SAUDAGAR BESAR DARI KUALA LUMPUR
0
Babak 1 Lampu 1 dihidupkan. Rahim dan Mahani baru pulang dari sekolah. Rahim: Mahani, apa rancangan kau selepas SPM? Mahani: Aku lepas SPM nak tunggu kau lah. Rahim: Eh, aku serius ni Mahani. Apa rancangan kau lepas SPM nanti? Mahani: okey tak tak aku bergurau je. Hmm aku tak fikir lagi la. Bagaimana pula dengan kau? Rahim: aku! Aku bercita-cita nak sambung belajar ke London dan ambil jurusan perniagaan. Sekali gus nak bantu perniagaan ayah aku. Mahani: Kenapa kau nak pergi belajar jauh-jauh. Kau nak tinggal aku ke? Rahim: Tak Mahani. Aku nak jadi seseorang yang dapat bantu masyarakat kita. Dan keluarkan mereka dari kepompong kemiskinan. Mahani: Besar cita-cita kau Rahim. Aku akan sokong apa jua keputusan kau. Aku kena pulang dahulu. Kita jumpa esok la ya Rahim. Rahim: baiklah. hati-hati Mahani. (Mahani keluar pentas sementara Rahim masih berada di atas pentas.) Rahim : Nama saya Rahim bin Muhammad. Orang-orang kampung Pulai pasti kenal benar dengan ayah saya. Saudagar besar dari Kuala Lumpur, ahli perniagaan yang berjaya, sukses serba serbi hidupnya, menjadi idola dan disanjung-sanjung. Tapi mereka tak sedar orang yang mereka sanjung dan puja itulah yang akan merampas tanah-tanah mereka kononnya nak bantu kehidupan orang kampung tapi nak kenyangkan perut sendiri dengan perut-perut manusia kapitalis yang asyik fikir duit-duit-duit. Rahim dan lebai maarop berlanggar bahu * ada eye contact Lebai maaruf : Assalammualaikum w.b.t. . maaf tuan-tuan bukan niat saya nak tunjuk baik ke apa. Tapi saya rasa bertanggungjawab untuk sedarkan orang bijak seperti Cik Mad , kekayaan di dunia ini hanya sementara. Nak buat bangunan, pusat beli-belah, hotel atau padang golf sekalipun buatlah saya tak halang. Saya cuma mahu agama dan nilai moral masyarakat setempat lebih-lebih lagi anak-anak muda terpelihara dan tidak terjejas dek kerana
1
pembangunan
yang
Cik
Mad
dan
Sudin
laung-laungkan.
Betul
tak
jemaaah?
*alhamdu…lillahhh Sudin: *terbatuk-batuk/tersedak* siapa pulak yang sebut-sebut nama aku nih? Eh ramai-ramai di sini untuk apa? Saya tahu~ pasti kalian semua mahukan kepastian mengenai perusahaan lombong lembah tualang itu bukan?? *ketawa kecil. Kalau nak tahu kene lah tengok sampai habis. Kalau dah anak sendiri pun menentang ayahnya, takkanlah seorang tokoh perniagaan yang terkemuka seperti En Muhammad nak diam begitu saja? Kita ni kalau nak hidup kene bijak sikit guna otak kita ni, macam saya *senyum bangga. Eh, tuan-tuan nak tahu kan apa yang berlaku? Haaa mari sini saya ceritakan, ayuh ke mari, mari mendekat. *tirai ditutup* *props masuk* Masuk babak 1 Latar tempat di pejabat en Muhammad. Potret Datuk Indera yang besar dihalakan lampu spotlight sambil diperhatikan oleh datuk Tan. Datuk Tan membaca ayat di bawah garisan potret itu Datuk Tan: Orang Kaya Indera Datuk Idriis bin Muhammad saman. En Muhammad masuk. En. Muhammad : Datuk tak tahu? Itulah ayah saya. Datuk Tan: itu saya tahu. En Muhammad: Orangkaya Indera Datuk Idris bin Muhammad Saman. Datuk tan: itu pun saya tahu, ada tertulis di sini loh. En Muhammad: jadi? Datuk tan: saya belum tahu siapakah sebenarnya datuk yang begini gagah dan berwibawa.tak mungkin dia hanya datuk-datuk biasa saja. Saya pun datuk juga maa En Muhammad tersenyum. Lampu malap. LCD menayangkan sebuah kawasan perlombongan. Orang kaya datuk Idris dilihat meninjau-ninjau kawasan tersebut. En Muhammad: ohh beliau anak orangkaya indera datuk Muhammad saman bin bendahara muda, orang besar wilayah yang pertama berkongsi dengan tauke cina melombong bijih pada wilayahnya. Ayah saya, Datuk Idris telah berkongsi modal dengan tauke-tauke cina yang mengadakan kuli-kuli untuk melombong. 2
Datuk Tan: Hebat. Hebat sekali. En Muhammad memang saling tak tumpah macam ayah en muhammad. Memang tidak silap saya memilih en Muhammad sebagai Pengarah Urusan di bawah anak-anak syarikat TAN ENTERPRISE. Firma Serba Dagang ini dah ibarat bukan lagi anak syarikat Tan Enterprise kerana En mad telah berjaya mendirikannya dengan amat teguh sekali. Tahniahs en Muhammad! En Muhammad: apa yang sebenarnya datuk fikirkan? Mahu buka satu anak syarikat lagi? Boleh sajaaa, datuk kan banyak duit. Datuk Tan: ah, cik mad. Pandai saja meneka. Begini, Setelah kejayaan cik mad dalam pembekalan lada hitam ke jerman, saya jadi kagum dengan kebijaksanaan cik mad dari merancang sampailah cik mad dapat apa yang cik mad nak. Cik mad kene tahu, kontrak sebegini bukannya mudah diperoleh tapi cik mad berjaya lakukannya. Tahniah Cik Mad. EN Muhammad: ah datuk. Biasa-biasa aja. *kecindan Datuk Tan: okeylah cik mad, rasanya dah tak da apa-apa .. saya pulang dululah. Terima kasih kerana sudi luangkan masa dengan saya. En Muhammad: sama-sama datukTan. Pastikan selepas ini kita berjumpa semula untuk bincang projek-projek yanglebih besar dan menguntungkan. Baru beberapa tapak melangkah pergi, Datuk Tan berpaling semula kepada en Muhammad dan memandang kepada potret besar itu sambil berkata Datuk Tan: kalau ada masa, saya mahu dengar lagi pasal orang tua di belakang cik mad. En Muhammad: baiklah datuk. Tiada masalah. Mahani masuk sambil bawa buku catatan. En Muhammad: Satu, uruskan supaya saya dapat berhubung dengan Presiden Syarikat Frankfurt Import-Eksport di Frankfurt hari ini juga. En Muhammad berhenti seketika memerhati mahani selesai menulis. En Muhammad: Kedua, beritahu semua pegawai dan kakitangan, esok kita semua makan tengahari di Paddock. Semuanya dijemput hadir. Dan sekejap lagi tolong sambungkan saya dengan Tuan Von Braun. Awak tahu bukan Tuan Von Braun? Ejen Syarikat Jerman itu. Mahani: tahu tuan. En Muhammad: mahani, aku dah banyak kali ingatkan kau, kau lupa?
3
Mahani cuak dan serba salah. Mahani: maafkan saya tuan err pakcik. En Muhammad: ingat. Kau ni cantik dan anak kepada sahabat aku. Aku mesti menghilangkan apa juga perasaan yang bukan-bukan terhadap kau. Faham? Engkau mesti menolong aku untuk tetap menganggap engkau sebagai anakku sendiri. Mahani: baik pakcik. Jadi, Pakcik dah sedia untuk ke bilik mesyuarat? Semua sedang menuggu pakcik. En Muhammad: baiklah *mahani buat2 kemas atas meja, pastu dia tatap potret dengan kagum dan Tarik langsir utk mentup potret itu. Datuk Tan berjalan masuk
sambil membaca buku dan tersenyum. Datin tan masuk
membawa secawan kopi. Datuk Tan: eh laling, kenapa bangun? DATIN TAN: kenapa Lou Kong membaca sampai larut begini? DATUK TAN: (tersenyum) Saya membaca riwayat hidup seorang besar. Dan saya sedang fikir macam mana nak jadikan anak orang besar ini , orang besar juga.. Zaman ini sama saja macam zaman nenek moyang kita dulu, perniagaan
akan lebih terjamin kalau ada
persefahaman antara orang Melayu dengan orang Cina. DATIN TAN: Lou Kong, orang melayu bukan saudagar besar seperti kita. saya tak pernah dengar mereka mahu berkongsi dengan orang kita. DATUK TAN: Itu sangkaan laling saja. Tapi laling pun betul juga, orang Melayu sendiri sudah tidak percaya mereka ada tradisi dagang. Itulah sebab kita semua kena membaca. Keterangan dalam laporan amat berguna untuk kepentingan dan perusahaan kita.. Antara kita dengan mereka akan sudah ada ikatan yang kuat. Macam nenek moyang kita dulu? DATIN TAN :Tapi mengapa selama ini mereka tidak melihat adanya tradisi perniagaan dan perusahaan itu sebagai warisan datuk nenek mereka? DATUK TAN: Inilah yang kita cari dari laporan-laporan sejarah seperti ini. I yakin orang Melayu telah dibuang dari tradisinya oleh kehendak Inggeris. Tapi sudah ada yang merubahnya loh. Tandanya ,kita lihat pada kawan kita, Encik Mad. Dia seorang dagang dan usahawan yang ulung, lebih baik dari sesetengah orang Cina sendiri. 4
DATIN TAN: Apakah ini tidak membahayakan kita? DATUK TAN : Lalingg, Sekarang kita mesti kembali menjadi kongsi orang Melayu. Kalau kita cuba menentang aliran ini, kita semua akan hancur. Melayu – Cina hancur. , nanti orang lain pula yang ambil. Datin Tan mengangguk-angguk kepala. Datin Tan: Lao kong mahu terus membaca ke? Tak nak masuk tidur? Datuk Tan: (tergelak kecil)baik, baik. Saya tutup laporan ini.. Tak kuasa nak saya nak layan rajuk awak tu. Kalau dah merajuk susah mau pujuk.
Haiyaa lalingku mari masuk tidur, Jangan la melajuk, nanti manyak tua laou kong sudah penat, lao kong sudah ngantuk. Laling, jaga depan ada longkang. Mana? Lompat! Mana? Lompat! Laou kong.
Yang Berhormat Muhd. Yusuf sedang berjalan menuju ke arah Encik Muhammad yang sedang menunggunya di meja pejabat. YB MUHD. YUSUF: Sebenarnya sudah lama betul saya bercita-cita hendak berjumpa Encik Muhammad. Tapi beginilah keadaan saya. Ke sana ke mari tak habis-habis. Lihatlah badan saya ini (tersenyum dan meraba-raba perut gendutnya) bukan mudah, Encik Muhammad, kerja membawa badan sebesar ini ke hulu ke hilir tidak berhenti-henti (ketawa besar) ENCIK MUHAMMAD: (ketawa) syukurlah, Yang Berhormat. Bukan semua orang diberkati Tuhan dengan kesuburan dan kesihatan seperti Yang Berhormat ini. YB MUHD. YUSUF: Ini bukan kesihatan dan bukan kesuburan, Encik Muhammad. Saya mulai khuatir sekarang bagaimana hendak membuang lemak yang banyak bersarang dalam diri saya. Doktor suruh saya berjalan kaki, berlari, bersukan tapi tak terbuat. Main golf pun saya tak terbuat. Banyak sangat kerja yang menuntut waktu saya (tersenyum) ENCIK MUHAMMAD: (tersenyum) mudah-mudahan kalau Yang Berhormat tahan ke sana ke mari dan tidak berdiam diri saja senang-senang, tentu kesuburan ini tidak akan mendatangkan apa-apa kecuali kemakmuran yang melimpah-limpah. Yang Berhormat bukan tak tahu orang Melayu dari dulu lebih berpendapat gemuk itu tanda makmur. YB MUHD. YUSUF: Bagaimana perniagaan Encik Muhammad sekarang? ENCIK MUHAMMAD: Macam biasa. Menyusup-nyusup akar (bernada rendah) maklumlah dunia dagang ini macam hutan rimba bagi kita orang Melayu. 5
YB MUHD. YUSUF: Encik Muhammad tak perlu merendahkan diri. Saya tahu tak banyak saudagar Melayu yang berjaya di Kuala Lumpur ini seperti Encik Muhammad. Kata orang ular menyusur akar tak hilang bisanya. Lagi pula saya dengar Encik Muhammad berkongsi dengan saudagar Cina yang paling kaya dan paling berpengaruh. ENCIK MUHAMMAD: Itulah mujurnya sedikit. Tapi itulah pula rumitnya. Kata orang, berkawan dengan harimau banyak bahayanya (suara ditekankan) YB MUHD. YUSUF: Saya ingin mendengar pendapat Encik Muhammad, mengapa banyak sangat saudagar-saudagar Melayu, terutama kontraktor, mengadu kepada saya mengatakan mereka dipermainkan oleh rakan perkongsian saudagar-saudagar Cina? ENCIK MUHAMMAD: Dari pengalaman saya, Yang Berhormat, berkongsi dengan harimau, tak kira harimau itu Cina, India atau Melayu sendiri, memang banyak bahayanya banyak tipu helahnya. Jadi kalau kita berkongsi dengan harimau maka kita sepatutnya menjadi kancil. Jangan jadi harimau juga, apatah lagi menjadi gajah atau buaya. YB MUHD. YUSUF: hahahah. Buaya ya. Beginilah, Cik Mat. Boleh saya panggil Cik Mat saja? En Muhammad: boleh. Silakan yang berhormat YB MUHD. YUSUF: Saya ini orang politik. Tugas saya ialah hendak membela nasib rakyat, khususnya nasib rakyat Melayu yang menjadi penduduk teramai dan termiskin dalam kawasan pilihanraya saya (jeda sebentar) Cik Mat pun maklum keadaan orang Melayu di kampung kita, dalam Wilayah Sungai Tualang sana. Kedua-duanya tersenyum tegang. ENCIK MUHAMMAD: Saya faham betul apa Yang Berhormat maksudkan (menyedut paip dan menghembuskan asap paip ke udara) beginilah, Yang Berhormat. saya bermaksud hendak membuka kembali perusahaan lombong bijih di Wilayah Tualang. Yang Berhormat tentu tahu atau ingat dulu-dulunya perusahaan lombong di daerah Tualang dikerjakan oleh arwah ayah saya, Datuk Idris dan sebelum itu oleh arwah datuk saya, Datuk Mat Saman. Di samping itu, saya juga bermaksud hendak memajukan tanah keluarga kami di Jeram Medang itu. YB MUHD. YUSUF: wah !Saya gembira betul, Cik Mat. Akhirnya perkara ini dapat juga kita bincangkan bersama. Memang dari dulu lagi sudah saya sangka Cik Mat akan hendak memajukan wilayah Cik Mat sendiri.
6
ENCIK MUHAMMAD: Saya pun sangat berasa bersyukur dapat bersemuka dengan Yang Berhormat. Perkara kemajuan di Wilayah Tualang selamanya menjadi fikiran saya. Dan saya tentu memerlukan bantuan dan sokongan orang seperti Yang Berhormat. YB MUHD. YUSUF: Memang banyak orang kita di Pekan Tualang yang tidak memiliki rumah. Kalau diadakan rancangan rumah murah seperti yang telah saya anjurkan dulu di seberang rest house itu saya kira tentu akan dapat menolong mereka. ENCIK MUHAMMAD: Bagus rancangan Yang berhormat tu. Beginilah, Yang Berhormat.. Janganlah bimbang. serahkan saja soal ini kepada saya.. Saya rasa kita berdua boleh bekerjasama untuk mencapai cita-cita memajukan Wilayah Tualang dengan rakyatnya yang miskin itu.. Dan Yang Berhormat saya kira patut pula, memang patut menjadi sang kancil. Nanti kita berdua boleh bekerjasama sebaik-baiknya.(tersenyum) Yang Berhormat Muhd. Yusuf menggoncang tangan Encik Muhammad kuat-kuat. Riak wajah mereka menunjukkan mereka sangat gembira. Sejurus selepas YB Yusuf pulang, En Muhammad bermonolog Encik Muhammad: Bodoh punya Yb Yusuf! Dia ingat dia boleh mengatasi kekuasaan aku. Setakat politik kotor yang dia main bertahun-tahun tu, aku ni Saudagar Besar. Lagi berpengaruh daripada kau. Dasar Yb tak guna. Mat despatch masuk. Mat Despatch : Assalamualaikum Saudagar Besar. Ada surat dari London untuk Saudagar Besar. En Muhammad: Terima kasih ( menggunakan isyarat tangan menyusuh mat despatch keuar). *sound effect melankolik *rahim masuk ke pentas* En Muhammad dan Rahim seolah berpandangan sesama sendiri. Hakikatnya mereka terpisah jauh beribu batu. “sound effect” En Muhammad: Sebelum ini ayah mintak kau untuk fokus pada pelajaran. Jangan fikir halhal lain. Lepas habis belajar balik ke sini dan sambung legasi ayah. Tapi surat-surat kau menyatakan sebaliknya. Kau meragui ayah! Rahim: (ketawa sinis) Ayah jangan ingat Rahim tak tahu kenapa ayah bawak masuk Mahani bekerja di syarikat ayah. Ayah, ada agenda lain kan? Ayah, lihat sekeliling. Kita ni sibuk
7
membangunkan tamadun, batu-batu konkrit. Tapi kat mana letaknya moral dan akhlak kita? Yang kaya semakin kaya, yang miskin semakin miskin. Itu yang ayah perjuangkan hari ini? EN Muhammad: Ayah tak tahu apa yang kau belajar kat negara itu. Sepatutnya pemikiran kau lebih terbuka Bukannya mempersoalkan tindakan ayah. Ayah mahu melihat orang-orang Melayu membangun dan duduk sama taraf. Kalau kau rasa benda tu salah, kau harus terus mengaji di pengajian kau dan pulang setelah kau tahu mana yang benar. Rahim: tidak. Rahim tak kan ikut jejak ayah. Selagi ayah tidak ubah pendirian ayah melihat kehidupan kita tak bergantung kepada harta dan pangkat, selagi itu Rahim akan menentang ayah.. Rahim tetap menyatakan yang ayah salah pada hal ini. Rahim hormat ayah dan bangga ada seorang bapa seperti ayah. Tapi, Rahim tidak akan menyokong ayah. Tentang Mahani, Rahim minta tolong pada ayah dan ibu untuk menjaganya untuk rahim.. Rahim akan pulang juga ke sisi keluarga namun hanya masa yang akan menentukan. En Muhammad: orang muda…terburu-buru dan keras kepala! (en Muhammad keluar pentas) Rahim sedang menulis surat kepada Mahani. Mahani mula membuka sampul surat dan membaca surat yang diberi rahim kepadanya.*sound effect* *ada suara yang baca surat2 rahim* Rahim: Assalammualaikum w.bt. kehadapan Mahani gadis kota yang sentiasa berada dalam doa-doa ku. surat ini aku utuskan untuk menyentuh soal penubuhan Syarikat Lombong Lembah Tualang. Mahani: kau harus terus memujuk Cik Mad. Orang-orang kampung Pulai memang hidup melarat. Tapi keputusan untuk menghalau secara halus orang-orang kampung, itu silap. Rahim: Dah puas aku pujuk dan ingatkan ayah untuk tidak terlalu taksub kepada kemewahan dan pembangunan. Kau kena tetap bertahan, kerana untuk melewati badai kita harus terus berjalan Mahani, bukan berhenti. Dan untuk terus berjalan hanya perlu ada dua hal untuk dibawa iaitu keyakinan dan cinta. Mahani: aku berharap kau akan segera pulang. Selesaikan masalah kau dengan Cik Mad. Tirai ditutup. (LAMPU DIBUKA)
8
(Lagu horey-horey dimainkan. Ramai-ramai masuk ke dalam pentas sambil menari dan menyanyi. Masing-masing membuat gaya acah-acah sedang membuat persiapan untuk menyambut kedatangan Yb Yusuf) *drum* Orang kampung 1: orang kampung, orang kampungg Orang kampung 2 : kenapa-kenapa Orang kampung 1: kita nak dapat durian runtuh. Haaa kalau nak tahu jom kita kemas balai raya cantik-cantik. Yb yusuf nak datang nih. Cepattt. Mari kita mari kita Bergembira tepuk tangan sama-sama Kita menari sambil langkah kanan kiri Goyang badan goyang kaki Hoore hoore hip hip hoore Hoore hoore hoore hoore Hip hip hoore hoore hoore
Bergembira Bergembira ha ha ha ha La la la la la la la la Bergembira
Goyang pinggang goyang badan Jangan malu dan segan Kuat lompat jangan rapat Biar cepat jangan lambat Jangan sampai terperanjat
9
Sambil menari sambil menyanyi Kita bersenang hati Habis menari kita berhenti Makan minum sudah ready Janganlah tunggu lagi (LAMPU DIBUKA) INT. KAMPUNG PULAI - TENGAHARI YB MUHD. YUSUF: Assalamualaikum wbt dan salam satu Malaysia. Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada penduduk kampung yang sudi hadir ke majlis kita pada hari ini. Di sini ingin saya perkenalkan Encik Muhammad iaitu seorang dermawan hartawan dan beliau merupakan saudagar besar dari Kuala Lumpur.. Saya harap semua dapat beri kerjasam untuk memastikan segala proses perpindahan kita ke tanah FELDA berjalan lancar dan saya bagi jaminan tidak ada siapa yang yang akan rugi. Baiklah saya tak berniat nak bercakap pamjang, Saya serahkan pula kepada tetamu kehormat kita pada hari ini iaitu En Muhammad. Dipersilakan En Muhammad. Semua orang memberikan tepukan. En Muhamaad: Assalammualaikum wbt. Terima kasih YB yusuf. Apa khabar pak cik, mak cik, dan hadirin sekalian?. Saya amat bersimpati dan akan memastikan pertolongan akan diberikan sepenuhnya kepada pakcik makcik supaya dapat berpindah ke rancangan FELDA yang sedang diusahakan oleh YB Yusuf. Pakcik makcik jangan risau, semua orang akan dapat sagu hati lumayan. Hadirin bersorak gembira setelah mendengar perkhabaran itu dari En Muhammad. EN Muhammad: sebelum saya undur diri, saya nasihatkan berhati-hati dengan saudagar yang menipu harga tanah dan konon nak membeli tanah kita dengan harga mahal.. Akhir sekali, saya wakilkan Cik sudin kita di sini sebagai penyambung lidah saya, dan wakil perniagaan saya sendiri. Sudin tersipu-sipu bangga. Jamalludin secara tiba-tiba bangun dan bertanyakan soalan kepada En Muhammad. JAMALUDIN: Benarkah syarikat tuan akan mendirikan hotel peranginan di Jeram Medang? 10
Encik Muhammad tersentak. Tidak menyangka akan nada yang mengajukan soalan seperti itu. JAMALUDIN: Nampaknya asalkan boleh mendatangkan keuntungan kepada cik Mat, cik mat tak pedulikan akibatnya. Hotel peranginan sudah pasti akan membawa judi, arak dan zina ke daerah kita ini (tersenyum sinis) jadi, tujuannya semata-mata untuk mengusir kami dari kampung ini? Orang Kampung mula bercakap-cakap sesama sendiri LEBAI MAARUP: Tidak salah hendak menawarkan segala kemudahan kepada orang kampung ini tapi biar betul pada cara dan juga niatnya (bernada tenang) Orang kampung: Betul ! Betul ! kami taknak maksiat! Jamaluddin: Kami tahu segala kemudahan yang ditawarkan kepada orang kampung ini untuk mengikuti rancangan FELDA rupanya ada udang di sebalik batu. Kami tahu orang-orang tua kami sudah dibeli dengan pangkat dan kesengangan semata-mata untuk membuka jalan menghalau kami dari kampung ini. Sudin: sabar dulu pak cik mak cik. Ini semuanya salah faham. Kami… Orang – orang kampung : dah dah jom balik. (orang kampung bawa keluar prop) (lampu ditutup) Mat Akil berjalan pergi menuju ke arah kawan-kawannya yang sudah menunggu di hujung jalan. Di pertengahan jalan mereka terserempak dengan isteri Bilal Endut dan anaknya, Milah. MAT AKIL: Nak ke mana tu mak ngah? (tersengih) (naik basikal) ISTERI BILAL ENDUT: Nak pulang ke rumah (senyum kelat) MILAH: kau tak ke masjid ke mat akil? Hari ni hari Jumaat tau. Orang lelaki hari Jumaat kena pergi ke masjid (tersenyum sinis). Tu, Lebai Maarof dengan Imam Saad tu tengah tunggu kau sampai. Mat akil tersentak apabila diperli sebegitu. dia terus berlalu ke pondok tempat mereka selalu melepak. MAT AKIL: Man, sini jap. aku nak ingatkan pasal lebai tak sedar diri tu. Aku dengar lebai tu memang ada niat nak pikat Milah. Bapak Milah itu bilal, mudah nak terpikat dengan spesis2 lebai pakai kopiah, muka ada Nur. nak2 lagi lebai Maarup tu ada baubau bacang dengannya. 11
MAN: Tak guna lebai bedebah tu. Ikutkan aku, dah lumat Lebai tu aku kerjakan. Mat akil tersenyum penuh makna sambil pandang Man dan kawan-kawannya. MAT AKIL: kau nak tak, kalau aku bagi kerja sikit. Ada upahnyaaa jangan risau (sambil ketawa besar) Man memandang Mat Akil dengan penuh minat. Mat akil membawa man keluar pentas EXT. TEPI JALAN - MALAM Lebai Maarup berjalan pulang dari surau. Melalui tempat gelap apabila tiba di sebuah pokok langsat secara tiba-tiba dia disarung kain hitam dan dipukul. *SOUND EFFECT AKSI PERGELUTAN* MAN: Aku bagi kau amaran, jangan berani-berani ganggu anak bini orang di kampung ini, lagi-lagi MILAH! Dasar lebai tak tahu malu! (tengking) Lebai Maarof terkulai di tanah tidak sedarkan diri. Man dan mat akil heret lebai maarop keluar pentas. Kelihatan Imam Saad dan Sudin masuk ke pentas sambil berbual. IMAM SAAD: Aku ni sudah tua sudin. Tak ada daya aku lagi hendak membetulkan yang salah. Di pekan tualang nanti aku akan menjadi imam dan doa aku akan lebih banyak dan panjang sehingga ke akhir hayat sekadar minta diampunkan kerana kegagalan aku menghidupkan cahaya Allah dalam hati orang Kampung. SUDIN: Jangan cakap begitu ayah. Encik Muhammad mencapai kejayaannya kerana dia berani. Dia berani hadapi apa jua cabaran. Tetapi bukan keberanian, dia juga cerdik,ayah. Dia pasang perangkap tapi tak ada orang yang tahu kat mana perangkap itu. Taktik kotor En Muhammad pandai dia sembunyikan sampai tak pernah orang nampak, apa yang orang nampak, dialah saudagar yang paling pemurah dan baik hati. Sekarang dia sibuk tabur budi kepada orang kampung dengan membantu YB Mohd Yusuf. Ayahnya terangguk-angguk tanda mengiakan percakapan Sudin. IMAM SAAD: Engkau tahu apa yang akan jadi kepada orang Kampung Pulai? Semuanya akan jahanam. Akhlak orang muda telah lama runtuh. Keimanan yang tua-tuanya sudah longgar. Encik Muhammad datang seolah-olah melengkapkan semuanya. Semua mahu pindah ke Felda. Kerana apa? Kerana wang ringgit. Harga tanah , sagu hati,rumah dan tanaman. Imam Saad mengeluh lemah. Sudin diam sahaja tanpa membalas apa-apa. 12
Tiba-tiba ada orang kampung pimpin lebai maarop masuk ke pentas. Sudin terkejut melihat kedatangan Lebai Maarup. Orang Kampung: Lebai mengadu dipukul orang malam tadi. SUDIN: Dipukul orang?! (terkejut) tahu siapa yang memukul? LEBAI MAARUP: Rasa-rasanya tahu (menjawab lemah) SUDIN: Saya rasa elok kita laporkan kepada pihak polis. Imam Saad: betul tu lebai. Kita tak boleh biarkan orang yang bersalah terlepas. LEBAI MAARUP: Kalau buat laporan polis pun, mereka mahukan bukti dan saya terpaksa menuduh siapa?. Sedangkan saya hanya tahu batinnya saja. Pengetahuan batin tidak diterima oleh polis. Bukan begitu, tuan imam? SUDIN: Haih (mengeluh) memang susah kalau berdepan dengan masalah pukul curi begini. LEBAI MAARUP: Masalah sebenarnya bukan sekadar pukul curi Encik Sudin. SUDIN: jadi sebenarnya lebai nak cari keadilan kan? Lebai nak tahu siapa yang buat kerja kotor ni kan? LEBAI MAARUP: Bukan (menjawab tenang) keadilan tidak akan dapat ditegakkan sekiraya tidak ada bukti. SUDIN: Jadi, macam mana sekarang? Kalau lebai tak nak lapor pada polis, sampai sini sajalah ikhtiar kita. LEBAI MAARUP: tak boleh tamat di sini saja Encik Sudin. Saya nak beritahu semua orang kampung, yang saya dipukul orang. Saya akan terangkan pada mereka mengapa saya dipukul. Jemputlah datang ke balai raya pukul 9 pagi esok. Sudin memandang Lebai Maarup dengan penuh tanda tanya. (LAMPU DITUTUP) YB Yusuf sedang membaca suratkhabar lalu tertidur di atas sofa. (YANG BERHORMAT MUHD. YUSUF BERMIMPI. MASUKKAN MUZIK YANG SESUAI DENGAN SUASANA)
13
Props kain hitam umpama kegelapan yang menyelubungi Yang berhormat Muhd. Yusof. Tiba-tiba datang cahaya seperti lampu kereta dalam relung besar menerjah Yang Berhormat Muhd. Yusof. Ada penari2 jahat mengelilingi YB Yusuf. YB MUHD. YUSUF: Tolong!! Tolong!!! Tolong aku!! (menjerit dengan mata terpejam) Sudin tiba-tiba masuk untuk berjumpa dengan YB telah mengejutkan YB SUDIN: Tuan. Tuan. Bangun. Tuan bermimpi ni. YB MUHD. YUSUF: Astaghfirullah… (mengucap tenang sambil mengusap dada, jeda sebentar) Sudin, apa yang kau fikirkan? Sudin hanya berdiam diri. Memberi laluan kepada YB Yusuf meneruskan percakapannya. YB MUHD. YUSUF: Saya fikir orang Kampung Pulai tidak seharusnya diganggu oleh sikap seperti yang dibawa oleh lebai kita ini. SUDIN: Tapi, Yang Berhormat. Lebai dipukul orang. Saya rasa dia ada hak untuk menyatakan fikirannya kepada orang kampong. YB MUHD. YUSUF: macam mana, kalau lebai tu masih nak bangkitkan apa yang dia pernah cakap pada En Muhammad dulu? SUDIN: Kenapa? Yang berhormat fikir lebai akan tuduh ada orang Encik Muhammad yang bertanggungjawab atas apa yang jadi pada lebai? Yang Berhormat Muhd. Yusof mengangguk perlahan. YB MUHD. YUSUF: Kalau memang lebai nak buat tuduhan seperti itu, nampaknya kita akan ada banyak masalah. SUDIN: Tidak mengapa Yang Berhormat. Jangan risau. Kita tunggu dan lihat saja apa yang bakal jadi pada hari esok. Dah lah yb, jangan dipikirkan sangat jom kita pergi warung pak salim ngopi dulu *yb dan sudin keluar pentas* INT. BILIK KERJA ENCIK MUHAMMAD – MALAM Kelihatan Encik Muhammad masuk ke pentas dengan resah. (MONOLOG DALAMAN ENCIK MUHAMMAD DIMAINKAN)*muzik*depan tirai
14
ENCIK MUHAMMAD : salah ke niat aku nak bantu orang kampung? Aku Cuma nak senangkan kehidupan mereka. Aku nak bantu orang Melayu. Salah ke?? Kenapa niat aku dipandang serong? Semua yang aku perlukan untuk capai impianku dah ada dalam genggaman aku. Lebai itu memang celaka! Kenapa dia tiba-tiba muncul dan keruhkan keadaan?! (lempar fail/kertas) (bukak blazer)* sound effect petir/guruh Rahim: ya memang ayah yang bersalah! Tuan-tuan. Lihat dan saksikan kerakusan ayah saya sendiri. Merampas tanah-tanah orang miskin. Dia tak peduli apa, siapa dan di mana asal kekayaan dia akan kejar. Orang kampung mula bertanya sesama sendiri. Lebai maarop imam saad masuk ke balai raya. MAT AKIL: Lebai kita ni dah melampau. Dia panggil kita semua, satu kampung. Dia ingat kita ni budak-budak semalam ke? Dia ingat dia boleh tutup perangai busuk dengan hadis? Acah baik, lebai janggut kambing! (bersuara perlahan mengadap kawan-kawannya) MAN: Kalau dah sampai kene ketuk macam tu, memang ada yang tak kena lah tu. Lebai maarup diam sahaja. Menunggu orang lain memenuhi ruang balai raya. Setelah keadaan senyap. Lebai mulakan dengan selawat dan doa. LEBAI MAARUP: Assalammualaikum wbt. Terlebih dahulu saya minta maaf kepada semua kerana telah mengambil masa kalian dan terima kasih sebab sudi datang. MAT AKIL: Cakap sajalah, tak payah meleret-leret (sambil pura-pura menguap) LEBAI MAARUP: Pertama-tama, saya hendak memberitahu adik kakak, ibu bapa sekalian (diam sejenak) MAT AKIL: Beritahu sajalah. Apa benda? (menyampuk sambil bunyi suara-suara lain yang mengejek) LEBAI MAARUP: Saya dipukul orang di bawah pokok langsat dekat rumah pak ngah endut malam kelmarin (sambil memandang tepat ke wajah mat akil) MAN: Patutlah birat-birat muka lebai (ketawa mengejek) Imam saad mengetuk meja tanda menyuruh mat akil dan kawan-kawanya senyap. Mat Akil tiba-tiba berdiri dan berwajah bengis.
15
MAT AKIL: kenapa ar kita kena dengar cerita pasal lebai merempat ni???. Dia kena pukul sebab dia sendiri cari bala. Nak mengadu domba, bukan kat sini. Pergilah duduk dengan mak bapak kau kat kampung sana! (tengking) Orang kampung berbisik sesama sendiri LEBAI MAARUP: Sebenarnya banyak hal yang ingin saya katakan. Saya tidak merempat di kampung ini saya baru pulang dari merantau. Ibu bapa saya meninggal diTanjung Karang. Saya tinggal di rumah saudara saya sendiri, Pak Ngah Bilal Endut (berhenti dan menarik nafas) Orang ramai mula berbisik antara satu sama lain. Mat akil terasa disindir. MAT AKIL: Dah duduk tempat orang tu, buatlah cara duduk tempat orang (berkata angkuh) Imam saad kelihatan marah dan berdiri untuk memarahi Mat Akil. Tetapi lebai menghalang. LEBAI MAARUP: Pakngah Endut tidak patut dibawa dalam hal ini. Tiada siapa pun di dalam majlis ini yang patut terbawa-bawa. Saya dipukul orang. Tiada siapa yang lebih bertanggungjawab selain diri saya sendiri. Dan pada hari ini saya nak terangkan bukan sebab saya nak minta kasihan. Saya cuma ingin menunjukkan keikhlasan semata-mata bahawa saya tidak berdendam dan tidak akan melakukan pembalasan malah lapor pada polis pun saya tidak akan lakukan. Muka Mat Akil dan kawan-kawannya seperti disindir. MAT AKIL: Kalau macam tu diam-diam saja sudahlah. Mengapa nak susah-susah bersyarah pulak (nada menjengkelkan). Tak rasa bazir air liur ke? Buang masa! LEBAI MAARUP: Saya dah habis fikir kenapa saya dipukul. Saya rasa saya tak bercakap atau berbuat sesuatu yang menyakitkan hati orang. Saya cuma mengajar orang mengaji. Jadi inilah tujuan saya adakan perjumpaan ini. Saya nak minta maaf secara terbuka kepada adik kakak dan ibu bapa semua. Sekiranya memang saya ada melakukan kesalahan, suarakanlah supaya perkara ni tak akan berulang lagi. Mat Akil serta merta bangun. MAT AKIL: Kau lebai memang mengada-ngada. Tak pernah cakap salah, tak pernah buat salah? Lebai kurang ajar tahu tak? Baru hari jumaat kelmarin lebai mengata-ngata orang yang dihormati di kampung bahkan di seluruh wilayah Tualang, kononnya hendak mengembangkan maksiat, hendak buka hotel peranginan, macam-macamlah.
16
MAN: Lebai pengacau anak bini orang. Padanlah muka tu jadi lebam birat. Eh bersyukurlah sikit tuhan tu tak mampuskan lebai! Man kelihatan sangat marah mengepal-ngepalkan penumbuk. Orang kampung mula gelisah. Lebai Maarup cuba mententeramkan keadaan. LEBAI MAARUP: Memang saya bersyukur saya tak mati malam itu. Tetapi saya ingin tahu, anak bini siapa yang saya ganggu? Saya rela terima hukuman di sini juga kalau benarlah ada anak bini yang diganggu saya(mencabar). Berkenaan pertanyaan saya kepda en Muhammad haritu, Saya tak rasa saya kurang ajar. Saya cuma nak ingatkan kita semua wang yang banyak boleh menggelapkan mata dan menghumban manusia ke kancah maksiat. Itulah maksud yang saya nak sampaikan. Tapi dengan izin Allah ,Encik Muhammad sendiri yang membatalkannya. Saya tak sangka sama sekali, itulah penyebabnya saya dipukul setengah mati tempoh hari. Serentak itu juga sebiji batu dilempar dari tangan Man tepat mengenai muka Lebai Maarup. Darah keluar dari lontaran batu itu. Balai raya menjadi huru-hara. Semua orang berdiri dan kaget dengan situasi itu. Orang-orang perempuan mula menjerit ketakutan. Orang yg naik basikal pon lari. Dalam waktu yang singkat itu, Mat Akil dan kawan-kawannya meluru ke depan. Mat Akil dilihat mengeluarkan sesuatu yang tajam dari poket seluarnya. Mat akil dan lebai bersilat dan bergelut di atas pentas. ORANG KAMPUNG: Jaga-jaga lebai! Ada pisau! Lebai Maarup mengilas dan pisau tersebut telah tertikam menghiris daging bahu. Darah mengalir membasahi jubah Lebai Maarup yang putih bersih. Orang kampung berjaya memasung Mat Akil. Kawan-kawan Mat Akil terus meluru hendak membelasah Lebai Maarup. (BUNYI LATAR DUA DAS TEMBAKAN PISTOL DIMAINKAN) Terdapat dua orang yang tidak dikenali telah meluru ke dapan dan siap mengacu pistol sebagai tanda bersedia kepada sebarang kemungkinan. Polis: Jangan bergerak ! letakkan senjata anda! Mat akil digari. Manakala kawan-kawannya berjaya ditangkap. Lebai Maarup dibantu didudukkan oleh Sudin dan dibalut untuk menahan darah. Sudin memangku kepala lebai. 17
Lebai maarof: Sudin aku amanahkan kau erk. Erk.….. ( pastu mati) Sudin: lebai!!! (Lampu tutup) INT. BALAI POLIS – PETANG Kelihatan Mat Akil dan kawan-kawannya berada dalam lokap kerana ditangkap memukul Lebai Maarup. Sudin datang menjenguk Mat Akil dan kawan-kawannya itu. Mat Akil: jangannnn tinggal dakuuuuu oh kasihhhhh oh. Polis: mohamaad Akil, 14355 ada pelawat datang nak berjumpa. Mat Akil: Eh sudinnn datang wey sudin datang. SUDIN : (jeda sebentar) kau tak payah risau. Nanti masa hari perbicaraan, kau boleh bela diri. aku tolong kau carikan lawyer. MAT AKIL: Lebai celaka tu macam mana? Dah mampus? (berdiri di tepi geriji lokap) SUDIN: Dia parah. Ada dalam hospital. MAN: (duduk dilantai) carilah peguam, Sudin. Aku tak nak duduk dalam ni lama-lama. Macam mana mak ayah aku nanti. Mereka nak pindah ke rancangan FELDA . tolonglah aku sudin, tolong eah…. (bernada sayu) MAT AKIL: Aku macam mana pulak Sudin. Macam mana aku nak menjual tanah aku itu? SUDIN: Jangan susah hati. Tuk Empat Dahlan nanti uruskan. Lagi pun lawyer En Muhammad tentu akan datang menemui kau menyelesaikan jual beli itu. Kamu semua tak usah bimbang. Tengok ni. Monyok macam ni apa fasal? Takut ya? MAT AKIL: Apa tak takut. Mata-mata gelap celaka itu macam mana dia boleh ada saja? Siapa beritahu? SUDIN: (senyum sinis) tak payah bimbanglah. Nanti aku carikan peguam. Tapi kau orang kena bayarlah skit. Duit jual tanah itu nanti bukannya sikit. Aku pulang dulu ya. Sudin berlalu meninggalkan Mat Akil dan kawan-kawannya. (LAMPU DIBUKA) INT. KAMPUNG PULAI – TENGAHARI
18
Kelihatan Encik Muhammad, Sudin, dan lebai Maarop berjumpa. Lebai Maarof masih terdapat baluta luka di bahunya. LEBAI MAARUP: Saya sebenarnya patut menemui Encik. Dan saya memang sudah katakana kepada Sudin niat saya itu (berkata dengan tenang) perkara begini memang telah saya duga. Bila kita bekerja menyebarkan seruan agama, cubaannya memang selalu berat. Saya tidak apaapa. Syukur kepada Allah. Ini semua takdirNya. Encik Muhammad termenung, duduk bersila. Dia menampakkan air muka yang amat jernih dan hormat kepada Lebai Maarup yang hanya memakai kain pelekat, baju gombang dan songkok. LEBAI MAARUP: Seperti saya katakan tadi, saya memang berhajat nak bertemu dengan Encik. Lagi pula yang muda dan yang berhajat sepatutnya menemui yang tua. Bukan begitu? ENCIK MUHAMMAD: Dengan saya tak ada itu semua lebai. Siapa pun boleh dan patut menemui siapa (bersuara merendah diri) apa agaknya hajat lebai? Mudah-mudahan dapat saya memberi pertolongan. LEBAI MAARUP: Begini Encik (sambil membetulkan duduknya) tentang tanah pusaka ayah saya itu (berjeda sebentar sambil menarik dan menghembus nafas) saya bermaksud hendak mewakafkan. ENCIK MUHAMMAD: Wakaf? (terkejut dan tercengang) LEBAI MAARUP: Maksud saya hendak wakafkan kepada Encik supaya Encik atau keluarga Encik dapat gunakan untuk keperluan-keperluan agama bila sampai masanya nanti. Apa-apa lah asalkan untuk keperluan agama (bersuara tenang) Lebai Maarup melihat air muka Encik Muhammad berubah. LEBAI MAARUP: Inilah saja jalannya bagi saya untuk berbuat amal kebajikan. Saya miskin. Jadi eloklah saya bekerjasama dengan orang yang lebih rezekinya seperti Encik ini. Bukan begitu? Encik Muhammad terpinga-pinga. Lalu dia memandang ke arah Sudin. ENCIK MUHAMMAD: Sudin, bukan ke kau bagitahu aku yang lebai ni dah setuju nak jual tanah dia pada syarikat aku? (memandang muka Sudin tepat dan garang) SUDIN: Benar pak su.
19
LEBAI MAARUP: Saya minta maaf kalau ada yang salah faham. Tapi niat saya memang ikhlas. Lagi pula takkan lah tanah seluas tak sampai dua ekar itu akan merugikan perusahaan lombong yang begitu besar. ENCIK MUHAMMAD: Lebai fikirlah baik-baik. Sedangkan tanah wakaf yang sedia ada terpaksa saya ganti dengan tanah lain di Pekan Tualang sebab kawasan itu akan dilombong (tegang dan tegas) Sudin memandang muka Lebai Maarof. Encik Muhammad sudah gelisah dan mempamerkan riak tidak puas hati. LEBAI MAARUP: Kalau tidak menjadi kesalahan, saya mahu cadangkan begini, bila usaha lombong dijalankan, Encik Muhammad tentu akan mendirikan bangsal atau rumah tempat tinggal pekerja. Bukan begitu? Dan saya percaya Encik Muhammad akan mengambil anakanak Melayu menjadi pekerja. Elok kalau ada sebuah surau. Kalau tidak tentulah mereka akan jadi liar. Menjinakkan para pekerja dengan kegiatan agama kan, selalu lebih berkesan dari kegiatan lain? Encik Muhammad memandang muka Sudin lagi. Pandangannya makin memancarkan kemarahan. ENCIK MUHAMMAD: Nanti bila kerja perlombongan dah selesai, mestilah dah tak ada pekerja? Macam mana? Tidak, lebai. Cadangan lebai tu sikit pon tak munasabah (membentak) LEBAI MAARUP: En muhaamad takkan tak mahu menyumbang kepada agama? Cakap saya ni andai-andaian saja.. Perlu ditepatkan dengan ilmu dan pengalaman en Muhammad sendiri. Boleh en Muhammad?.Saya hanya mencadangkan sahaja. En Muhammad yang menentukan. (SUASANA SENYAP) Tidak seorang pun dapat berkata atau memandang antara satu sama lain. Masing-masing tunduk berfikir. ENCIK MUHAMMAD: Saya sama sekali tidak dapat memikirkan semua itu sekarang. Saya ahli perusahaan, saudagar, bukan petugas kebajikan masyarakat (lemah dan sedih) saya minta maaf. Encik Muhammad berdiri lalu pergi menuju pintu dan turun. Kelihatan Sudin,dan Lebai Maarup sedang duduk menghadap masing-masing. (LAMPU DITUTUP)
20
(perang emosi berlaku antara Rahim dan En Muhammad. Kedua-duanya saling berpandangan dan menikam mata masing-masing)*sound effect berdebar Rahim: Ayah……. En Muhammad: kau tahu tak siapa yang berdiri di hadapan kau sekarang ni?! Kau sedar tak orang yang kau tentang, ni AYAH KAU ?!!! Rahim: AYAH! (memegang kedua-dua bahu EnMuhammad) rahim sedar ayah. Rahim sedar. Rahim tak bermaksud pun nak menentang ayah. Tapi apa yang ayah buat ni salah. Tak betul!sifat perikemanusiaan harus terlebih dahulu kita pasakkan pada diri kita sendiri. En Muhammad: salah? Huh, aku nak tolong bangsa aku sendiri! Itu yang kau kata salah? Rahim: tolong dengan menghalau orang-orang kampung dari tanah mereka sendiri?! Tak ,ayah. Kalau betul ayah nak tolong mereka, bukan dengan cara yang kotor macam tu. Ayah Cuma nak capai impian ayah bangunkan balik tanah lombong milik keluarga kita. Ayah tak rasa ayah pentingkan diri ke ayah? En Muhammad: aku ni saudagar besar, datuk nenek moyang kita orang-orang yang terhormat. Kalau setakat ancaman dari lebai dengan orang-orang kampung yang miskin tu. Sikit pun tak memberi kudis kepada aku. Rahim: ayah…. Untuk memajukan orang-orang kampung pulai bukan saja dengan pembangunan dan wang ringgit. Pernah ayah terfikir apa yang akan jadi pada mereka setelah urusan perlombongan ayah selesai? En Muhammad: ( terkesan) aku, aku…. Cuma nak membantu orang-orang kita, dari hidup melarat, dan jauh dari kemajuan yang sepatutnya dah lama kita capai. Tentang tanah lombong milik keluarga kita, takkan kau mahu biarkan tanah tu terbiar ?. aku sedar aku menganiaya orang kampung. Tapi apa boleh buat? Ini lah namanya, yang berkuasa akan sentiasa menang. Rahim: sekali lagi ayah silap! Ayah tak ubah seperti syaitan yang bertopengkan manusia. Yang berkuasa hanya di Atas. Ayah lupa, kuasa yang ayah agung-agungkan boleh hilang sekelip mata saja? Ayah nak melawan kuasa tuhan?! En Muhammad: astaghfirullahhalAzim. (terduduk) ********** Mahani: Kau dah berjaya Rahim(terseyum gembira) Pak Cik Mad yang ego dan keras hati tu, dah berjaya kau lembutkan. 21
Rahim: semua ini atas usaha kita bersama. Aku juga sangat mengagumi kesabaran kau menunggu aku menyelesaikan masalah ini. MAHANI: Aku kena telefon Sudin. Ini kemenangannya; kemenangan Sudin sebab bersungguh-sungguh menyelamatkan orang kampung. RAHIM: Nantilah dulu. Esok kan masih ada. Sisa malam ini untuk kita lah… Umm, Mahani… (sambil memberikan seutas kalung platinum bermedalion kecil dengan sebiji permata berlian halus) Mahani: (ambil kalung) Rahim… (tengok kalung, tengok Rahim. Tarik nafas dalam) Akhirnya.., saat yang kita nantikan telah tiba. Rahim, kau nak tahu? Cinta tu adalah penyatuan dua hati, sehinggalah takdir berkata sebaliknya. Dan takdir kita… Rahim: Kau benar Mahani. Tiada takdir yang lebih buruk selain takdir hidup tanpa cinta. Mahani melihat kalung itu sambil menciumnya lalu mengalungkan ke lehernya. Mereka berpandangan dan tersenyum lalu memandang ke hadapan. (LAMPU MALAP, RAHIM MAHANI KELUAR PERLAHAN-LAHAN) (LAMPU SPOTLIGHT MENGHALA KE ARAH ENCIK MUHAMMAD YANG MASUK KE PENTAS) ( papan tanda Kampung Pulai 1977) Orang Kampung 1: sedang mengangkat simen Orang kampung 2: sedang mencangkul Orang kampung 3: seorang ibu sedang menggendong bayi sambil meniup kayu api. Encik muhammad melihat gelagat orang kampung dengan penuh hiba. Antara lelah dan ghairah Impian demi impian Aneka wajah mengintai membenih dialir darah Untuk meredah ruan gugah Kanta demi kanta Bertukar tegur dan tegah Inilah ujana ranjau Perpadah namun indah 22
Kita tetap mengutip peluang Kerna terbayang jalan pulang Di lorong benderang. *aku Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur, sudah puas dengan gelaran itu. * *orang-orang kampung mendengar pengakuan En Muhamad dan bergembira. *lagu rakyat dimainkan*Nyayian Serambi (ramli Sarip) (LAMPU DIMATIKAN)
23