Solat Berjemaah Dan Kaifiyat Masbuq Dan Muafiq

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Solat Berjemaah Dan Kaifiyat Masbuq Dan Muafiq as PDF for free.

More details

  • Words: 1,232
  • Pages: 29
DISEDIAKAN OLEH : HERWAND BIN NAHARI (761018-12-5765) MOHD. ZAMBRI BIN CHE EMBI (780116-02-6035) WAN MOHD KHAIRUL REZUAN BIN WAN MUDA (831009-11-5283) KPLI-SR (PENUH MASA) K1.6

SOLAT BERJEMAAH

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Tunaikanlah sembahyang, keluarkanlah zakat dan rukuklah (sembahyang) bersamasama orang yang rukuk”. (surah Al-Baqarah: 43)

SOLAT JEMAAH Solat

jemaah adalah solat yang dilakukan tidak kurang daripada 2 orang atau beramairamai yang dipimpin oleh seorang yang dipanggil imam dan yang mengikut ma’mum. Ada pelbagai solat yang boleh dilakukan secara jemaah antaranya ialah:  Solat 5 waktu (Subuh,Zohor,Asar,Maghrib dan Isyak)  Solat Jumaat  Solat Tarawikh, Aidilfitri, Aidiladha dsbgnya.

Illustrasi Solat Berjemaah

Bagaimana untuk melakukannya? Berniat

di dalam hati untuk melakukan solat kemudian diikuti ingin menjadi makmum atau imam. Ma’mum hendaklah mengikuti imam dan tidak dibenarkan mendahului imam. Imam dan ma’mum harus berada dalam satu jarak yang tidak terputus oleh sungai atau tembok. Imam hanyalah seorang dan mempunyai syarat-syarat untuk menjadinya.

Hadis Riwayat Imam Ahmad dan Muslim Dari

Abdullah bin Masud,dia berkata:Rasulullah S.A.W bersabda:”menjadi imam dari suatu kaum ialah mana yang lebih baik bacaan Al Qurannya.Bila semuanya sama bagus hendaklah diimamkan yang paling alim akan sunnah Rasul.Kalau semuanya sama alim maka dahulukan mereka yang lebih dulu hijrah.Kalau mereka sama dulu hijrah maka imamkanlah mereka yang lebih tua usianya”.

Syarat-syarat berimam Ada

persamaan sembahyang antara dua pihak. Sembahyang fardhu boleh berimam dengan orang yang sembahyang sunat. Ma’mum mesti mengikut Imam dan tidak mendahului Imam. Kedudukan ma’mum hendaklah dibelakang Imam. Ma’mum berniat mengikut Imam.

Samb… Janganlah

Imam kurang kebolehannya daripada ma’mum. Imam adalah seorang lelaki. Imam hendaklah orang yang berdiri sendiri dan tidak ma,mum sebagai orang lain. Imam mestilah bersih daripada hadas dan najis.

Kedudukan saf dalam solat jemaah ☻

imam

☻☻☻☻☻ Barisan lelaki dewasa

☺☺☺☺☺ Barisan kanak-kanak lelaki

ma’mum

ΩΩΩΩΩ Barisan perempuan dewasa

ЮЮЮЮЮ Barisan kanak-kanak perempuan

Hadis al-bukhari, muslim dan abu daud Daripada

Anas r.a. berkata “Adapun Nabi s.a.w. akan melihat kepada kami sebelum memulakan solat seraya berkata: Rapatkanlah (saf) dan luruskan barisan kamu sekelian”. alBukhari & Muslim Anas r.a. juga meriwayatkan bahawa Nabi bersabda: “Luruskan barisan kamu (kerana) barisan yang lurus itu daripada kesempurnaan solat”. Abu Daud

FAEDAH-FAEDAH SEMBAHYANG BERJEMAAH Allah SWT mensyariatkan agar umat Islam berkumpul pada waktu-waktu tertentu  Untuk beribadat kepada Allah dalam bentuk jemaah  Dapat berkasih sayang dan cinta-mencintai(mahabbah)  Kenal-mengenali antara satu sama lain  Dapat melahirkan suatu lambang kebesaran Islam  Bagi melahirkan kemuliaan dan kehebatan orang-orang Islam  Mengajari orang-orang yang tidak mengetahui agama  Memberi galakan kepada orang yang tidak sembahyang berjemaah  Mengembalikan umat Islam hidup bersatu padu  Mengembalikan manusia kepada pengawalan diri 

KELEBIHAN SOLAT BERJEMAAH  Mendapat

ganjaran lebih daripada Allah S.W.T  Sembahyang berjemaah melebihi sembahyang seorang diri dengan 27 darjat (Riwayat Al-bukhari dan Muslim)  Melatih diri bersifat disiplin  Mengeratkan tali persaudaraan dan bertukar fikiran  Menunjukkan kekuatan dan kesepaduan islam  Menimbulkan perasaan sama rata sesama orang islam  Melatih sikap bekerjasama dalam melakukan sesuatu kebaikan

RUMUSAN SOLAT BERJEMAAH Solat

berjemaah ialah sembahyang beramai-ramai yang sekurangkurangnya 2 orang, seorang menjadi imam dan seorang menjadi ma’mum. Semakin ramai bilangan jemaah maka semakin besar fadhilat pahalanya. Tuntutan sembahyang jemaah pada lima waktu dan hukumnya fardu kifayah.

MASBUQ DAN MUAFIQ

Berlakunya muwafiq dan masbuq ke atas seseorang ma’mum pada mana-mana sahaja rakaat sembahyangnya, dan kadangkala berlakunya kepada ma’mum muwafiq menjadi ma’mum masbuq pada rakaat berikutnya. Setiap ma’mum wajib mengetahui dan memahami tentang kedudukan ma’mum muwafiq dan masbuq untuk menjamin sembahyangnya sah dan tidak terbatal.

APA ITU MASBUQ? Masbuq: seorang ma’mum yang tidak sempat berjemaah semasa berdiri imamnya dan tidak mendapat masa yang cukup untuk membaca AlFatihah bersama Imam. Ini disebabkan Imam telahpun rukuk atau hampir-hampir rukuk kemudian ma’mum tadi masuk ke saf sembahyang berjemaah.

APA ITU MUAFIQ? Muafiq: Seorang ma’mum yang sempat berjemaah dengan imam semasa berdiri (qiam) imamnya, di mana ia mempunyai masa yang cukup untuk membaca Al-Fatihah bersama Imam dengan bacaan yang sederhana.

BILA BERLAKU? Ia

boleh berlaku ke atas seseorang ma’mum kepada empat rakaat sama ada pada rakaat pertama, rakaat kedua, rakaat ketiga, dan seterusnya pada rakaat keempat.

HUKUM ORANG MUAFIQ Hukum

bagi orang muafiq dimaaf kepadanya tertinggal jarak tiga rukun yang panjang daripada imamnya. Tidak termasuk rukun yang pendek. Contoh rukun panjang seperti rukuk dan sujud. Manakala rukun yang pendek seperti iktidal, duduk istirehat, duduk tasyahud awal dan duduk antara dua sujud.

CONTOH DAN GAMBARAN MUAFIQ Seorang

ma’mum yang muafiq sedang solat berjemaah, sebelum imam berdiri tegak daripada sujud yang kedua, dia sudah rukuk. Maka ma’mum berkenaan mendapat rakaat itu kerana ketinggalan daripada imam belum masuk kepada rukun keempat.

Seorang

ma’mum yang muafiq sedang berjemaah sebelum imam duduk tasyahud akhir ma’mum berkenaan sudah rukuk, hukumnya dia juga mendapat rakaat itu.

Kedua-dua contoh menunjukkan bahawa ma’mum berkenaan masih lagi berada dalam jarak tiga rukun daripada imamnya, belum lagi masuk ke rukun keempat. Sebagaimana contoh-contoh itu bahawa rukun-rukun yang jarak antara ma’mum dengan imam ialah tiga rukun yang dikira daripada: Rukuk Sujud

yang pertama

Sujud

yang kedua

HUKUM ORANG MASBUQ Ma’mum

yang masbuq hukumnya dimaafkan meninggalkan bacaan fatihah, kerana fatihah yang belum dibaca atau sempat dibaca sebahagian sahaja oleh ma’mum itu dikira semuanya ditanggung oleh imamnya. Dari Sahal bin Saad r.a bahawasanya Nabi SAW bersabda: “Imam yang menanggung pembacaan, apabila baik bacaannya maka pahalanya untuk dirinya dan untuk mereka (ma’mum), dan jika rosak bacaannya maka dosanya di atas dirinya sendiri dan bukan atas mereka”. (hadis riwayat Ibnu Majah dan Hakim)

CONTOH DAN GAMBARAN MASBUQ ma’mum

itu pada mulanya dia adalah muafiq, di dalam menunaikan peraturan-peraturan solatnya ia terlewat, belum sempat ia berdiri tiba-tiba imam telah rukuk atau hampir rukuk, hukum ma’mum itu ialah orang masbuq. Jika ia sempat qiam dan terus rukuk sebelum imamnya bangkit daripada rukuk maka ia mendapat rakaat itu, dan diamaafkan dia meninggalkan bacaan fatihah.

CONTOH-CONTOH MASBUQ Imam

terlalu cepat membaca bacaan di dalam solat. Apabila ma’mum berdiri daripada sujudnya didapati imamnya sudah rukuk dan ia tidak sempat menghabiskan bacaan AlFatihah, maka hukumnya wajib ke atas ma’mum itu rukuk bersama-sama imamnya kerana ia seperti orang masbuq dan dia mendapat rakaat itu.

Jika

seorang makmum masbuq rukuk terkemudian daripada imam sebab ia membaca al fatihah hingga imamnya bangkit daripada rukuk, maka luputlah rakaat itu dan wajib ke atasnya tambah satu lagi rakaat selepas salam imamnya.

MASBUQ JUMAAT Solat

jumaat diwajibkan dengan berjemaah. Oleh itu, tidak sah jumaat kecuali dengan berjemaah sekurangkurangnya dengan 40 puluh orang yang berakal, cukup umur(baligh), merdeka dan bermastautin. Bagi seorang ma’mum masbuq yang ingin mendapat jumaat, dia hendaklah sekurang-kurangnya sempat rukuk bersama imam pada rakaat yang kedua serta mempunyai tamakninah. Kemudian dia hendaklah menambah satu lagi rakaat selepas salam imam dan

MASBUQ JUMAAT samb... Jika

ia tidak sempat mendapatkan rukuk bersama imam pada rakaat kedua itu, maka hendaklah ia menyempurnakan solat itu sebagai solat zohor iaitu dengan menambahkan empat rakaat selepas salam imam. Bacaan fatihah serta ayat yang sunat selepasnya hendaklah dengan perlahan.

RUMUSAN MUWAFIQ DAN MASBUQ Muwafiq

ialah ma’mum yang sempat menghabiskan bacaan AlFatihah dengan bacaan sederhana ketika qiam imamnya sebelum rukuk imamnya. Masbuq ialah ma’mum yang tidak sempat menghabiskan bacaan AlFatihah dengan bacaan sederhana dalam qiam imamnya seperti ketika dia masuk berjemaah itu imamnya sudah hampir rukuk atau sedang

Bahan Rujukan Ahmad & Mohd Farid. (2008). Islam Agama Rabbani: Dasar Pendidikan Islam Teras. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Abdul Al-Qari. (2003). Kewajipan & Keunggulan Sembahyang Jemaah: menurut Al-Quran & As-sunnah. Kuala Lumpur: AlHidayah Publishers. Hanafi Mohamed. (1999). 40 Fadhilat Sembahyang Berjemaah. Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publishers. Hassan Ahmad. (1990). Masalah Muwafiq dan Masbuq. Kota Bharu: Syarikat Jaafar Rawas.

Related Documents