Bm2(sbh)

  • Uploaded by: SimPor
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Bm2(sbh) as PDF for free.

More details

  • Words: 1,797
  • Pages: 9
SULIT 1103/2 Bahasa Malaysia Kertas 2 Ogos 2008 2 ½ jam

NAMA

:_____________________

KELAS

: ____________________

NO.K.P

:_____________________

A.GILIRAN

:_____________________

SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK JABATAN PELAJARAN NEGERI SABAH ---------------------------------------------------------

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2008 EXCEL 2 2008

BAHASA MALAYSIA Kertas 2 Dua jam tiga puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1.

Kertas soalan ini mengandungi empat soalan.

2.

Jawab semua soalan.

3.

Jawapan bagi Soalan 2(b), Soalan 2(c) dan Soalan 2(d) dan Soalan 4 berdasarkan teks Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.

4.

Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.

Kertas soalan ini mengandungi 10 halaman bercetak

[Lihat sebelah SULIT

SULIT

2

1103/2

Soalan 1 : Rumusan [30 markah] Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian tulis satu rumusan tentang kesan negatif amalan rasuah dan sebab-sebab berlakunya amalan tersebut. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Rakyat Malaysia, khususnya kakitangan awam, wajar mengambil perhatian terhadap ingatan Perdana Menteri bahawa rasuah akan menghalang negara daripada mencapai kemajuan. Kita semua bercita-cita untuk menikmati hidup dalam sesebuah negara maju menjelang tahun 2020 selaras dengan wawasan yang dirintis oleh Perdana Menteri ke-4. Cita-cita ini bukan satu perkara yang mustahil dan pasti dapat dicapai. Walau bagaimanapun, seperti yang diingatkan oleh Perdana Menteri, rakyat negara ini, khususnya kakitangan awam mesti menghindarkan diri daripada rasuah. Rasuah merupakan suatu amalan buruk yang tidak harus ada pada mana-mana penjawat awam memandangkan perlakuan itu mendatangkan keburukan kepada masyarakat dan negara. Hal ini kerana amalan rasuah akan menyebabkan segala urusan pentadbiran sengaja dihalang bagi mendapatkan habuan. Kita percaya, walau dalam apa-apa juga bentuk, sama ada kecil atau besar, rasuah mesti dibanteras. Sebarang tolak ansur dalam soal rasuah, sama ada kecil sekalipun akan merintis budaya yang lebih besar. Justeru, masyarakat di negara ini perlu disedarkan tentang bahaya rasuah. Malah, mereka sendiri berkemungkinan sudah dapat merasakan keburukan amalan rasuah seumpama itu kerana amalan rasuah boleh menimbulkan ketidaklicinan dan ketidakcekapan dalam jentera pentadbiran kerajaan. Hal ini jelas kerana segala tindakan akan memikirkan habuan yang bakal diterima. Selain itu, amalan rasuah juga jelas melahirkan suasana ketidakadilan apabila mereka yang mempunyai kekayaan akan menguasai pentadbiran negara, sementara rakyat biasa akan tersekat dalam usaha mereka untuk menikmati yang lebih baik. Amalan rasuah hanya dapat berlaku jika terdapat pihak yang memberi dan pihak yang menerima. Kedua-duanya bersalah. Amalan itu tidak boleh dielak dengan adanya mekanisme-mekanisme lain seperti undang-undang, peraturan, prosedur, ketelusan, dan konsep kepimpinan melalui teladan. Apabila disebut rasuah sebagai budaya, maka pembanterasannya juga harus meliputi semua sektor masyarakat. Maka, dalam sektor swasta, dalam kalangan ahli perniagaan, dalam urusan sesama sendiri, mereka juga harus menghindarkan diri daripada rasuah. Kita percaya badan-badan perniagaan sendiri juga sedar bahawa amalan rasuah dalam kalangan kakitangan mereka akan mendatangkan kemudaratan yang akhirnya boleh memusnahkan syarikat berkenaan. Apa tidaknya, kos syarikat meningkat disebabkan terpaksa menampung perkara negatif ini. Untuk menghalang rasuah daripada menjadi budaya, sikap membenci rasuah harus dipupuk di semua peringkat masyarakat termasuk dalam kalangan kanak-kanak. Justeru, hal ini bermakna, pendidikan menentang rasuah wajar juga disalurkan, baik melalui sekolah mahupun dalam keluarga. Generasi baharu wajar dididik untuk membenci rasuah demi masa depan mereka supaya cita-cita negara ini untuk mencapai status negara maju berjaya dicapai. Biarlah semua anggota masyarakat menolak rasuah kerana menyedari bahawa amalan itu buruk dan bukan semata-mata takut pada hukuman SULIT

3

SULIT

1103/2

undang-undang. Namun begitu, anggota masyarakat juga perlu aktif memberikan kerjasama kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) untuk membanteras budaya itu daripada terus menular. Jika masyarakat berpakat menolak amalan ini, sudah tentu masalah dapat dibendung daripada terus menjadi duri dalam daging dalam masyarakat kita. (Diubahsuaikan daripada ‘Tolak Rasuah untuk Berjaya’ Utusan Malaysia,8 Januari 2003)

Soalan 2 : Pemahaman

Soalan 2(a) - Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. (i)

Berikan maksud rangkai kata merintis budaya yang lebih besar. [2 markah]

(ii)

Bagaimanakah amalan rasuah dapat dibendung dalam masyarakat kita ? [3 markah]

(iii)

Pada pendapat anda, mengapakah rasuah dikatakan dapat membinasakan sesebuah negara ? [4 markah]

SULIT

4

SULIT

1103/2

Soalan 2 (b) - Petikan Cerpen Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. “Yalah, lelaki mana yang tak rasa tercabar apabila lihat wanita berjaya begitu, lebih-lebih lagi wanita itu isterinya. Sorry Zel , aku tak bermaksud untuk merendahkan abah kau. Tapi aku fikir reputasi abah kau sebagai guru sekolah rendah tercabar apabila melihat mama kau jauh lebih berjaya. Huh, wanita sukses dalam bidang komputer dan perniagaan . Wow, that’s great enough for a woman like your mum!” Kembang kuncup dadaku apabila mendengar kata-kata Win, teman baik sejak kecil. Tetapi sebentar itu aku hampir terduduk apabila memikirkan sesuatu yang jahat, sesuatu yang tidak wajar, sesuatu yang menyimpang jauh daripada pemikiran luhur. Ya, adakah mama career woman yang sengaja mahu mengeksploitasi keintelektualannya, kebijaksanaannya, kecerdasannya, kebolehannya, kelebihannya agar abah rasa inferior? “Setiap manusia ada menyimpan ego. Tak ada kekecualian antara lelaki dan wanita.” Kata-kata Win kembali menyelit. Ma ada ego ? Ma hendak tunjuk egonya ? Yang akhirnya membuatkan mereka terpisah ? Kami terpisah ?

(Dipetik daripada “Virus Zel Untuk Abah” oleh Amil Jaya dalam antologi Kerusi Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i)

Mengapakah abah dan mama berpisah ? [3 markah]

(ii)

Pada pendapat anda, apakah kesan perceraian ibu bapa kepada anak-anak ? [3 markah]

(iii)

Nyatakan satu persoalan daripada petikan dan dua persoalan daripada keseluruhan cerpen . [3 markah]

SULIT

5

SULIT

1103/2

Soalan 2 (c) - Petikan Prosa Klasik Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. Maka pada antara itu berkata seorang budak. “Apa kerja kita berkubukan betis ini? Kita perdayakan diri kita demikian ini jika kita berkubukan batang pisang alangkah baiknya”. Telah didengar oleh Paduka Seri Maharaja, maka titah baginda. “Benarlah seperti kata kanak-kanak itu.” Maka baginda pun mengerahkan segala rakyat berkotakan rias. Maka todak pun datang, serta ia melompat lekat jungornya pada batang pisang itu, maka datang orang menetak dia. Maka tidaklah terkira-kira lagi banyak matinya todak itu, bangkainya bertimbun-timbun di pantai itu. Maka tiada termakan lagi oleh manusia di dalam negeri Singapura. Maka todak itupun tidaklah melompat lagi. Pada suatu riwayat, daripada deras lompat todak itu, datang ke atas gajah, kena baju Paduka Seri Maharaja, carik lengannya maka dibuatkan orang nyanyi: Carik baju raja, Dilompati todak; Bukan disahaja, Sebab akal budak. Setelah itu maka Paduka Seri Maharaja pun kembali. Maka sembah orang besar-besar, “Tuanku, budak ini terlalu sekali besar akalnya. Sedang ia budak lagi demikian, jikalau ia besar berapa lagi banyak akalnya? Baiklah ia kita bunuh.” (Dipetik daripada “Kezaliman Membawa Padah” dalam antologi Kerusi Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i)

Berikan maksud rangkai kata berkotakan rias seperti yang terdapat di dalam petikan di atas. [2 markah]

(ii)

Gambarkan suasana yang berlaku apabila todak melanggar Singapura setelah budak memberi cadangan kepada Paduka Seri Maharaja? [3 markah]

(iii)

Pada pendapat anda, mengapakah pembesar-pembesar ingin supaya budak cerdik itu dibunuh? [3 markah]

SULIT

6

SULIT

1103/2

Soalan 2 (d) - Petikan Puisi Tradisional Baca puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. PANTUN LAPAN KERAT Sarang merbah di celah dahan, Tempat punai bermain di situ, Berkejar-kejaran anak rusa, Tampak dari tanah seberang; Bersyukur aku kepada Tuhan, Kalau nasib memang begitu, Akan merana sepanjang masa, Harap pada kasihan orang. Bagus rupanya bunga melur, Putih rupanya bunga pinang, Berukir bertangkai perak, Permainan raja perempuan; Cawan, cerek sudah teratur, Pinggan, mangkuk sudah terhidang, Penganan mulia sudah terletak, Samalah duduk kita makan. Korek perigi di parit seberang, Tepi parit tumbuh mengkudu, Berselang dengan pohon puding, Hidup subur kanan dan kiri; Tuan pergi dagang seorang, Tiada saudara tempat mengadu, Tiada saudara tempat berunding, Pandai-pandailah membawa diri. Antalogi Kerusi, Dewan Bahasa dan Pustaka. (i)

Mengapakah orang dagang mesti pandai membawa diri semasa di perantauan? [2 markah]

(ii)

Pada pendapat anda, bagaimanakah cara kita melayan tetamu yang berkunjung ke rumah kita? [4 markah]

(iii)

Nyatakan tiga nilai murni yang terdapat dalam pantun tersebut. [3 markah] SULIT

7

SULIT

1103/2

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa [30 markah] Jawab semua soalan.

(a) Tulis satu ayat daripada setiap pasangan perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa dan nama khas.

(i) tulus (ii) seloroh (iii) cocok

-

telus seluruh cucuk [6 markah]

(b) Tulis ayat-ayat di bawah ini semula supaya menjadi tiga ayat saja tanpa mengubah maksud asal ayat-ayat tersebut.

Suatu ketika dahulu kita dikejutkan dengan isu vandalisme. Vandalisme ialah kegiatan merosakkan harta benda awam. Perbuatan vandalisme ini dilakukan oleh remaja yang tidak bertanggungjawab. Pelbagai strategi dilaksanakan bagi mengatasi masalah itu. Strategi itu membuahkan hasil. Strategi itu mengambil masa yang lama. Kini, timbul satu masalah baru dalam kalangan remaja. Masalah yang dimaksudkan ialah gengsterisme. [6 markah] (c)

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i)

Semua ejensi kerajaan diarahkan bergabung untuk menjalani kajian bagi mencari punca sebenarnya yang menyebabkan berlakunya banjir besar sejak beberapa hari lalu.

SULIT

8

SULIT

1103/2

(ii)

Dalam majlis itu, berbagai-bagai persembahan telah diada sempena hari keputeraan baginda yang ke 52 tahun.

(iii)

Sebagai anak, kita mestilah sentiasa menjaga marwah keluarga dengan menghindar diri daripada perbuatan yang mengaibkan mereka. [6 markah]

(d)

Dalam ayat-ayat di bawah, terdapat kesalahan penggunaan kata atau istilah atau kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i)

Jabatan Perhilitan dan Hidupan Liar akan mengadakan penyiasatan untuk mendapatkan maklumat tentang kepupusan beberapa spesies burung di negara kita dalam tempoh satu setengah tahun.

(ii)

Pesilat itu melenting ke kiri dan kanan sebelum menerpa ke arah pihak lawan.

(iii)

Kapal yang sedang berhenti di pelabuhan itu akan meneruskan perjalanan ke Eropah di dalam masa satu jam setengah dari sekarang. [6 markah]

(e) Baca peribahasa di bawah dengan teliti dan kemudian bina ayat daripada setiap daripadanya.

(i)

seperti lembu dicucuk hidung

(ii)

duduk sama rendah, berdiri sama tinggi

(iii)

biar mati anak, jangan mati adat [6 markah]

SULIT

SULIT

9

1103/2

Soalan 4 : Novel [15 markah]

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut : (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) (vii) (viii)

Terminal Tiga karya Othman Puteh Perlumbaan Kedua karya Marwilis Hj. Yusof Di Hadapan Pulau karya A. Samad Said Bukit Kepong karya Ismail Johari Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain Seteguh Karang karya Tuan Faridah Syed Abdullah Julia karya Abu Hassan Morad Putera Gunung Tahan karya Ishak Hj. Muhammad

(a) Huraikan dua peristiwa yang menimbulkan tanda tanya dalam salah satu novel yang anda kaji. [7 markah] (b) Bandingkan watak utama melalui mana-mana dua buah novel yang anda kaji. [8 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

SULIT

More Documents from "SimPor"