Stpm Pa2 (kedah)

  • Uploaded by: SimPor
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Stpm Pa2 (kedah) as PDF for free.

More details

  • Words: 1,730
  • Pages: 8
j2k

SULIT* 900/2

PERCUBAAN'

STPM

KERTAS2

2008'

".

'(TigaJam)

PEPERIKSAAN PERCUBAAN BERSAMA STPM 2008 ANJURAN BERSAMA JABATAN PELAJARAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN DAN PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA (PKPSM) KEDAH

Arahan kepada calon:

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN. Jawab enam soalan. Pilih satu soalan daripada tiap-tiap Sahagian A, S, 0 dan E, dan dua soalan dalam Sahagian C

Gunakan lembaran kertas yang berlainan bagi tiap-tiap bahagian.

Markah untuk tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda kurungan [ ].

Kertas soalan ini terdiri daripada 8 halaman bercetak STPM 900/2

Kertas ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

SUUT*

j2k

2

SAHAGIAN A

Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini, dan tulis karangan yang panjangnya antara 250 hingga 300 patah perkataan. [ 25 ]

1. "Golongan orang kurang upaya (OKU) juga mampu membuktikan kebolehan dalam apa jua bidang. Walau bagaimanapun masih terdapat pelbagai faktor yang menghalang golongan ini daripada mendapat pekerjaan. Oleh itu, pelbagai langkah perlu dilaksanakan agar golongan OKU ini juga mampu mendapat pekerjaan yang sesuai dengan kebolehan dan kelulusan yang dimiliki oleh mereka" Bincangkan faktor-faktor yang menyukarkan golongan OKU mendapat pekerjaan dan langkah-Iangkah menanganinya.

2. "Kedaulatan dan kepentingan strategik Malaysia bukan sahaja bergantung kepada kekuatan ketenteraan semata-mata. Namun terdapat faktor-faktor lain yang berperanan dalam pengekalan kedaulatan dan kepentingan strategik Malaysia." Bincangkan pernyataan di atas.

SAHAGIAN S

Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini, dan tulis karangan yang panjangnya antara 250 hingga 300 patah perkataan. [ 25 ]

3. Sejak akhir-akhir ini laporan pelajar mengalami muntah-muntah dan cirit-birit akibat keracunan makanan semakin kerap disiarkan media. Namun, kebanyakan kes yang dilaporkan itu masih di tahap terkawal dan tidak serius. Nyatakan punca-punca dan langkah-Iangkah untuk mengatasi masalah tersebut.

4. Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan, sejumlah 19.52 juta hektar atau 59.56 peratus daripada keluasan tanah di Malaysia kekal di bawah litupan hutan dengan 14.39 juta hektar daripadana kawasan rizab hutan kekal dan 3.1 juta hektar kawasan dilindungi sepenuhnya. Kerajaan telah merancang pelbagai langkah untuk mempergiat pemeliharaan dan pemuliharaan hutan di seluruh negara. Huraikan kepentingan hutan terhadap kehidupan manusia dan alam sekitar.

STPM 900/2 Kertas in; SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tarnat,

[Lihat sebelah

SULlT*

SULlT*

j2k

3 SAHAGIAN C

Jawab dua soa/an da/am bahagian ini, pilih satu daripada soa/an 5(a) atau 5(b) dan satu daripada soa/an 6(a) atau 6(b). [ 20 ]

5 (a). "Nafsu amarah yang tidak dapat dikawal menyebabkan seseorang itu bertindak di luar batasan. Tindakan penjenayah yang menjadikan kanak-kanak di bawah umur sebagai mangsa serangan seksual dan bunuh berlaku ketika penjenayah tersebut berada dalam keadaan di bawah paras sedar." (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Suria Janib, "Anak Kita Anak Orang: Anak Orang Anak Kita", Dewan Masyarakat, Mac 2008)

(i)

Apakah yang menyebabkan terjadinya jenayah?

(ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, huraikan faktor­ faktor yang menyebabkan berlakunya jenayah dalam kalangan remaja.

ATAU

5(b). "Perpaduan rakyat menjadi tulang belakang untuk memacu pembangunan negara dalam semua aspek. Namun sebenarnya masih banyak pihak yang tidak mengetahui makna perpaduan. Terdapat dua konsep perpaduan iaitu perpaduan mekanikal dan perpaduan organik." (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Paul Porolong,

"Mengikut Acuan Sendiri",

Dewan Masyarakat, Mac 2008)

(i)

Apakah yang anda faham tentang perpaduan?

(ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, huraikan cara­ cara untuk mewujudkan perpaduan dalarn kalangan rakyat.

STPM 900/2 Kertas ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

[Lihat sebelah

SlILlT*

SULlT*

j2k

4

6(a). "Lupa dibahagikan kepada dua iaitu anterogred amnesia dan retrogred amnesia. Masalah lupa berlaku apabila tiada ingatan baru yang dapat diingat dan juga tidak dapat mengingat pengalaman yang lepas. Lupa juga dikaitkan dengan kegagalan otak untuk menyimpan memori bagi digunakan pada kemudian hari." (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Khairol Anuar Masuan, "Masalah Memori", Dewan Kosmik, Jun 2007)

(i)

Apakah yang dimaksudkan dengan lupa?

(ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan bagaimana cara untuk meningkatkan keupayaan memori?

ATAU

6(b). "Robot berasal daripada perkataan "robota" yang bermaksud pekerja bawahan atau hamba mekanikal. Robot boleh digunakan dalam industri pembuatan kereta, menggantikan manusia dalam situasi berisiko tinggi dan juga menggantikan manusia dalam melakukan kerja-kerja rumah. Bukan itu saja, robot juga boleh berperanan sebagai penghibur dan digunakan dalam pembelajaran di sekolah." (Dipetik dan diubahsuaikan daripada

Nurul Fiza Salamat, "Satu Rumah Satu Robot",

Dewan Kosmik, Februari 2007)

(i)

Bagaimanakah teknologi robot dapat membantu manusia?

(ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan mengapa robot tidak berupaya menggantikan manusia sebagai tenaga kerja sepenuhnya?

STPM 900/2 Kertas ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

[Lihat sebelah

SlILlT*

5ULlT*

5

j2k

SAHAGIAN D Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat dalam kertas graf [ 15 ] 7. Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan jumlah perubahan perbelanjaan sektor perkhidmatan di Malaysia bagi tahun 2003 hingga tahun 2006.

Perbelanjaan sektor perkhidmatan menunjukkan pola tidak konsisten dari tahun 2003 hingga tahun 2006. Kerajaan telah menyediakan peruntukan sebanyak RM 10 879 juta untuk perbelanjaan perkhidmatan pada tahun 2003. Jumlah ini meningkat sebanyak RM 4 541 juta pada tahun berikutnya kerana banyak kemudahan terpaksa disediakan oleh pihak kerajaan pada tahun tersebut. Pada tahun 2005, perbelanjaan ini telah menurun sebanyak RM 2403 juta dan pada tahun 2006 jumlah perbelanjaan bagi sektor perkhidmatan meningkat kepada RM 14 989 juta. Sektor perkhidinatan bagi elektrik, air dan gas mendapat peruntukan terbesar iaitu berjumlah RM 6 810 juta pada tahun 2003. Sektor perkhidmatan pengangkutan pula mendapat peruntukan yang kurang sebanyak 61.43% berbanding dengan sektor perkhidmatan elektrik, air dan gas. Sementara itu, sektor perkhidmatan kerajaan pula mendapat peruntukan berjurnlah RM 1 121 juta iaitu lebih RM 800 juta berbanding sektor perkhidmatan perdagangan borong. Pada tahun 2004 pula, peruntukan untuk sektor perkhidmatan elektrik, air dan gas menurun sebanyak RM 2 289 juta berbanding tahun 2003. Sektor perkhidmatan pengangkutan telah mendapat peruntukan yang tertinggi pada tahun ini, iaitu meningkat kepada RM 8 431 juta. Peruntukan untuk sektor perkhidmatan kerajaan dan perkhidmatan perdagangan borong masing-masing menunjukkan perubahan yang berbeza. Perkhidmatan kerajaan menokok sebanyak RM 1 092 juta manakala perkhidmatan perdagangan borong merosot kepada RM 255 juta berbanding tahun 2003. Kemudahan infrastruktur yang hampir menyeluruh di seluruh negara menyebabkan perbelanjaan untuk elektrik, air dan gas telah dikurangkan lagi pada tahun 2005. Sektor ini mendapat peruntukan sebanyak RM 4 332 juta. Manakala perbelanjaan bagi perkhidmatan pengangkutan berkurang sebanyak RM 2 218 juta berbanding tahun 2004. Begitu juga dengan sektor perkhidmatan kerajaan yang mengalami pengurangan perbelanjaan sebanyak RM 103 juta berbanding tahun sebelumnya. Sektor perdagangan borong pula menunjukkan jumlah perbelanjaan sebanyak RM 362 juta pada tahun 2005. Pada tahun 2006, semua sektor telah mendapat pertambahan peruntukan. Sektor perkhidmatan elektrik, air dan gas telah diperuntukkan sebanyak 34.24% daripada keseluruhan peruntukan untuk tahun ini. Sektor perkhidmatan pengangkutan menunjukkan peningkatan sebanyak RM 1 028 juta. Manakala perkhidmatan kerajaan dan perdagangan borong menunjukkan peruntukkan perbelanjaan sebanyak RM 2 241 juta dan RM 375 juta masing-masing. (Sumber: Dipetik dan disesuaikan daripada Laporan Ekonomi 2005/2006, Kementerian Kewangan Malaysia) STPM 900/2 Kertas ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tarnat.

[Lihat sebelah SULlT*

5ULlT*

6

j2k

8. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan sebuah carta yang sesuai untuk menunjukkan import pelbagai barangan dan keperluan Malaysia daripada pelbagai haluan pada tahun 2005. Mengikut perangkaan ekonomi tahun 2006, import Malaysia meliputi pelbagai barangan dan keperluan seperti jentera dan kelengkapan pengangkutan, barang keluaran kilang, bahan kimia, bahan api galian dan pelincir serta lain-lain lagi. Import pelbagai barangan dan keperluan Malaysia pada tahun 2004 telah menunjukkan peningkatan kepada RM400,077 juta pada tahun 2005. Antara import yang besar adalah jentera dan kelengkapan pengangkutan. Nilai importnya ialah RM229,244.12 juta atau 57.3%. Malaysia juga mengimport barang keluaran kilang yang bernilai RM44,408.55 juta atau 11.1% pada tahun itu. Manakala bahan kimia yang diimport pula adalah bernilai RM31 ,606.08 juta serta bahan api galian dan pelincir adalah melebihi sebanyak 0.2% berbanding bahan kimia. Selain itu, bahan-bahan mentah tidak boleh dimakan dan makanan adalah masing­ masing sebanyak RM9,601.85 juta dan RM16,403.16 juta. Manakala selebihnya adalah lain-lain yang mencecah 9.1%. Malaysia mempelbagaikan import sesuatu barangan dan tidak hanya bergantung kepada sesebuah negara sahaja. Daripada nilai RM58,011.17 juta adalah import dari Jepun yang juga telah menyumbang sebanyak 14.5%. Amerika Syarikat telah mengeksport ke Malaysia sebanyak 12.9%. Bagi negara-negara ASEAN lain, Malaysia telah mengimport sebanyak 13.8% manakala negara-negara E.U adalah sebanyak 11.6%. Import dari Singapura hanya 0.1% melebihi Negara-negara E.U. Manakala China pula berkurang 0.2% daripada import dari Singapura. Republik Korea juga tidak ketinggalan mengeksport barangan ke Malaysia dengan kadar 5.0% dan selebihnya adalah dari negara-negara lain.

(Dipetik dan diubahsuai daripada Laporan Ekonomi 2006, Kementerian Kewangan Malaysia, Kuala Lumpur)

STPM 900/2 Kertas ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

[Lihat sebelah

SULlT*

j2k

7

SULlT*

SAHAGIAN E [ 15 ]

Jawab satu soalan dalam bahagian ini.

9. Berdasarkan jadual di bawah, bandingkan haluan perdagangan luar negeri kumpulan Negara-negara yang dinyatakan berdasarkan eksport dan import pada tahun 2005. Berikan sebab-sebab eksport ke negara Amerika Syarikat melebihi import.

Negara Eksport

2005 Import

Imbangan Perdagangan RM juta

RM juta

% bahagian

RM juta

% bahaqian

Negara- negara ASEAN Singapura Thailand Indonesia Filipina Neqara ASEAN lain Negara-negara Timur Laut Asia terpilih Republik Rakyat China Hong Kong China China Taipei Korea

139,208

26.1

106,976

24.6

32,232

83,333 28,723 12,580 7,476 7,096

15.6 5.4 2.4 1.4 1.3

50,828 22,889 16,566 12,192 4,501

11.7 5.3 3.8 2.8 1.0

32,505 5,834 -3,986 -4,716 2,595

99,184

18.6

106,254

24.5

-7,070

35,221 31,205 14,813 17,945

6.6 5.8 2.8 3.4

49,880 10,797 23,974 21,604

11.5 2.5 5.5 5.0

-14,659 20,409 -9,160 -3,659

Kesatuan Eropah (EU) United Kingdom Jerman Belanda Negara EU lain Amerika Syarikat Jepun India Australia Negara lain di dunia JUMLAH

62,629

11.7

50,512

11.6

12,117

9,470 11,259 17,452 24,449 105,033 49,918 14,972 18,042 44,801

1.8 2.1 3.3 4.6 19.7 9.4 2.8 3.4 8.4

6,522 19,265 3,351 21,604 55,918 62,982 4,164 8,171 39,033

1.5 4.4 0.8 4.9 12.9 14.5 1.0 1.9 9.0

2,948 -8,007 14,101 3,075 49,115 -13,064 10,808 19,872 5,769

533,788

100.0

434,010

100.0

I

99,778

Sumber:dipetik dan diubahsuaikan daripada Buku laporan Tahunan Bank Negara Malaysia, Tahun 2005

STPM 900/2 Kertas ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tarnat.

[Lihat sebelah

SULlT*

SULlT*

j2k

8

10. Berdasarkan carta berikut, bandingkan bagaimana aktiviti manusia di kedua-dua negara maju dan miskin mengancam alam sekitar

NEGARA MISKIN

NEGARAMAJU

ANCAMAN

TERHADAP

ALAM

SEKITAR

~

I

Sumber Air

I

Kualiti Udara

I

Tanah

I

Struktur Muka Bumi

Hidupan Liar

Dipetik dan diubahsuaikan daripada "Business and Society:

Stakeholder, Ethics, Public Policy", Lawrence & Weber,

Mc Graw Hill International Edition, 1i

STPM 900/2

Kertas ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

h

Edition

SULlT*

Related Documents

Stpm Pa2 (kedah)
November 2019 19
Stpm Pa2 Ans (sbh)
November 2019 31
Stpm Pa2 (perlis)
November 2019 6
Stpm Bm Skema Kedah
November 2019 16
Stpm Mcroe1 Ans (kedah)
November 2019 19

More Documents from "SimPor"