Stpm Akaun 2003 Paper2

  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Stpm Akaun 2003 Paper2 as PDF for free.

More details

  • Words: 1,353
  • Pages: 7
SOALAN STPM

1

KERTAS 2/ 2003

Soalan 1 (a) Perihalkan tiga kepentingan perakaunan pengurusan.

[3]

(b Syarikat Bibi Berhad yang mengeluarkan pakaian kanak-kanak telah memberikan ) maklumat kos bagi bulan Mei 2003 seperti yang berikut. (1) Kos papan tanda di hadapan bangunan ialah RM4,000. Kos ini dianggap sebagai belanja untuk bulan Mei.. (2) Upah yang dibayar kepada pekerja luar yang membaiki mesin jahit syarikat ialah RM800. (3) Kos kain yang digunakan untuk membuat pakaian ialah RM7,000. (4) Upah tukang jahit ialah RM5,000. (5) Belanja utiliti di bahagian jahitan ialah RM1,300. (6) Gaji kakitangan jualan ialah RM4,500. (7) Susut nilai mesin jahit ialah RM600. (8) Sewa bangunan perniagaan ialah RM3,800. Tingkat bawah digunakan sebagai pejabat pentadbiran jualan dan stor penyimpanan pakaian siap, manakala tingkat satu digunakan sebagai tempat membuat pakaian dan stor bagi kain ela dan bahan jahitan yang lain. (9) Kos pengiklanan ialah RM1,000. ( Kos insurans pekerja pengeluaran ialah RM300. 10) Dikehendaki : Berdasarkan maklumat kos di atas, hitung yang berikut. (i) Kos tetap (ii) Kos berubah (iii) Kos tempoh (iv) Kos keluaran (v) Kos bahan langsung (vi) Kos buruh langsung (vii) Kos overhed perkilangan (c) Dengan memberikan contoh tindakan yang dilakukan, jelaskan lima prinsip unsur kawalan dalaman terhada bahan mentah bagi sebuah perusahaan membuat perabot. (d Jelaskan empat cara bagaimana penggunaan komputer dapat membantu perusahaan ) membuat perabot.

948/2

[8] [10]

[4]

SOALAN STPM

2

KERTAS 2/ 2003

Soalan 2 Syarikat Makmur Berhad mengeluarkan baju kurung untuk dijual di pasar raya. Tukang jahit dibayar upah asas sebanyak RM800 sebulan. Untung meningkatkan pengeluaran, syarikat memperkenalkan satu program insentif mulai bulan Mei 2003. Kadar bayaran tambahan sebanyak RM16 sepasang dibayar kepada pekerja yang dapat menyiapkan lebih daripada 50 pasang baju kurung sebulan. Pekerja yang menyiapkan 50 pasang baju kurung atau kurang akan menerima upah asas sahaja. Data yang berikut diperoleh selepas sebulan program tersebut dilaksanakan. Unit keluaran (pasang) Burhan 53 Dahlia 48 Silva 50 Rani 54 Suraya 49 Pekerja diwajibkan mencarum kepada KWSP sebanyak 9% dan kepada SOCSO sebanyak 3% daripada jumlah upah sebulan. Pekerja juga dikenakan potongan cukai berjadual sebanyak 2%. Majikan diwajibkan menyumbang kepada KWSP dan SOCSO masing-masing pada kadar 11% dan 3% daripada jumlah upah pekerja. Pekerja

Dikehendaki : (a) Hitung jumlah upah yang ditanggung bagi bulan Mei 2003 serta tentukan amaun upah langsung dan upah tak langsung. [5] (b )

Hitung amaun yang perlu dibayar kepada setiap pekerja bagi bulan Mei 2003.

(c) Tunjukkan catatan jurnal untuk merekodkan (i) upah belum bayar pada akhir bulan Mei 2003, (ii) upah yang ditahan atau dipegang pada akhir bulan Mei 2003, (iii) caruman dan manfaat terakru pada akhir bulan Mei 2003, (iv) upah bagi bulan Mei yang dibayar pada awal bulan Jun 2003.

[5]

[7]

(d Andaikan bahawa anda telah diminta oleh pemilik syarikat untuk menyediakan satu kad ) bagi merekodkan pengeluaran seorang pekerja mengikut hari untuk satu bulan. Sediakan draf kad berkenaan dan jelaskan kepentingan enam daripada item yang anda masukkan ke dalam kada tersebut. [8]

948/2

SOALAN STPM

3

KERTAS 2/ 2003

Soalan 3 (a) Bagi setiap kaedah pengekosan yang berikut, nyatakan dua contoh industri pembuatan yang menggunakannya. (i) Pengekosan proses (ii) Pengekosan tempahan kerja [2] (b Jelaskan tiga tujuan mengumpulkan kos dan menentukan kos seunit produk dalam ) pengekosan proses dan pengekosan tempahan kerja.

[6]

(c) Jelaskan maksud unit setara dan nyatakan kepentingannya.

[4]

(d Maklumat yang berkaitan dengan pengekosan inventori akhir kerja dalam proses dan ) inventori barang siap yang telah direkodkan oleh Syarikat Ayu Berhad bagi tahun 2002 adalah seperti yang berikut. Unit Kos (RM) Kerja dalam proses (50% siap bagi buruh dan overhed 3,000 6,610 Barang siap 2,000 10,100 Bahan mentah ditambahkan kepada pengeluaran pda awal proses perkilangan dan overhed diserapkan kepada setiap produk pada kadar 60% atas kos buruh langsung. Tiada inventori barang siap pada 1 Januari 2002. Pemeriksaan terhadap rekod kos inventori syarikat telah menunjukkan maklumat yang berikut. Unit Bahan Buruh (RM) (RM) Kerja dalam proses pada 1 Januari 2002 (80% siap bagi buruh dan overhed) 2,000 2,000 3,150 Unit dimulakan dalam pengeluaran Kos bahan, tempoh semasa Kos buruh, tempoh semasa Unit siap

10,000 13,000 19,950 9,000

Dikehendaki : (d Dengan menggunakan kaedah purata, hitung ) (i) unit pengeluaran setara, (ii) kos pengeluaran setara seunit bagi bahan, buruh langsung, dan overhed.

948/2

[13]

SOALAN STPM

4

KERTAS 2/ 2003

Soalan 4 (a) Perihalkan dua tujuan menentukan kos perkhidmatan. (b Nyatakan enam jenis perniagaan perkhidmatan yang berskala besar. )

[4] [3]

(c) Lim dan Rakan-Rakan, sebuah firma guaman, telah memberikan maklumat kos yang berkaitan dengan tiga kes guaman bagi bulan Jun 2003 yang sedang dikendalikannya. Kadar yuran guaman ialah RM120 sejam. Pembantu profesional kepada peguam dibayar RM50 sejam. Masa dan kos operasi langsung yang diperuntukkan bagi setiap kes adalah seperti yang berikut. Kes 1 Kes 2 Kes 3 Masa peguam (jam) 57 43 62 Masa pembantu profesional (jam) Kos operasi langsung (RM) : Penggunaan komputer Fotokopi Perjalanan Telefon

4

2

6

116 37 325 75

28 118

105 16 100

Kadar overhed pratentu untuk semua kos operasi tak langsung ialah 80% atas upah langsung. Dikehendaki : (i) Hitung jumlah kos bagi setiap kes di atas. (ii) Kaedah pengekosan tempahan kerja sesuai digunakan dalam firma guaman. Berikan dua alasan untuk menyokong penyataan ini.

948/2

[18]

SOALAN STPM

5

KERTAS 2/ 2003

Soalan 5 (a) (i) Jelaskan tiga perbezaan antara penyata pendapatan mengikut teknik pengekosan marginal dengan penyata pendapatan mengikut teknik pengekosan serapan. (ii) Nyatakan tiga kelebihan menggunakan teknik pengekosan marginal. [9] (b Syarikat Alif Berhad mengeluarkan lampu suluh yang boleh dicaj semula bagi kegunaan ) perkhemahan. Syarikat menggunakan teknik pengekosan serapan untuk tujuan pelaporan dalaman. Syarikat bercadang untuk menggunakan teknik pengekosan marginal. Maklumat yang berkaitan dengan operasi dibelanjawankan dan operasi sebenar bagi tahun 2002 adalah seperti yang berikut.

Inventori awal siap Jualan Pengeluaran

Operasi dibelanjawankan (unit) barang 3,500

Bahan langsung Buruh langsung Overhed perkilangan berubah Overhed perkilangan tetap Belanja jualan berubah Belanja jualan tetap Belanja pentadbiran berubah Belanja pentadbiran tetap Jumlah

Operasi sebenar (unit) 3,500

14,000 14,000 Kos dibelanjawankan (RM) Seunit Jumlah 12.00 168,000 9.00 126,000 4.00 56,000 5.00 70,000 8.00 112,000 7.00 98,000 2.00 28,000 3.00 42,000 50.00 700,000

12,500 13,000 Jumlah kos sebenar (RM) 156,000 117,000 52,000 71,500 100,000 98,000 25,000 42,500 662,000

Kos seunit dibelanjawankan adalah berasaskan pengeluaran dan jualan syarikat sebanyak 14,000 unit pada tahun 2002. Syarikat menggunakan kadar overhed pratentu untuk menyerapkan overhed perkilangan kepada keluaran. Kadar overhed perkilangan sebanyak RM9.00 seunit digunakan untuk tujuan pengekosan serapan pada tahun 2002. Inventori barang siap pada awal tahun 2002 bagi kegunaan pengekosan serapan dinilai pada kos perkilangan seunit dibelanjawankan bagi tahun 2001. Ini adalah sama seperti kos 948/2

SOALAN STPM

6

KERTAS 2/ 2003

perkilangan seunit dibelanjawankan bagi tahun 2002. Tiada inventori kerja dalam proses pada awal dan akhir tahun. Harga jualan dibelanjawankan dan harga jualan sebenar bagi tahun 2002 masing-masing ialah RM70. seunit.

Dikehendaki : (i) Hitung nilai inventori barang siap pada akhir tahun 2002 dengan menggunakan teknik pengekosan serapan dan teknik pengekosan marginal (ii) Hitung perbezaan antara untung bersih mengikut teknik pengekosan serapan dengan untung bersih mengikut teknik pengekosan marginal bagi tahun 2002. (iii) Jelaskan sebab mengapa terdapat perbezaan untung bersih pada (ii) di atas.

948/2

[16]

SOALAN STPM

7

KERTAS 2/ 2003

Soalan 6 (a) (i) Jelaskan dua persamaan dan dua perbezaan antara belanjawan modal dengan belanjawan operasi. (ii) Nyatakan tiga faktor kualitatif yang perlu dipertimbangkan untuk membuat keputusan dalam pelaburan modal.

[7]

(b) Syarikat Perkilangan Bakawali Berhad sedang membuat analisis tentang cadangan belanjawan modal untuk membeli sebuah mesin. Maklumat tentang tiga cadangan belanjawan modal yang sedang dipertimbangkan oleh syarikat adalah seperti yang berikut. Cadangan A (RM)

Cadangan B (RM

Cadangan C (RM)

Anggaran aliran tunai keluar : Pelaburan asal bersih

100,000

95,000

125,000

Anggaran aliran tunai masuk Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3 Tahun 4 Tahun 5

25,000 25,000 25,000 25,000 25,000

20,000 25,000 35,000 37,500 37,500

37,500 37,000 30,000 40,000 50,000

Dikehendaki : (i) Hitung tempoh bayar balik bagi setiap cadangan di atas. Nyatakan cadangan yang mana yang akan dipilih dan berikan alasannya. (ii) Dengan mengandaikan bahawa kadar pulangan yang dikehendaki ialah 12% dan semua aliran tunai berlaku pada akhir tahun, hitung nilai kini bersih bagi setiap cadangan dan nyatakan cadangan yang mana yang akan dipilih. [18]

948/2

Related Documents

Stpm Akaun 2003 Paper2
November 2019 11
Stpm Akaun 2007 Paper2
November 2019 5
Stpm Akaun 2006 Paper2
November 2019 5
Stpm Akaun 2004 Paper2
November 2019 12
Stpm Akaun 2003 Paper1
November 2019 4