SENARAI TAJUK KERTAS KERJA SEMINAR TAKHRIJ 2009 APIUM 12 NOVEMBER 2009 BIL NAMA 1 Dr Rohaizan Baru . Fakulti Pengajian Kontemporari Islam Universiti Darul Iman Malaysia Kampus KUSZA, 21300 Kuala Terengganu.
ABSTRAK PENAWARAN KURSUS TAKHRIJ ALHADITH KEPADA PELAJAR PENGAJIAN ISLAM DI UNIVERSITI, DI ANTARA KEPERLUAN DAN HALANGAN ABSTRAK Kertas ini cuba memberikan satu gambaran secara umum tentang ilmu Takhrij al-Hadith dan kepentingannya, seterusnya memberikan gambaran secara khusus mengenai kepentingan kursus Takhrij al-Hadith diajar kepada semua pelajar dalam bidang pengajian Islam, khususnya di universiti-universiti yang menawarkan program Pengajian Islam di Malaysia. Di antara persoalan yang berbangkit ialah jikalau kursus ini diwajibkan untuk ditawarkan kepada semua pelajar dalam bidang pengajian Islam apakah ia relevan dengan keperluan semasa seorang pelajar dan apakah halangan dan cabaran yang ada di universiti yang menghalang daripada ianya boleh dilaksanakan. Kertas ini cuba menggariskan beberapa masalah dan halangan kemudian akan memberikan beberapa cadangan penyelesaian yang boleh diambil oleh pihak-pihak berwajib di universiti atau kementerian dalam usaha mengatasi halangan dan cabaran yang ada.
2 Sakinah Saptu . Dr Azwira Abd Aziz Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia 43600, Bangi, Selangor
KAJIAN HADITH KITAB MUNTAKHAB ALKALAM FI TAFSIR AL-AHLAM YANG DINISBAHKAN KEPADA MUHAMMAD IBN SIRIN ABSTRAK Kitab Muntakhab al-Kalam Fi Tafsir al-Ahlam telah menjadi rujukan dan bahan bacaan popular dalam bidang mentafsir mimpi oleh masyarakat Islam sejak dahulu hingga ke hari ini. Perkara ini terbukti apabila kitab tersebut telah disunting, diringkaskan dan diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa seperti bahasa Melayu, Indonesia, dan Inggeris (mungkin juga ada diterjemahkan ke dalam bahasa selain daripada tiga bahasa tersebut). Jika di dalam bahasa Arab, kitab tersebut lebih cenderung kepada berbentuk
ringkasan dan suntingan untuk memudahkan pembacaannya. Selain daripada itu, ia juga menjadi satu bahan rujukan yang dipercayai oleh masyarakat Islam kerana ia dilabelkan sebagai sebuah kitab tafsir mimpi yang berlandaskan kepada al-Quran dan al-Hadith. Namun begitu, permasalahannya ialah sejauhmanakah kesahihan hadith-hadith yang terkandung di dalam kitab tersebut lantaran pengarang kitab sendiri tidak menyatakan statusnya sama ada ianya diterima atau ditolak di sisi ulama hadith. Oleh itu, kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengenalpasti kesahihan hadith-hadith di dalam kitab ini, menyatakan matan hadith yang lengkap, menggiatkan penyelidikan hadith yang terdapat pada kitab-kitab lama dan juga untuk memupuk kesedaran kepada ahli akademik agar mengkaji terlebih dahulu, sebelum menggunakan sesuatu hadith dan menyebarkannya kepada umum. Kajian ini hanya memfokuskan kepada 27 hadith yang terdapat di dalam muqaddimah dan khutbah kitab dan 5 hadith yang terdapat di antara bab 1-5. Untuk tujuan ini, kajian telah dijalankan dengan menggunakan metod kajian perpustakaan yang berpandukan kepada metod analisis dokumen. Dengan metodologi ini, pengkaji meneliti hadith, menilai ketepatannya, membuat perbandingan dari sudut matan dan sanadnya, memberikan kritikan yang positif dan membuat kesimpulan di akhir penganalisaan. Penemuan daripada hasil kajian menunjukkan bahawa tidak semua hadithhadith di dalam mukaddimah kitab, khutbah kitab dan hadith-hadith di antara bab 1-5 yang berjumlah 32 hadith adalah hadith yang mempunyai martabat yang sahih. Ada antaranya yang daif dan ada juga yang tidak ditemui oleh pengkaji di mana-mana kitab sumber hadith. Kajian ini akhirnya mencadangkan, antaranya ialah satu kajian khusus yang hanya menumpukan kepada aspek pentakhrijan hadith perlu dijalankan untuk keseluruhan kitab ini. 3 Ahmad Nabil b Amir. . Jabatan al-Quran dan al-Hadith Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Kuala Lumpur.
DARUL HADITH: KE ARAH MEMBINA PANGKALAN HADITH YANG SISTEMIK DI MALAYSIA ABSTRAK Kertas ini mengupas pandangan dan gagasan yang dikemukakan bagi membangunkan pangkalan hadith yang sistemik di Malaysia. Ia membincangkan langkah dan strategi yang
digariskan bagi mencapai objektif penubuhan Darul Hadith dan perencanaan jangka panjang yang diketengahkan bagi melahirkan ilmuwan hadith yang terkemuka di Malaysia. Kertas ini meneroka perancangan yang disempurnakan bagi menggerakkan kefahaman tentang idealisme dan pemikiran hadith dan kesungguhan dan komitmen yang dizahirkan bagi memperluas penyebaran kitab-kitab turath dan memperkasa warisan dan tradisi hadith di Malaysia. 4 Nik Yusri Musa . Pusat Pengajian Umum Universiti Kebangsaan Malaysia 43600, Bangi, Selangor
ASAS PEMIKIRAN ILMU TAKHRIJ DALAM BIDANG KEWARTAWANAN: REALITI DAN CABARAN. ABSTRAK. Mengemukakan konsep dan etika kewartawanan Islam merupakan suatu usaha yang perlu sebagai suatu pendedahan bahawa Islam menerusi beberapa disiplin ilmu yang lahir dari tamadunnya sentiasa relevan sepanjang zaman. Kejayaan tamadun Barat sekular dalam mencorakkan bidang serta disiplin ilmu tertentu adalah kerana berjayanya tokoh-tokoh cendikiawan mereka mengklasifikasikan serta mengabungjalinkan dapatan baru dan lama serta membentuknya sebagai suatu disiplin atau bidang ilmu baru ciptaan mereka. Melihat dari perspektif Islam, konsep asas kewartawanan dapat dilihat menerusi satu disiplin ilmu yang amat penting dalam Islam iaitu ilmu periwayatan hadis. Disiplin ilmu hadis yang terdiri dari dua aspek kajian iaitu riwayah dan dirayah. Ilmu riwayah ialah bidang yang membicarakan matan hadis manakala dirayah pula membicarakan aspek-aspek perawi sama ada periwayatannya ditolak atau diterima. Disiplin ilmu ini juga mengkategorikan berita-berita yang diterima dalam beberapa kategori dari aspek penerimaan atau penolakan sesuatu berita. Selain itu ilmu al-jarh dan al-ta’dil iaitu salah satu bidang penting dalam disiplin ilmu hadis juga jika dikaji mempunyai perkaitan yang rapat terhadap konsep kewartawanan.
5 U. Margono Muhadi . Jabatan Al-Quran dan al-Hadith Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
KEISTIMEWAAN MAKTABAH SYAMILAH DALAM MENTAKHRIJ HADIS ABSTRAK Seiring dengan kemajuan dan kecanggihan teknologi maklumat, beberapa kalangan pakar
muslim dalam bidang itu menyedari untuk dapat memanfaatkannya dengan menghadirkan perisian Maktabah Syamilah. Kandungan perisian ini memuat hampir semua bahan pustaka dari pelbagai disiplin ilmu Islam iaitu, al-Quran, Hadis, Akidah, Fiqh, Tasawuf, Sejarah, dan lainlain. Artikel ini difokuskan kepada bagaimana Maktabah Syamilah memudahkan pengguna di dalam mentakhrij hadis dengan tepat dan pantas berikut disertakan beberapa contoh sebagai pendekatan pemahaman. 6 Mohd Ali bin Mohd Yusuf . Dr. Basri bin Ibrahim Fakulti Pengajian Kontemporari Islam Universiti Darul Iman Malaysia 21300 Gong Badak Terengganu & Mohd Affandi bin Mohd Yusuf Institut Al-Quran Negeri Terengganu
HADIS-HADIS KELEBIHAN ILMU FARAIDH: ANALISIS TERHADAP SANAD DAN MATAN ABSTRAK Ilmu Faraidh merupakan satu khazanah hukum syarak yang tidak terhingga nilainya kepada umat Islam. Rasulullah (s.a.w) telah menegaskan bahawa ilmu faraidh adalah menyamai separuh daripada ilmu dan merupakan ilmu pertama yang akan diangkat dari dada manusia. Seruan baginda (s.a.w) ini sebagaimana hadis-hadis yang lain telah diriwayatkan melalui beberapa jaluran perawi yang berbeza matannya sehingga terdapat matan yang tidak diketemukan riwayatnya di dalam kitab-kitab perawi hadis yang muktabar. Justeru sesuatu harus dilakukan bagi menerangkan jaluran-jaluran ini dan matannya agar masyarakat Islam tidak terkeliru ketika meriwayatkan hadis-hadis tersebut dari baginda Rasulullah (s.a.w) . Kertas kerja ini bertujuan untuk menyorot hadis-hadis yang menyebut tentang kelebihan mempelajari ilmu faraidh dan mengajarnya. Perbincangan akan ditumpukan kepada sanad hadis kerana sepanjang penelitian penulis didapati ada riwayat yang tidak disebutkan oleh perawi hadis yang muktabar tetapi dinukilkan oleh ulamak faraidh. Penulis juga akan mengumpul kupasan makna matanmatan hadis ini sebagaimana yang telah ditafsirkan oleh ulamak. Di akhir perbincangan kedudukan hadis-hadis ini dapat dijelaskan kesahihannya melalui analisis yang dilakukan terhadap sanad dan matannya. Melalui kertas ini akan dapat mendedahkan kepada masyarakat mengenai kedudukan hadis-hadis yang menceritakan tentang kelebihan ilmu faraidh dan diharap ia akan dapat mendorong masyarakat untuk mempelajari ilmu Faraid agar doktrin hukum faraidh sentiasa dapat dipertahankan dari
sebarang kekeliruan. 7 Aisyah bt Dollah @ . Abdullah, Prof. Madya Dr. Fauzi bin Deraman Jabatan al-Quran dan alHadith, APIUM
HADITH MASYHUR DI ALAM MELAYU : TAKHRIJ TERHADAP KITAB KEPALSUAN YANG MASYHUR OLEH AHMAD ALI ABU BAKAR ABSTRAK Usaha mentakhrij hadith di dalam kitab-kitab jawi di Nusantara merupakan suatu perkembangan yang positif dari sudut penyelidikan akademik dalam menentukan keautoritian sesebuah karya. Namun, tidak banyak karya dari sudut disiplin ilmu hadith itu sendiri yang dijadikan subjek untuk ditakhrij. Justeru, kertas kerja ini cuba mengetengahkan satu usaha takhrij hadith yang telah dilakukan terhadap sebuah karya hadith yang bertajuk Kepalsuan Yang Masyhur (Yang Telah Dipercayai Oleh Khas, Am Dan Jumhur) karangan Ahmad Ali Abu Bakar. Karya ini memuatkan sebanyak 352 buah hadith palsu yang masyhur di alam melayu. Ungkapan palsu tetapi masyhur di kalangan masyarakat di alam Melayu sebagaimana judul yang dinyatakan oleh pengarang mendorong untuk kajian ini dijalankan. Namun, kertas kerja ini tidak akan memaparkan keseluruhan hadith-hadith di dalam karya tersebut kecuali yang difikirkan masyhur di kalangan masyarakat umum menurut pengkaji.
8 .
أسامة مصطفى التريكي فوزي بن درمن.د.و أ قسم القرآن والحديث أكاديمية الدراسات السلمية جامعة مليا كواللمبور ماليزيا
أهمية علم التخريج في الدفاع عن السلم في العصر الحاضر دراسة تطبيقية على كتاب )التجريد(لجمال البنا :ملخص البحث يعد علم التخريج أحد العلوم المهمة بل،للمتخصص في السنة النبوية ولكل دارس للعلوم السلمية سواء في الفقه أو العقيدة أو الداب أو لنه ينبني عليه معرفة صحة،غيرها الحاديث التي يستدل به المتخصص ولكن هذا البحث،في هذه الفروع يبرهن على أن التخريج له أهمية بالغة والمتمثل في،في الدفاع عن السلم وخاصة في،السنة النبوية المطهرة
فمن خلل بحثي،العصر الحاضر لمرحلة الدكتوراه تبين لي أن علم التخريج يمثل سلحا ً يحتاجه كل من ،يتصدى للطاعنين في السنة النبوية ت هذا العلم في الكشف ُ وقد استخدم عن الكثير من الخيانات العلمية والتحريفات التي اقترفها الكاتب )جمال البنا( في كتابه )تجريد البخاري (ومسلم من الحاديث التي ل ت ُْلزم والتي بنى عليها أحكاما خطيرة تطعن ومعظمها نقله عن،في أصول السلم غيره واعتمادا على أسانيد أو متون كما أنني،غير صحيحة أو محرفة وجدت من خلل البحث أن أفضل من استعمل علم التخريج من المعاصرين في الدفاع عن السنة النبوية هو العلمة عبد الرحمن المعلمي وقد وقد كشف هذا البحث،أبدع في ذلك عن نتائج هامة في كيفية الستفادة من علم التخريج في الدفاع عن السنة ومعرفة مداخل أعداء السنة المعاصرين للطعن في الحاديث .النبوية وطرق كشفها 9 Rorsuedee Salaeh@Rushdi . Jabatan al-Qur’an dan alHadith Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia
TAKHRIJ KARYA-KARYA HADITH ULAMA PATANI DI IPT MALAYSIA: SATU TINJAUAN ABSTRAK Selatan Thailand terutama di tiga wilayah majoriti penduduk Islam Pattani, Yala, Narathiwat. Ia merupakan pusat pengajian Islam serantau, terutama di tiga institusi pengajian tinggi. Iaitu Universiti Islam Yala, Kolej Pengajian Islam, Universiti Narathiwat Rajnakrin. Sementara penulisan karya hadith yang paling awal muncul pada tahun 1770M, ialah karya yang berjudul TanbÊh al-GhÉfilÊn yang telah dihasilkan oleh Sheikh Abdullah bin Abdul Mubin Patani. Sehubungan dengan itu, dalam tempoh lebih 230 tahun hanya
terdapat sebanyak 23 buah karya hadith sahaja. Ada pun karya hadith yang paling terkini ialah karya yang berjudul Hadith Mengenai Siasah(1) yang dihasilkan oleh Ustaz Hasan bin Muhammad pada tahun 2009M. Walau bagaimanapun, setakat ini terdapat hanya lima kajian ilmiah sahaja yang berbentuk kajian takhrij di IPT Malaysia, ia hanya dihasilkan oleh sarjanawan di peringkat Sarjana(MA) sahaja, dua daripadanya di Universiti Malaya(UM), manakala tiga lagi ialah di Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM).
1 Abdillah Hisham Bin Abdul 0 Wahab, . Mohd Faiz Hakimi Bin Mat
Idris, Mohd A'Tarahim Bin Mohd Razali. Fakulti Pengajian Kontemporari Islam Universiti Darul Iman Malaysia Kampus KUSZA, 21300 Kuala Terengganu.
PEMAKAIAN HADIS SYEIKH NIK MAT KECHIK FATANI DI DALAM KITABNYA WISYAH AL-AFRAH WA ISBAH AL-FALAH ABSTRAK Sebuah kitab yang dikarang oleh Wan Muhammad bin Wan Ismail yang terkenal dengan kitab Matla’ al-Badrayn wa Majma’ al-Bahrayn. Beliau merupakan cucu saudara kepada Syeikh Daud Fatani. Kitab ini membicarakan tentang rukun-rukun Iman, Islam dan hadis-hadis (targhib wa tarhib) mengenai ancaman kepada orangorang yang meninggalkan sembahyang serta hadis-hadis zikir selepas sembahyang. Penulis hanya memfokuskan hadis-hadis yang terdapat di dalam kitab ini. Dalam kitab ini terdapat dua bab hadis: hadis-hadis yang memberi ancaman kepada orang-orang yang meninggalkan sembahyang dan hadis-hadis mengenai zikir-zikir serta doa selepas sembahyang. Sebelum menulis hadis beliau memberi syarahan ringkas mengenai orang yang meninggalkan sembahyang atau hukumhukum mengenai berzikir selepas sembahyang samada jahar atau sir dengan membawa pendapat para ulama. Beliau juga mengatakan bahawa doa atau zikir yang datang daripada Nabi S.A.W lebih afdal daripada yang lain kerana sangat diharapkan qabul.
1 Fadlan bin Mohd. Othman, APLIKASI TAKHRIJ AL-HADITH DALAM 1 Mohd. Fadhil bin Mohd. Faudzi, PENULISAN ILMIAH: PENYELARASAN DI . Dr Azwira Abdul Aziz dan Dr. INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI, INSTITUSI Wan Nasyrudin Wan Abdullah AGAMA DAN MEDIA CETAK DI MALAYSIA Jabatan Pengajian al-Quran dan
al-Sunnah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia
ABSTRAK Artikel ini memperlihatkan aplikasi Takhrij alHadith di zaman silam dan perbandingannya di masa kini. Perbincangan disusuli dengan memfokuskan tahap-tahap metod Takhrij alHadith dalam penulisan ilmiah khususnya di institusi pengajian tinggi Malaysia dengan mengutarakan beberapa kriteria penting dalam menyatakan rujukan hadith. Tujuan utama artikel ini adalah untuk menjamin tahap autentisiti dan kredibiliti al-Hadith sebagai sumber primer dalam pengajian ilmu Islam. Artikel ini menggesa para siswazah dan pensyarah di institusi pengajian tinggi Malaysia agar dapat merealisasikan Takhrij al-Hadith dalam pembikinan artikel ilmiah, sekurang-kurangnya pada tahap yang paling minima berdasarkan kemudahan-kemudahan yang ada. Usaha murni ini perlu juga dipikul oleh institusi agama, para pendakwah, para penulis dan sesiapa sahaja yang menyebarkan hadith dalam bentuk bertulis di Malaysia khususnya dan Nusantara umumnya.
1 Fadhilah Adibah binti Ismail TAKHRIJ HADITH DALAM MANUSKRIP 2 Prof Madya Dr Mustaffa JAWI: TUMPUAN KEPADA KARYA-KARYA . Abdullah NIK MUHAMMAD SALLEH WAN MUSA Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, ABSTRAK Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur. Nik Muhammad Salleh Wan Musa ialah ulama kelahiran Kelantan yang aktif menghasilkan beberapa karya sewaktu hidupnya. Antara karya yang dihasilkan ialah Kuliah Pengajian al-Qur’an, Masalah Zakat Fitrah Dan Fitrah Kanak-Kanak Yang Belum Baligh, Falsafah Berumahtangga atau Tafsir Surah al-Mujadalah, Sinaran I`tiqad, Rahsia Kelahiran Nabi Muhammad, dan Theological Debates: Haji Wan Musa bin Haji Abdul Samad and His Family. Terdapat karyanya yang kritikan oleh golongan ulama lain seperti Masalah Zakat Fitrah Dan Fitrah Kanak-Kanak Yang Belum Baligh. Manakala terdapat juga karyanya yang dipandang sepi oleh masyarakat. Justeru itu artikel ini cuba mentakhrijkan hadithhadith yang terdapat dalam karya-karyanya serta melihat bagaimanakan pendekatan yang diguna pakai oleh beliau dalam memilih sesuatu hadith sebagai dalil untuk dimuatkan dalam karyanya. 1 Roshimah Bt. Shamsudin
TAKHRIJ AL-HADITH DI NUSANTARA :
Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia 10800 USM Pulau Pinang
PENGAJARAN DARIPADA USAHA ALALBANI. ABSTRAK Salah sebuah karya yang mendapat perhatian dan menjadi rujukan penting dalam bidang hadis pada masa kini ialah Silsilah al-Ahadith al-Da‘ifah wa al-Mawdu‘ah. Karya ini dihasilkan oleh Muhammad Nasir al-Din al-Albani, tokoh hadis tersohor abad ke 20. Al-Albani telah berjaya melakar nama pada peringkat antarabangsa menerusi penghasilan karya-karya ilmiah beliau yang telah memberi impak kepada perkembangan pengajian ilmu hadith pada era ini. Silsilah al-Ahadith alDa‘ifah adalah antara karya beliau yang paling masyhur. Karya ini mengandungi hadis-hadis yang telah dinilai statusnya sebagai da‘if, mawdu‘ dan seumpamanya menerusi penyelidikan ilmiah yang dilakukan oleh al-Albani. Dalam menentukan status hadis-hadis yang terdapat dalam kitab ini, antara langkah yang diambil oleh al-Albani ialah menjejaki hadis-hadis daripada sumbernya. Langkah ini merupakan sebahagian daripada proses takhrij alhadith. Sehubungan itu, kertas kerja ini akan membuat sorotan terhadap usaha al-Albani mengesan sumber hadis-hadis yang terdapat dalam Silsilah al-Ahadith al-Da‘ifah yang dapat memberi sedikit gambaran mengenai kegigihan beliau menjalankan kajian dalam bidang hadis dari aspek takhrij al-hadith.
1 Mohd Al’ikhsan b. Ghazali 4 Pensyarah Kolej Sains dan . Teknologi, UTM & Dr. Faisal bin Ahmad Shah Pensyarah Kanan Jabatan alQuran dan al-Sunah, Akademi Islam, UM
ILMU TAKHRIJ DI MALAYSIA: SATU TINJAUAN APLIKASI ABSTRAK Tulisan yang bertajuk : Ilmu Takhrij Di Malaysia Satu Tinjauan Aplikasi ini bermatlamat menjaga hadith Nabi s.a.w. dari sebarang penyelewengan dan pemalsuan. Objektif tulisan ialah komentar terhadap penggunaan Ilmu Takhrij oleh para
ilmuan Islam di Malaysia ketika mengutarakan hadith-hadith Nabi s.a.w. samada dalam pengucapan atau pun dalam penulisan mereka. Mengenal pasti punca-punca kelemahan kebanyakan para ilmuan Islam ketika menggunakan hadis di samping penumpuan terhadap sebab-sebab kelemahan dan kelembapan penggunaan Ilmu Takhrij di Malaysia. Tulisan diakhiri dengan mengutarakan beberapa langkah dan pendekatan untuk menangani masalah dan faktor-faktor yang telah menyebabkan kebuntuan pengamalan Ilmu Takhrij. 1 Nik Mohd Zaim Bin Ab Rahim 5 & . Mohd Al-Ikhsan Bin Ghazali Kolej Sains dan Teknologi UTM International Campus, Kuala Lumpur
PEMAHAMAN DAN APLIKASI TAKHRIJ HADITH DALAM KALANGAN PENCERAMAH AGAMA: SATU TINJAUAN AWAL ABSTRAK Kertas ini bertujuan meninjau tahap pemahaman dan penguasaan imu takhrij hadith dalam kalangan penceramah agama di sekitar Lembah Klang. Ia juga melihat sejauh mana takhrij hadith diaplikasikan dalam penyediaan bahan kuliah dan semasa kuliah berlangsung. Kewujudan program-program hadith berkomputer didapati amat membantu seseorang penceramah mengenalpasti hadith dengan mudah dan cepat. Justeru, kepentingan dan kesedaran penguasaan ilmu takhrij hadith ini oleh para penceramah agama dilihat mampu membendung penyebaran hadith palsu dan hadith-hadith yang tidak boleh dijadikan hujah dan sandaran hukum dalam masyarakat awam.
1 Abdul Fatah bin Wan Sidek 6 Fakulti Kontemporari Islam . Universiti Darul Iman Malaysia
[email protected]
PENILAIAN HADITH ANTARA AHLI SUFI DAN AHLI HADITH: METODOLOGI DAN KRITIKAN ABSTRAK Periwayatan hadith harus melalui kriteria dan metodologi yang telah ditetapkan oleh ahli hadith. Ulama hadith menggunakan lima kriteria untuk menilai kedudukan hadith iaitu;
sanadnya bersambung, perawi bersifat ‘adil, perawi bersifat dabit, tidak terdapat syudhudh (kejanggalan) dan tidak terdapat ‘Illat (kecacatan). Bagi golongan ulama tasawuf pula, terdapat dua metodologi dalam menilai kesahihan hadith iaitu liqa’ al-Nabi dan tariq al-kasyf. 1 M. Zohdi M.A., Zulhilmi PENDEKATAN BERSEPADU DALAM 7 M.N., S. Najihuddin .S.H., PENGAJARAN TAKHRIJ HADIS DI IPTA: . A. Sanusi A., Noornajihan J. PENGALAMAN USIM Pensyarah Fakulti ABSTRAK Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar USIM sebagai satu-satunya IPTA Malaysia yang Baru Nilai, Negeri mempunyai fakulti khusus dalam bidang Pengajian Quran dan Sunnah, memberi ruang Sembilan. yang luas untuk membangunkan dan memartabatkan Pengajian Hadis khususnya dalam pengajian takhrij hadis. Berdasarkan penyelidikan perbandingan pengajian hadis di empat buah IPTA (UM, UKM, IIUM dan USIM) terkemuka yang mempunyai pengajian hadis, menjadi ilham dalam menaiktarafkan pengajian takhrij bagi mendepani era ICT. Pendekatan takhrij secara digital menjadi skop baru dalam pengajaran takhrij di samping kaedah tradisional. Gabungan kedua-dua kaedah tersebut meningkatkan keupayaan pelajar di dalam takhrij hadis dan kajian sanad hadis. Beberapa fasiliti sokongan berteknologi tinggi, menjadi sokongan kuat bagi menjayakan kaedah pengajian takhrij secara bersepadu, iaitu keseimbangan pembelajaran secara teori dan amali menggunakan pendekatan tradisional dan teknologi moden. Penggunaan "Makmal Hadis" dalam pengajaran takhrij didapati banyak membantu kejayaan perlaksanaan Pengajaran Takhrij secara bersepadu dan wajar dipraktikkan di semua IPTA. 1 8 .
حمزة عبد الكريم.د حماد
جدلية العلقة بين الفقه "والحديث"التخريج مة شروط ذكرها أهل الصول ّ ث ل،للمجتهد؛ منها العلم بالسنة النبوية واشترطوا،سّيما أحاديث الحكام كذلك تكمن الفقيه من الرجوع والتعامل مع أمهات كتب الحديث
والتخريج ،ول غرابة في ذلك فإن البناء الفقهي ل يؤتي ثماره الوجه الكمل إل بالطلع والنظر في كتب الحديث؛ فجل أحكام الفقه مستنبطة من السنة النبوية. ولعل من المآخذ على أنظمة التعليم السلمي اليوم الفصل والقطع بين علمي الفقه والحديث باسم "التخصص العلمي" ،فترى الطالب من تخصص الفقه ل يحيط بأي شيء من علم الحديث والعكس صحيح كذلك ،ول يخفى على أحد ما لهذا المر من عقبات وخيمة؛ لن الحديث أساس ،والفقه بناء ،ول يقوم البناء إل على أساس سليم .ول نعني حر في بذلك إلزام طالب الفقه التب ّ علوم السناد ،وتراجم الرجال على عادة أهل الصنعة الحديثية ،إنما يكفيه تحّري الخبار ،وتمييز صحيحها من سقيمها؛ فإذا استشهد بحديث في تقرير حكم شرعي كان على دراية ده، بدرجته الموجبة لقبوله أو ر ّ ب صيارفة والمرجع في هذا الشأن ك ُت ُ ُ الحديث ،ونقاده. إن الثمار المرجوة لردم الفجوة بين الفقه والحديث عديدة ،لعل من أبرزها؛ تنقية كتب الفقه مما شابها، من أخبار واهية ،وبناء عليه تنهار الحكام التي ُبنيت على مثل تلك الخبار ،هذا بخصوص كتب الفقه القديمة ،وإذا سّيرنا القافلة إلى كتب الفقه الحديثة؛ نجد أن الحال ذاته في بعضها ،فبعض المعاصرين يبني أحكامه بناء على أسس حديثية يعتريها السقم والهزال ول ترتقي إلى الصحة؛ لذا يخرج الحكم الشرعي هزيل مريضا ل يقوى على مواجهة
.النور ستحاول هذه،بناء على ما سبق الورقة البحثية الجابة على جملة من ما أهمية علم التخريج:السئلة؛ منها لطالب الفقه؟ وما هي أبرز جهود السابقين في ردم الفجوة بين الفقه والحديث؟ وما هي أهم المؤلفات عنيت بالتخريج لكتب المذاهب ُ التي الفقهية المختلفة؟ وما المشكلت التي تعترض طالب الفقه المتعلقة بالتخريج أثناء بحثه الفقهي؟ وما الحلول التي يراها الباحث لعلج هذه القضية؟ 1 Prof Madya Dr. Adel M. Abdul KEPERLUAN TAKHRIJ TERHADAP BUKU 9 Aziz TEKS SIRAH DI NEGERI SEMBILAN . Ahmad Sanusi Azmi Fakulti Pengajian Quran dan ABSTRAK Sunnah Universiti Sains Islam Malaysia Sirah Nabawiyah adalah mata pelajaran yang Bandar Baru Nilai, Negeri sangat penting bagi mengenali dan mendalami Sembilan syakhsiah Nabi Muhammad SAW. Melihatkan kepada kepentingan memahami sirah ini, ianya telah pun dijadikan mata pelajaran utama di dalam silibus sekolah-sekolah rendah agama di seluruh negara. Namun, tidak ramai dikalangan kita yang menyedari bahawa kebanjiran fakta yang berada di dalam buku-buku sirah ini memerlukan kepada pemurnian yang berteraskan konsep takhrij sebagai elemen penting menilai dan membaik pulih fakta yang ada di dalamnya. Justeru, di dalam kertas kerja ini penulis akan menjelaskan serta meneliti fakta yang terdapat di dalamnya dengan menggunakan konsep takhrij bagi memastikan segala fakta dan maklumat yang menyerap di dalam pemikiran anak-anak kita berada di dalam landasan yang betul. Setelah kajian dibuat, penulis mendapati terdapat beberapa perkara yang perlu dinilai semula di dalam buku teks sirah sekolah rendah agama di negeri sembilan. 2 Abdul Karim Ali TAKHRIJ HADITH DALAM PENULISAN 0 Wan Mohd Khairul Firdaus Wan TESIS DAN DISERTASI DI JABATAN FIQH & . Khairuldin USUL, AKADEMI PENGAJIAN ISLAM
Jabatan Fiqh & Usul, APIUM
UNIVERSITI MALAYA ABSTRAK Dalam pengajian asas syariah dinyatakan bahawa hadith merupakan salah satu sumber utama dalam perundangan Islam. Hadith-hadith yang digunakan sebagai hujah dalam menetapkan sesuatu hukum hendaklah berasaskan hadith yang diterima sama ada sahih atau hasan. Berkenaan calon-calon ijazah tinggi di JFU, mereka terdiri dari graduan peringkat ijazah pertama dari pelbagai universiti luar Negara dan dalam Negara. Ada yang mengikut pengajian takhrij hadith secara formal dan ada yang tidak mempelajarinya. Justeru kertas ini cuba menilai sejauh manakah calon-calon ijazah tinggi sama peringkat sarjana atau PhD melakukan takhrij hadith dalam penghujahan mereka sama ada menerima atau menolak sesuatu hujah yang digunakan. Kertas ini akan memilih sampling berasaskan perkara berikut: tesis PhD dan disertasi sarjana, calon arab dan bukan arab, calon Melayu graduan universiti Timur tengah vs graduan IPT tempatan dan calon Malaysia vs Indonesia.
2 Syed Najihuddin Bin Syed 1 Hassan, . Noor Najihan Binti Jaafar. Mohd Zohdi Mohd Amin, Ahmad Sanusi Bin Azmi, Zulhilmi Bin Mohamed Nor, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai 71800, Nilai, Negeri Sembilan.
PERSEPSI PENSYARAH FAKULTI PENGAJIAN QURAN DAN SUNNAH USIM TERHADAP PENGGUNAAN LAMAN WEB AL-DURAR AL-SANIYYAH DALAM MENTAKHRIJKAN HADIS ABSTRAK Dewasa ini didapati wujudnya pelbagai kemudahan untuk mengenalpasti kedudukan sesuatu hadis. Kemudahankemudahan ini sama ada melalui kitab, CD, internet dan sebagainya. Kertas kerja ini akan berkisar berkenaan salah satu laman web iaitu al-Durar alSaniyyah iaitu melihat kepada persepsi para pensyarah Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah USIM terhadap penggunaannya dalam mentakhrijkan hadis. Antara objektif kertas kerja ini aialah mengkaji secara ringkas latar belakang laman web, menilai keberkesanan penggunaannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran, mengkaji sejauh mana laman web ini
mudah digunakan dan mengenal pasti beberapa kelebihan serta kekurangannya. Kajian ini menggunakan kaedah kajian lapangan yang membabitkan penyediaan laporan secara deskriftif kuantitatif. Maka, medium yang dirancang adalah melalui temu bual berstruktur yang membantu perincian kajian. Hasil kajian mendapati bahawa laman web ini mudah untuk digunakan dan berkesan untuk proses pentakhrijan hadis. Ia juga membantu memudahkan pengajaran dan pembelajaran. Kesimpulannya, laman web al-Durar al-Saniyyah ini perlu diperkenalkan sebagai salah satu alat bantu mengajar yang menggunakan hadis sebagai sumber serta menbantu proses pentakhrijan hadis. 2 Zulhilmi Bin Mohamed Nor, KEPERLUAN DAN KEPENTINGAN TAKHRIJ 2 Zamrie Bin Ibrahim @ Musa AL-HADITH KEPADA SEMUA DISPLIN . Fakulti Pengajian Quran dan ILMU AGAMA Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia, ABSTRAK Bandar Baru Nilai 71800, Nilai, Kesasihan dan kepastian sesuatu Negeri Sembilan. maklumat adalah suatu tuntutan yang mesti dilaksanakan bagi semua orang yang ingin menyampaikannya atau mengembangkan maklumat tersebut. Perkara ini menjadi lebih utama apabila ia berkaitan dengan agama Allah yang hendak disampaikan kepada masyarakat. Bertitik tolak daripada itu, kertas kerja ini dikemukakan untuk menyatakan kepentingan dan keperluan ilmu Takhrij bagi semua displin ilmu Islam. Antara objektif kertas kerja ini adalah untuk mengenalpasti kepentingan ilmu Takhrij secara umum, keperluan merujuk kepada sumber asal bagi semua displin ilmu agama, fenomena masyarakat dan penerimaan mereka terhadap maklumat yang disampaikan serta huraian beberapa displin ilmu yang amat memerlukan kepada ilmu Takhrij al-Hadith. Kertas kerja ini menggunakan kaedah
pengumpulan maklumat melalui kitabkitab serta analisa keperluan bidang ilmu-ilmu pengajian Islam terhadapnya. Secara umumnya, didapati ilmu Takhrij al-Hadith di Malaysia hanya diajar dan ditawarkan bagi program Hadis dan Quran dan Hadis sahaja, dan sebagai elektif bagi program yang lain. Adalah menjadi harapan daripada kertas kerja ini, agar ilmu Takhrij al-Hadith menjadi suatu keperluan bagi semua displin ilmu agama demi menjamin keaslian dan kesahihan maklumat agama Islam yang sampai kepada masyarakat.
2 Anwar Ridwan bin Zakaria 3 Jabatan al-Quran dan al. Hadith Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
RIWAYAT BERKAITAN AMALAN BACAAN PEMBUKA DAN PENUTUP MAJLIS: KAJIAN DARI ASPEK RIWAYAH DAN DIRAYAH ABSTRAK Kesedaran Islam semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat Islam khususnya di Malaysia. Kesederan ini mendorong masyarakat untuk mengamalkan Islam dengan sebaik mungkin. Antara amalan yang sering mendapat tempat di dalam majlis dan pertemuan adalah pembacaan surah alFatihah ketika membuka majlis dan bacaan surah al-Asr dan Tasbih Kaffarah di penghujung majlis. Bahkan dalam sesetengah keadaan, kesempurnaan majlis dikaitkan dengan amalan ini. Amalan yang berkait dengan ibadah dan taqarrub ini sebaiknya perlu merujuk kepada asas dan sumber yang sah. Kegagalan menyandarkan amalan ini kepada asas yang kukuh akan menyebabkan ianya terdedah kepada isu bid’ah yang sering menjadi polimik di dalam masyarakat. Kajian ini akan membuat semakan terhadap riwayat-riwayat yang dijadikan asas untuk amalan ini serta penilaiaan dari sudut keabsahan dan
kefahamannya. 2 Mohd Khairul Nizam Zainan 4 Nazri . Prof Madya Dr Fauzi Deraman Jabatan al-Quran dan al-Hadith Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Kuala Lumpur.
THE CONTRIBUTION OF SYEIKH DAWUD BIN ABDULLAH AL-FATHANI / SYEIKH DAWUD BIN SYEIKH WAN ABDULLAH AL-FATHANI TOWARDS HADITH WORKS AND WRITINGS IN FIQH MUAMALAT ALMALIYYAH ( FIQH IN THE TRANSACTION OF POSESSION) IN THE MALAY ARCHIPELAGO: AN INTRODUCTION TO MALAY JAWI MANUSCRIPT ENTITLED: NAHJUR RAGHIBIN WA SABILUL ALMUTTAQIN, TAKHRÊJ AND ANALYSIS. ABSTRACT The Malays and its ‘Malay Civilization’ has been long regarded as the reflection of Islamic civilization and is seen as the pioneer of Islamic financial system in the region.This is because the development of Fiqh knowledge in the Malay Archipelago is so immensed that the spreading of Fiqh al – Muamalat (Islamic Finance) through out the whole region is inline with each other. The writing of Malay writings specialised in making hadith as its main objective and the discussion of muamalat al-Maliyyah according to the perspective of hadith is still considered as nadir (small). This view is based on the writings of Ulama who tend to focus more on the writing of tasawuf, fiqh and tawheed. This can be seen from the books published in the market and still closely followed by the public. In the recording of the knowledge of the Malay Archipelago, it is said that Malay Ulama had empowered themselves with various knowledges such as the knowledge of astronomy, mathematics, medical and etc. This paper is a reflection of effort in trying to look back in history and discover the works of these Malay ulama in producing writings of Fiqh Muamalat al – Maliyyah that used hadith as its sources and taking out (takhrij) 10 hadith as the sample analysis. This paper will introduce Syeikh Dawud bin Abdullah al-Fathani and his book “Nahjur Raghibin wa Sabilul al-Muttaqin.”. Apart from that, this paper will look and review the method used in narrating the hadith, the total number of hadith extracted and its references. This is also an effort to follow one of the
objectives of the Department of Quran and Hadith of University of Malaya in establishing itself as the protector of the Malay Ulama’s work in Malay Archipelago and also as respected centre of takhrij. 2 Prof Madya Dr Fauzi Hamat 5 Jabatan Akidah dan Pemikiran . Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Kuala Lumpur
KEPENTINGAN MEKANISME PEMIKIRAN KRITIS MENERUSI ILM TAKHRIJ AL-HADITH DAN ‘ILM JARH WA TA’DIL DALAM MEMBENDUNG POLEMIK PEMALSUAN HADITH MASA KINI. ABSTRAK Perkembangan masa kini telah membawa kepada kerancakan aktiviti pemalsuan hadith dalam dunia Islam amnya. Para pemalsu hadith dilihat benarbenar telah menodai agama dengan cara yang sangat kritis dan halus. Mereka telah mencemarkan wajah Islam dengan dimasukkan ajaran-ajaran lain yang tidak termasuk dalam ajaran Islam yang sebenar dengan menggunakan kaeadah periwayatan hadith. Namun Allah s.w.t. telah memelihara Islam dari sebarang pemalsuan dan pengubahsuaian serta memelihara hadithhadith Rasulullah s.a.w. daripada ianya terus dijadikan wadah atau alat bagi golongan-golongan seumpama ini untuk melancarkan serangan terhadap Islam dari dalam. Pengunaan kaedahkaedah ilmiah serta metode-metode berkesan seperti ‘Ilm Takhrij al-Hadith dan ‘Ilm Jarh wa Ta’dil misalnya, adalah merupakan di antara usaha penting yang telah digagaskan oleh para ulama’ hadith bagi membendung masalah ini. Ini sekaligus memperlihatkan, betapa instrumeninstrumen pemikiran kritis seperti analitikal, objektif-ketepatan, tidak bias dan penilaian yang wujud di dalam‘Ilm Takhrij al-Hadith dan ‘Ilm Jarh wa Ta’dil ini, turut menyumbang dalam membendung gejala pemalsuan hadith. Justeru, di dalam kertas kerja ini akan dibahaskan berkenaan kepentingan mekanisme pemikiran dinamik seumpama pemikiran kritis ini di dalam mengatasi polemik pemalsuan hadith menerusi Ilm Takhrij al-Hadith dan Ilm Jarh wa Ta’dil.