SeLoKa SaYaNG ------------Jika hari ini kau ditinggalkan Jangan sesekali kau meninggalkan Kerana esok pasti ada yang datang Dan lusa akan ada yang sayang Selagi Selagi Selagi Selagi
sayangmu belum mampu diluahkan itu kau belum cukup menyayangi itu dirimu harus lebih kau hargai itu dia tidak layak kau miliki
Sekali kau ditanya adakah kau menyayangi Maka usah ragu-ragu jika ia benar bagimu Jika tidak kau dikata mengada-ngada Dan jual mahal tak bertempat Sekali kau diajak untuk bersama Maka usah cepat beri jawapan Jika tidak kau dikata gila Kerana yang bertindak begitu murah harganya Jika dia gagal melumpuhkan lidahmu Jika dia gagal membuntukan fikiranmu Dirinya belum menyentuh jiwamu Dirinya belum miliki hatimu Kalau sayang, lepas biar ia terbang Jika takdir telah menentukan pasti perginya akan pulang Hanya penantianmu suatu penyeksaan kekadang kita perlu melatih diri memupuk kesetiaan tanpa sebarang janji dengan itu kau lebih setia menyayangi dengan itu tiada niat untuk mengkhianati biar kau bukan terhebat dihatinya asal kau tulus setia dihatinya nanti bila datang yang paling hebat kau tetap lebih hebat miliki hatinya Cinta mengajar kita erti kedewasaan Nafsu mengajak kita bersikap keanak-anakan Sayang mengajar kita erti kesopanan Marah mengajak kita bersikap kebinatangan Biar kita tak miliki sayang orang yang disayang asal jangan lupa untuk terus menyayang dan jangan lupa kau juga pasti disayang kerana kau miliki sayang Yang Tak Dilafazkan p/s: hargai setiap detik yang kita ada walaupun hanya sekelumit waktu.... sekurang2nya itu lebih baik daripada tiada apa2...