LADANG HUTAN (FOREST PLANTATION) 1. Ladang hutan boleh didefinisikan sebagai satu dirian ladang hutan yang ditubuhkan secara buatan sama ada penanaman atau menabur biji benih ataupun penyemaian 2. Mengikut takrifan, jika pokok ditanam 50% dengan anak pokok di hutan, maka ia boleh dikatakan ladang, jika kurang daripada 50% maka ia boleh disebut hutan sekunder 3. Berdasarkan sejarah tanah penggunaan manusia, hutan boleh dikategorikan kepada 5 berdasarkan pengaruh manusia; AFORESTATION; sebelum ini tidak ada tumbuhan selama lebih daripada 50 tahun REFORESTATION; kawasan tersebut tidak mempunyai hutan slama kurang daripada 50 tahun HUTAN DIWUJUDKAN SECARA SEMULAJADI; dengan campurtangan manusia HUTAN YANG DIWUJUDKAN SECARA SEMULAJADI; tanpa campurtangan manusia [tidak dinyatakan] 4. Ladang; sebuah ladang mempunyai bentuk tertentu dan sempadan yang jelas 5. Stocking; bilangan pokok yang boleh dituai di sesuatu kawasan 6. Kebanyakan ladang hutan di dunia sekarang menggunakan spesies eksotik (import daripada luar negara) dan tidak menggunakan spesies tempatan 7. Beza tanaman perhutanan dan tanaman pertanian adalah pokok yang brekayu boleh dianggap sebagai hutan ladang
SEJARAH PERKEMBANGAN LADANG HUTAN 1. Sejarah bermula pada awal kurun ke-20, dilakukan penanaman secara besarbesaran di Eropah, US, Australia, New Zealand, Afrika Selatan, India, Chile, Indonesia dan Brazil i.
1960-an, penanaman secara besar-besaran dilakukan di Tropika dan SubTropika
ii.
Kebanyakan ladang hutan ini mendapat sokongan daripada negara luardan pinjaman daripada bank besar di dunia dengan “soft loan” (bayaran dilakukan dalam jangkamasa panjang tetapi bunga yang rendah)
iii.
Projek ini mendapat subsidi daripada kerajaan dan kerajaan menguruskannnya, bukan perseorangan
2. Keluasan kawasan ladang hutan adalah dari 17.8 juta ha (1980) kepada 43.6 juta ha (1990) dan 187 juta ha (2000) 3. Cuma beberapa kawasan mempunyai keluasan ladang melebihi 10 juta ha; China, US, Russia, Inida dan Jepun 4. Kadar penanaman tahunan dunia adalah 4.5 juta ha/tahun. 79% penanaman berlaku di negara-negara Asia 5. Ladang hutan ada 3 kategori; Untuk industry
Bukan untuk aktiviti industry (kestabilan persekitaran) Diwujudkan tanpa apa-apa tujuan (lebih kepada mencantikkan kawasan) 6. “Fast wood estate” kitaran 15 tahun, selepas 15 tahun boleh dituai. Contoh di Brazil, Indonesia, China, india, Afrika Selatan, Thailand, Vietnam, Malaysia, Venezuela, dan Swaziland Sebab utama betapa cepat ladang huta kiatarn ialah ekonomi (pulangan yang tinggi dalam masa yang singkat) 7. Tujuan utama ladang ini diwujudkan adalah untuk menghasilkan balak yang berisipadu besar, berdiameter kecil dan dijual pada harga yang berpatutan secepat yang mungkin. Hasilnya dalam satu hektar; 15 meter padu/hektar dalam masa setahun Kebanyakan ladang ini diwujudkan adalah untuk industry pulpa dan kertas
8. Di Malaysia (1900-an) sudah wujud penanaman menggunakan spesies pokok eksotik 9. Manakala penanaman secara komersial di Semenanjung Malaysia ialah pada tahun 1950-an, menggunakan Tectona grandis sp. Ladang yang menanam pokok Pinus caribaea, ditubuhkan untuk penghasilan gentian
10.Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia melancarkan Compensatory Forest Plantation untuk membekalkan balak untuk pasaran tempatan
11.Meliputi kawasan berkeluasan 188,200 ha pada tahun 1995 dengan pusingan 15 tahun Spesies yang digunakan ialah; •
Acacia mangium
•
Cmelina arborea
•
Paraserianthes falcataria
•
Eucalyptus canaldulensis
Pada tahun 1999, Cuma menanam 65,000 ha, target 188,200 ha Acacia mangium ditanam sebanyak 97% daripada 65, 000 ha kawasan (1999) 2433 ha (T.grandis), 3561 ha (P.caribaea) di Semenanjung Malaysia
12.Awal 1992, banyak pokok Acacia di Semenanjung Malaysia telah dijangkiti penyakit “heartrot”. Jadi penanaman Acacia dihentikan. Januari 1994, penanaman Acacia diteruskan 13.Masa yang sama, 1993 pokok sentang/ranggu (Azadirachta exelsa) ditanam oleh Kelantan Forestry Department 1999, Jabatan Perhutanan telah mewujudkan ladang sentang seluas 1,765
FAKTOR PENGGALAK LADANG HUTAN 1. Hutan asli telah sekian lama telah dibalak dan dituai. Kerosakan yang berlaku tidak boleh dipulihkan sepenuhnya
2. Hutan yang ada berada di pedalaman, jadi pembalakan menjadi susah. Ia perlu dibuat jalan sebagai perhubungan 3. Pertumbuhan alsi tidak begitu menggalakkan dan juga kekurangan pengurusan 4. Tanah yang ada digunakan untuk membalak dan juga untuk bercucuk tanan 5. Produktiviti menjadi tinggi 6. Ladang hutan adalah merupakan satu cara untuk membangunkan sesuatu kawasan 7. Perhutanan social, pembangunan desa 8. Perhutanan persekitaran, untuk mencegah daripada kerosakan semulajadi. eg. bukit bercerun tinggi ditanam pokok 9. Sebagai tempat penyimpanan karbon
AMALAN PENGURUSAN 1. Ciri-ciri perbandingan pengurusan tanaman ladang hutan dengan hutan asli; Kadar produktiviti yang lebih tinggi, ladang hutan menghasilkan produktiviti tinggi Intensity dan frekuensi yang lebih tinggi disebabkan oleh kitaran yang lebih pendek Peluang untuk menukarkan stok genetic Ladang hutan lebih intensif berkenaan dengan pengurusannnya. eg. pembajaan tanah. Menambah baik jika ada halangan (kurang subur, tanah keras) Pengurusan ladang yang berterusan
Member pulangan yang sangat cepat, perladangan hutan bergantung kepada pasaran dunia
PEMILIHAN SPESIES 1. Cadangan memilih spesies bergantung kepada 3 soalan asas; •
Tujuan penanaman pokok? (untuk pulpa, perabot dan sebagainya)
•
Spesies yang manakah yang berpotensi untuk ditanam secara ladang?
•
Adakah ia tumbuh di kawasan yang telah ditentukan?
2. 4 tujuan utama penanaman pokok; Kegunaan industry; kayu api (fuelwood), kayu pulpa, balak, produk panel Kegunaan domestic; kayu api (firewood), tiang rumah Perlindungan persekitaran; luluhawa tanah, penghenti tiupan angin Pembangunan desa; buah-buahan, makanan ternakan
3. Potensi spesies yang sesuai; Spesies tempatan (indigeneous spesies) -
Kemungkinan untuk tumbuh
-
Boleh menyesuaikan diri dengan persekitaran yang memenuhi nic ekologi
-
Lebih sesuai dan berkepentingan. Memulihara flora dan fauna yang ada
-
Orang-orang industry telah tahu kegunaannya
4. Kejayaan besar kepada pengenalan spesies eksotik (luar negara); Pilihan spesies bertambah Bebas daripada serangan penyakit dan serangga Sudah ada kajian dan pengalaman tentang spesies eksotik tersebut (sudah ada maklumat)
5. Factor yang mempengaruhi untuk menggunakan spesies pokok yang diperkenalkan; Perbezaan genetic; kepentingan provinent (menjumpai spesies yang sama, bergenetik berlainan di kawasan yang berlainan) Pembangunan pokok (pembaikbiakan pokok) Spesies yang terdapat had (yang menghalang penanaman)
6. Kesesuaian spesies tersebut dengan tapak Cuaca dengan iklim Tanah; kedalaman, profil, struktur fizikal, kimia dan biologi Factor lain; banjir, ketahanan kebakaran, persaingan, hurikan, keperluan perlindungan yang istimewa
BIJI BENIH 1. Bilangan biji benih yang diperlukan untuk projek penanaman bergantung kepada; •
Saiz penanaman tahunan. eg. jarak penanaman 3 meter x 3 meter, saiz kawasan 5 ribu ha dan di dalam satu ha kawasan mempunyia 100 batang pokok
•
Bilangan anak pokok yang hendak ditanam
•
Anggaran kadar pokok yang tumbuh. eg. kadar percambahan anak pokok yang berjaya
•
Anggaran bilangan anak benih yang boleh ditanam di dalam 1 kg biji benih yang diperolehi. eg. 1 kg ada 1000 biji benih, bilangan yang boleh ditanam, lihat kepada kadar penanaman Cara hendak mengetahui; i.
Tentukan bilangan anak benih yang ada dalam 1 kg
ii.
Kadar percambahan. Eg. 90% akan bercambah
iii.
Ketulenan; peratusan anak benih yang tulen
iv.
Anggaran kadar kematian biji benih semasa pembajaan dilakukan di tapak semaian. eg. penjagaan yang baik atau tidak baik
2. Variasi dalam berat biji benih (sebab-sebab perbezaan); Perbezaan provinent (provinent; pokok yang sama spesies, ditemui di kawasan yang berlainan dan mempunyai genetic yang berlainan) Saiz buah Kelas silara pokok induk
Seed maturity (kematangan biji) Site fertility (kesuburan tanah/tapak)
3. Sijil biji benih (seed certification); meyediakan maklumat biji benih (eg. tempat pengutipan, maklumat ketinggian pokok induk) 4. Seed procurement (keadaan biji); diperolehi samada dari dalam ataupun diimport daripada luar negara 5. Kelakuan pembiakan spesies; •
Umur pokok yang boleh menghasilkan biji benih
•
Kaedah/cara pembungaan
•
Cara penyebaran bii benih
6. Sumber biji benih diperolehi daripada hutan asli atau ladang (final crop trees; pokok sebelum tebangan, seed stands; dirian biji benih, seed orchard; beza biji benih di mana diperolehi (berbeza dengan seed stands iaitu melalui proses yang lebih lama untuk kajian)) 7. Seed crop forecasting; istilah kepada ramalan masa musim pembuahan yang paling banyak, bertujuan menjimatkan kos dan tenaga 8. Masa pengumpulan biji benih supaya dapat disimpan lebih lama 9. Cara pengumpulan biji benih; Penebangan Pengumpulan di atas tanah pada biji benih yang jatuh secara semulajadi Kaedah memanjat untuk mendapatkan biji benih
10.Pengekstrakan biji benih adalah dengan cara; Memakan buah, kemudian biji diasingkan (contoh durian) Mengeringkan dan menghancurkan buah (contoh Acacia)
11.Pembersihan biji benih adalah bertujuan untuk menyingkirkan bahan-bahan lain 12.Factor-faktor yang mempengaruhi penyimpanan biji benih; longevity Jenis biji benih (recalcitrant atau orthodox) Suhu Kandungan kelembapan Serangan daripada serangga, kulat dan binatang
13.Selepas melalui semua proses di atas, dilakukan pembungkusan dan pengangkutan biji benih 14.Hanya satu sahaja masalah berkaitan dengan biji benih iaitu bekalan biji benih yang tidak mencukupi
TAPAK SEMAIAN 1. Tapak semaian bertujuan untuk menghasilkan bekalan anak pokok untuk ditanam. Untuk menghasilkan bekalan anak benih untuk ditanam, tapak semaian perlu; Dipastikan bahawa spesies yang perlu ditanam (bergantung kepada biji benih yang ada) Anak benih yang mempunyai tempoh masa yang sesuai untuk ditanam Ada saiz anak pokok yang sesuai untuk ditanam
Perlu menghasilkan bilangan anak pokok yang cukup
2. Untuk merancang pembinaan tapak semaian, perlu mengambil kira; i.
samada ia adalah kekal atau sementara
ii.
lokasi tapak semaian dan rekabentuk
3. jenis pokok yang boleh dihasilkan di tapak semaian; i.
bare root; anak benih disemai, selepas tempoh tertentu anak benih akan dikeluarkan dan dimasukkan ke dalam bekas seperti polistirena yang biasanya lembap
ii.
container
4. Dalam system container, pengurus boleh membuat pilihan, iaitu; i.
Pilihan container (polibeg dan sebagainya)
ii.
Saiz polibeg
iii.
Medium penanaman (sabut kelapa, habuk kayu, campuran)
iv.
Nursery bed (bekas percambahan)
v.
Cara penyemaian biji benih (secara terus atau tapak percambahan)
vi.
Kedalaman biji benih yang perlu disemai
5. Selepas disemai, penjagaan dan perlindungan kepada anak pokok dilakukan dengan cara;
i.
Siram (watering)
ii.
Teduhan (shading)
iii.
Perlindungan (shelter)
iv.
Pembajaan (seddling nutrition)
v.
Merumput (weed control)
vi.
Perlindungan menentang penyakit daripada fungi
vii.
Perlindungan menentang serangga perosak
viii.
Perlindungan daripada kerosakan oleh haiwan dan burung
ix.
Keadaan
yang
sesuai
(kesesuaian
pokok
dengan
keadaan
persekitaran)
6. Cara pembiakan vegetative; Stump plants (tunggul kayu) Cutting (keratan) Micropropagation dan tissue culture
7. Selepas penyemaian, dilakukan kawalan kualiti dan pengangkutan tumbuhan ke kawasan penanaman
8. Tapak semaian jenis sementara (kos lebih tinggi, terdapat beberapa kemudahan asas sahaja, penjagaan tidak rapi). Manakala kebaikan tapak semaian jenis sementara ialah;
•
Dibina berdekatan dengan kawasan penanaman
•
Pokok yang ada mempunyai peluang yang cerah untuk hidup
•
Kos pengangkutan dikurangkan
•
Penyebaran penyakit tidak aka nada, penyakit boleh diasingkan dan dikawal
9. Tapak semaian yang kekal; Pemilihan lokasi perlulah cermat (melihat factor bentuk muka bumi yang ada) Oleh sebab ia adalah jenis yang kekal, ia mempunyai perumahan para pekerja, seterusnya penjagaan tapak semaian adalah lebih berkesan Pembelian biji benih senang dibuat Operasi
lebih
berkesan
dan
kos
lebih
rendah
(kerana
boleh
mengeluarkan anak benih yang banyak) Menyenangkan pengurus membuat perancangan, pengekalan rekod pembajaan, kawalan stok, serta membantu membuat jangkaan
10.Saiz nursery (tapak semaian) begantung kepada; Bilangan anak pokok yang dihasilkan dalam masa setahun Kaedah penghasilan anak pokok (e.g. kontena dan bare root) Tempoh masa anak pokok berada di dalam tapak semaian
11.Lokasi nursery; Di tepi jalan, supaya memudahkan perhubungan
Biasanya terletak di tepi sungai, untuk bekalan air Lokasi biasanya terletak di kawasan yang senang untuk mendapatkan bekalan buruh
12.Pertimbangan silvikultur (silvicultural consideration) Lokasi nursery haruslah jauh daripada keadaan yang ekstreem, seperti banjir. Jadi ia perlulah dibina jauh daripada paras banjir Mempunyai sumber tanah yang mampu kerja (contoh loam berpasir) Perlu memastikan bahawa kawasan tersebut tidak banyak rumput Kecerunan perlulah 10 hingga 30 supaya memudahkan pengaliran air, jadi kawasan tersebut cepat kering
13.Rekaan tapak semaian dan susunan (layout) Padat dan kebiasaannya 4 segi Aturan anak pokok biasanya 1.0 m – 1.2 m, untuk memudahkan pekerja membuat kerja Terdapat bangunan-bangunan lain dan tempat seperti tangki air, tempat bekalan diesel, generator, stesen bomba dan sebagainya
REKA BENTUK DALAMAN LADANG 1. Lokasi tapak semaian ditentukan. Kalau boleh tapak semaian terletak di tengah-tengah ladang 2. Menentukan reka bentuk jalan ladang
3. Ladang dibahagi kepada compartment (tujuan utama dilakukan compartment ialah perlindungan kebakaran
PENYEDIAAN TAPAK 1. Bertujuan untuk menggalak pertumbuhan dan meminimakan tahap kematian anak pokok dengan; Mengawal vegetasi yang bersaing Mengalihkan batu-batu yang besar contohnya Melakukan pembajakan dan batas Pengubahsuaian pengairan, contohnya membuat terusan jika didapati sesuai Kalau di kawasan yang berbukit, dibuat teres untuk membolehkan penanaman dilakukan di kawasan bukit
2. Keperluan untuk penyediaan tapak bergantung kepada; Tujuan penanaman (untuk industry, alam sekitar, tempatan) Spesies tersebut, yang membolehkannya bersaing dengan spesies yang bersaing dengannya, contohnya lalang Tumbuhan yang ada, yang berasal daripada kawasan tersebut. Tumbuhan
tersebut
dialihkan
melalui
beberapa
cara
pembakaran, bahan kimia (sodium arsenic) dan sebagainya Keadaan tanah yang ada
contohnya
PENANAMAN 1. Kebiasaannya anak pokok ditanam pada awal pagi dan lewat petang, kerana kehilangan air pada masa tersebut adalah minima 2. Dilakukan corak penanaman, contohnya jarak antara satu pokok dengan pokok yang lain adalah 3 meter, bercorak segiempat dan sebagainya 3. Pengangkutan dalam penyediaan biji benih, jentera dan tenaga manusia
4. Cara penanaman -
Menambah baja yang mempunyai unsure Phosforus untuk membantu pengaliran air
5. Melakukan perlindungan kepada pokok yang baru ditanam daripada; •
Rumpai (weed)
•
Kebakaran (fire)
•
Haiwan (animal)
•
Serangga (insects) yang termasuk hama, serangga yang memakan daun
PENYELENGGARAAN PENANAMAN 1. Masalah kematian pokok. Masalah ini disebabkan oleh beberapa factor; i.
CARA MENANAM POKOK - Cara memegang ketika proses penanaman termasuk sentuhan pada akar
ii.
CUACA SELEPAS MENANAM POKOK - kemarau - hujan yang berterusan
iii.
KEADAAN ANAK POKOK - penyiraman dilakukan atau tidak dilakukan
- penanaman pada waktu tengahari menyebabkan pendehidratan yang lebih tinggi
iv.
KEADAAN TANAH - tanah liat yang teruk
v.
SERANGGA - serangga merosakkan daun
vi.
PERSAINGAN - persaingan daripada rumpai dan rumput
vii.
HAIWAN - dijadikan makanan oleh haiwan
2. Masalah
pokok
hidup
tetapi
pertumbuhannya
perlahan.
Keadaan
ini
disebabkan oleh; •
Pilihan spesies; spesies yang tidak sesuai untuk ditanam
•
Provinent yang berbeza; e.g. mangga daripada Perlis ditanam di Bintulu
•
Kesuburan tanah; kandungan nutrient yang rendah
•
Keadaan fizikal tanah; tekstur tanah yang tidak baik, kelembapan tanah yang tidak sesuai, keadaan yang tidak sesuai untuk pokok dipterokarp untuk bersimbiosis dengan kulat
•
Persaingan; persaingan dengan lalang
WEED CONTROL; PENGAWALAN RUMPAI 1. Kenapa perlu pengawalan rumpai? Ia bersaing secara terus dengan anak pokok untuk cahaya, kelembapan dan juga nutrient Rumpai akan membunuh dan berat lalang boleh mematahkan anak pokok, meneduhkannya Rumpai dan lalang tumbuh dengan banyak di atas lantai hutan 2. Kekerapan pengawalan rumpai bergantung kepada spesies poko, tapak dan cuaca 3. Kaedah kerja-kerja merumput; •
Frekuensi; kekerapan, sehingga anak poko membentuk silara sendiri
•
Period; tempoh masa kerja merumput dilakukan
•
Timing; masa melakukan kerja merumput
•
Extend; keluasan kawasan yang hendak dirumput
4. Kaedah pengawalan rumput; i.
Manual; pemotonagn menggunakan parang
ii.
Jentera (mekanikal); mesin rumput, traktor
iii.
Bahan kimia (chemical matter); tong sembur racun
iv.
Kawalan biologi; mengenakan penyakit kepada rumput seperti menggunakan serangga, kulat atau bacteria
v.
Mulching; menggunakan daun atau ranting kering untuk menutup kawasan-kawasan sekitar
vi.
Penutup bumi (cover crop); menanam tanaman litup bumi
vii.
Ternakan (livestock); membela kambing, lembu dan sebagainya
5. Climber cutting (pemotongan pemanjat dan bukaan ruang) 6. Melakukan kawalan terhadap stump growth (seperti pertumbuhan coppice, terutama sekali kawasan hutan yang tua 7. Staking; iaitu sokongan batang kayu ke atas anak pokok 8. Singling; proses membuang batang-batang yan tidak perlu, supaya mendapat satu batang sahaja. Batang biasanya satu tetapi factor penyebab terjadinya banyak batang pada satu pokok ialah; Pembakaran kawasan tersebut Kekurangan unsur Boron Kerosakan daripada serangga Kualiti genetic yang rendah
PEMANGKASAN (RESPACING) 1. Ada 2 jeins pemangkasan iaitu; •
Pemangkasan rendah
•
Pemangkasan tinggi
PEMANGKASAN RENDAH 1. Membuat penebangan hingga ke ketinggian 2 meter; •
untuk memudahkan masuk ke dalam dirian
•
dahan yang mudah disambar api, dapat dielakkan dan sempat dikawal
•
memudahkan untuk membuat operasi penjarangan (membuang pokok yang telah dipilih untuk mengurangkan persaingan)
•
untuk menghilangkan bekas potongan
2. Pengambilkiraan dalam pemangkasan dahan termasuk; •
spesies (self pruning)
•
ruang (spacing)
•
kadar (nisbah) kanopi berbanding dengan batang kayu (proportion of tree)
•
kaedah membuat tebangan (method)
•
keadaan tapak/dirian (ground condition)
•
ketinggian maksimum pemangkasan yang hendak dilakukan (mengambilkira masa, kos dan tenaga)
PEMANGKASAN TINGGI 1. Pemangkasan tinggi dillakukan untuk mengurangkan dahan-dahan dan ranting supaya kayu berkualiti tinggi 2. Keperluan (pertimbangan/consideration) untuk pemangkasan; Berapa lama dahan berada di atas pokok. Seandainya sudah lama, tidak perlu dilakukan kerana membazir masa dan kos Samada perlukan kayu yang berkualiti tinggi atau tidak (yang tidak mementingkan kualiti contohnya untuk kegunaan pulpa dan kerta)(yang mementingkan kualiti contohnya perabot) 3. 3 langkah untuk menghasilkan kayu berkualiti tinggi; MEMOTONG DAHAN- menggunakan gergaji/parang dengan sekali takik untuk dahan yang kecil. Dahan yang besar menggunakan kaedah yang tersendiri PENYEMBUHAN PARUT- untuk mengecilkan parut selepas dahan dipotong PEMANGKASAN HIDUP- pemotongan dahan hidup
4. Selepas pemangkasan, penjarangan dilakukan 5. Proses pemangkasan tinggi sangat mahal; •
Bergantung kepada bilangan dahan yang ditebang
•
Saiz dahan (kecil atau besar)
•
Ketinggian pemangkasan yang melebihi 2 meter (berganting kepada objektif pemangkasan, selalunya menggunakan tangga)
•
Bilangan pokok yang perlu dipangkas di dalam satu ha kawasan
•
Ketinggian pemangkasan mempengaruh kos
ZAT MAKANAN UNTUK DIRIAN HUTAN 1. Kekurangan zat makanan adalah disebabkan oleh 7 faktor; tanah itu sendiri keberkesanan kitaran (kadar) nutrient adalah rendah (tidak lengkap, perlahan) kekurangan factor-faktor lain seperti hujan, pH yang rendah interaksi dengan nutrient yang lain. e.g. N dan P, apabila penyerapan N meningkat, P juga meningkat. Akan tetapi, bagi Mg dan Ca, bila penyerapan Mg meningkat, Ca mengurang kadar simbiosis yang kurang persaingan rumput-rumpai spesies yang tidak sesuai
2. Kekurangan nutrient berlaku; •
sepanjang masa (daripada anak benih hinggalah kepada pokok itu matang)
•
yang dipengaruhi oleh tanah, tapak dan interaksi antara spesies
3. Symptom-simptom kekurangan nutrient; Pertumbuhan pokok terbantut Perubahan warna pada daun (chlorosis)
Perubahan anatomi 4. Diagnosis kekurangan nutrient; •
Fertilizer trials; nutrient mana yang kurang
•
Analisis daun (dua langkah di dalam analisis daun; threshold levels dan sample)
•
Analisis tanah
5. Kegunaan baja; Untuk menambah nutrient yang kurang Membantu pokok untuk tumbuh di kawasan yang kurang subur Merangsang pertumbuhan pokok
6. Alternatif kepada baja (seandainya baja tidak dilakukan); Menukar spesies pokok yang ada Penyediaan tapak (memperbaikkan) Kitaran nutrient Mulching (sungkupan) Najis haiwan
PENJARANGAN 1. Penjarangan ialah operasi yang mana mengurangkan bilangan pokok yang ada di dalam suatu dirian hutan 2. Sebab-sebab dilakukan penjarangan; Mengurangkan bilangan pokok Untuk tujuan kesihatan
Mengeluarkan pokok-pokok ang berbentuk tidak elok Member peluang kepada pokok besar untuk tumbuh dengan lebih besar Hasil penjarangan boleh dijual sebagai pulpa, clipboard, kayu api dan sebagainya
3. Kesan penjarangan; •
Menggalakkan pertumbuhan diameter
•
Jumlah isipadu dikurangkan pada permulaan penjarangan (bergantung kepada bilangan pokok yang dikeluarkan)
•
Pokok yang ditinggalkan semakin tinggi, maka hasil balak adalah tinggi
•
Untuk mengurangkan kadar kematian dirian
4. Kesan kepada kekerapan penjarangan yang berbeza Minima 20%; kesan tidak Nampak 40%; kehilangan isipadu terlalu banyak
5. 3 aspek yang perlu diambil perhatian semasa melakukan penjarangan Bila penjarangan boleh dilakukan (sebelum kanopi tertutup) Bilangan pokok yang perlu dikeluarkan setiap kali aktiviti penjarangan (thinning weight); penjarangan pertama (20%-30%) Kekrapan membuat penjarangan, bergantung kepada keadaan dirian tersebut (biasanya penjarangan untuk menghasilkan balak adalah dilakukan sebanyak 2 kali)
6. Kaedah penjarangan; Kaedah sistematik atau mekanik atau line thinning Selected thinning (dilakukan di bahagian bawah silara)
7. Kedua-dua kaedah ini mempengaruhi; Purata ketinggian dirian Purata diameter dan purata pertumbuhan pokok Nisbah purata saiz pokok yang telah dijarangkan kepada saiz nisbah pokok yang tinggal (nisbah pokok yang ditebang kepada pokok yang ditinggalkan)
8. Kualiti kayu yang dihasilkan daripada aktiviti penjarangan •
•
KEBAIKAN -
potensi mendapatkan kayu balak adalah tinggi
-
Isipadu pokok lebih besar
KETIDAKBAIKAN -
Meningkatkan ketirusan (taper)
-
Mewujudkan banir
-
Dahan semakin besar
-
Berlakunya pertumbuhan diameter yang cepat (ketumpatan menjadi kurang)
-
Hempakan kepada pokok yang tinggal akan mencederakannya (mengurangkan kualiti)
9. Keputusan penjarangan bergantung kepada Objektif pengurusan dan polisi penjarangan Pilihan dan pertimbangan samada perlu atau tidak dilakukan penjarangan Masa penjarangan pertama dan seterusnya Kekerapan penjarangan Menentukan pilihan atau kaedah penjarangan, samada sistematik atau selection
5 ASPEK YANG DITEKANKAN DAN MUNGKIN MEMBERI KESAN KEPADA SILVIKULTUR 1. Saiz kawasan balak 2. Kaedah penebangan (e.g. censor, jentolak) 3. Kerosakan kepada tapak semasa penebangan (e.g. menarik keluar balak) 4. Hasil yang ditinggalkan seperti ranting, daun, dahan dan sebagainya 5. Penanaman untuk pusingan kedua
SISTEM-SISTEM UTAMA PENGANGKUTAN BALAK 1. Haiwan 2. Kabel; lebih baik daripada traktor tetapi lebih mahal 3. Forwarder; jentera yang menebang pokok secara menegak dan menarik keluar
4. Jentolak jenis D6 (roda getah) 5. Jentolak jenis D7 (roda besi)
KEROSAKAN YANG BIASANYA BERLAKU SEMASA PEMBALAKAN 1. Pemadatan tanah 2. Water logginmg (takungan air) 3. Tumpahan minyak 4. Sungai/saliran tersumbat 5. Mendedahkan lantai hutan kepada risiko hakisan. Jadi untuk mengurangkan kesan hakisan, dilakukan penanaman semula selepas penebangan
BEBERAPA KAEDAH UNTUK MELUPUSKAN HASIL BUANGAN 1. Kumpul dan bakar (nutrient akan larutresap dan luluhawa akibat angin) 2. Menggunakan jentera penghancur (kos tinggi) 3. Mengumpul di dalam satu barisan (istilah; wind rows) 4. Ditaburkan di semua kawasan sama rata (menyukarkan untuk menanam pokok
PERLINDUNGAN KEBAKARAN 1. 3 tujuan; Menghalang kebakaran daripada luar daripada merebak ke dalam Mengelakkan kebakaran daripada dalam ladang Mengehadkan tempat/kesan yang terbakar
2. Strategi dalam perlindungan kebakaran (4 komponen); Pertahanan yang tetap (contoh; menggali kolam untuk sumber air dan juga membentuk blok) Fire-fighting equipment (pasukan pemadam api) Komunikasi yang baik (menara kawalan) Publisiti (jalankan/maklumkan orang ramai untuk tidak membuat pembakaran)