Stpm Akaun 2007 Paper2

  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Stpm Akaun 2007 Paper2 as PDF for free.

More details

  • Words: 1,287
  • Pages: 6
SOALAN STPM

1

KERTAS 2 2007

SOALAN 1 Encik Halim memiliki dan mengurus tiga buah pusat servis kereta yang bernama Pusat Servis Halim. Dalam April 2006, belian inventori berjumlah RM200,000, manakala inventori awal dan inventori akhir masing-masing bemilai RM26,500 dan RM15,200. Setiap pusat servis itu mempunyai empat orang mekanik dan seorang kerani. Gaji purata seorang mekanik ialah RM1,500 sebulan, manakala gaji purata seorang kerani ialah RM1,000 sebulan. Gaji Encik Halim sebagai pengurus ialah RM3,500 sebulan. Jumlah sewa, cukai pintu, dan utiliti bagi bulan itu ialah RM15,600. Susut nilai bagi perabot dan peralatan berjumlah RM3,200 sebulan. Pusat Servis Halim telah membelanjakan sebanyak RM16,300 dalam bulan itu untuk pengiklanan. Jumlah jualan bulan itu ialah RM435,200. Encik Halim menghadapi masalah mengawal pekerjanya yang mengenakan caj yang tidak seragam kepada pelanggan. Beliau juga menghadapi masalah mengurus operasi ketiga-tiga pusat servis kereta itu. Dikehendaki: (a) Hitung setiap yang berikut bagi April 2006. (i) Kos bahan yang digunakan (ii) Kos utama (iii) Kos pertukaran (iv) Kos perkhidmatan (v) Margin kasar (b) Bagaimanakah maklumat tentang kos perkhidmatan dapat membantu pengurus melaksanakan kerjanya?

[8]

[2]

(c) Huraikan tiga unsur kawalan dalaman yang perlu dilaksanakan oleh pusat servis itu untuk mengawal penggunaan alat ganti, kerja pembaikan, dan caj yang dikenakan kepada pelanggan. [9] (d) Jelaskan bagaimana penggunaan sistem rangkaian pengurusan berkomputer dapat membantu operasi pusat servis itu.

[6]

SOALAN STPM

2

KERTAS 2 2007

SOALAN 2 Kilang Syarikat Rempeyek Berhad menjalankan operasi pengeluaran rempeyek dalam dua syif. Setiap syif dianggotai oleh enam orang operator pengeluaran, seorang penyelia, dan seorang tukang cuci. Syif siang bermula dari pukul 8:00 pagi hingga pukul 5:00 petang dengan satu jam rehat, manakala syif malam bermula dari pukul 10:00 malam hingga pukul 7:00 pagi dengan satu jam rehat. Operator syif siang dibayar upah pada kadar RM3.00 sejam, manakala operator syif malam dibayar upah pada kadar RM3.50 sejam. Semua kerja lebih masa dibayar pada kadar satu setengah kali kadar biasa mengikut syif. Penyelia dan tukang cuci masing-masing dibayar gaji tetap sebanyak RM750 dan RM250 bagi setiap dua minggu. Kilang beroperasi lima hari seminggu, iaitu dari Isnin hingga Jumaat. Sekiranya operator perlu bekerja pada Sabtu atau Ahad, gaji adalah dua kali gaji hari biasa. Oleh sebab permintaan meningkat, empat orang operator syif siang telah bekerja hingga pukul 7:00 malam dan empat orang operator syif malam telah bekerja hingga pukul 8:00 pagi selama empat hari dalam minggu pertama Oktober 2006. Kilang telah beroperasi selama tujuh hari dalam minggu itu. Dikehendaki: (a) Hitung jumlah belanja gaji dan upah yang ditanggung oleh syarikat itu bagi satu minggu dalam keadaan biasa. [7] (b) Hitung setiap yang berikut bagi operator syif siang dan operator syif malam. (i) Upah biasa waktu kerja hari biasa dan hari cuti (ii) Upah biasa kerja lebih masa (iii) Premium kerja hari cuti (iv) Premium kerja lebih masa (v) Premium kerja syif malam [14] (c) Dengan merujuk kepada setiap belanja upah dalam (b), nyatakan sama ada amaun upah berkenaan dicaj sebagai upah langsung atau overhed. [4]

SOALAN STPM

3

KERTAS 2 2007

SOALAN 3 (a) Nyatakan dua kelebihan dan dua kelemahan pengekosan sut berbanding dengan pengekosan serapan.

[4]

(b) Syarikat Hela Sendirian Berhad baru sahaja membuka kilang untuk mengeluarkan bampar sejenis kenderaan. Maklumat yang berikut adalah untuk operasi kilang bagi Mei 2006, iaitu bulan pertama kilang memulakan operasinya. RM Inventori awal Unit dikeluarkan Unit dijual Harga jualan seunit Belanja jualan dan pentadbiran berubah seunit Kos bahan mentah seunit Kos buruh langsung seunit Kos overhed perkilangan berubah seunit Jumlah kos overhed perkilangan tetap Jumlah belanja jualan dan pentadbiran tetap

0 5,000 4,000 60 3 10 5 3 50,000 100,000

Dikehendaki: (i) Hitung kos keluaran seunit bagi Mei 2006 dengan menggunakan teknik pengekosan serapan dan teknik pengekosan sut. [5] (ii) Sediakan penyata pendapatan bagi Mei 2006 dengan menggunakan teknik pengekosan serapan dan teknik pengekosan sut. [13] (iii) Jelaskan mengapa berlaku perbezaan nilai inventori yang diperoleh dengan menggunakan dua teknik pengekosan tersebut, dan nyatakan kesan perbezaan ini terhadap untung bersih. [3]

SOALAN STPM

4

KERTAS 2 2007

SOALAN 4 (a) Nyatakan lima andaian dalam analisis kos volum-untung.

[5]

(b) Yang berikut ialah maklumat tentang operasi Resort Biru Laut. (1) Kadar sewa bilik penginapan ialah RM130.00 bersih satu malam termasuk sarapan untuk dua orang. (2) Belanja operasi satu malam setiap bilik terdiri daripada kos dobi RM9.50, kos khidmat pengemas bilik RM5.00, kos sarapan RM15.60, dan kos pelbagai RM13.80. (3) Susut nilai bangunan penginapan ialah RM60,000 setahun, manakala susut nilai mesin dan peralatan ialah RM20,000 setahun. (4) Resort Biru Laut mempunyai enam pekerja am dan pentadbiran yang dibayar gaji berjumlah RM52,000 dan tiga pekerja teknikal dan penyenggaraan yang dibayar gaji berjumlah RM32,600 setahun. (5) Kos lain berjumlah RM12,400 setahun. Dikehendaki: (i) Hitung jumlah kos tetap dan jumlah kos berubah untuk mengendalikan resort itu. [4] resort itu.

( ii) Hitung margin caruman sewa sebilik dan nisbah margin caruman bagi operasi [2]

(iii) Tentukan bilangan bilik yang perlu disewakan dan hasil sewa yang perlu diperoleh untuk mencapai titik pulang modal. [3] (iv) Jika 2,500 bilik berjaya disewakan setahun, hitung peratusan margin keselamatan. Jelaskan maksud margin keselamatan. [4] (v) Jika kos berubah resort itu meningkat sebanyak RM7.30 satu malam setiap bilik dan sewa bilik dinaikkan sebanyak RM15.00 satu malam, hitung bilangan bilik yang perlu disewakan dan hasil sewa yang perlu diperoleh untuk mencapai titik pulang modal. [4] (vi) Jika resort itu terpaksa membayar kos pengiklanan sebanyak RM12,000 setahun untuk memperoleh untung sebanyak RM50,000 setahun, hitung bilangan bilik yang perlu disewakan setahun. [3]

SOALAN STPM

5

KERTAS 2 2007

SOALAN 5 (a) Jelaskan dua andaian yang digunakan dalam kaedah alir tunai terdiskaun untuk membuat keputusan belanjawan modal. [3] (b) (i) Jelaskan maksud tempoh bayar balik, dan huraikan bagaimana tempoh bayar balik ditentukan. [4] (ii) Nyatakan kebergunaan kaedah tempoh bayar balik kepada seorang pengurus.

[2]

(c) Pengurus pengeluaran Bakeri Mayang Berhad mengesyorkan kepada pihak pengurusan untuk menukarkan mesin pembuat roti yang telah dibeli pada 31 Disember 2003 . Jika syor itu dipersetujui, mesin baru akan diperoleh pada 31 Disember 2006. Mesin baru itu dijangka dapat menghasilkan sebanyak 1,800,000 biji ban setahun untuk tempoh enam tahun. Mesin lama tidak boleh ditukar beli dengan mesin baru. Maklumat yang berikut telah diperoleh oleh pihak pengurusan. Mesin lama

Mesin baru

Kos asal memperoleh mesin Baki usia guna

RM40,000 6 tahun

RM60,000 6 tahun

Jangkaan belanja operasi tunai tahunan: Kos berubah sebiji ban Jumlah kos tetap

RM0.40 RM10,600

RM0.35 RM5,500

Jangkaan nilai skrap mesin: Pada 3 1 Disember 2006 Pada 3 1 Disember 2012

RM20,000 RM3,500

RM60,000 RM10,000

Semua belanja operasi dan hasil berlaku pada akhir tahun. Kadar faedah syarikat ialah 16%. Dikehendaki: Dengan menggunakan kaedah nilai kini bersih, tentukan sama ada Bakeri Mayang Berhad patut terus beroperasi dengan menggunakan mesin lama atau membeli mesin baru. [16]

SOALAN STPM

KERTAS 2 2007

6

SOALAN 6 (a) Bagaimanakah varians terlebih serap atau terkurang serap dihapus kira atau diselaraskan dalam sistem pengekosan piawai? [3] (b) Syarikat Kleen Sendirian Berhad menetapkan kos piawai bagi pengeluaran satu botol peluntur seperti yang berikut: Bahan mentah Buruh langsung Overhed berubah Overhed tetap

0.45 kg pada harga RM80.00 per kg 2 jam pada harga RM12.00 sejam 2 jam pada kadar RM2.50 sejam 2 jam pada kadar RM5.00 sejam

Syarikat itu menggunakan jam buruh langsung bagi menguntukkan overhed. Kadar overhed tetap piawai berasaskan 8500 jam buruh langsung piawai. Dalam Jun 2006, kos pengeluaran syarikat bagi 4220 unit yang dikeluarkan adalah seperti yang berikut: Bahan mentah dibeli dan digunakan Buruh langsung Overhed kilang: Kos berubah Kos tetap

1 900 kg pada harga RM81.20 per kg 8300 jam pada harga RM12.50 sejam RM22,500 RM43,000

Dikehendaki: (i) Tentukan kos piawai sebotol peluntur.

[2]

(ii) Hitung varians jumlah kos bagi Jun 2006.

[4]

(iii) Hitung varians harga dan varians kuantiti bahan mentah.

[4]

(iv) Hitung varians kadar dan varians kecekapan buruh.

[4]

(v) Hitung varians overhed berubah dan varians overhed tetap.

[8]

Related Documents

Stpm Akaun 2007 Paper2
November 2019 5
Stpm Akaun 2003 Paper2
November 2019 11
Stpm Akaun 2006 Paper2
November 2019 5
Stpm Akaun 2004 Paper2
November 2019 12
Stpm Akaun 2003 Paper1
November 2019 4