Contoh_kerja_kursus_sejarah_stpm_2016 (1).docx

  • Uploaded by: kikuchi touma
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Contoh_kerja_kursus_sejarah_stpm_2016 (1).docx as PDF for free.

More details

  • Words: 2,908
  • Pages: 24
970204-06-5250 LADANG KOSMA: SEJARAH PERKEMBANGAN LADANG KOSMA, PAHANG DARI TAHUN 1967 SEHINGGA TAHUN 2000. PENGENALAN:

Ladang KOSMA telah ditubuhkan pada tanggal 4 Disember 1967. KOSMA pada asalnya dikenali sebagai Syarikat Bekerjasama Ladang Kelapa Sawit Pegawai - pegawai Kerajaan Negeri Pahang Berhad. Pada 4 Oktober 1986 telah berlakunya pemindaan nama kepada Koperasi KOSMA Berhad dan akhir sekali pada tanggal 28 Februari 1996 nama KOSMA telah ditukarkan kepada Koperasi Serbausaha Makmur Berhad yang terletak di Daerah Rompin Keratong Pahang .

Kegiatan utama Ladang KOSMA ialah pembangunan dan perladangan tanaman kelapa sawit. Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Pahang yang telah bersidang pada 2 November tahun 1966 telah meluluskan satu peruntukan kawasan seluas lebih kurang 55,000 ekar di Mukim Keratong, Daerah Rompin, Negeri Pahang Darul Makmur .

Namun begitu, mesyuarat tersebut telah mengenakan syarat khas. Syarat khas yang dikenakan ialah kawasan tersebut hendaklah ditanam dengan kelapa sawit supaya tanah berkenaan dapat dimajukan dan dapat dijual kepada anggota-anggota KOSMA dalam bentuk pelaburan Unit Ladang. Sejarah kelapa sawiti bermula apabila Ca’da Mosto memperkenalkan kelapa sawit pada sekitar tahun 1435 hingga 1460. Terdapat cubaan untuk menanam kelapa sawit di India dan Kepulauan Maurutius pada tahun 1836. Pada tahun 1870 benih Deli Dura dibawa ke Asia Tenggara dan ditanam di Taman Botani Singapuraii. Pada tahun 1890 minyak kelapa sawit mula digunakan 1

970204-06-5250 untuk membuat margarine. Lord Leverholme memperkenalkan milling dan pemprosesan minyak kelapa sawitiii. Tahun berikutnya kilang pemprosesan minyak kelapa sawit telah dibina di Belgium, Congo1.

Pada tahun 1848 orang Belanda membawa kelapa sawit ke Indonesia yang kemudiannya ke Singapura dan Tanah Melayuiv. Kelapa sawit datang ke Tanah Melayu melalui Taman Botani Singapura sebagai Tanaman Hias. M. A. Hallet menanam pokok kelapa sawit Deli untuk pengeluaran komersial di Sumatera. Kemudian M. H. Fauconnire menanam pokok kelapa sawit Deli di Rantau Panjang, Selangor. Pada tahun 1917 bermulalah penanaman kelapa sawit secara komersial di Estet Tannamaran, Kuala Selangor dan seterusnya, di Estet Elmina, Kuala Selangorv.

Industri sawit Malaysia dan Indonesia pula telah bermula apabila empat anak benih dari Afika ditanam di Tanaman Botani Bogor, Indonesia pada tahun 1848. Benihnya dari Bogor ini kemudiannya ditanam di tepi-tepi jalan sebagai tanaman hiasan di Deli, Sumatera pada dekad 1870-an dan di Rantau Panjang, Kuala Selagor pada tahun 1991-1912.

Di Taman Botani Bogor juga terdapat pohon kelapa sawit yang tertua di Asia Tenggara yang berasal dari Afrika. Taman botani ini yang seluas 87 hektar dibina pada tahun 1817, dan merupakan usaha Prof. Dr. Reinwadt, ahli botani Belanda. Terdapat 20,000 tanaman di sini yang tergolong dalam 6,000 spesies.

2

970204-06-5250 Kelapa sawit adalah tanaman utama di Malaysia pada masakini. Terdapat seluas 4,691,160 hektar tanaman kelapa sawit2 di Malaysia pada tahun 2009 berbanding cuma 642,00 hektar direkodkan pada tahun 1975. Pada masa ini Negeri Sabah merupakan kawasan utama tanaman sawit di Malaysia (1.362 juta ha atau 29.7%) diikuti oleh Sarawak (0.840 juta hektar atau 16.6%) dan Johor (0.712 juta hektar atau 15.32%). Negeri paling kecil mempunyai tanaman kelapa sawit adalah di Pulau Pinang iaitu cuma 14,000 hektar sahaja. Daripada jumlah keluasan tersebut seluas 2.807 juta hektar kelapa sawit ditanam oleh pihak estet swasta (59.8%) sementara 20.2% dimajukan oleh Skim Kerajaan (FELDA - 675,167 ha, RISDA- 80,262 dan FELCRA- 160,832) , 321,947 hektar (7,1%) oleh Skim Kerajaan Negeri dan bakinya seluas 540,194 hektar (12.98%) oleh pekebun kecil.

3

970204-06-5250

SEJARAH PEMBUKAAN LADANG KOSMA

KOMPLEKS PERLADANGAN LADANG KOSMA Menurut sumber, Encik Mohd Fawzul Hazim bin Isamuddin Ladang KOSMAvi merupakan sebuah ladang yang menjalankan aktiviti ekonomi yang berteraskan konsep perladangan iaitu perladangan kelapa sawit. Ladang KOSMA telah ditubuhkanvii pada tanggal 4 Disember 1967. 4

970204-06-5250 Ladang KOSMA pada asalnya dipanggil sebagai Syarikat Bekerjasama Ladang Kelapa Sawit Pegawai - pegawai Kerajaan Negeri Pahang Berhad manakala pada tahun 1986 bertarikh 4 Oktober telah berlakunya pemindaan nama kepada Koperasi KOSMA Berhad dan akhir sekali pada tanggal 28 Februari 1996 nama KOSMA telah ditukarkan kepada Koperasi Serbausaha Makmur Berhad yang terdapat di Daerah Rompin Keratong Pahang sehingga ke hari ini . Semasa penubuhan Ladang KOSMA, rakyat Pahang yang berkhidmat di luar negeri di seberang boleh menjadi ahli Ladang KOSMA. Pada permulaan pendaftaran, setiap rakyat Pahang yang ingin menjadi ahli anggota KOSMA dikehendaki membayar RM 1.00. Namun begitu sekiranya mereka ingin memiliki satu unit daripada Ladang KOSMA mereka dikehendaki membayar RM432 untuk setiap permis (lemak tanah) dengan sekali bayaran ataupun dibayar secara beransur-ansur sehingga ianya dijelaskan pada bulan Mei 1969. Kegiatan utama Ladang KOSMA ialah pembangunan dan perladangan tanaman kelapa sawit. Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Pahang yang telah bersidang pada 2 November tahun 1966 telah meluluskan satu peruntukan kawasan seluas lebih kurang 55,000 ekar di Mukim Keratong, Daerah Rompin, Negeri Pahang Darul Makmur .Syarat khas yang dikenakan ialah kawasan tersebut hendaklah ditanam dengan kelapa sawit supaya tanah berkenaan dapat dimajukan dan dapat dijual kepada anggota-anggota KOSMA dalam bentuk pelaburan Unit Ladang. Visi Ladang KOSMA adalah berusaha menuju kearah kecemerlangan dalam Pengurusan Perladangan kelapa Sawit dan menceburi bidang perekonomian serta aktiviti-aktiviti pelaburan lain yang menguntungkan. KOSMA merupakan koperasi yang berwibawa, berdaya maju dan termasyhur di Malaysia. KOSMA akan dimartabatkan di persada dunia dalam era globalisasi.

5

970204-06-5250 Misi Ladang KOSMA adalah menjaga kepentingan dan kebajikan ahli-ahli koperasi dengan menjana pulangan kewangan daripada pelaburan perladangan kelapa sawitnya dan membantu meningkatkan

sosio-ekonomi

anggota-anggotanya

daripada

pelaburan-pelaburan

yang

menguntungkan. Wawasan Ladang KOSMA semenjak dari tahun 1967 adalah KOSMA akan menjadi sebuah kawasan perladangan yang mendapat nama di sektor ekonomi negara Malaysia menjelang tahun 1990. Namun begitu Ladang KOSMA telah menukar wawasan kepada yang baru. Wawasan tersebut adalah KOSMA akan menjadi koperasi terbaik dan koperasi contoh di peringkat nasional dan antarabangsa menjelang tahun 2020. Motto Ladang KOSMA yang menjadi asas kepada permulaan Ladang KOSMA diambil bersempena dengan nama Ladang KOSMA sendiri. Motto tersebut adalah K.O.S.M.A iaitu “K” mewakili Kredibiliti. Kredibiliti yang dimaksudkan disini adalah Ladang KOSMA hendaklah telus, tulus dan berintegriti dalam segala tindakan dan keterampilan yang dipamerkan sebagai imej sebuah koperasi yang dibawa oleh Ladang KOSMA. Manakala huruf “O” pula membawa maksud Optimis yang diberi keterangan sebagai sebuah Ladang KOSMA yang berwawasan dan berkeyakinan tinggi dalam memacu pertumbuhan yang konsisten. “S” pula bermakna Sistematik yang menerangkan KOSMA sebagai sebuah ladang yang mempunyai perancangan dan melaksanakan tindakan secara terurus dan pro-aktif. “M” mewakili Mapan dimana Ladang KOSMA menjadi sebuah pertumbuhan dan mengalami perkembangan yang bersepadu menjadi objektif dan fokus utama Ladang KOSMA. Akhir sekali, huruf “A” mewakili makna Amanah dimana Ladang KOSMA hendaklah memastikan segala perancangan dan tindakan adalah demi kebaikan anggota dan ketaqwaan kepada Allah.

6

970204-06-5250

SUMBANGAN LADANG KOSMA TERHADAP PENDUDUK SETEMPAT DAN NEGARA

KILANG LADANG KOSMA

Ladang KOSMA merupakan sebuah koperasi perladangan yang mengamalkan pertanian ladang kelapa sawit dan dibantu oleh kilang KOSMA. Pada tahun 1996 kilang sawit KOSMA telah dibina dan didirikan. Kos pembinaan ini membabitkan kos yang besar sebanyak RM

7

970204-06-5250 25 juta dengan kapasiti pengilangan 45 tan sejam. Ini adalah kerana hasil usaha sama Koperasi Serba Usaha (KOSMA) dan Syarikat Seri Cemerlang Sdn. BHD yang berpusat di Kuantan.

Sumbangan Ladang KOSMA terhadap penduduk setempat meliputi dari sudut pekerjaan dan juga pertempatan. Dari sudut perkejaan dapat dilihat apabila wujudnya kawasan perladangan kelapa sawit menyebabkan Ladang KOSMA memerlukan tenaga buruh yang ramai untuk menguruskan kawasan ladang tersebut. Dari sudut pembahagian kerja di Ladang KOSMA ini terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian yang pertama adalah dari sudut pengurusan ladang yang lebih mementingkan pekerja yang memerhati kerja-kerja orang bawahan dan juga pekerja yang akan melaporkan setiap bulan hasil kelapa sawit yang diperoleh dan masalah yang dialami seperti ancaman haiwan perosak yang akan menganggu hasil kelapa sawit seperti burung hantu dan tikus. Manakala bahagian yang kedua adalah bahagian yang memerlukan mereka untuk memungut hasil kelapa sawit. Mereka ini dipanggil sebagai pekerja buruh. Kebiasaannya pekerja buruh diambil daripada negara asing seperti negara jiran kita iaitu negara Indonesia. Apabila sebuah kawasan perladangan seperti Ladang KOSMA sendiri diwujudkan amat memerlukan tenaga kerja yang ramai menyebabkan peluang pekerjaan menjadi semakin luas dan masalah pengangguran dapat diatasi apabila ramai rakyat Malaysia yang terlibat dengan sektor perladangan. Jelaslah disini bahawa Ladang KOSMA meberi sumbangan dari sudut pekerjaan.

8

970204-06-5250

Kawasan perumahan warga Indonesia di Ladang KOSMA. Seterusnya, sumbangan Ladang KOSMA dari sudut pertempatan dapat dilihat apabila kawasan perladangan KOSMA diwujudkan sama ada kawasan perkilangan mahupun kawasan perladangan sendiri akan menyebabkan wujudnya kawasan perumahan untuk diduduki oleh setiap warga Ladang KOSMA dan juga Kilang KOSMA. Apabila wujudnya sebuah industri pertanian yang berasaskan perladangan setiap institusi tersebut seharusnya menyediakan kawasan perumahan untuk setiap pekerja di Ladang KOSMA. Ladang KOSMA telah menyediakan pertempatan untuk semua pekerja dan ahli keluarga mereka dengan kawasan perumahan untuk diduduki. Jelaslah disini bahawa Ladang KOSMA telah memberi sumbangan dari sudut pertempatan.

9

970204-06-5250

Encik Johari sedang ditemubual tentang sumbangan Ladang KOSMA. Akhir sekali sumbangan Ladang KOSMA dalam bidang pendidikan. Menurut sumber viii, Encik Johari, “Ladang KOSMA juga telah banyak memberi sumbangan dari sektor pendidikan”. Ladang KOSMA bukan sahaja banyak menyumbang dalam sektor ekonomi iaitu dari sudut pekerjaan dan pertempatan malahan Ladang KOSMA juga banyak manyumbang dalam sektor pendidikan. Ini dapat dilihat apabila pelajar-pelajar tak kira sama ada pelajar universiti mahupun

10

970204-06-5250 Pra-U mereka akan membuat tesis berkenaan ladang ataupun pertanian ladang yang membolehkan mereka mengkaji setiap perubahan dan perkembangan sesebuah kawasan perladangan. Jadi jelaslah disini bahawa perkara yang telah dinyatakan oleh sumber iaitu Encik Johari memang benar sekali. Ladang KOSMA memberikan sumbangan dari sektor pendidikan.

PERKEMBANGAN INFRASTRUKTUR LADANG KOSMA.

Rumah Kongsi Ladang KOSMA Sesuai mengikut peredaran masa, Ladang KOSMA telah mengalami perkembangan sedikit demi sedikit dari segi infrastruktur. Menurut sumber, Encik Johari, Ladang KOSMA telah mengalami perkembangan dari segi infrastruktur. Pada awal pembukaan Ladang KOSMA, Kawasan perumahan Ladang KOSMA adalah merupakan sebuah kawasan perumahan yang dikongsi oleh pekerja. Kini, Ladang KOSMA telah menyediakan kepada setiap warga yang bekerja di Ladang KOSMA dan mempunyai keluarga telah diperuntukkan sebuah rumah bagi 11

970204-06-5250 semua pekerja Ladang KOSMA. Hal ini bertujuan untuk memberi setiap isi rumah berasa selesa dan tekun dalam berkhidmat kepada Ladang KOSMA. Namun begitu, bagi pekerja bawahan seperti kerani dan pekerja pejabat masih tetap tinggal di rumah teres di sana.

Pejabat Ladang KOSMA yang lama. Pejabat ini mula beroperasi dari tempoh pertama pembukaan Ladang KOSMA iaitu tahun 1967 bulan Disember. Pejabat ini kini menjadi tempat simpanan fail-fail lama Ladang KOSMA. Selain itu, bilik mesyuarat Ladang KOSMA yang lama ini juga masih digunakan sekiranya pihak atasan ingin membuat mesyuarat disini.

12

970204-06-5250

Perubahan Struktur Jalan di Ladang KOSMA Menurut Puan Hemidah bte Atan, penduduk lama struktur jalan Ladang KOSMA sebelum ini merupakan sebuah jalan yang tidak bertar dan berdebu. Jalan ini sering dilalui oleh lori-lori berat yang mengangkut buah kelapa sawit dari kawasan ladang-ladang ke kawasan perkilangan kelapa sawit dan pengeksportan ke kawasan-kawasan lain. Pada waktu dulu, struktur jalan yang tidak bertar ini dipanggil sebagai jalan merah. Jalan ini menjadi jalan utama buat pengangkutan lori-lori besar. Walaupun begitu, jalan tanah merah kini telah mengalami transformasi sekitar tahun 90-an dan menjadi sebuah jalan yang bertar dan selamat digunakan oleh penduduk di Ladang KOSMA. Di samping itu, Ladang KOSMA juga mengalami perkembangan infrastruktur seperti jambatan timbang. Jambatan timbang yang lama memerlukan proses yang sukar untuk pekerjapekerja ladang mengira hasil kutipan mereka namun kini mereka cuma perlu meletakkan lori buah

13

970204-06-5250 mereka di atas kawasan penimbang yang akan menentukan jumlah sebenar hasil kutipan buah mereka. Ladang KOSMA juga menyediakan kepada setiap pekerja di sana sebuah tangki minyak untuk kegunaan lori-lori yang mengangkut buah kelapa sawit. Kawasan isi minyak tersebut telah dinaik taraf bagi memudahkan pekerja untuk mengisi minyak petrol ke dalam pengangkutan mereka. Jelaslah disini bahawa Ladang KOSMA telah berkembang dari segi infrastruktur di Ladang KOSMA. Menurut Puan Hemidah bte Atanix Ladang KOSMA telah mengalami perubahan yang positif dari sudut infrastruktur yang membawa perkembangan yang menguntungkan kepada penduduk di Ladang KOSMA. Diharap sebarang perubahan infrastruktur yang bakal dilakukan oleh Ladang KOSMA itu sendiri dapat memberi faedah kepada semua penduduk di Ladang KOSMA.

14

970204-06-5250 STRATEGI LADANG KOSMA DALAM PENGHASILAN MINYAK KELAPA SAWIT Menurut sumber yang diperoleh daripada salah seorang Penolong Pengurus Ladang KOSMA Encik Isamuddin Bin Sabarudinx bahawa Ladang KOSMA ini mempunyai strategi yang tersendiri dalam meningkatkan penghasilan minyak kelapa sawit. Ladang KOSMA perlu bekerjasama dengan Kilang KOSMA bagi melaksanakan tugas bagi meningkatkan penghasilan minyak kelapa sawit. Hal ini demikian kerana Ladang KOSMA dan Kilang KOSMA mempunyai target yang harus dicapai untuk meletakan koperasi ini sentiasa maju dan setanding dengan ladang-ladang kelapa sawit yang ada. Oleh itu, beberapa strategi yang telah dirancang oleh koperasi ini untuk meningkatkan pengeluaran dengan menentukan kualiti buah sawit dengan lebih teliti dan baik. Untuk mencapai tahap yang diingini. Pihak pengurusan kilang iaitu Encik Nik Kamal perlu memberitahu operator-operator di stesen ini sama ada perlu atau tidak menolak buah-buah sawit yang kotor, buah-buah muda dan buah-buah busuk. Hal ini kerana jika grader iaitu penilai gred-gred buah sawit menerima buahbuah sebegini akan menyebabkan kilang kosma tidak akan mencapai target yang diingini. Kilang KOSMA juga perlu memilih baka kelapa sawit dengan mengikut standard yang telah ditetapkan xi oleh MPOB. Selain itu, jambatan timbang yang disediakan mestilah berada dalam keadaan yang baik dan tidak rosak. Operator perlu memastikan tiada unsur-unsur penipuan dalam timbangan yang dibawa dari ladang. Sekiranya unsur penipuan terjadi, hal ini akan menyebabkan perahan minyak akan terganggu dan pencapaian tidak akan tercapai kerana ada unsur-unsur sebegini. Seterusnya, menurut Encik Nik Kamalxii bahagian operasi juga memainkan peranan yang penting dalam peningkatan pengeluaran minyak. Oleh itu, Kilang KOSMA telah menetapkan supaya

15

970204-06-5250 operasi di bahagian ram perlu sentiasa peka dengan mengisi buah sawit dengan betul di dalam tong cagesyang disediakan. Anggaran setiap kilang bagi mengisi setiap satu tong cages ialah 4 minit bagi mencapai perahan minyak yang ingin dicapai. Seterusnya, adalah bilik minyak. Bilik minyak merupakan bilik yang digunakan untuk mengawal hasil minyak yang telah dihasilkan dan perlu memastikan suhu di crude oil tank mencapai tahap 90-95 darjah celcius. Campuran air di crude oil tank hendaklah disediakan sebanyak 25-35 % yang dibenarkan oleh MPOB. Di vertical pula suhu mestilah berada di bawah suhu 90-95 celcius. Selain itu, minyak yang terlebih tidak boleh lebih daripada 4% dan mestilah sentiasa dikawal oleh operator. Suhu air mestilah sentiasa 90-100 celcius untuk penghasilan minyak yang diingini. Deoling tank juga merupakan satu mesin yang penting dalam penghasilan minyak sawit. Suhu deoling tank perlu sentiasa berada di suhu 80-90 celcius dan tidak boleh kurang. Penyelia Kilang tersebut juga memberikan maklumat mengenai jika suhu tidak mencukupi akan menyebabkan warna minyak yang terhasil terganggu. Kesimpulannya, menurut respoden Encik Nik Kamal telah menyatakan bahawa jika Kilang KOSMA ingin mencapai target yang ditetapkan. Pekerja-pekerja kilang perlu memainkan peranan yang penting dan sewajarnya agar target ini dapat dicapai. Selain itu, Kilang KOSMA juga perlu memastikan segala peralatan yang berada didalam kilang perlu berada dalam keadaan yang baik. Hal ini kerana jika peralatan berada didalam keadaan yang teruk, maka hasil bagi perahan yang minyak ditetapkan tidak akan tercapai.

16

970204-06-5250 PENUTUP Secara menunjukkan penduduk

kesimpulannya, banyak

setempat

menerusi

perkembangan khususnya

kajian

dan

yang

sumbangan

terhadap

telah Ladang

infrastruktur

dilakukan KOSMA

Ladang

telah terhadap

KOSMA

dan

sumbangannya terhadap negara, masyarakat dan juga dalam bidang pendidikan secara terus

mahupun

terhadap

tidak

pertempatan

langsung sekitarnya.

sepanjang Diharap

tempoh

pembukaan

perkembangan

yang

Ladang berlaku

di

KOSMA Ladang

KOSMA dapat memberi inspirasi kepada penduduk di sekitar Ladang KOSMA untuk terus berusaha dalam menjamin kecemerlangan diri, masyarakat, dan juga negara. Selain itu, diharap kajian ini dapat memberi kesedaran kepada semua rakyat Malaysia bahawa

sumbangan

yang

dilakukan

oleh

sebuah

institusi

perladangan

dalam

menjadikan negara Malaysia sebagai sebuah negara yang mampu bersaing dengan negara-negara maju yang lain.

17

970204-06-5250

Nota Hujung i

Sejarah perkembangan kelapa sawit http://pembangunanladang.blogspot.com

ii

Rustam Effendi Lubis & Agus Widanarko, buku pintar kelapa sawit (perkembangan sawit), halaman 1-5. iii

Nazrah binti Mad Noh, 58 cara tingkatkan produktiviti dan kualiti kelapa sawit (kaedah penanaman), 53. iv

Adiwiganda, r.2007, Manajemen Tanah dan pemupukan perkebunan kelapa sawit. (gajah mada university press.yogyakarta) halaman 19-118 v

Sumber Wikipedia https://ms.wikipedia.org/wiki/Kelapa_sawit

vi

Buletin KOSMA edisi ke-12 dikarang oleh Tuan Haji Mohamad Azahar bin Mohd Ali dan dibantu oleh Encik Abdul Ghafar bin Hussin vii

Di bawah Ordinan Koperatif 1948 yang telah diganti oleh Akta Koperasi 1993

viii

Sumber : Encik Johari , orang lama berkhidmat di Ladang KOSMA

ix

Puan Hemidah Bte Atan, penduduk di Ladang KOSMA

x

Penolong pengurus Ladang KOSMA bahagian Ladang Bukit Serlai

xi

MPOB, bab 9, memuncakkan industri minyak sawit , (strategi mengkaji perahan minyak di kilang-kilang), halaman 318. xii

Pengurus Kilang KOSMA, Encik Nik Kamal.

18

970204-06-5250

BIBLIOGRAFI Sumber Primer Kad Pengenalan Isamuddin bin Sabarudin Kad Pengenalan Hemidah bte Atan Sumber Sekunder a. Buku Zakaria bin Ahmad, MANUAL PENGGREDAN BUAH KELAPA SAWIT (MPOB) Malaysia Palm Oil Berhad,1998 Rustam Effendi Lubis & Agus Widanarko, Buku pintar kelapa sawit,yogyakarta enterprise, 2005 Nazrah binti Mad Noh, 58 cara tingkatkan produktiviti dan kualiti kelapa sawit, 1990 Adiwiganda, r., Manajemen Tanah dan pemupukan perkebunan kelapa sawit. gajah mada university press.yogyakarta, 2007. Tuan Haji Mohamad Azahar bin Mohd Ali dan Encik Abdul Ghafar bin Hussin, Buletin KOSMA edisi ke-12, Koperasi Serbausaha Makmur Berhad. 2009. Zakaria bin Ahmad, MPOB, bab 9, memuncakkan industri minyak sawit , (strategi mengkaji perahan minyak di kilang-kilang) Malaysia Palm Oil Berhad, 1998.

b. Sumber Internet Syuib bin Ahmad Jamal, Pembangunan Ladang http://pembangunanladang.blogspot.com Wikipedia Kelapa Sawit https://ms.wikipedia.org/wiki/Kelapa)_sawit.com

19

970204-06-5250

c. Rujukan Journal MPOB, Journal of oil Palm research. d. Sumber Lisan Wawancara bersama Encik Isamuddin bin Sabarudin, Ladang KOSMA, 3 Mac 2016. Wawancara bersama Puan Hemidah bte Atan, Ladang KOSMA, 3 Mac 2016. Wawancara bersama Encik Johari, Ladang KOSMA, 9 Mac 2016. Wawancara bersama Encik Nik Kamal, Kilang KOSMA, 9 Mac 2016. Wawancara bersama Encik Mohd Fawzul, Ladang KOSMA, 9 Mac 2016.

20

970204-06-5250

LAMPIRAN

Perumahan Ladang KOSMA

21

970204-06-5250

Pejabat Lama Ladang KOSMA

Kantin Kilang KOSMA 22

970204-06-5250

Kilang KOSMA

Kedai Runcit Ladang KOSMA

23

970204-06-5250

Encik Johari Sedang Ditemubual

24

Related Documents


More Documents from "Kevin Bran"

Document.docx
June 2020 2
Sej.docx
June 2020 7
Bab I.pdf
April 2020 3
No.docx
April 2020 8