Skruktur Ekonomi Negara

  • Uploaded by: Muhd Fiqri Hazrith
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Skruktur Ekonomi Negara as PDF for free.

More details

  • Words: 1,399
  • Pages: 24
EKONOMI ASAS TINGKATAN 5 Bab 2 STRUKTUR EKONOMI NEGARA Disediakan Oleh MUHD FIQRI HAZRITH BIN MUHAMMAD HAIRI Pelajar Tingkatan 5A2 2009

STRUKTUR EKONOMI NEGARA

Sektor Ekonomi Negara Struktur ekonomi merujuk kepada gabungan pelbagai sektor ekonomi yang menyumbang kepada pendapatan negara dan guna tenaga. Sektor ekonomi di Malaysia terdiri daripada:   

sektor utama; sektor kedua; sektor ketiga.

STRUKTUR EKONOMI NEGARA

Sektor Utama 

Sektor utama melibatkan aktiviti peringkat pertama dalam proses pengeluaran. Aktiviti di sektor ini termasuklah aktiviti pertanian, penternakan, pembalakan, perikanan, serta perlombongan dan kuari. Sektor utama terdiri daripada: (a) sektor pertanian dan perhutanan - terdiri daripada kegiatan pertanian, perhutanan, penternakan, dan perikanan. (b) sektor perlombongan dan kuari - terdiri daripada kegiatan perlombongan bijih timah, petroleum, gas asli cecair, bauksit, dan tembaga.

STRUKTUR EKONOMI NEGARA

Sektor Kedua Sektor kedua melibatkan aktiviti pemprosesan bahan mentah menjadi barang siap atau barang separuh siap. Sektor ini menggunakan bahan mentah dari sektor utama dan barang perantaraan untuk mengeluarkan barang siap atau barang separuh siap. Sektor kedua terdiri daripada: (a) sektor perkilangan – terdiri daripada industri desa, industri ringan, dan industri berat. (b) sektor pembinaan.

STRUKTUR EKONOMI NEGARA

Sektor Ketiga Sektor ketiga juga dikenali sebagai sektor perkhidmatan. Sektor ini melibatkan aktiviti penawaran perkhidmatan secara terus kepada pengguna seperti pengangkutan, penyimpanan, perhubungan, kuasa elektrik, gas, air, perdagangan borong dan runcit, hotel, restoran, insurans, pelancongan, perkhidmatan awam dan kerajaan. Sektor ini terbahagi kepada tiga sektor kecil iaitu: ☆ perkhidmatan pengeluar – subsektor ini menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan sokongan seperti pengangkutan, pergudangan, dan kewangan untuk membantu sektor pertanian, perlombongan, pembinaan, dan perkhidmatan dalam menghasilkan barang. ☆ perkhidmatan awam – kegiatan-kegiatan ekonomi kerap disokong oleh perkhidmatan awam seperti kesihatan, pendidikan, pertahanan dan keselamatan, serta kemudahan awam. ☆ perkhidmatan lain – meliputi perkhidmatan agihan dalam bentuk perniagaan borong, runcit, restoran, hotel, dan pasar raya.

STRUKTUR EKONOMI NEGARA

Sektor ekonomi Sektor utama • pertanian dan perhutanan • perlombongan dan kuari

Sektor kedua • perkilangan • pembinaan

Sektor ketiga • perkhidmatan pengeluar • perkhidmatan awam • perkhidmatan lain

Rajah Satu sektor-sektor ekonomi

STRUKTUR EKONOMI NEGARA Sumbangan Sektor Ekonomi kepada Pendapatan Negara atau Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) merupakan pendapatan negara. KDNK merupakan satu ukuran nilai wang yang dihasilkan oleh faktor-faktor pengeluaran dalam sesebuah negara. KDNK dapat juga mengukur pretasi ekonomi sesebuah negara pada keseluruhannya. Sumbangan setiap sektor ekonomi kepada KDNK adalah seperti yang ditunjukkan oleh Jadual Satu.

STRUKTUR EKONOMI NEGARA [1985] Sector Jumlah ekonomi (RM Juta)

[1990]

[1995]

[2000]

Peratus (%)

Jumlah (RM Juta)

Peratus (%)

Jumlah (RM Juta)

Peratus (%)

Jumlah (RM Juta)

Peratus (%)

Sektor utama

17,839

31

23,021

29

25,572

21

33,149

16

Sektor kedua

14,001

25

23,684

29

45,182

37

67,288

34

Sektor ketiga

25,255

44

32,184

42

49,773

41

99,153

50

Jadual Satu sumbangan sektor ekonomi kepada KDNK

STRUKTUR EKONOMI NEGARA

Sektor utama Berdasarkan Jadual Satu sumbangan sektor utama kepada KDNK menunjukkan trend yang semakin meningkat kecuali pada tahun 2000. Kemerosotan ini mungkin disebabkan oleh kekurangan hasil pertanian (akibat ketidakstabilan harga di pasaran antarabangsa) dan kepupusan sumber asli negara.

STRUKTUR EKONOMI NEGARA

Sektor kedua Berdasarkan Jadual Satu peratus sumbangan sektor kedua kepada KDNK menunjukkan trend yang semakin meningkat kecuali pada tahun 2000. Peningkatan sumbangan sektor kedua kepada KDNK disebabkan pelbagai dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan untuk memajukan kegiatan perindustrian di Malaysia. Antaranya dasar-dasar tersebut termasuklah Pelan Induk Perindustrian, Dasar Perindustrian Negara, Dasar Penswastaan, Dasar Pensyarikatan, Dasar Perindustrian Barat, dan Dasar Pembangunan Nasional. Sebagai kesannya, sektor perkilangan muncul sebagai sektor yang paling dinamik serta mengalami perkembangan yang pesat dalam ekonomi Malaysia.

STRUKTUR EKONOMI NEGARA

Antara strategi-strategi yang digunakan untuk meningkatkan peranan sektor perindustrian di Malaysia termasuklah: ☆











menubuhkan Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM) pada tahun 1980; mewujudkan agensi-agensi kerajaan dan swasta yang ada kaitan dengan kemajuan perindustrian seperti MARA, TDC, MEXPO, dan lain-lain; memperkenalkan sistem kuota untuk mengehadkan jumlah barang yang diimport bagi tempoh satu tahun; meninggikan cukai import menyebabkan harga barang import lebih mahal daripada barang buatan tempatan; mengehadkan jumlah kilang yang mengeluarkan barang yang sama jenis; menyediakan pelbagai kemudahan infrastruktur dan kawasan zon perdagangan bebas.

STRUKTUR EKONOMI NEGARA

Sektor ketiga Berdasarkan Jadual Satu sumbangan sektor ketiga merupakan penyumbang yang terbesar kepada KDNK, dan menunjukkan trend yang semakin meningkat. Pendorong utama kepada perkembangan yang mengalakkan dalam sektor ketiga ini adalah disebabkan oleh perkembangan dalam sektorsektor kecil runcit, hotel, restoran, insurans, kewangan, hartanah, dan perniagaan.

STRUKTUR EKONOMI NEGARA

Sumbangan Sektor Ekonomi Kepada Guna Tenaga

Guna tenaga merujuk kepada orang yang sedang bekerja. Jumlah guna tenaga diperoleh daripada perbezaan antara tenaga buruh dengan jumlah penduduk yang menganggur. Jadual Dua menunjukkan sumbangan setiap sektor ekonomi kepada guna tenaga.

STRUKTUR EKONOMI NEGARA [1985] Sector Jumlah ekonomi (‘000 orang)

[1990]

[1995]

[2000]

Peratus (%)

Jumlah (‘000 orang)

Peratus (%)

Jumlah (‘000 orang)

Peratus (%)

Jumlah (‘000 orang)

Peratus (%)

Sektor utama

1,804.0

32.1

1,876.7

28.4

1,862.6

24.9

1,441.1

16.5

Sektor kedua

1,284.8

22.8

1,717.1

25.9

2,246.6

29.0

3,172.4

36.3

Sektor ketiga

2,535.8

45.1

3,027.0

45.7

3,643.1

47.0

4,127.5

47.2

Jadual Dua sumbangan sektor-sektor ekonomi kepada guna tenaga

STRUKTUR EKONOMI NEGARA

Sektor utama

Sumbangan sektor utama kepada guna tenaga menunjukkan trend yang semakin merosot. Kemerosotan ini mungkin disebabkan pendapatan yang tidak menentu di sektor utama kerana harga komoditi adalah tidak stabil.

STRUKTUR EKONOMI NEGARA

Sektor kedua Sumbangan sektor kedua pula menunjukkan trend yang semakin meningkat. Pada tahun 1995, sektor kedua menjadi penyumbang kedua terbesar kepada guna tenaga. Hal ini menunjukkan sektor kedua semakin penting dalam menyediakan peluang pekerjaan kepada masyarakat.

STRUKTUR EKONOMI NEGARA

Kepentingan Sektor Utama Kepada Ekonomi Negara Membekalkan sumber bahan mentah Sektor pertanian menyumbangkan bahan mentah seperti getah dan kelapa sawit untuk industri perkilangan. Pembukaan tanah rancangan yang baru Pembukaan tanah untuk ditanam dengan getah dan kelapa sawit dapat membantu penduduk memiliki rumah dan tanah sendiri. Menyediakan banyak peluang pekerjaan Sektor pertanian masih menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan seperti penoreh getah, nelayan, penternak, dan pembalak.

STRUKTUR EKONOMI NEGARA

Mengurangkan import bahan mentah Import bahan mentah pertanian dapat dikurangkan dan seterusnya mengurangkan pengaliran wang keluar negara. Meningkatkan daya saing Hasil tanaman negara seperti getah dan kelapa sawit boleh bersaing dengan negara Indonesia dan Negara Thai. Sumber pendapatan negara Pengeksportan bahan-bahan mentah ini ke luar negara akan mendatangkan hasil dan sumber pendapatan kepada negara.

STRUKTUR EKONOMI NEGARA

Kepentingan Sektor Utama Sumber bahan mentah Menyediakan peluang pekerjaan Mengurangkan import bahan mentah Meningkatkan daya saing Sumber pendapatan negara

Rajah Dua Kepentingan sektor utama kepada ekonomi negara

STRUKTUR EKONOMI NEGARA

Masalah Pergantungan Ekonomi Kepada Sektor Utama  Ketidakstabilan harga komoditi  Ketidakstabilan harga komoditi bermakna harga komoditi sering mengalami turun naik yang hebat.  Hal ini disebabkan sifat permintaan dan penawaran komoditi yang tidak anjal.  Sekiranya ekonomi negara terlalu bergantung kepada sektor utama, secara tidak langsung pendapatan negara turut terjejas dan sering terdedah kepada ketidakstabilan.

STRUKTUR EKONOMI NEGARA Menjejaskan peluang pekerjaan



 

Pergantungan ekonomi kepada sektor utama akan menjejaskan peluang pekerjaan. Hal ini demikian kerana sektor utama tidak mampu menyerap guna tenaga yang banyak.

Merugikan imbangan dagangan 



Pergantungan ekonomi kepada sektor utama juga menyebabkan kerugian imbangan dagangan negara. Hal ini demikian kerana negara terpaksa membelanjakan wang yang banyak untuk mengimport barang lain manakala hasil eksport yang diperoleh adalah sedikit.

Kehausan dan kepupusan sumber

 



Pergantungan ekonomi kepada sektor utama akan menyebabkan kehausan dan kepupusan sumber ekonomi. Sebagai contoh, hasil galian seperti bijih timah, jika diteroka secara berterusan akan menyebabkan kehausan sumber tersebut dan lama-kelamaan sumber tersebut akan pupus.

STRUKTUR EKONOMI NEGARA

Kesan Pergantungan Ekonomi kepada Sektor Utama  Turun naik harga komoditi Harga komoditi sangat terdedah kepada ketidakstabilan harga di pasaran dunia. Sekiranya permintaan terhadap komoditi tersebut tinggi, maka harganya akan meningkat. Manakala apabila permintaan terhadap komoditi itu rendah, harganya akan jatuh. Kesannya, pendapatan negara akan turut mengalami ketidakstabilan.

Daya pengeluaran yang rendah Pergantungan ekonomi kepada sektor utama akan menyebabkan daya pengeluaran yang rendah. Hal ini kerana tingkat pelaburan dalam sektor utama adalah rendah berbanding dengan sektor-sektor lain.

STRUKTUR EKONOMI NEGARA

 Persaingan dengan barang tiruan Pergantungan ekonomi kepada sektor utama menyebabkan komoditi utama terpaksa bersaing dengan barang tiruan yang lebih rendah harganya. Hal ini menyebabkan permintaan terhadap komoditi utama berkurang. Seterusnya pendapatan negara turut terjejas.

Pelaburan yang berkurang Ketidakstabilan dalam harga komoditi mempengaruhi pendapatan negara. Pendapatan negara yang kurang seterusnya akan menyebabkan pelaburan yang kurang. Oleh itu, sektor utama sukar untuk berkembang.

Penghijrahan penduduk desa ke bandar Upah yang rendah dan tidak menentu akan menyebabkan banyak penduduk desa berhijrah ke bandar. Masalah ini akan menimbulkan kekurangan tenaga kerja di sektor utama.

SEKIAN…

Related Documents


More Documents from "cikgueaizan"

Skruktur Ekonomi Negara
April 2020 13
Folio Pi
November 2019 38
Kgt
November 2019 41
Folio Sejarah
November 2019 38
Terpenoid.pptx
May 2020 41