Stpm Akaun 2006 Paper2

  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Stpm Akaun 2006 Paper2 as PDF for free.

More details

  • Words: 1,272
  • Pages: 8
SOALAN STPM

1

KERTAS 1 / 2006

SOALAN 1 (a) Huraikan perbezaan antara perakaunan kos dengan perakaunan pengurusan dan berikan satu contoh bagi setiap bidang perakaunan tersebut. [3] (b) Takrifkan setiap jenis kos yang berikut dan berikan dua contoh bagi setiap jenis kos berkenaan: (i)

Kos lepas

(ii)

Kos tempoh

(iii)

Kos langsung

(iv)

Kos separa berubah

[8]

(c) Nyatakan dua objektif kawalan dalaman dan jelaskan bagaimana setiap objektif itu boleh dicapai. [6] (d) Nini Sendirian Berhad ialah pemilik sebuah perniagaan pasar mini di satu kawasan taman perumahan yang sedang berkembang maju. Syarikat merancang menukarkan status perniagaannya kepada pasar raya. Pegawai akaun syarikat mencadangkan kepada pengurus supaya syarikat menukarkan sistem perakaunan manual kepada berkomputer. Cadangan itu ditentang oleh pengurus syarikat itu. Dikehendaki: Nyatakan empat sebab untuk menyokong dan empat sebab untuk menentang cadangan pengggunaan sistem perakaunan berkomputer. [8]

SOALAN STPM

KERTAS 1 / 2006

2

SOALAN 2 (a) Nyatakan enam unsur kos bahan.

[3]

(b) Lakarkan satu contoh resit yang mengandungi butiran penting yang sepatutnya ada sebagai bukti bayaran pembelian. [5] (c) Syarikat Kuntum Berhad telah memberikan maklumat yang berikut: Permintaan tahunan Kuantiti per pesanan Kos per pesanan Kos simpanan seunit setahun Masa menunggu Penggunaan maksimum harian Bilangan hari bekerja setahun

16,000 unit 2,000 unit RM500 RM60 10 hari 100 unit 300 hari

Dikehendaki: (i) Hitungkan kuantiti pesanan ekonomi bagi Syarikat Kumtum Berhad.

[3]

(ii) Hitung jumlah kos yang boleh dijimatkan oleh syarikat jika kuantiti per pesanan adalah mengikut kuantiti pesanan ekonomi. [6] (iii) Tentukan titik pesanan semula.

[2]

(iv) Tentukan stok keselamatan.

[2]

(v) Lakar graf kuantiti pesanan ekonomi bagi syarikat itu.

[4]

SOALAN STPM

KERTAS 1 / 2006

3

SOALAN 3 (a) Jelaskan tiga asas dalam penentuan gaji operator pengeluaran.

[6]

(b) Seorang operator pengeluaran menerima RM8.00 sejam bagi waktu kerja biasa dan RM10.00 sejam bagi waktu kerja lebih masa. Beliau bekerja 45 jam dalam minggu pertama Ogos 2005 yang waktu kerja biasanya ialah 40jam. Dikehendaki: (i) Hitung gaji operator itu bagi minggu pertama Ogos 2005.

[2]

(ii) Hitung bayaran premium kerja lebih masa operator itu.

[2]

(iii) Hitung bayaran gaji yang dianggap sebagai kos buruh langsung dan yang dianggap sebagai kos overhed. [2] (c) Syarikat Masbiru Berhad mempunyai dua bahagian, iaitu Bahagain Perkhidmatan dan Bahagain Pengeluaran. Bahagian Perkhidmatan terdiri daripada Jabatan Pentadbiran, Jabatan Penyelenggaran, dan Jabatan Teknologi Maklumat. Bahagian Pengeluaran terdiri daripada Jabatan Pembuatan Komponen dan Jabatan Pemasangan. Ringkasan kos dan maklumat lain setiap bahagian bagi tahun berakhir 31 Disember 2005 adalah seperti yang berikut. Kos bahan mentah (RM) Jabatan Pentandbiran Jabatan Penyelenggaran Jabatan teknologi maklumat Jabatan pembuatan komponen Jabatan pemasangan

Kos buruh langsung (RM)

Kos overhed (RM)

Jam buruh langsung (jam)

Jumlah komputer (unit)

Keluasan ruang diduduki (meter persegi) 1,313

Asas agihan

0

67,500

52,500

23,250

12

48,750

61,575

42,075

20,250

8

1,500

68,250

65,250

46,500

31,500

20

3,600

2,347,500

1,462,500

1,237,500

421,875

250

66,000

-

712,500

1,537,500

1,387,500

328,125

200

54,000

-

Jam buruh langsung Keluasan ruang Bilangan komputer

SOALAN STPM

4

KERTAS 1 / 2006

Dikehendaki: (i)

Dengan menggunakan kaedah terus, hitung jumlah kos Jabatan Penyelenggaran yang diagihkan kepada Jabatan Pembuatan Komponen dan jumlah kos Jabatan Pentandbiran yang diagihkan kepada Jabatan Pemasangan. [10]

(ii) Nyatakan tiga sebab perlunya Syarikat Masbiru Berhad mengagihkan kos daripada Bahagjan Perkhidmatan kepada Bahagian Pengeluaran.

[3]

SOALAN STPM

KERTAS 1 / 2006

5

SOALAN 4 Firma Plastik Indah mengeluarkan beberapa set bekas plastik yang sesuai digunakan dengan ketuhar mikrogelombang. Firma menggunakan satu asas overhed tetap kilang untuk kesemua keluarannya yang diperuntukkan dengan kadar pratentu RM1.00 sejam buruh langsung. Overhed tetap dibelanjawankan sama dengan overhed tetap sebenar. Yang berikut ialah data tentang salah satu set bekas plastik bagi tahun berakhir 30 Jun 2005. Harga jualan Bahan langsung Buruh langsung

RM5.60 seunit RM0.65 seunit RM2.50 seunit

Jam buruh Pengeluaran Jualan

50,000 jam 100,000 unit 95,000 unit

Kos berubah: Overhed kilang Jualan dan edaran

RM20,000 RM30,000

Kos tetap: Overhed kilang Jualan dan edaran

RM50,000 RM35,000

Dikehendaki: (a) Sediakan penyata pendapatan bagi tahun berakhir 30 Jun 2005 untuk firma Plastik Indah mengikut pendekatan pengkosan marginal dan pendekatan pengkosan serapan. [8] (b) Hitung beza untung antara dua pendekatan dalam (a) dan berikan sebab bagi perbezaan itu. [3] (c) Hitung margin sumbangan seunit dan tentukan titik pulangan modal dalam unit jualan. [2] (d) Hitung margin keselamatan firma itu (dalam RM). Jelaskan sama ada margin keselamatan sama dengan margin sumbangan. [5] (e) Jika harga jualan dinaikkan sebanyak RM0.60 seunit untuk tahun perakaunan yang akan datang dan volum jualan dijangka jatuh sebanyak 15%, (i) hitung beza untung yang diperoleh,

[5]

SOALAN STPM

6

KERTAS 1 / 2006

(ii) hitung volum jualan baru supaya untung yang diperoleh tidak berubah.

[2]

SOALAN 5 a) Nyatakan dua ciri kos relevan dan berikan satu contoh bagi setiap ciri.

[4]

b) Jelaskan empat faktor yang diambil kira oleh sesebuah perniagaan dalam membuat keputusan “buat atau beli”. [6] c) Syarikat Sejati Berhad membuat dan menjual perabot. Maklumat tentang anggaran kos dan hasil untuk 400 set sofa bagi tahun 2007 adalah seperti berikut. Hasil (RM 1250 x 400) Kos buruh langsung dan kos bahan Langsung (RM750 x 400) Susut nilai peralatan yang digunakan Khusus untuk membuat set sofa Kos pemasaran dan agihan RM40,000 (tetap) + (RM750 setiap hantaran x 40 hantaran) Kos pentadbiran tetap jabatan pengeluaran Jumlah kos Pendapatan (rugi) operasi

RM 500,000 300,000 42,000 70,000 110,000 522,000 (22,000)

Maklumat tambahan (1) Pada 1 Januari 2007, nilai buku peralatan ialah RM100,000. Peralatan yang tidak digunakan akan terbiar begitu sahaja. (2) Kos pemasaran dan agihan boleh dielakkan jika pengeluaran tidak dilaksanakan. (3) Kos pentadbiran tetap Jabatan Pengeluaran tidak berubah sama ada pengeluaran dilaksanakan atau tidak. Dikehendaki: Tentukan sama ada pengeluaran set sofa itu perlu dilaksanakan.

[7]

SOALAN STPM

7

KERTAS 1 / 2006

d) Syarikat Selatan Jaya Berhad mengeluarkan mesin pendua. Pada masa ini, syarikat membuat sendiri semua komponen yang diperlukan, antaranya termasuklah komponen R yang diperlukan sebanyak 10,000 unit setahun. Sebuah syarikat lain menawarkan untuk membekalkan komponen R dengan kos RM32.00 seunit. Maklumat yang berkaitan dengan kos pengeluaran komponen R adalah seperti berikut. Kos seunit Jenis Kos komponen (RM) Bahan mentah 9.00 Buruh langsung 12.00 Overhead perkilangan berubah 1.50 Overhead perkilangan tetap (dicaj terus) 6.00* Overhead perkilangan tetap (dikongsi bersama) 18.00 *40% gaji penyelia kilang dan 60% susutnilai peralatan khas

Kos 10,000 unit komponen setahun (RM) 90,000 120,000 15,000 60,000 180,000

Dikehendaki: Dengan mengandaikan bahawa peralatan khas yang digunakan untuk mengeluarkan komponen R tidak dapat digunakan untuk kegunaan lain, tentukan sama ada tawaran pembekal itu patut diterima. [8]

SOALAN STPM

8

KERTAS 1 / 2006

SOALAN 6 (a) Jelaskan mengapa kos campuran diasingkan kepada komponen kos tetap dan kos berubah dalam penyediaan belanjawan boleh ubah. [4] (b) Akauntan Kos Syarikat Pet –Care Berhad dikehendaki menyediakan belanjawan boleh ubah bagi overhead. Syarikat mengeluarkan dua jenis makanan ayam, iaitu A-Chick dan B-Chick. Kedua-dua jenis makanan menggunakan bahan mentah yang sama tetapi dengan nisbah penggunaan yang berlainan. Syarikat dijangka mengeluarkan 25,000 beg dengan berat 10 kg sebeg bagi setiap jenis keluaran bagi tahun 2006. A-Chick memerlukan 0.25 jam buruh langsung, manakala B-Chick memerlukan 0.30 jam buruh langsung setiap beg. Akauntan itu telah memberikan maklumat kos overhead perkilangan tetap dan kos overhead perkilangan berubah seperti yang berikut. Item Overhead Penyelenggaraan Elektrik Buruh tak langsung Sewa

Kos Tetap RM 15,000 20,000 16,000

Kos berubah per jam buruh langsung RM 0.40 0.50 1.50 -

Dikehendaki : (i) Bagi setiap jenis keluaran, sediakan belanjawan boleh ubah overhed yang menunjukkan pengeluaran 10% lebih tinggi daripada jangkaan dan juga 20% lebih rendah daripada jangkaan. [12] (ii) Sediakan laporan prestasi overhead pengeluaran A-Chick jika A-Chick yang dikeluarkan dalam tahun 2006 adalah sebenarnya sebanyak 22,000 beg. Kos overhead perkilangan sebenar yang terlibat adalah seperti yang berikut. RM Penyelenggaraan 17,600 Elektrik 2,375 Buruh tak langsung 28,775 Sewa 16,000 [9]

Related Documents

Stpm Akaun 2006 Paper2
November 2019 5
Stpm Akaun 2007 Paper2
November 2019 5
Stpm Akaun 2003 Paper2
November 2019 11
Stpm Akaun 2004 Paper2
November 2019 12
Stpm Akaun 2003 Paper1
November 2019 4