Asgmnt Kngrn

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Asgmnt Kngrn as PDF for free.

More details

  • Words: 2,607
  • Pages: 18
PENDIDIKAN Aspek Pendidikan merupakan salah satu kepentingan dalam Perlembagaan Malaysia. Pendidikan merupakan satu sistem yang mewujudkan suasana persekitaran belajar dan proses pembelajaran agar dapat mengembangkan potensi individu yang bergelar pelajar supaya menguasai kekeuatan spiritual, keagamaan, emosional, keperibadian dan sebagainya. Sistem Pendidikan di Tanah Melayu berbentuk bukan formal sebelum kedatangan kuasa Barat. Dahulunya sistem Pendidikan ini tidak mementingkan pembentukan kognitif dalam kalangan pelajar.

Pada peringkat awal, pendidikan di Tanah Melayu adalah berbentuk bukan formal. Pada masa ini, institusi pendidikan yang disebut `sekolah pondok’ ditubuhkan dan dimajukan oleh ulama Islam. Pelajar disini tinggal di pondok yang dibina dan belajar di madrasah agama. Kebanyakan sekolah pondok ini berada di Terengganu, Kelantan, Kedah dan seterusnya menular di Semenanjung Tanah Melayu termasuk Singapura.

Sistem pendidikan pada masa penjajahan Inggeris pula berkaitan dengan warisan budaya pendidikan zaman pentadbiran Inggeris. Pada masa ini, lima jenis sekolah vernacular diperkenalkan. Antaranya ialah sekolah vernacular Melayu, Inggeris, Cina, India dan Sekolah Agama(Madrasah). Hal ini berlaku disebabkan beberapa factor dari segi ekonomi, agama, politik dan sosio-budaya.

Sistem pendidikan sebelum merdeka iaitu semasa pemerintahan Jepun, pendidikan Melayu dan pendidikan Tamil dijalankan dengan menambahkan bahasa Jepun dalam sukatan kokurikulum

sekolah Nippon-Go ditubuhkan bagi mengantikan sekolah vernacular Cina dan Inggeris. Lagu kebudayaan Jepun serta lagu rakyat Jepun ditekankan di dalam sukatan kurikulum mereka.

Kemudian selepas Perang Dunia ke-2, situasi sistem pendidikan pada masa itu mengalami kerumitan. Tanah Melayu dianggap sebagai tempat tinggal oleh masyarakat Cina, India dan seterusnya Orang Melayu mula membara semangat nasionalismenya yang berkaitan maslah kerumitan kaum mengenai pendidikan. Lantas mereka mula menggesa pihak kerajaan memperbaiki mutu pendidikan di sekolah Melayu. Oleh itu, satu jawatankuasa ditubuhkan dan L.J Barnes telah memainkan peranan untuk memeriksa dan kemudian memperbaiki mutu pendidikan orang Melayu. Antara laporan pendidikan yang membentuk ke arah satu sistem pendidikan kebangsaan di negara ini adalah seperti Laporan Razak(1957), Laporan Rahman Talib(1960) dan Laporan Kabinet(1979).

Perkembangan pembangunan pendidikan terkini pula telah maju dan menghadapi berbanding sistem pendidikan dahulu. Sistem pendidikan kini telah banyak memperlihatkan unsur-unsur pembaharuan dan inovasi dalam proses pendidikan. Selaras dengan dunia siber, kerajaan telah menyediakan pembangunan pendidikan dengan lebih efektif lagi. Perkembangan terbaru dalam era pendidikan kita adalah penubuhan sekolah Bestari. Sekolah Bestari ini diadakan untuk menyelaraskan kehendak Koridor Raya Multimedia dan disamping itu bagi membangunkan rakyat Malaysia agar menjadi inovatif dan berdaya kreatif dalam aspek intelektual.

Rumusannya pendidikan merupakan aspek penting dalam kepentingan Perlembagaan Malaysia. Hal ini demikian kerana elemen pendidikan dapat membantu pembangunan negara menjadi lebih peka dari segi politik, ekonomi dan social di Malaysia. Selain itu, pendidikan merupakan yunjang dalam melahirkan generasi rakyat Malaysia yang berpengetahuan tinggi dan seterusnya dapat membentuk rakyat Malaysia yang berfikiran minda kelas pertama.

Pendidikan mempunyai kesan yang begitu besar ke atas pelbagai peluang kehidupan manusia untuk mendapatkan dan mengekalkan kualiti kehidupan.

Pendidikan boleh membangunkan

keupayaan seseorang individu dalam membentuk hidup yang berkualiti disebabkan factor ekonomi dan social bergantung kepada pendidikan yang diterima. Pendidikan yang berkualiti sangat efisien dan efektif bagi menentang kemiskinan, membina masyarakat yang sejahtera serta membentuk demokrasi.

Di samping itu, kepentingan pendidikan pada seseorang individu juga memberi kuasa kepada individu, menjelaskan potensi mereka, memberi mereka suara, membentuk pandangan dan pemikiran individu kepada dunia tanpa sempadan, mendedahkan potensi mereka serta yang terakhirnya menunjukkan jalan ke arah penyempurnaan diri.

Selain itu juga, melalui pendidikan, individu berupaya membentuk keyakinan diri untuk berhadapan dengan dunianya, memahami diri sendiri serta memperolehi kemudahan yang ada dipersekitarannya. Malahan pula, pendidikan bertindak sebagai pemangkin kesejahteraan hidup dengan cara memimpin seseorang individu ke arah sumber ekonomi yang kukuh, kestabilan hubungan social serta keupayaan kawalan diri. Kepentingan pendidikan ini adalah satu konsep yang dinamik, dan berkembang mengikut masa serta berubah dalam konteks ekonomi, sosial, dan persekitaran setempat.

BIBLIOGRAFI Sharifah Alwiah Alsagoff. (1985). Sosiologi Pendidikan Sofean Hussin. (1993). Pendidikan di Malaysia, Sejarah Sistem dan Falsafah. Dewan Bahasa Pustaka Http://www.anneahira.com/artikel-pendidikan/pengertian.pendidikan.htm. Akses pada 12 Julai 2009 http://www.usm.my/education/MEDC/VOL2/1.Kepentingan pendidikan. Akses pada 14 Julai 2009

Perkembangan Pentadbiran di Perancis Pada Tahun 1789, Pentadbiran Awam mula berkembang di Perancis setelah berlakunya revolusi Perancis pada tahun tersebut. Bentuk Pentadbiran Kerajaan yang dahulunya sistem monarki digantikan dengan sistem republic. Kewujudan kuasa mutlak yang berada ditangan raja menyebabkan sistem monarki tersebut telah ditolak. Oleh itu, amalan desentralisasi m,ula diperkenalkan di dalam Pentadbiran Awam Perancis.

Revolusi Perancis menyebabkan kakitangan awam dijadikan instrumen kuasa awam.Antaranya berkhidmat untuk orang awam, kakitangan awam juga mempunyai perwatakan yang mulia, telus, jujur dan sebagainya. Mereka juga harus memberi sepenuh ketaatsetiaan kepada ketua, mementingkan kepentingan rakyat dan tidak boleh mementingkan diri dan mereka melakukan kerja dengan berkesan serta seterusnya mematuhi undang. Aspek kebolehan dan kecekapan dijadikan asas untuk pelantikan pegawai perkhidmatn awam.

PENGENALAN Penulisan ini menumpukan kepada perkembangan ilmu pentadbiran awam. Ilmu pentadbiran awam ini telah bermula sejak beberapa tahun lamanya. Pentadbiran Awam merupakan satu elemen kegiatan dan institusi pemerintahan yang telah lama bertahan dalam kehidupan manusia amnya dan pentadbiran kerajaan khususnya. Menurut Gordon A Milakovich (1995:6), mendefinisikan pentadbiran awam sebagai segala proses, organisasi dan peraturan yang diputuskan atau dikeluarkan oleh badan perundangan, eksekutif dan kehakiman, di samping terlibat dalam proses penggubalan undang-undang dan peraturan yang berkenaan. Manakala Dimock etal (1983:5) pula mendefinisikan pentadbiran awam sebagai satu operasi pengeluaran barangan dan perkhidmatan untuk memenuhi kehendak rakyat. Justeru itu, pentadbiran awam boleh dilihat sebagai sebuah badan yang akan menjalankan fungsi

pentadbiran negara

merangkumi dasar dan peraturan yang dibentuk oleh kerajaan dalam sesebuah negara. Dalam penulisan ini, ilmu pentadbiran awam mula berkembang di negara Jerman dan kemudian Perancis, Britain dan Amerika Syarikat dan seterusnya di Malaysia. Perkembangan awam di Jerman Pada asalnya pentadbiran awam bertitik tolak di Jerman. Kerajaan Prussia jerman pada abad ke 17 dan 18 telah menyedari betapa pentingnya pentadbiran awam sebagai satu institusi dalam sesebuah negara. Dalam hal ini negara di benua eropah khususnya jerman memberi

sepenuh perhatian kepada pentadbiran awam. Oleh itu Jerman berpendapat satu badan yang merangkumi pegawai-pegawai yang professional perlu ditubuhkan dan mengendalikan tugas pentadbiran.

Semenjak kewujudan negara moden di Eropah Barat seperti Jerman, pengajian akademik yang sistematik mula diterokai pada pertengahan abad ke 19 akan tetapi pada peringkat permulaanya pengajian ini hanya memberi tumpuan kepada aspek-aspek formal kerajaan sebagai contonya Perlembagaaan dan susunan pemerintahan serta dipengaruhi oleh tulisan sarjana Jerman yang telah menyampaikan hujah-hujah mereka. Kejayaan pucuk pimpinan negara Jerman dalam memperkenalkan satu badan pentadbir yang professional telah berjaya menjadi negara model kepada negara Austria Hungary untuk menjalankan pentadbiran yang professional. Kebiasaanya di Jerman jentera pentadbiran awam memainkan peranan untuk mengawal keadaan keamanan dan tertib. Oleh itu, negara-negara di Benua Eropah terutamanya Jerman memberi perhatian kepada pentadbiran awam. Perkembangan pentadbiran awam di Perancis Pada Tahun 1789, pentadbiran awam mula berkembang di Perancis setelah berlakunya revolusi Perancis pada tahun tersebut. Bentuk Pentadbiran Kerajaan yang dahulunya sistem monarki digantikan dengan sistem republik. Kewujudan kuasa mutlak yang berada ditangan raja menyebabkan sistem monarki tersebut telah ditolak. Oleh itu, amalan desentralisasi mula diperkenalkan di dalam pentadbiran awam Perancis.

Revolusi Perancis menyebabkan kakitangan awam dijadikan instrumen kuasa awam.Antaranya berkhidmat untuk orang awam, kakitangan awam juga mempunyai perwatakan yang mulia, telus, jujur dan sebagainya. Mereka juga harus memberi sepenuh ketaatsetiaan kepada ketua, mementingkan kepentingan rakyat dan tidak boleh mementingkan diri dan mereka melakukan kerja dengan berkesan serta seterusnya mematuhi undang. Aspek kebolehan dan kecekapan dijadikan asas untuk pelantikan pegawai perkhidmatn awam.

Perkembangan pentadbiran awam di Britain Pada abad ke-19, perkembangan pentadbiran awam bermula di Britain. Pada masa itu saiz pentadbiran awam adalah sangat kecil, namun pentadbirannya tidak cekap berkenaan dengan masalah sistem pelantikan pegawai, pengaruh politik serta amalan pilih kasih. Masalah yang berlaku dalam pentadbiran Britain adalah seakan sama ketika perkembangan pentadbiran awam di amerika syarikat. Oleh itu, Britain telah memperkenalkan “Code of Practice” yang mengandungi tiga perkara iaitu pertama, larangan menerima sebarang hadiah aripada peniaga tempatan. Kedua, kenaikan pangkat adalah berasaskan senioriti serta ketiga, system peperiksaan yang telah diperkenalkan sebagai asas bagi menjawat jawatan baru untuk menggantikan system patronage yang dahulunya. Bentuk pentadbiran moden di Britain dipengaruhi corak pentadbiran India.Selain itu, Britain juga memperkenalkan system peperiksaan baru yang dahulunya dikenali sistem patronage dan pelantikan kakitangan yang berlainan mengikut pembahagian tugas kepada intelektual dan rutin serta pemilihan seseorang kakitangan yang berjawatan tinggi dengan mengukur keupayaan intelektualnya. Perkembangan pentadbiran di Amerika Syarikat

Pada tahun 1776, pentadbiran awam mula berkembang di amerika syarikat. Amerika Syarikat berjaya mendapat kemerdekaan selepas ditakluk oleh British. Kemudian Amerika Syarikat cuba memperkenalkan jentera pentadbirannya mengikut keadaan tempatan untuk melicinkan urusan pentadbiran, corak pemerintahan kerajaan di Amerika Syarikat, seorang rakyat biasa menjadi presiden Amerika Syarikat bagi satu tempoh yang terhad. Situasi ini memberi kesan kepada jentera pentadbiran yang dianggap sebagai satu alat peribadi pentadbiran kepada presiden. Jentera pentadbiran juga dianggap sebagai ranting badan eksekutif. Oleh itu, presiden mula menggunakan institusi tersebut untuk mencapai tujuan dan kehendaknya. Keadaan ini telah menyebabkan masalah pilih kasih, rasuah dan masalah ketidakcekapan dalam soal pentadbiran Pada tahun 1880, gejala sistem perlantikan pilih kasih pegawai ini telah diketahui oleh ahli-ahli dewan perundangan(Kongres Amerika Syarikat). Mereka mengetahui bahawa pihak pentadbiran perlu diatur semula dan dijadikan satu badan berkecuali untuk mempertahankan citacita murni demokrasi. Keputusannya mereka berjaya memperkenalkan Akta Pandleton atau Akta Pembaharuan Perkhidmatan Awam pada tahun 1883. Akta Pandleton 1883 ini memberikan tumpuan mengenai pelantikan kakitangan pentadbiran awam harus mengikut kelayakan misalnya lulus dalam peperiksaan, memberi jaminan hak milik jawatan dan terakhirnya mereka bertindak berkecuali ketika melayan pelanggan. Kajian dan tulisan yang bercorak akademik oleh sarjana Amerika Syarikat seperti Woodrow Wilson yang bertajuk “The Study Of Public Administration’’ pada tahun 1887, memberi kesan yang mendalam kepada corak pentadbiran awam di Amerika Syarikat sendiri. Walaubagaimanapun. pentadbiran awam di Amerika Syarikat tetap tidak diiktiraf .pada tahun 1900 sehingga 1930, ramai sarjana pentadbiran awam di Amerika Syarikat seperti Leonard D. White, Frank J. Goodnow dan sebagainya berjuang untuk memenuhi kehendak mereka yang

mahu pentadbiran awam diiktiraf sebagai satu pengajian ilmu. Seterusnya untuk mengekalkan kepentingan pengajian pentadbiran awam pada tahun 1939, ASPA iaitu Persatuan Pentadbiran Awam Amerika (American Society For Public Administration) telah diasaskan.

Akhirnya

pentadbiran awam telah mula ,mendapat tumpuan dan pengiktirafan sebagai satu kajian tersendiri. Kemudian dalam tahun 1950, ilmu pentadbiran awam semakin berkembang dengan tertubuhnya Majlis Pendidikan pentadbiran awam pada peringkat sarjana. Seterusnya pada tahun 1962, ilmu pentadbiran awam bukan lagi disenaraikan sebagai satu sub bidang sains politik. Perkembangan pentadbiran di Malaysia Perkembangan pentadbiran awam setrusnya di Malaysia. Pentadbiran awam di Malaysia boleh dibahagikan kepada empat

peringkat pembangunan yang dilalui oleh Negara kita

perkembangan pentadbiran awam pada peringkat pertama adalah mengenai pengaruh pemerintahan kerajan melayu Melaka. Setrusnya peringkat kedua pula merupakan pegaruh zaman penjajahan iaitu seperti penjajahan Portugis, belanda, dan british.pada peringkat ketiga,pembentukan kerajaan yang memperkembangka legasi ekonomi pasaran bebas(laissez faires. Serta menumpukan tentang birokrasi colonial yang berasaskan tindakan. peringkat yang terakhir ialah mengenai perkembangan pentadbiran awam yang dibawah kepimpinan sepenuhya oleh perdana menteri serta tuntutan terkini orang awam iaitu bermula dengan zaman Tun Abdul Razak,Tun Hussien Onn, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi serta terkini adalah Datuk Seri Najib Tun Razak. Justeru, perkembangan pentadbiran awam di Malaysia lebih di bawah unsur mengenai tuntutan semasa dan kepimpinan negara.

Kesimpulan Secara keseluruhannya dapat difahami pentadbiran awam ini telah bertapak lama di sesebuah negara. Ilmu pentadbiran awam ini banyak memberi tumpuan kepada pentadbiran awam dalam sesebuah institusi setiap negara dan berperanan sebagai aset bagi memajukan sesebuah kerajaan. Kesan yang dapat digarapi daripada ilmu pentadbiran awam itu sendiri adalah pentadbiran sesebuah negara adalah bertujuan mencapai kesejahteraan ekonomi, politik dan sosial. Justeru dalam penulisan ini, kepelbagaian tafsiran definisi mengenai pentadbiran awam yang telah dinyatakan oleh sarjana ilmu pentadbiran awam contohnya Woodrow Wilson, Dwight Waldo dan sebagainya.hal ini telah banyak menyumbang kearah konsep pentadbiran itu sendiri dan seterusnya perkembangan ilmu pentadbiran awam di setiap negara tersebut

BIBLIOGRAFI Ahmad Atory Hussain

AMERIKA SYARIKAT Pada tahun 1776, pentadbiran awam mula berkembang di amerika syarikat. Amerika syarikat Berjaya mendapat kemerdekaan selepas ditakluk oleh British. Kemudian amerika syarikat cuba memperkenalkkan jentere pentadbirannya mengikut keadaan tempatan untuk melicinkan urusan pentadbiran.corak pemerintahan kerajaan di amerika syarikat, seorang rakayat biasa menjadi presiden amerika syarikat bagi satu tempoh yang terhad.situasi ini memberi kesan kepada jentera pentadbiran yang dianggap sebagai satu alat peribadi pentadbiran kepada presiden. Jentera pentadbiran juga diangap sebagai ranting badan eksekutif.oleh itu, presiden mula menggunakan institusi tersebut untuk mencapai tujuan dan kehendaknya. Keadaan ini telah menyebabkan masalah pilih kasih,rasuah, dan masalah ketidakcekapan dalam soal pentadbiran

Pada tahun 1880, gejala sistem perlantikan pilih kasih pegawai ini telah diketahui oleh ahli-ahli dewan perundangan(Kongres amerika syarikat). Mereka mengetahui bahawa pihak pentadbiran perlu diatur semula dan dijadikan satu badan berkecuali untuk mempertahankan cita-cita murni demokrasi. Keputusannya mereka Berjaya meluluskan akta pandleton atau akta pembaharuan perkhidmatan awam pada tahun 1883.akta pandleton 1883 ini memberikan tumpuan mengenai pelantyikan kakitangan pentadbiran awam harus mengikut kelayakan misalnya lulus dalam peperiksaan, memberi jaminan hak milik jawatn dan terakhirnya mereka bertindak berkecuali ketika melayan pelanggan.kajian dan tulisan yang bercorak akademik oleh sarjana amerika syarikat seperti Woodrow Wilson yang bertajuk the study of public administration pada tahun 1887, memberi kesan yang mendalam kepada corak pentadbiran awam di amerika syarikat sendiri.

Walaubagaimanapun. Pentadbiran awam di amerika syarikat tetap tidak diiktiraf .pada tahun 1900 sehingga 1930 an, ramai sarjana pentadbiran awam di amerika syarikat seperti leonard d.white, frank j.goodnow dan sebagainya berjuang untuk memenuhi kehendak mereka yang mahu pentadbiran awam diiktiraf sebagai satu pengajian ilmu.seterusnya untuk mengekalkan kepentingan pengajian pentadbiran awam pada tahun 1939, ASPA iaitu persatuan pentadbiran awam amerika(American sociery for public administration) telah diasaskan.akhirnya pentadbiran awam telah mula ,mendapat tumpuan dan pengiktirafan sebagai satu kajian tersendiri.kemudian dalam tahun 1950, ilmu pentadbiran awam semakin berkembang dengan tertubuhnya majlis pendidikan pentadbiran awam pada peringkat sarjana.seterusnya pada tahun 1962,ilmu pentadbiran awam bukan lagi disenaraikan sebagai satu sub bidang sains politik dab oersatuan sains politik amerika syarikat.

PERKEMBANGAN PENTADBIRAN AWAM DI BRITAIN Pada abad ke-19, perkembangan pentadbiran awam bermula di Britain. Pada masa itu saiz pentadbiran awam adalah sangat kecil, namun pentadbirannya tidak cekap berkenaan dengan masalah system pelantikan pegawai, pengaruh politik serta amalan pilih kasih. Masalah yang berlaku dalam pentadbiran Britain adalah seakan sama ketika perkembangan pentadbiran awam di amerika syarikat.Oleh itu, Britain telah memperkenalkan “Code of Practice” yang mengandungi tiga perkara iaitu pertama, larangan menerima sebarang hadiah aripada peniaga tempatan. Kedua, kenaikan pangkat adalah berasaskan senioriti serta ketiga, system peperiksaan yang telah diperkenalkan sebagai asas bagi menjawat jawatan baru untuk menggantikan system patronage yang dahulunya. Bentuk pentadbiran moden di Britain dipengaruhi corak pentadbiran India.Selain itu, Britain juga memperkenalkan system peperiksaan baru yang dahulunya dikenali sistem patronage dan pelantikan kakitangan yang berlainan mengikut pembahagian tugas kepada

intelektual dan rutin serta pemilihan seseorang kakitangan yang berjawatan tinggi dengan mengukur keupayaan intelektualnya.

JERMAN Pada asalnya pentadbiran awam bertitik tolak di jerman.kerajaan Prussia jerman pada abad ke 17 dan 18 telah menyedari betapa pentingnya pentadbiran awam sebagai satu institusi dalam sesebuah negara.dalam hal ini negara di benua eropah khususnya jerman memberi sepenuh perhatian kepada pentadbiran awam.oleh itu jerman berpendapat satu badan yang merangkuymi pegawai-pegawai yang professional perlu ditubuhkan dan mengendalikan tugas pentadbiran.

Semenjak kewujudan negara moden di eropah barat seprti jerman pengajian akademik yang sistematik mula diterokai pada pertengahan abad ke 19. Akan tetapi pada peringkat permulaanya pengajian ini hanya memberi tumuan kepada aspek-aspek formal kerajaan sebagai contonya

perlembagaab dan susunan pemerintahan. Serta dipengaruhi oleh tulisan sarjana jerman yang telah menyampaikan hujah-hujah mereka.

Kejayaan pucuk pimpinan negara jerman dalam memperkenalkan satu badan pentadbir yang professional telah Berjaya menjadi negara model kepada negara Austria hungary untuk menjalankan pentadbiran yang professional. Kebiasaanya di jerman jentera pentadbiran awam memainkan perana untuk mengawal keadaan keamana dan tertib.oleh itu,negara-negara di benua eropah terutamanya jerman memberi perhatian kepada perntadbiran awam.

KESIMPULAN Secara keseluruhannya dapat difahami pentadbiran awam ini telah bertapak lama di sesebuah negara. Ilmu pentadbiran awam ini banyak memberi tumpuan kepada pentadbiran awam dalam sesebuah instiitusi setiap Negara dan berperanan sebagai asset bagi memajukan sesebuah kerajaan.. Kesan yang dapat digarapi daripada ilmu pentadbiran awam itu sendiri adalah pentadbiran sesebuah negara adalah bertujuan mencapai kesejahteraan ekonomi,politik dan social.Selain itu dalam penulisan ini juga dapat dilihat rententan perkembangan perntadbiran awam yang sangat meluas di Negara Jerman, Perancis, Britain dan Amerika Syarikat.

Related Documents

Asgmnt Kngrn
June 2020 9
Asgmnt
April 2020 10
Asgmnt Agama
December 2019 51
Asgmnt Tp Video
June 2020 11