www.pasirmas.co.cc
Siri Kuasa Minda Bhg. 1 – Pengenalan Pada mulanya penulis berasa serba salah untuk menulis artikel berkenaan teknik-teknik kuasa minda atau mind power, memandangkan terdapat ramai individu-individu yang mahir lagi hebat dalam bidang yang sangat luas tapi penuh keajaiban ini. Namun apabila mengingatkan pesan Nabi Muhammad SAW yang menyarankan agar menyampaikan walau satu ayat, penulis gagahi jua untuk menghebahkan. Penulis akui akan kedhaifan dan kekurangan ilmu serta pengalaman, berbanding dengan mereka yang jauh lebih maju dan cemerlang dalam lapangan kuasa minda. Tidak pernah berkocak di laut fikir penulis untuk mendabik dada kononnya memiliki pengetahuan dan kehebatan apatah lagi mengaku mempunyai selautan ilmu dan segunung kehebatan. Kerana pegangan seorang muslim ialah tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah SWT jua. Sesiapa yang mendabik dada dan bersikap meninggi diri, maka tunggulah kebinasaan yang akan dihempaskan ke atasnya oleh Yang Maha Kuasa. Apa yang bakal dihidangkan dalam siri ini hanyalah teknik-teknik asas, sebagai pembuka selera, yang boleh dipraktikkan oleh sesiapa jua. Selanjutnya jika berminat, bolehlah mencari guru-guru yang lebih mahir dan matang keilmuannya. Namun harus berhati-hati kerana dewasa ini ramai yang mendakwa mempunyai pengetahuan dan keilmuan, tidak ketinggalan kehebatan, semata-mata untuk meraih duniawi yang memperdayakan, malah ada yang menggunakan perantaraan makhluk ghaib untuk mempamirkan kebolehan luar biasa agar dikagumi bakal murid. Tidak syak ini boleh memesongkan akidah. Penulis mencadangkan agar anda buat pemerhatian teliti dan sedikit research sebelum berguru dengan sesiapa. Bimbang jikalau ditipu orang.
1
Seperti yang kita sedia maklum, diri kita ini terdiri daripada badan kasar atau fizikal, dan kita juga mempunyai minda. Tubuh fizikal ini mempunyai kekuatan fizikal yang yang diperoleh dari pembakaran tenaga dari gizi makanan. Minda juga selain dari berkekuatan penaakulan untuk proses pemikiran dan pertimbangan, ia juga mempunyai kekuatan yang lebih seni dan halus yang tidak nampak oleh mata kasar. Sebenarnya penjelasan mengenai lapisanlapisan diri manusia berserta ciri-ciri secara detail boleh memeningkan fikiran anda, dan tidak sesuai untuk dipelajari hanya dengan pembacaan. Penulis tidak mahu panjang lebar membincangkan bahagian ini. Apatah lagi hingga sampai kepada perbincangan tentang roh dan minda. Untuk siri ini, memadai anda memahami diri kita ini ibarat komputer. Bandingkan jasad fizikal kita ini dengan peralatan hardware seperti monitor, CPU dan sebagainya. Manakala minda pula ibarat perisian atau Windows yang terdapat pada komputer. Manakala roh pula ibarat tenaga elektrik yang menjadi sumber kuasa bagi komputer. Sebenarnya penjelasan di atas masih belum rapi, namun memadailah anda memahami setakat itu dahulu. Ini bertujuan untuk memudahkan pembaca memahami secara ringkas gambaran mengenai diri manusia. Sesiapa yang mengenali sedalam-dalamnya akan diri sendiri, maka kenallah orang itu akan Tuhannya. Sekarang mari kita halusi apakah dan bagaimanakah yang dikatakan kuasa minda. Ada orang menggelarkan kuasa jiwa, kuasa psikik, kuasa batin dan sebagainya. Namun penulis lebih suka menggunakan perkataan kuasa minda kerana ungkapan ini lebih umum dan sudah biasa didengar oleh kebanyakan orang. Setakat ini sains hanya dapat membuktikan tenaga fizikal sahaja. Tenaga fizikal ini ialah tenaga yang boleh dilihat, dirasa dan diukur menggunakan hukumhukum fizik. Ini termasuklah tenaga otot manusia, tenaga matahari, tenaga elektrik, tenaga magnet, tenaga atom, tenaga wap dan sebagainya. Semua yang disebutkan itu ialah tenaga fizikal dan dikenal oleh umum. Manakala tenaga yang lebih halus dari yang telah dibincangkan di atas ialah tenaga yang terdapat pada minda (mind) kita ini. Perbezaan antara tenaga fizikal dan tenaga minda adalah ibarat perbezaan antara batu dan udara. Tenaga fizikal itu ibarat batu dan tenaga minda itu ibarat udara. Dengan fizikal manusia boleh memegang, mengangkat, menolak, memukul menerajang dan sebaginya. Dengan tenaga minda pula seseorang bukan sahaja dapat berfikir, tetapi juga dapat mempengaruhi, memukau, memancarkan perasaan tertentu kepada orang
2
lain, melihat tempat-tempat yang jauh dan tersembunyi, mendatangkan apa yang diingini dan membuang tabiat-tabiat buruk. Dikatakan juga tenaga minda dapat berkesan terhadap benda-benda fizikal seperti mengangkat objek-objek tertentu malah dapat menumbangkan musuh tanpa perlu menyentuh jasad fizikal. Mungkin lain orang lain pula terminologinya. Namun walau apapun gelaran atau sebutannya, inilah yang dikenali ramai dengan ungkapan KUASA MINDA! Menurut ramai pakar-pakar tenaga minda, setiap manusia dilahirkan dengan tenaga ini. Cuma perlu diaktifkan melalui kaedah-kaedah tertentu. Sebagaimana fizikal yang sentiasa dilatih akan menjadi kuat dan cergas, begitu juga dengan kuasa minda. Semakin dilatih maka semakin kuatlah tenaganya. Ada juga individu-individu tertentu yang kuasa mindanya aktif secara semulajadi. Dengan hanya latihan yang sedikit sahaja sudah boleh melancarkan kuasa mindanya untuk kegunaan tertentu seperti menyejukkan badan apabila cuaca panas atau sebaliknya. Ada juga yang boleh meraih cinta gadis idaman serta melembutkan hati orang yang sedang marah. Banyak lagi kegunaan kuasa minda ini apabila ianya sudah aktif. Mungkin anda fikir ini semua karut dan tahyul. Mana ada orang yang boleh buat seperti itu. Tidak dapat dibuktikan secara saintifik. Cadangan penulis ialah; fikirkan tentang jantung anda yang sentiasa berdegup sejak hari ke-18 usia kandungan (atau sekitar minggu ke-3) dalam rahim ibu, dan ianya anda sentiasa berdegup tanpa perlu berhenti rehat. Tidak seperti otot-otot tangan dan kaki (yang lebih besar) yang akan merasa lenguh apabila berkerja melebihi kapasiti kekuatan. Dari manakah datangnya tenaga jantung anda untuk berkerja tanpa henti sepanjang hayat? Kuasa minda itu tidak wujud..? Bak cogankata Discovery Channel - think again. Bersambung.. Untuk menonton klip video menarik The Secret sila layari www.pasirmas.co.cc Akan datang: Siri Kuasa Minda Bhg 2 - Teknik mengaktifkan Kuasa Minda. Jangan lupa mengunjungi pasirmas.co.cc untuk mengetahui bagaimanakah teknik untuk mengaktifkan tenaga minda yang sangat ajaib itu. Nantikan terbitannya!
Jagung, www.pasirmas.co.cc
3