Semoga Allah swt melindungi kita drp manusia2 yg bertopengkan syaitan yg dengan lancangnya menghina Rasulullah SAW. Amin... assalamualaikum wbt Berhenti sejenak dan renungkan siapakah kita di depanNya. Allahuakbar, Allahuakbar Allahuakbar, Allahuakbar Subuhnya di mana aku berada masih enak dalam kelambu rindu sambil berpoya-poya dengan waktu masa bagaikan menderu langkah tiada arah tuju fikiran terus bercelaru terlupa aku semakin dihujung waktu siapa aku di depan Tuhan ku. Zohornya aku lebih memikirkan kelaparan kehausan dan rehatku aku lebih mementingkan tuntutan jawatanku aku bertolak ansur dengan waktu aku gembira membilang keuntungan aku terlupa betapa besar kerugian jika aku mengadaikan sebuah ketaatan siap aku di depan Tuhan ku. Asarnya aku lupa warna masa cepat berubah bagaikan ditolak-tolak
aku masih dengan secawan kopiku terlupa panas tidak dihujung kepala aku masih bercerita tentang si Tuah yang setia dan si Jebat yang derhaka siapa aku di depan Tuhan ku Maghribnya aku melihat warna malam tetapi aku masih berligar di sebalik tabirnya mencari sisa-sisa keseronokan tidak terasa ruang masa yang singkat jalan yang bertongkat-tongkat ruginya bertingkat-tingkat siapa aku di depan Tuhan ku. Isyaknya kerana masanya yang panjang aku membiarkan penat menghimpit dadaku aku membiarkan kelesuan mengangguku aku rela terlena sambil menarik selimut biru bercumbu-cumbu dengan waktuku siap aku di depan Tuhan ku. kini aku menjadi tertanya-tanya sampai bila aku akan melambatkan sujudku apabila azan berkumandang lagi aku tidak akan membiarkan Masjid menjadi sepi kerana di hujung hidup ada mati bagaimana jenazah akan dibawa sembahyang di sini jika ruangku dibiarkan kosong jika wajahku menjadi asing pada mentari dan juga bintang-bintang. SIAPA AKU DI DEPAN TUHANKU