“Antologi Seuntai Kata untuk Dirasa” Tajuk:-Cerpen Tina
Sinopsis • Cerpen ini mengisahkan seorang remaja lelaki bernama Haidi. Dia mempunyai seorang adik perempuan bernama Sutina(ringkasnya Tina). Namun begitu adik yang sangat disayanginya itu telah meninggal dunia ketika kecil kerana menghidap sakit jantung. Kehilangan Tina begitu dirasainya. • Kenangan suka duka bersama Tina muncul kembali dalam ingatan Haidi apabila dia bersua dengan seorang pelajar perempuan bernama Kursiah yang mirip wajah dan perwatakan Tina di sekolah barunya. Setelah beberapa kali berusaha untuk bertemu muka dengan Kursiah, akhirnya Haidi dapat juga berbual dengan Kursiah walaupun tidak mendapat layanan yang mesra sewaktu rehat di kantin sekolah.
• Pada hari sukan, Haidi dapat bertemu dan berbual sekali lagi dengan Kursiah yang kebetulan satu rumah sukan dengannya. Kursiah merupakan pelari jarak jauh. Haidi sangat gembira kerana Kursiah mula melayannya. Dia membayangkan adiknya Tina kalau masih hidup tentulah sebaya Kursiah juga. Haidi sempat mencabar Kursiah dengan hadiah RM5.00 jika berjaya menjadi johan dan disambut baik oleh Kursiah. • Kursiah akhirnya berjaya menjadi johan, membuatkan Haidi berasa sangat gembira dan teringatkan adiknya Tina. Namun begitu Haidi terkejut dan tiba-tiba menjadi tidak bermaya apabila melihat Kursiah diusung di atas tandu dengan muka yang biru. Haidi meraung dan menjerit supaya Kursiah segera dihantar ke hospital. Dia tidak mahu kejadian yang menimpa adik kesayangannya, Tina terjadi kepada Kursiah pula. Dalam keadaan lemah itu Haidi berdoa agar Kursiah tidak mati dan dapat menjadi pengganti adiknya, Tina.