Solat Berjemaah Solat Jumaat.

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Solat Berjemaah Solat Jumaat. as PDF for free.

More details

  • Words: 3,460
  • Pages: 16
PENDIDIKAN ISLAM

1.0 MUKADDIMAH Sesungguhnya solat adalah merupakan ibadat terpenting yang pertama dan wajib ke atas orang-orang islam sebelum diwajibkan puasa, zakat dan haji. Tidak kira sama ada solat berjemaah, mengerjakan solat Jumaat atau solat sunat hari raya, ketiga-tiganya mempunyai kelebihan yang sama penting kepada umat Nabi Muhammad SAW. Kita pelu mengetahui dan memahami bahawa setiap perintah Allah Taala itu ada mengandungi hikmat, faedah dan kebaikan yang banyak begitu juga sebaliknya. Setiap larangan Allah Taala itu pasti ada keburukan dan bahayanya. Sebenarnya banyak faedah dan hikmat yang boleh kita perolehi dengan mendirikan solat. Selain mendapat ganjaran yang besar yang disediakan oleh Allah SWT di akhirat nanti, ia juga merupakan suatu bentuk pendidikan rohani dan jasmani di mana ia secara langsung memelihara dan mendidik kita supaya menjadi orang yang baik, berbudi pekerti mulia, bersopan santun, berhati bersih dan berjiwa taqwa. Solat juga merupakan benteng atau kubu bagi menyelamat serta memelihara diri dari segala keburukan dan kejahatan. Perkara ini amat jelas sekali sebagaimana firman Allah SWT Terjemahan : “Dan dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu mencegah dari segala kekejian dan kemungkaran”. (Surah Al-Ankabut ayat 45)

Bermaksud orang yang benar-benar bersolat sudah pasti tidak melakukan sebarang kejahatan dan sesuatu yang berbentuk dosa seperti berjudi, berzina, berbohong, mencuri dan sebagainya. Oleh itu, melihat kepada betapa besarnya faedah solat dan hikmat yang diperolehi dari Allah SWT, maka lantaran itulah kita diperintahkan solat dan diperintah supaya menyuruh anak-anak kita juga bersolat, sebagaimana yang disebuat di dalam sebuah hadis Rasulullah SAW : Terjemahan : “Perintahkanlah anak-anak kamu solat sekalipun umur mereka baru berusia tujuh tahun dan pukul mereka (dengan sebab meninggalkan solat) setelah mereka berusia sepuluh tahun”. 1

PENDIDIKAN ISLAM

Berdasar

kepada

hadis

tersebut,

jelas

sekali

bahawa

kita

dipertanggungjawabkan untuk mendidik dan menyuruh anak-anak kita supaya mendirikan solat, mudah-mudahan mereka akan terus hidup membesar dalam keadaan terdidik dan menjadi manusia yang berguna dalam hidup. Manakala di dalam konteks solat berjemaah, banyak faedah-faedah yang boleh diperoleh jika umat Islam mengerjakan solat secara berjemaah. Allah SWT, Tuhan Yang Maha Mengurnia, disamping sudah mengurniakan banyak kurniaan kepada orang yang bersolat lima waktu, solat jumaat dan solat jenazah. Dia menambah lagi beberapa kurnia kepada orang yang bersolat lima waktu secara berjemaah. Antara faedah solat secara berjemaah adalah memperoleh pahala 27 kali solat seorang diri. Abdullah bin Umar r.a memberitakan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Terjemahan : “Solat jemaah itu melebihi solat seorang diri dengan dua puluh tujuh darjat” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)

Terjemahan : “Solat seorang lelaki dalam jemaah melebihi (pahala) solatnya seorang diri sebanyak dua puluh tujuh” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)

2.0 DEFINISI 2

PENDIDIKAN ISLAM

Solat berjemaah, solat jumaat dan solat sunat hari raya mempunyai persamaan yang amat nyata sekali iaitu ia dilakukan secara berjemaah. Seperti yang kita sedia maklum, melakukan solat secara berjemaah mendapat ganjaran pahala yang lebih banyak berbanding solat secara bersendirian. Jemaah itu sendiri bermaksud beramai-ramai atau bersama-sama. Oleh kerana itu banyak kelebihan demi melahirkan masyarakat yang murni melalui solat secara berjemaah. Di sini, saya perincikan lagi makna setiap solat yang disebut seperti di atas. 2.1

SOLAT BERJEMAAH Di dalam Al-Quran, ada ayat yang menyatakan bahawa kita diperintah

melaksanakan solat secara berjemaah di masjid-masjid seperti Firman Allah SWT: Terjemahan: “Dan dirikanlah solat, dan keluarkanlah olehmu zakat dan ruku’lah kamu beserta orang-orang yang ruku’ (Surah Al-Baqarah, Ayat 43)

Terjemahan : “Dan berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai”. (Surah Ali ‘Imran, ayat 103)

Terjemahan : “Wahai segala manusia!, bahawasanya Kami telah menjadikan kamu daripada seorang lelaki dan daripada seorang perempuan, dan Kami telah jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak supaya kenal-mengenal” (Surah Al-Hujurat, ayat 13)

Di dalam ketiga-tiga ayat di atas, jelas menyatakan kepentingan berjemaah. Dalam ayat pertama, kita diperintahkan bersolat bersama-sama (beramai ramai) manakala dalam ayat kedua pula menekankan kita supaya bersatu padu. Ini bermakna, jemaah itu adalah jalan atau permulaan untuk kita bersatu padu dan saling mengenali antara satu sama lain. Hukum mendirikan solat jemaah ialah sunat muakkad. Secara khususnya, jemaah adalah bermaksud mengadakan “perikatan antara Imam dengan makmum, antara pemimpin dengan rakyat, walaupun makmum seorang sahaja”. Keistimewaan jemaah kepada umat Islam adalah semasa solat 3

PENDIDIKAN ISLAM

sunat hari raya (Aidilfitri atau Haji), solat Jumaat, solat gerhana dan solat minta hujan. Agama Islam menuntut supaya kita bersolat jemaah di masjid pada setiap waktu solat dan pada setiap minggu di hari Jumaat supaya kita saling mengenali antara jiran mahupun penduduk kampung dan perhubungan yang erat dapat dijalin untuk membentuk satu masyarakat yang murni serta saling bantu membantu. 2.2

SOLAT JUMAAT

Solat Jumaat ialah solat dua rakaat sesudah khutbah pada waktu Zuhur di hari Jumaat. Hukum solat Jumaat adalah fardu Ain, ertinya wajib ke atas tiap-tiap lelaki dewasa yang beragama Islam, merdeka dan tetap di dalam negeri. Tidak wajib Jumaat atas perempuan, kanak-kanak, hamba sahaya dan orang yang sedang dalam perjalanan. Firman Allah SWT: Terjemahan : “Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu diseru untuk solat pada hari Jumaat, maka hendaklah kamu segera mengingati Allah dan tinggallah jual beli” (Surah Al-Jum’ah, ayat 9)

Kemudian Rasulullah SAW bersabda : Terjemahan : “Jumaat itu hak yang wajib dikerjakan oleh tiap-tiap orang Islam dengan berjemaah bersama-sama, kecuali empat macam, hamba sahaya, perempuan, kanak-kanak dan orang sakit”. (HR. Abu Daud dan Hakim)

Daripada ayat di atas jelas menunjukkan bahawa pentingnya mengerjakan solat Jumaat bermakna mereka yang tidak menghadiri solat Jumaat dengan tidak ada uzur atau halangan tertentu maka ia berdosa. Jadi apabila seseorang itu tidak menghadiri jamaah Jumaat ke masjid, hendaklah ia mengerjakan dua rakaat juga. Sementara itu, mengikut mazhab Imam Syafi’i berjamaah dalam mengerjakan solat Jumaat itu wajib dan termasuk dalam syarat sah mendirikan solat Jumaat. Seandainya seseorang tertinggal atau tidak sempat melaksanakan solat Jumaat maka harus menggantikan dengan solat zohor. 2.3

SOLAT SUNAT HARI RAYA 4

PENDIDIKAN ISLAM

Solat sunat hari raya mula dilaksanakan oleh Rasulullah SAW pada tahun kedua hijrah di Madinah dan kemudiannya ia menjadi amalan dan terus dilaksanakan sehingga Rasulullah wafat. Lantaran itu meninggalkan solat sunat hari raya adalah seperti perlakuan memandang rendah pada agama. Solat sunat hari raya turut diwajibkan ke atas para wanita. Antara keistimewaan solat sunat hari raya berbanding solat Jumaat ialah kita diwajibkan membawa bersama-sama orang perempuan samada tua ataupun muda untuk sama-sama berkumpul mengerjakan solat sunat hari raya. Alasan mewajibkan juga para wanita mengerjakan solat sunat hari raya dan menghadiri jamaah ada disebut di dalam hadis Terjemahan : “Kami diperintahkan oleh Rasulullah untuk membawa keluar perempuan-perempuan yang haid dan gadis gadis pingitan pada hari raya Aidilfitri dan Adha. Perempuan yang haid, mengasingkan diri dari solat, mereka menyaksikan kebajikan dan seruan kaum muslimin” (HR. Bukhary Muslim, Bulughul Maraam 99)

3.0 HURAIAN Persamaan di antara solat jemaah, solat Jumaat dan solat sunat hari raya ialah ketiga-tiganya dilakukan secara berjemaah. Berjemaah atau bersama-sama di dalam solat dapat melahirkan insan yang murni kerana selain mengenali antara satu 5

PENDIDIKAN ISLAM

sama lain, kita juga dapat bertukar-tukar pendapat semasa berkumpul untuk mengerjakan solat. Bagaimana solat jemaah, solat Jumaat dan solat sunat hari raya dapat melahirkan insan yang murni dihuraikan seperti di bawah: 3.1

Bertambah Khusyuk dan Bertambah Rajin Beribadah. Jika diperhatikan suasana pada hari Jumaat pada sebahagian masjid di mana

masjid berkenaan bersih tanpa bau yang tidak menganggu, malah disemerbakkan dengan wangian yang dipakai oleh para makmum di sana sini di dalam masjid, sesudah itu kelihatan seorang demi seorang datang awal ke masjid dengan berpakaian berish lagi elok dan gerak geri langkah dengan hormat dan lemah lembut, ditambah kehebatan imam dan bilalnya serta suara hebat dan jelas lagi merdu semasa membaca Al-Quran dan azan, maka semuanya itu akan menambahkan kekhusyukan dalam solat Manakala sifat kerajinan akan bertambah dengan sendiri dari dalam diri apabila melihat suasana beribadat yang tenang di dalam masjid serta kesungguhan dan kerajinan sebahagian ahli jemaah bangun bersolat sunat beberapa kali dan berdoa. Begitu juga ada yang membaca Al-Quran, berselawat, berwirid dan berdoa. 3.2

Dapat Mendalami Ilmu Agama Menerusi solat jemaah, kita dapat mempelajari agama secara langsung

terutama sekali kepada orang yang cetek pengetahuan agama lebih-lebih lagi kepada saudara-saudara baru. Jika kita bersolat jemaah contohnya solat Subuh, Maghrib dan Isyak (solat ketika malam di mana sebahagian bacannya nyaring), kita dapat mempelajari bacaan Al-Fatihah dan sebahagian surah dan juga takbir, tasbih dan lain-lain termasuk bacaan iqamah dan wirid selepas solat. Gerak geri semasa solat juga boleh dipelajari dari masa ke semasa dan jika ada yang tidak difahami, kita boleh bertanya terus kepada imam atau makmum selepas wirid solat. Seandainya sesebuah masjid mengadakan kuliah-kuliah agama dan majlis ilmu juga forum atau perbincangan, maka ahli jemaah berpeluang untuk menambahkan ilmu dan dapat juga menggandakan pahala. 3.3

Menghayati Nilai Individu Sebenarnya. 6

PENDIDIKAN ISLAM

Di kalangan masyarakat kita, terdapat segelintir orang yang masih bersalah anggap terhadap nilai seseorang menyebabkan mereka tidak dapat mematuhi Allah dengan sebenarnya dan implikasi buruk yang berlaku ialah mereka memuliakan seseorang yang tidak patut dimuliakan dan sebaliknya menghina seseorang yang tidak wajar dihinakan. Seseorang manusia tidak dianggap mulia jika mereka hanya mempunyai pengetahuan yang sangat tinggi atau hanya kerana berjaya mengumpul harta kekayaan yang banyak di dunia, atau mempunyai keturunan termulia atau memperoleh gelaran terhormat ataupun dia seorang penguasa yang mempunyai kuasa tertinggi. Akan tetapi kemuliaan seseorang adalah masih tersembunyi di kalangan masyarakat disebabkan ukurannya terletak pada dasar taqwanya kepada

Alllah

SWT. Allah sahaja yang lebih mengetahui taraf ketaqwaan seseorang hamba-Nya berdasarkan niat, sifat hati dan amalannya di mana sebahagian amalan itu tidaklah diketahui oleh orang ramai (bila dilakukan di malam hari). Allah SWT telahpun berfirman:

Terjemahan : “Sesungguhnya semulia-mulia antara kamu di pandangan Allah ialah yang paling bertaqwa (kepada-Nya) di kalangan kamu” (Surah Al-Hujurat, ayat 13)

Rasulullah SAW ialah manusia yang paling mulia di antara makhluk. Baginda juga mengetuai Rasul-rasul Ulu Al-‘Azm dan penutup para Rasul. Semasa baginda hidup, selain bertugas sebagai Rasul (ketua agama), baginda juga bertugas sebagai ketua Negara, ketua hakim dan ketua panglima perang. Selain itu baginda juga bertugas sebagai imam solat merangkap pengkhutbah dan imam Jumaat. Manakah lagi nilai tertinggi selain nilai yang dianugerahkan kepada baginda SAW. Ketua Negara atau pemimpin berhak dan paling sesuai untuk berkhutbah dan menjadi imam solat Jumaat. Ketika itu, orang yang nilai lahirnya paling mulia ialah 7

PENDIDIKAN ISLAM

imam solat. Dialah juga yang mendahului kedudukan utama dalam Negara dan masyarakat. Bagi sesebuah Bandar, kampung atau desa pula, imam solatlah yang dipandang mulia dalam masyarakat setempat, dan dianggap bahawa dia benarbenar paling bertaqwa kepada Allah SWT. Sedang manusia yang paling rendah dan hina ialah orang-orang munafiq, orang-orang kafir dan menderhakai Allah Taala. Tiada ukuran ilmu, harta, keturunan, pangkat dan kedudukan yang menjadi kayu pengukur kemuliaan seseorang di hadapan Allah SWT. Dalam solat jemaah, imam adalah orang paling mulia manakala makmum sama-sama menjadi hamba Allah yang juga mulia dan tidak patut dihina. Inilah sistem nilai manusia sebenar di mana mereka adalah sama taraf selain yang paling bertaqwa kepada Allah adalah paling mulia di sisi Allah dan masyarakat Islam. Ukuran nilai yang selainnya adalah bersifat keduniaan yang tidak bererti, malah merugikan dalam kehidupan di akhirat. 3.4

Hidup Mematuhi Pimpinan. Adalah menjadi sunnah Allah, sebahagian haiwan hidup berkawan dan

mengikut kepalanya seperti lebah, semut, biri-biri dan sebagainya. Mereka patuh kepada ratu atau kepalanya yang biasanya mempunyai sifat yang lebih hebat berbanding yang lain. Manakala dari konteks solat secara berjemaah, sekumpulan manusia (paling kurang seorang) mengikut seorang imam yang berada di hadapan mereka dan menurut perbuatan dan sebahagian bacaan imam dengan berbaris bagai pasukan tentera tanpa senjata, di mana yang mendahului di barisan hadapan ialah lelaki diikuti pula dengan barisan wanita manakala kanak-kanak lelaki berada di belakang lelaki dewasa dan kanak-kanak perempuan di belakang wanita dewasa. Nabi SAW tidak mengingini ada seseorang yang bersolat seorang diri di bahagian belakang di samping kumpulan yang ramai. Rasulullah SAW mengatakan bahawa seseorang imam itu dilantik atau diadakan ialah untuk diikuti atau dipatuhi sehingga bila tidak dipatuhi, maka solat seseorang makmum akan terbatal menurut syarat-syaratnya. 3.5

Hidup Harmoni, Sama Rata Tanpa Rasa Angkuh 8

PENDIDIKAN ISLAM

Perlu kita ketahui bahawa, sesipa yang datang awal ke masjid, dia berhak untuk berada di saf pertama di sebelah kanan imam, sebagai suatu keistimewaan dan ganjaran yang diperoleh pun besar. Tiada siapa yang boleh menganggu gugat kedudukan ini. Kedatangan awal ke masjid ibarat sistem nombor giliran tanpa nombor.AL-BARRA’ bin ‘Adzib r.a menyebutkan bahawa Nabi SAW telah bersabda:

Terjemahan: “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat ke atas (orang-orang) yang berada di) shaf-shaf yang hadapan”. (HR. An-Nisa’i :Sahih: Al-Albani)

Aisyah r.a memberitakan bahawa Nabi SAW bersabda:

Terjemahan: “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat ke atas ahliahli di kanan saf (sbelah kanan imam).” (HR. Abu Daud dan Ibnu Majah: Hasan: Al-Albani)

Dalam ayat di atas, “selawat Allah bererti mengampunkan, manakala “selawat malaikat” bererti mereka meminta ampun untuknya. Seterusnya sumber yang sama memberitakan bahawa Nabi SAW pernah bersabda:

Terjemahan: “SesungguhnyanAllah dan para malaikat-Nya berselawat ke atas orang ayng menyambung shaf-shaf (yang terputus).” (HR. Ahmad dan Ibnu Khuzaimah: Sahih dan direstui Az-Zahabi)

Kaum lelaki datang ke masjid dengan sebaik-baik pakaian serta bersih, manakala kaum wanita biasanya dengan pakaian khas yang berwarna putih. Dapat 9

PENDIDIKAN ISLAM

dilihat dengan jelas di sini bahawa di dalam mengerjakan solat secara berjemaah, samada tua, muda, miskin atau kaya semuanya memakai pakaian yang sama tanpa menunjukkan pakaian untk bermegah-megah di hadapan Allah. Hampir samalah dengan pakaian orang yang berihram haji atau umrah. Semuanya mengajak manusia berfikir tentang kerendahan diri di hadapan Allah dan memupuk rasa sama taraf iaitu qiyam sama berdiri, rukuk sama tunduk dan sujud sama menyungkur ke bumi serta sama-sama mengikut perbuatan zahir imam sambil menggunakan bacaan yang hampir sama. Sama-sama bertakbir sesudah imam bertakbir dan sama-sama bersalam sesudah imam memberi salam. Itulah gambaran manusia yang menyembah Allah Tuhan Yang Maha Esa, berkiblat yang satu dengan erti sama-sma mengesakan dan menyembah Allah Yang Maha Satu tanpa syirik dan masing-masing mengingini keredhann-Nya dan syurgaNya sekaligus takut akan kemurkaan-Nya dan neraka-Nya. 3.6

Dapat Tolong-Menolong Perkenalan dan pertemuan yang berlaku pada setiap pagi, petang dan malam

antara sesama jemaah yang bersolat dapat mencetuskan tindakan susulan iaitu ingin menolong dan membantu saudara-saudara sesama Islam yang fakir miskin, hidup terlantar, terkena bencana, kekurangan dan lain-lain masalah.

Allah SWT sendiri telah berfirman:

Terjemahan: “Dan bertolong-tolonganlah kamu untuk berbuat kebaikan dan taqwa dan (tetapi) janganlah kamu tolong-menolong untuk berbuat dosa dan permusuhan” (Surah Al-Maidah, ayat 2)

3.7

Menghayati Hidup Bersatu Masjid adalah lambang persatuan ummah dan mimbarnya sebagai arah kiblat

mereka yang menghala ke arah Baitullah, di Mekah. Manakala suara azan yang berkumandang pada setip kali masuknya waktu solat adalah merupakan lambang 10

PENDIDIKAN ISLAM

pergerakan

umat

Islam,

suatu

antara

kumpulan

yang

banyak

adalah

menggambarkan suatu gerakan serentak di seluruh kawasan serantau (satu iklim yang hampir sama-sama matla’, sama nampak anak bulan). Solat jemaah dapat menyatukan ummah, sekurang-kurangnya penduduk setempat untuk menggerakkan sesuatu pembangunan masyarakat dan Negara termasuk mempertahankan Negara daripada serangan musuh samada secara zahir atau secara tersembunyi. Penyatuan seperti ini mungkin berlaku menerusi khutbah Jumaat, majlis-majlis ilmu, forum, perbincangan dan lain-lain dari semasa ke semasa. 3.8

Hidup Kasih-Mengasihi Islam mengajar umatnya agar hidup cinta mencintai dan kasih mengasihi

antara orang-orang yang beriman dan sebaliknya mengajar mereka membenci kekufuran dan peminatnya, dan orang yang ingkar terhadap Allah dan hukum-Nya. Demikianlah pengajaran yang disampaikan melalui surah Al-Fatihah (membenci orang yang dimurkai dan orang yang sesat) Tiadalah suatu nikmat yang paling besar melebihi nikmat merasakan kasih kepada sesiapa sahaja orang yang beriman tanpa mengira bangsa dan warna kulit dan juga bahasa mereka. Rasulullah SAW telah bersabda:

Terjemahan: “Tidaklah sempurna keimanan seseorang kamu sehingga dia mengasihi saudaranya apa yang dia kasihi (ingini) untuk dirinya sendiri” (HR. At-Tirmizi dan Ibnu Majah: Sahih)

Sesungguhnya tiada suatu agama di dunia ini yang membawa suatu ajaran yang paling penting, suci, mulia dan dekatnya hubungan antara penganutnya ibarat hubungan saudara sendiri (adik-beradik) seperti yang dibawa oleh agama Islam. 3.9

Dapat Menghayati Hidup Bermasyarakat 11

PENDIDIKAN ISLAM

Islam ialah satu agama yang lengkap, tinggi lagi unggul. Ia tidak mengajar umatnya hidup bersendiri-sendiri sebagaimana umat barat, malah dia telah mempersaudarakan antara individu-individu umatnya menjadi hidup bersaudara yang menghendaki mereka untuk turut bergaul, sekurang-kurangnya sewaktu mereka bersolat jemaah, lima kali dalam sehari. Tiada suatu ibadat lain yang

diwajibkan agar dilakukan sekerapnya selain solat lima waktu secara berjemaah di mana dia bertujuan melaksanakan konsep “hidup bersaudara”. Allah SWT berfirman: Terjemahan: “Hanya sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (hidup) bersaudara, maka damaikanlah antara dua saudara kamu, dan takutlah kepada Allah semoga kamu dirahmati”. (Surah Al-Hujurat, ayat 10)

Kesan pergaulan melalui solat jemaah ialah seseorang Islam dapat berkenalan antara satu sama lain dan cuba mengetahui keadaan hidup masingmasing serta kediaman, pekerjaan, kegemaran, keperluan dan sebagainya.

4.0 ULASAN Berdasarkan pemerhatian saya, solat Jumaat dan solat sunat hari raya yang dikerjakan secara berjemaah banyak mendatangkan manfaat dari segi sosial kepada umat Islam. Contohnya solat Jumaat, ia dapat mendidik umat Islam untuk hidup bermasyarakat secara tertib dan teratur kerana telah ditetapkan hari Jumaat sebagai hari untuk kaum muslimin membuat pertemuan kerana ia merupakan hari yang paling utama dalam seminggu. Selain sebagai ibadah yang bersikap ubudiyah, sesungguhnya solat Jumaat mengandungi nilai-nilai rohaniah dan kemasyarakatan yang sangat tinggi. Allah menetapkan hanya sehari dalam seminggu agar kaum Muslimin tidak merasa terlalu kerap yang dapat meinbulkan berat di hati dan sebagainya. Jika pertemuan Jumaat ini terlalu lambat, maka hilanglah hikmah yang sangat besar yang telah diatur oleh Allah pada solat Jumaat tersebut. 12

PENDIDIKAN ISLAM

Di samping itu, solat Jumaat dapat menyatukan kaum Muslimin dan menumbuhkan rasa kasih sayang sesama umat Islam. Selain itu, ia juga dapat membangunkan gabungan kaum muslimin yang kuat kerana dalam khutbah yang disampaikan itu berisi hikmah-hikmah dan nasihat-nasihat yang berguna serta boleh diguna pakai dalam kehidupan seharian seperti menyuruh bertaqwa, beribadah, beramal soleh, berbuat keadilan dan kebajikan, saling membantu dan lain-lain. Untuk pengetahuan kita, Solat Jumaat juga dinamakan dengan himpunan kecil sebelum kita dihimpunkan dalam satu himpunan besar di Padang Mahsyar. Muhasabah diri dalam himpunan kecil ini sangat diperlukan sekali dalam membangun dan membina diri ke arah insan yang bertakwa. Manakala bagi solat sunat hari raya, semua umat Islam berkumpul bersamasama termasuklah kaum wanita, orang tua dan kanak-kanak. Semuanya berhimpun untuk mengerjakan solat sunat hari raya di samping bertegur sapa dan menyambut ketibaan bulan mulia dengan penuh syukur dan puji-pujian ke hadrat Illahi. Suasana seperti ini sudah tentu dapat mewujudkan masyarakat yang saling mengambil berat antara satu sama lain dan menjadikan kita ada rasa tanggungjawab terhadap orang yang memerlukan. Sebagai contoh, apabila kita tiba di masjid untuk menunaikan solat sunat hari raya, kebetulan terdapat beberapa orang fakir miskin di situ,apalah salahnya kita menghulurkan sedikit sumbangan atau sedekah sekurang-kurangnya untuk meringankan beban dan membuat mereka gembira bagi sama-sama meraikan bulan yang mulia. Berdasarkan hadith Nabi SAW bahawa keimanan mempunyai lebih tujuh puluh unit, malah sampai 77 unit, dan difahamkan bahawa keimanan itu boleh bertambah sempurna dan berkurang menerusi amalan baik atau buruk, dan amalan yang yang paling serius dilakukan seseorang beriman ialah solat lima waktu secara berjemaah. Al-Quran menyebutkan tentang pertambahan iman: Terjemahan: “...Dan agar orang yang telah beriman bertambah imannya.” (Surah Al-Muddaththir, ayat 31)

Terjemahan: “....Supaya mereka bertambah iman (dan yakin) di samping keimanan (dan keyakinan) yang ada pada mereka”. 13

PENDIDIKAN ISLAM

(Surah Al-Fath, ayat 4)

Manakala orang yang kufur ialah orang yang kosong iman atau rosak keimanannya sebagaimana sabda Rasulullah SAW: Terjemahan: “Perbezaan antara kekufuran dan keimanan itu (bila) meninggalkan solat” (HR. At-Tirmizi: Sahih)

Dan dengan keimanan juga yang membawakan seseorang agar tetap dan terus mendirikan solat, dan solat itu pula menambahkan keimanan yang telah ada. Perhatikan firman Allah Taala: Terjemahan: “Katakanlah kepada hamba-hambaKu yang beriman agar mereka tetap mendirikan solat”. (Surah Ibrahim: ayat 31)

5.0 KESIMPULAN Secara keseluruhannya banyak faedah atau hikmah yang boleh diperolehi apabila melakukan solat secara berjemaah demi melahirkan masyarakat yang murni dan berperkerti mulia. Apa yang penting ialah sikap mementingkan diri sendiri dapat dibuang kerana semasa berjemaah kita adalah sama di sisi Allah. Semasa berjemaah para malaikat akan berkumpul menyaksikan orang yang beribadat secara berjemaah di masjid. Allah SWT sendiri telah berfirman:

Terjemahan: “Dan solat Subuh, sesungguhnya solat Subuh (secara berjemaah di masjid) itu adalah disaksikan (oleh para malaikat di mana mereka memohon keampunan).” 14

PENDIDIKAN ISLAM

(Surah Al-Isra’, ayat 78)

Manakala di hujung sebuah hadith Abu Hurairah r.a berbunyi:

Terjemahan: “Malaikat-malaikat malam dan siang berkumpul (menyaksi dan mendoakan kebaikan ahli-ahli ibadah) pada solat Subuh (secara berjemaah).” (HR. Al-Bukhary dan Muslim)

Demikian juga para malaikat akan berkumpul menyaksikan orang yang solat Asar (di mana mereka akan memuliakan para jemaah). Barangsiapa yang bersolat jemaah, dia akan didoakan oleh para malaikat sebelum solat dan sesudahnya, selama dia belum berhadath atau tidak menyakiti seseorang dengan mengumpat atau mengadu domba.

Terjemahan: “.....Dan para malaikat akan mendoakan ke atas salah seorang daripada kamu selagi dia berada di tempat solatnya, di mana mereka akan berdoa: ‘Wahai Allah, rahmatilah dia wahai Allah, ampunilah dia. Wahai Allah terimalah taubatnya (bila dia bertaubat),’ selama dia tidak menyakiti orang lain, selama dia belum berhajat.” (HR. Al-Bukhary dan Muslim)

Oleh itu, melalui ibadat solat kita sepatutnya menjadi insan yang menjaga kelakuan dan tingkah laku kerana melalui ibadat yang sempurna kita pasti tidak akan melakukan perkara yang ditegah oleh Allah SWT. Apatah lagi, nikmat yang berganda akan diperoleh jika kita melakukan solat secara berjemaah di masjid.

15

PENDIDIKAN ISLAM

16

Related Documents

Solat Berjemaah
May 2020 15
Solat Jumaat
June 2020 6
Solat
May 2020 29