Tugasan 2: Penulisan Individu Interaksi antara tamadun bermaksud hubungan, pertemuan, komunikasi antara individu, kelompok, masyarakat dan negara. Sikap terbuka dalam menerima sebarang perubahan dan pengaruh tamadun lain adalah penting untuk memastikan kesinambungan dan kelangsungan sesebuah tamadun. Interaksi boleh berlaku kerana tujuan tertentu dan secara tidak langsung sama ada di peringkat perkongsian nilai, idea, institusi dan keinsanan. Interaksi ini melahirkan kesan-kesan positif dan negatif. Interkasi antara Tamadun Cina dan India telah berlaku kira-kira pada abad ke-2 S.M. Penyebaran agama Buddha ke China pada masa pemerintahan Dinasti Han merupakan kemuncak kepada interaksi antara Tamadun India dan Cina. Ajaran Buddha sendiri adalah penghasilan daripada Tamadun India yang disebarkan ke dalam masyarakat China. Oleh kerana Budhisme muncul dalam kerangkan budaya masyarakat India,oleh itu telah berkongsi banyak aspek kebudayaan dengan agama Hindu dan aspekaspek budaya India seperti kesusasteraan, kesenian, muzik dan sebagainya. Hasil interaksi antara Tamadun India dan China turut menyebabkan beberapa alat muzik dan struktur muzik India diasilasikan dalam Tamadun China. Kesusasteraan turut terhasil daripada interaksi antara Tamadun India dan China. Kitab ajaran agama Buddha merupakan contoh hasil sastera yang penting. Kewujudan pelbagai puisi, cerita dongeng, kisah-kisah tauladan, kias ibarat yang berkaitan dengan Buddha telah dipengaruhi penulisan sastera China. Perhubungan antara India dan China terus berlansung walaupun selepas kemerosotan agama Buddha di India ke 10 masihi. Perkembangan seterusnya lebih bersifat hubungan diplomatik dan perdagangan. Hubungan antara Tamadun Cina dengan Tamadun Melayu sudah lama wujud sebelum permulaan tahun Masihi sejak zaman Dinasti Han (140-117 S.M). Semasa pemerintahan Sun Quan (222-252 M), dua orang utusannya telah melawat Funan dan negeri-negeri lain di Semenanjung Tanah Melayu dan Kepulauan Melayu serta mengadakan hubungan diplomatik dengan mereka. Hubungan paling gemilang dan bermakna antara kedua-dua tamadun ini adalah yang dijalinkan antara Kesultanan Melaka dan Dinasti Ming dalam abad ke-15. Sikap mereka saling hormat-menghormati dan mengiktiraf kedudukan dan kewibawaan kerajaan dan ciri budaya masing-masing. Pada zaman penjajah Barat, beramai-ramai orang Cina berhijrah ke Tanah Melayu selepas Inggeris mengambil alih Pulau Pinang, Singapura dan menubuh Negeri-negeri Selat. Interaksi dan pengaruh budaya antara masyarakat Cina dan Melayu terdapat jurang
yang luas akibat polisi pentadbiran Inggeris secara sengaja memisahkan penempatan antara kaum. Hubungan antara Tamadun Melayu dan Tamadun India telah berlaku sejak zaman kerajaan Ma’in dan Saba’ di Arab Selatan. Faktor perdagangan memainkan peranan penting dalam interaksi tersebut melibatkan laluan sutera yang melintasi Asia Tengah dan jalan laut melalui Selat Melaka. (Hail, 1981:23). Pada zaman kesultanan Melayu Melaka, pedagang India merupakan golongan pedagang yang utama. Sebahagian pedagang India menetap di Melaka dan berkahwin dengan wanita dari golongan bangsawan Melayu yang seterusnya diterima dalam kalangan pembesar Melaka. Kedatangan dan perpindahan orang India ke Semenanjung Tanah Melayu bermula abad ke-19 selepas Perjanjian Inggeris-Belanda ditandatangani. Mereka berkhidmat sebagai buruh di lading tebu, kopi dan teh. Peningkatan jumlah orang India di Tanah Melayu semakin pesat menjelang tahun awal abad ke-20. Kedatangan orang India pada zaman penjajah British berbeza dengan pada zaman Srivijaya dan Kesultanan Melaka kerana pendatang India zaman prapenjajah terdiri daripada kelas tinggi dan diserap masuk ke dalam institusi istana dan institusi negeri lain. Kebanyakkan pendatang India zaman penjajah terdiri daripada kelas rendah, menetap di kawasan geografi dan sosial yang tersendiri serta terasing. Oleh itu, proses dengan masyarakat setempat terutamanya orang Melayu tidak meluas dan berkembang. Faktor tersebut menyebabkan peranan mereka ke atas masyarakat dan budaya Melayu amat minimum. Interaksi antara Tamadun Cina dengan Tamadun India telah memberi kesan positif kepada kedua-dua tamadun. Agama Buddha disebarkan ke negeri China melalui interaksi ini. Di samping itu terdapat kemahiran-kemahiran lain yang diperkembangkan, contohnya teknologi membuat gula daripada tebu dari India telah diperkembangkan kepada orang-orang China. Bidang astronomi India turut diperkembangkan di China oleh ahli-ahli astronomi India. Beberapa perbendaharaan kata bahasa Pali dan Sanskrit turut mempengaruhi kesusasteraan China. Kesan positif kepada Tamadun India ialah berkembangnya teknologi membuat kertas, bahan letupan dan pengunaan kompas dari Tamadun China ke dalam Tamadun India. Interaksi antara Tamadun India dan China berlaku secara aman melalui hubungan perdagangan dan keagamaan. Interaksi antara Tamadun Cina dengan Tamadun Melayu turut melahirkan kesan positif melibatkan kemahiran dan teknologi serta kebendaan. Tamadun Cina membawa teknologi membuat gula dari tebu ke Kepulauan Melayu, contohnya di Jawa. Begitu juga
kemahiran dalam perusahaan sutera, membuat tembikar serta pertukangan logam. Di samping itu terdapat juga beberapa jenis makanan masyarakat China yang diperkenalkan kepada masyarakat Melayu seperti tauhu, kicap, taugeh dan sebagainya. Interaksi antara Tamadun Melayu dan Tamadun India mendatangkan kesan positif dalam bahasa dan kesusasteraan, institusi pemerintahan dan istiadat Raja-raja Melayu serta adat resam dan hiburan. Dalam bidang bahasa kemasukan konsep dan idea baru yang didukung oleh istilah dan perkataan baru dari budaya India diserap masuk menjadi unsur pinjaman. Sejumlah besar kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit dan sedikit daripada bahasa Tamil. Namun proses peminjaman kebanyakannya disesuaikan dengan ciri-ciri fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik bahasa Melayu. Sebaliknya interaksi antara tamadun turut menghasilkan kesan negatif. Peperangan turut dicetuskan oleh faktor-faktor perbezaan agama, ekonomi dan politik. Dalam hubungan antara Tamadun India dengan Tamadun China juga kita dapat lihat wujudnya konflik terutama semasa agama Buddha mula diperkenalkan ke dalam masyarakat China semasa zaman pemerintahan Dinasti Han Timur. Kemasukan agama tersebut telah mendapat tentangan cendiakawan Konfusianisme yang amat berpengaruh dalam pentadbiran Dinasti Han. Sami-sami Buddha telah dikurung dan kuil-kuil Buddha dimusnahkan untuk menghalang perkembangan agama tersebut. Dalam hubungan antara Tamadun Melayu dan Tamadun India, hubungan antara penganut Islam dan Hindu sentiasa berada dalam keadaan tegang. Terdapat peristiwa-peristiwa di mana orangorang Islam dibunuh dan masjid-masjid dimusnahkan oleh raja-raja India yang beragama Hindu. Keadaan yang sama juga berlaku kepada penganut-penganut agama Hindu serta kuil-kuil Hindu yang dimusnahkan oleh pemerintah-pemerintah Islam. Dalam hubungan antara Tamadun China dan Tamadun Melayu, Permusuhan antara orang-orang Melayu dengan orang-orang Cina juga dicetuskan oleh rasa tidak puas hati terhadap pencapaian ekonomi pihak yang bertentangan. Contohnya pada abad ke-8 Masihi, penduduk Han di tenggara China telah mewujudkan permusuhan dengan orang-orang Islam kerana iri hati terhadap kemewahan yang dinikmati oleh orang-orang Islam yang kebanyakannya terlibat dalam aktiviti perdagangan. Persamaan antara ketiga-tiga tamadun ini adalah menekankan pembinaan nilai dan etika yang baik. Ajaran Islam, Buddha, Konfusian berbeza namun pandangan hampir sama dalam membicarakan hal kekeluargaan dan kemasyarakatan. Keagamaan semua tamadun berasaskan kepada ketuhanan dan kerohanian. Semua tamadun pentingkan
pendidikan yang bertujuan untuk membentuk peribadai seseorang individu dan mementingkan tugas menyampaikan ilmu dan tanggungjawab mulia. Perbezaan antara tamadun-tamadun tersebut ialah cara bagaimana transformasi pendidikan dilakukan dan apakah elemen-elemen yang dipentingkan. Dalam tamadun Islam, konsep tauhid memainkan peranan pentingdalam transformasi manusia. Sebaliknya dalam ajaranajaran Buddha dan beberapa ajaran hindu, transformasi sifat dapat dicapai memalui proses mencari diri sendiri. Kegiatan ekonomi dalam tamadun-tamadun awal berlansung dalam konteks ’moral semesta’. Penipuan dan rasuah tidak dinafikan terdapat dalam tamadun moden. Yang membezakan ekonomi tamadun tradisional dengan zaman moden ialah kayu pengukur. Kesimpulannya, interaksi antara tamadun-tamadun ini menunjukkan bagaimana orang-orang terdahulu menjalinkan hubungan diplomatik sehingga tercetusnya revolusi pembangunan dan peradaban sesuatu tamadun. Elemen-elemen atau ciri-ciri tamadun lain yang diterima oleh sesuatu tamadun akan mengalami proses asimilasi dan penyesuaian. Sikap terbuka untuk menerima dan mengasimilasikan pengaruh luar yang baik akan melahirkan pelbagai perubahan penting. (1094 patah perkataan)
Rujukan Mohd Razimi Husin & Md Shahaidil Rahman. (2018) Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) Edisi Kedua. Shah Alam. Oxford Fajar Sdn. Bhd. Azhar Hj. Mad Aros.(2012) Tamadun Islam Dan Tamadun Asia. Shah Alam. Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd. Syakil Zainal. (2015). TAJUK 3 INTERAKSI ANTARA PELBAGAI TAMADUN (MELAYU, CHINA DAN INDIA. Dimuat turun daripada https://www.academia.edu/34963681/TAJUK_3_INTERAKSI_ANTARA_P ELBAGAI_TAMADUN_MELAYU_CHINA_DAN_INDIA Najuwa Mazlan. (2017). INTERAKSI ANTARA TAMADUN. Dimuat turun daripadahttps://www.academia.edu/37642093/INTERAKSI_ANTARA_TA MADUN