Solat Berjemaah

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Solat Berjemaah as PDF for free.

More details

  • Words: 1,450
  • Pages: 11
 SOLAT BERJEMAAH Firman Allah SWT yang bermaksud: “Tunaikanlah sembahyang, keluarkanlah zakat dan rukuklah (sembahyang) bersama-sama orang yang rukuk”. (surah Al-Baqarah: 43)  SOLAT JEMAAH  Solat jemaah adalah solat yang dilakukan tidak kurang daripada 2 orang atau

beramai-ramai yang dipimpin oleh seorang yang dipanggil imam dan yang mengikut ma’mum.  Ada pelbagai solat yang boleh dilakukan secara jemaah antaranya ialah: ➢ Solat 5 waktu (Subuh,Zohor,Asar,Maghrib dan Isyak) ➢ Solat Jumaat ➢ Solat Tarawikh, Aidilfitri, Aidiladha dsbgnya.  Illustrasi Solat Berjemaah  Bagaimana untuk melakukannya?  Berniat di dalam hati untuk melakukan solat kemudian diikuti ingin menjadi

makmum atau imam.  Ma’mum hendaklah mengikuti imam dan tidak dibenarkan mendahului imam.  Imam dan ma’mum harus berada dalam satu jarak yang tidak terputus oleh

sungai atau tembok.  Imam hanyalah seorang dan mempunyai syarat-syarat untuk menjadinya.

Hadis Riwayat Imam Ahmad dan Muslim Dari Abdullah bin Masud,dia berkata:Rasulullah S.A.W bersabda:”menjadi imam dari suatu kaum ialah mana yang lebih baik bacaan Al Qurannya.Bila semuanya sama bagus hendaklah diimamkan yang paling alim akan sunnah Rasul.Kalau semuanya sama alim maka dahulukan mereka yang lebih dulu hijrah.Kalau mereka sama dulu hijrah maka imamkanlah mereka yang lebih tua usianya”.

Syarat-syarat berimam  Ada persamaan sembahyang antara dua pihak.  Sembahyang fardhu boleh berimam dengan orang yang sembahyang sunat.

 Ma’mum mesti mengikut Imam dan tidak mendahului Imam.  Kedudukan ma’mum hendaklah dibelakang Imam.  Ma’mum berniat mengikut Imam.  Janganlah Imam kurang kebolehannya daripada ma’mum.  Imam adalah seorang lelaki.  Imam hendaklah orang yang berdiri sendiri dan tidak ma,mum sebagai orang

lain.  Imam mestilah bersih daripada hadas dan najis.

Kedudukan saf dalam solat jemaah

Hadis al-bukhari, muslim dan abu daud Daripada Anas r.a. berkata “Adapun Nabi s.a.w. akan melihat kepada kami sebelum memulakan solat seraya berkata: Rapatkanlah (saf) dan luruskan barisan kamu sekelian”. al-Bukhari & Muslim

Anas r.a. juga meriwayatkan bahawa Nabi bersabda: “Luruskan barisan kamu (kerana) barisan yang lurus itu daripada kesempurnaan solat”. Abu Daud

HIKMAH BERJEMAAH

SEMBAHYANG

➢ Allah SWT mensyariatkan agar umat Islam berkumpul pada waktu-waktu tertentu ➢ Untuk beribadat kepada Allah dalam bentuk jemaah ➢ Dapat berkasih sayang dan cinta-mencintai(mahabbah) ➢ Kenal-mengenali antara satu sama lain ➢ Dapat melahirkan suatu lambang kebesaran Islam ➢ Bagi melahirkan kemuliaan dan kehebatan orang-orang Islam ➢ Mengajari orang-orang yang tidak mengetahui agama ➢ Memberi galakan kepada orang yang tidak sembahyang berjemaah ➢ Mengembalikan umat Islam hidup bersatu padu ➢ Mengembalikan manusia kepada pengawalan diri

KELEBIHAN SOLAT BERJEMAAH  Mendapat ganjaran lebih daripada Allah S.W.T  Sembahyang berjemaah melebihi sembahyang seorang diri dengan 27 darjat

(Riwayat Al-bukhari dan Muslim)  Melatih diri bersifat disiplin

 Mengeratkan tali persaudaraan dan bertukar fikiran  Menunjukkan kekuatan dan kesepaduan islam  Menimbulkan perasaan sama rata sesama orang islam  Melatih sikap bekerjasama dalam melakukan sesuatu kebaikan

PENGERTIAN MUWAFIQ DAN MASBUQ MUWAFIQ Muwafiq ialah makmum yang dapat takbiratul ihram bersama imam dan mempunyai masa yang cukup untuk membaca Al-Fatihah bersama imam dengan bacaan yang sederhana. Jika sekiranya ia (muwafiq) masih belum selesai membaca Al-Fatihah sedangkan imam telah rukuk, maka hendaklah ia menghabiskan Al-Fatihah itu sehinggalah imam selesai sujud dan bangun dari sujud yang kedua. Sekiranya makmum masih tidak selesai juga sedangkan imam sudahpun bangun berdiri ataupun duduk tahiyat akhir, maka hendaklah makmum itu memilih sama ada berpisah dengan niat mufaraqah (berpisah) ataupun terus mengikut perbuatan imam dan rakaat

itu tidak diambil kira. Kalau tidak berbuat salah satu di antara kedua hal tersebut, maka batallah sembahyangnya. Cara duduk dan bacaan tahiyat: Makmum yang masbuq hendaklah duduk mengikut rakaat yang ia berada ketika itu. Sekiranya ia berada pada rakaat yang kedua atau yang ketiga, maka hendaklah ia duduk iftirasy walaupun imam duduk tawarruk. Dan mengenai tahiyat pula, makmum yang masbuq bolehlah membaca sehingga akhir tahiyat supaya ia tidak meluangkan masa. Ia boleh berbuat demikian walaupun ia tidak berada dalam tahiyat akhir.

BILA

MUWAFIQ BERLAKU?

 Ia boleh

berlaku ke atas seseorang ma’mum kepada empat rakaat sama ada pada rakaat pertama, rakaat kedua, rakaat ketiga, dan seterusnya pada rakaat keempat. HUKUM ORANG MUWAFIQ

 Hukum bagi orang muafiq dimaaf kepadanya tertinggal jarak tiga rukun yang

panjang daripada imamnya. Tidak termasuk rukun yang pendek. Contoh rukun panjang seperti rukuk dan sujud. Manakala rukun yang pendek seperti iktidal, duduk istirehat, duduk tasyahud awal dan duduk antara dua sujud. CONTOH DAN GAMBARAN MUWAFIQ  Seorang ma’mum yang muafiq sedang solat berjemaah, sebelum imam berdiri

tegak daripada sujud yang kedua, dia sudah rukuk. Maka ma’mum berkenaan mendapat rakaat itu kerana ketinggalan daripada imam belum masuk kepada rukun keempat.

 Seorang ma’mum yang muafiq sedang berjemaah sebelum imam duduk

tasyahud akhir ma’mum berkenaan sudah rukuk, hukumnya dia juga mendapat rakaat itu.  Kedua-dua contoh menunjukkan bahawa ma’mum berkenaan masih lagi berada

dalam jarak tiga rukun daripada imamnya, belum lagi masuk ke rukun keempat. Sebagaimana contoh-contoh itu bahawa rukun-rukun yang jarak antara ma’mum dengan imam ialah tiga rukun yang dikira daripada:  Rukuk  Sujud yang pertama  Sujud yang kedua

MASBUQ Masbuq ialah makmum yang ketinggalan (tidak sempat takbiratul ihram bersama imam) dan tidak mendapat masa yang cukup untuk membaca Al-Fatihah bersama imam. Ini disebabkan semasa ia masuk berjamaah, imam sedang rukuk atau hampir-hampir akan rukuk. Orang yang berkeadaan begini sekiranya ia dapati imam sedang rukuk, maka hendaklah ia terus bertakbir serta niat sekali dan setelah berdiri sebentar, (lamanya dalam kadar bacaan Subhanallah) teruskan rukuk bersama imam. Sekiranya dapat berhenti sejenak bersama imam semasa rukuk, maka itu adalah dikira satu rakaat walaupun tidak membaca Al-Fatihah kerana orang yang masbuq AlFatihahnya ditanggung oleh imam. Sekiranya ia berkesempatan berdiri bersama imam dalam masa yang singkat, maka hendaklah ia membaca Al-Fatihah sekadar mana yang dapat dan teruskan mengikut imam di dalam rukuk dengan syarat dapat berhenti bersama di dalam rukuk itu. Ringkasnya, dapatlah dikatakan bahawa orang yang masbuq itu ialah orang yang mempunyai kesempatan yang sedikit untuk membaca Al-Fatihah ataupun tidak mempunyai peluang langsung kerana imam sudah pun rukuk ketika kita sampai untuk mengikutinya. Orang yang masbuq ini tidak wajib membaca Al-Fatihah melainkan kalau ia berkesempatan untuk membacanya, maka hendaklah ia membacanya sekadar mana yang mungkin sehingga imam rukuk.

Cara duduk dan bacaan tahiyat: Makmum yang masbuq hendaklah duduk mengikut rakaat yang ia berada ketika itu. Sekiranya ia berada pada rakaat yang kedua atau yang ketiga, maka hendaklah ia duduk iftirasy walaupun imam duduk tawarruk. Dan mengenai tahiyat pula, makmum yang masbuq bolehlah membaca sehingga akhir tahiyat supaya ia tidak meluangkan masa. Ia boleh berbuat demikian walaupun ia tidak berada dalam tahiyat akhir. HUKUM ORANG MASBUQ  Ma’mum yang masbuq hukumnya dimaafkan meninggalkan bacaan fatihah, kerana fatihah yang belum dibaca atau sempat dibaca sebahagian sahaja oleh ma’mum itu dikira semuanya ditanggung oleh imamnya. Dari Sahal bin Saad r.a bahawasanya Nabi SAW bersabda: “Imam yang menanggung pembacaan, apabila baik bacaannya maka pahalanya untuk dirinya dan untuk mereka (ma’mum), dan jika rosak bacaannya maka dosanya di atas dirinya sendiri dan bukan atas mereka”. (hadis riwayat Ibnu Majah dan Hakim)

CONTOH DAN GAMBARAN MASBUQ  ma’mum itu pada mulanya dia adalah muwafiq, di dalam menunaikan peraturan-

peraturan solatnya ia terlewat, belum sempat ia berdiri tiba-tiba imam telah rukuk atau hampir rukuk, hukum ma’mum itu ialah orang masbuq. Jika ia sempat qiam dan terus rukuk sebelum imamnya bangkit daripada rukuk maka ia mendapat rakaat itu, dan diamaafkan dia meninggalkan bacaan fatihah. CONTOH-CONTOH MASBUQ

 Imam terlalu cepat membaca bacaan di dalam solat. Apabila ma’mum berdiri daripada sujudnya didapati imamnya sudah rukuk dan ia tidak sempat menghabiskan bacaan Al-Fatihah, maka hukumnya wajib ke atas ma’mum itu rukuk bersama-sama imamnya kerana ia seperti orang masbuq dan dia mendapat rakaat itu.  Jika seorang makmum masbuq rukuk terkemudian daripada imam sebab ia

membaca al fatihah hingga imamnya bangkit daripada rukuk, maka luputlah rakaat itu dan wajib ke atasnya tambah satu lagi rakaat selepas salam imamnya.

MASBUQ JUMAAT  Solat jumaat diwajibkan dengan berjemaah. Oleh itu, tidak sah jumaat kecuali

dengan berjemaah sekurang-kurangnya dengan 40 puluh orang yang berakal, cukup umur(baligh), merdeka dan bermastautin.  Bagi seorang ma’mum masbuq yang ingin mendapat jumaat, dia hendaklah

sekurang-kurangnya sempat rukuk bersama imam pada rakaat yang kedua serta mempunyai tamakninah. Kemudian dia hendaklah menambah satu lagi rakaat selepas salam imam dan disunatkan membaca fatihah dan bacaan ayat qur’an yang sunat dengan nyaring.  Jika ia tidak sempat mendapatkan rukuk bersama imam pada rakaat kedua itu,

maka hendaklah ia menyempurnakan solat itu sebagai solat zohor iaitu dengan menambahkan empat rakaat selepas salam imam. Bacaan fatihah serta ayat yang sunat selepasnya hendaklah dengan perlahan.

 Bahan Rujukan

Ahmad & Mohd Farid. (2008). Islam Agama Rabbani: Dasar Pendidikan Islam Teras. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Abdul Al-Qari. (2003). Kewajipan & Keunggulan Sembahyang Jemaah: menurut AlQuran & As-sunnah. Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publishers. Hanafi Mohamed. (1999). 40 Fadhilat Sembahyang Berjemaah. Kuala Lumpur: AlHidayah Publishers.

Hassan Ahmad. (1990). Masalah Muwafiq dan Masbuq. Kota Bharu: Syarikat Jaafar Rawas.

Related Documents