SELAMAT DATANG KE WIKI UBUNTU MALAYSIA Laman Wiki Ubuntu Malaysia ini bertujuan untuk mengumpul kesemua hasil-hasil tutorial dari ahli-ahli Ubuntu Malaysia, untuk di simpan secara sistematik bagi tujuan rujukan kepada pengguna-pengguna Ubuntu di Malaysia mahupun dunia yang memahami bahasa Malaysia. Wiki ini akan menggunakan sepenuhnya bahasa kebangsaan iaitu bahasa Malaysia bagi tujuan memartabatkan bahasa kebangsaan. Sesetengah perkataan baru yang mungkin mengelirukan akan dimasukkan ke dalam Daftar Kata Ubuntu yang juga akan digunapakai dalam Ubuntu versi Bahasa Malaysia. Namun, sesetengah perkataan lain mungkin lebih sesuai dikekalkan di dalam bahasa Inggeris akan dicondongkan atau diletakkan didalam "Quote". Jika anda berhasrat untuk membantu menulis tutorial atau memperbaiki dokumentasi yang terdapat di dalam wiki ini bolehlah mendaftar sebagai ahli. Jika anda telah mendaftar, sila Log masuk untuk membenarkan anda menambah atau mengubah artikel di dalam wiki ini. Jika anda melakukan penulisan tutorial pada halaman lain, sila masukkan senarai halaman anda di Laman utama ini untuk rujukan dan pautan kepada laman baru anda. Pastikan anda menggunakan heading yang betul untuk dimasukkan kedalam table of content tersebut. Fikirkan kategori yang betul sesuai. Harap maklum.
Dikeluarkan (Terkini + Stabil) Hardy Heron
8.04 LTS 24 April 2008
Intrepid Ibex
8.10
Jaunty Jackalope 9.04
Disokong sehingga April 2013 (Pelayan) atau April 2011 (Desktop)
30 Oktober 2008
Disokong sehingga April 2010
23 April 2009
Disokong sehingga Oktober 2010
Untuk jadual penuh keluaran, sila lihat di Keluaran Ubuntu Akan dikeluarkan Karmic Koala
Versi 9.10
Jadual Keluaran Oktober 2009
Tarikh Sokongan Disokong sehingga April 2011
Apakah Ubuntu? Ubuntu adalah sebuah Sistem Pengoperasian lengkap berasaskan Linux yang sesuai untuk komputer riba (Notebook), Komputer peribadi (Desktop) dan komputer pelayan (server). Ia boleh digunakan secara bebas dan percuma di rumah, di pejabat, di sekolah dan lain-lain. Ubuntu
mengandungi pelbagai aplikasi seperti pemproses perkataan, pembaca email, perisian pelayan rangkaian dan alat-alat pengaturcaraan. Ubuntu adalah percuma dan sentiasa akan percuma dengan sumber terbuka. Anda boleh memuat turun Ubuntu dan dikongsi bersama rakan-rakan dan musuh anda tanpa perlu membayar lesen penggunaan seperti Windows. Selain itu sistem operasi Ubuntu yang berasaskan Linux juga sangat kebal dan anda tidak perlu menggunakan perisian Anti-Virus untuk mempertahankan sistem komputer anda. Ubuntu akan mengeluarkan versi terbaru sistem operasinya setiap 6 bulan yang akan mengandungi teknologi, kreativiti dan inovasi terbaru dunia perisian percuma dan sumber terbuka untuk komputer peribadi dan komputer pelayan anda. Setiap 2 tahun Ubuntu juga akan mengeluarkan versi LTS atau "Long Term Support" (Sokongan Jangka Panjang) yang akan disokong selama 3 tahun untuk komputer peribadi dan 5 tahun untuk komputer pelayan. Ini sesuai untuk digunakan di dalam persekitaran aplikasi kritikal syarikat. Ubuntu juga unik kerana ia dikeluarkan di dalam satu CD sahaja dan ini memudahkan pengguna untuk memuat-turun. Aplikasi Pemasang Ubuntu juga sangat mesra pengguna dan mempunyai grafik yang sangat mudah dan menarik untuk membolehkan anda menggunakan Ubuntu (termasuk aplikasi kegunaan pejabat dan semua pemacu) dalam masa lebih kurang 25 minit sahaja. Selamat mencuba dan jika mempunyai masalah silalah menuju ke Forum Ubuntu kami. Ramai pengguna-pengguna lain sedia membantu anda. UBUNTU - LINUX UNTUK INSAN SEJAGAT
Bagaimana Memasang Ubuntu? Anda boleh memuat turun Pemasang Ubuntu secara percuma dari halaman Muat Turun Ubuntu dan mengikuti langkah-langkah pemasangan Ubuntu yang mudah.
Bagaimana Memasang Applikasi Dalam Ubuntu Terdapat beberapa cara untuk memasang applikasi di dalam Ubuntu 1. Mengguna antara muka grafik (Synaptic) (Paling mudah)
2. Mengguna command line
3. Membina aplikasi dari kod
Bagaimana Menggunakan Ubuntu?
Ubuntu mudah digunakan seperti sistem pengoperasian lain. Setelah anda memasang Ubuntu ke dalam komputer anda, anda boleh mula menggunakan perisian-perisian asas yang dipasang secara automatik yang boleh dipilih dari palang menu utama pada paparan Desktop Ubuntu anda. Perisian asas Ubuntu terdiri daripada: 1. Aksesori 2. Permainan 3. Grafik 4. Internet 5. Pejabat 6. Lain-lain 7. Pengaturcaraan 8. Bunyi 9. Video 10. Peralatan Sistem
Melibatkan diri dengan Komuniti Ubuntu Malaysia Untuk makluman anda, Komuniti Ubuntu Malaysia bergerak dengan adanya sukarelawansukarelawan yang sama-sama membantu menyumbang tenaga dalam usaha untuk mempermudah penggunaan Ubuntu serta memberi kesedaran umum tentang kewujudan sistem pengoperasian yang hebat ini. Kami begitu aktif bergabung dan menyumbang tenaga kerana kami ingin
memulangkan kembali sumbangan yang tidak terhingga dari komuniti Ubuntu seluruh dunia kepada kami. Semoga kitaran sumbangan ini akan terus berputar dan disambung dari satu generasi ke generasi yang akan datang. Jika anda merasakan bahawa anda juga terhutang budi kepada komuniti Ubuntu, anda juga boleh membayarnya dengan meneruskan usaha murni komuniti Ubuntu seluruh dunia dengan membantu sekadar mampu dalam mana-mana bidang berikut: 1. Pemasaran - Membantu memberi kesedaran kepada umum tentang kewujudan Ubuntu 2. 3. 4.
5.
yang percuma dan mudah digunakan. Pembangunan - Membantu membuat pakej dari perisian sumber terbuka untuk digunakan dalam Ubuntu, atau menyelesaikan masalah Pepijat, atau melaporkan masalah Pepijat. Terjemahan - Membantu usaha menterjemah Ubuntu ke dalam Bahasa Melayu Dokumentasi - Membantu dalam penghasilan dokumen bantuan dan tutorial untuk dijadikan rujukan oleh orang lain yang mungkin kurang faham dalam menggunakan Ubuntu. Bantuan Tempatan - Membantu menjawab persoalan yang ditanyakan oleh pengguna baru di dalam IRC, Forum, Mailing List atau disekitar anda.
Arahan asas Sistem Pengoperasian Linux Koleksi maklumat-maklumat mengenai arahan-arahan asas di didalam sistem perisian Linux. Laman ini memuatkan bantuan umum yang secara amnya akan menceritakan tugas-tugas sesuatu arahan CLI(Command Line Interface) yang terdapat didalam setiap Sistem Pengoperasian berasaskan linux termasuklah Ubuntu. Untuk membaca/menambah maklumat, sila lawati laman tersebut di pautan Arahan Asas Linux
Sekuriti di dalam Ubuntu Halaman ini menerangkan mengenai apa itu sekuriti yang terdapat didalam Ubuntu Linux. Halaman ini juga akan membantu pengguna-pengguna ubuntu mengenali aplikasi-aplikasi sekuriti yang terdapat didalam ubuntu dari aspek pemasangan, pengubahsuaian konfigurasi dan sebagainya. Untuk membaca/menambah maklumat, sila lawati laman tersebut di pautan Sekuriti
Masalah Dan Penyelesaian
1. Paparan 2. Bunyi 3. Penyambungan ke rangkaian tanpa wayar pada Jaunty dalam LXDE
Jenis-jenis persekitaran atas meja dari Ubuntu Ubuntu boleh didapati dalam beberapa jenis persekitaran atas meja, jenis-jenis persekitaran atas meja yang rasmi dari Ubuntu adalah seperti berikut:1. 2. 3. 4.
Ubuntu dalam persekitaran atas meja Gnome Kubuntu dan Edubuntu dalam persekitaran atas meja KDE Xubuntu dalam persekitaran atas meja XFCE Lubuntu dalam persekitaran atas meja LXDE (masih dalam pemajuan dan belum dirasmikan oleh Ubuntu)
Pautan ke Laman Ubuntu Malaysia • • • • •
Laman web rasmi Ubuntu Malaysia Forum Ubuntu Malaysia Planet Ubuntu Malaysia Wakil Ubuntu Malaysia mengikut Negeri Pengumpulan Hasil Seni Ubuntu-my