Soalan Utusan.docx

  • Uploaded by: AMRAN
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Soalan Utusan.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,780
  • Pages: 11
Soalan Kata Bantu /Kata penguat 1. Maksud Kata penguat ialah perkataan yang mendahului atau mengikuti kata adjektif dan berfungsi untuk menguatkan maksud yang terkandung dalam kata adjektif. 2. Jenis: Terdapat 3 jenis kata penguat: KATA PENGUAT a. penguat hadapan b. penguat belakang c. penguat bebas

CONTOH terlalu, paling, agak sekali, benar, nian amat, sangat, sungguh

3. Contoh: a. Digunakan di hadapan kata adjektif. KATA PENGUAT HADAPAN CONTOH terlalu Kain-kain di pasar raya itu terlalu mahal. paling Sambal tempoyak itu paling sedap. agak Lorong di kawasan itu agak bahaya. b. Digunakan di belakang kata adjektif KATA PENGUAT BELAKANG sekali nian benar

CONTOH Hujah murid itu baik sekali. Nyaman nian udara di puncak pusat peranginan tanah tinggi. Cantik benar cincin ini.

c. Digunakan secara bebas sama ada di hadapan atau di belakang kata adjektif. KATA PENGUAT BEBAS amat sangat

sungguh

CONTOH 1. Paras gadis itu amat cantik. 2. Cincin itu cantik amat. 1. Beg sekolah yang dibawa oleh Aiman sangat berat. 2. Beg sekolah yang dibawa oleh Aiman berat sangat. 1. Kereta yang dipandu oleh Ayip sungguh laju. 2. Kereta yang dipandu oleh Ayip laju sungguh.

Kata bantu ialah kata yang digunakan untuk menerangkan masa sesuatu perbuatan atau ragam yang berkaitan dengan perbuatan. Contoh Akan Telah Boleh Mesti 1. 2. 3. 4. 5.

Belum Sudah Dapat

Masih Harus Hendak

Bas dari utara telah sampai. Awak harus latihan itu dengan segera. Abang belum sihat akibat kemalangan. Kakak dapat menyiapkan kerjanya dengan cepat. Puan Lim hendak pergi ke bandar membeli baju.

Latihan

1

Kanak-kanak yang ________ cukup umur tidak dibenarkan melawat pesakit di hospital. A masih B belum C akan D sudah

2

Apabila cukup modal nanti, dia ________memulakan perniagaan kedai runcitnya sendiri. A sedang B hampir C telah D akan

3

Kami berasa___________gembira apabila kumpulan kami telah terpilih mewakili sekolah dalam pertandingan bola sepak. A sungguh B akan C sudah D hampir

4

Abang _________membeli sebuah kereta baharu kerana keretanya sering rosak. A paling B hendak C dapat

D

sekali

5

“Ketua Pengarah Pelajaran __________akan singgah di sekolah kita sempena lawatan beliau ke daerah kita,” kata guru besar. A hendak B harus C mungkin D perlu

6

Zaharah ___________ membuat persiapan untuk menghadapi peperiksaan percuaban pada minggu hadapan. A masih belum B belum pernah C masih sedang D telah pernah

7

Semangat juang yang tinggi akan ____________ membantu kita mencapai kejayaan. A hendak B harus C boleh D dapat

8

Tulisan adik saya yang bongsu itu _ baharu berusia lima tahun. A B C D

9

sekali amat benar betul

Keluarga kami sedih __________ apabila Pak Ngah meninggal kerana dia merupakan ahli kerluarga kami yang paling rapat dengan kami. A B C D

10

_________cantik dan kemas walaupun

lebih benar makin cukup

Sikap tegas yang ditunjukkan oleh jurulatih sepak takraw itu ________berkesan

dalam mmebentuk pasukan.. A B C D 11

Dia jarang ____________ minum di kantin sekolah kerana membawa bekal. A B C D

12

sekali agak paling kurang

Kawasan perumahan di lereng bukit itu______ sunyi terutamanya pada waktu pagi kerana penghuninya telah keluar bekerja. A B C D

13

amat nian benar sekali

sekali betul nian agak

Banjir kilat yang melanda pekan itu telah mengakibatkan kesesakan lalu lintas yang________ teruk. A B C D

sangat nian benar sekali

14

Pokok-pokok bunga di halaman rumah emak kelihatan layu kerana ________disiram. A akan B telah C belum D sedang

15

“Saya __________ menyiapkan semua kerja sekolah sebentar tadi,” kata Aiman kepada ibunya. A akan B sudah

C D 16

mahu masih

Air laut itu jernih__________sehingga nampak dasarnya,” kata pelancong itu. A B C D

amat agak paling terlalu

Soalan pemahaman Petikan 1 Baca petikan di bawah, kemudian jawab semua soalan Sejarah permuziuman di Malaysia bermula pada tahun 1883 apabila pemerintah British menubuhkan Muzium Perak di Taiping. Ini diikuti dengan penubuhan Muzium Sarawak di Kuching pada tahun 1888 dan kemudiannya Muzium Selangor pada tahun 1899. Pada tahun 1910, pengurusan Muzium Perak dan Muzium Selangor disatukan di bawah Jabatan Muzium Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Pada tahun 1930, pengurusan tersebut dipisahkan semula sebagai satu langkah di bawah sistem disentralisasi oleh pemerintah British. Sebahagian daripada bangunan Muzium Selangor telah roboh disebabkan pengeboman yang dilakukan oleh Tentera Udara Pihak Perikatan pada 10 Mac 1945. Akibatnya, sebahagian besar koleksi telah musnah. Dua tahun selepas kemerdekaan iaitu pada tahun 1959, kerajaan melantik seorang arkitek iaitu Encik Ho Kok Hoe untuk mereka bentuk Muzium Negara yang dicadangkan dibina di atas tapak runtuhan Muzium Selangor. Pembinaannya telah dimulakan pada tahun 1962 dan pada 31 Ogos 1963, bangunan Muzium Negara akhirnya siap sepenuhnya dan dirasmikan oleh Yang di Pertuan Agong ke–III Tuanku Syed Putra Al-Haj Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail

1

Bilakah Muzium Sarawak ditubuhkan? A 1883 B 1888 C 1899 D 1891

2

Mengapakah sebahagian bangunan Muzium Selangor telah roboh? A Muzim Perak dan Muzium Selangor disatukan di bawah Jabatan Muzium Negeri-negeri Melayu Bersekutu B Encik Ho Kok Hoe ingin membuat reka bentuk Muzium Negara C Tentera Udara Pihak Perikatan telah mengebom kawasan tersebut D Pengurusannya telah disentralisasi oleh pemerintah British

3

Siapakah arkitek yang dilantik untuk membuat reka bentuk Muzium Negara? A Yang di Pertuan Agong ke-III Tuanku Syed Pputra Al-Haj ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail B Encik Ho Kok Hoe C Tentera Udara Pihak Perikatan D Jabatan Muzium Negeri-negeri Melayu Bersekutu

4

Bilakah bangunan Muzium Negara siap dibina sepenuhnya? A 10 Mac 1945 B 10 Mac 1959 C 31 Ogos 1963 D 31 Ogos 1962

Petikan 2 Baca petikan di bawah, kemudian jawab semua soalan Farrah merupakan seorang pencinta haiwan. Dia amat suka memelihara kucing. Di rumahnya ada banyak kucing. Kebanyakan kucing yang terdapat di rumahnya merupakan kucing yang dipungut di jalanan. Kucing terbiar itu dibuang oleh orang yang enggan memeliharanya. Dia memungut kucing yang dibuang lalu diberikan makan dan minum. Farrah juga merawat dan memandikan kucing-kucing tersebut. Dia memberi kucing-kucing itu makan ikan yang dibeli di pasar. Ikan-ikan itu direbus kemudian dicampur dengan nasi. Setiap minggu dia akan membelanjakan hampir RM50.00 untuk membeli ikan-ikan di pasar. Farrah bersyukur kerana terdapat penjual ikan yang menjual ikan dengan harga yang murah kepadanya. Demikianlah kasihnya kepada kucing. Bagi Farrah kasih sayang bukan hanya terbatas kepada manusia sahaja. Kasih kepada haiwan juga amat penting dalam diri kita. Justeru, ada kucing-kucing peliharaannya manja, gemuk dan sihat, serta cantik belaka, berkat penjagaan yang rapi. Kita harus mencontohi Farrah. 1

Dari manakah Farrah mengambil kucing-kucing yang dipelihara di rumahnya? A Tepi jalan

B C D

Kedai haiwan Klinik haiwan Hadiah daripada ibu bapanya

2

Apakah makanan yang diberikan oleh Farrah kepada kucing-kucingnya? A Ikan rebus B Makanan kucing C Nasi kukus D Ikan rebus dicampur nasi

3

Berdasarkan petikan di atas, manakah yang tidak dilakukan oleh Farrah terhadap kucing-kucingnya? A Memandulkan kucing-kucingnya B Memberi makan dan minum C Merawat kucing yang sakit D Memandikan kucing-kucingnya

4

Apakah nilai murni yang boleh kita dapati daripada sikap Farrah? A Berani B Amanah C Bertanggungjawab D Kasih sayang Bahagian B

Latihan 1 a.

Betulkan penggunaan kata dalam ayat-ayat di bawah.

i. Orang yang diletakkan di tengah sawah itu telah menakutkan burung-burung yang ingin memakan padi. ( Orang-orang ) ii. “Kami diberi tempuh seminggu hari untuk menyiapkan kerja kursus itu. ( tempoh ) [ 2 markah ] ( b ) Padankan perkataan yang betul bagi melengkapkan ayat. Satu daripadanya telah ditunjukkan sebagai contoh.

(i )

Kami ___________tidak percaya bahawa orang yang menolong kami itu artis terkenal.

( ii )

Disebabkan kecuaian kakak_________rumah kami terbakar kerana dia terlupa menutup cerek memasak air.

masak-masak

sia-sia

( ii )

(iv )

Segala pengorbanan abang ________sahaja kerana tidak dihargai oleh kawannya.

betul-betul

Ibu meminta kakak berfikir _____________sebelum meletakkan jawatan untuk mengusahakan perniagaannya sendiri.

nyaris-nyaris

[ 2 markah ] Latihan 2

dalam dan

daripada

dari

kepada

kepada di

atau

Gunung Datuk dan Gunung Angsi adalah dua gunung yang popular dalam kalangan pendaki rekreasi. Setiap minggu atau cuti umum, kedua-dua gunung ini sering menjadi tumpuan pendaki dari Lembah Klang, Melaka dan Johor selain masyarakat tempatan. Bagaimanapun, Gunung

Datuk dan Gunung Angsi bukanlah tertinggi di Negeri

Sembilan. Malah ketinggiannya pula kurang daripada 1,000 meter. Gunung

Angsi

adalah yang kelima tertinggi di Negeri Sembilan. Gunung lain terdapat di negeri ini ialah Gunung Telapa Buruk, Gunung Besar Hantu dan Gunung Rembau. Latihan 3 Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan dengan lengkap. Pokok buluh merupakan hasil hutan bukan kayu yang mudah membiak dan cepat membesar. Pokok buluh biasanya terdapat di kawasan berhampiran sungai. Pokok buluh banyak kegunaannya. Oleh sebab itu, pokok buluh dikenali sebagai “Pokok Serba Guna”. Buluh boleh dijadikan barangan kraf tangan, peralatan dapur, peralatan tangkapan, alat muzik, senjata dan juga untuk tujuan keagamaan. Barangan kraf tangan daripada buluh bukan sahaja menarik bahkan harganya juga berpatutan. Sesetengah orang menggunakan tudung saji sebagai hiasan dinding atau untuk menutup makanan. Sejak akhir-akhir ini, buluh mula mendapat perhatian kerajaan. Oleh sebab itu, kerajaan mula memulihara pokok buluh di hutan kerana buluh mempunyai potensi yang baik dalam perkembangan industri negara ini. ( a) Apakah gelaran yang diberikan kepada pokok buluh?

Gelaran yang diberikan kepada pokok buluh ialah Pokok Serba Guna. [2 markah ]

(b) Tanda ( _/ ) bagi pernyataan yang betul dan ( x ) bagi pernyataan yang salah.

Tudung saji boleh dijadikan sebagai barang perhiasan

_/

Pokok buluh hanya boleh didapati ditengah hutan belantara

x

[ 2 markah ]

( C ) Cadangkan tiga kaedah yang boleh membantu memelihara pokok buluh agar tidak pupus. i. Mewujudkan kawasan hutan simpan ii. Mengadakan kempen kesedaran iii. Menanam semula pokok buluh. [3 markah ]

Bahagian C Latihan Mulakan karangan dengan ”Andainya aku.......

Andainya aku seorang jutawan, aku akan melakukan pelbagai perkara dengan duit yang aku miliki. Aku merupaka seseorang yang dilahirkan dalam keluarga yang sederhana. Ada banyak impian yang ingin dicapai dalam hidup. Jika aku seorang jutawan, aku akan menggunakan duit tersebut untuk melancong ke luar negara. Antara negara yang aku ingin pergi ialah Perancis dan Jepun. Aku amat meminati bandar Paris yang terkenal dengan jolokan kota romantik itu. Aku juga amat mengagumi binaan Eiffel Tower di sana. Selain itu, budaya masyarakat Jepun yang pembersih dan menepati masa juga menarik minat aku untuk pergi ke sana. Di samping itu, aku juga akan menghantar kedua orang tuaku ke Mekah bagi menunaikan rukun Islam yang ke lima iaitu menunaikan haji dengan menggunakan duit tersebut. Ibu bapa merupakan orang yang telah banyak berjasa kepada kita. Aku ingin membuat mereka gembira dan membalas jasa mereka selagi mereka masih ada. Selain itu, aku juga akan menderma sebahagian wang aku kepada rumah anakanak yatim dan masjid. Aku ingin berkongsi rezeki aku bersama mereka yang kurang bernasib baik. Tambahan pula, masjid di kampungku kelihatan agak uzur. Oleh itu, aku ingin memberi sumbangan untuk memudahkan penduduk kampung. Kesimpulannya, andainya aku seorang jutawan, aku pasti akan berusaha mencapai segala impian aku. Aku harus belajar bersungguh-sungguh bermula dari sekarang kerana kejayaan tidak pernah datang bergolek.

Related Documents

Soalan
October 2019 81
Soalan
June 2020 44
Soalan Set9
May 2020 4
Soalan 1
June 2020 5
Soalan E1063
November 2019 16
Soalan 4
May 2020 18

More Documents from "enna"

Presentation1.pptx
December 2019 30
Ya.docx
December 2019 32
Soalan Utusan.docx
December 2019 33
Kbat 21.docx
December 2019 14