Slaid Presntation Hsm 216 (nll).docx

  • Uploaded by: Ngan Ling
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Slaid Presntation Hsm 216 (nll).docx as PDF for free.

More details

  • Words: 438
  • Pages: 2
Srivijaya mempunyai sistem pemerintahan dan pentadbiran yang sistematik Sistem pemerintahan -

-

-

Pemerintah Srivijaya menggunakan gelaran Dapunta Hyang. Kepercayaan kepada konsep daulat raja menyebabkan wujudnya tradisi persetiaan golongan diperintah kepada pemerintah kerana percaya raja adalah dewa dan simbol Tuhan di bumi. Berdasarkan kepada inskripsi Telaga Batu, golongan diperintah mestilah mengaku taat setia mereka melalui minuman air sumpah. Dalam upacara persediaan itu, air dituangkan ke atas batu yang mengandungi inskripsi Telaga batu dan air itu akan mengalir melalui corong di bawahnya. Air itu akan ditadah dan diberi minum kepada mereka yang menjalankan upacara persetiaan itu. Golongan yang tidak memberi taat setia kepada raja dianggap golongan penderhaka. Wujud kata-kata ancaman kepada mereka yang menderhaka raja. Contohnya, prasasti yang dijumpai di Jambi dan Bangka pada tahu 686. Kata-kata ancaman tersebut adalah seperti berikut : “Jika kamu berlaku khianat, bersubahat dengan orang-orang yang berhubungan dengan musuh-musuhku, ataupun jika kamu mengintip untuk musuhku, kamu akan mati dengan sumpahan”

Struktur pentadbiran -

-

-

Batu bersurat Telaga Batu banyak menerangkan pelbagai jawatan dalam struktur pemerintahan kerajaan Srivijaya. Srivijaya dibahagikan kepada beberapa mandala atau kawasan dan tiap-tiap mandala yang tertakluk kepada Srivijaya itu diletak dibawah pemerintahan seorang datu. Datu yang dilantik merupakan anak-anak raja atau pembesar. Sekiranya mandala itu dipimpin oleh anak raja maka ia akan digelar kadatuan dan sebaliknya sekiranya yang berkuasa itu pembesar bukan berdarah raja maka kawasan kawalannya digelar praddatuan. Tiap-tiap datu mempunyai seorang penolong yang akan membantu dalam hal-hal negara dan ia digelar sebagai parvanda ataupun ketua tentera.

Agama -

-

-

Bukti kewujudan agama Buddha pada kerajaan Srivijaya dapat dilihat apabila terdapat catatan yang mengatakan beberapa buah tempat ibadat dibina di sekitar Ligor di segenting Semenanjung Tanah Melayu. Menurut Abdul Rahman, Srivijaya menjadi pusat pengajian agama Buddha yang utama di rantau Asia. Hal ini dapat dibuktikan dengan lawatan I Tsing yang merupakan penganut agama Buddha yang terkenal di China datang ke Palembang. Beliau banyak menghabiskan masa di Srivijaya untuk mempelajari agama Buddha lalu mengkaji serta memahami bahasa Sanskrit dan Melayu dan akhirnya I Tsing berjaya menterjemah buku-buku agama Buddha kepada bahasa China. Penyebaran agama ini adalah disebabkan pemerintah yang menjadi penaung kepada perkembangan agama Buddha. Contohnya, pada tahun 775 masihi, raja Srivijaya telah mengarahkan sami diraja yang bernama Jayanata untuk membina tiga buah berhala di Jaiya. Begitu juga dengan kuil-kuil yang dibina di Nalanda pada tahun 949 masihi.

Wolters, O.W. 1989. Perdagangan Awal Indonesia. Satu Kajian Asal Usul Kerajaan Srivijaya, (terj.). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Nik Hassan Shuhaimi. 1979. Srivijaya: Satu Tinjauan Tentang Organisasi Sosial Dan Pentadbiran, Kuala Lumpur : Universiti Kebangsaan Malaysia. Hall, D.G.E. 1971. Sejarah Asia Tenggara, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Related Documents

216
November 2019 22
Presntation Slide
November 2019 6
216
May 2020 21
216
October 2019 21
216
May 2020 18

More Documents from ""