Sek N Msyrakat Asgmnt Kjian

  • Uploaded by: rajdahanna
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Sek N Msyrakat Asgmnt Kjian as PDF for free.

More details

  • Words: 1,384
  • Pages: 7
TAJUK: Penghayatan amalan budi bahasa di kalangan Pelajar Diploma

Pendidikan

Lepasan

Ijazah

(DPLI)

di

Universiti

Pendidikan Sultan Idris. 1. PENDAHULUAN Budi bahasa budaya kita merupakan satu ungkapan yang amat sinonim dengan masyarakat majmuk Malaysia.Malaysia mempunyai masyarakat berbilang bangsa seperti Melayu, Cina dan India. Hal ini menunjukkan masing-masing mempunyai pelbagai budaya dan agama. Bangsa setiap kelompok masyarakat mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing. Dasar-dasar kerajaan jelas seperti yang

terkandung

dalam

wawasan

2020

iaitu

Dasar

Intergrasi

Nasional

memperlihatkan usaha kerajaan untuk membina bangsa Malaysia agar lebih cemerlang, gemilang dan terbilang. Kempen Budi Bahasa dan Nilai-Nilai Murni yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi bertempat di Istana Budaya bertarikh 11 Januari 2005 merupakan satu kempen yang dirasakan sesuai dengan persekitaran hari ini iaitu demi kesejahteraan masa depan. Malahan, ini merupakan susulan kepada usaha Institut Sosial Malaysia (ISM), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di bawah kepimpinan Datin Profesor Roziah Omar yang telah menganjurkan satu Seminar Nilai dan Pembangunan Sosial ke arah pemantapan Dasar Sosial Negara (DSN) dan masyarakat cemerlang pada 16 September 2004. Seminar ini membincangkan mengenai penyematan nilai-nilai murni dalam usaha melahirkan warga cemerlang sebagai `masyarakat kelas satu’ di sebuah negara ‘kelas pertama.’ Penghayatan nilai-nilai murni terkandung di dalam setiap ajaran agama seiring dengan pengamalan budi bahasa yang wujud di dunia.Masyarakat Malaysia sering ditakrifkan sebagai masyarakat majmuk. ( Ahmad Fawzi Basri dan Abdul Halim Ahmad 1987 : ix ). Masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai budaya dan agama sememangnya mempunyai nilai-nilai murni yang amat tinggi. Kesemua agama memberi pelbagai pengajaran terhadap soal moral, akhlak dan kemanusiaan.

Sekiranya nilai-nilai murni dalam masyarakat dihayati satu persatu maka masyarakat akan hidup aman dan tenteram. Dalam ucapan perasmian Kempen Budi Bahasa dan Nilai-Nilai Murni, Y.A.B. Perdana Menteri mengulangi sekali lagi mesej yang telah disampaikan beliau kepada Persatuan Oxbridge Malaysia iaitu dalam era globalisasi ini kejayaan negara bergantung kepada pembangunan minda rakyat. Menurut beliau jika kita mempunyai infrastuktur kelas pertama tetapi mentaliti kelas ketiga, kita akan pantas dikalahkan oleh Negara-negara lain. Malah cita-cita Malaysia untuk mencapai taraf negara maju sangat bergantung kepada pembangunan nilai-nilai dan budaya yang betul. Nilainilai seperti ketulusan, kejujuran, intergriti, adil, beramanah dan akauntabiliti budaya serta sistem nilai di tekankan oleh Y.A.B Perdana Menteri. Beliau menyatakan bahawa perkara di atas adalah kayu ukur dan mercu tanda sebuah negara maju.

1.1 Pengenalan Kertas kerja ini akan menjelaskan beberapa penghayatan asas nilai-nilai murni yang terkandung di kalangan pelajar DPLI yang terdiri daripada pelajar Melayu, pelajar Cina dan India dari pelbagi agama yang bertindak sebagai pemangkin kepada keutuhan nilai murni di kalangan pelajar (DPLI). Kertas kerja ini juga akan membincangkan tentang penghayatan amalan budi bahasa yang wujud di kalangan pelajar Diploma Pendidikan Lepas Ijazah (DPLI) seperti pelajar Melayu yang semestinya beragama Islam, pelajar Cina yang beragama Budhisme serta pelajar India yang beragama Hindu. Namun sejak kebelakangan ini kejadian yang menjurus ke arah gejala negatif seperti gejala sosial di kalangan pelajar pengajian tinggi amat membimbangkan terutama kes seperti buli, samseng,pergaulan bebas tanpa had antara lelaki dan perempuan dan kes-kes jenayah yang lain. Hal ini menunjukkan bahawa pelajarpelajar IPT ( Institusi Pengajian Tinggi ) hari ini seperti kehilangan pedoman dan arah tuju yang sebenar. Halatuju pelajar (DPLI) boleh berantakan ekoran daripada ketandusan dari segi penghayatan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian seirig

dengan perkembangan teknologi ICT pada masa kini khususnya dalam melayari internet yang boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Oleh yang demikian, maka pengkajian tentang adakah benar wujudnya keruntuhan nilai-nilai murni dan hilangnya budi bahasa dikalangan pelajar DPLI

1.2 Pernyataan Masalah Berdasarkan kepada apa yang dinyatakan di atas maka satu kajian mengenai masalah kurangnya amalan budi bahasa dan nilai-nilai murni di kalangan pelajarpelajar Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) di Universiti Pendidikan Sultan Idris perlu dijalankan bagi mengatasi permasalahan yang akan timbul sekiranya amalan tersebut berterusan ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran kelak. Hal ini kerana kurangnya amalan budi bahasa dan nilai-nilai murni di kalangan guru akan turut mempengaruhi pelar-pelajar di sekolah. 1.3 Objektif Kajian penghayatan amalan budi bahasa di kalangan pelajar-pelajar Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) di Universiti Pendidikan Sultan Idris dijalankan berdasarkan objektif-objektif berikut: 1.3.1

Untuk mengenalpasti amalan budi bahasa dan nilai-nilai murni di kalangan pelajar dari segi pertuturan.

1.3.2

Untuk mengenalpasti amalan budi bahasa dan nilai-nilai murni di kalangan pelajar dari segi adab.

1.3.3

Untuk mengenalpasti amalan budi bahasa dan nilai-nilai murni di kalangan pelajar dari segi peribadi.

1.3.4

Untuk mengenalpasti amalan budi bahasa dan nilai-nilai murni di kalangan pelajar dari segi tingkah laku.

1.3.5

Untuk melihat perkaitan antara budi bahasa dengan tingkah laku para pelajar.

1.4 Soalan-soalan Kajian 1.4.1

Sejauhmanakah pengamalan nilai-nilai murni di kalangan pelajar DPLI dari segi pertuturan?

1.4.2

Sejauhmanakah pengamalan nilai-nilai murni di kalangan pelajar DPLI dari segi adab?

1.4.3

Sejauhmanakah pengamalan nilai-nilai murni di kalangan pelajar DPLI dari segi peribadi?

1.4.4

Sejauhmanakah pengamalan nilai-nilai murni di kalangan pelajar DPLI dari segi tingkahlaku?

1.5 Hipotesis Hipotesis awal yang boleh dibuat di sini secara umumnya walaupun terdapat pelbagai dakwaan dari banyak pihak mengatakana bahawa kebanyakan pelajar IPT pada masa kini kurangnya penghayatan amalan budi bahasa dan nilai-nilai murni dalam hidup mereka seharian namun tidak dapat membuktikan wujudnya kepincangan kurangnya penghayatan amalan budi bahasa dan nilai-nilai murni di kalangan pelajar DPLI Universiti Pendidikan Sultan Idris. Hal ini jelas setelah dilakukan pengkajiannya secara umum. Sorotan literature

1.6 Definisi Konsep ‘Budi’ mengikut Kamus Dewan budi boleh diertikan sebagai akal, kebijaksanaan, merujuk kepada akhlak, tingkah laku, kelakuan , watak, sifat baik, perbuatan baik, kebajikan, dan persaan berterima kasih terhadap kebaikan orang lain serta mengenang atau tidak lupa membalas kebaikan orang tersebut. Selain itu, budi juga membawa maksud bicara, daya upaya, bahasa tingkah laku, dan pertuturanyang

mana merangkumi akal dan kebebasan dalam membuat pertimbangan sewajarnya daripada yang dianggap berkuasa (wibawa) dalam sesuatu hal. ‘Bahasa’ menurut Kamus Dewan bahasa merupakan system lambang bunyi suara yang digunakan sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia (antara indvidu dengan individu yang lain). Bahasa juga boleh diertikan sebagai percakapan yang baik, tingkah laku yang baik iaitu sopan dan santun. Manakala ‘budaya’ bermaksud ialah tamdun, peradaban, kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir, berlakuan). Manakala membudayakan bererti mengajar atau mendidik seseorang supaya berbudaya. ‘Amalan’ menurut Kamus Dewan juga bermaksud sesuatu yang dilakukan (dilaksanakan, dikerjakan) sebagai suatu kebiasaan yang sebenarnya berlaku atau terdapat pada peraktiknya. Maksud akhlak dalam Kamus Dewan juga adalah budi pekerti, kelakuan, tabiat, pengetahuan bukan kelakuan (tingkah laku) manusia. ‘Budi bahasa’ pula bermaksud tingkah laku dan perbuatan. Jika digabungkan perkataan ‘nilai’ dan perkataan ‘murni’ menurut Dewan Bahasa dan Pustaka perkataan ‘nilai murni’ boleh ditafsirkan sebagai prinsip, standard dan tatacara tindakan seseorang dalam sesuatu organisasi tanpa mengandungi unsur-unsur asing(biasanya unsur-unsur yang mencemarkan) bersih benar,suci, dan tulen. Dari definisi-definisi diatas dapatlah disimpulkan bahawa Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni bermaksud usaha yang terancang untuk menghasilkan masyarakat Malaysia yang mengamalkan tingkahlaku dan perbuatan berdasarkan prinsip dan standard yang elok dan baik iaitu melalui usaha yang terancang dan ditambah dengan matlamat yang jelas. 1.7 Kepentingan Kajian Kajian ini dilakukan untuk melihat sejauh mana kebenaran yang didakwa oleh banyak pihak bahawa keruntuhan ahklak yang merangkumi nilai-nilai murni serta budi bahasa di kalangan pelajar IPT sangat membimbangkan.

1.8 Tempat Kajian

Lokasi kajian yang dipilih adalah di Universiti Pendidikan Sultan Idris, tanjung Malim Perak. Kampus Proton City. 1.9 Populasi Dan Sampel Kajian Populasi yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada pelajar –pelajar Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) Universiti

Pendidikan Sultan Idris. Seramai 50

orang respondan terlibat dalam kajian ini. Manakala sample kajian ialah terdiri daripada 2000 pelajar DLPI namun hanya 50 orang pelajar sahaja dipilih bagi mewakili keseluruhan populasi. Mereka yang dipilih akan dijadikan sampel untuk soal selidik. Secara umumnya dalam kajian ini terdapat dua jenis pemilihan sampel yang utama iaitu sampel rawak (random) dan sample kouta. Dalam sampel rawak, pemilihan dibuat secara bebas dengan prinsip setiap orang dalam populasi mempunyai peluang untuk dipilih sebagai sampel. Tujuannya adalah supaya sampel-sampel yang dipilih dapat mewaakili populasi. Manakala sampel kouta pual ialah bermaksud sampel yang telah dipilih untuk mewakili sesuatu kelompok sesuatu kajian. Dalam kajian ini sampel-sampel adalah merujuk kepada pelajar dari pelbagai kaum iaitu terdiri daripada pelajar Melayu, Cina dan India.

1.10 Batasan kajian Kajian ini hanya mengkhusus kepada pelajar (DPLI) yang terpilih sahaja. Kajian ini hanya dijalankan dalam tempoh yang terhad.

1.11 Kaedah kajian Metodologi yang digunakan dalama kajian ini ialah kaji selidik yang merangkumi respondan perlu menjawab boring soal-selidik yang diedarkan. Pengkaji juga menggunakan kaedah kuantitatif iaitu secara pengumpulan data dan mengelobrasikan data yang diperolehi melalui kaedah kuantitatif.

Related Documents

Asgmnt
April 2020 10
Sek
December 2019 32
Asgmnt Kngrn
June 2020 9
Asgmnt Agama
December 2019 51

More Documents from ""