Bulatkan soalan 1-15 dengan jawapan yang sesuai. Aras Rendah 1. Mak Jemah mengikat sebilah________pada galah itu untuk mengait jantung pisang. A. pisau C. tajak B. gunting D. Parang Aras pengetahuan Jawapan : C 2. Letakkan meja dan kerusi ini di________bilik yang mempunyai ruang,” kata guru disiplin kepada murid-murid. A. bila-bila B. mana-mana
C. apa-apa D. siapa-siapa Aras kefahaman Jawapan : B
3. Jam tangan berjenama______telah dihadiahi oleh Datik Kamal kepada anak kesayangannya. A. Proton C. Darlie B. Casio D. Satria Aras pengetahuan Jawapan : B 4. Banyak rumah telah musnah akibat dilanda bencana______beberapa tahun yang lepas. A. Malaria C. Chikungunya B. Gerhana D. Tsunami Aras kefahaman Jawapan : D
Aras Sederhana 5. Antara ayat berikut, ayat yang manakah menggunakan kata ganti nama tunjuk yang betul? I. II. III. IV.
Peristiwa itu masih segar dalam ingatan Pak Ali. Pemuda itu sering mundar-mandir di luar sekolah kami menjelang senja. “Cikgu, itu yuran sekolah saya,” kata Ira sambil menyerahkan wang kepada gurunya. “Cuaca di situ sungguh sejuk,” kata Ahmad sambil menahan kesejukan.
A. I dan II B. I dan III
C. I,II dan III D. II, III dan IV Aras analisis Jawapan : A
6. Pilih ayat yang menggunakan penjodoh bilangan dengan betul. I. Sekawan burung berterbangan di udara pada waktu pagi untuk mencari.
II. Dia menggunakan segumpal tanah liat untuk dijadikan pinggan. III. Naimah mengambil secubit isi ikan terubuk bakar yang masih panas itu. IV. Pemuda itu membeli segulung surat khabar mingguan di kedai Ali. A. I dan II C. I, II dan III B. I dan III D. II, III dan IV Aras aplikasi Jawapan : C 7. Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul. I. Walaupun datuk Azrul sudah tua, kulitnya masih tegang. II. Pokok langsat yang ditanam oleh Pak Murad itu berbuah padat. III. Yuki berjoging dan menanam pokok bunga pada waktu senggang. IV. Baju Ching Ting sudah uzur kerana kerap dipakainya. A. I dan II C. I, II dan III B. I dan III D. II, III dan IV Aras analisis Jawapan : B 8. Suhu di dalam bilik hotel terlalu sejuk sehingga saya mengigil. Nescafe yang dibancuh oleh Ratni manis benar rasanya.
Apakah persamaan yang terdapat pada kedua-dua ayat di atas? A. B. C. D.
Kata seru Kata ganda Kata nama Kata penguat Aras analisis Jawapan : D
9. Pilih ayat yang menggunakan kata penguat yang betul. I. Cendol pulut Pak Hassan sekali enak sehingga terkenal di pekan ini. II. Rohana sangat sayang akan barang-barang antiknya. III. Tempat ini sungguh indah sehingga menenangkan fikiran. IV. Jurulatih itu amat tegas terhadap pemain jika berkaitan dengan disiplin. A. I dan II C. I, II dan III B. I dan III D. II, III dan IV Aras analisis Jawapan : D 10. Antara ayat berikut, ayat yang manakah menggunakan kata bantu dengan betul? I. Faiz telah menerima tawaran melanjutkan pelajaran ke luar negeri. II. Para murid boleh mematuhi peraturan sekolah. III. Setiap murid harus menjaga kebersihan kelas masing-masing. IV. Adnan mesti melawat ke Zoo Negara pada minggu hadapan. A. I dan II C. I, II dan III B. I dan III D. II, III dan IV Aras analisis Jawapan : B 11. Pilih ayat yang menggunakan kata bantu dengan betul.
I. II. III. IV.
Sebelum tidur kita mesti mencuci kaki dan menggosok gigi. Emak masih menjahit walaupun hari sudah senja. Siti sedang menyiram pokok bunga di taman bunga. Dia sungguh bertugas di Jabatan Penerangan. A. I dan II C. I, II dan III B. I dan III D. II, III dan IV Aras analisis Jawapan : C
Aras tinggi 12.
Abang menghadiakan sejambak bunga kepada emak sempena Hari Ibu. Kakak membeli senaskhah majalah di kedai yang baru dibuka itu.
Berdasarkan ayat di atas, apakah persamaan yang terdapat pada ayat tersebut? A. B. C. D.
Penjodoh bilangan Kata penguat Kata ganda Kata bantu Aras penilaian Jawapan : A
13. Pilih ayat yang menggunakan kata hubung pancangan keterangan yang betul. I. Mesyuarat tergempar itu berlanjutan hingga ke tengah malam. II. Vishu minum empat gelas air kerana terlalu dahaga. III. Klinik itu beroperasi 18 jam setiap hari atau hari Ahad. IV. Puan Laila bukan sahaja tekun bekerja bahawa dia juga seorang suri rumah tangga. A. I dan II B. I dan III
C. I, II dan III D. II, III dan IV Aras penilaian Jawapan : A
14. Hakim telah menjatuhi ketua sindiket itu hukuman gantung sampai mati. Berdasarkan pernyataan di atas, tentukan ayat pasif yang betul. A. B. C. D.
Ketua sindiket itu telah hakim jatuhi hukuman gantung sampai mati. Ketua sindiket itu telah dijatuhi oleh Hakim hukuman gantung sampai mati. Ketua sindiket itu telah menjatuhi hakim hukuman gantung sampai mati. Ketua sindiket itu telah menjatuhi hukuman gantung sampai mati hakim.
15. te Penduduk kampung itu akan berpindah. Penduduk kampung itu hendak memberi laluan kepada pembangunan negara. Tentukan ayat yang menggunakan kata hubung keterangan dengan betul. A. Penduduk kampung itu akan berpindah hingga memberi laluan kepada pembangunan negara. B. Penduduk kampung itu akan berpindah dan memberi laluan kepada pembangunan negara. C. Penduduk kampung itu akan berpindah sambil memberi laluan kepada pembangunan negara. D. Penduduk kampung itu akan berpindah kerana memberi laluan kepada pembangunan negara. Aras penilaian Jawapan : D