SEUNTAI KATA UNTUK DIRASA
Panas usah membakar dada Suara usah menggegar sahaja Kalau benar membawa cita Di dalam senyap kumpulkan tenaga
Ayam bertelur sekampung tahu Mengapa mesti kita begitu Falsafah ubi diam berisi Mengapa tidak kita turuti?
Sekarang singkirkan semua bicara Sekarang kumpulkan tenaga raksasa Tiba saat berbunga mesra Serentak mara kita bersama
A. Samad Said
(Dipetik daripada antologi Seuntai Kata Untuk Dirasa, Tingkatan 2, DBP)
Analisis Sajak “Seuntai Kata untuk Dirasa”
Maksud Bait 1 -
Berusahalah untuk mencapai cita-cita dan tidak sekadar bercakap sahaja.
Bait 2 -
Kita perlu berusaha secara diam-diam dan tidak menghebohkan sesuatu hasil yang tidak seberapa.
Bait 3 -
Sekarang ialah masa untuk berusaha dan kurangkan bercakap.
Tema Panduan untuk mengejar cita-cita
Persoalan •
Berusaha untuk mengejar cita-cita
•
Perancangan yang teliti diperlukan untuk berjaya
•
Perlu lebih bekerja daripada lebih bercakap
Unsur Keindahan Bahasa •
Pengulangan kata i.
Rangkap 1 (di tengah-tengah) Panas usah membakar dada Suara usah menggegar sahaja
ii. Rangkap 3 (di awal baris - anafora) Sekarang singkirkan semua bicara Sekarang kumpulkan tenaga raksasa •
Pengulangan bunyi vokal (asonansi) i.
Kalau benar membawa cita
ii. Falsafah ubi diam berisi
•
Pengulangan bunyi konsonan (aliterasi) i. Tiba saat berbunga mesra ii. Serentak mara kita bersama
Nilai •
gigih
•
berfikiran positif
•
bekerjasama
Pengajaran
•
Kita perlu gigih untuk mencapai cita-cita
•
Kita perlu kurangkan bercakap dan lebihkan bekerja.
•
Kita mestilah berfikiran positif dalam kehidupan.