Skrip Cerita Tahap 2.docx

  • Uploaded by: Anonymous wsrnp0Ym0
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Skrip Cerita Tahap 2.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,934
  • Pages: 10
SKRIP CERITA TAHAP 2 ”SANG KANCIL DENGAN TALI PINGGANG SAKTI” ”Ha....ha...ha......, nampaknya hari ini engkau akan menjadi makanan aku Sang Kancil, ha...ha....ha......”, ketawa Sang Harimau. ”Wahai Sang Harimau, janganlah makan aku, lepaskanlah aku, kasihanilah aku Sang Harimau ” rayu Sang Kancil. Ha, kawan-kawan hendak tahu apa kesudahan ceritanya? Dengarlah cerita saya pada hari ini yang bertajuk ”Sang Kancil dengan Tali Pinggang Sakti”. Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh dan Salam Sejahtera kepada barisan Hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Di dalam sebuah rimba, tinggal seekor Sang Kancil yang cerdik lagi bijaksana. Pada suatu hari, Sang kancil keluar mencari makanannya, tiba-tiba dia ternampak Sang Ular yang besar sedang tidur nyenyak di bawah sebatang pokok. ”Aku harus berhati-hati dengan Sang Ular itu, jikalau ia terjaga habislah aku dimakannya nanti”, bisik Sang Kancil di dalam hatinya. Tanpa membuang masa Sang Kancil pun beredar dari tempat itu. Kemudian, Sang Kancil meneruskan perjalanannya untuk mencari makanan, tiba-tiba kedengaran bunyi riuh-rendah suara binatang-binatang di dalam hutan itu. ” Lari.... lari......... lari Sang Kancil, Sang Harimau hendak makan kita”, jerit Sang Arnab dan Sang Monyet sambil berlari lintang pukang. Belum sempat Sang Kancil melarikan diri, tiba-tiba Sang Harimau terus menerkam ke arah Sang Kancil. Sang Kancil mengigil dan menangis ketakutan. ”Ha....ha...ha......, nampaknya hari ini engkau akan menjadi makanan aku Sang Kancil, ha...ha....ha......”, ketawa Sang Harimau. ”Wahai Sang Harimau, janganlah makan aku, lepaskanlah aku, kasihanilah aku Sang Harimau ” rayu Sang Kancil. Sang Kancil mencari akal untuk melepaskan dirinya dan dia teringat akan Sang Ular yang sedang tidur nyenyak di bawah sebatang pokok.

”Wahai Sang Harimau, aku mempunyai sebuah tali pinggang sakti yang ku simpan di bawah sebatang pokok, jika engkau memakainya sudah tentu semua binatang akan tunduk dan hormat pada engkau”, kata Sang Kancil. ”Apa... tali pinggang sakti?! Di manakah tali pinggang sakti itu?!” tanya Sang Harimau. ”Tali pinggang sakti itu ada ku simpan di bawah sebatang pokok tetapi engkau mestilah melepaskan aku dahulu”, kata Sang Kancil. ”Baiklah Sang Kancil, aku lepaskan engkau, tapi ingat!! Kalau kau tipu aku siaplah engkau!!, herdik Sang Harimau. Sang Kancil pun membawa Sang Harimau ke tempat Sang Ular yang sedang tidur nyenyak tadi. ” Ha..itulah tali pinggang yang ku katakan tadi”, bisik Sang Kancil kepada Sang Harimau. Tanpa membuang masa, Sang Harimau pun terus memegang badan Sang Ular yang sedang tidur nyenyak tadi dan melilitkan badan Sang Ular itu ke pinggangnya. ”Wah, hebat sungguh tali pinggang sakti ini! Ha..ha...sekarang akulah raja di rimba ini, semua binatang akan takut kepada aku, ha....ha.....ha.....”, ketawa Sang Harimau. Sang Ular yang sedang tidur nyenyak pun terjaga apabila terdengar suara Sang Harimau itu tadi. Apalagi Sang Ular berasa sangat marah lalu terus membelit pinggang Sang Harimau dengan kuat. Sang Harimau pun menjerit memnita tolong. ” Tolong.... tolong.... tolong.... Sang Harimau meronta-ronta untuk melepaskan dirinya. ”Cis, berani engkau menipu aku Sang Kancil, siaplah engkau”, marah Sang Harimau. Akhirnya, Sang Harimau pun mati dibelit oleh Sang Ular. Selamatlah Sang Kancil daripada dimakan oleh Sang Harimau. Semua haiwan yang tinggal di dalam rimba itu mengucapkan terima kasih kepada Sang Kancil kerana telah menyelamatkan nyawa mereka. ....Selesailah sudah... Kisah Sang Kancil... Yang Sangat cerdik lagi bijaksana…berjaya menumpas musuh yang ganas…Hidupan hutan… Aman dan gembira…. Hai kawan-kawan,

Dari cerita yang saya sampaikan tadi, dapatlah kita semua teladan bahawa setiap masalah yang kita hadapi pasti ada penyelesaian, jika kita menggunakan akal seperti Sang Kancil tadi. Sekian, terima kasih.

SKRIP CERITA TAHAP 1 ”SI TANGGANG ANAK DERHAKA” “Hei… Perempuan tua, jangan engkau pandai-pandai mengaku dirimu itu ibuku! Ibuku tidak sekotor ini. Aku anak orang kaya. Lebih baik kau berambus dari sini….” ” Pengawal, halau perempuan tua ini, hamba benci melihatnya!” Para hadirin sekelian, Begitulah kesombongan dan keangkuhan Si Tanggang terhadap ibunya dalam kisah ” Si Tanggang Anak Derhaka” yang akan saya ceritakan pada pagi yang berbahagia ini. Pada zaman dahulu kala, di sebuah kampung yang terpencil terdapat sebuah keluarga yang miskin. Di dalam keluarga tersebut tinggal Mak Umpit dan anak tunggalnya yang bernama Si Tanggang. Kehidupan mereka sehari-harian, bak kata pepetah kais pagi, makan pagi, kais petang, makan petang. Pada suatu hari, Si Tanggang berkata kepada ibunya yang sedang menyapu di halaman rumah... ” Ibu, kehidupan kita ini sangat miskin. Tanggang rasa eloklah Tangggang pergi merantau di negeri orang mencari kekayaan. Nanti... Tanggang akan dirikan mahligai yang indah dan akan Tanggang kalungkan intan permata pada tubuh ibu...” Alangkah terkejutnya Mak Umpit apabila mendengar hasrat anak kesayangannya itu. ”Apa??? Kau nak tinggalkan ibu...? Ibu sudah tua Tanggang... kasihanilah ibu... jangan tinggalkan ibu, Tanggang...” Segala rintihan dan rayuan Mak Umpit tidak diendahkan oleh anaknya Si Tanggang.. Keesokan harinya, keluarlah Si Tanggang meningggalkan ibunya yang tua di kampung sendirian. Setelah sekian lama berada di negeri orang, dengan berkat kerajinan Si Tanggang, beliau telah berjaya menjadi Datuk Nakhoda. Kini, Si Tanggang sudah menjadi kaya raya dan telah berkahwin dengan seorang puteri raja yang cantik jelita. Akibat

daripada kemewahan dunia yang dimiliki Si Tanggang, kini ... beliau telah lupa kepada ibunya yang tua dan miskin di kampung. Pada suatu hari, isteri Si Tanggang telah ikut serta bersam Si Tanggang dan anak-anak kapal belayar berniaga. Dalam pelayaran tersebut akhirnya kapal Si Tanggang telah berlabuh di pantai berhampiran kampung kelahirannya. Berita kedatangan kapal Si Tanggang telah diketahui oleh orang-orang kampung... Ibu Si Tanggang sangat gembira dengan berita kepulangan anaknya kesayangannya itu. Tanpa berlengah lagi Mak Umpit terus pergi berjumpa Si Tanggang dengan mendayung sampan menuju ke kapal Si Tanggang untuk berjumpa anak kesayangannya itu. ” Oh, Tanggang anakku! Tidakkah engkau kenal lagi ibumu ini? Rindunya rasa hati ibu semenjak kepemergianmu nak...” Si Tanggang terkejut dengan kedatangan perempuan tua itu. Dia berasa malu kepada isterinya untuk mengaku perempuan yang tua dan hodoh itu ibu kandungnya. Lalu Si Tanggang pun menghalau perempuan tua itu dari kapalnya. “Hei… Perempuan tua, jangan engkau pandai-pandai mengaku dirimu itu ibuku! Ibuku tidak sekotor ini. Aku anak orang kaya. Lebih baik kau berambus dari sini….” ” Pengawal, halau perempuan tua ini, hamba benci melihatnya!” Kerana terlalu cedí, Mak Umpit menagis teresak-esak apabila dimaki dan dihalau oleh anak kandungnya sendiri. Lalu dia pun mendayung semula sampannya ke pantai. Setibanya Mak Umpit di pantai, dia terus menadah tangan ke langit dan berseru lepada Tuhan; “Oh, Tuhanku! Kalau benar Si Tanggang itu adalah anakku yang kususui dari sususku ini dan yang ku didik dari sebesar dua tapak jari ini, tujukkanlah balasan Mu ke atas anak yang durhaka!!!” Tidak semena-mena satu ribut yang Amat kyat telah Turín. Kilat dan guruh memecah langit telah datang dengan tiba-tiba. Terdengarlah suara anak kapal riuh rendah di dalam bahtera. Dalam riuh rendah itu, terdengarlah suara Si Tanggang melaung.....

” Ibu.... ibu.... ibu...ampunkan dosa Tanggang bu.... Tanggang ini anak ibu........ ibu ampunkan Tanggang bu..... Ampunkan Tanggang bu.... ampunkan Tanggang bu.....” Bahtera Si Tanggang semakin karam, pekik dan lolong orang-orang di dalamnya semakin hilang...... akhirnya..... Tanggang, isteri dan anak-anak kapalnya menjadi batu akibat daripada penghinaan dan penderhakaan Si Tanggang terhadap ibunya....

Para hadirin sekelian; Itulah balasannya kepada anak-anak yang tidak mengenang budi dan dan menderhaka kepada kedua orang tuanya yang telah bersusah payah mendidik dan membesar dari kecil hingga ke dewasa. Terang bulan di malam sepi, Cahaya memancar ke pohon kelapa, Hidup di dunia buatlah bakti, Kepada kedua ibu dan bapa. Sekian, terima kasih.

TAJUK

: SINGA YANG SOMBONG

Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh dan Salam Sejahtera. Terima kasih Pengerusi Majlis Yang saya hormati para hakim, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Saya akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk “ Singa yang Sombong”. Yang terlena, sedar-sedarkan. Yang tersedar, dengar-dengarkan Yang terdengar fikir-fikirkan. Dalam sebuah hutan, tinggal seekor singa yang sombong. Badannya yang besar dan kuat menyebabkan semua haiwan takut kepadanya. Banyak haiwan yang telah menjadi mangsanya. Suatu hari, semua haiwan di rimba telah mengadakan satu perjumpaan. Mereka berbincang bagaimana untuk menewaskan singa yang ganas lagi sombong itu. Tiba-tiba Sang Kancil bangun dan bersuara. “ Wahai kawan-kawan, kehidupan kita sekarang semakin terancam. Semakin lama, semakin ramai kawan kita yang menjadi mangsa singa yang zalim itu. Oleh itu marilah kita sama-sama berfikir, bagaimana hendak menewaskan singa itu. “ Ya, kami sedia membantu” jawab haiwan yang lain. “ Siapa ada cadangan, silakan” kata Sang Kancil Semua terdiam. Tiba-tiba tebuan bersuara, “ Wahai kawan-kawan, biarlah saya cuba menewaskan singa itu.” Haiwan lain ketawa sambil memperkecilkan kebolehan Tebuan. “Selain saya, siapakah yang berani menawarkan diri, silakan.” Tebuan mencabar kawankawannya. Masing-masing tunduk diam.

“Oleh kerana tidak ada haiwan lain yang berani menentang Singa, marilah kita sama-sama menyokong Sang Tebuan sebagai wira kita.” Kata Sang Kancil dan disambut dengan tepukan yang gemuruh oleh penghuni rimba itu. Pada keesokan harinya, semua penghuni rimba keluar untuk menyaksikan pertarungan antara Singa dan Tebuan. Tiba di suatu tempat, mereka tenampak Singa masih tidur di bawah pokok. Lalu Tebuan pun terbang menghampiri Singa. “ Hai Singa yang zalim. Hari ini aku mencabar engkau untuk berlawan denganku.” Kata Tebuan dengan berani.

“ Engkau nak berlawan dengan aku?” Tanya Singa itu sambil ketawa. “ Belum cuba, belum tahu.Walaupun aku kecil, tapi dengan azam yang kuat, aku akan dapat menewaskan kemalasanmu yang besar.” Jawab Tebuan penuh semangat. “ Baiklah, kalau engkau berani, marilah.” Kata Singa. Dengan pantas, Tebuan terbang mengelilingi Singa itu. Singa itu berpusing-pusing untuk menampar Tebuan tetapi tidak berjaya. Lama kelamaan Singa itu menjadi letih. Tebuan mengambil kesempatan ini. Dengan pantas ia masuk ke dalam lubang hidung singa yang luas itu. Lalu menyengat Singa itu dari lubang hidungnya. Singa itu meraung kesakitan. Ia bersin beberapa kali tetapi tidak berjaya mengeluarkan Tebuan. Semakin lama, semakin kuat gigitan Tebuan itu. Tidak lama kemudian, Singa itupun mati kesakitan yang amat sangat. Semua binatang bersorak kegembiraan. Mereka menyanjung keberanian tebuan itu. Ingat kawan-kawan, 1. Orang yang besar tidak semestinya kuat dan orang yang kecil tidak semestinya lemah. 2.

Kita tidak boleh bersikap malas berusahalah

3. Kita mesti berusaha jika ingin Berjaya

Sebelum mengundur diri mari kita fikirkan.... kecik jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa... akal yang cerdik dan semangat kental dapat mengalahkan kekuatan fizikal.. Sekian, terima kasih.

TAJUK: ARNAB DENGAN BUAYA Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera ,terima kasih kepada tuan pengerusi majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita yang akan saya sampaikan pada hari ini ialah Arnab Dengan Buaya. Di dalam sebuah hutan terdapat sekawan arnab. Salah seekor daripada arnab-arnab itu sungguh cantik. Bulunya lebat, lembut dan putih melepak. Giginya pula tersusun rapi dan putih berseri. Sahabat handai dan binatang-binatang lain di dalam hutan itu selalu memuji kecantikan gigi arnab ini. Akibat pujian dan perhatian ini, semakin hari arnab itu menjadi semakin sombong. Ia mula berlagak seolah-olah ialah yang tercantik di dunia ini. Lama-kelamaan, haiwan-haiwan lain mula menjauhkan diri daripadanya. Oleh kerana tiada sesiapa lagi yang suka berbual dengannya, arnab itu selalu berjalan sendirian. Pada suatu hari, arnab itu berjalan di tepi sungai. Ia ternampak seekor buaya sedang berjemur di tebing. Arnab berasa takut dan tidak berani mendekati buaya itu. “Hai Arnab, cantik sungguh gigi ! Kalau gigi aku juga begitu cantik, sudah pasti aku boleh menjadi raja di laut.” Kata buaya itu kepada arnab. Arnab berasa sungguh gembira kerana sudah lama dia tidak mendengar pujian begitu. “Bagaimana engkau menjaga kecantikan gigi kau tu?” Tanya buaya itu lagi. Arnab berasa bangga dengan pujian itu. Sambil tersenyum, arnab berkata, “Engkau mesti banyak makan sayur-sayuran dan jangan makan daging.” Kemudian, buaya pun mengangakan mulutnya. “Bolehkah engkau tolong periksa gigiku. Gigiku sudah banyak yang rosak,” kata buaya lagi. Tanpa berfikir panjang, arnab pun menghampiri buaya lalu memeriksa gigi buaya satu demi satu. Tanpa berlengah-lengah lagi, buaya terus menutup mulutnya dan menelan arnab itu. Maka tamatlah riwayat arnab yang mempunyai gigi yang cantik tetapi pendek akal itu. Demikianlah kawan-kawan berakhirnya cerita saya pada kali ini. Sekian, terima kasih. Pengajaran cerita ini ialah janganlah kita bersikap sombong kepada orang lain.

ERNIE BINTI SAMIN PEMULIHAN SK. GUSI SUGUT, RANAU 2014

Related Documents

Skrip
June 2020 16
Cerita
May 2020 54
Cerita
June 2020 51
Cerita
June 2020 51

More Documents from ""