Standard Kualiti Pendidikan Malaysia 2009

  • Uploaded by: Roszelan Majid
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Standard Kualiti Pendidikan Malaysia 2009 as PDF for free.

More details

  • Words: 1,314
  • Pages: 19
STANDARD KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIA SKPM (SEKOLAH) PERNYATAAN STANDARD

MISI PENDIDIKAN NEGARA Membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi Negara Malaysia FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN KURIKULUM KEBANGSAAN VISI JEMAAH NAZIR SEKOLAH MISI JEMAAH NAZIR SEKOLAH HASRAT JEMAAH NAZIR SEKOLAH

Latar Belakang Tahun 2001, Jemaah Nazir Sekolah (JNS) telah memperkenalkan suatu mekanisme untuk memastikan kualiti pendidikan di institusi pendidikan meningkat secara berterusan ke tahap yang tinggi. Mekanisme tersebut dinamakan Sistem Pemastian Peningkatan Standard Tinggi Kualiti Pendidikan atau ringkasnya SPPSTKP. SPPSTKP dibina berasaskan kehendak subseksyen 117(a) Akta Pendidikan 1996 yang memperuntukkan kepada Ketua Nazir Sekolah tanggungjawab memastikan taraf pengajaran yang memuaskan diwujudkan dan dikekalkan di institusi pendidikan

Maklum balas dan pandangan pelbagai pihak dikaji semula supaya mudah difahami dan lebih mesra pengguna. Menyedari hakikat tersebut dan selaras dengan prinsip penambahbaikan berterusan dalam sistem kualiti, maka JNS telah mengolah semula SPPSTKP. Hasil pengolahan semula ini ialah Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (Sekolah) atau ringkasnya SKPM-Sekolah.

SKPM digubal dengan mengambil kira dasar-dasar negara (Punca Kuasa) •Dasar Pendidikan Kebangsaan, • Akta Pendidikan 1996 dan PeraturanPeraturan yang dibuat di bawahnya, • Surat Pekeliling Am Jabatan Perdana Menteri, •Surat Pekeliling Am Jabatan Perkhidmatan Awam, • Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA), •Arahan Kerajaan (seperti Arahan Perkhidmatan, •Kewangan, Pentadbiran dan lain-lain), • Perintah Am, •Surat-Surat Pekeliling yang dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh Kementerian Pendidikan dan Kerajaan Malaysia. • Dokumen Pembangunan Pendidikan 2001-2010:

:

DIMENSI I

HALA TUJU KEPIMPINAN

Elemen 1

: Visi dan Misi

Elemen 2

: Kepimpinan

DIMENSI II : PENGURUSAN ORGANISASI Elemen 3

: Struktur Organisasi

Elemen 4

: Perancangan

Elemen 5

: Iklim

Elemen 6

: Pengurusan dan Pembangunan Sumber

Elemen 7

: Pengurusan Maklumat

DIMENSI III : PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN Elemen 8

: Pengurusan Program Kurikulum, Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid

Elemen 9

: Pengajaran dan Pembelajaran

Elemen 10

: Pembangunan Sahsiah Murid

Elemen 11

: Penilaian Pencapaian Murid

DIMENSI IV : KEMENJADIAN MURID Elemen 12

: Kemenjadian Murid Dalam Akademik,

Pencapaian sekolah ditafsirkan dalam tujuh tahap dan tujuh taraf seperti yang berikut:

Tahap

Taraf

7

Gemilang

Pencapaian Sekolah (%) 90 – 100

6

Cemerlang

80 – 89

5

Harapan

70 – 79

4

Sederhana

50 – 69

3

Lemah

35 – 49

2

Sangat Lemah Lampau Lemah

25 – 34

1

0 – 24

Elemen 1 : Visi Dan Misi Penggubalan visi dan misi hendaklah: •berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Wawasan 2020 dan perkembangan semasa; •mengambil kira kekuatan, kelemahan, peluang, ancaman, potensi murid, serta keperluan sekolah dan komuniti setempat; •dibuat secara kolektif. Visi dan misi yang digubal hendaklah: •dihayati oleh warga sekolah; •diterjemah secara terperinci dalam program, aktiviti dan kerja harian warga sekolah; •boleh diukur dan dicapai dalam jangka masa yang munasabah; •memberi impak kepada warga sekolah; dan •dikaji semula dari semasa ke semasa mengikut keadaan dan keperluan.

Elemen 2 : Kepimpinan •menerajui dan menggerakkan seluruh warga sekolah ke arah pencapaian visi dan misi •mengamalkan sistem komunikasi yang berkesan •memberi motivasi dan dorongan yang dapat membina dan membangunkan keyakinan serta daya maju warga sekolah secara berterusan •memainkan peranan yang berkesan sebagai pemimpin kurikulum •mengupayakan Guru-guru Penolong Kanan, Guru Kanan Mata Pelajaran (Ketua Bidang), Ketua Panitia dan guru-guru untuk membangunkan diri menjadi pemimpin yang berkesan

Elemen 3 : Struktur Organisasi Sekolah hendaklah menjelaskan dan menyelaraskan tugas guru dan staf sokongan dengan: membentuk struktur organisasi yang relevan dan berfungsi; memastikan jawatan yang diwujudkan dan jawatankuasa yang ditubuhkan menepati keperluan pengurusan, program pembangunan sekolah dan program pendidikan; menetapkan bidang tugas, perincian tugas dan prosedur kerja bagi setiap tugas dalam setiap jawatan yang diwujudkan menetapkan bidang tugas setiap jawatankuasa yang ditubuhkan.

Elemen 4 : Perancangan Sekolah hendaklah mengadakan perancangan strategik, taktikal dan operasi meliputi bidang pengurusan kurikulum, kokurikulum, hal ehwal murid, kewangan, sumber tenaga manusia, bahan kurikulum, kemudahan dan keperluan asas berasaskan prinsip penambahbaikan berterusan. Perancangan ini hendaklah mengambil kira: visi dan misi sekolah; tahap pencapaian semasa [Take-Off Value (TOV)]; peningkatan sasaran operasi [Operational Targeted Increment (OTI)]; sasaran hasil jangkaan [Expected Targeted Result (ETR)]; strategi yang bersesuaian; implikasi sumber; dan kaedah untuk memantau dan menilai keberkesanan program yang dilaksanakan.

Elemen 5 : Iklim Sekolah hendaklah mewujudkan iklim yang sihat dengan: memastikan persekitaran sosial dan psikologikal yang selamat, kondusif, dan harmoni; mengadakan sistem komunikasi yang berkesan di kalangan warga sekolah, ibu bapa dan komuniti setempat ; mengadakan permuafakatan di kalangan sekolah, ibu bapa dan komuniti setempat; memastikan guru dan staf peraturan dan etika perkhidmatan; memastikan peraturan;

murid

sokongan

bertatasusila

dan

warga

mematuhi mematuhi

memberi kebebasan optimum yang terkawal di kalangan warga sekolah; memberi motivasi serta sokongan moral, material dan kepakaran kepada warga sekolah; dan memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada warga sekolah atau sesiapa sahaja yang telah memberi sumbangan kepada kemajuan sekolah. memastikan keadaannya selamat, bersih dan ceria;

Elemen 6 : Pengurusan dan Pembangunan Sumber Sekolah hendaklah mengurus semua sumber iaitu kemudahan dan keperluan asas kewangan, tenaga manusia dan bahan kurikulum Elemen 7 : Pengurusan Maklumat Sekolah hendaklah mengurus semua data dan maklumat pengurusan dan pentadbiran, pengurusan kurikulum, pengurusan kokurikulum dan pengurusan hal ehwal murid dengan cekap dan berkesan.

Elemen 8 :

Pengurusan Program Kurikulum, Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid

Sekolah hendaklah mengamalkan prinsip-prinsip pengurusan program kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal murid yang berkesan dengan: mengenal pasti tahap pencapaian semasa, potensi dan bakat (kognitif, afektif dan psikomotor) setiap murid; merancang program kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal murid dengan menetapkan matlamat, objektif dan strategi berdasarkan kumpulan sasaran; mengelola sumber manusia (dengan mengenal pasti, melantik dan menempatkan staf yang sesuai untuk menjalankan tugas) dan sumber lain yang berkaitan untuk dimanfaatkan; melaksana program mengikut perancangan; memantau pelaksanaan program secara berkala dan berterusan; menilai impak program dengan mengenal pasti kekuatan dan kelemahan pada setiap peringkat pengurusan (perancangan, pengelolaan, pelaksanaan, pemantauan dan penilaian); melaksana penambahbaikan berdasarkan hasil penilaian impak.

Elemen 9 : Pengajaran dan Pembelajaran Sekolah hendaklah merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mengikut prinsip-prinsip berikut: 1.berdasarkan kurikulum kebangsaan sukatan pelajaran, huraian sukatan pelajaran dan Surat Pekeliling Ikhtisas yang sedang berkuatkuasa; 2.isi kandungan (pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan) diolah mengikut tahap pencapaian semasa, potensi dan kemajuan murid serta berlaku secara bersepadu; 3.pendekatan, kaedah dan teknik dipelbagaikan dengan melibatkan murid secara aktif; 4.penghayatan ilmu; 5.berpandukan bahan-bahan sokongan yang relevan dengan tahap pencapaian semasa, potensi dan kemajuan murid; 6.kesediaan guru dan murid dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek; 7.pengurusan bilik darjah yang efektif bagi menghasilkan iklim pengajaran dan pembelajaran yang kondusif; 8.setiap murid diberi tugasan mengikut keupayaan dan kebolehan mereka; 9.pemupukan semangat jati diri, berdaya saing, perpaduan dan patriotisme; 10.penilaian dan penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran secara berterusan.

Elemen 10 : Pembangunan Sahsiah Murid

Sekolah hendaklah membangunkan sahsiah setiap murid mengikut tahap persekolahan dan potensi masing-masing berpandukan perkara-perkara berikut: murid diberi tugas dan tanggungjawab yang sesuai dengan potensinya; murid diberi peluang, latihan dan bimbingan; murid diberi motivasi dan galakan; murid ditunjukkan teladan; murid disediakan persekitaran dan kemudahan; pencapaian murid dinilai dari semasa ke semasa; hasil penilaian digunakan untuk pembetulan dan penambahbaikan; murid diberi teguran dan nasihat yang sesuai terhadap sebarang perlakuan yang negatif murid diberi penghargaan terhadap perlakuan yang positif.

dan

pengiktirafan

Elemen 11 :

Penilaian Pencapaian Murid Keberkesanan program pendidikan dinilai melalui pencapaian murid. Pencapaian murid dalam akademik, kokurikulum dan sahsiah hendaklah: dinilai secara formatif dan sumatif; dianalisis untuk mengenal pasti kemajuan, kekuatan dan kelemahan secara spesifik; direkod dan diulas secara kuantitatif dan kualitatif; digunakan untuk tindakan pembetulan dan penambahbaikan dimaklumkan kepada murid dan ibu bapa serta pihak berkuasa yang berkaitan.

Elemen 12 : Kemenjadian Murid Dalam Akademik, Kokurikulum dan Sahsiah Pada akhir peringkat pendidikan menengah, bersesuaian dengan tahap dan potensi, murid hendaklah: meningkatkan kecekapan dan kefasihan berbahasa dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris; membangunkan dan meningkatkan keupayaan intelektual; memperoleh ilmu pengetahuan dan membangunkan penguasaan kemahiran; membangunkan kemahiran untuk menangani bidang-bidang ilmu dan kemajuan teknologi yang baru;

memperoleh kemahiran yang berfaedah kepada individu dan masyarakat; membangunkan keyakinan diri; memahami dan menghargai warisan sejarah dan sosiobudaya setempat dalam negara; menyedari kepentingan penjagaan kesihatan yang baik; membangunkan kesedaran terhadap persekitaran; memperlihatkan pemantapan nilai; membangunkan dan memajukan semangat patriotisme; memperlihatkan kemahiran membina sendiri masa depan;

Related Documents


More Documents from "Ali Mohd"

Access Module
October 2019 43
Sains Solat
June 2020 34
Trial Melaka Pmr 2008
November 2019 53