Soalan Latihan Gwp.docx

  • Uploaded by: IrfanIzzudin
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Soalan Latihan Gwp.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 2,355
  • Pages: 11
1. Apakah maksud Wacana ? “wacana adalah satuan bahasa yang paling lengkap, lebih tinggi dari klausa dan perkataan”

WACANA Kalimat/ayat klausa frasa kata morfem fonem 2. Nyatakan ciri-ciri Wacana? Menurut Nik Safiah Karim dalam Tatabahasa Dewan edisi Ketiga pula, ciri-ciri dalam sebuah wacana yang utuh iaitu, 1. kohesi (tautan) 2. koheren (runtutan) 3. tujuan sesuatu wacana 4. penerimaan oleh pendengar atau pembaca, 5. maklumat yang terkandung, 6. keadaan yang mewujudkan wacana 7. Interteks (peranan wacana–wacana lain yang membantu pendengar atau pembaca memahami apa yang didengar atau dibaca)

3. SOALAN PANJANG( Esei) Menurut Dr Nik Safiah Karim, ciri-ciri wacana Melayu mempunyai 7 ciri. Bincangkan. 1) Tautan atau kohesi 

Tautan atau kohesi ialah keserasian hubungan antara satu unsur linguistik dengan unsur linguistik yang lain dalam sesebuah wacana untuk menghasilkan wacana yang mantap.



Keserasian hubungan ini lazimnya dilihat melalui hubungan antara sesuatu perkataan, frasa atau ayat dengan perkataan, frasa atau ayat lain yang terdapat dalam wacana tersebut. Kohesi juga merujuk kepada idea atau esei yang dijalin rapi hingga menjadi bersepadu.



Kohesi juga dikenali sebagai tetenunan, tautan, kepaduan dan sebagainya.



Contohnya: 1. Syazwani, Siti dan Faiznur ke perpustakaan. 2. Mereka ke sana untuk meminjam buku. kedua-dua ayat di atas mempunyai tautan dan ia dianggap sebagai wacana.

2) Runtutan atau koheren 

Runtutan atau koheren merupakan kesinambungan idea yang terdapat dalam sesebuah wacana sehingga menjadikan sesebuah teks itu bermakna.



Oleh itu, runtutan merupakan asas dalam pembinaan wacana kerana sesuatu teks itu dianggap sebagai wacana jika teks tersebut mempunyai makna.



Contohnya: Penyakit sindrom kurang daya tahan atau Aids bukanlah gejala yang baharu. Penyakit ini telah lama dikesan di beberapa buah negara di Eropah. Walaupun bidang sains dan teknologi berkembang maju, tetapi masalah ini masih tidak dapat diatasi.

Contoh di atas jelas menunjukkan kesinambungan idea melalui perkataan Aids, gejala, penyakit dan masalah ini. Kesinambungan idea ini telah menjadikan ayat-ayat tersebut bertaut di antara satu sama lain untuk membentuk wacana yang bermakna. 

Contoh ayat-ayat yang tidak koheren: Wanita itu membeli baju baharu bewarna biru. Warna biru ialah warna kegemaran muda-mudi kini. Muda-mudi kini ramai yang menghadapi masalah sosial.



Berdasarkan teks di atas, setiap ayat mempunyai tautan. Tetapi teks tersebut tidak merupakan wacana kerana teks tersebut tidak bermakna dan tidak difahami. Malahan, teks tersebut tidak mempunyai kesinambungan idea atau tidak koheren.

3) Tujuan 

Setiap wacana yang diujarkan sama ada dalam bentuk tulisan atau lisan perlu mempunyai tujuan.



Tujuan sesuatu wacana ini ditentukan oleh penghasil wacana tersebut sama ada penulis atau pembicaranya. Sesuatu wacana perlu mempunyai tujuan untuk menimbulkan interaksi yang komunikatif.



Tujuan ini akan menentukan jenis wacana yang digunakan. Jika tujuan seseorang adalah untuk mendapatkan maklumat, ayat yang sering digunakan ialah ayat Tanya, tetapi jika seseorang itu ingin menyatakan atau menerangkan sesuatu, ayat yang digunakan ialah ayat penyata.

4) Penerimaan 

Sesuatau wacana sama ada lisan atau tulisan, perlu mempunyai pendengar atau pembaca. Pendengar dan pembaca merupakan penerima sesuatu wacana.

Tahap penerimaan seseorang itu tinggi jika pendengar atau pembaca memahami sepenuhnya wacana yang diujarkan sama ada dalam bentuk tulisan atau lisan. Oleh itu, tahap penerimaan adalah tinggi apabila tahap tujuan sama dengan tahap penerimaan.

5) Maklumat 

Setiap wacana mempunyai maklumat.



Maklumat terdiri daripada dua jenis, iaitu maklumat lama dan maklumat baharu.



Maklumat lama ialah maklumat yang telah dinyatakan terdahulu.



Maklumat baharu pula ialah maklumat yang baru sahaja dinyatakan dengan andaian pendengar atau pembaca tidak mengetahui maklumat itu sebelum ini. Contohnya: (1) Puan Rita mengajar di sekolah menengah. (2) Sekolah itu sekolah berasrama penuh.

Sekolah itu dalam ayat (2) merupakan maklumat lama kerana telah dinyatakan dalam ayat sebelumnya. Sekolah berasrama penuh ialah maklumat baharu kerana baru disebutkan dalam ayat itu. 6) Keadaan 

Keadaan ialah latar sewaktu bahasa itu digunakan, dan membantu pendengar atau pembaca memahami sesuatu wacana. Ungkapan “Sila masuk”, misalnya, difahami kerana digunakan dalam keadaan latar seseorang mempelawa seorang lain masuk ke dalam bilik atau rumahnya.



Dalam kehidupan sehari-hari terdapat pelbagai jenis latar, misalnya latar rumah tangga, latar tempat kerja, latar tempat membeli-belah, latar berekreasi, latar beribadat, dan bermacammacam lagi. Setiap latar menghasilkan wacana tersendiri. Tiap-tiap wacana tidak boleh

dimansuhkan maklumat yang bertentangan dengan maklumat yang terdapat dalam ayat sebelumnya. Contohnya: “Kelmarin dia tidur sehari suntuk.” “Kelmarin dia tidur sehingga jam 9.00 pagi.” 

Tiap-tiap wacana tidak boleh dimansuhkan maklumat yang bertentangan dengan maklumat yang terdapat dalam ayat sebelumnya. Contohnya: “Kelmarin dia tidur sehari suntuk.” “Kelmarin dia tidur sehingga jam 9.00 pagi.” 7. Interteks



Interteks bermaksud sesuatu wacana itu bergantung kepada wacana yang lain.



Hal ini beerti wacana-wacana lain juga memainkan peranan penting untuk membantu seseorang memahami sesuatu wacana yang sedang dibaca atau didengarinya dengan mudah.



Dengan kata lain, kefahaman seseorang terhadap sesebuah wacana bergantung kepada pengetahuannya terhadap perkara yang dibaca atau didengarnya itu.

SOALAN: Wacana yang baik adalah merujuk kepada bentuk penulisan yang mempunyai dua ciri utama iaitu: a. kesatuan b. pertautan Jelaskan maksudnya? a. Kesatuan ialah unsur dalam wacana mempunyai hubungan idea dengan tajuk atau judul b. Pertautan pula merujuk kepada hubungan antara unsur-unsur bahasa seperti kata hubung, penanda wacana, kata rujukan, dan sebagainya yang berfungsi sebagai penyambung bahagianbahagian dalam wacana. Soalan 5: Keutuhan wacana mengandung empat 4 domain. Jelaskan. 1. Keutuhan Semantik 2. Keutuhan Leksikal 3. Keutuhan Fonologi 4. Keutuhan Gramatikal

1. Keuntuhan Semantik Hubungan ini dapat dilihat dari dua segi iaitu : a. Hubungan semantik di antara bahagian-bahagian wacana. b. Hubungan semantik yang dilihat dari segi konteks atau latar wacana a. Hubungan semantik di antara bahagian-bahagian wacana i. Hubungan Sebab dan Akibat . Contoh : Amir tidak bersungguh-sungguh semasa belajar. Dia gagal dalam peperiksaan. Dia sangat mengantuk. Dia tertidur. ii. Hubungan Sebab Dan Tujuan. Contoh : Nabila sangat rajin belajar. Dia ingin berjaya dalam pelajaran. Murid ini rajin. Ia mahukan kejayaan yang cemerlang. iii. Hubungan Sebab Dan Hasil Contoh : Aisyah sangat rajin belajar. Dia lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah. Dia seorang pekerja yang amat rajin bekerja. Pendapatannya melebihi pendapatan seorang menteri. iv. Hubungan latar dan kesimpulan Contoh : Lagu itu sungguh enak didengar. Sebenarnya M.Nasir yang menciptanya. v. Hubungan memperkuatkan isi Contoh : Sungguh cantik gadis itu. Rambut ikal mayang, berlesung pipit dan hidung mancung.

b. Hubungan semantik dari segi konteks atau latar wacana i. Kesatuan tajuk atau topik Contoh : Wajahnya berseri-seri. Dia amat gembira sekarang. Perubahannya sungguh-sungguh di luar dugaan. (Orang yang dimaksudkan itu dahulunya muram dan sering bersedih.) ii. Hubungan Sosial Antara Penutur Dan Pendengar. Contoh : A. Sudah siap? B. Belum. Bekalan tidak mencukupi. (Kedua-dua penutur memahami apa yang dimaksudkan walaupun orang lain mungkin tidak memahaminya) iii. Laras Bahasa yang bersesuaian. Contoh: Laras bahasa dalam iklan. Walaupun ayat-ayatnya diucapkan secara terputus-putus tetapi kita dapat memahaminya dan dapat menganggapnya sebagai wacana kerana itu adalah cara penyampaiannya. 2. Keuntuhan Fonologi Hubungan dari aspek keutuhan fonologi boleh dilihat daripada segi hentian suara, nada suara, dan intonasi suara. Intonasi dapat menimbulkan hubungan semantik di antara bahagian wacana. Intonasi berperanan penting sebagai penanda dan pemisah frasa dan pembeza struktur ayat, contohnya seperti ayat di bawah: 1. Malaysia negara yang aman.

a. Negara yang aman, Malaysia (ayat penyata) b. Aman negara Malaysia? (ayat tanya) Hubungan wacana dari aspek fonologi berdasarkan hentian, intonasi atau nada suara. Unsur-unsur tersebut dapat membezakan sesuatu wacana. Contohnya hubungan antara ayat penyata, “ Dia sudah pergi ? ” “Dia sudah pergi” Perbezaan antara kedua-duanya wujud melalui nada suara semasa penutur menuturkannya. Unsur-unsur para linguistik juga membantu pemahaman tentang sesuatu wacana. Dalam wacana tulisan, unsur-unsur para linguistik ini ialah alat-alat yang digunakan untuk memperjelaskan persembahan wacana. Dalam wacana tulisan, alat-alat tersebut ialah tanda baca seperti noktah, koma, tanda soal, titik bertindih dan sebagainya. Dalam wacana lisan pula, ekspresi wajah , iaitu keadaan air muka serta gerakan tangan dan badan merupakan alat-alat untuk membantu memahami ujaran. 4. Keuntuhgan Leksikal Berdasarkan pemilihan dan penggunaan perkataan yang sesuai dengan makna yang ingin disampaikan a. Antonim Contoh Pemuda harapan bangsa. Pemudi tiang negara b. Sinonim Contoh Ali seorang yang rajin. Kegigihannya belajar membolehkan dia melanjutkan pelajaran ke universiti c. Hiponim Kata yang maknanya terangkum dalam makna kata lain. Contoh, Dia menanam pokok melur, cempaka, bunga raya dan bunga kertas di halaman rumahnya. Jadi halaman rumahnya nampak indah dengan pokok-pokok bunga tersebut. d. Homonim Kata yang bunyinya sama, tetapi mempunyai erti yang berlainan Contoh Bukit yang aku daki sebentar tadi sangat tinggi . Aku berasa letih kerana mengeluarkan banyak peluh sehingga badan ku dipenuhi daki e. Pengulangan kata yang sama Contoh : Aminah memang mudah menangis . Disebabkan perkara kecil pun dia menangis. Semasa gembira pun dia menangis . f. Kolokasi Dua perkataan atau lebih yang masing-masing merupakan perkataan tersendiri , tetapi kebiasaannya dikaitkan antara satu sama lain. Contoh : Pembalakan haram itu menggugat habitat flora dan fauna. Banyak haiwan liar seperti harimau, gajah, badak sumbu, dan lain-lain kehilangan tempat tinggal. g. Unsur bersambut Contoh : Pihak kerajaan mengemukakan hujah manakala pihak pembangkang membidas hujah tersebut.

5. Keuntuhan Gramatikal Wacana berkualiti mesti memperlihatkan hubungan berdasarkan binaan tatabahasa dapat dilihat daripada penggunaan penanda gramatis seperti: a. kata hubung: menghubungkan di antara ayat dengan ayat atau perenggan dengan perenggan yang lain. i. ii. iii.

berfungsi sebagai penghuraian: seterusnya, selain itu, pada sudut yang lain, sebaliknya dan lain-lain. berfungsi sebagai pengembangan idea: seperti, dan, tetapi, oleh itu, kerana, dengan dan lain-lain berfungsi sebagai penambahan: sebelum, selepas, kemudian, berikutnya, pada masa, ketika itu dan lain-lain

b. Kata rujukan Kata yang boleh menggantikan sesuatu, sama ada benda atau manusia. Contoh :kata ganti nama : saya, dia, mereka, kami, kita, itu, ini, siapa dan lain-lain c. Peleburan dan penggantian Untuk mengelakkan pengulangan terhadap sesuatu maklumat daripada penyataan yang diberikan. Contoh Ali menendang bola dengan laju, manakala Hasan menendang dengan perlahan. Beri contoh rujukan 1. Asmah Hj. Omar (1980). Analisis Wacana, dalam Jurnal Dewan Bahasa 24:3, hal. 11-25 dan 24:4, hal. 9-25. 2. Tarigan, Henry Guntur (1995), Pengajaran Wacana. Kuala Lumpur: DBP. 3. Wacana Bahasa Melayu(2009). [Online], [Diakses: 5 Januari 2014]. Boleh didapati: http://gurubahasamelayu.blogspot.com/2009/07/wacana-bahasamelayu.html Jelaskan, tentang penanda wacana. 1. Penanda wacana berupa kata atau rangkai kata yang digunakan untuk merangkaikan ayat dengan ayat yang lain, bagi menunjukkan wujudnya satu kesatuan ayat yang utuh. 2. Oleh sebab penanda wacana itu merangkaikan ayat dengan ayat, maka penanda wacana itu juga dikenal sebagai perangkai ayat/peranti linguistik. 3. Penanda wacana ialah perkataan ataupun rangkaian perkataan yang berfungsi mempertalikan sesuatu idea, hujah dan pandangan seseorang semasa menulis ataupun berucap. 4. Penanda wacana amat penting dalam sesebuah teks kerana penanda wacana dapat mewujudkan pertautan atau kesinambungan antara sebahagian teks dengan yang lain sehingga membentuk kesatuan. 5. Penanda wacana juga merupakan unsur-unsur bahasa yang mewujudkan kohesi dan koheran antara satu teks dengan teks yang lain sehingga membentuk kesatuan. Kepentingan Penanda Wacana SOALAN : Apakah jenis-jenis penanda wacana? Jenis-jenis penanda wacana ialah;

1. Penanda Kronologi 2. Penanda Organisasi 3. Penanda Idea 1. Penanda Kronologi:  Memberi pengertian kepada persoalan berkaitan waktu  Mengandungi kata kunci: “bila” dan seumpamanya.  Contoh  kini  lantas  mula-mula  lepas itu  sebelum  kemudian  semenjak itu  pada suatu waktu  pada hari esoknya  pada zaman dahulu  dua tahun kemudian  beberapa tahun kemudian dan yang seumpamanya Contoh ayat; Pada zaman dahulu Kerajaan Melayu Melaka merupakan sebuah kerajaan yang kuat. 2. Penanda Organisasi Fungsi: mempertautkan sesuatu bahagian wacana dengan bahagian yang lain a. pertama b.

tegasnya

c.

contohnya

d.

akhir sekali

e.

dalam hal ini

f.

sebagai kesimpulan

g.

dalam hubungan ini

h. untuk merumuskan i.

dengan perkataan lain

j.

dapat dinyatakan bahawa

k. untuk menjelaskan lagi

l.

akan dinyatakan pada tempat yang lain

m. dalam bahagian ini kita akan membincangkan n. dan yang seumpamanya Contoh ayat: Penduduk di negara yang dilanda peperangan hidup dalam kesengsaraan. Mereka bukan sahaja kehilangan harta benda malahan anggota keluarga yang tersayang. Contohnya, ramai penduduk Kemboja terpaksa melarikan diri ke negara jiran semata-semata untuk menyelamatkan diri daripada menjadi korban peperangan.

3. Penanda Idea Fungsi: menghubungkan antara fakta dengan fakta dan idea dengan idea yang berfungsi untuk: a. mengembangkan idea b. pertentangan idea c. hubungan idea

a. Mengembangkan Idea 

malah



satu lagi



selain itu



Seterusnya



begitu juga



di samping itu



lebih-lebih lagi



tambahan pula



dan yang seumpamanya



a. Mengembangkan Idea



Contoh ayat:



Ratusan ribu istilah dalam sesuatu bahasa tidak membawa erti tanpa istilah-istilah tersebut digunakan dalam penulisan, perbincangan, dan penterjemahan. Tambahan pula, istilah yang secara abstrak dihasilkan oleh jawatankuasa istilah belum tentu sesuai bagi sesuatu bidang.

b. Pertentangan Idea 

tetapi



sama ada



sebenarnya



sebaliknya



walaupun



walau bagaimanapun



pada masa yang sama

dan yang seumpamanya b. Pertentangan Idea Contoh ayat: Hassan dan keluarganya berpindah ke bandar pada akhir tahun lalu. Namun, hatinya masih teringat akan kampung halamannya. c. Hubungan Idea 

jadi



maka



kecuali



oleh itu



oleh sebab



oleh hal yang demikian



untuk tujuan itu

berikutan dengan itu c. Hubungan Idea Contoh ayat:

Beg itu bukan saya beli, sebaliknya ia adalah beg percuma.

SOALAN Di dalam teks di bawah, beberapa penanda wacana telah digunakan. Cuba kesan penanda wacana tersebut. Pembelajaran dengan modul Program Asas TIP RING KONSEP K3 menulis karangan. Semasa mengaplikasinya, saya menjelaskan makna FORMULA KONSEP K3 yang mencakupi 3 perkara, iaitu pertama pengamalan, kedua isi dan ketiga kesimpulan. Setiap karangan mesti memenuhi disiplin 3 komponen tersebut. Komponen pengenalan mempunyai 3 ciri iaitu pertama isu berdasarkan tajuk, kedua huraian isu dan ketiga arahan atau respons soalan daripada tajuk. Dalam Komponen Isi, pertama murid saya perlu menyatakan isi mengikut arahan soalan, kedua menghuraikan isi dan ketiga mereka memberi contoh yang berkaitan isi. Begitu juga pada Komponen Kesimpulan, pertama mesti menyimpulkan tajuk berdasarkan pendapat murid, kedua huraian cadangan terhadap isu dan ketiga jelaskan harapa kepada isu.

Jawapan: Berdasarkan petikan teks di atas, terdapat beberapa penanda wacana yang boleh dikesan dalam ayatayat yang digunakan. Antara penanda wacana yang ditemui ialah seperti ‘semasa’, ‘ pertama’, ‘ kedua’, ‘ ketiga’ , ‘ setiap’, ‘dalam’ dan begitu juga. Penanda wacana atau perkataan ‘semasa’ yang terdapat di dalam ayat tersebut membawa maksud atau menunjukkan sesuatu tempoh atau ketika sesuatu perkara itu dinyatakan. Manakala perkataan atau penanda wacana ‘pertama’, ‘kedua’ dan ‘ketiga’ pula membawa maksud urutan masa atau turutan peristiwa atau kronologi sesuatu perkara yang diterangkan oleh penulis. Manakala penanda wacana ‘begitu juga’ pula membawa maksud persamaan erti dalam ayat-ayat yang terdahulu.

Related Documents


More Documents from "zaini bin mat"

Template Jsu.docx
May 2020 4
Bbm Math.docx
May 2020 4
Manual Permainan.docx
November 2019 10
Rujukan.docx
May 2020 1
Esei 1 Drama.docx
November 2019 6