PENGUSIRAN BANI QAINUQA' Sebelum peristiwa Badar. kaum Yahudi memendam kedengkian. Ketika kaum Muslimin memperoleh kemenangan, kedengkian dan dendam Yahudi semakin bertambah. Mereka sepakat untuk memerangi kaum Muslimin dan melontarkan fitnah. Itu bererti kaum Yahudi telah merosak perjanjian mereka dengan kaum Muslimin. Akibatnya, kaum Muslimin marah dan membalas mereka setiap kali di antara mereka muncul perlawanan. Meskipun mereka khawatir pada balasan kaum Muslimin. Namun, mereka bukannya mengurangi atau menahan gangguan terhadap kaum Muslimin, tetapi justeru semakin meningkatkan permusuhannya. Salah satu bukti gangguan mereka terhadap kaum Muslimin adalah seperti penganiayaan mereka terhadap seorang perempuan Arab. Dia pergi ke pasar Yahudi Bani Qainuqa' dengan membawa perhiasan. Kemudian duduk di kedai tukang emas milik salah seorang Yahudi. Tiba-tiba tukang emas itu datang dari arah belakang wanita itu secara sembunyi-sembunyi, lalu mengikat bahagian belakang baju perempuan itu dengan alat pengait. Ketika perempuan itu berdiri, auratnya tersingkap dan orang-orang Yahudi tertawa terbahak-bahak diselingi teriakan-teriakan cabul. Seorang laki-laki Muslim yang kebetulan melihatnya menjadi marah. Dia menikam tukang emas itu lalu membunuhnya. Pembunuhan ini mengundang kemarahan kaum Yahudi. Mereka beramai-ramai membelasah orang Islam itu dan membunuhnya. Keluarga Muslim yang terbunuh berteriak meminta tolong kaum Muslimin agar menghadapi kaum Yahudi, lalu mereka datang menyerang kaum Yahudi. Maka, terjadilah pertarungan antara kaum Muslimin dan orang-orang Yahudi. Sebelum kerusuhan berlaku dan semakin meluas, Rasulullah Saw. sebenarnya sudah meminta kaum Yahudi agar menghentikan gangguan mereka, namun kumpulan manusia terkutuk ini justeru makin menampakkan kemarahan. Rasulullah Saw. terpaksa keluar bersama-sama kaum Muslimin, dan mengepung pemukiman Bani Qainuqa'. Perkampungan mereka dikepung dengan rapat. Setelah bermusyawarah dengan pemuka-pemuka sahabatnya, Rasulullah Saw. menetapkan bahwa kaum Yahudi Bani Qainuqa' seluruhnya harus dibunuh. Akan tetapi, Abdullah bin Ubay bin Salul. seorang tokoh Yahudi yang menjadi sekutu Bani Qainuqa' mahupun kaum Muslimin, berjumpa Rasulullah Saw. dan berkata, "Ya Muhammad, berbuat baiklah kepada budak-budakku (bani Qainuqa’). " Dia meminta Rasulullah Saw. agar mengurangkan serangannya. Berkali-kali Ibnu Ubay mengulangi permohonannya, tetapi Nabi Saw. berpaling. Ibnu Ubay tidak putus asa. Dia terus mendesak Nabi lebih keras. Akhirnya. Nabi Saw. mengulurkan tangan kepadanya hingga Madinah menjadi tenang kerana kebaikan dan kasih sayang beliau. Nabi Saw. memenuhi permintaannya dan menetapkan bahawa tidak ada penyerangan kepada Bani Qainuqa'. Sebagai ganti hukuman atas perbuatan mereka, seluruh kaum Yahudi Bani Qainuqa' harus keluar dari kota Madinah, dan mereka mematuhinya. Mereka keluar menuju arah Utara hingga perbatasan Syam.