Asgmnt Cognitive Devlopmnt

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Asgmnt Cognitive Devlopmnt as PDF for free.

More details

  • Words: 632
  • Pages: 3
Perkembangan kognitif dapat didefinisikan sebagai suatu keupayaan berfikir, belajar, mengingati, mengerti dan menyelesaikan masalah. Perkembangan kognitif adalah penting bagi membolehkan remaja menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling serta menyelesaikan masalah yang berlaku dalam kehidupan seharian dengan baik. Berbeza dengan kanak-kanak, tahap pemikiran remaja adalah lebih tinggi, cekap, serta agak kompleks. Perkara ini mungkin kerana faktor kematangan serta peningkatan pengalaman peristiwa yang berlaku terhadap diri mereka serta orang sekeliling. Perkembangan kognitif biasanya kurang disedari pada peringkat awat remaja, namun perkembangan kognitif akan menunjukkan kesannya dengan beransur-ansur dari masa ke semasa. Selain itu, kebanyakan remaja akan menunjukkan perubahan yang besar melalui cara mereka berfikir, memberi alasan serta belajar. Sebagai contoh, seorang kanak-kanak kecil akan mula menyentuh sesuatu barang bagi menyakinkan bahawa barang itu wujud tetapi pada peringkat awal remaja mereka akan mula berfikir tentang sesetengah perkara yang tidak dapat disentuh namun disedari kewujudannya. Mereka juga akan mula berfikir mengenai sebab dan akibat daripada pelbagai sudut. Remaja akan berfikir mengenai kemungkinan selain daripada hanya mengenali sesuatu benda. Sebagai contoh, seorang kanak-kanak berumur 6 tahun menakrifkan bahawa sesiapa yang senyum adalah orang yang gembira manakala sesiapa yang menangis adalah orang yang sedih. Tetapi, seorang remaja 14 tahun dapat menafsirkan bahawa orang yang sedih tersenyum hanya untuk menyembunyikan kesedihannya. Di sini kita dapat melihat dua cara pemikiran yang membezakan tahap perkembangan kognitif antara kanak-kanak dan remaja. Seterusnya, tahap kognitif remaja dikatakan berkembang apabila mereka mula dapat berfikir secara abstrak. Pada tahap ini, remaja akan dapat menggunakan pemikiran abstrak seterusnya mengeluarkan alasan yang bernas serta berkebolehan menggunakan logik akal. Remaja juga akan mula menunjukkan minat mengenai hubungan interpersonal, soal agama, politik serta moral. Selain itu, perkembangan kognitif remaja juga akan menjadikan remaja memahami serta menghayati konsep persahabatan, kepercayaan, demokrasi, keadilan dan kejujuran. Tambahan pula, para remaja akan mula berfikir secara multidimensi yang bermaksud skop pemikiran remaja lebih luas. Pada tahap ini, remaja sudah mula melihat sesuatu perkara dengan lebih kompleks. Remaja juga mula melihat diri mereka sedikit

berbeza serta sukar difahami serta gemar melihat sebarang masalah dari pelbagai perspektif. Tidak seperti kanak-kanak yang melihat sesuatu perkara hanya dari satu sudut. Selain itu, remaja juga dapat memahami personality orang lain dan tidak hanya dari satu sudut. Perkara ini akan menjadikan remaja akan lebih terbuka menerima serta menjalinkan perhubungan dengan orang lain kerana mereka akan menyedari bahawa setiap manusia ada kelebihan serta kekurangan. Walaupun perkembangan kognitif remaja dikatakan semakin meningkat selari dengan peredaran masa, namun para remaja juga perlu bimbingan serta rangsangan daripada orang disekeliling mereka bagi membantu meningkatkan tahap kognitif mereka terutamanya dalam menyelesaikan masalah. Antara langkah yang boleh dipraktikkan adalah penerapan nilai tanggungjawab dalam urusan seharian di rumah oleh ibu bapa. Hal ini kerana ibu bapa dapat menanam nilai tanggungjawab dalam diri anak-anak dari kecil sehingga remaja seterusnya dewasa dalam menguruskan hal-hal keluarga seperti mengemas bilik dan menjaga barang masing-masing. Mereka juga akan dikenakan hukuman jika melanggar peraturan keluarga. Perkara ini akan menjadikan remaja seorang yang bertanggungjawab serta berani menerima segala hukuman akibat kesalahannya. Seterusnya, guru-guru di sekolah juga dapat merangsang perkembangan kognitif remaja dengan menerapkan unsur-unsur penyelesaian masalah dalam pengajaran mereka. Hal ini kerana remaja merupakan golongan yang gemar menyahut cabaran serta suka meneroka sesuatu perkara dengan sendiri. Maka, hal ini akan merangsang remaja untuk lebih berdikari apabila berhadapan dengan masalah serta tidak terlalu bergantung kepada orang lain. Seterusnya nilai-nilai positif lain akan muncul dengan syarat guru sentiasa membimbing mereka di jalan yang betul dan sentiasa bersama mereka tatkala tersasar dari laluan. Konklusinya, terdapat pelbagai tahap perkembangan kognitif remaja yang menunjukkan kebolehan kognitif yang memberangsangkan. Maka, wajarlah remaja terus diberikan sokongan serta rangsangan untuk terus menjadi seorang yang hebat pada masa depan. Namun demikian, walaupun perkembangan kognitif mereka dilihat seakan sama dengan golongan dewasa tetapi hakikatnya tidak. Masih banyak yang perlu mereka lalui serta pelajari dalam kehidupan ini sebelum melangkah ke alam dewasa.

Rujukan: 1) http://psychology.jrank.org/pages/14/Adolescence.html 2) http://www.ed.gov/parents/academic/help/adolescence/part4.html

Related Documents

Asgmnt
April 2020 10
Cognitive
November 2019 38
Cognitive
December 2019 36
Asgmnt Kngrn
June 2020 9
Asgmnt Agama
December 2019 51