Sn 6-isu Senjata Nuklear Edited[1]

  • Uploaded by: Iskandar Musa
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Sn 6-isu Senjata Nuklear Edited[1] as PDF for free.

More details

  • Words: 1,839
  • Pages: 5
Waspada terhadap Amerika; satu lagi penjajahan negeri kaum Muslimin akan berlaku… Berita (11/2/2005) –berita Iran Setelah selesai penjajahannya ke atas Iraq, kini Negara Uncle Sam laknatullah itu mengalihkan sasarannya ke Iran pula atas alasan yang sama. Ini semua adalah gara-gara Iran juga telah menyepakati perjanjian berkenaan senjata nuklear yang telah ditandatanganinya iaitu Perjanjian Larangan Penyebaran Senjata Nuklear (Non-Proliferation Treaty-NPT). Iran tergolong dalam Negara ‘non-nuclear weapon states(NNWS)’. Apabila sebuah Negara NNWS disyaki atau didapati memiliki senjata nuklear, maka ia akan dituduh sebagai ‘negara jahat’ dan dijadikan sasaran seperti yang berlaku di Iraq dan Korea Utara sebelum ini. Maka sekarang giliran Iran pula… Risalah ini akan mengupas apakah hakikat sebenar NPT, apakah hukum negeri-negeri kaum Muslimin yang menyepakati perjajian ini, hukum memiliki senjata nuklear, serta hukum menggunakannya? Apa yang lebih penting adalah adakah ujud agenda lain disebaliknya? dan seterusnya apakah tindakan sepatutnya yang dilakukan oleh kaum Muslimin untuk meyelesaikan permasalahan ini. Non-Proliferation Treaty-NPT Perjanjian Larangan Penyebaran Senjata Nuklear (Non-Proliferation Treaty-NPT) adalah undang-undang yang melarang penyebaran senjata nuklear dan teknologi senjata serta perlucutan senjata. Ia telah dibuka untuk ditandatangani pada 1hb Julai 1968 di London, Moscow dan Washington dan dikuatkuasakan pada 5hb Mac 1970. Ia didokong kuat oleh Amerika Syarikat. Sebanyak 187 buah negara telah menyertainya. Negara-negara ini telah dikelaskan kepada 2 kategori: Negara-negara nuklear (nuclear-weapon states-NWS) yang termasuk didalamnya Amerika Syarikat, Russia, China, Perancis dan United Kingdom; dan Negara-negara bukan nuklear (non-nuclear weapon states - NNWS). NPT adalah perjanjian multilateral. Di bawah perjanjian ini, lima negara NWS ini dilarang untuk mempersenjatakan Negara-negara bukan nuklear dengan senjata nuklear. Begitu juga Negara-negara bukan nuklear telah bersepakat untuk melepaskan senjata nuklearnya atau tidak berusaha untuk membina senjata nuklear walau apa jua pun bentuknya seperti yang dinyatakan dalam Artikel I dan II perjanjian NPT. Untuk perlaksaanaannya, satu badan khas telah ditubuhkan iaitu Agensi Tenaga Atom Antarabangsa(International Atomic Energy Agency-IAEA) yang bertanggungjawab untuk meyediakan satu sistem perlindungan. Badan ini memastikan kepatuhan kepada perjanjian itu melalui pemeriksaaan yang diadakan setiap lima tahun. Dengan keahlian hampir seluruh Negara-negara dunia, NPT mendapat sokongan yang paling meluas daripada semua perjanjian kawalan ketenteraman yang lain. Hanya Cuba, India, Israel dan Pakistan yang masih berada diluar perjanjian. Bagi menyetujui perjanjian ini, Negaranegara ini mesti bertindak sebagaimana negara-negara bukan nuklear kerana NPT hanya menghadkan status NWS kepada negara yang ada ‘mengilang dan meledakkan senjata nuklear atau alat letupan nuklear lain sebelum 1hb Januari 1967”. India, Israel dan Pakistan, kesemuanya diketahui mempunyai atau dipercayai memiliki senjata nuklear, bergabung dengan perjanjian tersebut sebagai NNWS. Maka, mereka perlu menghapuskan senjata nuklear mereka dan

meletakkan bahan-bahan nuklear mereka di bawah kawalan antarabangsa. Dengan perjanjian ini, mana-mana Negara NNWS yang cuba mendapatkan senjata nuklear akan dikecam dan dilucutkan persenjataan nuklearnya oleh Negara NWS. Perjanjian NPT ini kononnya mempromosikan kerjasama dalam bidang teknologi nuklear yang selamat dan kesamarataan dalam mendapatkan teknologi ini bagi semua negara ahlinya. Pada masa yang sama, menghalang penyalahgunaan senjata serta bahan-bahan nuklear.Tetapi adakah ini benar? Atau ada tujuan terselindung disebaliknya??? Hakikat sebenar NPT Perjanjian ini sebenarnya adalah diskriminasi kepada kebanyakan negara-negara lain di dunia ini. Dengan adanya perjanjian ini, mana-mana negara NNWS yang cuba mendapatkan senjata nuklear akan dikecam dan menjadi sasaran. Amerika sebagai satu-satunya kuasa besar akan tetap berkeras akan haknya. Amerika akan mengugut negara lain itu akan menggunakan senjata nuklearnya untuk menghalang bakal saingannya. Pelik, kerana Amerika boleh menggunakan senjata nuklear, sedangkan NPT mempromosikan penggunaan teknologi nuklear yang selamat kepada manusia. Secara praktiknya, tidak ada satua pun daripada kelima-lima buah Negara NWS yang menunjukkan niat yang serius untuk menghapuskan senjata sebagaimana yang dikehendaki oleh perjanjian. Mereka (yang diterajui oleh Amerika) sebenarnya bertujuan untuk memonopoli senjata nuklear, dan menafikan hak negara lain untuk memilikinya.Inilah satu lagi sikap ‘double standard ‘ yang pelik. Amerika hanya memandang NPT ini hanya sebagai alat untuk menghalang negara lain seperti Iraq, Iran dan Korea Utara dan sebagai satu jalan untuk meningkatkan lagi dan dengan pesat menandingi Russia dan China, tanpa apa-apa perubahan dalam rangka untuk melupuskan senjata nuklearnya sendiri. Jika kita memerhatikan senario politik antarabangsa, kita akan mendapati bahawa perjanjian NPT ini hanya di atas kertas. Faktanya, Amerika masih membuat pembangunan senjata baru. Yang terbaru sebanyak USD 9 million diperuntukkan kepada 3 buah makmal pembangunan senjata nuklearnya untuk menghasilkan senjata lebih lasak dan berkeyakinan (The New York Times, Isnin, 7/2/05). Dasar hipokrit Amerika ini dapat dilihat lebih jelas dari tindakannya baru-baru ini menarik diri dari Perjanjian Peluru Berpandu Anti-Bilastik (AntiBallistic Missile Treaty-ABMT) dengan Soviet Union dengan penuh semangat untuk mengejar ‘sistem Peluru Berpandu Pertahanan’, Sedangkan pada masa itu dia mengecam tindakan Iraq dan Korea Utara melanggar perjanjianyang menghalang memiliki senjata nuklear. Hukum mematuhi NPT, memiliki senjata nuklear dan menggunakan senjata nuklear Allah berfirman:

“Dan persiapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa sahaja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang kamu tambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah, musuh kamu dan orang-orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya”. (TMQ al-Anfaal,8:60)

Berkata Ibnu Abbas bahawa yang dimaksudkan al-quwwah adalah as-silah (senjata) dan al-qasiy. Persiapan ini mencakup semua jenis senjata diantaranya ialah kuda. Allah SWT mencontohkan kuda kerana pada ketika peperangan dahulu, kuda adalah kekuatan yang paling tinggi yang ada pada masa itu. Allah SWT memerintahkan kaum Muslimin untuk mempersiapkan segala kekuatan yang mereka sanggup untuk menggetarkan musuh Allah SWT yang kita ketahui dan yang tidak kita ketahui. Oleh kerana itu, ia mencakupi semua jenis persenjataan yang boleh diperolehi termasuklah senjata nuklear. Perjanjjian NPT telah melarang kaum Mslimin untuk memiliki senjata yang mampu menggentarkan musuh. Oleh itu, kaum Mulimin tidak boleh terikat dengan perjanjian tersebut kerana bertentangan dengan apa yang telah diperintahkan oleh Allah SWT. Dengan itu, perjanjian ini atau persepakatan seumpamanya seperti ingin mewujudkan zon bebas nuklear di Timur Tengah (APF- Cairo, 15/8/2004) yang dirancang akan diadakan pada Januari lepas juga adalah haram. Justeru, kita tidak boleh menyepakatinya ataupun melaksanakannya. Daripada dalil di atas, jelas bahawa kaum Muslimin wajib mempunyai senjata nuklear kerana pada masa sekarang, senjata tersebut adalah senjata terkuat yang ada. Musuh Islam seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom memiliki senjata tersebut sehingga mereka boleh menggugat kedaulatan Negara-negara lain. Memiliki senjata tersebut boleh menjamin keamanan dan keselamatan negeri-negeri kaum Muslimin. Hukum memilikinya adalah berbeza dengan hukum menggunakanya kerana ia adalah dua aktiviti yang berbeza. Umat Islam pada asalnya tidak boleh menggunakannya ketika perang kerana senjata nuklear adalah senjata pemusnah besar-besaran (WMD). Ini berdasarkan firman Allah SWT tentang hukum berperang:

-surah pasal tidak boleh melakukan kemusnahan (TMQ X, xx:xx) Tetapi jika kaum kafir musuh telah menggunakannya dahulu, maka kaum muslimin boleh menggunakannya. Itupun sebagai jalan terakhir.

-surah pasal tidak bolehmembalas kecuali yg setimpal, jgn melampau (TMQ X, xx:xx) Agenda Amerika Disebalik isu ini sebenarnya Amerika ingin meluaskan lagi tanah jajahannya. Isu senjata nuklear ini sengaja diperbesar-besarkan untuk dijadikan alasan wajar untuk mereka bertindak sesuka hatinya. Amerika mampu menjadikan serangan dan penjajahannya atas Iraq dahulu sebagai perkara yang dipandang telah sesuai dengan undang-undang antarabangsa! Amerika ingin mengarahkan dunia untuk bersetuju dengan tindakan sewenang-wenangnya itu untuk melanggar kedaulatan negara lain dan menjajahnya. Pada masa kini, Amerika berniat untuk menjajah Iran

yang juga kaya dengan minyak. Amerika ingin memperluaskan lagi negeri-negeri jajahan takluknya. Amerika semakin kuat, dengan tindakan yang sewenang-wenangnya dalam kancah politik antarabangsa. Amerika menjadi satu-satunya kuasa besar dan paling berkuasa di dunia sehingga tiada siapa lagi yang dapat menyainginya lagi. Inilah yang ingin dilakukannya sekarang. Sebenarnya, isu senjata nuklear ini hanyalah salah satu cara (uslub )yang dijadikan alasan untuk ‘menghalalkan’ campurtangan Amerika ke atas negara lain dengan menggunakan alat (wasilah) yang dikuasainya iaitu IAEA. Amerika akan menggunakan pelbagai cara lagi untuk menjajah negeri-negeri lain. Contohnya, jika Amerika ingin menguasai Malaysia ataupun Indonesia, maka ia akan menggunakan isu terorisme dan pelbagai alasan lain lagi untuk menjustifikasikan tindakan sewenang-wenangnya ke atas negeri-negeri lain. Sesungguhnya, siapa pun yang mengamati berbagai peristiwa politik antarabangsa sekarang ini, khususnya di Dunia Islam, akan dapat menyimpulkan bahawa Amerika sedang meluaskan hegemoninya ke atas dunia sekaligus mengarahkan dunia sesuai dengan cita-citanya. Oleh itu, kita sebagai kaum Muslimin mestilah berwaspada akan setiap tindak tanduk Negara Amerika laknatullah ini. Khatimah Wahai kaum Muslim, Anda sekalian adalah umat yang terbaik dan tertinggi. Kuncinya adalah dengan berdirinya sebuah Daulah Khilafah. Negeri-negeri kaum Muslimin adalah negeri-negeri yang kaya dengan sumber alam dan penduduknya berani mati. Lebih daripada itu, negeri-negeri kaum Muslimin adalah negeri yang memiliki ideologi yang unik, iaitu Islam yang unggul. Dengan Islamlah, umat hidup dan bebas dari kezaliman serta tindakan penguasa kuku besi dan selamat dari thâghût abad 21, iaitu Amerika Syarikat. Sesungguhnya Anda sekalian adalah pemimpin di dunia ini. Sementara itu, negeri-negeri Anda adalah panggung dinamik dan persaingan antara negara-negara kafir penjajah lantaran kedudukan strategiknya dan kekayaan alamnya yang besar sebagai nikmat yang telah Allah SWT kurniakan kepada Anda sekalian. Bagaimana orang-orang kafir boleh mengetahui kekayaan Anda dan kedudukan Anda yang stategik, yang membuat mereka bersaing merebutnya, sedangkan Anda sekalian menutup mata dari nikmat dan kekuatan yang telah Allah SWT berikan kepada Anda sekalian? Bukankah Anda sekalian adalah orang yang telah melakukan berbagai pembebasan (futûhât) yang telah menjadikan banyak umat meninggalkan agama-agama mereka yang batil dan semangat bangsa mereka yang rosak, lalu mereka menjadi satu umat yang disatukan dan digerakkan oleh Islam? Bukankah Anda sekalian yang telah mengalahkan pasukan Tartar bahkan Anda sekalian telah menundukkan salah satu suku mereka ke dalam pangkuan Islam di mana sisa-sisa mereka di bahagian utara negeri-negeri Islam mengembangkan Islam hingga ke hari ini? Bukankah Anda sekalian yang telah mengalahkan tentara Salib setelah mereka membangunkan berbagai kerajaan dan negara di tanah Anda sekalian, lalu mereka terlempar dari tanah dan langit negeri Anda sekalian dan mereka tercerai-berai, hina dan direndahkan?

Sesungguhnya para thâghût hari ini, Amerika, Britain dan para pengikut mereka, adalah sama seperti mereka yang telah lalu itu; mereka itu tidak mampu berperang. Mereka turun ke medan pertempuran dan setelah itu mundur kalah. Sesungguhnya, Perang Hittin adalah permulaan runtuhnya pasukan Salib dan adalah ‘Ain Jalut pembuka runtuhnya kaum Tartar. Demikianlah mereka itu. Satu medan pertempuran yang akan meruntuhkan bangunan dan struktur mereka. Siapa lagi kalau bukan Khilafah yang akan memulakan medan perang? Kita telah menyaksikan negara selain Khilafah yang memiliki persenjataan dan pasukan yang besar, ternyata tidak berperang, dek kerana kerosakan agama dan dunia mereka, mereka telah menukar kehidupan akhirat dengan dunia yang kecil. Khilafahlah satu-satunya negara yang mampu menghapus Amerika dan Britain dari panggung antarabangsa; satu-satunya negara yang akan melawan hegemoni Amerika Syarikat dari pentas politik antarabangsa, satu-satunya negara yang akan menyelamatkan dunia dari kejahatan dan meluaskan kebaikan ke seluruh penjuru dunia. Wahai Umat Islam, berjuanglah bersama gerakan yang sedang berjuang mengembalikan Khilafah Rasyidah yang kehadiran kembalinya tersebut telah dikhabarkan oleh Rasulullah dalam hadits-hadits shahih. Jadilah Anda sekalian sebagai penolong dan pendukung para pejuang itu sebagai bentuk ketaatan kepada Allah SWT dan Rasullulah SAW anda sekalian. Serta sebagai usaha mengembalikan kemuliaan dan kejayaan Anda sekalian. Anda sekalian, wahai orang-orang yang memiliki kekuasaan, ini adalah hari Anda sekalian untuk bertindak. Bersempena dengan sambutan Maal Hijrah ini, Kami mengajak Anda sekalian kepada kejayaan Islam. Kami mengajak Anda sekalian untuk mengikuti langkah kaum Anshar. Oleh karena itu, bergegaslah Anda sekalian ke medan kesabaran dan kemenangan. Allah SWT berfirman: “Janganlah kamu lemah dan meminta damai padahal kamulah yang di atas dan Allah (pun) beserta kamu dan Dia sekali-kali tidak akan mengurangi (pahala) amal-amalmu.” (TMQ Muhammad, 47: 35)

Related Documents

Pyschody Edited1
November 2019 5
Teknologi Nuklear
May 2020 6
Sn
November 2019 82
Sn
October 2019 60

More Documents from ""