Skrip Cerita Bm Tahun 1.docx

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Skrip Cerita Bm Tahun 1.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 609
  • Pages: 3
Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita yang akan saya sampaikan pada hari ini ialah “Arnab Dengan Buaya”. Di dalam sebuah hutan, terdapat seekor arnab yang sangat cantik. Giginya tersusun rapi dan putih berseri. Haiwan-haiwan lain di dalam hutan itu selalu memuji kecantikan gigi arnab ini. Akibat pujian ini, semakin hari arnab itu menjadi semakin sombong. Lamakelamaan, haiwan-haiwan lain mula menjauhkan diri daripadanya. Oleh sebab tiada sesiapa lagi yang suka berbual dengannya, arnab itu selalu berjalan sendirian. Pada suatu hari, arnab itu berjalan di tepi sungai. Ia ternampak seekor buaya yang sedang berjemur di tebing. Arnab berasa takut dan tidak berani mendekati buaya itu. “Hai Arnab, cantik sungguh gigi engkau!” kata buaya itu kepada arnab. Arnab berasa sungguh gembira kerana sudah lama ia tidak mendengar pujian begitu. Kemudian, buaya pun mengangakan mulutnya. “Bolehkah engkau tolong periksa gigiku? Gigiku sudah banyak yang rosak,” kata buaya. Tanpa berfikir panjang, arnab pun menghampiri buaya lalu memeriksa gigi buaya satu demi satu. Tanpa berlengah-lengah lagi, buaya terus menutup mulutnya dan menelan arnab itu. Maka tamatlah riwayat arnab yang mempunyai gigi yang cantik tetapi pendek akal itu. Demikianlah kawan-kawan, berakhirnya cerita saya pada hari ini. Sekian, terima kasih.

Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita yang akan saya sampaikan pada hari ini ialah “Singa Dengan Arnab”. Pada suatu pagi, singa terjaga daripada tidur. Ia berasa sangat lapar. Dari semalam ia tidak makan apa-apa. Singa pun keluar mencari makanan. Tiba-tiba, ia ternampak seekor arnab keluar dari lubangnya. Singa menghampiri arnab itu. Kedatangannya tidak disedari oleh arnab. Singa terus menangkap arnab. "Tolong! Tolong! Jangan bunuh saya!” jerit arnab. "Kamu akan menjadi hidangan saya hari ini, hahaha!" kata singa sambil ketawa. Pada ketika itu, seekor rusa sedang melalui kawasan itu. Arnab dan singa ternampak rusa itu. Arnab mendapat satu akal untuk melepaskan diri. "Wahai tuan, jika tuan tangkap rusa itu, tentu tuan dapat makan sepuaspuasnya." kata arnab. Singa mendengar kata-kata arnab dan berfikir,” Tentulah daging rusa lebih sedap daripada daging arnab." Singa pun melepaskan arnab dan mengejar rusa. Rusa terus melarikan diri dengan pantas. Lama-kelamaan, singa berasa sangat letih. Perutnya juga sakit kerana terlalu lapar. Ia berasa kecewa kerana tidak dapat menangkap rusa itu. Ia juga menyesal kerana melepaskan arnab. Disebabkan sikapnya yang tamak, singa tidak berjaya memperoleh sebarang makanan. Demikianlah kawan-kawan, berakhirnya cerita saya pada hari ini. Sekian, terima kasih.

Selamat pagi tuan pengerusi majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita saya pada hari ini ialah “Arnab Dengan Buaya”. Di dalam sebuah hutan, terdapat seekor arnab yang mempunyai gigi cantik. Namun, semakin hari arnab itu menjadi semakin sombong. Pada suatu hari, arnab ternampak seekor buaya. “Hai Arnab, bolehkah engkau tolong periksa gigiku?” kata buaya sambil mengangakan mulutnya. Tanpa berfikir panjang, arnab menghampiri buaya. Buaya terus menutup mulutnya dan menelan arnab itu. Maka tamatlah riwayat arnab yang mempunyai gigi yang cantik tetapi pendek akal itu. Demikianlah cerita saya pada hari ini. Sekian, terima kasih.

Selamat pagi tuan pengerusi majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita saya pada hari ini ialah “Singa Dengan Arnab”. Pada suatu pagi, singa berasa sangat lapar. Tiba-tiba, ia ternampak seekor arnab dan terus menangkapnya. "Tolong! Tolong! Jangan bunuh saya!” jerit arnab. Pada ketika itu, seekor rusa sedang melalui kawasan itu. "Wahai tuan, jika tuan tangkap rusa itu, tentu tuan dapat makan sepuaspuasnya." kata arnab. Singa pun melepaskan arnab dan mengejar rusa. Namun, singa gagal menangkap rusa dan ia terus kelaparan. Demikianlah cerita saya pada hari ini. Sekian, terima kasih.

Related Documents

Skrip
June 2020 16
Sains - Tahun 6 (bm)
October 2019 40
Akhir Tahun Bm 2
May 2020 42