Sekolah Bestari Rancangan Pengajaran Harian

  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Sekolah Bestari Rancangan Pengajaran Harian as PDF for free.

More details

  • Words: 6,681
  • Pages: 41
PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU

HBML220 3

Penghargaan Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah izin-Nya, saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Saya ini mengucapkan jutaan terima kasih yang juga penghargaan khusus buat pensyarah yang mengajar saya iaitu Pn. Normaizam Bt. Abd Hamid kerana segala tunjuk ajar serta membimbing saya dalam menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga ribuan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan PISMK -OUM Pengajian Melayu yang banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini. Penghargaan juga kepada orang yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan tugasan ini. Akhir sekali, penghargaan istimewa buat ibu bapa saya yang banyak memberi galakan dan sokongan agar memastikan saya berjaya dalam pelajaran. Semoga mereka semua mendapat balasan yang setimpal daripada Yang Maha Esa. Sekian, terima kasih.

Soalan Tugasan Pembestarian Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa Melayu “Sekolah Bestari ialah institusi pembelajaran yang direka semula daripada segi amalan pengajaran dan pembelajaran sekolah bagi menyediakan kanak-kanak zaman maklumat. Institusi ini melengkapkan pelajar supaya belajar sepanjang hayat kerana maklumat berubah dengan pesat pada zaman maklumat. Maka sekolah Bestari di

PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU

HBML220 3

Malaysia merupakan institusi pembelajaran yang direka semula secara sistematik daripada segi amalan pembelajaran dan pengajaran dan pengurusan sekolah dengan tujuan untuk membantu kanak-kanak menghadapi zaman maklumat yang berasaskan dua perkara, iaitu Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan nilai-nilai murni serta kepakaran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).”

1. Sediakan pakej aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Projek. Pakej tersebut hendaklah disediakan dalam bentuk portfolio. 2. Berdasarkan pakej aktiviti yang telah disediakan di atas anda dikehendaki menyediakan Rancangan Pembelajaran Harian yang lengkap untuk dilaksanakan dalam tempoh pengajaran dan pembelajaran selama 1 jam di dalam bilik darjah. Pendekatan perlu dilaksanakan dengan mengintegrasikan pengajaran dan pembelajaran elemen-elemen bestari dam ruangan prosedur. Bagi melaksanakan projek ini, anda dikehendaki menyediakan nota ringkas sekurang-kurangnya merujuk i.

Ciri-ciri sekolah bestari dan pelajar bestari

ii.

Prosedur dan pengendalian Pembelajaran Bestari

iii.

Merancang. Membina dan mentadbir pakej aktiviti p&p Bestari

iv.

Merancang dan menyediakan Rancangan Pembelajaran Harian Gaya Pembelajaran Model Bestari

Pengenalan Sistem pendidikan di Malaysia adalah berdasarkan sistem pendidikan Inggeris. Pendidikan Malaysia boleh didapatkan dari sekolahtanggungan kerajaan, sekolah swasta atau secara sendiri. Sistem pendidikan dipusatkan terutamanya bagi sekolah rendah dan sekolah menengah. Kerajaan negeri tidak berkuasa dalam kurikulum dan aspek lain pendidikan sekolah rendah dan sekolah menengah, sebaliknya ditentukan oleh kementerian. Terdapat peperiksaan piawai yang merupakan ciri yang biasa bagi negara-negara Asia seperti di Singapura dan China.

PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU

HBML220 3

Pendidikan Malaysia terdiri daripada beberapa peringkat: 

Prasekolah



Pendidikan rendah



Pendidikan menengah

 Pengajian tinggi Hanya pendidikan di sekolah rendah diwajibkan dalam undang-undang. Oleh itu, pengabaian keperluan pendidikan selepas sekolah rendah tidak melanggar undangundang. Sekolah rendah dan sekolah menengah diuruskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia tetapi dasar yang berkenaan dengan pengajian tinggi diuruskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 2004. Sejak tahun 2003, kerajaan memperkenalkan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam mata pelajaran yang berkenaan dengan Sains.

Pendidikan Prasekolah Sekolah tadika (prasekolah) menerima kemasukan kanak-kanak daripada 4-6 tahun. Pengajian tadika bukan merupakan pengajian wajib dalam Pendidikan Malaysia. Namun begitu penubuhan tadika oleh pihak swasta amat menggalakkan. Setakat ini, sebahagian besar Sekolah Kebangsaan mempunyai kelas prasekolah. Namun kemasukan ke kelas ini dibuka kepada anak-anak dari keluarga berpendapatan rendah. Pendidikan Rendah Pendidikan rendah bermula dari tahun 1 hingga tahun 6, dan menerima kemasukan kanak-kanak berumur 7 tahun sehingga 12 tahun. Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris merupakan mata pelajaran wajib dalam Sistem Pendidikan Malaysia. Sekolah rendah awam di Malaysia terbahagi kepada dua jenis,

PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU

HBML220 3

iaitu Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan. Kurikulum di kedua-dua jenis sekolah rendah adalah sama. Perbezaan antara dua jenis sekolah ini ialah bahasa pengantar yang digunakan. Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar di Sekolah Kebangsaan. Bahasa Tamil atau bahasa Mandarin digunakan sebagai bahasa pengantar di Sekolah Jenis Kebangsaan. Pada akhir tahun persekolahan sekolah rendah, ujian awam diadakan bagi menilai prestasi murid-murid. Ujian awam pada peringkat sekolah rendah dinamakan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Pelajar yang telah menduduki UPSR, dibenarkan melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah. Pendidikan Menengah Sekolah menengah awam boleh dilihat sebagai pelanjutan sekolah rendah. Bahasa Malaysia digunakan sebagai bahasa pengantar bagi semua mata pelajaran selain Sains (Biologi, Fizik dan Kimia) dan Matematik (termasuk Matematik Tambahan) Para pelajar perlu belajar dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Seperti di sekolah rendah, setiap tingkatan (darjah) mengambil masa selama satu tahun. Pada akhir Tingkatan Tiga (digelar peringkat menengah rendah), para pelajar akan menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR). Berdasarkan pencapaian PMR, mereka akan dikategorikan kepada Aliran Sains atau Aliran Sastera. Aliran Sains menjadi pilihan ramai. Pelajar dari Aliran Sains dibenarkan untuk keluar dari Aliran Sains lalu menyertai Aliran Sastera tetapi sebaliknya tidak dibenarkan. Pelajar-pelajar yang tidak mendapat keputusan yang memuaskan pula boleh memilih untuk menjalani pengkhususan vokasional di sekolah teknik. Pada akhir Tingkatan Lima (digelar peringkat menengah atas), para pelajar perlu menduduk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebelum menamatkan pelajaran di peringkat menengah. SPM adalah berdasarkan peperiksaan School Certificate United Kingdom lama sebelum menjadi peperiksaan Tahap 'O' General Certificate of Education (Kelulusan Umum Pelajaran) yang menjadi GCSE (General Certificate of Secondary School / Kelulusan Umum Sekolah Menengah). Sejak tahun 2006, para pelajar turut menduduki kertas GCE Tahap 'O' bagi bahasa Inggeris selain kertas SPM Bahasa Inggeris biasa. Keputusan lain ini adalah berdasarkan markah

PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU

HBML220 3

penulisan karangan dalam kertas Bahasa Inggeris SPM. Penilaian karangan kertas Bahasa Inggeris SPM diadakan di bawah pengawasan pegawai dari peperiksaan Tahap 'O' British. Walaupun keputusan ini bukan sebahagian daripada SPM, keputusan ini akan dinyatakan pada kertas keputusan. Selepas keputusan SPM 2005 dikeluarkan pada Mac 2006, Kementerian Pelajaran mengumumkan bahawa mereka sedang menimbang untuk memperbaharui sistem SPM kerana orang ramai terlalu mementingkan bilangan A yang didapati. Pendidik-pendidik tempatan bersetuju dengan cadangan ini. Salah seorang profesor di Universiti Malaya mengesali keadaan sesetengah pelajar universiti yang tidak mampu menulis surat dan berbahas. Beliau berkata, "Mereka tidak memahami apa yang saya katakan ... Saya tidak dapat berkomunikasi dengan mereka." Tambah beliau, "Sebelum 1957, wira sekolah bukan mereka yang mendapat 8A atau 9A tetapi merupakan pembahas yang baik, pelakon yang baik, ahli sukan yang baik dan mereka yang memimpin Persatuan Pengakap." Selepas menamatkan pelajaran di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, sesetengah pelajar dapat belajar di Sekolah Tinggi Persendirian Cina. Di sekolah jenis ini, para pelajar menduduki peperiksaan piawai yang dikenali sebagai Sijil Peperiksaan Bersama (Unified Examination Certificate/UEC). Sesetengah pelajar di sekolah-sekolah ini turut menduduki peperiksaan SPM sebagai calon persendirian. UEC diadakan olehDong Jiao Zong (Persatuan Guru dan Pengarah Sekolah Cina) sejak tahun 1975. Terdapat tiga tahap dalam UEC, iaitu Vokasional (UEC-V), Junior (UEC-JML/JUEC) dan Senior (UEC-SML/SUEC). Bahasa Cina merupakan bahasa pengantar bagi kurikulum dan peperiksaan bagi UEC-V dan UEC-JML. Bahasa Cina atau Bahasa Inggeris merupakan bahasa pengantar bagi mata pelajaran Matematik, Sains (Biologi, Kimia dan Fizik), Simpan Kira, Akaun dan Perdagangan. Kesusahan UEC-SML adalah hampir sama dengan A-level kecuali Bahasa Inggeris. Pelajar di Sekolah Tinggi Persendirian Cina belajar dari tiga tahap rendah (Junior) sehingga ke tiga tahap tinggi (Senior). Setiap tahap mengambil masa selama satu tahun. Mereka tidak dibenarkan untuk belajar dalam tahap yang lebih tinggi jika gagal dalam peperiksaan sekolah, sebaliknya perlu mengulang. Mereka yang gagal mara ke tahap yang lebih tinggi selepas belajar dalam tahap yang sama selama tiga tahun akan disingkirkan dari sekolah. Oleh itu, sesetengah pelajar mengambil masa yang lebih

PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU

HBML220 3

daripada enam tahun untuk menamatkan pelajaran di Sekolah Tinggi Persendirian Cina. Pada akhir Junior 3, para pelajar perlu menduduki peperiksaan UEC-JML. Sesetengah pelajar juga akan menduduki peperiksaan PMR. UEC-JML lebih susah daripada PMR. Seperti pelajar di sekolah menengah awam, pelajar di sekolah tinggi persendirian Cina juga akan dikategorikan kepada aliran Sains dan aliran Perdagangan/Sastera bermula Senior 1. Pada akhir Senior 2, sesetengah pelajar menduduki peperiksaan SPM. Mereka mungkin meninggalkan sekolah selepas SPM. Sesetengah pelajar pula menyambung pelajaran ke Senior 3. Pada akhir Senior 3, mereka akan menduduki peperiksaan UEC-SML. UEC-SML telah diakui sebagai kelayakan kemasukan banyak universiti luar negara seperti Singapura, Australia, Taiwan, China dan sesetengah negara Eropah tetapi tidak diakui oleh kerajaan Malaysia sebagai kelayakan kemasukan ke universiti-universiti awam Malaysia. Akan tetapi, kebanyakan kolej persendirian mengakui UEC. Pada Mei 2004, kerajaan Malaysia mewajibkan pelajar-pelajar yang menggunakan kelayakan kemasukan yang selain daripada SPM perlu lulus dalam kertas Bahasa Malaysia SPM. Ini menyebabkan banyak bantahan, dan Menteri Pengajian Tinggi ketika itu, Dr Shafie Salleh, mengecualikan pelajar UEC daripada keperluan tersebut. Pendidikan Pra-Universiti Selepas SPM, para pelajar dapat membuat pilihan sama ada belajar dalam Tingkatan 6 atau matrikulasi. Jika mereka melanjutkan pelajaran dalam Tingkatan Enam, mereka akan menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Tingkatan 6 yang terdiri daripada Tingkatan 6 Rendah dan Tingkatan 6 Atas mengambil masa selama dua tahun. STPM dianggap lebih susah daripada A-level kerana merangkumi skop yang lebih mendalam dan luas. Walaupun STPM biasanya diduduki bagi mereka yang ingin belajar di universiti awam di Malaysia, STPM turut diakui di peringkat antarabangsa. Selain itu, para pelajar boleh memohon kebenaran untuk mengikuti program matrikulasi yang mengambil masa selama satu atau dua tahun. Pada suatu ketika dahulu, matrikulasi hanya mengambil masa selama satu tahun. Sejak tahun 2006, 30% daripada semua pelajar matrikulasi diberikan program yang mengambil masa selama dua tahun. 90% daripada tempat matrikulasi adalah disimpan untuk bumiputera.

PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU

HBML220 3

Program matrikulasi tidak seketat dengan STPM. Program ini dikritik oleh ramai kerana jauh lebih mudah daripada STPM, dan dikatakan untuk membantu bumiputera belajar di universiti dengan mudah. Matrikulasi dikenalkan selepas kuota kemasukan universiti awam yang berdasarkan kaum dimansuhkan. 70% daripada pelajar kursus krtikal seperti perubatan, farmasi, pergigian dan perundangan ialah pelajar matrikulasi. Sebaliknya, kebanyakan kursus-kursus seperti Sarjana Muda Sains yang kurang diminati diambil oleh pelajar STPM. Pembela program matrikulasi mendakwa bahawa Tingkatan 6 adalah berbeza dengan program matrikulasi. Akan tetapi, program matrikulasi dan Tingkatan Enam memainkan peranan yang sama (kelayakan kemasukan universiti). Sesetengah pelajar menerima pendidikan pra-universiti di kolej persendirian. Mereka mungkin memilih diploma, A-level, Program Matrikulasi Kanada atau kursus yang sama dari negara lain. Kerajaan mendakwa bahawa kemasukan universiti adalah berdasarkan meritokrasi tetapi terdapat terlalu banyak program pra-universiti yang berlainan tanpa piawai yang boleh dibandingkan. Pengajian Tinggi Banyak subsidi diberi oleh kerajaan untuk menanggung pendidikan di universitiuniversiti awam. Pemohon memerlukan kelayakan STPM atau matrikulasi. Keputusan yang baik dalam peperiksaan tidak menjamin kemasukan universiti awam. Kriteria pemilihan tidak jelas kerana tiada peraturan yang dikuatkuasakan dengan tegas diwujudkan. Pada tahun 2004, kerajaan menubuhkan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia untuk mengawasi pendidikan pengajian tinggi. Kementerian ini dipimpin oleh Mustapa Mohamed. Walaupun kerajaan mengumumkan pengurangan pergantungan kuota kaum pada tahun 2002 untuk lebih memihak kepada meritokrasi, kadang-kadang terdengar kes pelajar bukan bumiputera yang berkeputusan baik tidak diterima untuk memasuki kursus tertentu. Sebelum tahun 2004, semua pensyarah di universiti umum perlu memiliki ijazah sarjana atau doktor. Pada Oktober 2004, keperluan ini dibatalkan. Kementerian Pengajian Tinggi mengumumkan bahawa pakar industri yang dapat

PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU

HBML220 3

menambah nilai kursus dapat memohon menjadi pensyarah walaupun tidak mempunyai ijazah sarjana atau doktor. Untuk mengelakkan tuduhan perubahan ini disebabkan kekurangan pensyarah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi berkata, "Kita tidak kekurangan pensyarah. Tindakan ini akan menambah nilai kepada kursus dan meningkatkan nama universiti-universiti kita. Katakan Bill Gates dan Steven Spielberg yang terkenal dan cemerlang dalam bidang mereka mahu menjadi profesor. Kita sudah tentu berasa gembira untuk mengupah mereka." Beliau seterusnya memberi contoh arkitek-arkitek yang diakui berbakat tidak memiliki ijazah sarjana. Kebebasan akademik fakulti universiti umum telah diragui. Pengkritik seperti Bakri Musa menggunakan contoh seperti ahli sains ditegur oleh Timbalan Perdana Menteri, Najib Razak kerana menerbitkan "kajian mengenai pencemaran udara". Para pelajar juga dapat membuat pilihan untuk pergi ke institusi swasta bagi pendidikan peringkat tinggi. Banyak institusi memberi kursus dengan bekerjasama dengan institut atau universiti di luar negeri. Sesetengah universiti di luar negeri pula membuka cawangan di Malaysia. Aliran keluar mereka yang cemerlang dari Malaysia menyebabkan Perdana Menteri pada masa itu (1995), Tun Dr Mahathir Mohamed melancarkan program menarik mereka pulang ke kampung halaman. Matlamat rancangan ini adalah untuk menarik 5000 orang yang cemerlang setiap tahun. Pada tahun 2004, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata dalam jawapan parlimen bahawa rancangan ini telah menarik 94 ahli sains (24 orang Malaysia) dalam bidang farmakologi, perubatan, teknologi semikonduktor dan kejuruteraan dari tahun 1995 hingga 2000. Semasa jawapan ini diberikan, hanya seorang masih berada di Malaysia. Selain itu, terdapat juga institut perguruan dan politeknik bagi yang berminat.

PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU

HBML220 3

Jenis Sekolah Sekolah Kebangsaan Bahasa Malaysia digunakan sebagai bahasa pengantar di Sekolah Kebangsaan. Sekolah Kebangsaan merupakan salah satu jenis sekolah rendah. Sekolah Jenis Kebangsaan Bahasa Cina atau Bahasa Tamil digunakan sebagai bahasa pengantar. Sekolah Jenis Kebangsaan merupakan salah satu jenis sekolah rendah. Dari tahun 1995 hingga 2000, pengagihan Rancangan Malaysia Ketujuh membahagikan 96.5% kepada Sekolah Kebangsaan yang hanya mempunyai 75% daripada pelajar sekolah rendah. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (21% daripada pelajar sekolah rendah) mendapat 2.4% daripada pengagihan manakala Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (3.6% daripada pelajar sekolah rendah) mendapat 1% daripada pengagihan. Sekolah Wawasan Beberapa sekolah awam berkongsi kemudahan yang sama di dalam sebuah sekolah yang dikenali sebagai Sekolah Wawasan. Penubuhan Sekolah Wawasan adalah untuk menggalakkan interaksi yang lebih rapat antara kaum. Akan tetapi, kebanyakan orang Cina dan orang India membantah Sekolah Wawasan kerana mereka percaya bahawa Sekolah Wawasan akan mengehadkan penggunaan bahasa ibunda di sekolah. Sekolah agama Islam Sekolah pondok, madrasah dan sekolah agama Islam lain merupakan bentuk sekolah asal di Malaysia. Sekolah-sekolah sedemikian masih wujud di Malaysia tetapi bukan sebahagian daripada pelajaran kanak-kanak di kawasan bandar. Pelajar di kawasan luar bandar masih belajar di sekolah-sekolah ini. Oleh sebab keputusan pelajaran di sekolah-sekolah ini tidak diterima oleh kebanyakan universiti di Malaysia, kebanyakan pelajar ini perlu melanjutkan pelajaran ke kawasan seperti Pakistan atau Mesir.

PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU

HBML220 3

Sekolah bestari Sekolah bestari cuba menerapkan komputer dan teknologi dalam kaedah pembelajaran. Sekolah berasrama penuh Sekolah berasrama penuh (SBP) serta Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) merupakan sekolah menengah perdana yang dikhaskan untuk pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR dan PMR.

APAKAH PEMBESTARIAN SEKOLAH? Pembestarian Sekolah merupakan proses berterusan ke arah meningkatkan lagi pengunaan ICT dalam pendidikan dengan memberi fokus pada peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran (P&P), keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah dan kompetensi guru. Program Pembestarian Sekolah juga memberi maksud mengaplikasikan konsep Sekolah Bestari iaitu sebagai satu institusi pembelajaran yang direka semula secara sistemik dari segi amalan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah untuk membantu murid-murid menghadapi era teknologi maklumat. Komponen utama Pembestarian Sekolah adalah berfokus kepada

PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU

HBML220 3

pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah berbantukan ICT. Proses Pembestarian Sekolah ini akan dapat melatih guru dan murid berkemahiran dalam bidang ICT. Justeru, kemahiran yang diperoleh dapat melahirkan murid yang boleh mengamalkan pembelajaran akses kendiri (self-accessed), terarah kendiri (selfdirected) dan kadar kendiri (self-paced). Sistem pendidikan sedia ada perlu dimantapkan selaras dengan perkembangan era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Beberapa penambahbaikan dalam pelbagai aspek perlu dilakukan supaya ianya berdaya saing dan relevan dengan kehendak semasa. Pewujudan Sekolah Bestari merupakan satu senario dalam pendidikan alaf baru di Malaysia dan bersesuaian dengan perkembangan teknologi, sosial serta budaya masa kini. Perkembangan seumpama ini memerlukan sesebuah institusi pendidikan menggabungkan serta memberikan penekanan terhadap beberapa aspek, antaranya pengajaran dan pembelajaran berbudaya fikir, pemusatan kepada pelajar, penggunaan bahan teknologi secara bijak, strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai, serta pengurusan sekolah yang efektif.

KONSEP PEMBESTARIAN Teachers will need to change their role in the electronic classroom from being information providers to counselors to help students develop know how and judgment to select information sources.Key to success in the Information Age will be making the right judgements between an awesome array of choices. We are examining our education system to create a curriculum where people learn how to learn for continuingeducation throughout their lives (Tun Mahathir Mohamed, Launch of the Multimedia Super Corridor 1 August 1996) The smart school program will be re-modelled and its implementation fast-tracked to enable more schools to benefit, at lower cost to the government. Smart schools will have access to the

PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU

HBML220 3

Internet through the SchoolNet program, which is already at an advanced stage of implementation. Advanced teaching and learning materials developed through the Smart School Pilot program will be utilised for teaching, while the Smart School Management System will be used to improve administration processes.

(Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Launch of The Multimedia Super Corridor (M.S.C.) Next Leap, 3 July 2004 ) … pembestarian sekolah adalah selaras dengan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk menjadikan sekolah-sekolah awam lebih berdaya saing, kondusif dan moden mengikut arus pembangunan semasa. Dalam proses pembestarian sekolah, sasaran kementerian ialah untuk meningkatkan nisbah komputer kepada murid, masa dedahan murid dan guru kepada penggunaan komputer dan mengaplikasikan teknologi yang berkesan dari segi kos. (Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pelajaran Malaysia, 7 Mei 2005) Ciri-ciri Sekolah Bestari Sekolah bestari merupakan satu konsep sekolah di Malaysia. Konsep ini akan membawa kepada pendemokrasian pendidikan sepenuhnya. Sekolah ini bukan hanya untuk mereka yang pintar tetapi ia merupakan cara bestari bagi menjamin setiap pelajar - kuat atau lemah, kaya atau miskin - mencapai potensi sepenuhnya dalam cara yang paling sesuai mengikut kadar dan gaya pembelajaran yang berlainan. Teknologi komputer akan membolehkan kepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan. Pada peringkat permulaan, empat mata pelajaran, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains, akan diperkenalkan di Sekolah Bestari dengan menggunakan

teknolgi

terkini

sebagai

kaedah

dan

teknik

pengajaran

dan

pembelajaran. Semua bahan pengajaran dan pembelajaran disediakan dalam bentuk perisian yang direka oleh Pusat Pemkembangan Kurikulum bersama dengan Bahagian Teknolohi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia.

PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU

HBML220 3

Untuk menentukan kejayaan pelaksanaan konsep Sekolah Bestari, guru-guru di sekolah yang dipilih menjadi sekolah bestari, akan diberi latihan dalam perkhidmatan, khasnya dalam bidang pedagogi untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran melalui penggunaan teknologi terkini. Bagi sekolah-sekolah bestari yang ditubuhkan, tenaga pengajar dan pentadbirnya akan dipilih oleh Ketua Pasukan Bertugas Sekolahh Bestari di bawah Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia. Perkembangan Sekolah Bestari telah menjadi satu arah-aliran dalam perkembangan pendidikan yang tidak dapat dielakkan dalam reformasi pendidikan di Malaysia. Sekolah Bestari ini merupakan sekolah satu-satunya dapat melahirkan pelajar-pelajar yang cerdik dan berpengetahuan, dan dijangkakan akan mampu bersaing apabila menghadapi cabaran-cabaran Wawasan Negara. Sekolah bestari merupakan penaja serta peneraju kepada perubahan kesemua aspek pendidikan seperti cara pengurusan sekolah, organisasi bilik darjah, penggunaan masa, pengukuran pencapaian, tugasan pelajar, tanggungjawab, hubungan sekolah dengan masyarakat setempat dan persekitaran. Sekolah bestari akan menampilkan ciri-ciri yang membezakannya daripada sekolah-sekolah sedia ada. Antaranya ialah : 1. Sekolah bestari akan dihubungkan melalui jaringan kawasan tempatan untuk berkongsi maklumat melalui telekonferensing, pengkalan data dan mel elektrik. 2. Sekolah bestari akan dihubungkan melalui jaringan kawasan luas ke sekolah lain, organisasi daerah, negara serta dunia. 3. Sekolah bestari juga akan dapat disesuaikan mengikut kehendak guru, pelajar dan pentadbir dengan menyediakan pelbagai perisian aplikasi. Perkins, menjelaskan perlu wujud tiga ciri utama dalam sesebuah sekolah bestari. Ciriciri ini harus diberikan keutamaan dan penekanan kepada pengajaran dan pembelajaran. Ciri-ciri yang dicadangkan oleh Perkins ialah: 1. Berilmu Pentadbir sekolah, guru dan pelajar mempunyai maklumat yang banyak mengenai pemikiran dan pembelajaran serta bagaimana menggunakan maklumat tersebut sebaikbaiknya. Mereka juga mengetahui tentang struktur sekolah dan corak kerjasama yang wujud serta bagaimana melaksanakannya dengan baik.

PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU

HBML220 3

2. Bertenaga Selain ilmu pengetahuan, sekolah bestari sangat memerlukan semangat dan keyakinan agar sekolah bestari lebih bertenaga berbanding sekolah biasa. Sekolah bestari perlu mengambil langkah-langkah untuk memupuk tenaga positif dalam struktur sekolah, gaya pentadbiran dan layanan yang diberikan kepada guru dan pelajar. 3. Berpemikiran Sekolah bestari akan memberi penekanan kepada peningkatan daya pemikiran pelajar agar mereka menjadi manusia yang mempunyai ilmu dan tenaga maklumat yang boleh diolah oleh pemikiran. Sekolah bestari juga menjadi tempat berpemikiran dalam erti kata sentiasa mengambil berat dan penyayang. Setiap orang peka akan keperluan orang lain dan melayaninya dengan baik. Proses pengajaran dan pembelajaran serta proses membuat keputusan adalah berpusatkan pemikiran. Ketiga-tiga ciri sekolah bestari ini bertujuan untuk mencapai satu matlamat utama iaitu pengembangan ilmu. Seseorang yang berilmu, bertenaga dan berpemikiran tidak seharusnya terus memendamkan ilmunya tanpa berfungsi apa-apa sebaliknya berupaya mengembangkan ilmu bagi menerokai pelbagai ilmu yang lain untuk mengatasi pelbagai persoalan hidup. Ilmu juga merupakan asas terpenting untuk mengenal diri dan persoalan kehidupan sama ada yang berkaitan dengan alam persekolahan mahupun kemasyarakatan. Ilmu juga akan menentukan tingkat keyakinan seseorang kepada agama yang dianuti bagi menjernihkan lagi amalan-amalan yang dapat meningkatkan keimanan. Untuk tujuan tersebut, pengembangan ilmu meliputi proses penyimpanan, pemahaman dan penggunaan aktif ilmu. Skop Pembestarian Sekolah Pelaksanaan pembestarian ini memanfaatkan (leverage) kepada semua inisistif ICT yang sedia ada di sekolah merangkumi tiga elemen utama iaitu infrastruktur ICT dan Aplikasi Pengurusan, Pengisian Pengajaran dan Pembelajaran (P&P), dan Pembangunan Sumber Manusia. Fokus Pembestarian Sekolah ialah untuk memastikan semua sekolah akan mempunyai kecapaian ICT yang sama dengan; i.

menyediakan kemudahan infrastruktur dan perkakasan yang mencukupi

ii. menyediakan perisian dan bahan-bahan digital yang lengkap

PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU

HBML220 3

iii. memberi latihan yang secukupnya kepada semua guru, pentadbir dan staf sekongan Pembestarian Sekolah akan menfaatkan tiga (3) elemen utama iaitu yang telah dilaksanakan ke sekolah-sekolah melalui projek-projek Kementerian seperti berikut; i.

projek makmal Komputer Sekolah

ii. program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) iii. rangkaian SchoolNet iv. rancangan TV pendidikan v. projek Rintis Sekolah Bestari vi. ICT Dalam Pengajaran dan Pembelajaran vii. mata Pelajaran yang Berasaskan ICT viii.perkongsian Pintar dengan Syarikat Swasta ix. latihan ICT Guru x. pengurusan Perubahan bagi Guru dan Pentadbir Sekolah Program Pembestarian ini akan dijalankan secara berperingkat dan berfasa mengikut keutamaan dan keupayaan Kementerian dengan mengambil kira kesediaan sekolah. Dasar dan Matlamat Dasar Pembestarian semua sekolah merangkumi dasar ICT iaitu; i.

ICT untuk semua pelajar

ii. ICT sebagai alat pengajaran dan pembelajaran, sebagai mata pelajaran dan komponen mata pelajaran iii. ICT digunakan untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem pendidikan Matlamat Pembestarian Sekolah ialah untuk mengoptimumkan potensi murid di semua sekolah Malaysia dengan menggunakan ICT sebagai pengupaya kepada pengajaran dan pembelajaran.

PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU

HBML220 3

Ciri-cir Pelajar Bestari Terdapat tiga ciri pelajar bestari iaitu : 1. Gaya pembelajaran pelajar (Model Dunn dan Dunn , Model VAK) 2. Kecerdasan pelbagai pelajar 3. Kompetensi kecerdasan emosi pelajar.

GAYA PEMBELAJARAN VAK DAN DUNN & DUNN. 1. Gaya pembelajaran ialah minat atau pola terpilih yang mendorong seseorang apabila memproses maklumat baru atau pengalaman. 2. Dua model gaya pembelajaran ialah : i)

Model Dunn dan Dunn

ii)

Model VAK

3. Model Dunn dan Dunn menyatakan gaya pembelajaran seseorang pelajar bergantung kepada unsur-unsur yang disukainya di bawah lima stimulus berikut: •

Alam sekitar: Bunyi, Cahaya, Suhu, Pola (contoh: susunan kelas)



Emosi: Motivasi, ketabahan (jangka masa belajar), tanggungjawab (dengan atau tanpa bimbingan guru), struktur (contoh: suka ikut jadual waktu).



Sosiologi: sendiri, pasangan, rakan sebaya, pasukan, guru, pelbagai cara.



Fizikal: Persepsi (belajar melalui pengalaman/benda maujud), makan, waktu, gerakan.

4. Psikologi: global atau analitik (menyeluruh/ikut urutan), otak kiri/kanan (kanansuka belajar secara keseluruhan, mencipta), Impulsif atau reflektif (impulsivebertindak secara spontan, reflektif- berfikir sebelum bertindak) 5. Model VAK: •

Visual: belajar lebih baik dengan melihat sesuatu.



Audio: belajar lebih baik dengan mendengar.

PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU



HBML220 3

Kinestetik: belajar lebih baik melalui pengalaman dan penglibatan secara fizikal/ hands-on.

KECERDASAN PELBAGAI PELAJAR 1. Kecerdasan pelbagai adalah suatu teori oleh Howard gardner (1983) bahawa manusia ada pelbagai jenis kecerdasan. 2. Ciri-ciri setiap jenis Kecerdasan Pelbagai:



Verbal Linguistik – berkaitan dengan penggunaan + penguasaan bahasa



Logik Matematik – berkaitan dengan pengiraan/penaakulan



Visual-ruang - berkaitan dengan ruang + visualisasi



Kinestetik - berkaitan dengan pergerakan badan



Muzik - berkaitan dengan ritma dan melodi



Interpersonal - berkaitan dengan interaksi dan hubungan dengan orang lain



Intrapersonal - berkaitan dengan memahami diri secara lebih dalam dengan mengaitkan apa yang dipelajari dengan diri sendiri.



Naturalis - berkaitan dengan kebolehan menggunakan bahan alam semula jadi untuk mengkaji masalah dan penyelesaiannya.

3. Kekuatan Kecerdasan Pelbagai seseorang pelajar dapat dienalpasti melalui : i)

Pemerhatian tingkah laku murid semasa belajar

ii)

Aktiviti murid semasa lapang

iii)

Laporan prestasi murid

iv)

Profil Kecerdasan Murid

v)

Soal selidik/ Checklist (Multiple Intelligence Checklist for Adults- MICA)

PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU

HBML220 3

KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI (EIC: EMOTIONAL INTELLIGENCE COMPETENCY)

1. Emosi: perasaan; Kecerdasan Emosi: kesedaran tentang emosi diri dan orang lain. Kompetensi kecerdasan emosi (EIC): Kebolehan menguruskan emosi sendiri dan orang lain untuk menghasilkan hubungan yang positif. 2. EIC menentukan cara kita menguruskan diri – Kompetensi Peribadi •

Kesedaran kendiri (sedar tentang perasaan diri)



Pengurusan kendiri (kebolehan menguruskan perasaan)



Motivasi kendiri (perasaan yang mendorong kendiri)

3. Menentukan cara kita menguruskan hubungan dengan orang lain – Kompetensi Sosial 4. Kesedaran sosial – empati (memahami dan mengurus mengikut perasaan orang lain) 5. Kemahiran sosial (kemahiran menghasilkan respon yang diharapkan daripada orang lain) Konsep EQ atau ‘Emotional Intelligence’ atau kecerdasan emosiini adalah satu konsep kecerdasan yang lebih luas dan ada kaitan dengan kesedaran terhadap emosi dan perasaan dan bagaimana perasaan boleh berinteraksi

dengan

kecerdasan mental atau IQ. Goleman menyatakan bahawa 80% kejayaan seseorang adalah bergantung kepada EQ atau kecerdasan emosinya berbanding dengan cuma lebih kurang 20% sahaja yang disebabkan oleh IQ atau kecerdasan mentalnya. Pendapat ini adalah sejajar dengan pandangan yang menyatakan kita sebenarnya memerlukan lebih daripada kecerdasan otak (IQ) sahaja untuk lebih berjaya dalam hidup – seseorang mestilah berusaha membentuk dan meneruskan kebolehan berhubung dan berkomunikasi dengan sihat dengan orang lain.

PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU

HBML220 3

Seperti yang telah disebutkan lebih awal dalam modul ini, sekiranya dilihat dari konteks yang lebih syumul, Nabi Muhammad SAW telah menyatakan dengan jelas bahawa; Dalam badan manusia itu ada seketul daging, Sekiranya baik daging itu, Maka baiklah badan itu, Sekiranya busuk daging itu, Maka busuklah badan itu. Dan daging itu adalah hati. Dapat dilihat bahawa peranan hati yang menjadi tunjang kepada perasaan dan emosi (EQ) itu mempunyai pertalian yang bagitu rapat dengan kejayaan manusia dalam melayari kehidupan sehariannya. Pendapat Goleman tentang peranan EQ dalam menjana kejayaan seseorang dalam hidup ini adalah tidak dapat dinafikan. Menurut Mayer dan Salovey (1993), pelopor yang mula-mula memperkenalkan konsep EQ ini; “Emotional Intelligence allows us to think more creatively and to use our emotions to solve problems. Emotional Intelligence probably overlaps to some extent with general intelligence” Mayer dan Salovey seterusnya menyatakan bahawa; “The emotionally intelligent person is skilled in four areas: identifying emotions, using emotions, understanding emotions, and regulating emotions. Konsep ini menjelaskan bahawa seseorang

yang berupaya menjelaskan atau

menyedari emosinya, menggunakan emosinya dengan bijak, memahami emosinya, dan mengawal emosinya dalah dianggap mempunyai kecerdasan emosi (EQ).

PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU

HBML220 3

Goleman (1995) menonjolkan pandangan yang lebih luas tentang EQ. Beliau menyatakan bahawa EQ mengandungi beberapa faktor: memahami emosi sendiri (knowing one’s emotions), kebolehan mengendalikan emosi (managing one’s emotion), memotivasikan diri (motivating oneself), menyedari emosi orang lain (recognizing emotions in others), dan mengendalikan hubungan sillaturrahim dengan orang lain (handling relationships). Dari interpretasi penyataan di atas berhubung dengan EQ, dapatlah difahamkan bahawa kecerdasan emosi “is a type of social intelligence that involves the ability to monitor one’s own and others’ emotions, to discriminate among them, and to use the information to guide one’s thinking and actions”.(Mayer & Salovey, 1993). Mayer dan Salovey menkategorikan EQ kepada enam domains: •

Kesedaran kendiri (self-awareness) Satu kecerdasan emosi yang paling asas adalah keupayaan menyedari satu-satu perasaan dan dapat memberikanya identifikasi tertentu. Aras ini juga merujuk kepada kesedaran tentang hubungan antara buah fikiran, perasaan, dan tindakan. Sedar tentang pemikiran yang mana (jenis apa) yang meransangi perasaan tertentu. Sementara sedar pula apakah perasaan yang akan terbit akibat satu-satu tindakan itu. •

Mengendalikan emosi (managing emotions)

Adalah penting kita menyedari apa yang sebenarnya berada disebalik satu-satu perasaan atau emosi itu. Kepercayaan dan keyakinan mempunyai satu kesan yang kuat kepada kebolehan seseorang bertindak dan bagaimana satu-satu tindakan dilakukan. Ramai orang secara berterusan dikuasai atau dipengaruhi oleh fahaman negatif. Harapan dan rasa optimis, sebaliknya, adalah satu harta yang amat berguna dalam menjana kejayaan. Adalah penting kita mencari jalan meredakan perasaan meluap kerana marah atau kecewa. Kita cuba memahami apa

PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU

HBML220 3

yang akan terjadi apabila emosi amarah menggelodak bila tidak dapat dikawal. Fikirkan sejenak tentang akibat baik dan buruknya satu perkataan yang dihamburkan ketika emosi tidak terkawal. Kebolehan mengalihkan emosi kepada satu-satu yang positif adalah anak kunci kepada kecemerlangan sikap. •

Timbangrasa (empathy) Kebolehan menguasai sesuatu keadaan dan boleh bertindak bijak memerlukan keperihatinan kita terhadap perasaan orang lain dan melihat sesuatu dari kacamata orang lain. Timbang-rasa atau ‘empathy’ yang membolehkan kita mendengar pendapat orang lain tanpa menjadikan kita terlalu emosi (emotional) adalah penting. Kebolehan membezakan apa yang dikatakan oleh orang lain dari tindakan dan penilaian yang bersifat personal adalah amat penting.



Berhubung (communicating) Kebolehan menjalin hubungan silaturrahim yang sihat mempunyaikesan positif kepada semua yang terlibat. Sedar tentang apakah jenis perasaan yang cuba dikomunikasikan kepada orang lain. Kegirangan dan pengharapan adalah kait-berkait sama juga halnya dengan ‘pessimism’ dan perasaan negatif. Kebolehan melahirkan tanpa melahirkan kemarahan

perasaan atau pendapat

atau kedongkolan adalah kunci kepada

sesuatu kejayaan. •

Kerjasama (cooperation) Kebolehan meletakkan diri dan tahu bila hendak mejadi ketua atau pemimpin dan bila pula menjadi pengikut adalah amat penting kepada konsep kerjasama (cooperation). Sifat pemimpin yang unggul bukan terletak kepada paksaan atau kuasa tetapi lahir dari kebolehan menggalakkan orang yang dipimpin dapat bekerjasama antara satu dengan lain dengan baik untuk mencapai satu tujuan bersama. Menyedari

PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU

HBML220 3

tentang kebolehan seseorang dan memberi galakan supaya mengambil bahagian

dalam

satu-satu

aktiviti

adalah

menghasilkan satu-satu kebaikan daripada

lebih

berkesan

dalam

memberi arahan atau

mengkritik. Pada ketika yang sama, adalah amat perlu kita menjalankan tugas dengan penuh rasa tanggungjawab dan menyedari kesan atau akibat dari keputusan yang dibuat dan meneruskan komitmen yang tidak berbelah bagi. •

Menyelesaikan konflik (resolving conflicts)

Dalam menyelesaikan masalah kita perlu memahami mekanism yang hendak digunakan. Orang-orang yang terlibat dalam konflik biasanya dihantui atau terkunci dalam rangkaian emosi yang membakar diri dan mereka jarang dapat melihat isu yang menyebabkan konflik itu secara lebih rasional. Penyelesaian kepada konflik boleh dicapai dengan menggunakan kebolehan emosi (emotional skills) seperti apa yang telah kita bincangkan di atas.

Kesimpulan

PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU

HBML220 3

Banyak kajian tentang dimensi EQ telah dijalankan dengan mengukur konsepkonsep yang berkaitan dengan EQ, seperti kebolehan bersosial (social skills), kecemerlangan perhubungan inter-personal(interpersonal competence),kematangan psikologi (psychological maturity) dan kesedaran emosi (emotional awareness) – lama sebelum konsep kecerdasan emosi atau emotional intelligence diperkenalkan. Kajian-kajian ini mendapati bahawa penekanan tentang unsur-unsur yang ada kena mengena dengan EQ menjadikan pelajar lebih stabil dalam perhubungan dan interaksi sosial mereka berbanding dengan pelajar-pelajar yang tidak didedahkan dengan konsep EQ ini. Kajian juga telah melihat bagaimana kaitan positif antara EQ dengan sifat kepimpinan, pencapaian secara kumpulan, pencapaian individu, perhubungan sosial, perubahan dalam pengurusan, di samping menyediakan alat pengukur kepada kejayaan tersebut. Menurut Goleman (1995: 160). “Emotional intelligence, the skills that help people harmonize, should become increasingly valued as a workplace asset in the years to come.”

PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)

RANCANGAN MENGAJAR BAHASA MELAYU

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu Kelas

: 5 Seroja

Bilangan Murid : 30 orang ( 11 Lelaki dan 19 Perempuan) Masa

: 8.15 - 9.15 pagi (60 minit)

HBML220 3

PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU

Tarikh

HBML220 3

: 25 April 2009

Tajuk

: Permainan Tradisional

Hasil pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat : 1. Membaca dengan sebutan dan intonasi yang betul 2. Mengenal pasti isi-isi penting yang terdapat dalam petikan 3. Menyusun isi-isi penting dalam bentuk grafik 4. Menggariskan 5 kata nama am dan 3 kata nama khas dalam petikan 5. Membina ayat tunggal daripada kata nama

Fokus Utama: 5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca. Aras 3 (i): Membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul dan menarik.

Fokus Sampingan: 9.3 Menyusun maklumat secara kohesi daripada nota atau catatan hasil daripada bahan yang didengar dan dibaca.

Aras 3 (i): menterjemah maklumat yang terdapat dalam bentuk teks prosa ke dalam lakar grafik. Kemahiran Bahasa : Mendengar dan bertutur, membaca dan menulis

Sistem Bahasa

: Kata nama am dan kata nama khas Ayat tunggal

Ilmu

: Kebudayaan Melayu, Kajian Tempatan

PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU

Nilai

HBML220 3

: Menghargai, keyakinan diri, menghormati, kerjasama, optimis, tolong-menolong, jati diri

Kemahiran generik: Kemahiran berfikir, Kemahiran belajar, Kemahiran fasilitator, Kemahiran mentaksir dan menilai

Pengetahuan sedia ada : Murid pernah dibawa melawat ke Muzium Negeri dan menyaksikan pameran jenis-jenis permainan tradisional.

Bahan Sumber P&P : Petikan Permainan Tradisional, Borang Grafik KWLH, Borang Penilaian, kad manila, kad manjung,kad tugasan, laptop, dan LCD

LANGKAH/M ASA

ISI PELAJARAN

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

CATATAN

PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU

Gambargambar Permainan Tradisional

• • •

Set Induksi (± 5 minit) gasing



Congkak

Rebana

Wau

Sepak takraw •

Langkah 1 (± 15 minit)

Petikan – “Permainan Tradisional“



Bacaan secara mentalis



Borang “KWLH”

• •

HBML220 3

Guru memastikan kelas sentiasa bersih dan kemas. Guru bertanya khabar murid. Guru menayangkan slaid gambar permainan wau, gasing, rebana, congkak dan sepak takraw kepada murid. Guru bersoal jawab dengan murid – Apakah jenis permainan yang ditunjukkan tadi? – Di mana permainan ini didapati? – Pernahkan kamu bermain permainan ini? – Adakah permainan ini sesuai pada zaman moden ini? – Bilakah permainan ini diadakan? Jawapan murid dikaitakn dengan tajuk pengajaran untuk hari ini

BBM: -Laptop -MS Power Point

Murid dibahagikan kepada lima orang satu kumpulan dan diedarkan petikan bertajuk “Permainan Tradisional” Muird diminta membaca secara senyap Murid berbincang berdasarkan petikan tersebut Guru bersoal jawab dengan murid

BBM: -Petikan “Permainan Tradisional” -Borang “KWLH”

Nilai: -Menghargai Kemahiran Belajar: -menyoal Kemahiran Berfikir: -menghubung kait

Kemahiran Belajar: -Membaca dan mencatat -menyoal

PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU

K -Apa yang telah diketahui iaitu pengetahuan sedia ada murid.

W -apa yang ingin diketahui iaitu apa yang murid ingin tahu L -apa yang telah dipelajari iaitu apa yang murid telah belajar setelah membaca petikan. H Bagaiamana ingin mendapatkan sumber tambahan iaitu bagaimana murid mahu mendapatkan sumber tambahan baerdasarkan petikan tersebut. -internet -buku-buku -perpustakaan

• • • • •

• •



• •

• •



Guru menerang cara mengisi borang KWLH Murid mengisi borang KWLH Guru memberi penerangan bagi mengisi ruangan “K” Guru meminta murid mengisi ruangan “K”, iaitu apa yang anda ketahui Guru berbincang dengan murid tentang isi ruangan “K” Guru memberi penerangan bagi mengisi ruangan “W” Guru meminta murid melengkapkan ruangan “W”, iaitu apa yang ingin tahu. Guru berbincang dengan murid tentang isi ruangan “W” Guru memberi penerangan bagi mengisi ruangan “L” Murid diminta mengisi ruangan “L”, iaitu apa yang telah anda pelajari berdasarkan petikan Guru memberi penerangan bagi mengisi ruangan “H” Guru meminta murid melengkapkan ruangan “H”, iaitu apa yang anda ingin tahu. Guru berbincang dan meminta murid mengenal pasti perkara-perkara dalam ruangan “W” dan bandingkan dengan “H”

HBML220 3

Kemahiran Berfikir: -Pengurusan Grafik

Kemahiran Fasilitator: -Membimbing dan memerhati

Nilai : -Kerjasama -Hormatmenghormati

Kemahiran berfikir: -banding beza

PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU

Langkah 2 (± 15 minit)

Pembentangan hasil daripada Perbincangan melalui Borang KWLH Membuat penilaian oleh murid melalui borang penilaian yang diberikan oleh guru Isi : 20m Bahasa : 20m Kesesuaian soalan : 20m Kolaborasi : 20m

Sistem bahasa











Kata nama am Langkah 3 (± 15 minit)

-Wau -Sepak takraw -Gasing -Congkak





Kata nama khas -Malaysia -Pantai Timur -Kelantan -ASEAN



HBML220 3

Ketua kumpulan akan mengagihkan tugas kepada setiap ahli untuk mengisi borang KWLH di kertas manjung. Wakil kumpulan akan membentangkan hasil perbincangan mengisi ruangan “K”,”W”,”L”, dan ”H”

BBM: -kertas manjung -borang penilaian

Semasa sesi pembentangan dijalankan, kumpulan lain akan membuat penilaian di dalam borang penilaian yang disediakan oleh guru. Guru membuat pemantauan

Kemahiran mentaksir dan menilai: -mengisi borang penilaian

Guru meminta beberapa murid membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul Murid dikehendaki menggaris kata nama yang terdapat dalam petikan Murid diminta mengumpul dan mengkelaskan kata nama yang terdapat dalam petikan dalam borang grafik Muird diminta membina ayat tunggal daripada kata nama am yang berikut :

BBM: -Borang grafik kata nama

– – – –

Wau Congkak Sepak takraw Gasing

Kemahiran Belajar: -Pembentang hasil tugasan

Kemahiran fasilitator: -pemantauan

Kemahiran belajar: -membaca

Kemahiran berfikir: -mengkelaskan

PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU

Langkah 4 (±5 minit)

Kad tugasan



-Kelebihan permainan komputer berbanding permainan lain



-permainan yang telah mengharumkan nama Malaysia di serata dunia -keburukan permainan komputer kepada pelajar -nyatakan permainan tradisional yang lain selain dalam petikan







Wakil diminta memilih kad tugasan Ketua kumpulan mengagihkan tugas, setiap ahli mengumpul maklumat berkaitan dengan tajuk tugasan Setiap kumpulan diminta menghasilkan satu peta minda di atas kertas manila Guru akan membuat penilaian terhadap peta minda yang dihasilkan

-bagaimana hendak mengekalkan permainan tradisional kepada pelajar pada zaman moden

Peta minda akan dilekatkan di belakang kelas di sudut subjek bahasa Melayu

Rumusan

Kemahiran Berfikir: -membuat rumusan -memilih maklumat mengikut keutamaan -pengurusan grafik

Kemahiran belajar: -mengumpul maklumat -memproses maklumat -menyusun maklumat

Kemahiran fasilitator : Membimbing dan memerhati

-pilih satu permainan tardisional dan kemudian terangkan langkahlangkah untuk bermain.

Penutup (± 5 minit)

BBM: -kad tugasan -kad manila

Penilaian berdasarkan kriteria-kriteria berikut : -Isi yang tepat -Bahasa -Persembahan



HBML220 3

Nilai: -Tolong- menolong -Kerjasama



Murid membuat rumusan tentang tajuk pembelajaran dengan

Nilai: Jati diri

PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU



HBML220 3

bantuan guru Guru membuat rumusan kepentingan tradisional dalam memumpuk jati diri bangsa Malaysia.

Bibliografi

Tuan Jah Tuan Yusof (2008). HBML2203 Pembestarian Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa Melayu. Selangor : Meteor Doc. Sdn. Bhd. Dewan Bahasa dan Pustaka.(2005). Kamus Dewan Edisi Keempat. Selangor : Dwama Sdn. Bhd. Mohamad Fauzi Yunus (1996). Pembinaan Soalan dan Analisis Item. Kuala Lumpur : Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Sekolah_bestari http://ms.wikipedia.org/wiki/Pendidikan_Malaysia http://www.moe.edu.my:8080/web/guest/projek/bestari/skop http://www.moe.edu.my:8080/web/guest/projek/bestari http://www.wikipedia/taksonomi/bloom.html http://mohamadsofee.blogspot.com/2007/04/trend-menghantar-ibu-bapa-yangtelah.html http://modulbestari.tripod.com/links.htm http://www.educ.upm.edu.my/~gm/berfikir.htm

PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU

LAMPIRAN

HBML220 3

PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU

HBML220 3

CD BAHAN BANTU MENGAJAR

Lampiran

Permainan Tradisional

PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU

HBML220 3

Permainan tradisional merupakan sebahagaian daripada khazanah dan warisan yang menjadi kebanggaan negara kita Malaysia. Walaupun zaman telah berubah dan negara semakin maju, permainan tradisional tetap tidak dilupakan. Antara permainan itu ialah wau. Permainan wau biasanya dimainkan di Pantai Timur khususnya negeri Kelatan Darul Naim. Selain untuk tujuan mengisi masa lapang, permainan wau turut dijadikan aktiviti pertandingan. Permainan tradisional yang digemari oleh kaum wanita ialah congkak. Permainan ini biasanya dimainkan secara berpasangan, iaitu dua orang. Permainan ini juga biasanya dimainkan untuk mengisi masa lapang. Alat yang digunakan ialah lubang congkak yang diperbuat daripada kayu atau papn tebal dan buah guli atau biji getah. Sepak takraw merupakan permainan tradisional yang masih digemari hingga ke hari ini. Bahkan sepak takraw sudah menjadi permainan yang dipertandingkan di kejohanan yang melibatkan negara-negara ASEAN. Permainan ini popular dalam kalangan istana zaman dahulu. Selain itu, gasing juga merupakan permainan tradisional yang terkenal di Pantai Timur. Gasing direka dalam pelbagai bentuk dan kepakaran pembuatnya. Gasing juga merupakan permainan tardisional yang sering dipertandingkan. Jelas kepada kita bahawa permainan tradisional masih diminati hingga kini. Sebagai generasi muda, kita sentiasa menghargai dan menjaganya. Inilah satu-satunya khazanah yang perlu diwarisi oleh generasi akan datang.

Borang “KWLH”

K

W

L

H

Apa yang telah

Apa yang hendak

Apa yang telah

Bagaimana

anda ketahui

diketahui

anda pelajari

maklumat tambahan hendak diperoleh

PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU

Borang Penilaian

Nama Kumpulan : Tarikh :

HBML220 3

PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU

HBML220 3

ISI

BAHASA

KELANCARAN

KUALITI

KOLABORASI

(20M)

(20M)

(20M)

(20M)

(20M)

Ulasan guru : ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Borang Grafik

Kata nama am

PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU

HBML220 3

Kata Nama

Bina ayat tunggal berdasarkan kata nama am

1 ----------

Wa u

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU

2.

Congk ak

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sepak takraw

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

----------

3. ---------

4.

HBML220 3

Gasi ng

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Reba na ---------

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

---------

5.

Kad Tugasan

PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU

HBML220 3

Kelebihan permainan komputer berbanding permainan lain

Permainan yang telah mengharumkan nama Malaysia di serata dunia

Keburukan permainan komputer kepada pelajar

PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU

HBML220 3

Bagaimana hendak mengekalkan permainan tradisional kepada pelajar pada zaman moden

Pilih satu permainan tardisional dan kemudian terangkan langkah-langkah untuk bermain.

ISI KANDUNGAN

PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU

HBML220 3

Penghargaan

1

Soalan Tugasan

2

Pengenalan

3

Jenis Sekolah

10

Pembestarian Sekolah

12

Konsep Pembestarian

13

Ciri-ciri Sekolah Bestari

14

Ciri-ciri Pelajar Bestari

18

Rancangan Pengajaran Harian

26

Bibliografi

33

Lampiran

34

Related Documents