Sej.docx

  • Uploaded by: kikuchi touma
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Sej.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,420
  • Pages: 7
CONTOH CADANGAN PENYELIDIKAN TEMA: SEJARAH EKONOMI TAJUK : PERSATUAN NELAYAN KUALA KEDAH (PNKK): PERANAN DALAM MENINGKATKAN TARAF HIDUP NELAYAN DI KUBANG ROTAN, KUALA KEDAH (1980 – 1990)

PENGENALAN Perikanan merupakan salah satu kegiatan ekonomi yang penting bagi penduduk negeri Kedah amnya dan Kuala Kedah khususnya. Sebagai salah satu sumber ekonomi utama, kegiatan perikanan amat dititikberatkan oleh kerajaan. Bagi mencapai hasrat tersebut, penubuhan pelbagai agensi dan organisasi untuk membantu golongan nelayan amatlah penting. Oleh yang demikian terdapat banyak persatuan ditubuhkan bagi membantu golongan nelayan untuk meningkatkan taraf hidup mereka. Antaranya adalah Persatuan Nelayan Kuala Kedah (PNKK). Organisasi yang berpusat di Kuala Kedah ini adalah sebuah persatuan yang berjaya membantu golongan golongan nelayan di kawasan Kuala Kedah terutamanya di perkampungan nelayan Kubang Rotan. Oleh itu kajian ini menumpukan kepada peranan yang telah dilakukan oleh PNKK di Kampung Kubang Rotan, Kuala Kedah dalam membantu golongan nelayan dalam tempoh masa 1980 hingga 1990. OBJEKTIF KAJIAN Pada umumnya terdapat tiga objektif utama kajian ini. Secara dasarnya, kajian ini bertujuan untuk menjelaskan latar belakang penubuhan Persatuan Nelayan Kuala Kedah (PNKK). Sejarah penubuhan PNKK amat penting untuk dikaji bagi membantu memahami pentingnya penubuhan organisasi ini kepada golongan nelayan di Kuala Kedah khususnya bagi

masyarakat nelayan di Kampung Kubang Rotan dalam membantu meningkatkan taraf hidup mereka Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti peranan PNKK dalam membantu golongan nelayan di Kampung Kubang Rotan dari tahun 1980 hingga 1990. Pengkajian aspek ini perlu bagi menjelaskan peranan PNKK dalam membantu golongan nelayan dalam tempoh kajian bagi mencapai matlamat penubuhannya untuk membantu golongan nelayan terutamanya di kawasan kajian. Malah dengan penghasilan kajian ini bertujuan untuk menjelaskan kejayaan PNKK dalam membantu golongan nelayan meningkatkan taraf hidup di Kampung Kubang Rotan dari tahun 1980 hingga 1990. Aspek ini dikaji bagi memahami usaha yang dilakukan oleh PNKK telah berjaya dalam usaha membantu golongan nelayan kawasan kajian dalam meningkatkan taraf hidup mereka.

PERMASALAHAN KAJIAN Permasalahan kajian adalah fokus utama dalam dalam penulisan ilmiah. Dalam kajian ini terdapat tiga permasalahan yang ingin dikaji. Kajian ini cuba untuk mengupas kepentingan penubuhan PNKK. Justeru, kajian tentang latar belakang adalah penting bagi membolehkan pemahaman tentang apakah tujuan dan bagaimana perkembangan organisasi ini dalam membantu golongan nelayan di Kampung Kubang Rotan lebih jelas dan mendalam. Kajian ini juga untuk mengenalpasti signifikan dan peranan PNKK dalam membantu golongan nelayan di Kampung Kubang Rotan dari tahun 1980 hingga 1990. Aspek ini dikaji bagi memahami apakah dan bagaimana aktiviti yang dijalankan oleh PNKK sebagai organisasi perikanan dalam membantu golongan nelayan di Kampung Kubang Rotan dengan lebih terperinci.

Selain itu, kajian ini akan turut mengungkapkan persoalan tentang sejauhmana kejayaan PNKK dalam meningkatkan taraf hidup golongan nelayan di Kampung Kubang Rotan dalam tempoh masa 1980 hingga 1990. Persoalan ini menarik untuk dikaji bagi membolehkan masyarakat luar dapat memahami serta menilai peranan PNKK dapat membantu meningkatkan taraf hidup penduduk nelayan di kawasan ini.

SKOP KAJIAN Terdapat tiga aspek yang perlu dijelaskan dalam bahagian skop kajian. Skop yang pertama adalah kawasan kajian (geografikal). Dalam aspek ini, kajian ini fokus kepada kawasan sebuah perkampungan nelayan di daerah Kuala Kedah iaitu Kampung Kubang Rotan. Ia adalah sebuah petempatan yang majoriti penduduknya

menjalankan kegiatan yang

berkaitan dengan perikanan. Kedudukannya yang berdekatan dengan kawasan perikanan sesuai dikaitkan dengan matlamat penubuhan PNKK dalam membangunkan sektor perikanan di Kedah khasnya penduduk kampung tersebut. Dari segi tempoh masa kajian, ia melibatkan tempoh jangka masa selama sepuluh tahun iaitu dari tahun 1980 hingga 1990. Tempoh masa ini dipilih memandangkan dalam tempoh tersebut berlaku perkembangan dan perubahan taraf hidup golongan nelayan di Kampung Kubang Rotan. Malah dalam tempoh tersebut juga dapat dilihat aktiviti dan bentuk bantuan yang telah dilaksanakan PNKK dalam membantu meningkatkan taraf hidup golongan nelayan terutamanya di kawasan kajian Manakala dari segi aspek kajian (fungsional), terdapat tiga isu yang dikaji. Kajian ini cuba untuk mengupas latar belakang penubuhan PNKK sebagai sebuah organisasi bukan kerajaan yang membantu meningkatkan golongan nelayan di Kuala Kedah terutamanya di Kampung Kubang Rotan. Malah ia juga mengupas aktiviti dan bentuk bantuan yang disediakan

oleh PNKK dalam membantu golongan nelayan di kawasan kajian. Aspek

ini dipilih

memandangkan persatuan ini memainkan peranan yang penting kepada golongan nelayan di kawasan kajian dalam meningkatkan taraf hidup mereka.

SOROTAN KAJIAN LEPAS Terdapat banyak kajian ilmiah yang berkaitan dengan kegiatan ekonomi di Malaysia telah dihasilkan. Antara kajian berkenaan adalah kajian yang berkait rapat dengan organisasi dan institusi yang terlibat dalam kegiatan yang berkaitan dengan perikanan. Hasil kajian yang dapat dikaitkan dengan tajuk ini adalah kajian yang bertajuk “Komuniti Nelayan Di Pulau Pangkor: Beberapa Aspek ekonomi dan sosial” yang dihasilkan oleh Hashim Haji Wan Teh pada tahun 1980 di bawah penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Kajian ini menjelaskan kedudukan sosioekonomi masyarakat nelayan di Pulau Pangkor. Hasil pembacaan artikal ini menarik minat penulis untuk membuat kajian tentang organsasi persatuan yang berkaitan dengan perikanan iaitu PNKK dalam meningkatkan taraf hidup masyarakat nelayan di Kampung Kubang Rotan. Selain itu penulisan yang bertajuk “Faktor Peramal Minat Belia Untuk Menjadi Nelayan: Satu Kajian di Mukim Besut, Terengganu yang dihasilkan pada tahun 2009. Kajian ini dihasilkan oleh Wan Mohd Zaifurin Wan Nawang dan Wan Ahmad Ibrahim. Penulisan ini menjurus kepada sebab – sebab golongan belia di Mukim Besut Terengganu tidak mahu menceburi bidang perikanan sebagai mata pencarian. Dari kajian ini menarik minat penulis untuk merintis kajian yang belum lagi dilakukan terhadap aktiviti dan bentuk bantuan PNKK dalam meningkatkan taraf hidup golongan nelayan di Kampung Kuala Rotan dalam tempoh masa 1980 hingga 1990.

Commented [MRAR1]: Dalam melakukan sorotan kajian lepas, perlu difahami bahawa kajian-kajian terhampir dengan tajuk kajian adalah keutamaan bagi penulisan. Namun, dari segi format, kandungan ini boleh diterima pakai

Kajian ilmiah yang lain adalah “Tanggapan Komuniti

Nelayan Pantai Di Kuala

Dungun Terengganu Terhadap Aktiviti Penangkapan Ikan Yang Dijalankan Dalam Meningkatkan Pendapatan” oleh Mohd. Anwar Ibrahim pada tahun 2007 melalui penerbitan Universiti Teknologi Malaysia. Ia membicarakan tanggapan masyarakat nelayan pantai di Kuala Dungun Terengganu terhadap aktiviti penangkapan ikan yang mampu meningkatkan meningkatkan pendapatan dan seterusnya taraf hidup mereka. Kajian yang telah dilakukan ini dapat dikaitkan dengan kajian yang ingin dilakukan dari segi aktiviti yang dilakukan melalui PNKK dalam meningkatkan taraf hidup masyarakat nelayan di Kampung Kubang Rotan dalam tempoh kajian KAEDAH KAJIAN Dalam menghasilkan karya ilmiah, penulis menggunakan tiga kaedah bagi mendapatkan maklumat. Penulis menggunakan sumber lisan pada awalnya. Dalam kaedah ini, penulis menemubual beberapa orang yang memainkan peranan penting dalam PNKK di samping penduduk kampung kawasan kajian. Antara tokoh yang ditemubual adalah pengerusi dan setiausaha PNKK, Ketua Kampung Kubang Rotan. Tokoh yang ditemubual ini adalah tokoh yang terlibat secara langsung dalam PNKK dalam membantu golongan nelayan di kawasan kajian Penulis juga menggunakan kaedah kajian kepustakaan. Kaedah ini digunakan bagi mendapat maklumat dari sumber primer dan sumber sekunder. Antara sumber yang digunakan adalah Laporan Tahunan, Minit Mesyuarat, majalah dan surat khabar. Sumber ini diperolehi sama ada dari perpustakaan dan organisasi PNKK sendiri. Penulis juga menjalankan kerja lapangan. Kaedah ini dilakukan bagi memboleh penulis melihat dengan sendiri pembangunan yang telah dilakukan PNKK bagi membantu meningkatkan taraf hidup golongan nelayan di kampung berkenaan.

Commented [MRAR2]: Keutamaan adalah kepada sumber bertulis (primer dan sekunder). Sumber lisan adalah pelengkap sahaja

PEMBAHAGIAN STRUKTUR ESEI Secara umumnya penulisan kajian ini terbahagi kepada tiga bahagian utama. Dalam bahagian pengenalan, penulis akan menjelaskan secara umum persatuan nelayan yang terdapat di negeri Kedah dalam membantu perkembangan kegiatan perikanan dan golongan yang terlibat dalam kegiatan tersebut. Seterusnya penulis menjelaskan latar belakang kawasan kajian iaitu Kampung Kubang Rotan

dan mengaitkan kepentingan PNKK dalam

meningkatkan taraf hidup nelayan di kampung berkenaan. Pada bahagian isi pula, ia merungkaikan tiga persoalan yang dikaji. Aspek pertama yang dikaji adalah latar belakang penubuhan PNKK sebagai sebuah organisasi bukan kerajaan dalam membantu meningkatkan taraf hidup golongan nelayan. Selain itu penulis juga merungkaikan aktiviti – aktiviti dan bentuk bantuan yang disediakan oleh PNKK dalam menbantu meningkatkan taraf hidup golongan nelayan di Kampung Kubang Rotan dalam tempoh kajian. Manakala di bahagian kesimpulan pula, penulis akan membuat rumusan berdasarkan hasil kajian yang telah dibuat.

PENUTUP Penulis berharap dengan penghasilan karya ilmiah ini masyarakat akan dapat pemahaman tentang perkembangan penubuhan PNKK sebagai sebuah organisasi yang membela nasib golongan nelayan di Kampung Kubang Rotan. Malah ia sekali gus dapat memaparkan kepentingan dan kejayaan PNKK dalam meningkatkan taraf hidup golongan nelayan di kampung berkenaan.

BIBLIOGRAFI Sumber Primer Laporan Tahunan Persatuan Nelayan Kuala Kedah Minit Mesyuarat Persatuan Nelayan Kuala Kedah

Temubual Nama : Encik Ahmad b Jaafar Tempat lahir: Kuala Kedah, Kedah Umur : 56 tahun Pekerjaan : Bersara Pengalaman : Menjadi Pengerusi PNKK selama 10 tahun (1979 hingga 1989) Tempat temubual :Ibu pejabat PNKK

Sumber Sekunder Noorashela Shafizi, “Peranan Persatuan Nelayan dalam pembangunan sosioekonomi nelayan: Kajian kes Persatuan Nelayan Kuala Kedah”, Universiti Utara Malaysia, 2011

More Documents from "kikuchi touma"

Document.docx
June 2020 2
Sej.docx
June 2020 7
Bab I.pdf
April 2020 3
No.docx
April 2020 8