Sn 9 Islam Syumul Edited Drm[1]

  • Uploaded by: Iskandar Musa
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Sn 9 Islam Syumul Edited Drm[1] as PDF for free.

More details

  • Words: 1,611
  • Pages: 5
Islam: Mabda’ (Ideologi) Yang Syumul (Lengkap) Sejak keruntuhan Daulah Khilafah (Kepimpinan Dunia umat Islam yang menerapkan Islam secara kaffah) pada 3hb Mac 1924 (28 Rejab 1342H), umat Islam telah kehilangan perisai yang dapat melindungi mereka dari berbagai serangan sama ada pemikiran mahupun fizikal. Usul penubuhan Suruhanjaya Antara Agama (ICM) oleh 24 pertubuhan termasuk Majlis Peguam pada bulan Februari 2005 baru-baru ini di Kuala Lumpur dan bantahan terhadap serbuan oleh Jabatan Agama Wilayah Islam (JAWI) terhadap Kelab Malam Zouk adalah contoh bagaimana segelintir orang semakin berani mencabar Islam. Namun begitu, alhamdulillah, segolongan besar umat Islam menentang hebat penubuhan ICM kerana ia dilihat akan mencampuri urusan agama dan memusuhi undang-undang syariah dengan berselindung di sebalik sebuah badan perundingan dan penasihat (Mingguan Malaysia, 27/2/05). Dengan runtuhnya Khilafah, musuh-musuh Islam sentiasa mengugut dan menghalang para pendakwah Islam dari menjalankan usaha murni mereka demi mengekang kebangkitan umat Islam; sebagai contoh, baru-baru ini Ustaz Abu Bakar Baasyir di Indonesia dijatuhkan hukuman penjara 30 bulan akibat tekanan Amerika (Berita Harian, 4/3/05). Islam dilihat sebagai penghalang kepada kerakusan kuasa Barat khususnya Amerika. Amat menyedihkan, barat, hari ini, sebagai kuasa dominan dunia dibiar menetapkan kayu ukur bagi peradaban. Mana-mana mabda’ (ideologi) khususnya Islam, yang menyalahi piawaian ini akan dilabelkan militan, pengganas, pelampau, jumud dan diktator. Tidak kurang terdapat juga umat Islam yang jatuh kedalam perangkap ini dan cuba mempertahankan Islam tetapi tanpa disedari telah melakukannya mengikut acuan barat; ini dapat dilihat dari terwujudnya konsep Islam liberal dan Islam sederhana didalam wadah perbincangan pemikiran Islam. Pada saat ini ada umat Islam yang menganggap Islam itu tidak lebih dari aqidah ruhiyyah (kerohanian) yang hanya membicarakan masalah ibadat sahaja. Nabi Muhammad saw dan para sahabat telah menunjukkan kepada kita bahwa mereka bukan hanya ahli ibadat tetapi juga adalah negarawan, pakar ekonomi, mujahidin dan pentadbir yang cekap. Pendekatan mereka memenuhi tuntutan Allah swt:

“Wahai orang-orang yang beriman, masuklah Islam secara kaffah (menyeluruh) dan janganlah kamu mengikut jejak syaitan, sesungguhnya (syaitan itu) adalah musuh yang jelas bagi kamu” [Maksud Terjemahan Al-Baqarah: 208] Demi menegakkan Islam secara menyeluruh, mereka telah berhijrah ke Madinah dan mendirikan sebuah Negara Islam yang berdiri utuh selama lebih 1400 tahun, serta telah mencabar empayar dan ideologi buatan manusia yang lain. Kejayaan ini tidak dibiarkan begitu sahaja oleh musuh-musuh Islam. Perdana Menteri Britain, Gladstone, dalam tahun 1882, sambil mengangkat al-Quran dalam parlimen Britain mengatakan bahawa untuk membolehkan umat Islam dijajah, mereka

mesti dijauhkan dari al-Quran dan pemikiran-pemikiran Islam. Akibat serangan pemikiran Barat inilah, kita melihat kaum muslimin memperjuangkan Islam tetapi mencampuradukkan perjuangannya dengan ideologi kapitalisma dan sosialisma. Lebih sedih lagi, ada diantara golongan ini, demi ‘kebebasan berfikir’ atau ‘memperjuangkan hak minoriti’, meletakkan isu-isu didalam Islam yang bersifat qat’i (pasti) kedalam ruang perdebatan mereka. Apa yang diucapkan oleh seorang yang dianggap “intelektual muslim Malaysia” , Dr. Farish Noor, menjelaskan segalanya; “Islam adalah wacana dan semua wacana adalah terbuka, boleh dicabar” (2001) Islam sebagai mabda’ Hakikatnya, Islam adalah merupakan suatu mabda’ (ideologi) iaitu suatu aqidah aqliyah yang darinya, terpancar peraturan. Aqidah merupakan sebuah pemikiran menyeluruh mengenai alam semesta, manusia dan kehidupan dan tentang apa yang ada sebelum dan selepas kehidupan serta hubungan antaranya keduanya dengan kehidupan. Oleh itu, aqidah Islam menjawab persoalan yang berkaitan dengan kewujudan manusia di dunia. Jawapan kepada persoalan inilah yang akan muncul sebagai panduan asas bagi manusia ketika menjalankan kegiatan hidupnya. Dari aqidah Islam, muncul hukum syara’ sebagai penjelasan yang lengkap dan tepat bagi pelbagai peraturan yang berkaitan dengan: 1. Hubungan antara manusia dengan Penciptanya (ibadah) 2. Hubungan manusia dengan dirinya sendiri (akhlaq, pakaian dan makanminum) 3. Hubungan sesama manusia (kenegaraan, sistem politik, pergaulan, sistem ekonomi, hubungan antarabangsa serta urusan muamalah lainnya). (Ahmad Atiyat, At-Tariq, Dar al-Bayariq, 1996) “Hari ini telah Aku sempurnakan bagimu Deen kamu dan telah Aku cukupkan nikmatKu bagimu, serta Aku redhai Islam sebagai Deen bagimu.” [Maksud Terjemahan Al-Maidah: 3] Mabda’ Islam juga mencakupi tariqah (method) untuk (1)Menerapkan pelbagai penyelesaian tersebut, (2)Memelihara aqidah Islam agar bertahan dalam arena kehidupan, dan (3)Menyebarkan aqidah Islam kepada mereka yang belum meyakininya.

Tatacara untuk melaksanakan mabda’ ini ialah dengan menerapkannya didalam wadah Negara Islam (Khilafah). Dalam melaksanakan mabda’ tersebut, Negara berpegang kepada 2 prinsip: (1) (2)

Ketaqwaan seorang muslim dan Penguatkuasaan undang-undang Islam dan seluruh hukumannya.

Tatacara untuk mengembang dan menyebarkan mabda’ pada bangsa-bangsa lain yang belum mengimaninya adalah melalui jihad oleh Daulah. Jihad bertujuan untuk

mengatasi berbagai halangan dan rintangan bersifat fizikal, yang menghalang bangsa tersebut dari memahami hakikat Islam. Di atas kefahaman inilah, Negara Islam yang didirikan oleh Rasulullah saw berhasil menyaingi dua kuasa besar iaitu Rom dan Parsi hanya dalam masa 13 tahun setelah ia didirikan. Melalui jihad, Khilafah pernah memerintah Sepanyol (800 tahun), Portugal (600 tahun), Greece (500 tahun) dan Bulgaria (500 tahun). Dalam pemerintahan tersebut, penduduk Daulah hidup dalam suasana yang aman, damai dan dinamik - dan ini menjana minda rakyat Daulah Khilafah untuk maju dan muncul sebagai tamadun dunia yang hebat. Kekuatan dan pengaruh tamadun yang lahir dari aqidah Islam ini turut dikagumi oleh pengamat barat. Carly Fiorina, Ketua Pegawai Esekutif dari syarikat HewlettPackard pernah berucap pada 26hb September 2001 di Minnesota, Amerika Syarikat, katanya : “Pada suatu ketika dahulu wujud satu peradaban yang terhebat di dunia. Ia mampu mencipta sebuah Negara perkasa antara benua yang melingkari satu lautan ke lautan yang lain, dari iklim dingin ke iklim tropika dan padang pasir. Dalam wilayahnya tinggal beratus juta orang, yang berbilang kepercayaan dan bangsa. Salah satu bahasanya (Bahasa Arab) menjadi bahasa universal di kebanyakan tempat di dunia, yang menghubungkan antara orang-orang dari beratus wilayah. Tenteranya terdiri dari berbagai bangsa dan perlindungan ketenteraannya telah mewujudkan tahap ketenteraman dan kemakmuran yang tidak pernah diketahui sebelum ini. Pencapaian perdagangannya tersebar dari Latin Amerika hingga China dan wilayah yang berada di antara kedua-dua Negara itu. Peradaban ini dipicu oleh berbagai rekacipta. Para arkiteknya merekacipta bangunan-bangunan yang melawan graviti. Ahli matematiknya merekacipta algebra dan algoritma yang membolehkan pembinaan komputer dan penciptaan ‘encryption’. Para doktornya mengkaji tubuh manusia dan menemui rawatan baru untuk pelbagai penyakit. Ahli astronominya mengkaji langit, memberi nama kepada bintang-bintang dan membuka jalan kepada penerokaan angkasa lepas. Ketika bangsa-bangsa lain takut mengeluarkan idea, peradaban ini memperkukuhkannya dan mempertahankannya. Apabila peradaban silam mengancam untuk menghapuskan ilmu, peradaban ini menghidupkan ilmu dan memindahkannya kepada yang lain. Peradaban yang saya maksudkan adalah dunia Islam dari tahun 800 hingga 1600, yang termasuk Khilafah Utsmaniyah dan kota Baghdad, Damsyiq dan Kaherah, dan para Khalifah yang cemerlang seperti Sultan Sulaiman (Khilafah Utsmaniyah). Secara tidak sedar kita telah terhutang budi kepada peradaban ini, sumbangannya merupakan sebahagian daripada warisan kita. Industri teknologi tidak akan wujud tanpa sumbangan ahli matematik Arab. Pemimpin seperti Sultan Sulaiman menyumbangkan konsep toleransi dan kepimpinan. Dan kita juga boleh mempelajari dari contoh ini: Ia (Khilafah) adalah kepimpinan berasaskan meritokrasi, bukannya warisan. Ia adalah kepimpinan yang mengembangkan sepenuhnya kemampuan yang dimiliki oleh masyarakatnya yang majmuk yang merangkumi tradisi Islam, Kristian dan Yahudi. Kepimpinan yang cemerlang ini adalah kepimpinan yang memupuk budaya, keutuhan, kepelbagaian dan keberanian yang merakamkan sejarah 800 tahun yang penuh dengan rekacipta dan kemakmuran.” Namun, apabila Islam tidak dilaksanakan sebagai mabda’, yang berwadahkan sebuah Negara sebagai penggerak aspirasi politiknya, aqidah Islam tidak terpelihara dan manusia mula bersifat melampau, menumpahkan darah dan membuat kerosakan dimuka bumi. Di Turki, pihak tentera telah membuat kajian bahawa

menjelang 2020, 7 juta Muslim di Turki dijangka akan murtad menjadi kristian. Di Indonesia, 13 juta telah murtad menjadi kristian katolik. Di Malaysia, kita pernah dikejutkan dengan berita seorang anak muda bernama Aishah murtad setelah kalah kepada pujuk rayu kekasihnya. Kejadian ini tidak akan berlaku sekiranya peraturan Islam dilaksanakan dimana mereka yang murtad akan dihukum bunuh jika enggan bertaubat sehingga 3 hari. Begitu juga denga kadar jenayah baru-baru ini Perdana Menteri Malaysia (Berita Harian, 29/1/05) dengan bimbang mengatakan: “Saya nampak kes jenayah semakin menjadi-jadi. Apa nak jadi pada negara kita. Ini menunjukkan penjenayah tidak takut kepada undangundang kita.” Islam telah membuktikan bahawa ketika ia diterapkan secara kaffah, kadar jenayah amatlah rendah, tercatat hanya 200 kes hudud sahaja yang dijatuhkan dalam tempoh 1400 tahun pemerintahan Islam. Ini hanyalah sebahagian kecil dari contoh kejayaan Islam dalam membina dan mentamaddunkan manusia. Sejarah Islam yang wujud sebagai sebuah entiti kepimpinan politik manusia selama lebih 1400 merupakan bukti yang tidak dapat disangkal bahawa dunia pernah dipimpin oleh sebuah ideologi yang mendatangkan rahmat bagi seluruh alam. Khatimah Umat Islam tidak sewajarnya ragu tentang Islam seperti yang diinginkan oleh musuh-musuh Islam. Ingatlah firman Allah swt:

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan berpuas hati dengan kamu selagi kamu tidak mengikut aqidah mereka…..” [Maksud Terjemahan Al-Baqarah : 120] Musuh-musuh Islam seperti Amerika memahami bahawa Islam adalah mabda’ yang sama sekali tidak boleh bertolak ansur dengan kebiadaban kapitalisma. Secara alami Islam dan umat Islam tidak akan membenarkan kuffar berkuasa keatas kaum muslimin. Kita wajib yakin bahawa hanya dengan berpegang teguh kepada Islam sebagai mabda’ yang lengkap kita akan mencapai kemuliaan dan mendapat keredhaan Allah swt. Tiada siapa yang dapat menafikan hatta musuh-musuh Islam sekali pun bahawa umat Islam adalah umat yang disegani ketika Daulah Islam tertegak sejak Nabi Muhammad saw mendirikannya di Madinah sehinggalah kejatuhan Daulah Khilafah Usmaniyah pada 3hb Mac 1924. Sebuah badan pemikir Amerika, National Intelligence Council (NIC), baru-baru ini meramalkan bahawa Khilafah akan tertegak menjelang 2020 dan menurut kajian mereka, Khilafah ini akan menerapkan mabda’ Islam merangkumi wilayah yang luas dan mencabar kuasa besar seperti Amerika. Mereka melihat bahawa Khilafah bukanlah suatu khayalan malah merupakan suatu realiti yang hanya

menunggu masa sahaja untuk muncul. InsyaAllah dengan kegigihan mereka yang yakin dengan Allah dan RasulNya, Khilafah akan tertegak lebih awal dari yang diramalkan oleh NIC. Oleh itu umat Islam mestilah memahami kewajiban untuk melaksanakan Islam sebagai mabda’ yang praktikal dan tidak menganggapnya sebagai khayalan dan bersegera melakukan dakwah bersifat politik yang didasari dengan pemikiran Islam yang murni supaya Khilafah akan kembali untuk menerapkan keadilan, membawa kemakmuran dan menyelamatkan manusia dari penindasan dan kezaliman kesemua ideologi buatan manusia.

Related Documents

Sn 9_islam Syumul[1]
April 2020 2
Islam Dakwah Yang Syumul
November 2019 26
Sn
November 2019 82
Sn
October 2019 60
Sn
November 2019 56

More Documents from ""