friends, I'm hear and my mom there. Now, my mother was far away, even I wish to hold her tight I wish that I could hold her hand for the second chance. I miss her so much. I miss my mother a lot. More then the world can imagine. "Mother, if you can hear me, I want to spend my life time loving you. You are my heart, my soul, my life. I don't know if I could hold you again in my arm. I don't even know if I could have another chance like I do when I was your little boy. I always pray to ALLAH for His LOVE and BLESSING to be upon you and for a time where I can keep you in my hand.”

While I was a little boy (same age as the little 'army'), I had a suit of and army uniform. My parents bought it for me because, I remember that time, I love to watch 'Commando', 'Rambo's', other soldier movies. The situation where the boy holding his mother's hand, it reminds me, when I was crossing a road with my mother. At that time, mother's hand is everything to me. I want this, I want that, I want this one and that one, I want everything, and mother's hand will give. No matter how far, how difficult, no matter what. Even if I didn't ask for a cup of hot chocolate, she will bring it to me in the middle of the night. When I sick, mother's hand will fed me with a bowl of hot chicken soup and rice. When I feel ache on my back mother's hand will massaged my back and if I feel sad she will know even I didn't show how I feel. It's like everything was been on my face. Mother will know. Mother will feel. When I asked my mother, why she keep on worrying, cause I'm now an adult(21st), she just answer me, "to me, you are my little baby boy that I want to protect no matter what.”

Dearest friends, if you still have your mother, if you can hold her hand, please don't let it go. Hold as tight as you could. Love her with all your love. Show her that you love her. I had made a mistake once. I don't want all of you to be like me on those days. Please, take a good care of your mother, her soul, her heart. Don't let her down. Don't break her heart. If you let her down, please notice that you break the heart of an 'Angel' sent by GOD, ALLAH to this world.

51

a Allah, ampunkanlah dosaku, ampunkan dosa ibu bapaku dan rahmatilah mereka dengan kasih sayang-Mu, sebagaimana mereka menyayangiku ketika diriku masih kecil". Itulah doa aku selepas selesai sahaja menunaikan solat subuh pagi tadi. Entah mengapa, tiba-tiba hati aku menjadi sayu, terlalu tersentuh dengan doa tersebut. Sedangkan sebelum ni sudah berkali-kali aku membaca doa yang sama sebaik sahaja selesai solat, sama ada solat fardhu mahupun sunat. Aku masih ingat lagi kalam-kalam guru aku sewaktu aku masih mengaji di peringkat menengah dulu. "Kamu kena ingat, anak yang soleh itu adalah anak yang selalu mendoakan ibubapanya. Paling kurang kamu kena amalkan doa ibubapa ini setiap kali kamu selesai menunaikan solat. Insya-Allah, doa anak yang soleh itu akan sampai walaupun ibubapanya sudah tiada. Lagipun semua ini telah dirakamkan oleh Allah dalam Al-quran pada surah al-Isra' ayat yang ke 24, yang mafhumnya berbunyi "Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah

mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil".) Begitulah ungkapan yang dituturkan oleh Ustaz Syafiq kepada kami sebelum dia melangkah keluar dari kelas. Aku tidak hiba kerana hal itu. Entahlah. Kurasakan ada sesuatu yang lebih halus darinya. Mungkin sebentar tadi, buat kali pertamanya aku dapat merasakan apakah sebenarnya yang aku minta dari Allah, Tuhan yang telah memberikan seorang emak dan abah yang pengasih kepada aku. Mengapakah apabila aku merintih keampunan dari Allah, aku kaitkan ia dengan kasih sayang emak dan abah semasa aku kecil? Hari ini aku berusaha memikirkan jawapannya. Sudah dua tahun aku tidak balik ke Malaysia setelah melangkahkan kaki ke bumi barakah ini untuk kali yang kedua, dua tahun yang lepas. Kali pertama adalah masa aku jadi new student dulu, lepas aje imtihan tahun satu selesai dan aku punya result tidak sangkut akupun pulang ke Malaysia. Ada juga terdengar suara-suara sumbang di belakang yang mengatakan belumpun sampai setahun duk kat Mesir dah heboh nak balik. Tak lari Malaysia tu kalau dikejar. Namun aku tidak kisah dan tidak ambil peduli langsung dengan tanggapan dan suarasuara tersebut. Tujuan aku balikpun bukan sekadar nak bersuka-ria. Ada perkara yang menuntut untuk aku pulang ke tanah air.

Kalau nak diikutkan hati, aku nak straight tiga tahun 'ala tool di sini. Tiga tahun bukannya lama mana, lagipun ini sahajalah peluang aku menimba ilmu di sini. Tidak tahu bila lagi peluang untuk aku menjejakkan kaki di bumi ardil kinanah ini setelah aku habis belajar nanti. Tipulah kalau aku katakan aku tak rindu kat emak, abah dan keluarga aku. Itu sajalah tempat aku mengadu. Hari itu, setelah seminggu habis imtihan aku menerima panggilan dari Malaysia. "Ri, Ri balik Malaysia kejap ya”.Itulah ungkapan dari mulut mak aku sebaik sahaja aku mengangkat telefon mudah alih yang aku letakkan di sebelah katil aku. "Kenapa mak?". Aku dah mula rasa tak sedap hati. "Pasal tambang jangan dirisaukan, Kak Long kata dia akan tolong uruskan. Abah Ri sakit. Dah hampir sebulan dah. Sakit tibatiba je Ri. Sebelum ayah kamu terlantar kat rumah ni, elok je dia berkebun kat belakang rumah tu. Esoknya, abah kamu dah tak boleh nak bangun dah. Mulut dia senget, tangan dia jadi bengkok. Kata Mak Cik Kesom kamu, abah kamu kena penyakit angin ahmar. Memang mak sengaja tak beritahu kamu awal Ri. Kakak-kakak dan abang-abang kamu yang suruh rahsiakan dulu dari pengetahuan Ri memandangkan Ri tengah periksa, takut terganggu ulangkaji Ri, tu yang mak tangguhkan dulu tu.Tapi baru-baru ni abah Ri asyik menyebut nama Ri je. Nak tak nak mak kena bagitau jugaklah. Lagipun Ri dah habis periksa kan. Tapi Ri jangan bimbang sangat, sebab hari minggu ni Bang Ngah kamu nak bawa abah kamu ke Melaka, katanya ada orang yang pandai ubatkan orang yang berpenyakit macam abah kamu tu. Nak di bawa ke hospital, Ri taulah sifat abah Ri tu. Dia sanggup menahan kesakitan dia asalkan tak di bawa ke hospital. Kamu kat sana doa-doakan jelah Ri". Sayu sahaja bunyi suara mak. "Takde mananya doktor tu nak potong kaki abah tu mak". Aku sengaja menyindir. "Ish...tak baik Ri cakap macam tu tau." Jawab mak, dan ada sedikit tawa dihujungnya. Abah, memang akan berdegil sekiranya diajak ke hospital. Fobia katanya. Ini semua sebab kes Pak cik aku sebelum ni yang di bawa ke hospital. Gara-gara penyakit kencing manis yang dihidapinya, khaki pak cik aku terpaksa dipotong untuk mengelakkan

kudisnya merebak. Walhal, hanya luka kecil sahaja yang dialaminya sebelum ini kemudian semakin lama semakin merebak dan membusuk. Begitulah sensitifnya penyakit yang semakin digeruni oleh umat manusia kebelakangan ini. Penyakit keturunan, abah selalu memesan kepada kami, anak-anaknya supaya jaga makan minum supaya penyakit tersebut tidak mendapat tempat dalam badan kami. Bahaya katanya. Walaupun abah menghidapi penyakit yang sama, tetapi aku respect sebab abah pandai menjaga dirinya. Abah memang berhati-hati bila berjalan atau melakukan sebarang kerja. Disebabkan ketelitiannya inilah abah tidak mengalami luka setakat ini. Seminggu selepas itu, akupun berangkat pulang ke Malaysia. Selain aku, ada juga sahabat-sahabat lain yang turut pulang ke Malaysia satu flight dengan aku. Aku memilih Singapore Airline System dalam penerbangan kali ini. Penerbangan sehala. Ini disebabkan harga SIA lebih murah dari MAS masa itu. Banyak juga barang yang aku borong at least ada juga barang-barang atau souvenir untuk diberi pada keluarga aku. Actually, aku banyak belikan ubat-ubatan untuk abah aku. Antaranya aku belikan minyak habbatus sauda, minyak dhobt dan pil habbatus sauda. Ini kerana ubat-ubat seperti ini sukar atau jarang ditemui di Malaysia. Kalau adapun belum tentu keasliannya. Penerbangan yang hampir sepuluh jam itu begitu membosankan bagiku. Mana tidaknya, 10 jam jugaklah aku melekat di kerusi empuk ni. Kalau bangunpun, sebab nak ke tandas. Setibanya aku di Kuala Lumpur International Airport, aku telah disambut oleh emak dan Kak Cik berserta suaminya. Juga tidak ketinggalan Iwan, anak buah aku yang dah berusia tujuh tahun. Emak lantas mendakap aku dan kedua-dua pipi serta dahi aku dikucupnya. Aku juga membalas ciuman emakku setelah tangannya kukucup. Aku tahu, emak memang rindukan aku. Begitu juga denganku. Aku masih ingat kata-kata emak sebelum aku berangkat ke Mesir dahulu. "Ri, bila di sana nanti jangan fikirfikirkan sangat kami kat Malaysia ni. Tumpukan pada pelajaran. Kalau Ri rindu kat kami, kami juga rindu kat Ri. Sebagai orang tua, ibu bapa, hati kami memang sensitif. Sekali Ri merindui kami berkali-kali kami rindukan Ri." Sayu suara emak memberitahuku.

"Kalau dah asyik nak rindu merindu satu kerjapun tak jadi". Kedengaran suara abah mencelah lalu mengundang tawa kami semua ketika itu. Aku tercari-cari juga figura abah muncul. Tetapi hampa. Aku pasti abah masih sakit di rumah. Setelah bersalaman dengan emak, kakak dan abang aku, kamipun menuju ke car park untuk pulang. Dalam perjalanan, barulah aku mulakan bicara tentang abah. Mulanya gugup juga aku nak bertanyakan perihal abah. Tapi aku beranikan juga hati ini, disebabkan lamanya aku menyimpan rasa ingin tahu aku ini. Emak aku kata abah dah beransur pulih sejak di bawa berurut di Melaka tempoh hari. Mak aku cakap lagi dah dua kali dah. Minggu depan kali yang ketiga dan putus ubat. Insya-Allah, dengan izin Allah penyakit abah akan pulih. Barulah aku dapat menarik nafas lega selepas mendengar cerita mak. Semasa di dalam kereta aku asyik bercerita dengan mak dan kakak aku tentang pengalaman aku sepanjang aku bermukim di Mesir. Sesekali abang ipar aku menyampuk menanyakan pada aku tentang keadaan di sana. Setelah dua jam setengah perjalanan kami pun sampai di rumah. "Assalamualaikum". Aku memberi salam sebaik tiba di depan pintu rumah. "Waalaikum salam". Jawab suara dari dalam rumah. Pintu dikuak. Kelihatan Kak Ida berdiri di hadapan pintu. Kakak ipar aku yang menetap di rumahku. Abah yang beriya minta abang aku tinggal bersamanya. Sekurangkurangnya takdalah sunyi sangat. Lagi pula adik aku dah berkerja sekarang dan menetap di Syah Alam bersama kakak aku yang lagi satu. Abang aku hanya menurut walaupun dia mempunyai rumah sendiri di Port Dickson. Kak Ida hanya tersenyum bila melihat aku, menandakan dia seolah-olah tahu kepulangan aku. Kemudian muncul pula kelibat anak kecil yang sedang memegang botol susunya di sebelah kakak iparku. Dalam hati aku, aku pasti ini mesti Muaz, anak sulung abangku. Muaz lahir masa aku berada di Mesir. Baru sekarang kami bersua muka. Aku cuba menghulurkan tangan untuk bersalam tetapi Muaz terus melarikan diri mendapatkan opahnya di belakang.

"Baru kenal, tu yang dia taknak kat Ri tu. Masuklah Ri". "Kak Ida sihat? Abah kat mana kak?" "Alhamdulillah, abah ada kat dalam bilik tu. Tadi dia kata letih nak baring sekejap. Ri, abah tak tau Ri nak balik tahu". Aku hanya mengangguk faham. Di suatu sudut aku mengintai dicelahan langsir, sekujur tubuh yang terbaring mengiring ke sebelah kanan yang cuba memejam-mejamkan matanya yang tidak mengantuk. Sekujur tubuh yang amat kukenal. Keadaan fizikal abah memang berbeza, berbanding semasa aku bertolak ke Mesir kali pertama dahulu. Dulu susuk tubuh abah kelihatan berisi dan tegap. Kalau nak dibandingkan dengan umurnya, jauh lebih muda. Tetapi kini, tubuh abah nampak kurus sehingga menampakkan tulang rusuknya. Kesian abah. "Assalamualaikum, bah". "Waalaikum salam". Salam aku disahut. Abah kelihatan sedikit tergamam dan di wajahnya mengundang rasa tidak percaya dengan kehadiranku di sisinya. Aku terus menjabat tangan abah dengan kucupan mesra. Kedua-dua belah pipi dan dahi abah turut kukucup. Kami memang sudah diajar dari kecil untuk mengucup pipi emak dan abah. Kata abah, memang payah nak lihat anak lelaki yang mengucupi pipi seorang ayah. Carilah kat manapun, memang sukar untuk dicari. Kalau adapun hanyalah ketika kanak-kanak. Tetapi anak-anak abah lain, tak kira lelaki atau perempuan semuanya sama. Abah cukup berbangga mempunyai anak-anak seperti kami. Kata abah lagi, bila lagi nak cium pipi emak dan abah. Selagi mereka hidup nilah kalau nak ciumpun. “Apsal Ri balik tak bagitau abah?" Abah membetulkan duduknya. Aku membantu abah bersandar di dinding katil. "Saja nak buat surprise kat abah". Jawabku. Jawapanku mengukir senyum di bibir abah. Aku tahu, abah mesti menganggap aku masih tidak berubah dengan perangai lama aku. Suka bergurau. "Macamana kesihatan abah? Mak dah bagitau Ri segala-galanya. Mak kata abah terkena angin ahmar.” “Alah Ri, biasalah. Dengan umur abah sekarang ni, macam-macam penyakit boleh muncul."

"Macamana periksa Ri hari tu? Masa tu abah tengah sakit, mak kamu yang bagitau abah. Abah bukannya nak susahkan sesiapa Ri, tapi masa abah sakit hari tu, abah ada juga meracau, sedikit sebanyak ada menyebut nama Ri, tu yang mak kamu risaukan sangat tu." Keluh abah sesal. "Ish, abah tak payahlah fikirkan sangat perkara tu. Alhamdulillah result Ri okey tak ada masalah, tu yang Ri balik ni. Lagipun Ri rindu sangat dengan mak, abah dan yang lainlain. Abah tengok jelah si Muaz tu, langsung taknak kat Ri. Macamlah Ri ni orang asing." Aku saja mengubah topik untuk mengelakkan abah memikirkan tentang sakitnya itu. "Kamu ni Ri, masih tak berubah lagi. Muaz tu kecil lagi, lagipun memang kamu tu orang asing bagi dia, yelah manalah dia pernah jumpa kamu sebaik sahaja dia lahir kat dunia ni. Masa kamu berangkat ke Mesir dulu, kan Kak Ida kamu tu tengah sarat mengandung."Aku tersenyum sendiri. Sedar tak sedar sudah empat bulan aku bercuti. Aku tidak mensia-siakan waktu cuti yang ada ini tanpa membuat sesuatu yang berfaedah. Aku cuba apply GSTT ( guru sandaran tidak terlatih) di pejabat pendidikan dan alhamdulillah permohonan aku diterima. Selain dari itu aku telah ditawarkan sebagai imam terawikh sepanjang bulan Ramadhan di sebuah masjid. Ganjarannya juga agak lumayan. Sekurang-kurangnya dapat juga cari duit poket untuk balik ke Mesir nanti. Memandangkan abah sudah semakin sihat, dan riak wajah emak sudah kembali ceria aku mengambil keputusan untuk pulang ke Mesir. Lagipun pengajian akan dibuka semula. Abah, emak dan adik beradik aku yang lain tiada halangan dan sudah mula membuat persiapan untuk aku berangkat. Kakak-kakak aku sibuk dengan menyediakan bahan-bahan mentah, mak pula sibuk membuat serunding dan rendang. Katanya mudah untuk aku masak nanti. Dalam pada itu Muaz sudah semakin rapat dengan aku. Kemana sahaja aku pergi dia akan merengek untuk mengikut aku. Pantang aje aku start motor dialah orang yang pertama mengejar aku untuk mengikutku. “Ha, dulu heboh sangat katakan si Muaz tu tak nak kat kamu, macam orang asinglah, sekarang ni dah macam anak sendiri. Mana saja kamu pergi dia nak ikut. Nanti silap haribulan dia nak ikut kamu naik kapal terbang pula".Kedengaran suara abah berseloroh mengusik aku.

"Takpelah bah, tinggal berapa hari je lagi Muaz ni nak bermanja ngan Ri. Tapi kalau abang dengan Kak Ida setuju, Ri bawa juga si Muaz ni ke Mesir, bagi dia rasa makanan Arab". Jawab ku selamba. Tidak kusangka jawapan yang aku berikan mengundang tawa semua yang berada di situ. Sabtu, 25 Disember 2004, 1945 p.m, aku terbang semula ke Kaherah dengan menaiki pesawat Malaysian Airline System. Aku masih dapat bayangkan wajah Muaz ketika itu. Abang aku terpaksa membawa Muaz ke tempat lain bagi mengelakkan Muaz melihatku turun melalui escalator menuju ke kapal terbang. Sekiranya si kecil itu melihatku sudah pasti akan menangis untuk mengikutku. Budak kecil, karenahnya bukan boleh ditegah. Sewaktu kecilku juga lebih lasak dan aktif dari Muaz. Ini semua yang diceritakan oleh emak. Kalau sehari tak jatuh tangga tidak sah sampaikan abah terpaksa membuat penghalang di muka pintu bagi mengelakkan aku terjatuh tangga. Masih segar dalam ingatan aku ketika aku memeluk dan mencium abah, ada air yang bergenang di celahan kelopak matanya. Dalam pada itu abah sempat menghulurkan sedikit wang belanja kepadaku. “Ri, jaga diri elok-elok di sana nanti. Kalau ada apa-apa masalah beritahu abah". "Insya Allah, bah. Oh ye, nanti Ri akan telefon bila Ri sampai di sana nanti. Insya Allah, kalau tiada aral yang melintang Ri akan balik semula pada tahun 2006 nanti. Doakan kejayaan Ri". Abah mengangguk begitu juga dengan emak dan lain-lain. " Tet...tet...tet.......". "Ya Allah, dah pukul satu setengah tengahari". Aku tidak sedar, bila masa aku tertidur tadi. Mungkin asyik memikirkan nostalgia-nostalgia lama yang bertandang satu demi satu dalam minda aku pagi tadi. “ Siapa pula yang call ni?" Kalau dilihat di skrin handset aku tu, tak ada nombor yang keluar.

Sama ada nombor publik ataupun nombor mahmul. Cuma yang ada perkataan "calling". Tidak lain dan tidak bukan dan memang sah panggilan dari Malaysia. Sudah lama juga aku tak menerima panggilan dari Malaysia. Timbul rasa gembira sesekali diulit dengan rasa tidak sedap hati. Perasaan bercampur baur. Mungkin ada perkara penting ataupun emergency case. "Assalamualaikum". Aku mendahulukan salam. "Waalaikum salam. Pak Uda, ini Angah Apis ni". Anak buah aku rupanya, yang sedang menunggu keputusan SPM. Pak Uda, nama panggilan aku dikalangan anak-anak saudara aku. "Oh Angah, ada apa hal telefon Pak Uda ni? Result SPM dah keluar ke?" "Ini bukan sebab keputusan SPM angah, lagipun bulan depan baru keluar keputusannya. Ni, Angah nak bagitau Pak Uda. Angah harap Pak Uda jangan terkejut dan rileks. Atuk baru sahaja meninggal dunia maghrib tadi. Opah yang minta Angah bagitau Pak Uda. Nanti Pak Uda telefon rumah ye". "Inna lillahi wainna ilaihiroji'un". Itu sahaja yang mampu aku ungkapkan. Berita itu bagai kilat yang menyambar, aku terkedu beberapa minit. Tanpa aku sedari, titisan jernih mula mengalir dari kelopak mata aku. Aku terus bangkit menuju ke bilik air untuk mengambil wudhuk dan menunaikan solat. Setelah selesai menunaikan solat, sekali lagi doa ibubapa itu kupohon. Air mata mula mencurah-curah mengalir di pipi. Baru aku sedar kenapa aku begitu sayu tatkala membaca doa tersebut selepas solat subuh pagi tadi. Selepas itu aku bergegas ke cyber cafe untuk menghubungi emak aku. Kalau di Mesir penggunaan internet memang berleluasa. Lebih-lebih lagi inilah salah satu alat penghubung yang paling mudah dan murah dalam keadaan kami sebagai perantau ini. “Assalamualaikum, apa khabar Ri?" Kedengaran suara emak di talian setelah gagang bertukar tangan. "Waalaikumsalam, alhamdulillah mak. Mak pula macam mana?" "Alhamdulillah, emakpun sihat Ri. Ri dah tahu kan? Abah Ri telah selamat kembali ke rahmatullah waktu maghrib tadi. Tuhan lebih sayangkan dia Ri. Kita yang hidup ini, perlu akur dan pasrah akan ketentuanNya.

Abah Ri "pergi" dalam keadaan yang tidak disangka-sangka. Memangpun abah Ri tu nampak sihat tapi sebenarnya banyak penyakit yang ditanggungnya. Dengan penyakit jantungnya, kencing manis dan darah tinggi. Ditambah pula dengan kehadiran penyakit angin ahmar dia tahun lepas. Antibodi abah Ri lemah. Doktor yang beritahu semasa emak dan kakak kamu bawa abah kamu ke klinik minggu lepas disebabkan abah kamu sukar untuk bernafas. Emak sengaja minta Angah telefon Ri tadi sebab emak sibuk sikit untuk uruskan perihal abah kamu." "Mak, macamana dengan abah ketika abah menghembuskan nafasnya yang terakhir?" "Abah Ri tak nazak, pemergiannya memang kami semua tidak perasan. Dia pergi dalam keadaan yang tenang. Kita berdoa jelah Ri semoga roh abah Ri ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh.” "Ada kata-kata terakhir dari abah sebelum abah meninggal?" "Sebelum-sebelum ni abah Ri ada beritahu yang hidupnya tak panjang. Abah Ri kata dia taknak menyusahkan sesiapa lagi. Kesian kat anak-anaknya yang terpaksa pulang bilamana mendengar abah sakit. Lagipun abah kata dia berdoa agar umurnya jangan dipanjangkan sampai nyanyuk. Orang nyanyuk ni siapapun tak tahan untuk menjaganya. Dia takut anak-anaknya jadi derhaka. Orang sakit Ri, manalah kita layan sangat cakapnya tu. Tidak tau pula apa yang dicakapkan tu menjadi kenyataan. Minggu lepas dia ada sebut nama Ri. Dia tanya bila Ri nak balik, sudah lama dia tidak berjumpa Ri sejak Ri pulang ke Malaysia dua tahun yang lepas." Tersentak aku bilamana, emak beritahu yang abah ada menyebut namaku. Aku pasti, abah terlalu rindukan aku, begitu juga dengan aku. Akhir-akhir ini, perasaan rindu sering bertandang dalam diri aku pada abah, emak dan keluargaku. Sekali lagi aku merasakan kehangatan di pipiku. Titisan manik-manik halus mula turun perlahan-lahan dari celahan kelopak mataku yang kutahan sejak aku mula bercakap dengan emakku tadi. "Ri janganlah bersedih sangat. Ri banyakkan doa untuk abah. Doakan abah Ri tenang di alam sana. Ri tak payah balik, lagipun jenazah akan dikebumikan esok. Sekarang ni tengah menunggu abang-abang dan kakak-kakak Ri balik. Setakat ni Kak cik, Bang Ngah, Bang Lang dan Kak Andah kamu aje yang dah balik.Tahun ni Ri periksa tahun akhir kan? Emak harap Ri dapat tumpukan

perhatian pada pelajaran Ri. Emak, kami semua tak nak Ri bersedih tau." Tenang sahaja suara emak di hujung talian. Aku tidak dapat bayangkan bagaimana emak menjadi setabah ini. Aku tidak mendengarpun esakan atau tangisannya sewaktu kami bercakap melalui telefon. Padahal, orang yang paling rapat dengan abah adalah emak. Sepanjang abah sakit emaklah yang menjaganya. Emak memang isteri yang solehah. Aku kagum dengan emak. Patutlah kasih sayang abah tak pernah luput pada emak. Kemana sahaja abah pergi, abah akan bawa emak bersama. Aku tahu kesedihan emak. Emak sengaja sembunyikan perasaannya kerana taknak aku turut bersedih dan menangis. Emak bukan sahaja isteri yang baik dan taat bahkan seorang ibu yang penyayang. Aku tidak pernah mendengar emak merungut. Itulah emak, kebanggaan abah dan kami semua. Kini, sudah hampir sebulan abah meninggalkan kami. Namun, aku merasakan abah sentiasa di sisi. Setiap hari tidak putusputus doa dan fatihah aku sedekahkan padanya. Inilah sahaja yang mampu aku lakukan untuk abah. Aku tahu jasa yang abah lakukan padaku selama ini tidak dapat kubalasi. Abah, Walaupun pemergianmu suatu kejutan bagiku, namun aku redho dengan segala ketentuannya, Nyawa ini hanya pinjaman, Bila-bila masa akan dikembalikan jua, Tiada yang terkecuali, Setelah sampai seruanNya, Abah, Aku mohon maaf kerana tiada di sisimu, Sewaktu dipenghujung usiamu, Terlalu banyak dosa yang kulakukan padamu, Hanya kemaafan ku pohon padamu, kerada redhomu adalah redho Tuhanku. Abah, Anakmu ini tidak secekalmu, mengharungi hidup tanpamu di sisi, Segala-gala yang kulakukan adalah asbabmu, Kaulah yang membakar semangatku, Sehingga aku masih berdiri megah di sini, Di bumi barakah, bumi para nabi, Abah, suatu hari nanti aku pasti pulang, pulang dengan membawa kejayaan, sesekali tidak akan kuhampakan harapanmu, untuk menjadi anak yang berbakti pada ibubapa,agama dan negara. ~Al-fatihah~ Buat abah tersayang yang telah selamat kembali ke Rahmatullah pada 19hb Februari 2006.

Bahan-bahannya :1 bungkus agar-agar 20 gram 2 biji telur ayam 125 gram buttercup 2 camca besar susu pekat 1 tin fruit cocktails 1.5 senduk gula pasir 2 senduk tepung kastad 1 kotak jelly alsa lady's choice) 2 cawan air Cara membuatnya :Masak agar-agar (air secukupnya) Sementara itu gaulkan (mixer) telur, buttercup, tepung kastad, susu pekat & air fruit cocktails. Setelah agar-agar masak, masukkan gula pasir & kacau hingga hancur. Kemudian campurkan semua bahan yang telah "dimixerkan" tadi ke dalam agar-agar. Kacau hingga mendidih. Tuang ke dalam acuan. Biar separuh sejuk. Susun fruit cocktails di atas puding yang telah separuh sejuk itu. Masak jelly alsa dengan 2 cawan air ( jangan ikut arahan di kotak ) hingga larut. Tuang perlahanlahan.Biarkan sejuk. Potong dan hantar sepinggan untuk kami merasa dulu....

anusia merupakan sebaik-baik makhluk yang telah diciptakan Allah s.w.t. Dengan kurniaan akal dan bimbingan wahyu Ilahi, manusia diperintahkan supaya benarbenar mengabdikan seluruh kehidupan hanya kepada pencipta yang Maha Esa. Firman Allah s.w.t:

Generasi awal kebangkitan Islam merupakan sebaik-baik suri teladan. Hal yang demikian kerana mereka menepati seluruh tuntutan al-Quran dan as-Sunnah tanpa adanya keraguan. Kehidupan para sahabat Rasulullah s.a.w disinari dengan keindahan Islam sehingga mendapat pujian dan perhatian Allah s.w.t. Natijah dari itu, Islam tersebar kepada dua pertiga dunia. Hatta dua kuasa besar dunia pada ketika itu, Rom dan Parsi terpaksa tunduk patuh terhadap Islam.

Maksudnya: "Katakanlah; Sesungguhnya solatku, ibadahku, kehidupanku dan matiku hanyalah semata-mata untuk Allah, Tuhan Semesta Alam. Tiada sekutu bagiNya dan demikian itulah diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama menyerahkan diri (kepada Allah)." [Surah Al-An'am : 162]

Para sahabat berjaya memahami Islam melalui lidah Rasulullah sehingga mereka memahami bahawa konsep agama Allah bukan hanya berlegar di rumah ibadah semata, bahkan meliputi segenap bidang kehidupan. Konsep agama Allah bukan hanya ketika solat, tetapi yang penting pengajaran dari solat diambil kira. Samada dari sudut disiplin, kepatuhan, kepimpinan ataupun ketaqwaan. Semuanya harus dibawa di luar solat dalam kehidupan seharian.

Berdasar kepada ayat ini, jelas kepada kita bahawa segala bentuk gerak geri perbuatan insan, ideologi dan apa sahaja mesti berpaksikan tauhid kepada Allah s.w.t. Untuk mencapai matlamat ini, setiap individu muslim mestilah menyemai benih ketaqwaan kepada Allah. Tanpa mengira apa jua keadaan, sifat taqwa akan menjadi benteng dan penguat dirinya. Sabda Rasulullah s.a.w :

Maksudnya : "Telah bermula Islam itu (pada era kebangkitannya) dalam keadaan dipandang asing, dan keadaan Islam akan kembali dipandang asing, maka beruntunglah golongan yang asing itu."

Allah s.w.t mengiktiraf para sahabat Rasulullah sebagai contoh dalam membentuk generasi bertaqwa. Firman Allah s.w.t : -

"Allah telah redho ke atas mereka (para sahabat) dan mereka benar-benar redho (tunduk) kepadaNya.” [Surah At-Taubah : 100] Sabda Rasulullah s.a.w : -

"Para sahabatku umpama bintang di langit." [Riwayat Baihaqi] Mereka generasi bertaqwa yang amat patuh kepada Allah dan Rasul. Para mufassirin dalam membahaskan kalimah "Kuntum Khaira Ummah" yang terkandung pada ayat 110 Surah Ali Imran menyatakan bahawa kalimah ini ditujukan kepada para sahabat. Para mufassirin juga menyebut, kalimah ini selain ditujukan kepada para sahabat, ditujukan juga kepada umat Nabi Muhammad s.a.w sehingga ke akhir zaman sebagai satu motivasi dalam usaha mencapai cita-cita terakhir seluruh manusia beriman; Syahid di jalan Allah!

"Barangsiapa yang mencari selain dari ajaran Islam sebagai tatacara kehidupan, maka sesekali tidak akan diterima amalan darinya. Dan di akhirat termasuk golongan yang rugi." Sabda Rasulullah s.a.w : "Sesungguhnya ikatan islam itu akan dirungkai (oleh umat Islam sendiri). Perkara pertama yang dirungkai adalah hukum hakam dan yang terakhir ialah solat." Saiyidina Ali karamallhu wajhah ada memberi empat definisi pengertian taqwa yang mesti dititikberatkan dalam usaha merubah masyarakat ke arah terbentuknya generasi muttaqin. Pertama : Al-Amal bittanzil (Beramal dengan wahyu), Kedua : Al-Khauf Bil Jalil (Gerun kepada Pencipta), Ketiga : Al-Qanaah Bil Qalil (Keterbukaan pada pemberian Ilahi). Manakala terakhir iaitu: Keempat : Al-Isti'dad Li Yaumi Ar Rahil (Persediaan menuju akhirat). Inilah wadah generasi bertaqwa yang dipegang oleh para salafussoleh. Gerakan mewujudkan sebuah masyarakat yang beriman, bertaqwa dan mendokong kehendak Allah s.w.t serta RasulNya adalah perjuangan para mursalin yang akan terus di sambung oleh golongan mutaakhirin sepertimana disabdakan Rasulullah s.a.w : -

Al-Marhum Syed Qutb, seorang tokoh gerakan Islam Mesir, ada mengungkap satu kalimah yang memberi gambaran kejayaan generasi awal kebangkitan Islam. Beliau menobatkan para sahabat sebagai "Jeelul Quran Farid"; Generasi Al-Quran yang Unik. Fenomena pengabaian terhadap nilainilai Islam yang sempurna telah menyaksikan sesetengah negara Umat Islam mengenepikan ajaran Al-Quran dan As-Sunnah dalam mengejar ketamadunan. Kesannya umat Islam secara sedar atau tidak telah menjadi mainan kuasa kuffar sekali gus menjatuhkan maruah dan kemuliaan mereka sendiri. Dalam hal ini Allah s.w.t memberi kata putus dalam firmanNya : -

"Tidak akan luput dari umatku golongan yang mendokong kebenaran." Usaha untuk menerapkan aqidah yang sebenar dan pemahaman terhadap syariatullah amatlah sukar, tetapi umat Islam berkewajipan menyempurnakan tuntutan ini. Generasi yang terbina daripada perjuangan inilah yang akan mengembalikan kehebatan Islam yang akhirnya dari hanya secebis bayangan akan berubah menjadi suatu realiti yang dinanti; Daulah Islamiah!

Assalamualaikum... Sekalung tahniah saya ucapkan kepada barisan sidang redaksi SUKMA kerana berjaya mempersembahkan hasil kerja yang saya kira cukup baik, teratur, menarik dan berkesan. SUKMA mampu membawa identiti dan mesej yang tersendiri. Bukan sahaja berkisar tentang tokoh & ilmu qiraat, bahkan mampu mengupas isu-isu semasa di Malaysia mahupun isu dunia. Sebagai pembaca, saya kira salah satu tarikan yang ada pada SUKMA adalah persembahan grafik & susun atur yang cukup menarik, tidak membosankan, up to date dan menonjol. Terhasilnya SUKMA, membuktikan SUKMA mempunyai barisan tenaga kerja yang cukup berpengalaman dan cukup berkemahiran!! Tahniah saya ucapkan. Inilah 'pelapis' yang di nantikan kepulangannya di Malaysia.. Syabbas sekali lagi... Akhi MAQAZ : Sesungguhnya segala pujian selayaknya bagi Tuhan Sekelian Alam.

Assalamualaikum, Alhamdulillah SUKMA sekarang meluas pasarannya hatta ke Malaysia . SUKMA sering mendapat pujian dari segenap lapisan pembaca. Dari gaya present yang berkualiti, menarik, ilmiah dan sebagainya, sehinggakan keluaran SUKMA sentiasa dinanti-nanti. Alfun mabruk! Dengan slogan "Pena Du'at Penyedar Ummah", saya berharap semoga usaha antum selama ini tidak akan terhenti di sini,dan tidak juga berakhir di Malaysia. Sumbangkan idea sebagai wasilah menyampai risalah..salurkan kalamulhaq agar peranan tidak tenggelam dek kebatilan..

Assalamualaikum.. Buat sidang redaksi dan tenaga kerja SUKMA, tahniah dan syabas atas kejayaan sukma dulu, kini dan selamanye..Sukalah untuk saya mencadangkan di sini agar pada keluarankeluaran yang akan datang, pihak sukma membuka dan mewar-warkan penyertaan kepada para pembaca, untuk menghantar karya dan idea-idea di ruang tambahan seperti ruangan dapur huffaz, agar artikel yang disajikan tidak kelihatan terlalu simple, remeh dan jumud (mintak maaf andai kira terkasar kalam). Begitu juga dalam ruangan cerpen. Sukma telah memuatkan cerpen bersiri pada 2 keluaran sebelum ini, dan suka jugalah untuk saya kongsi di sini, bahawa point yang ingin disampaikan(fokus) dalam sesebuah cerpen itu penting, daripada cerita dan bunga-bunga ayat yang terlalu panjang dan meleret-leret. Cukup sekadar cerpen yang ringkas, tetapi punya jalan cerita yang tetap menarik dan padat dengan motif membina yang ingin disampaikan. Insya-Allah sama-sama kita belajar dan memperbaiki kelemahan yg terpalit. Maafkan saya kiranya tulisan ini menyentuh nurani sesetengah pihak. Maafkan saya. Semoga usaha antum semua di berkati NYa...Insya-Allah Akhi MAQAZ: Pihak SUKMA sebenarnya telah membuka ruang yang luas bagi mana-mana individu yang ingin menghantar sebarang karya, tetapi malangnya tiada. ‘Ala kulli hal, terima kasih atas teguran dan pandangan tersebut.

Akhi MAQAZ: Segala yang baik datang dari Allah. Doakan kami terus thabat dalam perjuangan ini!

Related Documents


More Documents from "Iwan Sukma Nuricht"

Portal Manual Web
October 2019 13
Myportal Biz Coaching Edit
October 2019 16
Mp Brochure Bm(1)
November 2019 22
Manual Billing
November 2019 29
Sukma 10
November 2019 39
Panitia Usbn.docx
December 2019 34