Sekolah Sukan

  • Uploaded by: Chu Wai Seng
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Sekolah Sukan as PDF for free.

More details

  • Words: 580
  • Pages: 2
Seperti yang telah kita ketahui, sekolah merupakan institusi sosial dimana pelajar berinteraksi dengan guru untuk mendapatkan ilmu pengetahuan. Di Malaysia terdapat banyak jenis sekolah, antara sekolah yang selalu menarik perhatian adalan sekolah sukan. Sekolah Sukan adalah sekolah elit khas untuk atlit-atlit di kalangan pelajar sekolah yang berpotensi untuk dikembangkan bakatnya ke tahap lebih cemerlang. Di samping pembelajaran berasaskan akademik, pelajar-pelajar dilatih mengikut bidang kemahiran sukannya. Kini sekolah-sekolah sukan merupakan satu perniagaan besar dan profesion dalam banyak negara-negara dunia maju dengan rakyat itu terlibat dalam industri itu pernah melihat potensi terbaik industri menjadi sebahagian daripada industriindustri yang besar dan maju. Dalam sekolah sukan ramai pelajar yang mempunyai paparan cemerlang dalam pelbagai sukan digalakkan untuk meneruskan kerjaya mereka dan mereka adalah diberi biasiswa oleh sekolah itu untuk menyokong keperluan mereka dan akhirnya menjadi nama-nama besar dalam sukan. Banyak universiti universiti dan maktab-maktab di seluruh dunia adalah menawarkan biasiswa untuk mendapat pegangan pemain berbakat yang dapat juga memberi cakap besar untuk sekolah mereka. Sebenarnya, di Amerika Syarikat dan negara-negara orang Eropah, kebanyakan acara sukan di universitiuniversiti akan dianalisis bagi mencari untuk pemain-pemain cemerlang yang mungkin boleh jadi bagi menjadikan kerjaya mereka dalam sukan. Budaya sekolah, menurut Terry Deal dan Kent Peterson (1993) budaya sekolah merupakan “realiti dalaman”. Holly dan Southworth (1989) mentakrifkan budaya sekolah sebagai "konteks dan setting sekolah, proses dalamannya dan makna di mana ahli-ahli organisasi menyatakan dunia pekerjaan mereka". Dalam membicarakan tentang budaya sekolah, Brembeck (1966), Ivan Reid (1978), Waller( 1932), Sugarman (1967), dan beberapa orang ahli sosiologi yang lain telah mengenal pasti dua bentuk budaya yang dominan di sekolah, iaitu budaya formal dan budaya informal. Brembeck(1966) menghubungkaitkan budaya formal yang wujud di sekolah dengan perlakuan pelajar yang positif. Ini kerana budaya boleh didefinisikan sebagai belajar dan berkongsi perlakuan. Oleh itu, sekolah sangat mementingkan perlakuan pelajar. Guru- guru mengajar pelajar untuk menjaga tingkah laku dan sentiasa memperlihatkan perlakuan yang positif. Ini kerana matlamat utama budaya formal di sekolah adalah untuk membentuk pelajar yang berkelakuan baik serta mempunyai akhlak yang mulia. Manakala

budaya sekolah yang informal atau tidak formal lebih cenderung untuk membentuk pelajar yang baik atau berbakat selain daripada bidang akademik. Contohnya sukan, permainan, persatuan dan kerja amal. Budaya sekolah yang tidak formal banyak menyentuh kepada hal- hal yang bukan akademik, dalam erti kata lain bidang ko-kurikulum. Kebanyakan pelajar yang suka dalam bidang ko-kurikulum tidak begitu menyerlah dalam bidang akademik. Begitu juga sebaliknya. Minat akan bidang ko-kurikulum akan membuatkan pelajar lebih cenderung untuk memperbaiki diri mereka dalam bidang ko-kurikulum. Oleh sebab itu budaya sekolah yang tidak formal banyak membantu dalam membentuk pelajar yang berbakat dalam bidang ko-kurikulum.

Seperti yang telah kita sedia maklum, sekolah sukan sangat mementingkan pencapaian dalam bidang sukan, jadi secara tidak langsung, budaya sekolah sukan lebih cenderung membentuk budaya informal. Dimana pelajar diajar dan dilatih untuk memperkembangkan bakat mereka dalam bidang sukan. Perbezaan antara sekolah sukan dengan sekolah- sekolah lain di Malaysia adalah sangat ketara ini kerana sekolah- sekolah lain di Malaysia lebih cenderung membentuk budaya formal. Pencapaian akademik merupakan satu aspek penting bagi seorang pelajar. Semua sekolah di Malaysia juga mementingkan pencapaian akademik pelajar. Sejak dari dulu lagi pencapaian akademik yang cemerlang merupakan sasaran utama setiap pelajar dan juga pihak sekolah serta institusi pendidikan. Secara dasarnya, pencapaian akademik merupakan kayu ukur kepada kejayaan diri seseorang individu. Pencapaian akademik dapat diukur dan dinilai berdasarkan dari segi penguasaan dan pemahaman pelajar terhadap yang dipelajari. Pencapaian akademik dari pelbagai segi dapat dicapai dengan cemerlang, sekiranya pelajar mempunyai sikap keyakinan diri yang tinggi dan mempunyai teknik belajar yang sistematik dan baik.

Related Documents

Sekolah Sukan
May 2020 14
Sukan
May 2020 34
Sukan
May 2020 45
Plan Sukan
April 2020 20

More Documents from ""