INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT TUARAN SABAH
KERTAS KERJA IMBASAN KAD : PENGURUSAN SISTEM KELUAR MASUK GURU PELATIH INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, TUARAN
TARIKH BULAN MEI (SELEPAS PELANCARAN SISTEM IMBASAN KAD)
TEMPAT KOLEJ KEDIAMAN SISWA DAN SISWI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, TUARAN
ANJURAN EXCO TEKNOLOGI DAN PENERBITAN JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR 2018/2019
DENGAN KERJASAMA
JABATAN HAL EHWAL PELAJAR INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, TUARAN 1.0
PENDAHULUAN
Exco Teknologi dan Penerbitan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi 2018/2019 telah membuat perancangan untuk melaksanakan sistem kad imbasan pelajar bagi pengurusan keluar masuk guru pelatih yang menetap di kolej kediaman siswa dan siswi. Sistem imbasan kad ini diperkenalkan bagi memastikan para penghuni siswa dan siswi melaporkan pergerakan mereka dari semasa ke semasa bagi memudahkan lagi urusan para warden yang bertugas. Sistem kad imbasan ini akan diletakkan pada kedua-dua pos pengawal yang terdapat di kediaman siswa dan juga siswi. Perisian sistem kad imbasan ini mampu merekod data keluar dan masuk para penghuni kolej kediaman di siswa dan siswi. Perisian kad imbasan ini mampu menyenaraikan para guru pelatih yang masih berada di luar dan dalam kampus dengan tarikh, masa dan juga hari rekod dicatat. Selain daripada itu, sistem imbasan kad pelajar ini dapat menyatakan kekerapan keluar dan masuk para penghuni di kolej kediaman dengan lebih tepat dan pantas. Perisian ini juga mampu menyatakan statistik keluar dan masuk para penghuni kolej kediaman siswa dan siswi dengan data yang tersusun kemas bagi rujukan yang akan datang sekiranya perlu.
2.0
RASIONAL Berikut merupakan rasional sistem imbasan kad bagi pengurusan keluar masuk guru pelatih diperkenalkan : 2.1
Menjadikan Institut Pendidikan Guru Kampus Kent sebagai role model kepada IPGK yang lain
2.2
Memudahkan urusan warden mengenalpasti pergerakan keluar dan masuk para penghuni kolej kediaman siswa dan siswi
2.3
Semestinya dapat memastikan para penghuni siswa dan siswi mendaftar pergerakan keluar dan masuk di pos pengawal
2.4
Dapat mengelakkan para penghuni kolej kediaman siswa dan siswi daripada memberikan maklumat palsu semasa mendaftar keluar daripada kediaman 2
2.5
Kad matriks para guru pelatih dapat digunakan dengan cara yang lebih
optimum
bukan
hanya
tertumpu
pada
penggunaan
di
perpustakaan sahaja 2.6
Memudahkan pengawal keselamatan mengesan para penghuni kediaman yang tidak mendaftar keluar mahupun masuk
2.7
Dapat memastikan para pengawal keselamatan menjaga pergerakan keluar masuk para guru pelatih dengan lebih teratur
3.0
OBJEKTIF
Antara objektif pelaksanaan sistem imbasan kad ini ialah untuk: 3.1
Menjadikan Institut Pendidikan Guru Kampus Kent sebagai role model kepada IPGK yang lain
3.1
Memastikan pergerakan keluar dan masuk para penghuni siswa dan siswa dan siswi direkod dengan tepat dan sahih
3.2
Memastikan agar para pengawal keselamatan lebih cakna dengan pergerakan keluar masuk para pernghuni siswa dan siswi
3.3
Memastikan agar kad matriks yang telahpun diberikan kepada para guru pelatih digunakan dengan kadar semaksimum yang mungkin
3.4
Memastikan agar para penghuni siswa dan siswi mendaftar pergerakan keluar masuk dengan lebih sistematik dan teratur
3
4.0
AHLI JAWATANKUASA INDUK
PENAUNG Encik Romli Bin Darus Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Kent
PENASIHAT Encik Doti Asing Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Kent
PENGERUSI Puan Nancy Loo Kason Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Kent
PENSYARAH PENASIHAT Pn. Mirin @ Merylene Magabi Pensyarah Penasihat Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi 2018/2019
4
5.0
AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA PENGERUSI AZMAN BIN ABDUL MUTALIB Yang Dipertua JPP NAIB PENGERUSI 1 VALERY SAING ANAK EDWARD Naib Yang Dipertua 1
NAIB PENGERUSI 2 MOHD NAJEEB BIN ABDUL RAHSHID Naib Yang Dipertua 2
SETIAUSAHA FASLEY JOCA JOLDIN Setiausaha Agung JPP
NAIB SETIAUSAHA NUR AZRENNA BINTI MOHD ZAIN ABDULLAH Timbalan Setiausaha Agung JPP
BENDAHARI MOHD AMIRUL IKMAL BIN AHMAD Bendahari Kehormat JPP
NAIB BENDAHARI SYAHRIZAL BIN SHAHBUDIN Timbalan Bendahari Kehormat JPP
5
Pengarah Pelaksanaan Sistem MOHD AL-QAHHAR BIN MUHMAD NOR
Naib Pengerusi Pelaksanaan Sistem AHMAD AFIQ BIN AHMAD NAZRI
AJK Peralatan & Teknikal MOHD NIZAM BIN MATUSIN NORHAJIAH BINTI ROPOTOH
AJK Pengurusan Kad Matriks SEMUA KETUA ARAS
6
6.0
KUMPULAN SASARAN / PENYERTAAN Semua guru pelatih IPG Kampus Kent yang tinggal di kolej kediaman siswa dan siswi.
7.0
TARIKH DAN TEMPAT TARIKH
: 8 Mei 2018 (sehari selepas pelancaran pelaksanaan)
TEMPAT
: Pos Pengawal Kolej Kediaman Siswa & Siswi
8.0 ANGGARAN BELANJAWAN
6BIL 1.
PERKARA
HARGA
Pengurusan peralatan dan teknikal 1. Set lengkap komputer -
PC komputer
-
Skrin monitor
-
Tetikus
-
Papan kekunci
RM1500 x 2 = RM3000
2. Pengimbas kod bar
RM80 x 2 = RM160
3. Servis cetakan pelekat kod bar
RM1 x 500 = RM500
4. Power Source (Kotak Pembekal Kuasa) JUMLAH
RM 200 x 2 =RM400 RM 4060
7
9.0
PENUTUP
Exco Teknologi & Penerbitan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar 2018/2019 berharap agar dengan wujudnya sistem imbasan kad bagi pengurusan keluar masuk guru pelatih dapat dilaksanakan dengan jayanya. Hal ini dapat memudahkan setiap pihak yang terlibat dengan keselamatan para guru pelatih untuk memastikan keselamatan dikawal dengan lebih sistematik dan teratur. Oleh yang demikian, kami berharap agar perancangan pelaksanaan sistem imbasan ka dini dapat dilaksanakan dengan kerjasama setiap pihak tidak kira sama ada pihak atasan, pensyarah, guru pelatih mahupun pengawal keselamatan. Maju teknologi, majulah IPG.
8
12.0 SENARAI SEMAK KELULUSAN
Tindakan
Catatan
Disediakan Oleh:
________________________ (MOHD AL-QAHHAR BIN MUHMAD NOR) Pengarah Pelaksanaan Sistem Kad Imbas Institut Pendidikan Guru Kampus Kent Tarikh: Disemak Oleh:
_________________________ (PUAN MIRIN MERYLENE MAGABI) Pensyarah Penasihat JPP Sesi 2018 / 2019 Institut Pendidikan Guru Kampus Kent Tarikh: Disokong Oleh:
___________________ (PUAN HJH NANCY LOO KASON) Ketua Jabatan Jabatan Hal Ehwal Pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Kent Tarikh: Diluluskan Oleh:
__________________ (ENCIK ROMLI BIN DARUS) Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Kent
Tarikh:
9