JAWATAN KUASA PEMIKIR SEJARAH STPM PULAU PINANG TAHUN 2017 MODUL SUKSES SEJARAH 940/2 ( PENGGAL 2 ) SEJARAH ISLAM [500 – 1918]
PENYELARAS : PUAN DERANI A/P TAN BUN BANG PENOLONG PENGARAH SEJARAH/GEOGRAFI SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK, JPN PULAU PINANG JU PULAU PINANG : PN HAJJAH SAKINAH BINTI SALEH
GURU-GURU PENYEDIA MODUL : YEOH HUP THEAM SMK ST XAVIER, LEBUH FARQUHAR
AZAHAR BIN KASA SMK DATO’ ONN
SHARUL NIZAM B SUHAIMI SMK DATO' ONN
RAFIDAH BT RAMLI SMKA (P) ALl MASHOOR
ANNIE WONG YUN FUI SMK BKT MERTAJAM
SHANMUGANATHAN A/L KALLIDASON SMK TELUK AIR TAWAR
SHALINI A/P R. KRISHNAMURTHY KOLEJ TINGKATAN ENAM ZAINAL ABIDIN
NOOR AISHAH BINTI ABU HASSAN SMK DESA MURNI
TUAN HAJI MOHD SOKRI BIN SA’AD SMK PENANTI
SURIYANI BINTI LAMIN SMK SUNGAI ARA
AZMAN B AHMAD SMK DATUK HAJI AHMAD BADAWI
KESAVAN A/L SINNIAH SMK TUNKU ABDUL RAHMAN
NOOR HAYATI BT UJAR SM TINGGI BUKIT MERTAJAM
FAUZIAH BT ISHAK SMKA AL-IRSHAD
HALIJAH BT ISMAIL SMK MUTIARA IMPIAN
CHAN EIT FONG SMK TUN SYED SHEH BARAKBAH
SOFIAH BT OTHMAN SMK DATO’ ONN
FUZAITI BT OMAR SMK SEBERANG JAYA
ANIZA BT ISMAIL SMK DESA MURNI
SITI HAJAR BT ISMAIL SMK SERI BALIK PULAU
AINON ROSMANIRA BT MAT HUSSIN SM TINGGI BUKIT MERTAJAM
NORIDAH BT ABU BAKAR SMK DATO’ HAJI AHMAD BADAWI
ZAINON BT OTHMAN SMKA(L) AL MASHOOR
FARIDAH BT ABDULLAH SMK PENANTI
SAADIAH BT JAFFAR SMK PENANG FREE
SUZANA BT JAAFAR SMK DATUK HAJI ABDUL KADIR
NORIZAN BT YUSOFF SMK SIMPANG EMPAT
NURUL HUDA BT MOHD YUSOP SMK SIMPANG EMPAT
MAIZATUL FADZILLAH BT OSMAN SMK DESA MURNI
NOR AINI BT HARON KOLEJ TINGKATAN ENAM HAJI ZAINUL ABIDIN
ZATI MASTURAH BT SANUSI SMK DESA MURNI
VIMALA A/P KRISHNASAMY SMK DATUK HAJI ABDUL KADIR
BALQIS BT HASSAN KOLEJ TINGKATAN ENAM HAJI ZAINUL ABIDIN
YEE TEIK HUAT SMK(L) METHODIST
HASBULLAH BIN HAJI AHMAD SM TINGGI BUKIT MERTAJAM
HAJJAH SAKINAH BINTI SALEH SMK PENANTI
“Antara akhlak orang yang berjaya adalah optimis dan tidak berputus asa, mampu memperbaiki kesalahannya dan keluar daripada krisis serta mengubah kerugian kepada keuntungan”
Bersama ke arah kecemerlangan Sejarah STPM Pulau Pinang 2017
2
TEMA 1: MASYARAKAT , PEMERINTAHAN , PERTAHANAN DAN PERHUBUNGAN LUAR SOALAN 1 : MASYARAKAT ARAB MENGANUTI PELBAGAI KEPERCAYAAN DAN AGAMA SEBELUM KERASULAN NABI MUHAMMAD SAW. JELASKAN. Perkataan jahiliah berasal daripada kata akar “jahala” dan kata terbitan “jahlun” yang menurut bahasa bermaksud pemarah, degil, bodoh dan sesat. Sesetengah sejarawan Islam memberi pengertian bahawa Zaman Jahiliah sebagai zaman kejahilan, kebodohan dan kegelapan. Mereka dikatakan jahil kerana tidak mahu mempercayai dan tidak mahu mempercayai dan tidak patuh akan hukum-hukum Allah SWT yang diturunkan kepada nabi-nabi sebelum Nabi Muhammad SAW. Dalam konteks masyarakat Arab, zaman yang disebut sebagai ‘zaman jahiliah’ ialah zaman selepas keruntuhan kerajaan Saba’, iaitu sekitar tahun 300 Masihi hingga zaman kerasulan Nabi Muhammad SAW.Kepercayaan masyarakat Jahiliah terbahagi kepada dua, iaitu kepercayaan adat dan kepercayaan agama. Kepercayaan adat atau bukan agama terdiri daripada kepercayaan kepada perkara-perkara karut atau khurafat yang banyak terdapat dalam kalangan penduduk Tanah Arab. Sebahagian masyarakat Arab mengamalkan kepercayaan animisme. Animisme merujuk kepada mempercayai kuasa ghaib, memuja roh, penunggu dan sebagainya. Mereka juga mempercayai apa-apa sahaja yang dianggap ganjil termasuklah bulan, matahari, gua, batu dan pokok-pokok besar. Cara penyembahan dan pemujaan yang dilakukan bergantung Isi 1 kepada tempat tinggal dan pekerjaan mereka. Jika mereka bertani seperti orang Badwi, mereka akan memuja matahari dan bulan kerana mereka menganggap matahari dan bulan menghidupkan tanaman. Secara umumnya, jelaslah bahawa unsur-unsur alam sekitar telah mempengaruhi kepercayaan animisme dalam kalangan masyarakat Jahiliah pada masa itu. Sebahagian masyarakat Arab juga percaya kepada unsur-unsur karut dan tahyul. Antara kepercayaan tahyul yang menjadi amalan masyarakat jahiliah ialah kepercayaan kepada tangkal azimat, roh orang mati menjadi burung, percaya kepada ahli nujum, percaya kepada ahli sihir, percaya kepada binatang yang melintas di tengah-tengah perjalanan. Jika ke kiri membawa keburukan, jika ke kanan membawa kebaikan. Mereka juga Isi 2 percaya mengorbankan anak perempuan merupakan perbuatan yang mulia. Antara contoh kepercayaan karut ialah suami mengikat tali pada manamana pokok sebelum keluar rumah. Jika ikatan terlerai sekembalinya suami dari perantauan, hal ini bermakna isterinya berlaku curang. Selain itu, mereka juga sering membuat keputusan melalui anak panah dan
Pendahuluan
Fakta
Huraian
Contoh
Penutup Fakta
Huraian
Contoh 3
mempercayai alamat yang ditunjukkan oleh burung sebelum keluar dari rumah. Hal ini membuktikan bahawa kepercayaan karut dan tahyul sememangnya menjadi amalan yang mempengaruhi kehidupan seharian mereka.
Isi 3
Isi 4
Selain itu, masyarakat Jahiliah juga turut mengamalkan ajaran sihir. Hal ini kerana mereka percaya kewujudan jin dan dewa. Terdapat segelintir masyarakat ini mengamalkan sihir dan tradisi memuja Tuhan Padang Pasir. Penganutnya digelar Ahl-al-Saf (‘ahlil-saf’). Mereka percaya bahawa padang pasir wujud tetapi tidak pernah ditemui. Amalan mereka membawa api pada waktu malam dan berjalan-jalan di tengah padang pasir sambil menyanyi. Masyarakat Jahiliah sangat mempercayai ilmu sihir dan menjalankan pelbagai bentuk ritual dalam kalangan mereka. Majoriti penduduk Tanah Arab sebelum Islam menganut agama Wathani atau agama menyembah berhala. Alat penyembahan iaitu berhala dibuat dalam pelbagai bentuk daripada batu, kayu dan kadang-kadang dibuat hanya daripada buah tamar. Mereka akan makan buah tamar tersebut setelah menyembahnya. Setiap kabilah mempunyai patung berhala atau tuhan masing-masing. Bagi khabilah Thaqif, berhala mereka bernama al-Laat, sementara berhala kabilah Quraisy pula bernama al-Uzza dan al-Hubal. Bagi Bani Kinanah, berhala mereka bernama Sad. Sebuah berhala bernama Manaat diletakkan di pantai laut antara Makkah dan Madinah dan semua kabilah menghormati berhala tersebut. Berhala al-Laat, al-Uzza dan Manaat ini telah disebut di dalam al-Quran, surah al-Najm: ayat 19-20. Selain itu, terdapat lima lagi berhala yang disebut di dalam al-Quran iaitu Wadd, Suwa’, Yaa’uq, Yaghuth dan Nasr. Nama-nama berhala ini disebut di dalam al-Quran, surah Nuh: ayat 21-23. Sesetengah penduduk Tanah Arab tidaklah menganggap patung berhala itu benar-benar sebagai Tuhan tetapi patung-patung tersebut hanyalah sebagai perantaraan untuk mendekatkan diri kepada Tuhan sebagaimana yang diterangkan di dalam al-Quran, surah az-Zumar: ayat 3. Hal ini menunjukkan bahawa mereka tidak melupakan agama Nabi Ibrahim tetapi kepercayaan mereka bercampur aduk antara kepercayaan terhadap Allah Yang Maha Esa dengan kepercayaan kepada patung berhala. Mereka tetap menghormati Kaabah tetapi mereka meletakkan pelbagai patung berhala di dalamnya. Oleh itu, mereka dinamakan sebagai orang Musyrikin yang bererti orang yang menyekutukan Allah sebagaimana yang diterangkan dalam surah Yusuf: ayat 106. Seterusnya, terdapat sebahagian masyarakat jahiliah ini yang menganut Agama Majusi. Agama Majusi berasal dari Parsi. Penganut agama ini tidak mempunyai kitab suci dan tidak mengakui Nabi-nabi yang diutuskan oleh Allah SWT serta mendakwa ia adalah palsu. Agama ini dianuti oleh orang Arab
Penutup Fakta Huraian
Contoh
Penutup Fakta
Huraian
Contoh
Penutup
Fakta Huraian 4
Isi 5
Isi 6
Isi 7
sebelum Islam tetapi tidak secara meluas. Penganut agama ini menyembah matahari dan api. Mereka percaya bahawa terdapat Tuhan, iaitu Tuhan Kebaikan (Cahaya) dan Tuhan Kejahatan (Gelap gelita). Justeru, untuk menjamin Tuhan Kebaikan mendampingi mereka, api dinyalakan di rumah mereka. Pendeta-pendeta Majusi akan menyembah matahari empat kali dalam satu hari. Agama ini juga banyak mengandungi cerita khayalan dan turut menghalalkan perkahwinan antara ibu dengan anak serta adik-beradik. Antara mereka yang awal memeluk agama Majusi di Makkah ialah Zuzarah dan anaknya Hajib bin Zuzarah, al-Arqa’ bin Habis dan Abu alAswad. Mereka berasal daripada Bani Tamin yang mempunyai hubungan dengan Parsi. dan mereka juga terpengaruh dengan agama orang Parsi. Jelaslah di sini bahawa masyarakat Arab ketika itu terpengaruh dengan agama orang Parsi. Selain itu, masyarakat Arab Jahiliah menganut agama Yahudi. Agama Yahudi tersebar luas di selatan Arab. Penganut asal agama ini ialah Bani Israel yang tinggal di utara tanah Arab. Penganut agama ini mempunyai kitab suci iaitu kitab Taurat tetapi kandungan asal kitab Taurat yang diturunkan kepada Nabi Musa a.s. ini telah diubah isi kandungannya oleh orang Yahudi demi memenuhi kepentingan mereka.. Penindasan oleh kerajaan Caisar menyebabkan orang Yahudi melarikan diri ke Yaman. Ramai kabilah Yaman menerima agama ini dan antara orang terkenal yang menerima agama ini ialah Zu Nawas. Hal ini menunjukkan bahawa agama Yahudi juga merupakan agama yang berpengaruh di tanah Arab. Kedatangan agama Kristian di Tanah Arab bermula melalui perhubungan penduduk Arab dengan Syria, Mesir dan Habsyah. Pengkaji sejarah berpendapat agama Kristian atau Nasrani ini mula bertapak di kota Mekah pada abad ke-14 Masihi. Menurut orang Kristian, pengasas bagi agama ini ialah seorang daripada keturunan Bani Israel yang bernama Jesus Christ iaitu Nabi Isa a.s. Penganut agama ini mempunyai kitab suci iaitu kitab Injil tetapi kandungan asal kitab Injil yang diturunkan kepada Nabi Isa a.s. ini telah diubah isi kandungannya oleh segelintir penganutnya untuk kepentingan peribadi mereka. Mereka yang masih mengamalkan ajaran asal digelar Ahl al Kitab. Agama Nasrani berkembang ke utara Semenanjung Tanah Arab menerusi penduduk Ghassan dan Hirah, di sebelah selatan pula menerusi penduduk Habsyah pada abad ke-6 Masihi. Agama ini mula bertapak di kota Mekah apabila kerajaan Rom meluaskan pengaruh dan kuasanya di Yaman. Penduduk di bahagian Selatan Tanah Arab iaitu Yaman, seperti kaum Taghlih, Ghassan dan Qudhah merupakan penduduk yang terawal menerima ajaran ini. Kesimpulannya, agama Kristian atau Nasrani ini telah lama bertapak di Tanah Arab dan merupakan agama yang mempunyai penganut yang ramai.
Contoh
Penutup Fakta
Huraian
Contoh Penutup Fakta
Huraian
Contoh
Penutup
5
Segelintir orang Arab menganut Agama Hanif. Agama ini dibawa oleh Nabi Ibrahim a.s. Mereka digelar Hunafa’ (Muslim) dan mentauhidkan Allah SWT.
Fakta Huraian
Isi 8
Golongan ini tidak mengamalkan mana-mana agama dan kepercayaan yang diamalkan oleh masyarakat jahiliah. Mereka meninggalkan amalan tradisi jahiliah seperti minum arak, berjudi, makan bangkai, makan darah dan sebagainya. Antara tokoh yang menganut agama ini ialah Waraqah bin Naufal dan Nabi Muhammad s.a.w. sendiri. Tegasnya di sini bahawa golongan ini menentang agama dan kepercayaan yang dianuti dan diamalkan oleh masyarakat jahiliah sebelum kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. Kesimpulannya, sebelum kerasulan Nabi Muhammad s.a.w., masyarakat arab mengamalkan kepercayaan politeisme. Namun, selepas kedatangan Islam khususnya zaman Rasullullah, agama Islam berjaya menghapuskan kejahilan tersebut dan mengarahkan masyarakat Arab kepada meyakini Tauhid atau mengesakan Allah SWT. Penyembahan berhala dapat ditamatkan. Walau bagaimanapun, agama-agama lain masih diamalkan seperti agama Yahudi dan Nasrani atas sifat keterbukaan dan kebebasan beragama.
Contoh
Penutup
Kesimpulan
SOALAN 2 : JELASKAN STRUKTUR SOSIAL MASYARAKAT ARAB PADA ZAMAN JAHILIAH Konsep Jahiliah -Jahala bermaksud bodoh dan sesat. Tempoh masa- Bermula selepas runtuhnya empangan Maarib hingga Nabi Muhammad dilantik menjadi Rasul (300M610M). Mengikut Quran-Iaitu zaman tiada nabi,Rasul dan kitab suci. Zaman masyarakat tidak bertamadun, tidak berakhlak dan tidak patuh pada syariat Allah SWT. Masyarakat Jahiliah terbahagi kepada dua golongan iaitu masyarakat Badwi dan masyarakat Hadhari. Masyarakat Badwi
Isi 1
• Merujuk kepada masyarakat yang tinggal di luar bandar. • Mereka mendiami kawasan tengah Semenanjung Tanah Arab dan padang pasir (Utara Tanah Arab). • Terdiri daripada satu suku atau keturunan yang dikenali sebagai kabilah. Mereka mempunyai ikatan yang kuat ber\asaskan bahasa, keturunan, adat dan agama yang sama. • Mempunyai institusi sosial dan politik tersendiri. • Masyarakat Badwi tidak tinggal menetap di suatu kawasan dan hidup berpindah randah. • Perpindahan berdasarkan aktiviti hidupan seperti pertanian, penternakan, mencari tempat perlindungan daripada ribut pasir dan ancaman daripada kabilah lain. Menetap sementara di wadi dan oasis Sifat masyarakat Arab Badwi-Tahan lasak,berani,keras hati,pemurah,semangat gotong royong.
Pendahuluan
Fakta
Huraian
Contoh Penutup 6
Isi 2
Isi 3
Isi 4
Isi 5
Masyarakat Hadhari • Merujuk kepada masyarakat Arab yang tinggal di bandar dan di pinggir bandar di bahagian Selatan Tanah Arab. • Terdiri daripada golongan cerdik pandai dan berasal daripada keturunan bangsawan. • Mereka mempunyai hubungan yang luas dengan kabilah atau suku Arab yang lain dalam urusan perdagangan. • Mereka memiliki kemewahan kesenangan hidup dan tinggal menetap. • Menjalankan aktiviti perdagangan.pertanian dan pertukangan. Tinggal di kawasan utama-Makkah,Taif,Yathrib(Madinah),Yaman. Masyarakat Hadari mempunyai hubungan dengan masyarakat luar melalui aktiviti perdagangan,sistem politik dan sosial. Struktur Berasaskan Kabilah • Struktur masyarakat Arab adalah berdasarkan sistem Kabilah. • Masyarakat Arab mengamalkan cara hidup berpuak-puak dan berkelompok. Dalam setiap kabilah,terdapat beberapa unit tertentu. • Sistem kabilah merupakan unit sosial yang mengawal sistem pentadbiran masyarakat Arab. Susunan Kabilah bermula daripada a’ilah (khemah), Fasilah, Banu, Fakhidh, Batni, Imarah, Qabilah. Penyatuan dalam kalangan anggota Kabilah berdasarkan pertalian darah dan keturunan.semangat kesukuan (assabyiah) ini menyebabkan jalinan kekeluargaan sangat kukuh daripada peringkat kecil hingga yang paling besar. Ketua Kabilah - Syeikh. • Syeikh dilantik menerusi persetujuan wakil kaum dalam kabilah. • Beliau memiliki beberapa ciri seperti- berani, pintar, berilmu dan berkaliber • Syeikh mempunyai tanggungjawab yang amat berat seperti menyelesaikan masalah ekonomi,politik dan sosial, • Beliau juga harus memberikan perlindungan kepada anggota kabilah dan menjaga keharmonian kabilahnya. Perang yang berlaku antara Bani Bakar dengan Bani Taghlib yang memakan masa selama 40 tahun berdasarkan punca seekor unta. Syeikh dihormati dan anggota kabilah memberi semangat kesetiaan yang tidak berbelah bahagi. Status Seseorang Individu • Status bergantung kepada kedudukan kabilah. • Seseorang dipandang tinggi jika dia daripada kabilah yang berkedudukan tinggi. • Kebolehan yang dimiliki seseorang individu menentukan status. • Sementara kaum wanita dipandang rendah. Kaum wanita tidak mempunyai hak untuk mewarisi harta tinggalan keluarganya. Bayibayi perempuan yang baru dilahirkan ditanam hidup-hidup kerana mereka beranggapan anak perempuan boleh menjatuhkan maruah keluarga,
Fakta
Huraian
Contoh Penutup Fakta
Huraian
Contoh
Penutup Fakta
Huraian
Contoh Penutup Fakta
Huraian
7
• Terdapat juga golongan hamba yang terdiri daripada tawanan perang atau keturunan. Hamba adalah satu komoditi yang boleh dijual beli. Seseorang itu dipandang mulia jika dia boleh berpidato, bersyair dan bermain senjata Masyarakat jahiliah amat membeza-bezakan kedudukan seseorang individu berdasarkan status seseorang itu. Struktur masyarakat Arab Jahiliah membawa kepada permusuhan dan peperangan. Keadaan Sistem Politik menjadi huru- hara. Sistem Ekonomi juga menjadi tidak teratur kerana amalan mencuri dan merompak merupakan satu amalan pekerjaan. Struktur ini berubah selepas penyebaran agama Islam.Semangat asabbiah diganti dengan perpaduan ummah yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.
Contoh Penutup
Kesimpulan
SOALAN 3 : BINCANGKAN KONSEP UMMAH DAN USAHA-USAHA YANG DIAMBIL OLEH NABI MUHAMMMAD S.A.W DALAM MENYATUKAN UMMAH DI MADINAH. •
Penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Makkah ke Madinah telah meninggalkan impak yang besar kepada perjuangan Islam kerana ia bukan sahaja menyebabkan terbentuknya negara Islam , bahkan telah mengubah konsep sistem politik, ekonomi dan sosial di Madinah. • Sebelum penghijrahan Nabi Muhammad SAW, struktur masyarakat dibelenggu dengan fahaman perkauman yang melampau dan bersifat individualistik. Namun, senario ini berubah apabila Baginda berjaya mengubah masyarakat dengan memperkenalkan konsep ummah yang saling menghormati antara satu sama lain. Baginda telah berjaya membentuk sebuah masyarakat (ummah) dan negara Islam di Madinah. Konsep Ummah Ummah bererti masyarakat atau umat manusia. Dalam konteks ummah pada zaman Nabi Muhammmad SAW, masyarakat yang mematuhi Piagam Madinah termasuk umat Islam & bukan Islam kaum Yahudi di Madinah. Perkataan ummah telah disebut dalam al-Quran sebanyak 40 kali yang bererti masyarakat, kumpulan atau manusia. Namun berikutan penyingkiran kaum Yahudi dari Madinah, maka Isi 1 konsep ummah terbatas pada umat Islamyang tinggal di kota Madinah. Penyingkiran kaum Yahudi disebabkan mereka tidak mematuhi Piagam, dan sekaligus terkeluar daripada lingkungan ummah Nabi Muhammad s.a.w. Tamadun Islam terbina dan berkembang berasaskan konsep ummah. Konsep ummah ialah konsep yang unik kerana ummah yang terbina tidak berasaskan kepada bangsa, warna kulit mahupun sempadan Geografi. Antara usaha-usaha Nabi Muhammad S.A.W dalam pembentukan ummah di Madinah ialah menyatu dan mempersaudarakan suku Aus dan Khazraj. Isi 2 Aus dan Khazraj merupakan penduduk asal Madinah. Sebelum kedatangan Islam dan Nabi Muhammand SAW, kedua-
Pendahuluan
Fakta
Huraian
Contoh
Penutup
Fakta Huraian 8
Isi 3
Isi 4
duanya golongan ini sentiasa bermusuhan antara satu dengan yang lain dan banyak peperangan yang berlaku antara dua puak ini seperti Perang Sumair dan Perang Bu’ats sehingga mengorbankan banyak nyawa dan berlarutan sekian lama. Permusuhan ini berpunca daripada masalah kepimpinan kerana mereka ingin menerajui pentadbiran Kota Madinah. Nabi Muhammad SAW telah mengambil langkah dengan berusaha menyatukan kedua-dua pihak tersebut dan menamakan mereka sebagai orang Ansar. Rasulullah SAW menerapkan akidah Islamiah kepada mereka sehingga mereka sanggup melupakan permusuhan yang berlaku antara mereka yang sekian lama. Persaudaraan Islam menggantikan semangat Asabiyah. Menjadi titik tolak pembentukan masyarakat Madinah yang bersatu padu dan bekerjasama. Seterusnya Baginda Mempersaudarakan dan Menyatukan kaum Muhajirin dan Ansar Setelah Nabi Muhammad SAW berjaya menyatukan Aus dan Khazraj, Rasulallah SAW berusaha pula mempersaudarakan orang Ansar dan Muhajirin. Tujuan Rasulullah berbuat demikian adalah untuk membantu orang Muhajirin dari sudut ekonomi, sosial dan politik Islam di Madinah. Sekiranya masalah ekonomi tidak dapat diselesaikan terlebih dahulu, maka adalah sukar bagi baginda untuk membangunkan sebuah negara yang benar- benar kukuh. Mereka bergaul dan bermesra seperti saudara kandung sendiri sesuai dengan sabda nabi Muhammad saw yang bermaksud “ Bersaudaralah kamu dengan persaudaraan Allah berdua-duaan‟ contohnya Saidina Umar al- Khattab dengan Utbah b Malik . Dengan persaudaraan ini, orang Muhajirin mempunyai kekuatan untuk berada di tempat baharu selepas meninggalkan kampung halaman mereka sehelai sepinggang. Usaha seterusnya ialah mendirikan dan memakmurkan Masjid. Masjid menjadi lambang kesatuan ummah dan umat Islam. Sebelum Nabi Muhammad SAW tiba di Madinah, baginda tiba di sebuah perkampungan Quba; yang letaknya lebih kurang 3 kilometer dari Madinah. Disini baginda telah membina Masjid Quba; iaitu masjid pertama yang dibina dalam sejarah umat. Pembinaan masjid ini menunjukkan bahawa ibadat menjadi tempat kesatuan ummah untuk berkumpul. Masjid juga menjadi institusi keilmuan bagi Rasulallah SAW mengembangkan dakwah Islamiah. Selain itu, masjid juga berfungsi sebagai tempat untuk orang Islam bertemu serta berbincang (bermesyuarat) bagi menyelesaikan sebarang masalah. Pada peringat awal, masjid juga dijadikan sebagai tempat untuk berniaga. Masjid pertama yang dibina di Madinah ialah Masjid Nabi (Nabawi). Masjid ini dibina di atas tanah milik 2 orang yatim, iaitu Sahl dan Suhail yang diberi hanya 10 Dinar sahaja.
Contoh
Penutup Fakta
Huraian
Contoh
Penutup Fakta
Huraian
Contoh 9
Isi 5
Isi 6
Isi 7
Pembinaan masjid bukan sahaja mengukuhkan pembentukan ummah malah telah melipatgandakan usaha-usaha dakwah. Selain itu, Nabi turut menggubal perlembagaan negaraSahifah Madinah Perlembagaan untuk negara Islam Madinah telah diwujudkan oleh Nabi Muhammad SAW untuk menjamin perpaduan dalam kalangan penduduk Madinah sebagai sebuah komuniti atau ummah dan menjadi asas pemerintahan kerajaan Islam. Perlembagaan ini diwujudkan hasil daripada persetujuan bersama antara orang Islam dengan orang Yahudi. Pada dasarnya, kesemua penduduk Madinah menerima perlembagaan ini secara terbuka. Dalam perlembagaan ini, beberapa aspek penting telah diberikan penekanan seperti tanggungjawab bersama untuk mempertahankan Madinah, kebebasan beragama, al-Quran sebagai asas peraturan, perlembagaan dan kedudukan Rasulullah SAW sebagai ketua negara. Tindakan tersebut menyebabkan kedudukan Islam di Madinah semakin kukuh dan membuka jalan kepada pembentukan ummah pelbagai kaum di bawah pemerintahan kerajaan Islam Madinah. Di samping itu, pembentukan ummah pada zaman Nabi berkaitan dengan kejayaan Penyusunan Pentadbiran. Nabi Muhammad SAW menyusun dan membentuk dasar pemerintahan kerajaan Islam dengan menubuhkan struktur pemerintahan, iaitu membentuk organisasi kerajaan yang merangkumi pelbagai jawatan, melantik pegawai, dan kakitangan di peringkat pusat dan wilayah. Selain itu, baginda turut menubuhkan dan membentuk sistem kewangan yang merangkumi sumber kewangan, percukaian, zakat, jizyah, sedekah, ghanimah, dan lain- lain. Selain bidang kewangan, Nabi Muhammad SAW turut menubuhkan pasukan tentera. Tujuannya adalah untuk mempertahankan kesucian serta kedaulatan agama dan negara. Rasulallah SAW telah berjaya menubuhkan pasukan tentera yang kuat dan mempunyai semangat jihad yang tinggi. Tentera Islam telah memperoleh beberapa kejayaan termasuklah dalam Perang Khandak, Mu‟tah, dan sebagainya. Dengan menubuhkan dan menyusun pentadbiran yang telah sistematik dapat menggerakkan negara Islam dengan lebih tersusun, semua pihak akan bertanggungjawab terhadapnya, maka perpaduan ummah dapat dibentuk dengan jayanya. Akhir sekali kejayaan dakwah dan diplomatik Usaha-usaha dakwah juga dipergiatkan. Beberapa utusan telah dihantar untuk menjalin hubungan diplomatic di samping berdakwah. Antaranya termasuklah menghantar utusan ke Habsyah, Yamamah, Mesir dan lainlain. Ada antara utusan diterima baik da nada juga yang ditolak. Hal ini menyebabkan bilangan penganut islam bertambah dengan banyaknya.
Penutup Fakta
Huraian
Contoh
Penutup Fakta
Huraian
Contoh
Penutup Fakta
Huraian
10
Dalam tempoh 10 tahun di penganut-penganut islam telah meningkat lebih daripada 100,000 orang. Hal ini terbukti semasa Nabi mengerjakan ibadat Haji yang terakhir , seramai 100,000 orang telah mendengar khtubah baginda yang terakhir. Usaha penyebaran Islam menerusi misi dakwah dan diplomatik dapat dilihat sebagai usaha membentuk ummah yang lebih luas yang tidak terhad di Madinah tetapi di luar wilayah dan sempada negara Islam. • Sesungguhnya pembentukan ummah di Madinah telah memberi kesan besar terhadap usaha-usaha penyebaran Islam • Ia juga sekaligus menunjukkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah seorang pemimpin yang unggul. • Oleh itu, tidak hairanlah jika baginda juga digelar sebagai seorang negarawan
Contoh
Penutup
Kesimpulan
SOALAN 4 : PERIHALKAN PENENTANGAN YANG DIHADAPI OLEH NABI MUHAMMAD SAW SEWAKTU BERADA DI KOTA MAKKAH DAN NYATAKAN USAHA-USAHA YANG DIAMBIL OLEH BAGINDA BAGI MENANGANINYA. •
•
Setelah tiga tahun Rasulullah s.a.w. menyampaikan ajaran Allah secara sulit, akhirnya Allah menyeru Rasulullah menyampaikan ajaran secara terbuka dengan bukti turunnya ayat 94 surah Al-Hijr. Rasulullah s.a.w. menghadapi penentangan kemudian apabila baginda menegaskan kesesatan golongan masyarakat Makkah menyembah berhala yang menjadi anutan turun temurun. Oleh itu, terdapat pelbagai penentangan masyarakat Makkah menentang ajaran Nabi Muhammad s.a.w namun Rasulullah s.a.w berusaha untuk menanganinya a. Penentangan terhadap Rasulullah
Pendahuluan
Fakta
Isi 1
Isi 2
Propaganda penghinaan terhadap Rasulullah s.a.w Mereka menuduh Rasulullah s.a.w. seorang yang gilakan pangkat, kedudukan dan status. Penghinaan juga diteruskan dengan menghasut kabilah pedagang luar yang datang ke Makkah akan keburukan Rasulullah Penghinaan dilakukan melalui perkataan, perbuatan, dan memperolokolokkan baginda. Antaranya, halaman rumah Rasulullah s.a.w. pernah ditaburi dengan najis dan Rasulullah pernah mengalami luka akibat dilempar dengan batu. Walaupun pelbagai hinaan dan cacian yang dilemparkan oleh masyarakat Makkah namun Rasulullah tetap menyampaikan dakwah baginda. Melakukan Penyiksaan Melakukan penyeksaan terhadap pengikut Islam terutamanya golongan yang lemah dan hamba dengan harapan Rasulullah s.a.w. akan menghentikan ajaran Islam Contohnya Bilal bin Rabah dijemur di tengah panas mata hari di padang pasir dan ditindih dengan batu besar. Begitu juga dengan keluarga Ammar bin Yasir yang diseksa oleh Bani Makhzum hingga kedua ibu bapanya meninggal dunia.
Huraian
Contoh
Penutup Fakta Huraian
Contoh 11
Isi 3
Isi 4
Isi 5
Meskipun pelbagai siksaan dan kezaliman dilakukan oleh masyarakat Makkah namun masih ramai yang menerima Islam. Hal inilah yang menyebabkan mereka semakin marah terhadap Rasulullah dan pelbagai cara penentangan dilakukan. Melakukan Diplomasi Setelah kekerasan gagal, mereka menawarkan Rasulullah s.a.w. dengan pangkat, wanita, dan harta agar Rasulullah menghentikan ajaran Islam Rasulullah pernah ditawarkan sebagai pemerintah Kota Makkah dengan syarat baginda menghentikan ajaran Islam, tetapi semuanya ditolak oleh Rasulullah s.a.w Pelbagai cara telah dilakukan oleh masyarakat Quraisy termasuklah cara diplomasi untuk menyekat penyebaran Islam tetapi masih gagal Pemulauan Abu Jahal dan rakan-rakannya telah mengambil inisiatif untuk memulaukan Bani Hasyim dan Bani al-Muttalib. Persetujuan telah dicapai dalam mesyuarat dan antara perkara lain yang dipersetujui ialah tidak berjual beli, tidak berurusan, tidak memberi pertolongan dalam jua bentuk dan tidak berkahwin dengan kaum keluarga Bani Hasyim dan Bani alMutalib Selama 3 tahun Rasulullah s.a.w dan kaum keluarga Bani Hasyim dan Bani al-Mutalib dipulau. Hanya pada musim haji sahaja mereka dibenarkan keluar. Dalam tempoh itu, baginda mengambil kesempatan menyebarkan Islam kepada jemaah haji yang datang dari seluruh pelosok Semenanjung Arab Usaha Membunuh Rasulullah s.a.w Keputusan ini diambil setelah semua keputusan di atas masih menemui kegagalan. Mereka pernah meminta agar Abu Talib menyerahkan Rasulullah s.a.w. kepada mereka untuk dibunuh dan sebagai ganjarannya Abu Talib akan diberikan seorang pemuda Quraisy yang kaya Setelah Abu Talib menolak maka masyarakat Makkah mengambil keputusan untuk membunuh Rasulullah s.a.w. melalui wakil setiap suku yang terdapat di Kota Makkah. Usaha ini masih gagal kerana Rasulullah s.a.w. mendapat wahyu daripada Allah untuk segera berhijrah ke Madinah Semua usaha yang dibuat untuk menentang baginda itu mengalami kegagalan b. Usaha Rasulullah Menangani
Penutup Fakta Huraian Contoh Penutup Fakta
Huraian
Contoh Penutup Fakta
Huraian
Contoh
Penutup Fakta
Isi 6
Penebusan Pengikut Islam Pada peringkat awal orang Islam dinasihatkan supaya sentiasa bersabar dengan tekanan dan siksaan yang diterima. Selain itu, Nabi Muhammad juga sentiasa menyeru sesiapa yang berkemampuan supaya menebus hamba yang disiksa. Pengikut Islam yang terdiri daripada golongan yang lemah dan hamba telah ditebus oleh Abu Bakar, Uthman dan Khadijah serta golongan Islam yang berkemampuan, walaupun dikenakan harga yang tinggi Contohnya Bilal yang diseksa oleh tuannya Umayyah bin Khalaf telah dibeli oleh Saidina Abu Bakar lalu dimerdekakannya.
Huraian
Contoh 12
Isi 7
Isi 8
Walaupun orang Islam yang terdiri daripada golongan hamba telah disiksa dengan kejam, namun hal ini langsung tidak melemahkan keimanan dan kepercayaan mereka terhadap agama Islam. Melakukan hijrah ke Habsyah Untuk meringankan beban dan tekanan ke atas pengikut Islam, Rasululllah s.a.w. telah menganjurkan pengikutnya berhijrah ke Habsyah. Rasullah mencadangkan agar umat Islam berhijrah ke Habsyah kerana Rajanya pada masa itu beragama Nasrani dan bersikap adil. Hijrah ke Habsyah berlaku sebanyak 2 kali Kali pertama pada tahun ke – 5 kerasulan Nabi Muhammad yang terdiri daripada 10 orang lelaki dan 5 orang perempuan. Pada kali ke dua pada tahun ke – 7 kerasulan Nabi Muhammad terdiri daripada 83 lelaki dan 18 orang perempuan yang diketuai oleh Jaafar bin Abi Talib. Turut serta ialah Saidina Uthman bersama isterinya Ruqaiyah puteri Rasullah, Abu Huzaifah dan isteri, Zubir bin Al – Awwam, Mus’ab bin Umair, Abdul Rahman bin Auf dan ramai lagi. Walaupun Orang Quraisy mengetahui tentang pemergian orang Islam ke Habsyah dan mengejarnya tetapi orang Islam selamat tiba di Habsyah dan diberi pelindungan oleh rajanya. Perjanjian Apabila ancaman semakin hebat terutama selepas kematian Abu Talib dan isteri baginda Siti Khadijah. Rasulullah cuba berundur ke Taif. Sampai di Taif Rasulullah tidak diterima oleh penduduk penduduknya. Oleh itu Rasulullah kembali semula ke Makkah. Akhirnya Nabi berjaya berhubung dengan penduduk Madinah Setelah itu perjanjian Aqabah ditanda tangani antara Rasulullah saw dengan Orang Arab Madinah. Orang Arab Madinah berjanji akan melindungi Rasulullah serta pengikutnya kalau berhijrah ke Madinah. Kesan daripada perjanjian tersebut ramai orang Islam telah berhijrah ke Madinah secara berperingkat.
Pada tahap awal penyebaran Islam, Rasulullah s.a.w. telah mendapat penentangan daripada masyarakat Kota Makkah dan diatasi dengan pasif. Berkat daripada kesabaran Rasulullah s.a.w. setelah berhijrah ke Madinah, baginda berjaya mewujudkan sebuah negara Islam dan mengatasi penentangan ini dengan lebih agresif sehingga berjaya menegakkan syiar Islam. Akhirnya, sebuah negara Islam Madinah telah ditubuhkan dan akhirnya Kota Makkah dapat ditawan tampa pertumpahan darah pada tahun 8 H.
Penutup Fakta
Huraian
Contoh
Penutup Fakta
Huraian
Contoh
Penutup
Kesimpulan
13
SOALAN 5 : BINCANGKAN STRUKTUR PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN NABI MUHAMMAD S.A.W DI MADINAH
Berpandukan Piagam Madinah , Rasulullah SAW mengemudi negara dan meletakkan asas-asas sebuah ummah yang berdaulat. Pemerintahan di Madinah boleh di bahagikan kepada dua peringkat iaitu zaman Rasulullah SAW, dan zaman Khulafa ar-Rasyidin Sepanjang tempoh tersebut, struktur pentadbiran Islam yang mantap telah berjaya di bentuk dan menjadi panduan kepada zaman-zaman selepasnya. Selepas peristiwa hijrah nabi Muhammad SAW, telah mengambil langkah awal dengan menyatupadukan umat Islam dan bukan Islam melalui konsep pembentukan ummah. Semasa ketibaan Baginda di kota Madinah ini terdapat dua golongan penduduk terbesar,iaitu orang Arab dan Yahudi. Orang Arab Islam, terdiri dari Ansar iaitu suku Aus dan Khazraj, dan orang Muhajirin. Manakala orang Yahudi di Madinah pula terbahagi kepada beberapa kumpulan, antaranya Bani Qainuqa; Bani Quraizah; dan Bani Nadir. Nabi Muhammad S.A.W telah membuat perjanjian dengan seluruh penduduk di Madinah dan telah menulis satu piagam iaitu Piagam Madinah.
Isi 1
Nabi Muhammad S.A.W telah membuat perjanjian dengan seluruh penduduk Madinah untuk mententeramkan keadaan gawat di Madinah dengan memperkenalkan Piagam Madinah. Sahifah al-Madinah atau Piagam Madinah menjadi sistem perundangan dan teras pentadbiran baginda. Perlembagaan yang mengandungi 47 fasal ini menyentuh tentang tanggungjawab orang Islam dan bukan Islam yang mendiami kota Madinah. Sistem ini menjadi sistem pemerintahan yang bersistematik dan berkesan dengan mengamalkan sistem berbentuk teokrasi dan demokrasi Islam. Sebagai contoh 23 fasal piagam tersebut membicarakan tentang hubungan antara umat Islam sesama umat Islam iaitu antara Ansar dan Muhajirin. 24 fasal yang berbaki membicarakan tentang hubungan umat Islam dengan umat bukan Islam iaitu Yahudi. Kesannya, Piagam Madinah telah berjaya membawa keamanan dan kemakmuran kepada negara Islam yang berpusat di Madinah
Isi 2
Nabi Muhammad S.A.W menjadi pemimpin tertinggi negara. Sebagai ketua negara atau ketua pemerintah, Rasulullah SAW juga bertindak sebagai ketua agama, ketua hakim, ketua tentera,dan pemimpin masyarakat. Baginda akan merujuk kepada majlis Syura apabila membuat sesuatu keputusan berkaitan negara dibincangkan. Rasulullah SAW mengetuai sendiri kuasa eksekutif (pelaksanaan), kehakiman, dan legislatif (tasyri‟i-penggubalan undang- undang). Tegasnya, semua tugas berkaitan negara menjadi tanggungjawab baginda dan tugas tersebut dilaksanakan dengan telus.
Pendahuluan
Fakta
Huraian
Contoh
Penutup Fakta Huraian
Contoh Penutup 14
Isi 3
Isi 4
Isi 5
Isi 6
Beberapa jawatan diwujudkan untuk membantu ketua negara Nabi Muhammad SAW telah melantik pembantu untuk membantu baginda dalam hal ehwal pemerintahan. Pada zaman Nabi, mereka dikenali sebagai Wazir. Rasulullah SAW telah meminta pandangan mereka dan menyerahkan hal ehwal pemerintahan, mahkamah, peperangan dan urusan umum yang lain kepada mereka. Selain wazir terdapat juga jawatan-jawatan lain yang diwujudkan untuk membantu Rasullullah S.A.W seperti pemegang amanah, wali, kadi dan lain-lain jawatan. Tegasnya, pemerintahan Nabi Muhammad S.A.W di Madinah dapat diuruskan dengan baik dan lancar dengan bantuan yang ada. Al Quran dan Hadis sebagai dasar pemerintahan Dasar Piagam Madinah telah menetapkan bahawa Al Quran dan Hadis adalah sumber rujukan tertinggi. Segala undang-undang dan peraturan Islam adalah berdasarkan undang-undang yang terdapat dalam Al-Quran. Ini bermakna segala sumber peraturan sebelum ini adalah undang-undang lama setiap kaum. Contohnya hukum adat setiap kabilah sebelum Islam telah dihapuskan dan diganti dengan hukum Islam. Jelaslah dengan menjadikan Al Quran dan hadis sebagai rujukan utama telah membantu urusan pemerintahan dan pentadbiran Islam di Madinah. Bagi memantapkan pemerintahan di kota Madinah, satu institusi pemerintahan telah ditubuhkan, iaitu Majlis Syura. Majlis Syura ini terdiri daripada ketua golongan Muhajirin, Ansar, para sahabat yang terdekat, panglima tentera dan mereka yang arif dalam sesuatu bidang terutamanya dalam bidang politik dan ekonomi. Melalui majlis ini, sistem perbincangan dan rundingan (musyawarah) diadakan dalam menentukan sesuatu keputusan dan tindakan. keputusan dan ketetapan dalam pemerintahan atau pentadbiran dibuat melalui persetujuan bersama hasil daripada perbincangan tersebut Sebagai contoh, Nabi Muhammad SAW mengamalkan prinsip musyawarah dan menjalankan musyawarah semasa mewujudkan persaudaraan antara golongan Ansar dan Muhajirin dan juga mendamaikan permusuhan antara suku Aus dan Khazraj iaitu penduduk asal Madinah. Demikian juga semasa baginda mengadakan musyawarah dengan para sahabat semasa menghadapi tentera Musyrikin Makkah tentang cara-cara umat Islam menghadapi dan berhadapan dengan serangan orang Quraisy. Tegasnya, , Majlis Syura telah berjaya menyelesaikan banyak masalah yang timbul sewaktu pemerintahan negara Islam Madinah Dalam mempertahan kota Madinah, Nabi Muhammad SAW telah membina angkatan tentera Islam. Sebanyak 74 ekspedisi ketenteraan berlaku semasa baginda memerintah Madinah. Pembentukan angkatan tentera Islam adalah untuk mempertahankan kesucian agama Islam daripada ancaman musuh Islam terutamanya daripada kaum musyrikin. Pembentukan angkatan tentera ini membolehkan umat Islam Madinah menghadapi beberapa siri serangan orang musyrikin Makkah .
Fakta
Huraian
Contoh Penutup Fakta
Huraian
Contoh Penutup Fakta
Huraian
Contoh
Penutup Fakta
Huraian
15
Antara peperangan yang berlaku adalah seperti perang Badar, perang Uhud dan perang Khandak. Ekspedisi ketenteraan pada zaman nabi Muhammad SAW terbahagi kepada dua, iaitu. Ekspedisi yang disertai oleh Nabi Muhammad SAW yang dipanggil ‘ghazwah’. Ekspedisi ketenteraan yang tidak disertai oleh Nabi Muhammad yang dikenali sebagai ‘sariyah’. Kesannya, Angkatan tentera Islam telah berjaya menjulang nama kerajaan Islam Madinah dengan kemenangan-kemenangan yang diperolehi. Meningkatkan fungsi institusi masjid. Masjid telah dibina dan menjadi institusi terpenting bukan sahaja sebagai pusat ibadat malah menjadi pusat pemerintahan serta penyebaran ilmu, kebudayaan dan pertemuan umat Islam dalam menyelesaikan sebarang Isi 7 masalah rakyat. Sebagai contoh, masjid Nabawi yang menjadi tempat ibadat dan tempat pentadbiran Rasulullah SAW. Hal ini menunjukkan bahawa dalam pentadbiran di kota Madinah, agama dan politik tidak dipisahkan Pengasas dasar ekonomi Islam Dasar ekonomi Islam menggantikan ekonomi jahiliyah. Larangan riba, menipu timbangan, mewajibkan zakat dan menggalakkan umat Islam mencari rezeki yang halal dan menjauhi yang haram. Isi 8 Dalam bidang pertanian orang Islam digalakkan mengusahakan tanah terbiar, menebus tanah yang tergadai daripada orang Yahudi. Dalam bidang perdagangan mereka digalakkan memecah monopoli perdagangan orang Yahudi Tegasnya, Nabi Muhammad SAW akhirnya berjaya menukar sistem ekonomi jahiliyah kepada sistem ekonomi Islam sewaktu pemerintahannya di Madinah Kebijaksanaan pemerintahan Nabi Muhammad SAW telah berjaya membina masyarakat yang bersatu padu di samping dapat mewujudkan kestabilan politik dan pembinaan negara Islam yang kukuh, makmur dan berdaulat.
Contoh
Penutup Fakta Huraian
Contoh Penutup Fakta Huraian
Contoh
Penutup
Kesimpulan
SOALAN 6 : NABI MUHAMMAD S.A.W MERUPAKAN SEORANG NEGARAWAN YANG UNGGUL . BINCANGKAN. Nabi Muhammad SAW dilahirkan pada tahun 570M. Ketika baginda berusia 40 tahun, baginda telah menerima wahyu yang pertama, surah al-Alaq. Nabi Muhammad SAW merupakan contoh yang terbaik (uswatun hasanah) oleh Al-Quran Baginda ialah seorang Nabi ,Rasul dan pemimpin masyarakat dan negara. Baginda berkebolehan dalam setiap bidang bukan sahaja sebagai pendakwah tetapi sebagai panglima perang, perangka strategi, ketua hakim, pendidik, penasihat dan perancang ekonomi.
Pendahuluan
16
Nabi Muhammad SAW Sebagai Pemimpin Politik
Isi 1
Isi 2
Isi 3
Isi 4
Baginda berjaya mengasaskan Perlembagaan Bertulis yang pertama iaitu Sahifah Madinah yang bersumberkan wahyu. Baginda juga memperkenalkan corak pemerintahan musyawarah. Sistem Syura merupakan cara membuat keputusan secara kolektif. Selain itu, sistem perundangan Islam diperkenalkan terutamanya undangundang sivil. Nabi Muhammad SAW telah menjalin hubungan diplomatik dengan dua kuasa besar pada masa itu iaitu Rom dan Parsi. Rom dan Parsi telah menerima utusan dari Madinah dan telah mengiktiraf Madinah sebagai sebuah Negara Islam. Nabi Muhammad SAW Sebagai Pemimpin Masyarakat Terserlah sebelum Nabi Muhammad berhijrah lagi – digelar Al-amin dalam masyarakat Mekah – Peristiwa perletakan Hajar al-Aswad selepas banjir melanda Kaabah Baginda sebagai ketua dalam masyarakat telah berjaya menyelesaikan masalah persengketaan antara kaum di Madinah Baginda menghormati agama lain dan menghormati adat resam dan budaya orang bukan Islam termasuk kaum Yahudi. Baginda juga memberi kepercayaan kepada ketua-ketua kaum bagi menguruskan hal-hal penting yg bersabit dengan kaum. Contohnya baginda telah berjaya menyelesaikan persengketaan antara kaum Aus dan Khazraj dan di antara orang Arab dengan Yahudi di Madinah melalui konsep Ummah. Ketokohan baginda sebagai pemimpin masyarakat telah berjaya menyatukan penduduk Madinah yang berbilang bangsa. Nabi Muhammad SAW Sebagai Ketua Hakim Baginda menjalankan kewajipan sebagai ketua hakim yang adil dan saksama. Baginda juga tegas dalam menjalankan tugasnya dengan menunjukkan beberapa etika yang perlu dipatuhi oleh mana-mana hakim Contohnya ketegasan baginda dalam melaksanakan hukuman potong tangan terhadap pencuri. Baginda turut menyatakan sekiranya pencuri itu ialah anaknya sendiri maka hukuman sama juga akan dijatuhkan. Ketegasan baginda juga jelas apabila kaum Yahudi diusir dari bumi Madinah kerana pengkhianatan yang dilakukan mereka. Ketegasan dalam melaksanakan hukuman adalah perlu untuk memastikan keadilan ditegakkan. Nabi Muhammad SAW Sebagai Perancang Ekonomi Baginda memperkenalkan dasar ekonomi baru bagi menggantikan dasar ekonomi jahiliyah. Baginda telah merancang dan melaksanakan beberapa projek-projek ekonomi Madinah termasuk projek pertanian dan perdagangan. Baginda berusaha membangunkan ekonomi Islam yg tergadai kepada kaum Yahudi Sistem ekonomi baru yang diperkenalkan oleh baginda dapat memastikan tidak berlaku penindasan dan dapat mengelakkan berlakunya penipuan dan riba seterusnya berjaya melahirkan usahawan Islam seperti Abd Rahman Auf
Fakta
Huraian
Contoh Penegasan Isi Fakta
Huraian
Contoh Penegasaan isi Fakta Huraian
contoh
Penegasan Isi Fakta
Huraian
Contoh 17
Tegasnya Nabi Muhammad SAW berjaya memajukan ekonomi umat Penegasan isi Islam di Madinah dan menghapuskan monopoli kaum Yahudi. Nabi Muhammad SAW Sebagai Pemimpin Tentera Fakta Baginda dianggap panglima tentera dan ahli strategi dalam peperangan. Merangka taktik dan strategi ketenteraan yg membawa kejayaan kepada Isi 5 tentera Islam Huraian Baginda sentiasa adil kepada semua tidak kira kawan atau pihak musuh dan bertindak mengikut peraturan yg disyariatkan oleh Allah. Contohnya baginda membahagikan harta rampasan perang secara adil dan tidak melakukan pencerobohan terhadap musuh yang lari dari medan Contoh perang dan yang lemah. Di antara kejayaan yang terbesar adalah dalam Perang Badar, Perang Khandak, dan pembukaan semula Kota Makkah. Mutu kepimpinan yang tinggi dalam bidang ketenteraan yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW dapat memastikan kemenangan dicapai Penegasan isi dalam 27 ekspedisi ketenteraan yang dipimpin oleh baginda. Kehebatan dan kepimpinan Nabi Muhammad SAW dalam bidang politik, ekonomi dan sosial menjadi asas pembentukan negara Islam pertama di Madinah. Baginda Kesimpulan merupakan negarawan yang unggul, bijak dan berkebolehan dalam memerintah berteraskan wahyu.
SOALAN 7 : INSTITUSI KHALIFAH MERUPAKAN SISTEM PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN YANG DISYORKAN OLEH ISLAM. BERIKAN ULASAN ANDA.
Institusi khalifah amat penting dalam sejarah pemerintahan Islam kerana ia merupakan lambang pembentukan sebuah Negara Islam sebenar yang berpandukan al-Quran dan sunnah. Khalifah merupakan jawatan yang wujud setelah kewafatan Nabi Muhammad SAW dan fungsinya hanya menggantikan nabi dalam hal-hal keduniaan dan urusan pentadbiran agama, tetapi tidak dalam hal-hal kenabian. Khalifah juga menggunakan pelbagai gelaran seperti Amirul Mukminin, Imam, dan sultan. Khalifah juga merupakan struktur pentadbiran tertinggi dalam politik Islam. Kedudukan dan bidang kuasa umum khalifah
Isi 1
Berdasarkan syarat-syarat pelantikan, khalifah memegang dwi-peranan atau kuasa utama dalam satu masa yang sama iaitu tugas kenegaraan (duniawi) dan tugas keagamaan (ukhrawi). Ringkasnya, khalifah mengendalikan hal ehwal umat Islam dunia dan akhirat berlandaskan prinsip syariat Islam. Dalam menjalankan tanggungjawab terhadap negara dan agama, seseorang khalifah haruslah mentadbir berlandaskan ajaran alQuran dan sunnah. Hukum ketaatan kepada Allah dan RasulNya adalah mutlak sedangkan hukum ketaatan kepada khalifah diikat oleh ketaatannya kepada Allah dan RasulNya. Khalifah tidak mempunyai apaapa keistimewaan samada daripada sudut undang-undang negara mahupun undang-undang agama kerana beliau juga adalah hamba Allah yang sama tarafnya dengan manusia lain di sisi tuhan.
Pendahuluan
Fakta
Huraian
18
Isi 2
Khalifah perlu mempunyai pengetahuan dalam hal siasah agar lebih cekap dalam pentadbiran dan pemerintahan. Khalifah juga perlu mempunyai kemampuan, kewibawaan dan keberanian dalam mempertahankan maruah umat dan Negara daripad ancaman dan gangguan musuh. Antara khalifah yang dikenali sebagai khulafa ar-Rasyidin ialah Khalifah Abu Bakar, Khalifah Umar al-Khattab, Khalifah Uthman bin Affan dan Khalifah Ali bin Abu Talib. Tegasnya, khalifah adalah orang yang melaksanakan hukum Allah, bukannya orang yang membuat hukum. Oleh itu, kuasa khalifah adalah terbatas dan tidak bersifat mutlak. Khalifah sebagai ketua negara Islam Dalam pemerintahan Islam, khalifah diiktiraf sebagai ketua kerajaan dan negara yang menguasai struktur pentadbiran dalam semua bidang termasuk politik, ekonomi, sosial dan agama. Segala pelaksanaan pemerintahan dan sruktur pentadbiran berlandaskan agama Islam kerana pentadbiran politik dan agama dalam Islam tidak boleh dipisahkan. Khalifah juga bertanggugjawab terutamanya dalam bidang sosioekonomi. Kedua-dua bidang ini diberi perhatian agar pembangunan negara berjalan lancar. Dalam bidang ekonomi, misalnya, sistem percukaian, pengurusan Baitulmal, pertanian dan perdagangan harus diselaraskan agar perjalanan pentadbiran lebih licin dan ekonomi negara dapat berkembang pesat. Dalam bidang sosial, khalifah menerusi jabatan-jabatannya, perlu menyediakan prasarana pendidikan, infrastruktur awam, membasmi kemiskinan, menyebar kebudayaan Islam dan sebagainya. Jelaslah bahawa agama Islam bukan agama kerohanian sahaja, tetapi merangkumi urusan duniawi dan ukhrawi. Pelantikan dan pemecatan pegawai kerajaan Seseorang khalifah bertanggungjawab menyelesaikan masalah pelantikan para pegawai kerajaan. Khalifah harus menentukan garis panduan atau polisi pemerintahan Islam kepada para pegawainya. Sekiranya mereka tidak amanah dan menyeleweng, khalifah berkuasa melucutkan jawatan mereka.
Isi 3
Khalifah berhak memecat mana-mana pegawai yang menentang pemerintahannya, seperti perlucutan jawatan Muawiyah bin Abi Sufyan sebagai gabenor Syam oleh khalifah Ali bin Abi Talib. Hal ini menunjukkan bahawa seorang khalifah mempunyai kuasa tertinggi dalam bidang politik. Beliau bertanggungjawab dalam mengatur dan membuat polisi ketenteraan khususnya bagi menguasai sesebuah wilayah baharu.
Isi 4
Khalifah bertanggungjawab menyebarkan dakwah Khalifah mempunyai tanggungjawab berat dalam memelihara kesucian agama dan umat Islam. Beliau harus mengembangkan agama Islam ke seluruh pelosok dunia dan sebarang gangguan haruslah diselesaikan
Contoh
Penutup Fakta
Huraian
Contoh
Penutup Fakta
Huraian
Contoh
Penutup
Fakta Huraian 19
secara diplomasi. Sekiranya gagal, khalifah harus menggunakan cara kekerasan kerana sudah menjadi tanggungjawab beliau melaksanakan tugas ini. Dalam masa yang sama, negara Islam juga sering menghadapi ancaman daripada musuh-musuhnya. Khalifah Umar al-Khattab, misalnya pernah memerangi kerajaan Rom dan Parsi kerana sering mengancam keselamatan negara Islam. Di sinilah peranan khalifah sangat penting dan menyerlah dalam menjamin keselamatan negara. Institusi khalifah merupakan suatu bentuk pemerintahan yang disarankan oleh Islam, khalifah mempunyai kuasa tertinggi dalam semua aspek tetapi beliau sendiri tidak terlepas daripada hukuman Allah, sebab itulah khalifah sedaya upaya menjalankan pemerintahan berlandaskan ajaran Islam. Berdasarkan kepada syarat-syarat, ciri-ciri dan tanggungjawab, institusi khalifah adalah sistem pemerintahan yang ideal dilaksanakan oleh umat manusia tanpa mengira zaman berbanding sistem pemerintahan lain yang tidak dapat memberikan jaminan keadilan kepada rakyatnya.
Contoh Penutup
Kesimpulan
SOALAN 8 : BINCANGKAN SUMBANGAN KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ PADA ZAMAN PEMERINTAHAN BANI UMAIYYAH.
Khalifah Umar bin Abdul Aziz dilahirkan pada tahun 682M/63H di Madinah. Umar bin Abdul Aziz mempunyai pertalian darah keturunan Khalifah Umar al-Khattab melalui sebelah ibunya. Beliau berketurunan Bani Umaiyah dan menjadi pemerintah Bani Umaiyah yang kelapan sesudah pemerintahan Khalifah Sulaiman bin Abdul Malik. Umar bin Abdul Aziz telah menghafal Al-Quran sejak kecil lagi. Baginda terkenal sebagai seorang yang warak dan patuh kepada ajaran Islam. Walaupun tempoh pemerintahannya singkat tetapi Umar Abdul Aziz telah memberi banyak sumbangan kepada kerajaan Bani Umaiyah . Antara sumbangan utama Khalifah Umar Abdul Aziz ialah melaksanakan pentadbiran berdasarkan al-Quran dan Hadis Beberapa perubahan berkaitan dasar pemerintahan kerajaan Bani Umaiyah telah berlaku semasa pentadbiran beliau, terutama yang berkaitan dengan pelaksanaan undang-undang Islam. Dasar pemerintahan beliau adalah berdasarkan Al-Quran dan Sunnah. Dasar pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz banyak dipengaruhi sifat beliau yang warak. Beliau juga tidak mengutamakan kemewahan duniawi. Pemerintahan Isi 1 beliau yang cemerlang disifatkan setanding dengan pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab. Dasar pemerintahan Umar Abdul Aziz dikatakan hampir sama dengan dasar pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab, iaitu sangat mementingkan keadilan tanpa membezakan antara orang Arab dan bukan Arab. Semasa pemerintahan beliau kehidupan rakyat aman damai serta tidak ada pertelingkahan kaum yang terjadi seperti pada awal pemerintahan kerajaan Umaiyah.
Pendahuluan
Fakta
Huraian
Contoh
20
Oleh hal yang demikian, sumbangan pembaharuan dalam bidang pentadbiran dapat memperkukuh kerajaan Bani Umaiyah menjadi lebih kuat Selain itu sumbangan seterusnya ialah Khalifah Umar Abdul Aziz telah menghidupkan kembali amalan syura dalam pentadbiran.
Isi 2
Isi 3
Isi 4
Melalui konsep syura, Umar Abdul Aziz mengadakan mesyuarat dalam membuat sesuatu keputusan. Khalifah Umar Abdul Aziz terlalu teliti dalam menguruskan perjalanan pentadbiran agar tidak terpesong daripada konsep Al-Quran dan Hadis. Segala keputusan dilakukan melalui mesyuarat yang dihadiri oleh pegawai dan kakitangan kerajaan dan para sahabat. Jelaslah bahawa pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz telah menyumbang kepada kembalinya amalan syura dalam pentadbiran Kerajaan Bani Umaiyah. Di samping itu, sumbangan Khalifah Umar Abdul Aziz seterusnya ialah berkaitan dasar pelantikan gabenor dan pegawai kerajaan. Khalifah Umar Abdul Aziz berusaha menghapuskan segala bentuk kezaliman dalam pemerintahan Bani Umaiyah. Beliau mengambil semua harta rampasan perang yang dikuasai oleh keluarga Bani Umaiyah dan dijadikan hak milik kerajaan. Beliau telah memecat pegawai dan kakitangan kerajaan yang zalim yang memerintah tidak mengikut Al-Quran dan Hadis. Contohnya, Usman bin Zaid al-Tabikhi, Gabenor Mesir; Yazid bin Muslim, Gabenor Afrika Utara; Saleh Abdul Rahman, Gabenor Iraq; dan al-Harith bin Abdul Rahman, Gabenor Sepanyol. Pelantikan Gabenor-gabenor yang berkaliber telah meningkatkan mutu pemerintahan dan dapat mengekalkan keamanan serta kesejahteraan penduduk di wilayah jajahan. Sumbangan Khalifah Umar Abdul Aziz yang lain ialah mengemas kini dasar luar negara dan polisi peluasan wilayah. Sebaik sahaja Khalifah Umar Abdul Aziz dilantik sebagai khalifah, beliau telah mengarahkan supaya semua kegiatan peperangan dan penaklukan dihentikan. Tentera-tentera kerajaan yang sedang mengepong kota Constantinople diarahkan pulang. Begitu juga dengan tentera yang berada di kawasan bekas jajahan Byzantine. Antara tujuan Khalifah Umar Abdul Aziz bertindak demikian adalah untuk mewujudkan keamanan serta memberi peluang kepada tentera kerajaan berehat dan pulang ke pangkuan keluarga mereka. Pembaharuan dalam dasar luar negara dan polisi peluasan wilayah Kalifah Umar telah menyumbang kepada keamanan dalam empayar Bani Umaiyah. Khalifah Umar Abdul Aziz juga telah memberi sumbangan dalam pembaharuan ekonomi. Beberapa dasar ekonomi baharu yang dijalankan oleh beliau telah berjaya memakmurkan masyarakat Islam pada zamannya.
Penutup
Fakta
Huraian
Contoh Penutup Fakta
Huraian
Contoh
Penutup Fakta
Huraian
Contoh
Penutup Fakta Huraian 21
Isi 5
Isi 6
Pertama, melalui cukai tanah(kharaj), tanah yang diperoleh melalui penaklukan akan menjadi hak milik bersama orang Islam. Hasil tanamannya pula akan dikenakan cukai oleh kerajaan. Kedua, membezakan antara cukai jizyah dengan kharaj. Sebelum ini, seseorang individu perlu membayar kedua-dua cukai tersebut namun semasa Khalifah Umar Abdul Aziz cukai jizyah hanya dikenakan ke atas orang bukan Islam manakala kharaj dikenakan kepada sesiapa yang memiliki tanah. Ketiga memansuhkan semua jenis perayaan, upacara rasmi kerajaan, hadiah serta perbelanjaan lain yang membazir. Pelaksanaan dasar ekonomi baharu ini telah menjadikan kedudukan kewangan negara semakin kukuh. Sumbangan Khalifah Umar Abdul Aziz seterusnya ialah menghapuskan cacian terhadap Saidina Ali Bin Abi Talib dalam khutbah Jumaat. Bagi mewujudkan hubungan baik dan perpaduan antara Bani Umaiyah dengan keluarga Nabi Muhammad s.a.w dan golongan Syiah, Khalifah Umar Abdul Aziz menghapuskan cacian terhadap Khalifah Ali yang bermula sejak pemerintahan Khalifah Muawityah bin Abu Sufyan. Cacian tersebut dibuat dalam khutbah Jumaat di masjid-masjid. Cacian ini sangat memalukan dan menjatuhkan martabat keluarga Nabi Muhammad s.a.w dan golongan Syiah. Kesannya golongan Syiah tidak berputus asa untuk menggulingkan pemerintahan Bani Umaiyah. Perbuatan saling mencaci merupakan perbuatan keji yang ditegah oleh Islam kerana boleh memecahbelahkan perpaduan ummah. Dengan penghapusan cacian tersebut, hubungan baik terjalin antara keluarga Nabi Muhammad s.a.w dengan Bani Umaiyah dan penentangan daripada golongan Syiah mulai berkurangan. Khalifah Umar Abdul Aziz juga memberi sumbangan besar dalam perkembangan ilmu pengetahuan.
Isi 7
Khalifah Umar Abdul Aziz amat menekankan dan mementingkan ilmu pengetahuan dalam kehidupan. Selain itu, beliau memberi penghormatan kepada golongan ilmuan. Beliau mengarahkan agar masjid dijadikan pusat penyebaran ilmu. Di sini Umar sering mengadakan majlis dan pertemuan dengan golongan ilmuan untuk mendapatkan pandangan daripada mereka. Beliau turut mengarahkan pegawai-pegawainya supaya meluangkan masa bersama ulama dan majlis-majlis ilmu yang dianjurkan. Bagi misi dakwah Umar telah menghantar 10 pakar perundangan Islam ke Afrika Utara bagi mengajar ilmu Islam dan menyebarkan dakwah Islam di sana. Sebagai contoh, Ismail bin Ubaidullah dihantar ke Afrika. Usaha dakwahnya Berjaya dan berjalan dengan lancer apabila beliau dapat mengislamkan kaum Barbar. Umar juga mengarahkan ahli bijak pandai supaya menterjemah ilmu-ilmu daripada bahasa Greek,Siryani dan Latin ke bahasa Arab. Umar juga memberi bantuan biasiswa kepada sesiapa yang ingin mendalami ilmu dan menyambung pelajaran mereka. Beliau mengarahkan para Gabenor memberikan biasiswa kepada rakyat yang menghidupkan budaya ilmu.
Contoh
Penutup Fakta
Huraian
Contoh
Penutup
Fakta
Huraian
Contoh
22
Khalifah Umar Abdul Aziz ialah khalifah pertama yang meminta supaya hadis-hadis Rasulullah ditulis dan dibukukan sehingga lahir tokoh seperti Urwah Ibn az-Zubair dalam bidang ilmu hadis. Khalifah Umar Abdul Aziz telah meninggal dunia pada bulan Rejab tahun 101 Hijrah/Februari 720 Masihi. Tempoh pemerintahannya adalah selama kira-kira dua tahun setengah. Walaupun pemerintahannya tidak lama, beliau dianggap setaraf dengan Khulafa al-Rasyidin yang empat. Makamnya dihormati oleh semua pihak termasuklah Khulafa Bani Abbasiyah yang membongkarkan kubur seluruh Khalifah Bani Umaiyah melainkan Khalifah Umar Abdul Aziz.
Penutup
Kesimpulan
SOALAN 9 : NILAIKAN SUMBANGAN KHALIFAH HARUN AL-RASYID SEPANJANG PERKHIDMATANNYA PADA ZAMAN KERAJAAN ABBASIYAH.
Harun al-Rasyid dilantik menjadi khalifah Abbasiyah pada tahun 170H bersamaan 786M ketika berusia 25 tahun. Sebelum menjadi khalifah, Harun al-Rasyid pernah menyandang jawatan gabenor di Saifah pada tahun 779M dan setahun kemudian dilantik menjadi gabenor Magribi. Harun al-Rasyid mempunyai keperibadian yang mulia dan mempunyai pengalaman luas dalam bidang pentadbiran, ketenteraan, kemasyarakatan dan ilmu pengetahuan. Pengalaman dan pengetahuan yang luas menjadikan Harun al-Rasyid seorang khalifah yang disegani. Dasar pentadbiran yang cekap
Isi 1
Isi 2
Harun al-Rasyid menggunakan pengalaman pentadbiran sejak zaman mudanya dalam kerajaan Abbasiyah untuk menyusun dan memperkemaskan semula sistem pentadbiran negara. Beliau melantik wazir yang bijak daripada keluarga al-Barmaki iaitu Yahya bin Khalid. Hasil bantuan dari kebijaksanaan keluarga al-Barmaki yang menjadi wazir dan gabenornya, Harun al-Rasyid berjaya membentuk satu sistem, pentadbiran yang cekap. Memperkasakan pasukan tentera Islam Harun al-Rasyid telah menyusun semula pasukan tentera Abbasiyah. Beliau sendiri menjadi panglima tertinggi angkatan perang beberapa kali mengetuai pasukan tenteranya dalam peperangan contohnya ketika menyerang tentera Byzantine pimpinan maharaja Nicephoras 1. Peperangan ini berakhir dengan kemenangan di pihak tentera Islam. Hasil daripada sikap dan layanan baik Harun al-Rasyid, pasukan tentera Abbasiyah telah menjadi satu pasukan yang kuat, berdedikasi dan berdisiplin. Pasukan tentera ini amat ditakuti dan dihormati oleh pihak musuh.
Pendahuluan
Fakta Huraian Contoh Penutup Fakta Huraian
Contoh
Penutup
23
Perkembangan ekonomi Dasar liberal Harun al-Rasyid terhadap semua penduduk Abbasiyah termasuk golongan Zimmi dan Mawali membawa pertumbuhan pesat di bidang ekonomi, khasnya kegiatan pertanian, perdagangan dan perusahaan. Harun al-Rasyid menggalakkan pembukaan tanah-tanah baharu serta membekalkan biji benih secara percuma kepada para petani. Kemudahan tali air turut disediakan untuk menyuburkan kawasan pertanian. Terdapat banyak kota di wilayah Islam muncul sebagai pusat Isi 3 perdagangan Banyak jalan darat dibuka untuk tujuan perdagangan, contohnya jalan dari Iraq ke utara mengikut pesisir Laut Merah menuju ke laut Mediterranean, Tunisia dan Maghribi. Laluan laut yang terkenal adalah Laut Parsi, Laut Merah dan Laut Mediterranean. Perkembangan ekonomi ini menjadikan perbendaharan kerajaan Abbasiyah semakin makmur serta teguh dan stabil. Perkembangan kegiatan intelektual dan keilmuan Kedudukan kewangan yang kukuh dan sikap khalifah yang mencintai ilmu pengetahuan membolehkan bidang keilmuan dan kegiatan intelektual berkembang pesat. Harun al-Rasyid telah mengambil beberapa langkah untuk mengembangkan lagi kegiatan keilmuan. Harun al-Rasyid mendirikan banyak kuttab, sekolah rendah dan menengah, kolej serta masjid sebagai pusat perkembangan ilmu. Harun al-Rasyid juga telah menubuhkan Baitul Hikmah sebagai pusat perkembangan kegiatan intelektual terbesar di Baghdad. Baitul Hikmah akhirnya menjadi gedung Isi 4 ilmu pengetahuan utama dan menjadi tumpuan para sarjana membuat kajian dan penyelidikan. Dua bidang utama kegiatan intelektual yang berkembang pesat pada masa itu adalah kegiatan penterjemahan buku dari bahasa asing ke dalam bahasa Arab dan penulisan karya ilmiah asli. Ramai ilmuan dalam pelbagai bidang muncul pada zaman Harun alRasyid seperti Jabir ibn Hayyan, Jibrail Ibn Bakhtisyu, Yuhana Ibn Musawaih, Imam Malik, Imam as-Syafie dan sebagainya. Golongan sarjana mendapat kedudukan istimewa dan penghormatan yang tinggi daripada khalifah. Pembangunan bandar dan prasarana Keadaan negara yang aman dan sistem pentadbirannya yang cekap dan licin membolehkan negara membangun dengan pesat. Pada masa yang Isi 5 sama, kemudahan prasarana seperti perigi, jalan raya, terusan dan lain-lain telah dibina di seluruh negara Beberapa buah kota seperti Baghdad, Basrah, Mausul, Damsyik dan Alleppo muncul sebagai kota yang maju dan terkenal. Semasa pemerintahan Harun al-Rasyid pembangunan bandar & prasarana sangat menyerlah sehingga kota-kota tersebut menjadi sangat terkenal. Empayar Abbasiyah mencapai kemuncak kejayaan di bawah pimpinan Khalifah Harun al-Rasyid dan diteruskan oleh puteranya, al-Makmun. Pada zamannya, kerajaan Abbasiyah berada pada zaman keemassan tamadun Islam. Masyarakat Islam hidup makmur, ekonomi berkembang pesat terutamanya dalam bidang perdagangan dan pertanian. Harun al-Rasyid berjaya menjadikan kota Baghdad sebagai pusat pentadbiran, pusat perdagangan dan pusat intelektual terkenal di dunia.
Fakta
Huraian
Contoh
Penutup Fakta
Huraian
Contoh Penutup Fakta Huraian
Contoh Penutup
Kesimpulan
24
SOALAN 10 : BINCANGKAN STRUKTUR PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN PUSAT SERTA WILAYAH PADA ZAMAN PEMERINTAHAN KHALIFAH UMAR AL - KHATTAB
Khalifah Umar Al-Khatab merupakan khalifah kedua dalam pemerintahan khulafa arRasyidin. Beliau mula memerintah pada 634 Masihi sehingga 644 Masihi. Khalifah Umar memerintah selama 10 tahun. Zaman pemerintahan Umar merupakan zaman kegemilangan bagi umat Islam kerana sistem pemerintahan yang amat sistematik sehingga mampu membawa keamanan kepada masyarakat Islam. Struktur pemerintahan Umar diagihkan kepada 2 bentuk iaitu pemerintahan pusat dan wilayah yang mempunyai tanggungjawab masing-masing. Pentadbiran Pusat Umar al Khattab berdasarkan 3 sumber rujukan utama iaitu Al Quran, Sunnah dan Ijmak
Pendahuluan
Fakta
Isi 1
Isi 2
Isi 3
Berdasarkan ketiga-tiga sumber ini, khalifah Umar menguruskan pemerintahan dan pentadbiran pusatnya terhadap hal ehwal politik,ekonomi dan sosial. Dalam bidang politik beliau memastikan pemilihan khalifah adalah melalui prinsip syura. Beliau juga membentuk majlis syura secara rasmi yang dianggotai oleh para sahabat seperti saidina Uthman, Saidina Ali, Abdul Rahman bin Auf dan lain-lain yang amat bijak serta warak. Semua urusan pentadbiran pusat akan diputuskan melalui musyawarah dalam Majlis Syura Majlis syura bertanggungjawab membantu khalifah dalam pemilihan ketua jabatan, memecat individu yang didapati tidak layak serta tidak dapat melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkkan. Pemerintahan pusat yang berlandaskan syariat ini telah membawa kepada keamanan dan kelancaran dalam pentadbiran khalifah Umar Alkhattab. Membentuk jabatan-jabatan penting dalam pentadbiran pusat Bagi melancarkan pentadbiran peringkat pusat, khalifah telah melantik beberapa orang pegawai kerajaan bagi mengetuai jabatan-jabatan. Setiap jabatan akan diketuai oleh seorang khatib atau setiausaha. Umar bertindak memisahkan jabatan kehakiman bagi mengelakkan sebarang salahlaku dalam kalangan hakim dan diletakan dibawah pengurusan kadi. Contoh jabatan yang ditubuhkan oleh khalifah Umar adalah Jabatan tentera, jabatan Polis,jabatan percukaian ,jabatan kehakiman serta jabatan perbendaharaan negara. Penubuhan jabatan -jabatan ini telah membawa kepada pembaharuan dalam politik serta dapat melicinkan pentadbiran negara Islam sehingga membawa kepada pengurusan yang sistematik. Struktur pentadbiran wilayah diketuai oleh gabenor yang dikenali sebagai Wali dan dibantu oleh pegawai khas. Pentadbiran wilayah mempunyai kuasa otonomi yang terbatas kerana kuasa utama adalah kerajaan pusat. Di setiap wilayah gabenor akan dibantu oleh pegawai -pegawai yang dilantik khas. Pegawai pegawai yang dilantik adalah seorang yang berwibawa dalam masyarakat.
Huraian
Contoh Penutup fakta
Huraian
Contoh Penutup fakta
huraian
Khalifah Umar akan memberikan surat perintah yang akan menyatakan tugas-tugas rasmi dan kuasa mereka. 25
Pegawai yang dilantik perlu membuat pengistiharan harta sebelum dan selepas dilantik agar dapat mengelakkan penyalahgunaan kuasa. Setiap tahun pegawai yang dilantik perlu membuat laporan kepada khalifah semasa musim haji. Contoh gabenor yang dilantik adalah Muawiyah bin Abi Suffian di wilayah Syam. Contoh pegawai khas adalah khatib diwan (setiausaha tentera), Ahdul Baitulmal (pengawai perbendaharaan), pegawai cukai dan shahibul kadi (pentadbiran kehakiman) Pentadbiran wilayah ini membantu kerajaan pusat dalam banyak perkara sehingga mampu membentuk pentadbiran yang sistematik semasa zaman pemerintahan Umar Al Khattab. Hubungan antara wilayah dan pusat dilaksanakan melalui pertemuan dan mesyuarat tahunan.
contoh
penutup fakta
Bagi memastikan kelancaran pentadbiran wilayah oleh setiap pegawai yang dilantik, khalifah akan mengadakan pertemuan dan mesyuarat dengan pegawai pegawai tentang permasalahan yang dihadapi serta cara mengatasinya. Mesyuarat akan diadakan setiap tahun pada musim haji dimana para Isi 4 pegawai kerajaan diminta untuk memberi laporan mengenai sebarang perkara berhubung pentadbiran wilayah. Dalam masa yang sama rakyat jelata juga turut diberi peluang menyuarakan sebarang aduan berkenaan pegawai-pegawai tersebut. Jelas sekali khallifah Umar al Khattab menjalankan pentadbiran dan pemerintahannya berteraskan al Quran dan Hadis. Struktur pentadbiran yang sistematik ini membawa keamanan semasa pemerintahan beliau. Kesimpulannya, struktur pemerintahan dan pentadbiran Umar Al Khattab yang berlandaskan Al Quran dan sunnah ini telah membawa kemakmuran dan keamanan kepada kerajaan Islam.
huraian
contoh penutup
kesimpulan
SOALAN 11 : BINCANGKAN PENTADBIRAN PUSAT DAN WILAYAH YANG DIPRAKTIKKAN KERAJAAN UTHMANIYAH PADA ABAD KE-16 DAN 17
Kerajaan Uthmaniyah memerintah dari tahun 1281 hingga tahun 1924. Pada tahun 1453, pentadbiran kerajaan ini berpusat di Istanbul. Kerajaan Uthmaniyah ditubuhkan selepas orang2 Mongol berjaya menakluki kerajaan Abbasiyah di Baghdad. Kerajaan ini diasaskan oleh Uthman bin Ertughrul dan diteruskan oleh 38 orang khalifah yang lain. Antara khalifah yang terkenal ialah Muhammad II dan Sulaiman II. Terdapat beberapa struktur pemerintahan dan pentadbiran yang dipraktikkan oleh kerajaan Uthmaniyah pada peringkat pusat dan wilayah. Pentadbiran pusat Isi 1
• Kerajaan Uthmaniyah menjalankan sistem pemerintahan monarki yang bermaksud Sultan/Khalifah adalah pemerintah tertinggi dalam pentadbiran Negara. • Pentadbiran pusat juga berbentuk autokrasi di mana Khalifah/Sultan
Pendahuluan
Fakta Huraian
26
Isi 2
Isi 3
mempunyai kuasa mutlak dalam politik, ekonomi dan sosial. • Wazir Besar/ Perdana Menteri adalah ketua pentadbir dan penasihat utama Sultan. Beliau juga bertindak sebagai ketua seluruh wazir dan amir. Beliau juga diamanahkan memegang cop mohor kerajaan atau sebagai wakil Sultan. • Wazir Besar dibantu oleh 6 kumpulan yang terdiri daripada 3 orang hakim tentera dan 2 orang pegawai tentera berpangkat beylerbey, 2 orang defterdar (uruskan hal kewangan), seorang agha, seorang panglima tentera darat (Janissari) dan seorang laksamana tentera laut (Nishanji). Kerajaan Uthmaniyah mengamalkan polisi peluasan kuasa dan tanah jajahan. Pada zaman Sultan Biyazid II, sistem autonomi dihapuskan dan seluruh wilayah ditadbir secara langsung oleh Istanbul. Pentadbiran kehakiman dan keadilan • Khalifah Uthmaniyah turut mengetuai bidang kehakiman. Sultan Sulaiman I turut memodenkan sistem perundangan negara pada masa pemerintahannya sehingga digelar sebagai Sulaiman al-Qanuni. • Jawatan mufti turut diwujudkan pada masa pemerintahan Sultan Salim I. Mufti turut bertanggungjawab sebagai ketua pegawai pentadbiran kehakiman dan perundangan dan berpejabat di Istanbul. • Tugas mufti memberi fatwa dalam semua aspek agama termasuk dalam keputusan berperang sesame Islam atau golongan kafir. • Penduduk Uthmaniyah yang terdiri daripada golongan Kristian dan Yahudi juga diberi kebebasan beragama dan menjalankan ibadat tanpa sebarang sekatan. Pada abad ke-16 M dan 1816, orang-orang Yahudi telah diberi perlindungan oleh kerajaan pusat apabila mereka dihalau oleh orangorang Kristian Sepanyol dan Portugal. Golongan paderi di Istanbul juga diberikan lebih banyak kuasa berbanding pada zaman pemerintahan Byzantine. Kewujudan jawatan mufti memberikan impak yang baik kepada pentadbiran kerajaan Uthmaniyah bahkan toleransi terhadap agama lain telah mewujudkan keamanan dalam kerajaan. Pemerintahan yang liberal juga turut memberi peluang kepada bangsa bukan Turki terlibat dalam pentadbiran negara. Pentadbiran Ketenteraan • Struktur ketenteraan kerajaan Uthmaniyah adalah sistematik dan tersusun sesuai dengan kedudukannya sebagai sebuah kuasa besar dunia dalam tempoh tersebut. • Beylerbey merupakan pegawai tentera berpangkat paling tinggi dan digelar Pasha. Bey pula merupakan gelaran ketua batalion di bawah beylerbey. Anggota bey ialah tentera yang dikenali sebagai fief (tanah kurniaan). Fief dikurniakan tanah oleh kerajaan pusat atas jasa mempertahankan negara. • Sultan berperanan sebagai ketua tentera dan biasanya bertanggungjawab memimpin sendiri ekspedisi ketenteraan.
Contoh
Penutup Fakta
Huraian
Contoh
Penutup
Fakta
Huraian
27
Cthnya Sultan Sulaiman I pernah memimpin pasukan tentera Uthmaniyah untuk menakluki wilayah Kristian di Belgrade, Rhodes dan Hungary sebelumnya penaklukannya dipatahkan dalam Perang Vienna 1529. Sistem ketenteraan yang dijalankan kerajaan Uthmaniyah ditiru daripada sistem feudal kerajaan Byzantine. Pada abad ke-16, sistem feudal ini mula digantikan dengan tentera upahan yang menggunakan senjata yang lebih moden termasuklah meriam besar. Pentadbiran Percukaian • Kerajaan Uthmaniyah telah mewujudkan cukai khas dana perang untuk perbelanjaan peperangan tanpa melakukan rampasan harta atau mengenakan cukai yang tinggi kepada rakyat. • Sistem cukai yang lebih adil dan mampu dibayar oleh semua orang turut diperkenalkan ke seluruh empayar. Hal ini dapat mengelakkan timbulnya perasaan tidak puas hati dan huru-hara dalam kalangan Isi 4 rakyat. Cthnya penduduk Kristian dikenakan cukai perlindungan sebanyak 2 dolar setahun dan diberi perlindungan. Kadar ini ternyata amat rendah dibandingkan kadar cukai yang dikenakan oleh kerajaan Byzantine sebelum ini. Jelaslah, sistem percukaian yang adil dan sistematik ini telah membantu kepada perkembangan ketenteraan dan kemajuan ekonomi kerajaan Uthmaniyah. Pentadbiran Wilayah • Wilayah-wilayah Islam yang berada di bawah penguasaan kerajaan pusat sentiasa diberikan perlindungan. Gabenor bertanggungjawab mentadbir wilayah jajahan seperti di Mesir dan Mekah. • Gabenor wilayah akan mentadbir tanah di wilayah mereka manakala Isi 5 petani akan mengusahakan tanah tersebut. Pentadbiran gabenor di setiap wilayah juga turut dibantu oleh pegawai-pegawai lain. Contohnya, Multezim yang bertanggungjawab mengutip cukai dari kawasan tertentu dan mnyerahkan sebahagian hasil cukai kepada kerajaan pusat. Kadi pula merupakan ketua agama bagi setiap wilayah dan berkuasa melaksanakan hukum jenayah dan sivil peringkat wilayah berdasarkan syariat Islam. Perlantikan gabenor dan kadi di setiap wilayah membolehkan kerajaan pusat mengawal selia urusan pentadbiran di peringkat wilayah. Jelaslah, pentadbiran wilayah yang sistematik memastikan kelicinan pentadbiran dan penguasaan kerajaan pusat. Pentadbiran yang cekap dan tersusun menyumbang kepada kegemilangan kerajaan khalifah Uthmaniyah. Namun begitu, penghujung abad ke-17 menyaksikan permulaan kemerosotan kerajaan Uthmaniyah akibat kemaraan dan tekanan daripada imperialis Barat.
Contoh
Penutup Fakta
Huraian
Contoh
Penutup Fakta
Huraian
Contoh
Penutup
Kesimpulan
28
SOALAN 12 : HURAIKAN SISTEM PEMERINTAHAN KESULTANAN ANDALUSIA PADA ABAD KE-13
Pada abad ke-13 M menyaksikan kemunculan kerajaan Nasriyyah yang merupakan kemunculan kerajaan Islam terakhir yang memerintah Andalusia (635-897 H/1238-1492 M. Kerajaan ini dikenali dengan nama Bani Nasr atau Bani al-Ahmar. Sebelum kemunculan kerajaan ini, Andalusia menjadi rebutan dalam kalangan pemerintahan Islam. Antaranya ialah Abu Jamil Zayyan bin Maddanish dengan Abu Abd Allah Muhammad bin Yusuf bin Hud al-Judhami atau juga dikenali sebagai Ibn Hud. Sebelum pengasasan kerajaan Nasriyyah, Andalusia berada di bawah pemerintahan kerajaan al-Muwahhidun. Kerajaan al-Muwahhidun telah memerintah Andalusia sehingga kerajaan ini dikalahkan oleh tentera-tentera kristian pada tahun 1212 M. Pemerintahan kerajaan al-Muwahhidun Pemerintahan kerajaan al-Muwahhidun telah berjaya menguasai beberapa buah wilayah di Sepanyol seperti Granada dan Toledo. Namun demikian ketika pemerintahan Muhammad al-Nasir, kerajaan ini menjadi lemah. Pemerintah yang terakhir iaitu al-Mustansir tidak berupaya mengembalikan semula kedaulatan wilayah-wilayah kerajaan alMuwahhidun yang ditawan oleh tentera Kristian. Pentadbiran kerajaan ini di peringkat pusat dan wilayah diperintah Isi 1 berasaskan sumber perundangan daripada mazhab Maliki. Pemimpin al-Muwahhidun menggunakan gelaran yang mempunyai unsurunsur Syiah seperti al-Mahdi, al-Nasir dan al-Mansur. Walau bagaimanpun, penggunaan gelaran ini menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan bangsa Arab yang mengharapkan kewujudan sistem demokrasi Islam. Tegasnya, pentadbiran kerajaan al-Muwahhidun yang berpaksikan kepada mazhab Maliki secara tidak langsung telah melemahkan golongan yang tidak berpegang terhadap fahaman Syiah. Perjanjian damai Bagi mewujudkan suasana iklim politik yang stabil, pemimpin kerajaan al-Muwahhidun pernah mengadakan perjanjian damai dengan pihak Kristian. Isi 2 Perjanjian damai telah diadakan antara kerajaan Muwahhidun dengan Raja Leon dan Castile. Namun perjanjian damai ini hanya berkekalan selama 10 tahun sahaja. Akhirnya, semasa pemerintahan al-Nasir baginda terpaksa melepaskan wilayah kekuasaan Islam kepada tentera Kristian. Murcia sebagai pusat pemerintahan Abu Abd Allah Muhammad bin Yusuf bin Hud al-Judhami atau Ibn Hud berusaha menerajui pemerintahan Andalusia dengan menjadikan Murcia sebagai pusat pemerintahannya. Pada tahun 1228 M, Ibn Hud yang dikenali juga dengan gelaran Amir alIsi 3 Mukminin Sayf al-Dawlah al-mutawakkil ‘Ala Allah berjaya menawan Murcia daripada wakil kerajaan al-Muwahhidun. Kejayaan ini membolehkan Ibn Hud bertapak di Cardova, Seville, Granada, Almeria, Ceuta Algeciras, Jaen, Merida dan Badajoz.
Pendahuluan
Fakta
Huraian
Contoh
Penegasan Isi Fakta Huraian
Contoh Penegasan Isi Fakta
Huraian
Contoh 29
Isi 4
Isi 5
Isi 6
Isi 7
Tegasnya, dengan adanya pusat pemerintahan di Murcia kedudukan Ibn Hud sebagai pemimpin di Andalusia semakin kukuh. Melaksanakan syariah Islam Ibn Hud bertekad melaksanakan Syariah Islamiyah di setiap kawasan yang dikuasai. Beliau juga telah memaklumkan kepada khalifah kerajaan Abbasiyah di Baghdad tentang kejayaan penguasaannya terhadap bandarbandar tersebut. Walaubagaimanapun, cabaran yang terpaksa dihadapi oleh Ibn Hud amat getir. Akibat tekanan dan serangan daripada tentera-tentera Kristian, beliau mengalami kekalahan termasuk di Cordova. Akhirnya, kekalahan demi kekalahan yang dialami oleh Ibn Hud telah melemahkan pemerintahannya. Saingan daripada Ibn al-Ahmar Kerajaan al-Muwahhidun juga terpaksa hadapi saingan daripada Muhammad bin Yusuf bin Nasr atau dikenali Ibn al-Ahmar yang kemudiannya berjaya mengambil alih pemerintahan Andalusia dan membentuk kerajaan Nasriyyah. Sebagaimana Ibn Hud, Ibn al-Ahmar juga berusaha mendapatkan pengikhtirafan daripada kerajaan Abbasiyah di Baghdad bagi menubuhkan kerajaan Nasriyyah. Implikasinya pada tahun 1231 M, Ibn al-Ahmar berjaya memperluaskan kuasa pemerintahannya dengan menduduki wilayah-wilayah seperti Carmona, Cordova, dan Seville. Beliau juga turut menjalinkan kerjasama dengan pemimpin di Seville, iaitu al-Bajji bagi menjatuhkan Ibn Hud yang menjadi pemimpin kerajaan al-Muwahhidun. Tegasnya, kejatuhan Ibn Hud telah memberi laluan kepada Ibn al-Ahmar untuk meluaskan jajahan takluknya di Andalusia. Berjaya menyingkirkan al-Bajji Sebagai seorang yang bijak dan hebat berpolitik, Ibn al-Ahmar kemudiannya berjaya menyingkirkan al-Bajji dengan melakukan pembunuhan secara rahsia dan seterusnya merampas wilayah tersebut. Bermula pada tahun 1232 M, beliau berjaya memperoleh kesetiaan penduduk Jerez, Malaga dan kawasan sekitarnya. Oleh sebab pentadbiran kota Seville serta kota-kota lain di bahagian barat Andalusia dipegang oleh pemimpin tempatan yang sedia memberikan ketaatan kepadanya, maka Ibn al-Ahmar telah membentuk kuasa ketenteraan di kawasan-kawasan tersebut. Mengamalkan pentadbiran yang zalim Ibn al-Ahmar terlibat secara langsung di Granada bermula pada tahun 1238 M, iaitu apabila beliau berjaya menguasai kota tersebut daripada bekas gabenor Ibn Hud yang mengamalkan pentadbiran yang zalim. Di sebabkan kezaliman itu, penduduk Granada bersedia memberikan kesetiaan kepada Ibn Al-ahmar Pada tahun 1246 M, Ibn al-Ahmar telah menandatangani perjanjian dengan pihak Kristian. Menurut perjanjian tersebut, Ibn al-Ahmar sanggup membayar ufti dan bersetuju menyerahkan wilayah Jaen, Arjona, Porcuna, Priego, Higuera dan La Frontera kepada Castille yang ketika itu berkhidmat dibawah pemerintahan Ferdinand III.
Penegasan Isi Fakta
Huraian
Contoh Penegasan Isi Fakta
Huraian
Contoh
Penegasan Isi Fakta Huraian Contoh
Penegasan Isi Fakta
Huraian
Contoh
30
Tegasnya, kesanggupan Ibn al-Ahmar menandatangani perjanjian damai dengan pihak Kristian adalah bagi menyelamatkan kedudukannya sebagai pemerintah tunggal di Granada dan bagi menjamin penerusan pemerintahan kerajaan Nasriyyah berkekalan di Andalusia. Sepanjang penguasaan Ibn al-Ahmar, beliau telah berjaya menguasai Granada dan wilayah-wilayah di sekitarnya. Namun disebabkan tentangan-tentangan tentera Kristian, kekuasaan beliau hanya terhad di Granada. Pemerintahan kerajaan Nasriyyah diteruskan oleh 21 orang sultan berikutnya sehinggalah kerajaan ini berakhir pada tahun 1492 M.
Penegasan Isi
Kesimpulan
SOALAN 13 : BINCANGKAN KONSEP JIHAD DAN JENIS-JENISNYA • •
Jihad adalah penumpuan segala tenaga dan usaha untuk mencapai sesuatu citacita, iaitu menegakkan syiar Islam. Islam tidak menggalakkan peperangan tetapi jika agama, negara, dan maruah diancam maka umat Islam wajar mengangkat sentaja demi mempertahankannya. Konsep Jihad
Pendahuluan
Fakta
•
Isi 1
Perkataan al-Jahdu dan al-Jihad menurut pengertian bahasa Arab adalah pengerahan segenap tenaga manusia untuk mendapatkan sesuatu yang diinginkan atau menolak sesuatu yang dibenci. • menurut istilah syarak, makna jihad ialah perang dan membantu semua persiapan perang. • Perbezaan pendapat mazhab, Mazhab Syafie menjelaskan jihad sebagai berperang di jalan Allah SWT dan mengerahkan segala kemampuan untuk memerangi orang-orang kafir. Mazhab Hanafi mentakrif jihad sebagai mengajak orang kafir ke dalam pelukan Din al-haq dan memerangi mereka jika mereka menolak. • Dapat memperkukuhkan ketahanan dan pertahanan angkatan tentera Islam seperti Perang Uhud • Jihad merupakan perjuangan menegakkan kebenaran melalui cara yang diredhai Allah Jihad nyawa dan tenaga • •
Isi 2
• •
Jihad yang paling utama,iaitu melalui pengorbanan jiwa dan raga Jihad di medan perang dan mereka yang terkorban diistilahkan sebagai jihad Saidina Hamzah telah gugur atau syahid di medan Perang Uhud Sanggup terkorban demi menegakkan perjuangan terhadap agama Islam
Huraian
Contoh
Penutup Fakta Huraian Contoh Penutup
31
Jihad harta • •
Isi 3
Pengorbanan wang dan harta juga termasuk dalam jihad fi sabillah Bagi golongan kaya, mereka boleh menyumbangkan harta bagi menyokong usaha jihad golongan yang berperang di medan perang • Saidina Abu Bakar as-Siddiq menyerahkan semua hartanya demi menegakkan syiar Islam • Bagi golongan Muhajirin yang sanggup meninggalkan segala harta benda mereka di Mekah kerana ingin mengikut Rasulullah berhijrah ke Madinah untuk menyebarkan syiar Islam Jihad akal fikiran
Fakta Huraian Contoh Penutup Fakta
•
Isi 4
Idea yang bernas dan positif serta memberi manfaat kepada masyarakat dan negara tergolong dalam ciri-ciri jihad di jalan Allah SWT • Salman a-Farisi yang telah menyumbangkan idea bagi pembinaan parit dalam Perang Khandak • Begitu juga para ijtihad yang memberikan sesuatu pandangan mengenai hukum Islam juga tergolong sebagai orang yang berjihad di jalan Allah. Jihad melawan nafsu
Huraian Contoh Penutup Fakta
• •
Isi 5
Jihad yang paling tinggi darjatnya di sisi Islam. Melaluinya seluruh tenaga disalurkan supaya menurut jalan (manhaj) yang digariskan oleh Allah SWT • Perjuangan melawan nafsu dalam diri setiap individu Muslim adalah fardhu Ain • Menjauhi daripada dosa-dosa besar • Justru itu, mencari petunjuk agama yang benar atau mencari ilmu tergolong dalam jihad melawan nafsu, berusaha tunduk dan patuh untuk beramal kepada ajaran Islam, menyebabkan dakwah Islamiah serta sabar diatas segala ujian dan cabaran yang diterima. Jihad menentang musuh/syaitan • • •
Isi 6 •
Syaitan adalah musuh manusia yang sebenar-benarnya. Buktinya banyak dalam ayat-ayat al-Quran yang menjelaskan permusuhan diantara manusia dan syaitan. Dalil dendam Iblis kepada Nabi Adam, surah al-Fatir ayat: 6 “Sesungguhnya itu seteru bagim maka jadikanlahdia atau alayanilah sebagai seteru. Jihad menentang syaitan juga tergolong jihad dalam ketegori fardhi ain kerana setiap manusiaIslam mestilahsentiasa berjihad mennetang hawa nafsu dan syaitan. ini kerana kedua-duanya menjadi musuh dalam diri kita.
Huraian
Contoh Penutup
Fakta Huraian
Contoh
Penutup
32
Jihad menentang golongan Munafik • •
Isi 7
Menentang golongan yang berselindung disebalik nama Islam Banyak ayat-ayat al-Quran membicarakan berkenaan golongan munafik ini. • Dalil al-Quran surah al-Munafiqun, membicarakan tentang golongan munafik dan panduan kepada umat islam ketiaka berhadapan dengan mereka tersebut. • Kita diseru menetang orang kafir dan munafik sekeras-kerasnya. Jihad menentang kemungkaran dan mempertahankan kebenaran • •
Isi 8
•
•
Umat Islam digal;akkan menentang kemungkaran dan kezaliman dalam sesebuah pemerintahan Segala kebatilan dalam masyarakat mestilah ditentang sama ada melalui perbuatan, perkataan ataupun dengan hati. Dalil al-Quran surah al-Baqarah ayat:112 “tidak, barang siapa yang menyerahkan diri sepenuhnya kepada jalan Allah dan dia berbuat baik akan mendapat pahala di sisi Tuhannya dan tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati”. Umat Islam diwajibkan melakukan kebaikkan dan menjauhi kemungkaran
Jihad menuntut ilmu •
Isi 9
•
• • • •
Umat Islam disyariatkan berjuanag dalam bidang keilmuan supaya tidak ketinggalan dalam setiap lapangan. Umat Islam digalakkan mempelajari segala ilmu yang manfaat. Ilmu fardhu ain seperti fikah dan tauhid Ilmu Kifayah seperti sains, perubatan dan kejuruteraan. Umat Islam tidak perlu bergantung kepada bangsa lain, manakala fardhu kifayah wajib dipelajari sekiranya tidak ada orang Islam yang mempelajarinya
Konsep jihad iaitu berjuang kerana Allah SWT, supaya dapat melahirkan individu yang benar-benar mempunyai jati diri serta mampu mempertahankan agama Islam.
Fakta Huraian
Contoh Penutup Fakta
Huraian
Contoh
Penutup Fakta Huraian Contoh
Penutup
Kesimpulan
33
SOALAN 14 : BINCANGKAN ETIKA PEPERANGAN YANG DIANJURKAN OLEH ISLAM • Islam tidak menggalakkan peperangan dan melarang sebarang pencerobohan terhadap wilayah atau negara lain tanpa mempunyai sebab yang munasabah. • Hal ini demikian kerana Islam ialah agama damai yang cinta akan keamanan dan perdamaian. • Namun begitu, apabila agama Islam, negara dan maruah diri diancam, umat Islam wajib mengangkat senjata untuk mengelak maruah dipermainkan oleh pihak musuh. • Hal ini selaras dengan wahyu yang telah diturunkan oleh Allah s.w.t yang membenarkan Nabi Muhammad SAW berperang • Walau bagaimanapun, ketika menghadapi musuh di medan perang, tentera Islam perlu mematuhi etika peperangan yang telah ditetapkan oleh Islam sama ada sebelum, semasa atau selepas peperangan. Memberi pilihan sebelum berperang •
Isi 1
Sebelum berperang manusia/musuh hendaklah diseru atau diajak kepada Islam, berdamai atau berperang • Dilaksanakan semasa zaman Khalifah Abu Bakar al-Siddiq sewaktu menggempur wilayah Hirah. Penduduk diberikan tiga pilihan iaitu menganut agama Islam, berdamai atau berperang. • Sekiranya musuh sudah mengikat perjanjian damai, mereka termasuk dalam golongan yang tidak boleh diperangi • Pihak musuh yang enggan menerima Islam tetapi sanggup berada di bawah naungan kerajaan Islam perlu membayar jizyah sebagai simbol balasan kerana kerajaan Islam melindungi harta dan nyawa mereka. • Peperangan hanya akan berlaku sekiranya pihak musuh masih berkeras dan memulakan serangan Hal ini jelas membuktikan bahawa Islam tidak menggalakkan peperangan dan peperangan hanya akan berlaku selepas usaha untuk mengelakkannya gagal Memerangi musuh seandainya orang Islam diperangi terlebih dahulu •
Isi 2
Isi 3
Islam hanya membenarkan umatnya mengangkat senjata seandainya mereka diperangi terlebih dahulu • Etika ini dapat dilihat dalam perang Badar, iaitu peperangan yang pertama antara umat Islam Madinah dengan orang musyrikin Mekah • Tentera Islam hanya menunggu serangan daripada musuh yang menceroboh kawasan perkhemahan tentera Islam • Selepas itu barulah berlaku peperangan secara terbuka dan menyeluruh antara tentera musyrikin Mekah dengan tentera Islam Madinah Tentera Islam tidak memulakan peperangan tetapi tidak akan berdiam diri sekiranya diserang oleh pihak musuh Mentaati arahan pemimpin atau ketua • Etika yang terpenting semasa peperangan sedang berlaku • Etika ini berhubung kait dengan disiplin yang diterapkan dalam kalangan tentera Islam • Tentera Islam juga tidak boleh lari atau meninggalkan medan peperangan melainkan dengan keizinan ketua • Semua anggota tentera wajib akur kepada arahan pemimpin atau ketua untuk memastikan segala perancangan yang telah diatur mencapai
Pendahuluan
Fakta Huraian
Contoh
Penutup Fakta Huraian
Contoh
Penutup Fakta
Huraian
34
•
matlamat Selain itu untuk mengelakkan berlakunya perpecahan dan sesuatu yang tidak diingini dalam kalangan anggota tentera semasa peperangan
•
Isi 4
Isi 5
Kekalahan tentera Islam dalam Perang Uhud pada tahun 3 Hijrah berpunca daripada tentera Islam yang tidak akur dengan arahan pemimpin • Tentera pemanah telah meninggalkan posisi mereka di Bukit Uhud untuk mengambil harta benda dan makanan yang ditinggalkan oleh pihak musuh • Pihak musuh mengambil kesempatan dan melakukan serangan balas Kegagalan mematuhi arahan pemimpin dan mementingkan tujuan lain semasa peperangan telah mengakibatkan pihak musuh beroleh kemenangan Tidak boleh memerangi golongan yang lemah • Dalam ekspedisi ketenteraan, tentera Islam tidak boleh memerangi musuh yang tidak memiliki kekuatan dan daya usaha. • Kanak-kanak, golongan wanita, orang tua, orang cacat atau lumpuh serta paderi atau pendeta. • Pada zaman Khulafa’ al-Rasyidin golongan ini tidak dikenakan jizyah kerana dianggap tidak mengancam keselamatan negara Islam • Namun begitu, jika golongan ini memainkan peranan penting sebagai penggerak atau pencetus peperangan, tentera Islam boleh mengambil tindakan yang sewajarnya sebagai tindak balas Jelaslah etika ini membuktikan bahawa Islam bukanlah bersifat kejam dan mementingkan kebajikan walaupun terhadap musuh. Hal ini juga menunjukkan bahawa Islam mempunyai nilai moral yang tinggi. Larangan merosakkan harta benda • Tentera Islam dilarang merosakkan atau memusnahkan harta benda penduduk dan kemudahan awam kecuali dalam keadaan darurat • Tentera Islam dianjurkan supaya menjaga keadaan alam sekitar supaya berada seperti dalam keadaan sedia kala • • • •
Perbuatan yang dilarang seperti membakar rumah penduduk, rumah ibadat dan kebun-kebun, dan memotong pokok Hal ini bukan sahaja melibatkan kepentingan awam malah menyebabkan berlakunya pembaziran dan menjejaskan matlamat peperangan. Larangan ini menunjukkan betapa Islam mementingkan keamanan dan kesejahteraan Hal ini dibuktikan dalam peristiwa pengepungan kota Ta’if oleh Nabi Muhammad SAW. Dalam kejadian tersebut, harta-harta mush Islam langsung tidak diusik oleh tentera Islam
Jelaslah di sini bahawa, larangan memusnahkan atau merosakkan harta benda selaras dengan anjuran Islam yang tidak suka akan kemusnahan dan kehancuran tetapi lebih kepada mempertahankan maruah agama Islam dan negara. Melarang sebarang perbuatan yang boleh mengaibkan musuh • Antara larangan tersebut ialah tentera Islam tidak boleh mencincang mayat atau musuh yang terbunuh. • Etika ini jelas menunjukkan bahawa Islam ialah agama yang suci dan menolak tindakan yang boleh mengaibkan seseorang sama ketika masih hidup ataupun setelah meninggal dunia.
Contoh
Penutup Fakta Huraian
Contoh
Penutup Fakta Huraian
Contoh
Penutup Fakta Huraian
35
Isi 6
•
Islam melarang keras tindakan mengaibkan musuh sebagaimana yang telah dilakukan oleh Hindun bt Utbah terhadap jasad Saidina Hamzah, bapa saudara Nabi Muhammad SAW yang syahid dalam Perang Uhud pada tahun 3 Hijrah Jelaslah bahawa Islam sentiasa menghormati orang lain sama ada kawan atau pun musuh, sama ada hidup ataupun sudah meninggal dunia Mengutamakan perdamaian dan mematuhi/mantaati perjanjian yang telah dimeterai • Peperangan hendaklah dihentikan sekiranya pihak musuh memohon untuk berdamai. • Tentera dan umat Islam diwajibkan mematuhi segala perjanjian damai yang telah dipersetujui • Nabi Muhammad SAW tetap mematuhi fasal-fasal yang terkandung dalam Perjanjian Hudaibiyah yang ditandatangani pada tahun 6 Hijrah walaupun syarat perjanjian lebih menyebelahi pihak musuh. • Tindakan pihak musuh yang melanggar gencatan senjata yang telah Isi 7 dipersetujui dalam Perjanjian Hudaibiyah telah membuka peluang kepada Nabi Muhammad SAW mengepalai tentera Islam untuk membuka/menakluki kota Mekah secara aman tanpa pertumpahan darah pada tahun 8 Hijrah Mentaati perjanjian yang telah ditandatangani membolehkan pihak Islam beroleh keuntungan apabila pihak musuh melakukan kesilapan berkaitan perjanjian yang telah dimeterai. Layanan baik terhadap tawanan perang • Tentera Islam dilarang menyiksa atau membunuh tawanan perang sewenang-wenangnya. • Tentera Islam dikehendaki melayan musuh yang berjaya dikalahkan dan ditawan dengan baik. Isi 8 • Hal ini merupakan salah satu kaedah berdakwah yang diajar oleh Nabi Muhammad SAW. • Baginda menggunakan cara diplomasi semasa dalam melayan tawanan perang. • Tawanan perang Badar yang tidak mampu tetapi mempunyai pengetahuan boleh menebus diri dengan mengajar ilmu pengetahuan kepada 10 anak muslimin Madinah sehingga pandai atau membayar sejumlah wang yang tertentu sebagai tebusan diri mengikut keadaan bagi yang berkemampuan • Tindakan Nabi Muhammad SAW memberikan pengampunan kepada tawanan ketika peristiwa pembukaan kota Mekah • Kaedah yang digunakan ini berjaya menarik ramai musuh Islam untuk menerima agama Islam. Jelaslah, dengan melayan tawanan perang dengan baik, Islam terus tersebar dan dapat diterima oleh mereka yang sebelum ini menentang Islam. • Ternyata etika peperangan yang dianjurkan oleh Islam bukan sahaja memberikan kesan yang positif kepada tentera-tentera Islam, malah menjadi saluran untuk penyebaran dakwah Islam • Etika peperangan yang dianjurkan oleh Islam telah menaikkan imej Islam di mata masyarakat bukan Islam • Selain itu, etika perang yang diamalkan oleh tentera Islam juga telah menarik minat ramai musuh Islam untuk menerima agama ini.
Contoh Penutup Fakta Huraian
Contoh
Penutup Fakta
Huraian
Contoh
Penutup
Kesimpulan
36
SOALAN 15 : BINCANGKAN SISTEM KETENTERAAN PADA ZAMAN PEMERINTAHAN KHULAFA AL-RASYIDIN
Islam tidak menggalakkan peperangan, namun peperangan tuidak dapat dielakkan seandainya agama, negara dan maruah diri umat Islam diancam musuh. Sistem ketenteraan zaman Khulafa al-Rasyidin mengalami pemodenan seiring dengan perkembangan dan cabaran semasa khasnya dalam menghadapi kuasa Rom dan Parsi. Pentadbiran ketenteraan zaman Khulafa al-Rasyidin.
Isi 1
Isi 2
Isi 3
Khalifah dalam pemerintahan Khulafa al-Rasyidin merupakan pemerintah atau panglima tertinggi dalam angkatan tentera. Para Khalifah akan melantik panglima-panglima tentera dan menentukan serangan-serangan terhadap pasukan musuh setelah mendapat pandangan ahli majlis syura. Oleh itu, peranan khalifah sangat penting untuk memilih panglima perang yang berkebolehan dan mendapat restu semua ahli majlis syura. Jenis-jenis pasukan tentera dan pembahagiannya. Khulafa al-Rasyidin telah membahagikan pasukan tentera kepada beberapa bahagian seperti pasukan berkuda, pasukan pejalan kaki, pasukan perkhidmatan, pasukan peninjau dan peninjau sayap belakang. Contohnya dalam pembahagian tentera , seorang ketua kumpulan dilantik bagi setiap sepuluh tentera .Seorang Leftenan (Qaid) dilantik bagi setiap seratus orang tentera. Seorang pegawai pemerintah (Amir) dilantik bagi beberapa orang leftenan (Qaid). Pada zaman khalifah Ali Bin Abi Talib ,terbentuk satu sistem penyusunan tentera dipanggil kurdus atau tentera berpasukan. Setiap kurdus mengandungi antara 300 hingga 600 orang tentera. Ketua turus angkatan tentera buat pertama kalinya dilantik ialah pada zaman Khulafa al-Rasyidin. Ketua inilah juga diberi mandat untuk melantik timbalannya. Cuma di akhir pemerintahan Khalifah Umar , beliau sendiri yang melantik timbalan-timbalan untuk meningkatkan jatidiri dan taat setia yang tidak berbelah bahagi. Pemerintahan khulafa al-Rasyidin juga menyediakan keperluan peralatan tentera dan markas-markas ketenteran. Tentera pada zaman Khulfa al-Rasyidin diberikan peralatan yang sempurna seperti baju perisai, pedang, lembing, tombak dan panah. Pembinaan kem-kem tentera juga diberi perhatian oleh khalifah. Contohnya pasukan berkuda memakai baju besi dan topi besi. Pasukan pejalan kaki memakai uniform seragam dan berkasut.Pasukan tentera Eropah pada hari ini merupakan contoh peniruan pakaian yang telah dipakai oleh tentera Islam pada zaman Khulafa al-Rasyidin. Begitu juga kem-kem tentera yang besar di zaman Khulafa al-Rasyidin yang telah dibina di Basrah, Kufah(Iraq), Fustat(Mesir), Qairawan(Afrika) dan Mansurah (Sind) telah didirikan. Peralatan ketenteraan dan kem-kem tentera yang telah dibina telah membantu pasukan tentera zaman Khulafa al-Rasyidin menjadi sebuah pasukan yang mantap dan berketrampilan dalam melakukan ekspedisi peperangan.
Pendahuluan Fakta Huraian Contoh Penutup Fakta Huraian
Contoh
Penutup
Fakta Huraian
Contoh
Penutup
37
Isi 4
Isi 5
Khalifah juga memberi perhatian kepada kebajikan tentera dan keluarga mereka. Perhatian terhdap kebajikan anggota tentera dan keluarga membangkitkan semangat untuk berjuang di dalam peperangan. Khulafa al-Rasyidin berusaha memberi segala kemudahan dan keselesaan tentera Islam terutama perhatian khusus diberikn bagi memastikan tahap kesihatan tentera berada dalam keadaan memuaskan. Antara langkah-langkah yang telah diambil ialah dengan menyediakan berek tentera Islam yang agak luas dan selesa serta dibina di tempat-tempat yang terjamin keselesaannya . Setiap kem tenteraditempatkan di persekitaran dan alam sekitar yang selamat.Setiap tentera diletakkaan d ibawah pengawasan seorang doctor. Dalam pada itu, gaji tentera Islam mula berkuatkuasa pada zaman khalifah Umar. Mengikut skim ini, setiap tentera Islam akan menerima gaji antara 3000 hingga 5000 dirham setahun. Ahl al-Ayyam (askar veteran) pula menerima sebanyak 3000 dirham setahun. Tentera Rawadif (Junior) menerima 1500 hingga 2000 dirham setahun.Peruntukan pembayaran gaji tentera diambil dari peruntukan zakat dan cukai. Sementara keluarga tentera pada masa itu juga diberikan makanan percuma, pakaian dan kasut percuma. Harta rampasan perang (Ghanimah) sebanyak empat perlima dibahagikan kepada tentera yang berjuang. Oleh kerana kebajikan tentera diberi perhatian oleh khalifah, satu pasukan ketumbukan tentera Islam yang kuat dan berwibawa telah dapat dibentuk. Setiap kali ekspedisi peperangan yang disertai maka kejayaan berpihak kepada tentera Islam. Peranan tentera laut zaman Khulafa al-Rasyidin telah membantu ekspedisi ketenteraan . Di zaman Khulafa al-Rasyidin , wilayah-wilayah Islam semakin meluas hingga ke Mesir, seluruh Teluk Parsi dan lain-lain kawasan. Di zaman inilah umat Islam menguasai pelabuhan-pelabuhan tumpuan pedagang seperti Obaillah di Teluk Parsi. Umat islam kemudiannya menguasai Laut Merah dan Laut Mediterranean. Demi meluaskan lagi wilayah Islam dan menentang kekuasaan Rom, laut digunakan untuk mencapai matlamat berkenaan.Pada peringkat permulaan, Khlaifah Umar sendiri enggan menerima cadangan Muawiyyah, gabenor Damsyik agar menggunakan angkatan tentera laut untuk menewaskan tentera Rom yang menguasai lautan ketika itu. Namun Khalifah berubah fikiran apabila negara Islam memerlukan bekalan makanan dari Mesir.Justeru beliau mengarahkan digali terusan dari sungai Nil ke laut Merah sejauh 69 batu. Serangan tentera laut Islam melalui lautan (Teluk Parsi) buat pertama kalinya dilancarkan di bawah pemerintahan Khalifah Umar yang diketuai oleh al-Ala bin al-Hadrami, gabenor Bahrain menentang tentera Parsi. Namun serangan melalui laut dilancarkan tanpa terlebih dahulu mendapat keizinan khalifah Umar dan berakhir dengan kekalahan. Serangan tentera laut seterusnya oleh Muawiyyah dan Abdullah yang melancarkan serangan ke atas Cyprus yang dikuasai Rom pada tahun 28H. Lautan Mediterranean secara beransur-ansur dapat dikuasai oleh tentera laut Islam. Muawiyyah telah menghantar ekspedisi tentera laut yang mengandungi 600 buah kapal bagi menentang tentera Rom. Zaman penguasaan tentera Islam dalam erti kata sebenar bermula semasa pemerintahan khalifah Uthman. Panglima Laut Islam yang pertama ialah Abdullah Bin Qays harith yang melancarkan 50 serangan ke atas tentera Rom. Hakam telah dilantik oleh Khalifah Uthman sebagai gabenor di barain dan diarahkan supaya menyediakan persiapan angkatan tentera laut untuk menyerang India. Beberapa pelabuhan di India seperti Thana, Bahroch telah diserang. Mughirah Bin Abi al-Als telah diutuskan untuk menyerang pelabuhan Thana di wilayah Sind, India.
Fakta
Huraian
Contoh
Penutup Fakta
Huraian
Contoh
38
Jelaslah angkatan tentera laut Islam semasa pemerintahan zaman Khulafa alRasyidin memainkan peranan penting untuk melebarkan penguasaan wilayah oleh kerajaan Islam. Penguasaaan tentera laut Islam dari Laut Merah hingga Lautan Mediterranean telah mencorak kejayaan ekspedisi ketenteraan yang telah dilaksanakan.
Penutup
Kesimpulannya, pada zaman Khulafa al-Rasyidin, wilayah kekuasaan Islam semakin luas ekoran kemenangan semi kemenangan yang telah dicapai. Kejayaan ini didorong Kesimpulan. oleh kepimpinan, organisasi, strategi dan peraltan ketenteran Islam yang mantap disamping kekutan akidah dan semangat jihad yng jitu dalam kalangan tentera Islam. SOALAN 16 : BINCANGKAN NAUNGAN MELALUI PEMBAYARAN JIZYAH PADA ZAMAN PEMERINTAHAN KHULAFA’ AL-RASYIDIN • Jizyah bermaksud perkataan Arab yang bermaksud ganti rugi atau balasan terhadap kebaikan atau keburukan • Pemberian ufti oleh seseorang individu atau negara bukan Islam kepada kerajaan Islam kepada kerajaan yang memerintah • Cukai politik yang dikenakan ke atas golongan kafir dhimmi yang menerima perlindungan nyawa dan harta daripada pemerintah Islam. • Bukan semua orang kafir dhimmi yang dikenakan jizyah tetapi mereka yang mesti sihat fizikal dan mental, akil baligh, berkemampuan, merdeka serta bukan ahli agama seperti paderi atau pendeta. • Orang bukan Islam yang membayar jizyah akan diberi hak yang sama seperti orang Islam dan akan mendapat kebebasan beragama • Pembayaran jizyah oleh kerajaan bukan Islam merupakan simbol naungan di bawah kerajaan Islam • Naungan pembayaran jizyah terbahagi kepada dua iaitu secara baik dan paksaan • Jizyah secara baik ialah pembayaran atas dasar kerelaan atau persutujuan antara orang bukan Islam dengan pemerintah Islam • Jizyah secara paksaan ialah kadar pembayaran yang ditentukan oleh pemerintah Islam apabila ada hubungan antara golongan dhimmi dengan pemerintah Islam • Kewajipan membayar jizyah akan gugur seandainya seseorang itu menganut Islam atau kerajaan Islam gagal memberikan jaminan keselamatan nyawa dan harta benda kepada orang kafir dhimmi. Jizyah bermaksud perkataan Arab yang bermaksud ganti rugi atau balasan terhadap kebaikan atau keburukan Zaman Khalifah Abu Bakar as-Siddiq
Isi 1
• Melaksanakan segala perintah Nabi Muhammad SAW. • Pelaksanaan jizyah dijalankan secara meluas pada zaman Khulafa’ alRasyidin. • Amalan pungutan jizyah diteruskan pada zaman Abu Bakar as-siddiq sewaktu beliau menjawat jawatan khalifah. • Sebelum berperang, Khalifah Abu Bakar telah menawarkan tiga tuntutan kepada Byzantine dan Parsi iaitu menerima Islam, berperang atau membayar jizyah. • Beliau berjaya mengalahkan beberapa kawasan seperti Iraq dan Syria
Pendahuluan
Fakta
Huraian
39
dan bersetuju membayar jizyah • Panglima Khalid Al Walid berjaya menawan al-Anbar dan ‘Ain alTamar menjadi wilayah naungannya • Iraq dan Syria bersetuju membayar jizyah sebanyak 19 ribu dinar • Pemimpin wilayah Hirah, al-Anbar dan ‘Ain al-Tamar bersetuju membayar jizyah 1 dinar per individu. • Kawasan-kawasan di bawah naungan kerajaan Islam bersetuju membayar jizyah supaya keselamatan diri dan harta benda mereka akan terjamin. Zaman Khalifah Umar al-Khattab
Isi 2
Isi 3
Isi 4
• Pendapatan daripada jizyah meningkat akibat ekspedisi ketenteraan yang dijalankan oleh Khalifah Umar al-Khattab • Semakin banyak kawasan yang rela bernaung di bawah kerajaan Islam Madinah. • Gabenor telah diarahkan oleh Saidina Umar untuk mengutip jizyah supaya lebih sempurna • Kerajaan Islam memberi jaminan terhadap keselamatan nyawa dan harta benda di samping kebebasan beragama serta amalan beribadat. • Penduduk Qibti yang menjemput Amru bin al-As bagi menghalau orang Rom di Mesir telah bersetuju membayar jizyah 2 dinar setahun. • Pemimpin Baitulmaqaddis mengadakan perjanjian damai dengan Saidina Umar dan sanggup membayar jizyah • Penduduk di Syam, Palestin dan Jordan bersetuju membayar jizyah selepas kerajaan tentera Islam mengalahkan tentera Byzantine. • Kawasan naungan kerajaan Islam semakin meluas pada zaman Khalifah Umar disebabkan kejayaan beliau yang dicapai dalam ekspedisi ketenteraan sama ada di Iraq, Syria, Jordan, dan Mesir. Zaman Khalifah Uthman bin Affan • Tugasan dan pungutan jizyah diteruskan oleh Khalifah Uthman bin Affan • Kawasan naungan Islam semakin bertambah luas akibat perluasan kuasa yang dilakukan oleh Khalifah Umar al Khattab • Penduduk Tripoli, Nabah dan Qairawan meminta pendamaian dan setuju membayar jizyah • Semasa Khalifah Uthman bin Affan, beliau menyambung pungutan jizyah ke atas kawasan naugan Islam pada masa Khalifah Umar alKhattab Zaman Khalifah Ali bin Abu Talib • Perlaksanaan jizyah diteruskan oleh Khalifah Ali bin Abu Talib walaupun perlaksanaannya agak kabur • Keadaan negara yang tidak aman dan perang saudara seperti Perang Jamal dan Perang Siffin. • Wujud kegawatan ekonomi tetapi masih ada Perjanjian Zimmah • Pendapatan jizyah berkurang kerana terdapat beberapa buah negari
Contoh
Penutup Fakta
Huraian
Contoh
Penutup Fakta
Huraian
Contoh Penutup Fakta
Huraian
40
•
yang tidak membayar jizyah dan membebas diri daripada menjadi naungan kerajaan Islam • Khalifah Ali telah mengutuskan surat kepada al-Asytar al-Nakhai supaya beliau tidak menolak perjanjian yang dihulurkan oleh orang kafir dhimmi. • Jelaslah bahawa kegawatan ekonomi hampir menjejaskan perlaksanaan jizyah tetapi Perjanjian Zimmah tetap masih dilaksanakan Kesimpulannya, perlaksanaan jizyah bukan sahaja membuktikan kehebatan kerajaan Islam Madinah tetapi pada masa yang sama meningkatkan pendapatan negara. Sistem ini diteruskan lagi pada zaman Khalifah Bani Umayyah tetapi terdapat perbezaan dari segi kutipannya
Contoh
Penutup
Kesimpulan
TAJUK 17 : BINCANGKAN KEPENTINGAN PERJANJIAN YANG DITANDATANGANI PADA ZAMAN KERAJAAN UTHMANIYAH ABAD KE-17 HINGGA 19
Pada zaman khalifah Uthmaniyah, telah berlaku perluasan kuasa dan hubungan luar melalui beberapa siri perjanjian dengan beberapa buah kerajaan yang lain. Namun, hubungan ini lebih kepada menjaga pengaruh kekuasaan dan kedudukan kerajaan Islam ke atas wilayahnya. Kerajaan khalifah Uthmaniyah mula mengalami fasa kemerosotan selepas zaman Sultan Muhammad al-Fateh. Keadaan ini semakin ketara antara abad ke-17 hingga 19 akibat persaingan dan tekanan daripada kuasa-kuasa imperialis barat. Akibatnya, khalifah Uthmaniyah terpaksa menandatangani beberapa siri perjanjian berikutan kekalahan demi kekalahan dalam peperangan. Perjanjian yang dibuat ini turut menyebabkan kerajaan Uthmaniyah kehilangan banyak wilayahnya kepada kuasa-kuasa barat. Perjanjian Damai dengan Poland (1672)
Isi 1
Sultan Muhammad IV (1648-1687) telah memimpin serangan ke atas Poland yang berakhir dengan Perjanjian Damai 1672. Poland bersetuju menyerahkan Ukhraine kepada Uthmaniyah. Namun perjanjian ini telah membawa kepada konflik dengan Rusia yang mendakwa Ukhraine wilayah miliknya. Kerajaan Uthmaniyah terpaksa campur tangan ke atas wilayah Ukhraine yang membawa kepada peperangan dengan Rusia. Peperangan Uthmanyah dengan Rusia menyebabkan kekalahan teruk kerajaan Uthmaniyah yang terpaksa menyerahkan Ukhraine kepada Rusia dan menandatangai Perjanjian Rasdin. Kekalahan Uthmaniyah kepada Rusia juga membawa kepada campurtangan Rusia ke atas hak perdagangan di Laut Hitam. Hal ini bermakna orang Turki telah kehilangan hak perdagangan mereka di laut Hitam setelah sekian lama menguasainya.
Pendahuluan
Fakta
Huraian
Contoh
Penutup
41
Isi 2
Isi 3
Isi 4
Perjanjian Karlowitz (1699) dan Perjanjian Passarowitz (1718) • Karlowitz - Berlaku pada zaman Khalifah Mustafa II berikutan kekalahan kepada tentera Rusia pimpinan Tsar Peter. • Passarowitz – Perjanjian ini ditandatangani antara Sultan Ahmad III dengan Austria dan Venesia berikutan kekalahan Uthmaniyah dalam Perang Petewarden. • Karlowitz – Kesannya kerajaan Uthmaniyah terpaksa menyerahkan sebahagian besar wilayah miliknya di Balkantermasuk Hungaria dan kawasan Laut Hitam kepada Habsburg dan Poland. • Passarowitz – Implikasinya, kerajaan Uthmaniyah kehilangan wilayah Balkan termasuk Serbia dan Romania manakala Venesia menduduki kawasan pantai Dalmatia. Kerajaan Uthmaniyah telah kehilangan banyak wilayah jajahannya dengan termeterainya kedua-dua perjanjian tersebut. Namun begitu, perjanjian yang ditandatangani ini telah berjaya menamatkan beberapa peperangan yang terjadi antaranya Perang Petewarden. Perjanjian Catherina atau Perjanjian Kainarji (1774) Perjanjian damai antara Uthmaniyah dengan Rusia yang mengakhiri Perang Rusia-Uthmaniyah (1768-1774) pada zaman Khalifah Abdul Hamid I dan Maharaja Catherina II. Perjanjian ini mengakui kekalahan empayar Uthmaniyah dalam peperangan dengan Rusia. Antara isi kandungan utama ialah Rusia mngembalikan daerah Wallachia dan Moldova kepada Uthmaniyah setelah berjaya menaklukinya. Namun, Rusia tetap berhak turut campur tangan dalam pemerintahan di dua daerah berkenaan. Rusia berhak mendirikan konsulat di seluruh wilayah Uthmaniyah sekaligus melindungi kepentingan agama dan penganut Kristian Ortodok di wilayah berkenaan. Kerajaan Uthmaniyah perlu menanggung sebahagian besar perbelanjaan perang dengan Rusia yang berjumlah 4.5 juta Rubbel. Rusia diberikan hak untuk menguasai seluruh pelabuhan di Laut Azov (yang menghubungkan kegiatan perdagangan di Laut Hitam) dan muara Sungai Danube. Kapal perang Rusia dibenarkan melintasi Selat Dardanella. Perjanjian ini mengakibatkan empayar Uthmaniyah kehilangan pengaruh terhadap wilayah-wilayah Eropah Tengah dan Timur yang akhirnya dikuasai Rusia. Agama Kristian juga dengan mudah memasuki wilayh2 Islam yang bersempadan dengan Rusia. Perjanjian Dardanella (1809) Perjanjian ini berlaku antara kerajaan Uthmaniyah dengan British Berdasarkan perjanjian ini, British berjanji untuk meninggalkan Mesir yang merupakan sebuah wilayah di bawah kekuasaan Uthmaniyah. Sebaliknya, Uthmaniyah pula berjanji untuk mengakui secara rasmi hakhak konsulat British di wilayah Uthmaniyah. British berharap dapat menjaga keamanan maritimnya di perairan Mediteranean terhadap kemungkinan ancaman angkatan laut Rusia.
Fakta
Huraian
Contoh
Penutup Fakta
Huraian
Contoh
Penutup Fakta
Huraian
42
Melalui perjanjian, Turki memberi jaminan kepada British bahawa sepanjang perjanjian ini berlangsung, tiada kapal perang yang diizinkan melintasi Selat Bosforus dan Dardanella yang dikuasai oleh Uthmaniyah. Baghdad dan Falakh diserah kepada Rusia. Perang damai ini telah menghentikan perselisihan antara kerajaan Uthmaniyah dengan pakatan British dan Rusia. Namun demikian, serangan Perancis terhadap Rusia menyebabkan Rusia terpaksa menyerahkan semula Baghdad dan Falakh kepada Turki.
Isi 5
Perjanjian San Stefano 1878) Perjanjian ini berlaku antara Uthmaniyah dengan Rusia. Perjanjian ini menamatkan perang terakhir antara Uthmaniyah dan Rusia yang berlangsung sejak 1877. Perang ini terjadi berikutan komplot antara Rusia dan sekutunya serbianya untuk membantu Bosnia Herzogovina dan Bulgaria mencapai kemerdekaan dari Uthmaniyah. Tentera Rusia menyerang Uthmaniyah melalui Bulgaria dan berjaya memasuki Kota Adrianople pada Januari 1878. Antara isi perjanjian ialah kemerdekaan Romania, Serbia dan Montenegro serta memberikan kuasa autonomi kepada Bosnia dan Herzegovina. Selain itu, Bulgaria diserahkan di bawah pengawasan Rusia. Kesannya, Negara Romania, Serbia dan Montenegro telah berjaya membebaskan diri daripada naungan kerajaan Uthmaniyah. Selain itu, kerajaan Uthmaniyah juga telah kehilangan hak ke atas wilayah Bosnia, Herzegovina dan Bulgaria. Jelasnya, perjanjian ini menunjukkan terhakisnya pengaruh kerajaan Uthmaniyah di bahagian Eropah Timur.
Perjanjian-perjanjian yang ditandatangi oleh kerajaan Uthmaniyah telah memberikan impak kepada perkembangan politik dan pentadbiran empayar Islam. Perjanjianperjanjian yang dimeterai dalam abad ke-17 hingga 19 ternyata menggambarkan kelemahan kerajaan dalam dalam menghadapi kuasa-kuasa barat yang akhirnya membawa kepada kejatuhan empayar Uthmaniyah.
Contoh
Penutup
Fakta
Huraian
Contoh
Penutup
Kesimpulan
43
TEMA 2: PEMBANGUNAN DAN PENEROKAAN SOALAN 1: BINCANGKAN CIRI-CIRI DAN KEGIATAN EKONOMI MASYARAKAT MADINAH PADA ZAMAN NABI MUHAMMAD S.A.W
Nabi Muhammad SAW diutus oleh Allah SWT kepada umat manusia agar membimbing manusia ke arah kebahagiaan dunia dan akhirat. Penghijrahan Nabi Muhammad SAW ke Madinah bukan sahaja membawa kepada pelantikan diri baginda sebagai ketua negara, bahkan juga telah mengubah sistem ekonomi yang dijalankan di Madinah.
Pendahuluan
Antara ciri-ciri ekonomi Islam masyarakat Madinah ketika itu adalah : Sumber wahyu menjadi asas kepada pengubalan dan pelaksanaan segala kegiatan ekonomi yang melibatkan umat Islam.
Isi 1
Asas kepada ekonomi Islam ketika itu adalah wahyu yang diturunkan oleh Allah SWT melalui Jibril a.s kepada Nabi Muhammad SAW. Konsepkonsep asas seperti Rububiyah, Tazkiyah, Ubudiyah dan Uluhiyyah menjadi pegangan masyarakat Madinah ketika menjalan semua nkegiatan ekonomi mereka.
Fakta
Huraian
Sebagai contoh konsep tazkiyah yang menekankan penyucian jiwa melalui amalan zakat dan sedekah.
Contoh
Konsep-konsep ekonomi Islam ini secara tak langsung menyuburkan ekonomi Madinah ketika itu.
Penutup
Mengharamkan segala aktiviti atau amalan yang berunsur penindasan. Fakta ini amat jelas apabila terdapat nas-nas di dalam Al- Quran yang mengharamkan amalan riba. Amalan ini dilihat akan mendatangkan kemudaratan kepada segelintir masyarakat dan akan memundurkan ekonomi masyarakat tersebut
Fakta
Huraian
Isi 2 Sebagai contoh dapat dilihat ekonomi zaman jahiliyah keluarga yang kaya sangat kaya dan yang miskin hidup merempat sehingga terpaksa menjual anak permpuan untuk pelacuran.
Contoh
Situasi ini jelas menunjukkan bahawa ekonomi Islam lebih adil dan tidak menindas kerana peluang ekonomi diberi sama rata kepada semua.
Penutup 44
Pengagihan kekayaan secara sama rata. Dalam amalan ekonomi, Islam amat menekankan perkongsian kekayaan. Sekiranya seseorang itu dilimpahkan dengan kekayaan maka dia diwajibkan berkongsi kekayaannya dengan orang lain melalui zakat dan sedekah. Isi 3
Zakat diwajibkan kepada setiap umat Islam dan menjadi rukun Islam yang ke-4. Sedekah pula sentiasa diwar-warkan kepada umat Islam sebagai satu amalan yang sangat dipuji dan mendapat pahala yang besar. Secara tidak langsung amalan zakat dan sedekah ini mampu membebaskan umat Islam yang terhimpit dalam kemiskinan dan meningkatkan ekonomi secara amnya.
Prinsip utama berasaskan keadilan dan mementingkan kebajikan. Golongan Muhajirin yang telah berpindah ke Madinah telah dibantu oleh golongan Ansar atas prinsip keikhlasan dan persaudaraan berasaskan akidah yang sama. Isi 4
Golongan Ansar telah banyak bekorban dan membantu golongan Muhajirin dari segi sosioekonomi iaitu harta benda, tenaga dan persaudaraan sewaktu golongan Muhajirin mula berpindah ke Madinah bersama-sama Nabi Muhammad SAW. Secara tuntasnya ini menunjukkan bahawa ciri keadilan dan mementingkan kebajikan berjaya meningkatkan ekonomi Islam di Madinah ketika itu.
Fakta
Huraian
Contoh
Penutup
Fakta
Huraian
Contoh
Penutup
Kegiatan Ekonomi Masyarakat Madinah Pertanian Pertanian merupakan punca ekonomi yang utama di Madinah. Golongan Muhajirin dan Ansar menjadikan pertanian dan mengusaha tanah sebagai aktiviti utama.
Isi 5
Golongan Muhajirin dan Ansar ini dikenali dengan gelaran Ahl-Zar` iaitu pengusaha pertanian. Tanaman utama di Madinah ialah penanaman kurma. Ini dibantu pula oleh kesesuaian tanah untuk penanaman ini. Aktiviti pertanian ini berjaya mengubah Madinah menjadi sebuah bandar yang makmur dan berkembang pesat.
Fakta Huraian
Contoh
Penutup 45
Perniagaan dan Perdagangan
Fakta
Isi 6
Aktiviti perniagaan dan perdagangan adalah merupakan aktiviti ekonomi tradisi masyarakat Arab sejak zaman Jahiliyyah lagi. Walau bagaimanapun aktiviti perniagaan dan perdagangan yang dijalankan di Madinah berteraskan hukum syarak dan mengharamkan riba dan penindasan. Buktinya muncul usahawan berjaya dan hebat, iaitu Abdul Rahman bin Auf. Pernigaannya dimulakan dengan bantuan golongan Ansar akhirnya menjadikan beliau seorang peniaga yang berjaya. Aktiviti perniagaan ini berjaya menjadikan Madinah sebagai permulaan kepada sebuah empar Islam selepasnya.
Kesimpulannya, berasaskan ciri-ciri ekonomi yang mementingkan keadilan dan menjaga kebajikan antara satu sama lain dalam satu ikatan ukhwah maka Madinah telah muncul sebagai satu kuasa baru di Semenanjung Arab ketika itu. Kekuatan ekonomi juga telah memberi ruang kepada pemimpin Madinah iaitu Nabi Muhammad SAW meluaskankan kekuasaan politiknya sehingga kuasa-kuasa yang besar seperti kuasa Habsyah dan Mesir serta Parsi akhirnya terpaksa mengiktiraf baginda sebagai ketua kerajaan Madinah.
Huraian
Contoh
Penutup
Kesimpulan
SOALAN 2: JELASKAN KEGIATAN EKONOMI PADA ZAMAN PEMERINTAHAN KERAJAAN BANI ABBASIYAH PADA ABAD KE-11 HINGGA 12 MASIHI
Kerajaan Abbasiyah diasaskan oleh Abdullah bin Muhammad bin Ali bin Abdullah bin Abas bin Abdul Mutalib pada hari Jumaat, 28 Oktober 750 Masihi. Kerajaan Abbasiyah (750 – 1258 M) ditubuhkan melalui revolusi yang dilancarkan terhadap pemerintahan Kerajaan Umayyah. Sepanjang pemerintahan kerajaan ini, terdapat beberapa orang pemerintah yang terkenal seperti Khalifah Harun al-Rasyid yang telah berjaya membawa kemajuan ekonomi yang pesat berlandaskan tuntutan syariah bagi mendapatkan keredhaan Allah s.w.t. Kegiatan ekonomi yang dijalankan pada zaman Abbasiyah adalah meliputi aktiviti pertanian, perdagangan dan perindustrian. Walaupun abad ke-11 M dan abad ke-12 M menyaksikan era kemerosotan kerajaan Abbasiyah di bawah kekuasaan Bani Saljuk, namun kerajaan Abbasiyah dapat bertahan hasil kemampuan pemerintahnya yang sentiasa berusaha memajukan aktiviti pertanian dan menjadikan kerajaan ini sebagai pusat perdagangan dan perindustrian. Tegasnya, peranan pemerintah Abbasiyah yang mengambil berat
Pendahuluan
46
tentang penyediaan sumber-sumber ekonomi termasuk menyediakan kemudahan asas bagi pengeluaran telah menjadi faktor pendorong kepada perkembangan ekonomi kerajaan ini.
Isi 1
Antara kegiatan ekonomi yang diusahakan pada zaman Kerajaan Abbasiyah adalah pertanian dan penternakan.
Fakta
Aktiviti pertanian berkembang pesat kerana kawasan tanah yang subur khususnya berhampiran Sungai Furat dan Dajlah. Kesuburan tanah tersebut sangat sesuai ditanam dengan pelbagai jenis tanaman . Antara tanaman utama yang diusahakan ialah tamar, anggur, epal, buah limau, buah tin, buah zaitun, tembikai, gandum, jagung dan ubi. Wilayahwilayah yang banyak menyumbangkan hasil pertanian ialah Mesir, Syam, Iraq, Yaman, Maghribi dan Khurasan. Gandum banyak ditanam di Iraq dan Mesir, jagung pula ditanam di negeri Selatan Arab, Kirman dan Nubah. Manakala ubi, tembikai dan limau pula ditanam di Mesir, epal ditanam di negeri Syam, Basrah dan Kirman. Buah tamar dikeluarkan dari kawasan Utara Afrika, dan buah zaitun dari kawasan di Nabulsi dan Halab. Para petani juga menternak binatang ternakan seperti kambing, lembu dan unta. Antara kawasan penternakan utama ialah Mesir, Barqah dan Najd. Kesemua hasil pertanian dan penternakan ini dikenakan zakat dan ini menambahkan pendapatan Kerajaan Abbasiyah. Terdapat beberapa langkah yang dilakukan oleh pihak pemerintah untuk memajukan sektor pertanian.
Huraian
Sebagai contoh, pemerintah menyediakan kemudahan sistem saliran iaitu ‘Ain Zubaiddah’ bagi mengairi kawasan pertanian, menggalakkan pembukaan tanah-tanah baharu, membina empangan serta melebarkan sungai dan terusan. Pemerintah turut mewujudkan pegawai-pegawai yang mengawal empangan bagi mengelakkan kebocoran dan keretakan berlaku pada empangan air. Malah, untuk meningkatkan jumlah pengeluaran sebagaimana zaman keagungan Kerajaan Abbasiyah, usaha-usaha penyelidikan turut dilakukan. Akibatnya, muncul ramai cendekiawan Islam yang aktif dalam mencetuskan idea-idea baharu untuk memajukan aktiviti pertanian. Jelaslah bahawa, kemajuan bidang pertanian akhirnya telah mewujudkan ladang-ladang pertanian dan ternakan serta sebuah pasar yang dikenali sebagai ‘Suq al-Baqar’. Seterusnya, perdagangan juga merupakan aktiviti utama Kerajaan Abbasiyah.
Contoh
Penutup
Fakta
Isi 2 Kerajaan Abbasiyah turut menjana pendapatan ekonomi melalui kepesatan perdagangan. Kegiatan perdagangan tertumpu di Kota
Huraian 47
Baghdad yang merupakan pusat ekonomi komersial kerana kedudukannya yang strategik dan menjadi laluan perdagangan Timur dan Barat. Aktiviti perdagangan yang berkembang pesat di Kota Baghdad telah menjadikan Kota Baghdad sebagai pusat perdagangan dunia bertaraf antarabangsa. Di Baghdad terdapat sebuah pasar yang dikenali sebagai ‘Suq Baghdad’ yang menjadi tumpuan para pedagang seluruh pelusuk dunia. Para pedagang dari China, India, Turki dan Asia Tengah serta Afrika Timur telah datang berdagang ke Kota Baghdad. Ruang niaga dan jaminan keselamatan turut disediakan oleh kerajaan dengan lengkap serta pelabuhan yang selesa untuk kemudahan pedagang berurus niaga. Selain itu, kerajaan juga turut membina dan menyediakan kemudahan yang mencukupi di tempat-tempat yang menjadi tumpuan para pedagang serta mengetatkan kawalan keselamatan untuk mengelakkan berlakunya aktiviti rompakan dan perlanunan. Kemajuan perdagangan ini telah membolehkan para pedagang menyumbingkan cukai zakat ke atas barangan mereka sewaktu mereka membawa barangan melalui tempat-tempat pemeriksaan kerajaan dan keadaan ini telah menambahkan lagi pendapatan Kerajaan Abbasiyah. Contoh pelabuhan yang menjadi tumpuan para pedagang selain Kota Baghdad ialah Basrah, Amman, Aden, Kaherah dan Iskandariah. Antara barangan yang diperdagangkan ialah barangan sutera dan kasturi dari China, rempah ratus dan cat dari India, batu-batu permata dan hasil perindustrian dari Turki dan Asia Tengah. Selain itu, madu, lilin dan barangan kulit dari Scandinavia dan Rusia, gading dan hasil galian seperti emas permata dan lain-lain dari Afrika Timur, beras dan gandum dari Mesir, barangan kaca dan buah-buahan dari Syria serta kain sutera dan minyak wangi dari Parsi. Tegasnya, Kerajaan Abbasiyah semakin dikenali serata dunia melalui aktiviti perdagangannya yang telah memberi kepercayaan kepada pedagang yang berurus niaga di pelabuhan-pelabuhan kerajaan tersebut. Di samping itu, sektor perindustrian juga merupakan aktiviti utama Kerajaan Abbasiyah pada era kekuasaan Bani Buwaih.
Isi 3
Hal ini menunjukkan yang Kerajaan Abbasiyah berkemampuan menjana ekonomi menerusi hasil pengeluaran yang pelbagai dalam bidang perindustrian. Antara industri utama yang diusahakan ialah industri tekstil, tenunan, hamparan dan permaidani. Sehubungan itu, banyak kilang telah didirikan di Baghdad, Syiraz dan Isfahan di Parsi. Kerajaan Abbasiyah juga berjaya menghasilkan pengeluaran lain yang amat bermutu untuk dipasarkan ke luar negara. Antara industri lain yang turut dimajukan ialah industri pinggan mangkuk, barangan kaca, tembikar serta mozek dari kawasan perkilangan di Baghdad, Mesir dan Syam. Barangan kulit dan senjata pula dihasilkan di Mesir, Maghribi dan Andalus.
Contoh
Penutup
Fakta
Huraian
Contoh
48
Manakala, barangan perhiasan dan batu permata dihasilkan dari kilangkilang di Yaman, Bahrain dan Lubnan. Sektor perlombongan emas, besi dan perak juga berkembang pesat. Buktinya, Andalus terkenal dengan lombong-lombong emas yang banyak dikeluarkan di Sungai Tajah, perak di daerah Qurtubah dan besi dari bukit-bukit Tolaitalah. Hasil perlombongan ini bukan sahaja digunakan untuk tujuan perhiasan, malahan juga untuk dijadikan sebagai mata wang. Kepesatan sektor perlombongan ini dibuktikan apabila semua urus niaga yang berkaitan dengan perbelanjaan dan perniagaan dilakukan menerusi mata wang emas pada abad ke-11 dan abad ke-12 Masihi. Jelas terbukti bahawa kepesatan sektor perindustrian ini telah menjadikan umat Islam mempunyai taraf hidup yang tinggi. Melalui pendapatan yang diperoleh, Kerajaan Abbasiyah dapat menyediakan kemudahan prasarana seperti tali air, masjid dan sekolah untuk kegunaan awam. Kesimpulannya, walaupun pada abad ke-11 dan 12 merupakan era kemerosotan Kerajaan Abbasiyah, namun pemimpinnya tetap berusaha membangunkan ekonomi dalam sektor pertanian, perdagangan dan perindustrian. Pelbagai aktiviti ekonomi yang dijalankan semasa pemerintahan Abbasiyah telah berjaya meningkatkan pendapatan negara. Hasil pendapatan yang diperoleh, Kerajaan Abbasiyah dapat memesatkan pembangunan negara. Kerajaan Abbasiyah dapat membuktikan kemampuannya dengan menyediakan prasarana yang menggambarkan kebajikan rakyat tidak diabaikan. Namun, Kerajaan Abbasiyah berakhir apabila diserang oleh Mongol dan segala perbendaharaan negara diambil alih oleh Mongol.
Penutup
Kesimpulan
SOALAN 3: SEJAUH MANAKAH PERANAN MELAKA SEBAGAI SEBUAH PELABUHAN ENTREPORT MEMBOLEHKAN MELAKA MUNCUL SEBAGAI PUSAT PERDAGANGAN DI NUSANTARA PADA ABAD KE-15 MASIHI • • • • •
Melaka muncul sebagai pusat perdagangan yang terkenal pada abad ke 15M. Melaka menjadi tumpuan para pedagang dari Timur dan Barat kerana memiliki pelbagai keistimewaan. Usaha berterusan para pemerintah turut mendorong perkembangan kegiatan perdagangan di Melaka. Sistem perdagangan yang teratur dan terancang turut menyemarakkan aktiviti perdagangan. Perananya sebagai pelabuhan entreport di samping beberapa faktor lain membolehkan Melaka muncul sebgai pusat perdagangan yang penting di Nusantara abad ke 15M. (kesimpulan kecil untuk pendahuluan)
Pendahuluan
49
Antara faktor penting kemunculan Melaka sebagai pusat perdagangan yang penting di Nusantara ialah peranannya sebagai pelabuhan entreport. • • •
• Isi 1
Melaka sebagai pelabuhan entreport
•
•
• • •
Melaka menjadi tumpuan kebanyakkan pedagang dari China, Arab, Parsi, dan Absina untuk menjalankan urus niaga mereka. Melaka juga menjalin hubungan perdagangan dengan Siam dan Pulau Jawa. Terdapat juga kemudahan lain yang disediakan di pelabuhan Melaka untuk kemudahan pedagang yang singgah sementara menunggu pertukaran angin monsun, antaranya termasuklah gudang-gudang besar untuk menyimpan barang, kemudahan pengangkutan (kapal, perahu, gajah) dan pekerja. Pedagang singgah di Melaka bersama-sama barang dagangan mereka dan urusniaga dilakukan. Kaedah Penukaran barang dan sistem penjualan dan pembelian menggunakan wang logam timah merupakan cara yang digunakan.dalam urusniaga. Antara barangan yang dijual di Melaka ialah sutera, satin, besi, tembikar, permata yang dibawa oleh pedagang China, lada, gaharu, rempah ratus, hasil-hasil hutan hasil dari Nusantara, beras, dan kelapa serta rempah ratus yang dibawa oleh pedagang Jawa. Para pedagang dari Arab dan Parsi pula membawa makanan, beras dan akan ditukarkan dengan barangan seperti lada, jagung dan sutera China yang akan diperdagangkan ke Eropah. Kemudahan membaiki kapal dan tempat tinggal untuk para pedagang turut disediakan oleh para pemerintah. Perkhidmatan panduan dan arah pergerakan kapal pedagang juga disediakan.
Tegasnya, peranan Melaka sebagai sebuah pelabuhan entreport membolehkan Melaka muncul sebagai sebagai pusat perdagangan di nusantara pada abad ke- 15M
Isi 2 Peranan Sultan
Selain daripada peranan Melaka sebagai pelabuhan entreport terdapat juga faktor lain antaranya ialah pemerintah Melaka yang berwibawa telah menjadikan Melaka sebagai emporium perdagangan utama di Nusantara. • Sultan Muzaffar Syah, Sltan Mansur Syah dan Sultan Alauddin Riayat Syah berusaha mewujudkan iklim perdagangan yang komprehensif. • Sultan Iskandar Syah telah membina jambatan di sungai berhampiran dengan istananya dan mendirikan 30 buah khemah yang dijadikantempat orang ramai berniaga di atas jambatan berkenaan.
Fakta
Huraian
Contoh
Penutup
Fakta
Huraian
50
•
Pemerintah melebarkan urusan perdagangan melalui cara perkahwinan antara kerajaan.
•
Contohnya, perkahwinan antara Sultan Iskandar Syah dengan puteri Pasai telah menyebabkan ramai saudagar Islam dari Pasai datang berdagang di Melaka. Sultan Mansur Syah telah menjalinkan hubungan perdagangan yang erat dengan China sehingga menjadikan Melaka sebagai pusat perdagangan yang terkemuka di Nusantara. Hubungan ini membolehkan pedagang China dan Arab memasarkan barangan mereka ke Eropah melalui perairan Melaka.
•
Jelaslah peranan dan kewibawaan pemerintah Melaka merupakan faktor Melaka muncul sebagai pusat perdagangan di Nusantara pada abad ke-15M.
Faktor seterusnya ialah dasar perdagangan di Melaka yang sistematik dan teratur sehingga membolehkan Melaka muncul sebagai pusat perdagangan di Nusantara pada abad ke-15M. • • • Isi 3
•
Dasar perdagangan yang sistematik
•
• •
Pelaksanaan Undang-Undang Laut Melaka dan Hukum Kanun Melaka membantu melicinkan pentadbiran Melaka kerana dapat menjamin keselamatan perdagangan, jenayah dan perlanunan. Undang-Undang Laut Melaka yang menetapkan Bahasa Melayu yang menggunakan tulisan jawi sebagai Lingua Franca memudahkan interaksi pedagang. Surat izin (kebenaran) perlu disediakan untuk memasuki pelabuhan Melaka. Para pedagang juga dikenakan cukai yang berpatutan. Contohnya, pedagang tempatan dikenakan cukai sebanyak 3% sementara pedagang asing sebanyak 6%. Pedagang China dan Jepun dikecualikan cukai tetapi mereka perlu memberikan hadiah kepada pemerintah dan pembesar yang terlibat. Kadar hadiah bergantung kepada nilai barangan yang diimport dan biasanya 1 hingga 2 %. Pedagang yang tinggal tetap di Melaka dikenakan cukai sebanyak 3 %. Keistimewaan bebas cuaki diberikan kepada pedagang yang mengimport bahan makanan kerana Melaka kekurangan tempat yang subur untuk pertanian.
Maka jelaslah bahawa dasar perdagangan yang sistematik di Melaka membolehkan Melaka muncul sebagai pusat perdagangan di Nusantara pada abad ke-15M.
Contoh
Penutup
Fakta
Huraian
Contoh
Penutup 51
Kedudukan Melaka yang strategik yang terletak di pertengahan jalan perdagangan antara China dan India juga merupakan antara faktor Melaka muncul sebagai pusat perdagangan yang unggul di Nusantara pada abad ke-15M. • Isi 4 Kedudukan geografi yang strategik
• •
Kedudukan pelabuhan Melaka yang terletak di perairan Selat Melaka yang terlindung daripada tiupan angin monsun Timur Laut dan Barat Daya membolehkan kapal berlabuh dengan selamat. Pergerakan kapal ke pelabuhan dipermudahkan oleh dua tiupan monsun berkenaan. Kedudukan Pulau Sumatera yang besar dapat melindungi pelabuhan Melaka daripada tiupan angin kencang dan bergelora.
Jelaslah, kelebihan Melaka yang mempunyai pelabuhan yang strategik membolehkan Melaka muncul sebagai pusat perdagangan yang maju di Nusantara pada abad ke-15M.
Isi 5 Peranan Pembesar
Peranan pembesar berwibawa yang menjadi tulang belakang sultan dalam pemerintahan juga merupakan faktor Melaka muncul sebagai pusat perdagangan pada abad ke-15M. • Sultan dibantu oleh Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung, Laksamana dan Syahbandar. • Keselesaan dan keselamatan pedagangan di Melaka banyak bergantung kepada Laksamana, Temenggung dan Syahbandar. • Jawatan syahbandar juga diwujudkan untuk menjaga kebajikan dan keselamatan pedagang-pedagang yang singgah dan berdagang di pelabuhan Melaka • Antara bendahara yang terkenal ialah Tun Perak dan Tun Pepatih Putih. • Terdapat juga Orang Laut di bawah pengawasan Laksamana yang berperanan menjamin keselamatan nyawa dan harta benda para pedagang terutama menjaga perairan Melaka daripada ancaman lanun. • Golongan pembesar juga melantik kiwi iaitu mereka yang terdiri daripada rakyat biasa yang berperanan sebagai wakil untuk mengendalikan perdagangan.untuk golongan pemerintah. Tegasnya, peranan pembesar juga merupakan salah satu faktor kemunculan Melaka sebagai pusat perdagangan yang terkenal pada abad ke-15M.
Kesimpulannya, kemunculan pelabuhan Melaka sebagai sebuah pelabuhan entreport dibantu oleh faktor kemanusiaan dan geografi telah menyumbang kepada kemajuan perdagangan Melaka sehingga ke peringkat antarabangsa. Kegemilangan pelabuhan Melaka telah mendorong kuasa-kuasa Eropah berminat untuk menaklukinya. Kemerosotan Melaka mula berlaku setelah Melaka jatuh ke tangan Portugis pada 1511.
Fakta
Huraian
Contoh
Penutup
Fakta
Huraian
Contoh
Penutup
Kesimpulan
52
SOALAN 4: BINCANGKAN PELAKSANAAN CUKAI KHARAJ SEMASA ZAMAN KHULAFA’ AL-RASYIDIN PADA ABAD KE- 7 HINGGA KE- 8 MASIHI
Kharaj ialah perkataan yang dipinjam daripada bahasa Byzantine yang bermaksud ufti. Dalam konteks sejarah Islam ia bermaksud cukai tanah. Konsep cukai kharaj pernah dipraktikkan pada zaman Nabi Muhammad SAW selepas penaklukan kota Khibar oleh tentera Islam. Pengurusan cukai kharaj mula dilaksanakan secara sistematik selepas Khalifah Umar meluaskan kuasa di luar Semenanjung Tanah Arab dengan menguasai Mesir, Syria dan Iraq. Pelaksanaan cukai kharaj ini diteruskan oleh khalifah-khalifah alRasyidin selepasnya.
Pelaksanan kharaj pada zaman Khulafa’ al-Rasyidin melibatkan aspek sumber dan jenis kharaj yang terdiri daripada beberapa kategori tanah.
Isi 1
Pendahuluan
Fakta
Pada zaman khalifah Abu Bakar , kharaj belum dilaksanakan meskipun sebahagian tanah Iraq telah dikuasai tentera Islam. Tanah berkenaan dianggap tanah ghanimah dan diagih kepada tentera Islam yang terlibat. Pada zaman khalifah Umar al Khattab jenis tanah yang dikenakan cukai kharaj ialah tanah perolehan perang yang terdiri daripada tiga kategori iaitu tanah yang ditakluki oleh tentera Islam, tanah yang penduduknya menerima Islam tanpa peperangan dan tanah yang diperoleh melalui perjanjian damai (tanah Darul ‘Ahd). Satu lagi jenis tanah yang dikenakan cukai ialah tanah yang ditentukan penggunaannya oleh pemerintah.
Huraian
Khalifah Umar al-Khattab mengenakan kharaj terhadap tanah bertuan dan tanah tidak bertuan iaitu tanah sawafi. Bagi tanah bertuan, jika pemiliknya memeluk Islam maka cukai kharaj terbatal dan tanahnya menjadi tanah zakat.Tanah sawafi yang terbiar pula dijadikan hak milik bersama umat Islam dan dipantau oleh Pemegang Amanah, khasnya Ahl al-Ayyam di Iraq.
Contoh
Jelaslah bahawa kepelbagaian sumber dan jenis tanah menjadi sumber pendapatan negara yang penting. Pelaksanaan kharaj yang dikenakan pada zaman ini juga mengambil kira beberapa syarat tertentu.
Penegasan Isi
Fakta
Isi 2 Pada awalnya kharaj hanya dikenakan kepada pemilik tanah penduduk zimmi sahaja. Khalifah Umar mengenakan beberapa syarat semasa
Huraian / Contoh 53
membayar kharaj seperti kharaj dikenakan atas kawasan pertanian sahaja dan bukan kawasan kediaman dan sekiranya disewa atau dipajak, kharaj dikutip daripada pemilik tanah dan bukan daripada penyewa tanah. Tanah yang dikenakan cukai kharaj tidak dikenakan zakat. Cukai kharaj dilupuskan sekiranya berlaku bencana alam yang memusnahkan semua hasil tanaman. Tanah yang tidak diusahakan masih dikenakan cukai kharaj 1 dirham sejarib agar pemilik tanah yang berkemampuan tidak mengabaikannya. Kharaj juga akan dikenakan ke atas tanah kediaman yang dijadikan kawasan pertanian. Kharaj Tetao dikenakan kepada pemilik yang sengaja tidak mengusahakan tanahnya.
Syarat-syarat yang dikenakan ini telah memudahkan pelaksanaan cukai kharaj dan menjadi satu garis panduan bagi melaksanakannya.
Pelaksanaan cukai kharaj juga mengambil kira kadar bayaran dan faktor yang menentukan kadar kharaj tersebut.
Isi 3
Fakta
Kadar kharaj yang dikenakan berbeza mengikut keadaan. Biasanya kadar yang dikenakan mengikut jumlah yang mampu dibayar dan tidak membebankan. Kadar cukai kharaj tidak pernah melebihi separuh daripada keseluruhan hasil tanaman yang dibayar dalam bentuk mata wang atau hasil tanaman. Faktor yang menentukan kadar kharaj adalah berdasarkan kualiti tanah, jenis serta kualiti benih dan lokasi tanah pertanian. Kadar kharaj lebih rendah jika tanah-tanah disuburkan oleh petani sendiri seperti menyiram berbanding disirami air hujan. Jika benih berkualiti digunakan kadarnya lebih tinggi dan kadar kharaj juga lebih tinggi jika lokasinya terletak berdekatan bandar dan pelabuhan.
Huraian
Di Iraq, Khalifah Umar telah menetapkan setiap jarib (unit tanah pertanian) anggur dikenakan kharaj sebanyak 10 dirham, gandum sebanyak 2 dirham dan barli sebanyak 1 dirham.
Contoh
Tegasnya, kadar yang ditetapkan ini telah mengelakkan berlakunya penindasan dan lebih adil.
Isi 4
Penegasan Isi
Pelaksanaan cukai kharaj juga meliputi cara pungutan dan agihan yang dilakukan pada zaman Khulafa’ al- Rasyidin. Kutipan kharaj dilakukan secara telus dan adil. Jika kharaj tidak dapat dibayar disebabkan masalah kewangan, mereka akan dibenarkan
Penegasan Isi
Fakta Huraian / Contoh 54
menangguhkan pembayaran sehingga mampu atau membayarnya secara ansuran. Jika enggan membayarnya sedangkan mampu, tindakan undangundang akan diambil dan pihak kerajaan berhak memberikan tanah itu kepada orang lain untuk diusahakan. Terdapat dua cara pungutan kharaj yang dilaksanakan pada zaman Khalifah Umar al-Khattab iaitu kharaj wazifah atau masahah yang dipungut pada akhir tahun mengikut keluasan tanah dan jenis tanaman sementara kharaj muqasamah dipungut selepas pengeluaran semusim berdasarkan hasil yang diperoleh. Bagi memastikan keberkesanan sistem pungutan, Khalifah Umar hanya melantik pegawai kharaj yang berkelayakan sahaja seperti mahir matematik, amanah , mujtahid dan sebagainya. Di Iraq, Khalifah Umar menyerahkan tugas mengutip cukai ini kepada golongan Ahl al- Ayyam dan diteruskan oleh para Khulfa’ al-Rasyidin yang lain. Namun pada akhir pemerintahan Khalifah Umar, kuasa menguruskan cukai di Iraq diserahkan di bawah pentadbiran gabenor. Di Iraq, satu perlima dari jumlah kutipan kharaj dihantar kepada kerajaan pusat dan bakinya dibahagikan kepada Ahl al-Ayyam.Di Mesir, Khalifah Umar telah mengubah sistem cukai yang tidak adil dan mengemaskini sistem pungutan cukai. Hasil pungutan kharaj yang diperolehi kerajaan disimpan di dalam baitulmal dan dimanafaatkan untuk tujuan memperbaiki inrfastruktur, prasarana dan rancangan pembangunan yang boleh memajukan lagi kegiatan pertanian dengan memperbaiki sistem perhubungan, mengadakan sistem pengairan dan memperbaiki saliran sedia ada.
Jelaslah bahawa cara pungutan yang sistematik ini telah membawa kesan positf dalam perkembangan dan kemakmuran ekonomi negara Islam.
Pelaksanaan kharaj pada zaman Khulafa al-Rasyidin telah meningkatkan pendapatan negara. Kharaj yang dikenakan bukan sahaja tidak membebankan rakyat, bahkan juga memudahkan para pemilik dan pengusaha tanah kerana syarat-syarat pelaksanaannya yang adil. Sistem kharaj mengalami beberapa pindaan mengikut kesesuaian masa dan keadaan oleh khalifah-khalifah Bani Umayyah dan Bani Abbasiyah termasuklah pembentukan Diwan al-Kharaj kerana ia menjadi sumber penting pendapatan negara.
Penegasan Isi
Kesimpulan
SOALAN 5: TERANGKAN PERANAN DAN PELAKSANAAN CUKAI JIZYAH PADA ZAMAN KHALIFAH ABBASIYAH ABAD KE-9 HINGGA ABAD KE-11 MASIHI
Jizyah merupakan sejenis cukai bayaran yang dikenakan ke atas orang bukan Islam yang mendiami bumi orang Islam bagi menjamin keamanan dan keselamatan jiwa dan harta benda mereka. Jizyah dikenali juga sebagai cukai politik/cukai kepala/cukai
Pendahuluan 55
perlindungan yang dikenakan kepada golongan kafir dhimmi. Jizyah bertujuan mengganti penat lelah dan usaha yang telah dicurahkan oleh orang Islam bagi melindungi orang bukan Islam. Umumnya jizyah sebagai satu pemberian ufti yang dibayar oleh individu atau negara bukan Islam kepada negara Islam di bawah pemerintahannya. Zaman Khalifah Abbasiyah telah melaksanakan cukai jizyah sama sebagaimana pada zaman Khulafa al-Rasyidin, sekaligus mengubah dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan Umaiyah.
Jizyah merupakan harta umum yang dibahagikan mengikut kemaslahatan rakyat, dan wajib diambil setiap satu tahun dan tidak wajib diambil sebelum satu tahun. Hukum jizyah adalah wajib berdasarkan nas alQuran.
Peranan Isi 1
Jizyah sebagai cukai politik bagi orang kafir dhimmi yang dikenakan oleh kerajaan Islam sebagai balasan terhadap perlindungan atau jaminan keselamatan jiwa dan harta mereka. Sebagai perlindungan ke atas orang bukan Islam. Oleh itu, menjadi tanggungjawab mereka mempertahankan negara dan patuh kepada undang-undang negara yang melindunginya.
fakta
Perlaksanaan
Memberikan kebebasan kepada orang bukan Islam mengamalkan agama masing-masing dan dikecualikan daripada bertugas dalam tentera serta mendapat hak yang sama seperti orang Islam walaupun yang wajib membayar hanyalah orang yang tertentu sahaja. Kebebasan juga dalam hak memilih, tempat tempat, bekerja dan memberi pendapat.
Isi 2
Sumber Jizyah
Fakta
Sumber jizyah terbahagi kepada dua kategori, iaitu jizyah yang kadarnya ditetapkan oleh secara baik atas dasar persetujuan dan kerelaan bersama dan keduanya secara paksa iaitu jizyah yang kadarnya ditetapkan oleh kerajaan Islam. Berdasarkan keterangan al-Quran surah at-Taubah ayat 29 bahawa mereka yang menjadi sasaran dikenakan jizyah ialah ahli kitab (Yahudi dan Nasrani), termasuk orang Majusi. Beberapa golongan dzimmah( orang kafir yang terikat dengan perjanjian) bebas dari membayar jizyah.
Huraian
Seperti telah memeluk Islam, ikut berperang mempertahankan negara bersama orang Islam, orang buta, sakit yang lama, orang tua, wanita, fakir, kanak-kanak dan orang gila. Antara yang wajib bayar jizyah ialah lelaki kerana memiliki kewajiban berperang, baligh dan sihat akal, sihat fizikal dan boleh berperang, mampu secara ekonomi, merdeka dan terikat dengan perjanjian. Golongan mawali tidak perlu lagi bayar jizyah.
Contoh
56
Antara negara yang menyumbang jizyah ialah Byzantine dengan bandarbandarnya seperti Heraclea, Tyans, Iconium, dan Emphesus dan pulau Cyprus semasa zaman Khalifah Harun al-Rasyid. Zaman khalifah alMuqtadir termasuk Iraq, Khuzistan, Parsi, Mesopotamia, Syria, Mesir, Oman, Adzerbaijan, dan Armenia dan Khalifah al-Qadir menguasai Turki, Wasit, dan Basrah. Cukai jizyah adalah sebahagian daripada dana dalam institusi baitulmal.
Cara perlaksanaan
Penutup Fakta
Konsep dan sistem jizyah mengikut sistem yang pernah diamalkan pada zaman Khalifah al-Rasyidin. Pemerintahan Kerajaan Abbasiyah telah menghapuskan perbezaan yang wujud antara keturunan Arab dan bukan Arab (golongan mawali). Penghapusan ini untuk mendapat sokongan orang bukan Arab yang banyak memegang jawatan pemimpin dalam kerajaan Abbasiyah.
Isi 3
Pada umumnya jizyah dibayar setiap awal tahun atau akhir tahun bergantung kepada kemampuan dan status seseorang individu. Jizyah dibayar dalam bentuk tunai atau barangan atau kedua-duanya sekali. Jizyah boleh dibayar secara ansur-ansur atas alasan tertentu. Pembayar boleh menjelaskan jizyah pada tahun berikutnya sekiranya belum membuat bayaran pada tahun semasa sama seperti hutang walaupun telah meninggal dunia. Bayaran jizyah secara tunai ialah satu dinar atau kain senilai dengannya. Sekiranya bayaran dibuat dalam bentuk barangan, mungkin sampai satu daripada hasil pertanian. Mereka yang enggan membayar jizyah tanpa sebarang alasan kukuh akan dianggap tidak setia kepada negara Islam dan boleh dikenakan hukuman berat.
Huraian
Cukai jizyah dikenakan ke atas semua orang bukan Islam yang sihat fizikal dan mental, akil baligh, berkemampuan, merdeka dan bukan ahli agama seperti paderi atau pendeta. Kewajiban membayar jizyah akan gugur seandainya seseorang itu menganut Islam tanpa mengira bangsa atau kerajaan Islam itu sendiri gagal memberikan jaminan keselamatan nyawa dan harta kepada orang bukan Islam seperti yang dipersetujukan. Kerajaan Abbasiyah telah menghapuskan cukai jizyah terhadap golongan mawali kerana mereka telah memeluk Islam walaupun mereka bukan dari keturunan Arab iaitu bangsa Parsi dan Turki. Perlaksanaan cukai ini selari dengan kempen-kempen ketenteraan dan akan dilaksanakan selepas termeterainya perjanjian damai apabila orang bukan Islam setuju membayar dengan kadar tertentu. Kempen-kempen ini berlaku pada zaman pemerintahan Khalifah abu Jaafar al-Mansur dan Khalifah harun al-Rasyid. Umpamanya pada zaman Khalifah Abu Jaafar al-Mansur yang menyerang Byzantine yang menyebabkan pemerintah tersebut bersedia membayar jizyah sebanyak 70 000 dinar setahun.
Contoh 57
Khalifah Harun al-Rasyid yang mengamalkan polisi tolak ansur juga telah menerima kadar bayaran dari Byzantine di bawah Maharani Irene IV kerana kalah dalam perang sebanyak 90 000 dinar setahun. Khalifah Harun memimpin angkatan tentera memerangi tentera Rom. Peperangan antara Baghdad dengan Constantinople berlaku kerana pemerintaha Byzantine telah menyerang sempadan di Asia Minor. Tentera Islam berjaya mengalahkan tentera Rom dan Khalifah Harun mengemukankan tiga pilihan seperti yang pernah dibuat oleh Khulafa al-Rasyidin iaitu memeluk agama Islam, membayar jizyah atau terus berperang. Begitu juga pada zaman Khalifah al-Makmun yang sekali lagi berjaya menyerang Byzantine. Khalifah al- Muqtadir yang menguasai Iraq, Khuziztan, Parsi, Khuzistan, Parsi, Mesopotamia, Syria, Mesir, Oman, Adzerbaijan dan Armenia juga menerima ufti tahunan (jizyah) ini dari neger-negeri tersebut. Wilayahwilayah ini membayar cukai tahunan dalam bentuk wang perak atau emas. Hasil cukai tanah, cukai pendapatan, cukai air, cukai tol, cukai pasir dari Iraq sahaja berjumlah 1 547 734 dinar. Hasil dari wilayah Adzerbaijan dan Armenia pula sebanyak 226 370 dinar dan pendapatan lain ialah 1 768 015 dinar. Semua cukai ini disimpan di dalam baitulmal dan dapat menampung perbelanjaan negara. Contoh lain ialah pada zaman Khalifah al-Qadir (991-1074M) yang memenangi peperangan dengan Turki, Wasit, Batihah dan Basrah telah memperolehi banyak harta rampasan. Negara-negara ini bersetuju membayar jizyah sebanyak 1 000 dinar setahun.
Pelaksanaan jizyah yang dihidupkan kembali seperti zaman Khulafa alRasyidin telah mendapat sokongan yang besar oleh kebanyakan pemimpin Islam dan baitulmal berjaya mengumpu dana yang besar selain kutipan zakat, cukai usyur dan kharaj.
Agihan Jizyah
Isi 4
Penutup
Fakta
Semua kutipan jizyah akan dimasukkan ke dalam Baitulmal dan Diwan al-Kharaj (Jabatan Kewangan) bertugas menguruskan cukai termasuk jizyah. Ia digunakan untuk kepentingan tentera Islam dan pemerintah dalam memberi pelayanan terhadap masyarakat. Jizyah juga digunakan untuk menutupi perbelanjaan kepentingan umum.
Contohnya keperluan awam yang meliputi pembinaan masjid, jalan raya, sistem pengairan dan lain-lain. Hasilnya juga digunakan untuk membayar gaji tentera, insentif kewangan kepada penuntut ilmu dan orang yang ingin memulakan pertanian atau perniagaan.
Contoh
58
Pada zaman Khalifah Nizam al-Mulk telah membina sekolah-sekolah tinggi(madrasah) di beberapa kota Islam seperti Baghdad, Tabaristan, Hara, Asfahan, Basrah dan lain-lain. Baitul Hikmah juga telah diwujudkan pada pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid sebagai perpustakaan terbesar di samping banyak lagi perpustakaan lain yang terkenal. Beliau juga telah menjadikan kota seperti Baghdad, Basrah, Mosul, Damsyik dan Aleppo sebagai kota terkenal sebagai hub perdagangan dunia terutamanya Baghdad. Pada zaman al-Muqtadir, wang yang diperoleh ini digunakan untuk menampung perbelanjaan menjaga kota Makkah dan Madinah, menyediakan jalan pergi haji atau pertahanan di perbatasan dan membayar gaji tentera istana Pengagihan yang dijana dengan baik telah menjamin pembangunan ekonomi dan membantu golongan yang tidak bernasib baik.
Pemerintahan Kerajaan Abbasiyah yang aman telah menyumbang kepada peningkatan kewangan negara. Kekuatan ketenteraan yang dipimpin oleh khalifah yang hebat telah berjaya menguasai banyak negara-negara sekitar sehinggalah kejatuhannya melalui serangan tentera Moghul.
Penutup
Kesimpulan
SOALAN 6: HURAIKAN SISTEM PENDIDIKAN DI MESIR PADA ABAD KE - 8 M
Pendidikan dapat didefinisikan sebagai usaha menyerapkan ilmu pengetahuan sama ada secara teori atau praktikal bagi membentuk peribadi atau watak seseorang individu bagi menempuh kehidupan yang semakin kompleks. Pendidikan Islam di Mesir telahpun bermula sejak pertapakan Islam pada zaman pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab. Pembinaan Masjid Amru bin Al-As di kota Fustat telah menjadikannya sebagai pusat ibadat dan pendidikan bagi Masyarakat Mesir. Dengan terbinanya Masjid Al-Azhar di Kaherah pada zaman Kerajaan Fatimiyyah , pusat keilmuan telah berpindah ke sana. Kewujudan pelbagai institusi pendidikan seperti masjid, kuttab, halaqah, dan madrasah, dilihat mengamalkan sistem pendidikan Islam yang teratur. Dasar pendidikan Isi 1
Pendidikan diberi secara percuma. Peringkat pertama pendidikan berlangsung di masjid, rumah-rumah ulama dan kuttab. Pada peringkat kedua, pendidikan dijalankan menerusi sistem persekolahan yang lebih
Pendahuluan
Fakta
Huraian 59
sistematik, teratur dan bersifat formal. Pengasingan antara kanak-kanak lelaki dan perempuan dilakukan, seperti di kuttab. Bentuk pendidikan juga berubah mengikut keadaan semasa kesan daripada pertembungan antara tamadun Islam dengan Yunani. Sebagai contoh, ilmu pengetahuan diberi secara percuma di kuttab dan tenaga pengajar di masjid di Mesir juga berkhidmat secara sukarela(tanpa upah) Jelaslah bahawa dasar pendidikan yang ditekankan menunjukkan bahawa ilmu pengetahuan semasa amat dititikberatkan agar masyarakat Mesir tidak ketinggalan.
Kurikulum Pengajian
Isi 2
Kurikulum pendidikan di Mesir terbahagi kepada dua iaitu pendidikan fardu Ain dan fardu Kifayah. Pendidikan fardu Ain tertumpu pada ilmu asas ajaran Islam seperti akidah, syariat, dan akhlak. Ilmu ini wajib dipelajari dan diamalkan oleh setiap umat Islam yang mukallaf. Sumber utama ialah al-Quran dan Sunnah manakala sumber kedua ialah ijmak dan qias. Pendidikan ilmu kifayah pula ialah ilmu pengetahuan yang wajib dituntut oleh sebahagian umat Islam. Ilmu fardu kifayah merupakan ilmu yang bersumberkan akal, pancaindera, pengkajian, eksperimen dan sebagainya tetapi masih berdasarkan al-Quran dan sunnah. Contoh ilmu fardu ain ialah tafsir al-Quran, Hadis, tauhid, dan fiqah manakala ilmu fardu kifayah merangkumi ilmu hisab, ilmu kaji bintang dan perubatan. Hal ini membolehkan masyarakat Mesir pada zaman tersebut menerima ilmu pengetahuan secara sistematik dan menyeluruh.
Kaedah pengajaran dan pembelajaran
Isi 3
Kaedah pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dengan menggunakan kaedah lisan iaitu imlak, ceramah, qira’ah, asi’lah (mengajukan pertanyaan), munazharah(berdebat) dan sebagainya. Kaedah kedua ialah menghafal. Kaedah ini penting khasnya untuk menghafaz al-Quran, hadis dan syair. Kaedah yang ketiga ialah mencatat dan menulis dan kaedah yang keempat ialah rihlah iaitu kaedah yang digunakan oleh ahli hadis dan bahasa. Pengajaran dan pembelajaran di masjid disampaikan dalam bentuk halaqah serta kuliah. Para guru akan membaca, menghurai dan menjelaskan isi kandungan sesuatu kitab. Mana-mana permasalahan yang timbul akan diajukan kepada guru yang bertindak sebagai naqib dalam majlis halaqah tersebut.
Contoh
Penegasan isi
Fakta
Huraian
Contoh
Penegasan isi
Fakta
Huraian
Contoh
60
Dengan adanya kepelbagaian kaedah pengajaran, pelajar-pelajar berminat untuk mempelajari dan mendalami ilmu pengetahuan. Dengan kaedah hafalan, ilmu yang diperolehi dapat diingati. Tenaga pengajar Tenaga pengajar terdiri daripada para ulama yang berpengetahuan luas dan mampu menyelesaikan pelbagai isu yang diutarakan pelajar. Tenaga pengajar terdiri daripada mazhab yang berbeza dan pengetahuan serta kemahiran yang berbeza mengikut tahap pendidikan. Kebanyakan tenaga pengajar terdiri daripada ahli fiqah dan ulama-ulama terkenal dan silih berganti. Kerajaan berperanan melantik guru-guru dan memberi gaji sebagai usaha untuk membuktikan tentang kepentingan ilmu pengetahuan.
Penegasan isi
Fakta
Huraian
Isi 4 Di masjid, kelompok Imam Syafie yang dikenali sebagai zawiyah, merupakan kumpulan tenaga pengajar yang terdiri daripada ahli fiqah dan ulama terkenal. Terdapat juga kelompok yang dikenali sebagai al-Majdiah yang dibentuk oleh seorang wazir bernama Majduddin Abu al-Asybal. Wazir ini menempatkan Abdul Wahab bin Bahnasi sebagai Kadi Besar di Mesir sebagai tenaga pengajar. Jelaslah bahawa kemunculan tenaga pengajar terkenal seperti ulama telah menarik minat ribuan pelajar dari seluruh pelosok negara Islam untuk menuntut ilmu pengetahuan di Mesir pada abad ke-8 Masihi.
Kesimpulannya, perkembangan ilmu pengetahuan di Mesir adalah berteraskan ilmu fardu ain dan kifayah. Pertumbuhan institusi pendidikan seperti masjid, kuttab, halaqah dan madrasah menyebabkan berlaku kepesatan perkembangan ilmu pengetahuan. Contohnya, kewujudan Masjid al-Azhar yang kemudiannya telah berkembang menjadi Universiti al-Azhar.
Contoh
Penegasan isi
Kesimpulan
SOALAN 7: BINCANGKAN KEPENTINGAN BAITUL HIKMAH DALAM MEMANTAPKAN PERKEMBANGAN ILMU PENGETAHUAN PADA ZAMAN PEMERINTAHAN KERAJAAN BANI ABBASIYAH • •
Baitul Hikmah merupakan gedung ilmu pengetahuan yang diasaskan oleh Khalifah Harun Al Rasyid pada tahun 815 M dan mencapai kegemilangannya pada zaman Khalifah Al Makmun. Baitul Hikmah juga dikenali sebagai Khazanatul Hikmah atau Darul Hikmah. Pada zaman kegemilangannya, Baitul Hikmah memainkan peranan penting sebagai pusat penterjemahan, perpustakaan, pusat penyelidikan dan juga sbagai institusi pengajian tinggi yang menawarkan pelbagai kursus professional dalam bidang falsafah dan sains.
Pendahuluan
61
Kepentingannya sebagai pusat penterjemahan negara yang menjalankan aktiviti mengumpul dan menyalin ilmuIlmu pengetahuan asing ke dalam bahasa Arab. •
•
Isi 1 •
•
Kemuncak kegiatan penterjemahan berlaku pada zaman Khalifah Al Makmum. Baginda telah menghantar kumpulan sarjana ke seluruh dunia bagi mencari kitab-kitab untuk diterjemahkan. Orang Islam bukan sahaja menterjemah malah mencipta dan membuat pembaharuan dalam karya yang diterjemah ke bahasa Arab. Mereka menghuraikan dan membuat penambahbaikan terhadap karya tersebut dengan memuatkan keterangan dan ulasan yang sangat bernilai dan besar ertinya. Penubuhan dan peranan pusat pengajian tinggi ini telah mempertingkatkan lagi kegiatan penyelidikan hingga kedapatan hasil kajian sarjana Islam yang telah sampai ke Eropah. Sejumlah kajian itu juga telah diterjemahkan ke bahasa asing dan di sinilah sebenarnya bermula arus yang membawa kebangkitan di Eropah.
Huraian
Sebagai contoh Hunain b. Ishaq yang menguasai bahasa Arab, Yunani, Suryani dan Parsi merupakan pakar ilmu perubatan, falsafah dan Sejarah. Beliau dilantik oleh Khalifah Harun Al Rasyid untuk menterjemah buku-buku Yunani ke Bahasa Arab. Yuhannad (Yahya) bin al Bitriq yang digelar Abu Zakaria, pakar bahasa Latin telah menterjemah karya falsafah dan perubatan Yunani dan Suryani ke dalam bahasa Arab. Ishaq bin Hunain(Abu Ya’kub) seorang doctor dan hakim banyak menterjemah karya Yunani. Karyanya yang termasyur ialah kitab Kunnash al Khiff. Yuhanna b. Musawih telah dilantik sebagai ketua penterjemah karya perubatan oleh Khalifah Harun Al Rashid.
Contoh
Perkembangan kegiatan penterjemahan di Baitul Hikmah telah memantapkan perkembangan ilmu pengetahuan pada zaman kerajaan Abbasiyah
Kepentingan Baitul Hikmah sebagai perpustakaan, pusat penyelidikan, tempat penyimpanan buku-buku, pusat akademik dan pusat penterjemahan. Isi 2
•
Fakta
Penegasan Isi
Fakta
Huraian Penciptaan kaedah pembuatan kertas yang berasal dari China telah merancakkan lagi hasil karya dan pengumpulan kitab-kitab ilmiah.
62
•
Baitul Hikmah merupakan perpustakaan yang telah memperkenalkan cara penyusunan kitab yang sistematik berdasarkan jilid, tajuk dan pengkhususan sesuatu ilmu. Dilaporkan terdapat lebih setengah juta buku berjilid dan ia juga merupakan pusat latihan para sarjana. Antara tokoh saintis yuang pernah berkhidmat di perpustakaan ini ialah Al Khawarizmi dan Hunyan bin Ishaq Kehebatan Baitul Hikmah telah menandingi kemasyuran perpustakaan Iskandariah. Ia juga telah menjadi tumpuan para ilmuan daripada pelbagai bidang dan ini telah merancakkan perkembangan ilmu pada zaman kerajaan Abbasiyah.
Baitul Hikmah sebagai pusat perkembangan ilmu pengetahuan agama, bidang Sains, falsafah dan muzik. •
• Isi 3
•
Baitul Hikmah telah menjadi pusat kajian keilmuan dan pengetahuan. Pada masa ini muncul golongan cendekiawan Islam dalam pelbagai disiplin ilmu di mana karya-karya besar mereka kemudiannya telah mempengaruhi peradaban Islam dan dunia keseluruhannya. Dalam bidang ilmu pengetahuan agama, berlaku perkembangan ilmu Al Qur’an, qiraat, fikah, bahasa dan sastera. Selain itu juga berlaku perkembangan empat mazhab fikah yang terkenal iaitu mazhab Hanafi, mazhab Maliki, mazhab Syafi’i dan mazhab Hanbali. Dalam bidang sains dan teknologi, berlaku perkembangan dalam bidang ilmu falsafah, logik, metafizik, Matematik, geometri, astronomi, muzik, perubatan dan Kimia.
Perkembangan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang telah menjadikan kota Baghdad sebagai pusat kegiatan intelektual dan penyebaran ilmu pada waktu tersebut. Baitul Hikmah memperkenalkan kaedah penulisan yang sistematik. •
Isi 4 •
Kegiatan penulisan dilakukan mengikut tahap, iaitu yang pertama mencatat segala idea dan percakapan, yang kedua, mengumpulkan idea yang serupa atau mengumpulkan hadis Nabi ke dalam sebuah buku dan yang ketiga, mengarang. Usaha yang terakhir ini lebih teliti kerana segala yang dicatatkan itu diatur ke dalam bahagian dan bab tertentu serta berbeza antara satu sama lain. Terdapat penglibatan golongan ulama dalam penulisan. Ramai ulama mula menyusun hadis dan menghasilkan tulisan dalam bidang fikah,tafsir,sejarah dan sebagainya.Pada zaman ini juga terdapat pemisahan antara ilmu tafsir, ilmu sirah dan ilmu hadis.
Huraian dan Contoh
Penegasan Isi
Fakta
Huraian
Contoh
Penegasan Isi
Fakta
Huraian
63
•
Antaranya ialah Imam Malik (penyusun buku al-Muwatta’), Ibnu Ishaq (penyusun sejarah hidup Nabi Muhammad s.a.w), Abu Hanifah (penyusun fikah dan pendapat ijtihad), Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafi’I dan Imam Ahmad bin Hanbal.
Sebagai kesimpulan, penubuhan Baitul Hikmah mempunyai kepentingan yang sangat besar dalam perkembangan ilmu pengetahuan dan kemajuan peradaban Islam. Malah, Baitul Hikmah ini telah berjaya melahirkan ramai ilmuan Islam dan para sarjana yang agung dalam bidang masingmasing.
Contoh
Penutup
SOALAN 8: BINCANGKAN PERANAN ISTANA DALAM PERKEMBANGAN ILMU DI ACHEH PADA ABAD KE 16 – 17M
Kemunculan Acheh sebagai pusat perkembangan ilmu dan penyebaran Islam bermula selepas kejatuhan Melaka di tangan Portugis pada tahun 1511. Zaman kekuasaan Acheh berlaku pada abad ke 16 hingga pertengahan abad ke 17 Masihi iaitu dari zaman pemerintahan Sultan Ali Mughayat Syah ( 1520 – 1539M ) hinggalah ke zaman pemerintahan Sultanah Shati’atuddin Tajul Alam (1641M-1675M). Antara sultan –sultan yang terkemuka ialah Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam dan Sultan Iskandar Thani.Terdapat pelbagai faktor yang menjadikan Acheh sebagai pusat perkembangan ilmu yang terpenting di Nusantara . Istana memainkan peranan yang sangat penting dalam perkembangan ilmu di Acheh. Salah satu peranan istana Acheh ialah sebagai pusat pendidikan untuk anak raja dan bangsawan
Isi 1
Bagi memastikan anak-anak raja dan golongan bangsawan memdapat pendidikan pemerintah Acheh telah menjemput sarjana-sarjana Islam dari luar negara ke istana Acheh untuk menjadi tenaga pengajar kepada keluarga diraja dan juga rakyat untuk mendapatkan ilmu. . Sebagai contoh, pihak istana menjemput Pateh Raja Indra Abdul Salam mengajar kerabat diraja dan orang bangsawan ilmu menulis, membaca Al Quran, ibadat, akhlak dan juga adat istiadat. Tindakan pemerintah Acheh menjemput sarjana islam membawa kepada perkembangan ilmu di Acheh
Pendahuluan
Fakta
Huraian
Contoh
Penutup 64
Istana Acheh juga menjadi pusat kegiatan penulisan buku agama dan Fakta Sejarah
Isi 2
Istana Acheh memainkan peranan dalam menggalakkan perkembangan ilmu . Banyak buku-buku agama telah ditulis oleh penulis buku agama dan sejarah. Antara penulis buku yang terkenal ialah Hamzah Fansuri, Huraian Samsuddin al Sumaterani dan juga Nuruddin al Raniri. Pemerintah Acheh seperti Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam dan Sultan Iskandar Thani yang meminati dan cintakan ilmu berusaha memberi galakkan dan menaungi kegiatan penulisan buku-buku agama. Kecintaan para sultan terhadap ilmu mempengaruhi minat rakyat jelata terhadap pengajian ilmu. Antara buku yang dihasilkan ialah Hujjatus Siddiq oleh Nuruddin al Raniri yang berkaitan dengan ilmu tauhid. Kitab lain ialah Asyrabul Contoh Asyikin, Asrarul Ariffin, As Siratul Mustaqim dan Mir’at Tullah. Tegasnya, peranan istana sebagai pusat kegiatan penulisan buku telah membawa kepada perkembangan ilmu di Acheh
Penegasan
Istana juga menjadi pusat perbincangan ilmu agama dan pertemuan ulama
Fakta
Peranan istana amat menonjol sewaktu pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam. Semasa pemerintahannya, baginda telah menubuhkan Lembaga Pelaksana Pendidikan yang terdiri dari Balai Setia Hukama, Balai Setia Ulama dan Balai Setia Jemaah Himpunan Ulama. Balai Setia Hukama merupakan tempat para ulama dan pemikir membahaskan perkara-perkara yang menyentuh pendidikan di Acheh Balai Setia Ulama pula dijadikan tempat para ulama menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan pendidikan. Isi 3
Huraian
Balai Setia Jemaah Himpunan Ulama adalah tempat yang menjadi medan perbincangan para sarjana dan ulama di Acheh. Di sini mereka akan berbahas, bertukar-tukar pendapat, berseminar dan menyelesaikan masalah pendidikan dan juga Negara. Secara tidak langsung membawa kepada perkembangan ilmu pengetahuan Sebagai contoh, ramai ulama seperti Hamzah Fansuri, Nurudin al Nariri bertemu di istana Acheh
Contoh
Jelas bahawa, pertemuan ulama dan pemikir di istana Acheh membawa kepada perkembangan ilmu . Penegasan
65
Selain dari itu istana Acheh juga menjadi tempat mengumpul dan menyimpan kitab-kitab agama dan Sejarah
Isi 4
Kitab-kitab yang dikarang oleh ilmuan Islam Acheh akan dikumpul dan di simpan di istana Acheh untuk kegunaan pemerintah dan rakyat. Kitabkitab yang diterjemah ke dalam bahasa Melayu juga akan di simpan di istana Acheh. Antara kitab –kitab dan buku sejarah yang disimpan di istana Acheh ialah Kitab Asrabul Asyikin, Siratul Mustaqim dan lain-lain yang menjadi bahan rujukan kepada pemerintah dan rakyat Acheh Kesan pengumpulan dan penyimpanan buku-buku agama dan sejarah ini menjadikan istana Acheh menjadi penting dalam perkembangan ilmu di Acheh khususnya dan di Nusantara amnya.
Fakta
Huraian
Contoh
Penegasan
Jelas menunjukkan bahawa istana memainkan peranan yang sangat penting dalam perkembangan ilmu di Acheh. Peranannya sebagai pusat pendidikan, pusat pertemuan Kesimpulan dan perbincangan ulama juga sebagai pusat kegiatan penulisan dan penterjemahan menjadikan Acheh sebagai pusat penyebaran dan perkembangan islam di rantau Asia Tenggara.
SOALAN 9: NILAIKAN SUMBANGAN AL-KHAWARIZMI DALAM BIDANG MATEMATIK MENJADIKAN BELIAU SEORANG TOKOH ILMUAN ISLAM YANG SANGAT TERKENAL ATAU BINCANGKAN SUMBANGAN AL-KHAWARIZMI DALAM BIDANG MATEMATIK, ASTRONOMI DAN GEOMETRI
Nama sebenar al-Khwarizmi ialah Abu Abd Allah Muhammad Ibn Musa al-Khwarizmi. Beliau merupakan seorang tokoh Islam yang berpengetahuan luas dalam falsafah, logic, aritmetik, geometri, muzik, kejuruteraan, sejarah Islam dan kimia. Sumbangan alKhawarizmi mula terserlah ketika pemerintahan Khalifah al-Ma’mun (813-833 H) di Baghdad. Beliau telah dinobatkan sebagai Ahli Falak Diraja atas sumbangan kajian beliau. Beliau lebih dikenali sebagai al-Khwarizmi dalam kalangan ahli sains dan merupakan seorang ahli sains Islam yang terulung dalam ilmu Matematik. Antara sumbangan awal al-Khawarizmi dalam bidang Matematik Sumbangan adalah beliau telah mendapat pengiktirafan daripada pemerintah dalam Kerajaan Abbasiyah Khalifah seperti al-Ma’mum dan Khalifah Harun Bidang al-Rashid. Matematik
Pendahuluan
Fakta
66
Beliau telah dilantik sebagai pakar matematik dan ahli akademik matematik di Baitul Hikmah oleh Khalifah Harun al-Rashid. Beliau juga dilantik sebagai Pengarah Arkib Buku di perpustakaan istana oleh Khalifah al-Ma’mum. Bertindak mengemaskini sistem perpustakaan dengan menambah indeks buku-buku di perpustakaan, mengetuai serta mengawasi kerja penterjemahan buku-buku Matematik dalam bahasa Yunani. Beliau turut dilantik sebagai Astronomi dan bertugas di Balai Cerap di Baghdad oleh Khalifah al-Ma’mum. Sumbangan terbesar beliau ialah memperkenalkan sistem nombor yang digunakan sehingga kini iaitu 0,1,2,3,4,5,6,7,8, dan 9. Angkaangka ini menggunakan simbol-simbol tertentu dan mewakili nilainilai tertentu seperti yang digunakan oleh penduduk Timur Arab. Al-Khwarizmi merupakan orang pertama memperkenalkan angka sifar dan perpuluhan dalam ilmu matematik. Penggunaan angka inilah akan terbitnya nombor yang mencapai infiniti. Hasilnya, ilmu Matematik semakin berkembang meliputi operasi kuasa, log, kosinus dan sebagainya.
Huraian
Al-Khwarizmi juga dikenali sebagai Bapa al-Jabar setelah memperkenalkan jurusan aritmetik dengan penggunaan simbol yang mewakili nombor dan nilai (pembolehubah). Hasilnya banyak masalah pengiraan yang dihadapi oleh masyarakat Islam dapat diatasi. Buku kaedah aritmetik al-Jabar ini telah diterjemahkan ke bahasa Latin dan telah menjadi rujukan di universitiuniversiti di Eropah pada abad ke-12 M - ke-13 M. Beliau berjaya mencipta ilmu baharu yang belum pernah dicipta oleh pakar-pakar matematik sebelumnya seperti istilah-istilah baharu dalam ilmu aritmetik. Antaranya ialah istilah pemboleh ubah kuasa dua (x²), pemboleh ubah (x) dan pemalar (c) yang digunakan sehingga kini. Sumbangan besar al-Khawarizmi dalam bidang Matematik mencerminkan kehebatan dan keunggulan tamadun Islam yang berkekalan sehingga ke hari ini. Malah, sumbangan beliau juga sebagai pemangkin kepada kemajuan orang Barat yang mendalami teori-teori yang dikemukakan oleh beliau. Sumbangan dalam Bidang Astronomi
Selain terkenal sebagai seorang pakar Matematik, beliau juga dikagumi sebagai seorang Ahli Falak Diraja dan sangat berjasa dalam bidang falak (astronomi) pada zaman Khalifah al-Ma’mun di Baghdad.
Penutup/ Isi
Fakta
67
Al Khawarizmi juga adalah tokoh pertama yang menyediakan takwim Islam yang bertajuk Zij al-Sindhind yang berdasarkan astronomi India dan terdapat jadual kedudukan matahari, bulan, bintang dan planetplanet. Beliau juga telah mengkaji pelbagai aspek dari sudut gerhana sehingga ke fasa-fasa bulan. Antara hasil (sumbangan) ialah membuat penyemakan dan memperkemaskan semula ilmu astronomi dan membetulkan pelbagai pandangan Ptolemy. Beliau juga telah menghasilkan peta dunia pertama yang diterokai pada masa itu. Selain itu, beliau juga telah menghitung isi padu dan ukur lilit bumi, mencipta alat penentu kedudukan bintang, sukatan masa dan jam matahari.
Huraian
Beliau juga telah menulis sekurang-kurang dua Zij (buku/makalah) berkaitan dengan astronomi ketika bertugas di perpustakaan istana. Makalah pertama mengenai alat yang dapat menunjukkan waktu dengan bayangan matahari (jam matahari). Alat ini diperbuat drp batu marmar (ruhkamat) yang digunakan utk mengenal pasti waktu solat. Makalah kedua mengenai sejenis alat ukuran astronomi yang dipanggil sebagai astrolab. Bidang astronomi sangat berkaitan dgn pengiraan, oleh itu ilmu al-Jabar yang diperkenalkan oleh alKhwarizmi sangat berguna. Sebagai contoh alat pelayaran iaitu kuadran dan astrolab. Kuadran digunakan utk menyukat sudut dan altitud ketika belayar. Manakala astrolab pula digunakan utk mengukur waktu, ketinggian gunung dan kedalaman perigi. Termyata sumbangan besar dalam bidang astrinomi telah menjadikn beliau seorang pakar rujuk dan perkembangan dalam bidang astronomi dalam tamadun manusia moden Al Khawarizmi juga dikenali sebagai tokoh dalam bidang Geografi. Malah baliau adalah saintis pertama yang melakar peta dunia pada tahun 830 M iaitu 10 tahun sebelum beliau meninggal dunia. Sumbangan dalam Bidang Geografi
Contoh
Penutup/ Isi
Fakta
Menghasilkan beberapa kertas kerja tentang ilmu geografi dan menghasilkan tulisan yang bertajuk Kitab Surat al-Ard (The Image of Earth) iaitu buku tentang rupa muka bumi. Kitab ini adalah rujukan dan versi pembetulan kertas kerja Ptolemy tentang Geografi. Kitab ini dihasilkan semasa menjalankan tugas utk mengetahui kedudukan bumi dan keluasannya, mengukur garis latitud dan longitud secara lebih tepat semasa bertugas di balai cerap di Baghdad.
Huraian/ contoh
68
Beliau telah mengemukakan beberapa koordinat tempat di Laut Mediterranean, Asia dan Afrika berdasarkan buku yang ditulis oleh Ptolemy. Kitab ini lengkap dgn carta-carta astronomi yang melakarkan pergerakan bintang di langit. Kitab ini juga menerangkan dan membuktikan pandangan sarjana Yunani (Ptolemy) tentang jarak antara negara-negara. Kesannya, ilmu Geografi yang dipelopori beliau telah memudahkan ahli Geografi masa kini untuk menjalankan kajian selanjutnya.
Penutup/ Isi
Jelslah kewibawaan al-Khwarizmi dalam bidang ilmu tidak terbatas dalam bidang matematik sahaja malah turut membuat sumbangan besar dalam ilmu astronomi dan geografi. Beliau bukan sahaja beliau disanjung oleh umat Islam, bahkan karyanya telah diguna pakai oleh sarjana-sarjana Barat sehingga kini.
Kesimpulan
SOALAN 10: SUMBANGAN IBN SINA DALAM BIDANG PERUBATAN TELAH MEMBERI IMPAK YANG BESAR KEPADA MASYARAKAT PADA HARI INI. BINCANGKAN PERNYATAAN INI
Nama sebenar beliau ialah Abu Ali al-Husayn bin Abd Allah bin al-Hasan bin Ali bin Sina. Beliau dikenali sebagai Ibn Sina di Timur dan Avicenna di Barat.Beliau dilahirkan pada tahun 980 M di Bukhara ,Turkestan. Beliau banyak melakukan penyelidikan dan menghasilkan karya dalam pelbagai ilmu terutama dalam bidang perubatan.Berkat kesungguhan yang tidak mengenal jemu beliau muncul sebagai seorang pakar perubatan yang terkemuka.Sumbangan Ibn Sina dalam bidang perubatan jelas telah memberi impak yang besar kepada masyarakat pada hari ini.
Ensiklopedia Kedoktoran Pertama
Isi 1
Antara sumbangan beliau ialah dalam menghasilkan karya-karya perubatan.Karya yang pertama Ibn Sina berjudul Al-Majmu.Karya ini dihasilkan semasa beliau berusia 21 tahun.Buku ini mengandungi pelbagai ilmu pengetahuan yang lengkap.Nama buku-buku yang pernah dikarang oleh Ibn Sina termasuklah berbentuk risalah ukuran kecil,dimuat dan dihimpun dalam satu buku besar yang berjudul “Essai
Pendahuluan
Fakta
Huraian
69
de Bibliographie Avicenna” yang dihasilkan oleh Pater Dominican di Kairo.Antara yang terkandung dalam buku tersebut ialah Qanun fi AtTibb.Selain itu beliau juga menghasilkan 250 buah karya .Karya-karya tersebut masih kekal hingga ke hari ini.116 daripadanya ialah dalam bidang perubatan.Karya-karyanya ditulis dalam Bahasa Arab dan Parsi.
Qanun fi At-Tibb atau Peraturan Perubatan adalah karya yang termahsyur.Karya ini terdiri daripada 14 jilid.Karya ini paling banyak dicetak di Eropah pada zaman Renaissance.Karya ini juga mempunyai pengaruh yang asas dalam ilmu perubatan di Eropah pada zaman Renaissance dan telah menjadi rujukan yang utama di universitiuniversiti Eropah hingga abad ke-17 M.
Jelaslah bahawa karya-karya Ibn Sina terutamanya Qanun fi At-Tibb telah memberi impak yang besar khususnya dalam bidang perubatan.Qanun fi-At-Tibb juga merupakan himpunan perbendaharaan ilmu perubatan.Ilmu perubatan moden banyak mendapat pelajaran daripada Ibn Sina iaitu dari segi penggunaan ubat,diagnosis dan pembedahan. Teori-teori Anatomi dan Fisiologi
Sumbangan seterusnya ialah ilmu berkenaan teori-teori tentang anatomi dan fisiologi serta teori-teori yang lain.Teori ini menggambarkan analogi manusia terhadap negara dan mikrokosmos(dunia kecil) terhadap alam semesta sebagai makrokosmos(dunia besar).Misalnya digambarkan bahawa syurga kayangan adalah bulat dan bumi adalah persegi dan dengan demikian kepala itu bulat dan kaki itu empat persegi.Terdapat empat musim dan 12 bulan dalam setahun,dengan itu manusia memiliki empat tangkai dan lengan(anggota badan) mempunyai 12 tulang sendi.
Contoh
Penutup
Fakta
Huraian
Isi 2 Karya Canon of Medicine misalnya memuatkan penyataan yang tegas bahawa darah mengalir secara terus menerus dalam suatu lingkaran dan tidak pernah berhenti.Namun ini belum dapat dianggap sebagai suatu penemuan tentang sirkulasi darah,kerana bangsa Cina tidak membezakan antara urat-urat darah halus(veins)dengan pembuluh nadi(arferies).Analogi tersebut hanyalah anologi yang digambarkan antara gerakan darah dan siklus alam semesta,pertukaran musim dan gerakan-gerakan tubuh tanpa peragaan secara empirik pada keadaan sebenarnya. Teori ini juga berpengaruh dan memberi kesan kepada masyarakat pada hari ini.
Contoh
Penutup 70
Terjemahan dan bahan tujukan Qanun fi At-Tibb
Pada abad ke-12M,Gerard Cremona telah menterjemahkan buku Ibn Sina ke Bahasa Latin.Buku ini menjadi buku rujukan utama di universiti-universiti Eropah hingga 1500 M.Bukunya telah dicetak sebanyak 16 kali dan 15 edisi dalam Bahasa Latin dan sebuah edisi dalam Bahasa Yahudi(Hebrew).Di samping itu ,buku tersebut turut diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris,Perancis,Sepanyol dan Itali.Pada abad ke-16 M,buku ini dicetak sebanyak 21 kali. Isi 3
Qanun fi At-Tibb juga digunakan sebagai buku teks kedoktoran di beberapa buah universiti di Perancis.Contohnya Sekolah Tinggi Kedoktoran Montpellier dan Louvin telah menggunakannya sebagai bahan rujukan pada abad ke-17M.P.K.Haiti menganggap buku ini sebagai Ensiklopedia kedoktoran. Penulis-penulis Barat telah menganggap Ibn Sina sebagai ‘Bapa Kedoktoran’.Ini disebabkan Ibn Sina menyatukan teori perubatan Yunani(Hippocrates dan Galen)serta pengalaman ahli-ahli perubatan India dan Parsi dengan pengalaman beliau sendiri.Terbukti bahawa sumbangan Ibn Sina dalam biang perubatan telah banyak memberi impak yang besar kepada masyarakat pada hari ini.
Perintis Pengenalan Penyakit Saraf
Pengenalan penyakit saraf juga diterangkan oleh Ibn Sina di dalam bukunya iaitu Qanun fi At-Tibb.Manakala buku Canon of Medicine mengemukakan cara-cara pembedahan yang menekankan keperluan pembersihan luka.
Isi 4
Melalui buku ini juga diberi keterangan yang jelas dengan hiasan gambar dan sketsa yang menunjukkan pengetahuan anatomi Ibn Sina yang luas.
Kepakaran Ibn Sina dalam bidang perubatan telah menyebabkan beliau pernah digelar sebagai Medicorum Principal atau Raja Diraja Doktor dan Raja Ubat khususnya kepada Raja Nuh II bin Mansur di Bukhara semasa beliau berumur 18 tahun.Ternyata kepakaran Ibn Sina telah mendapat pengiktirafan dari dahulu sehingga masa kini.Buku-bukunya telah dijadikan rujukan oleh pelajar-pelajar perubatan.
Fakta
Huraian
Contoh
Penutup
Fakta
Huraian
Contoh
Penutup
71
Isi 5
Sumbangan lain dalam bidang perubatan
Fakta
Ibn Sina memperkembangkan ilmu psikologi dalam perubatan dan membuat beberapa penemuan dalam ilmu perubatan psikoterapi atau ‘psychosomatic medicine’.Beliau juga memperkembangkan ilmu diagnosis melalui denyutan jantung atau ‘pulse diagnosis’ untuk mengenalpasti beberapa detik sahaja ketidakseimbangan hormon.Diagnosis melalui denyutan jantung ini masih dipraktikkan oleh para doktor muslim di Pakistan,Afghanistan dan Parsi yang menggunakan ilmu perubatan Yunani. Ibn Sina juga menyedari kepentingan emosi dalam pemulihan.Beliau sangat berminat dalam mengesan akal atas jasad dan telah banyak menulis tentang gangguan psikologi. Selain itu Ibn Sina juga merupakan doktor perubatan pertama yang mencatatkan bahawa penyakit paru-paru merupakan sejenis penyakit berjangkit.Beliau turut menyatakan dengan tepat tanda-tanda penyakit kencing manis dan kesan yang timbul daripadanya.Ibn Sina juga bertanggungjawab mengubati penyakit barah seperti barah usus.Dalam kajiannya Ibn Sina mengatakan bahawa penyakit barah lebih banyak menyerang kaum wanita.
Huraian
Penemuan-penemuan perubatan Ibn Sina dalam diagnosis denyutan jantung,ilmu psikologi,penyakit paru-paru,kencing manis dan barah telah diguna pakai sehungga hari ini .Penemuan-penemuan ini menjadi asas dalam bidang perubatan masa kini.
Contoh
Oleh yang demikian jelaslah bahawa sumbangan Ibn Sina telah memberi impak yang besar kepada masyarakat masa kini terutama Penutup/penegasan dalam bidang perubatan.
Kesimpulannya,sumbangan Ibn Sina tiada tandingannya.Kewibawaan Ibn Sina terbukti begitu hebat .Beliau bukan sahaja disanjung tinggi oleh umat Islam,bahkan karya-karyanya diguna pakai oleh sarjana-sarjana Barat.Kepakaran Ibn Sina dalam bidang perubatan sesungguhnya memberi impak yang besar kepada masyarakat masa kini.Ini disebabkan ilmu-ilmu perubatannya telah menjadi rujukan dunia.
Kesimpulan
72
SOALAN 11: ANALISISKAN SUMBANGAN IBN MAJID DALAM BIDANG PELAYARAN DAN GEOGRAFI
Nama sebenar Ibn Majid ialah Shihab al-Din bin Majid al-Najdi. Beliau dilahirkan di Julphar (Oman) dan merupakan seorang ahli pelayaran Arab terkemuka pada abad ke15. Datuk dan bapanya mahir dalam bidang pelayaran dan menjadi guru ilmu pelayaran serta arif dengan Laut Merah. Beliau digelar "Singa Laut" kerana kemahirannya berlayar di Lautan Hindi. Beliau telah menghasilkan 40 buah karya sama ada berbentuk prosa atau puisi yang merangkumi bidang pelayaran, perjalanan bintang, angin, dan ombak. Oleh itu, terdapat beberapa sumbangan Ibn Majid dalam bidang pelayaran dan geografi.
Pendahuluan
Kitab al-Fawa'id fi Usui 'Ilm al-Bahr wa al- Qawa'id Sumbangan beliau dalam bidang pelayaran dan geografi ialah melalui karya al-Fawa'id fi Usui 'Ilm al-Bahr wa al-Oawa'id.
Ibn Majid dianggap tokoh Islam terawal yang menulis tentang ilmu Kelautan. Buku al-Fawaid fi usul ilmi al-Baha wa al-Qawaid bertarikh 1490. Jelas bahawa karya tersebut menceritakan tentang faedah dan kaedah ilmu laut dan dapat dilihat dalam karya tersebut yang mempunyai 12 buah bab dalam bentuk prosa. Tujuan karya ini dihasilkan adalah untuk memperbaiki dan memperbetulkan kesilapan catatan-catatan yang telah dilakukan oleh pelayar-pelayar sebelumnya.
Isi 1
Fakta
Huraian
Buku in mengandungi teori dan praktikal yang diperlukan oleh pemandu kapal laut di Laut Merah dan Lautan China.Beliau telah menulis maklumat tentang kedalaman laut,kawasan pantai,batu karang,pulau pelabuhan,angin,dan semua data yang diperlukan oleh pemandu kapal.
Contohnya, dalam karya tersebut menceritakan tentang permulaan pelayaran, jarum, magnet, bintang, bulan, kompas, laluan lautan Hindi, 10 buah pulau yang paling terkenal, monsun yang sesuai bagi pelayaran berserta tarikh mengikut perkiraan bangsa Parsi dan tentang Laut Merah.
Contoh
Kesannya, beliau telah membantu pelayar dalam menjalankan ekspedisi pelayaran mereka. Penutup
73
Kitab Hawiyat al-Ikltisar fi usul 'Ilm al-Bihar Seterusnya, sumbangan Ibn Majid adalah menghasilkan kitab Hawiyat alIkhtisar fi Usui 'Ilm al-Bihar pada tahun 866 H.
Jelas menunjukkan dalam karya tersebut telah menceritakan mengenai ilmu tarikh, bahasa, bintang serta ilmu berkaitan laut. Juga tentang laut di pantai Arab, China, Teluk Parsi, Lautan Hindi, Hijaz, Syam dan Afrika serta pelabuhan, garis lintang dcin ilmu astronomi. Isi 2
Fakta
Huraian
Hasil karya Ibn Majid dalam bidang pelayaran berjumlah 25 buah dan diiktiraf sebagai buku penting dalam bidang astronomi dan geografi nautika pada Zaman Renaissans dan sebelumnya.
Misalnya, kitab beliau masih lagi membincangkan tentang ilmu laut.
Contoh
Akibatnya, beliau dapat memberi ilmu pengetahuan yang amat berguna kepada pelayar tentang bahasa, tarikh dan bintang serta laut. Keadaan ini membuktikan bahawa umat Islam telah mencapai kemajuan tinggi dalam bidang nautika dan pelayaran sehingga abad ke-15 M.
Penutup
Karya Qadidah Makkiyah Selain itu, sumbangan Ibn Majid adalah Qadidah Makkiyah.
Fakta
Hal ini dapat dilihat melalui karya beliau yang telah menceritakan tentang Laut Merah dari Jeddah ke Tanjung Fartak dengan lebih terperinci.
Huraian
Umpamanya, beliau menceritakan tentang selatan Semenanjung Tanah Arab.
Contoh
Kesannya, pelayar dapat mengetahui laluan perjalanan dengan lebih jelas dan tepat.
Penutup
Isi 3
Penunjuk arah kepada pelayar Barat akhir sekali. Sumbangan Ibn Majid ialah menjadi penunjuk arah kepada pelayar Barat.
Fakta
Isi 4 Hal ini dapat dilihat apabila beliau telah membantu seorang pelayar Barat sehingga beliau digelar 'Malembo Canaqua' oleh Portugis. Dengan bantuannya, ekspedisi tersebut berjaya mengharungi Lautan
Huraian 74
Hindi dengan mudah. Namun, semasa pasukan tersebut balik semula ke Malindi tanpa bantuan Ibn Majid, mereka memerlukan masa berbulanbulan untuk tiba sehingga mengalami kebuluran
Contohnya, beliau telah membantu Vasco Da Gama dari pantai timur Afrika ke Kalikat, India.
Contoh
Ironinya. beliau dihormati oleh pelayar Barat dan dikenali oleh seluruh lapisan masyarakat.
Penutup
Kesimpulannya, sumbangan Ibn Majid dalam bidang pelayaran dan geografi telah merangsang tokoh-tokoh pelayar Islam yang lain serta gambaran kepada masyarakat sejagat. Tinggalan dan timbunan ilmu dapat diwarisi oleh kita pada hari ini dan menunjukkan bahawa umat Islam telah mencapai kemajuan tinggi dalam bidang seni nautika dan pelayaran sehingga abad ke-15.
Kesimpulan
SOALAN 12: BINCANGKANKAN SUMBANGAN IBN BATTUTAH KEPADA PERKEMBANGAN TAMADUN MANUSIA
Ibn Battutah merupakan tokoh pelayaran Arab yang terkenal. Beliau dilahirkan di Tangier yang terletak di Morocco pada 1305M. Beliau telah menjelajahi sebanyak 44 negara dan dua benua. Beliau mengembara hampir ke semua negara Islam termasuk Mesir, Syria, Iraq, Iran, India semasa pemerintahan Muhammad Ibn Tughluq, Analtolia, China danri Chuan Chou hingga ke Peking, Kepulauan Nusantara dan Constantinople. Pelayarannya yang pertama adalah untuk menunaikan haji di Makkah serta mempelajari bidang undang-undang. Namun semasa pelayaran ini, beliau mula berminat dalam budang pelayaran dan telah mengambil keputusan untuk menjadi seorang pelayar. Beliau mengembara sejauh 75,000 batu di antara tahun 1325 hingga tahun 1353 M. Catatan pengembaraan beliau dimuatkan dalam hasil tulisannya yang dikenali sebagai ”Rihlah” atau “The Travel of Ibn Battutah”.
Bidang Sejarah
Pendahuluan
Fakta
Isi 1 Sumbangan Ibn Battutah bukan sahaja dari segi pertambahan ilmu, tetapi yang lebih penting lagi ialah dalam bidang sejarah. Beliau berjaya
Huraian 75
menemui ramai pemerintah, wazir dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan yang majoritinya boleh dipastikan dengan sumber-sumber lain. Hubungannya dengan mereka tercatat dalam buku ”Rihlah Ibn Battutah” boleh dianggap sebagai dokumen sejarah. Dalam buku ini, aspek-aspek sosial, ekonomi dan politik boleh didapati terutamanya yang berkait dengan dunia Islam.
Contohnya, Ibn Batuttah telah membuat penerokaan sejarah di Anatolia, India di bawah pemerintahan Muhammad Tughluq, Afrika Timur dan Barat, Maldives serta masyarakat Melayu di Sumatera. Dalam catatan beliau: banyak dimasukkan fakta yang sahih dan tepat serta disokong dengan sumber-sumber lain yang berkaitan. • Kota Konstantinople: Beliau mencatat keindahan kota itu yang dilengkapi dengan pasar, jalan raya yang dibina daripada batu, kewujudan gereja besar seperti St Sophies. • Pasai, Sumatera pula beliau gambarkan sebagai kawasan yang amat subur dan dipenuhi dengan pokok kelapa, cengkih dan gaharu
Jelaslah bahawa Ibn Batuttah telah memberi sumbangan menerusi rekod penting sejarah Zaman Pertengahan bagi pelbagai negara yang dilawati termasuk negeri-negeri Afrika, China, India dan Asia Tenggara.
Perkembangan Ilmu Geografi
Ibn Battutah banyak memberi sumbangan dalam perkembangan ilmu geografi. Bukunya Rihlah dianggap sebagai buku geografi klasik yang terpenting kepada umat Islam dan tamadun dunia.
Isi 2
Bukunya juga mencatatkan penemuan geografi dan bentuk fizikal banyak negara Islam yang dilawati seperti Mesir, Parsi, Baghdad, Bahrain, Oman dan sebagainya. Beliau juga mencatatkan keadaan geografi fizikal dan kemanusiaan tentang benua seperti India, China dan Sumatera. Beliau banyak membuat catatan tentang iklim, bentuk muka bumi dan budaya masyarakat India dan China.
Contoh
Penutup
Fakta
Huraian
Contoh
Antara catatan beliau yang penting ialah keadaan iklim khatulistiwa yang tidak sepanas iklim di Afrika Utara yang mana catatan ini dapat mempengaruhi saudagar ketika memilih pangkalan pelabuhan untuk disinggahi oleh mereka
76
Kesannya menjadi panduan kepada ahli geografi moden untuk membuat kajian terhadap perkembangan ilmu geografi tersebut.
Kebudayaan
Isi 3
Fakta
Ibnu Battutah juga banyak mencatatkan perkembangan kebudayaan dan sosial dunia Islam. Melalui bukunya Rihlah, beliau mencatatkan budaya hidup masyarakat yang dilawati seperti agama, cara hidup. adat resam dan sebagainya.
Huraian
Contohnya beliau mencatatkan adat-adat agama Hindu, upacara keagamaan dan amalan sosial yang menakutkan di India seperti adat Sutte dan amalan membunuh diri di Sungai Ganges. Manakala di Sumatera, beliau mencatatkan banyak budaya dan cara hidup masyarakat Melayu seperti adat istiadat diraja, pakaian tradisi, bentuk seni bina istana dan sebagainya.
Contoh
Kesannya membantu ahli antropologi dan sosiologi membuat kajian ke atas masyarakat lampau.
Penutup
Politik Dan Pemerintahan
Isi 4
Penutup
Fakta
Ibn Battutah juga banyak memberi sumbangan kepada perkembangan politik. Bukunya Rihlah dianggap sebagai karya poltik kerana banyak mencatatkan tentang sistem politik dan undang-undang sesebuah negara. Fakta sejarah yang digunakan adalah berasaskan sumber utama iaitu dengan merujuk kepada pemerintah pada masa itu.
Huraian
Contohnya, beliau banyak mencatatkan perkembangan sistem politik di India pada zaman Kerajaan Tughluq kerana beliau pernah dilantik sebagai kadi selama 7 tahun di India. Buktinya, di India beliau menjadi utusan ke negara China. Di Pasai, Sultan al-Malik al-Zahir memberi penghormatan kepada beliau sebagai ulama dengan menyediakan sebuah tongkang besar untuk pelayaran ke China.
Contoh
Jelaslah bahawa Ibn Batuttah merupakan seorang tokoh yang telah memberi sumbangan dalam perkembangan tamadun manusia dari segi politik dan pemerintahan. Keadaan ini tidak lain dan tidak bukan adalah kerana sepanjang pengembaraan, Ibn Batuttah telah banyak berinteraksi dengan beberapa pemimpin negara.
Penutup
77
Penerokaan Dan Penjelajahan
Isi 5
Fakta
Ibn Battutah juga dianggap sebagai pelopor dalam dunia penerokaan dan penjelajahan Islam setanding dengan tokoh pengembara barat iaitu Marco Polo dan lain-lain. Digelar The Prince of MuslimTravellers. Rekod penerokaan beliau dicatatkan dalam bukunya ”Rihlah Ibn Battutah” dan Huraian diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa seperti Inggeris, Peranchis, Belanda, Jerman dan sebagainya. Diterjemahkan oleh HAR Gibb ke dalam bahasa Inggeris yang betajuk ”The Travels of Ibn Battutah”.
Contohnya, Ibn Batuttah telah mengembara 28 tahun merentasi tiga benua (Afrika, Eropah dan Asia), merangkumi 44 negara dengan jarak Contoh perjalanan 117, 000 km.
Jelaslah bahawa beliau banyak menyumbang kepada perkembangan penerokaan Islam dan barat di mana catatan penerokaan beliau telah Penutup dijadikan panduan oleh tokoh penjelajahan selepas itu seperti orang Portugis dan Sepanyol.
Sumbangan pengembara Ibn Battutah memberi suatu asas untuk manusia melangkah ke arah kemajuan dan perkembangan tamadun manusia. Sumbangan Ibn Battutah bukan sahaja dalam bidang geografi tetapi juga memperkayakan ilmu pensejarahan terutamanya dunia Islam. Sumbangan Ibn Battutah yang besar ini menyebabkan beliau dikenali sebagai ”The Prince of Muslims Travellers”.
Kesimpulan
78
TEMA 3 : NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA
SOALAN HURAIKAN FAKTOR-FAKTOR KEJATUHAN KHILAFAH UTHMANIYAH PADA ABAD KE-20 1 Empayar Turki Uthmaniyah telah diasaskan oleh Uthman Ertughrul yang mengisytiharkan kemerdekaan wilayah Uthmaniyah pada ahun 1299.Wilayah ini mula berkembang melalui penakhlukan Constantinople oleh Muhammad al-fatih pad atahun 1453 dan terus gemilang semasa pemerintahan Sulaiman al-Qanuni. Selepas kemangkatan Sulaiman al-Qanuni pada tahun 1566, berlaku kemerosotan dalam empayar Uthmaniyah. Ini disebabkan oleh kelemahan yang wujud dalam kerajaan Turki Uthmaniyah; tidak kurang juga faktor luaran yang membawa kepada kejatuhan Khilafah Uthmaniyah.. Pendahuluan Semasa proses keruntuhannya, empayar Turki Uthmaniyah merupakan empayar yang luas meliputi Semananjung Balkan,Asia Kecil, Arab Timur Tengah, Mesir, dan Afrika. Namun disebabkan pelbagai faktor dalaman dan luaran, akhirnya membawa kepada kejatuhan empayar Turki Uthmaniyah sehingga memberi kesan kepada negara-negara Islam di sekitarnya.
Isi 1
Isi 2
Kelemahan kepimpinan Setelah kemangkatan Sulaiman al-Qanuni, empayar Turki Uthmaniyah mula memperlihatkan kejatuhan dan kemunduran. Hal ini disebabkan kelemahan pemerintah, iaitu dalam soal keperibadian dan kepimpinan. Kelemahan ini terbukti dengan sikap sultan yang mementingkan hiburan dan kesenian sehingga menyebabkan keruntuhan moral. Sebagai contohnya Sultan Murad III telah dikuasai nafsu sepanjang pemerintahannya sehingga mempunyai 118 orang anak. Sultan Ibrahim membunuh 100,000 orang dan menyaksikan sendiri pembunuhan 25,000 orang daripadanya. Kelemahan kepimpinan menyebabkan Sultan Ibrahim dipengaruhi oleh bonda dan 3 orang isterinya yang campur tangan dalam pemerintah untuk menyingkirkan Wazir Agung Kara Mustafa. Keadaan ini membawa kepada kejatuhan Turki Uthmaniyah. Kehidupan sultan yang hidup bermewah-mewah akhinya mendorong perlakuan tidak bermoral yang membawa kepada kejatuhan empayar Turki Uthmaniyah. Masalah pemimpin yang bersilih ganti Masalah ini menyumbang kepada kejatuhan empayar Turki Uthmaniyah kerana masalah perebutan takhta dalam kalangan pembesar dan pemerintah. Sistem syura tidak diamalkan dan pemilihan pemimpin berdasarkan kekuatan. Keadaan ini mendorong ke arah peperangan antara putera-
Fakta
Huraian
Contoh
Penutup Isi
Fakta
Huraian
79
putera raja yang menyebabkan berlakunya ketidakstabilan politik dan kepimpinan. Masalah pemimpin yang bersilih ganti menyebabkan ketidakstabilan Penutup Isi politik dan membawa kepada kejatuhan Turti Uthmaniyah.
Isi 3
Isi 4
Isi 5
Kelemahan dalam sistem ketenteraan Kemerosotan ini bermula dengan kemerosotan disiplin ketenteraan dalam kalangan pegawai atasan. Persaingan dalam jawatan ketenteraan menyebabkan putera-putera raja yang berpotensi disisihkan dan putera sulung dipilih kerana para pegawai diberikan kebebasan untuk memilih. Contohnya, perlantikan Bayezid I dan Salim II bukannya berdasarkan kemampuan yang unggul. Penghapusan aristokrasi tentera yang menjadi saingan kepada kuasa pusat. Penghapusan ini menyebabkan system tentera hamba menjadi terbatas kerana seksyen ketenteraan yang dominan dalam angkatan tentera membenarkan anak-anak pegawai mendapat pangkat,lantas menghapuskan asas disiplin dalam ketenteraan. Jelaslah kelemahan dalam sistem ketenteraan telah melemahkan kerajaan Turki Uthmaniyah dan membawa kepada kejatuhannya. Kebangkitan kekuasaan Eropah Kemajuan dari aspek ilmu pengetahuan dan perkembangan sains dan teknologi yang dicapai oleh Eropah selepas zaman gelap telah mendorong peluasan kuasa atau imperialisme Barat.
Fakta
Contohnya: Gerakan Renaisans melahirkan perubahan besar dalam sejarah dunia, iaitu kebangkitan Eropah dan kemunduran kerajaan Islam Turki Uthmaniyah. Kebangkitan kekuasaan Eropah telah melemahkan Khilafah Uthmaniyah yang menyebabkan kejatuhannya. Peperangan dengan negara Eropah Peperangan demi peperangan dengan negara Eropah telah memperlihatkan kekalahan kerajaan Uthmaniyah. Kekalahan dalam peperangan telah membawakan kerugian besar dan seterusnya melemahkan Kerajaan Turki Uthmaniyah. Peperangan dengan Austria sekitar tahun 1682-1689 telah membawa kerugian besar kepada kerajaan Turki Uthmaniyah. Penyatuan bangsa Eropah untuk menentang Turki Uthmaniyah menyebabkan Turki kehilangan Hungary, kota Budapest, wilayah Transilvaniadan beberapa wilayah yang telah melemahkan pertahanan Uthmaniyah . Penyatuan Prince of Eugene of Savoy dengan tentera Austria telah mengalahkan Turki dalam Peperangan Peterwarden pada tahun 1716.
Contoh
Huraian
Contoh
Penutup isi Fakta
Huraian
Penutup isi Fakta
Huraian
Contoh
80
Jelaslah penglibatan dan kekalahan Khilafah Uthmaniyah dalam Penutup isi peperangan menghadapi kuasa Barat sejak abad ke-17 lagi telah melemahkan dan meruntuhkannya. Peperangan demi peperangan dengan negara Eropah telah memperlihatkan kekalahan kerajaan Uthmaniyah. Kekalahan dalam peperangan telah membawakan kerugian besar dan seterusnya melemahkan Kerajaan Turki Uthmaniyah. Isi 6
Siri perjanjian dengan negara Eropah Fakta Perdamaian melalui perjanjian telah menyebabkan Turki kehilangan banyak kawasannya dan pada masa yang sama turut melemahkan empayarnya. Huraian Perjanjian Passarowit yang ditandatangani pada Julai 1718 menyebabkan Turki kehilangan Timsuar, Belgred, sebahagian besar negeri Serbia dan Romania. Perjanjian Redsin yang ditandatangani dengan Rusia pula menyebabkan Contoh Sultan Turki terpaksa menyerahkan Ukrain kepada Rusia dan membuka peluang perniagaan kepada bangsa Cossack di Laut Hitam.
Jelaslah, siri perjanjian dengan negara Eropah telah melemah dan Penutup Isi meyumbang kepada kejatuhan Khilafah Uthmaniyah. Kedudukan kuasa kerajaan Turki Uthmaniyah yang luas suatu ketika dahulu telah hilang pada penghujung abad ke-18 dan yang tinggal hanyalah beberapa daerah kecil yang masih berada di bawah taklukannya. Kesimpulan Pengakhiran Khilafah Uthmaniyah bermula selepas Mustafa Kamal Ataturk mengisytiharkan Turki sebagai sebuah republik. Sejarah telah memperlihatkan kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyah akibat masalah dalaman dan luaran yang tidak dapat diselesaikan secara sistematik.
SOALAN HURAIKAN REAKSI MASYARAKAT MESIR TERHADAP PERLUASAN 2 KUASA BARAT PADA ABAD KE-19 HINGGA KE-20 M Pada abad ke-18M, Mesir masih sebahagian wilayah empayar Pendahuluan Uthmaniyah. Sepanjang abad ke-17 dan ke-18M, Mesir mengalami beberapa konflik politik akibat perebutan kuasa antara pemerintah tempatan. Suasana politik yang tidak stabil inilah yang membawa kepada kekacauan dan menjejaskan ekonomi Mesir pada keika itu. Bermula abad ke-18, Mesir bukan lagi sebuah wilayah yang kaya-raya sebagaimana zaman kemuncak kegemilangan Islam. Mesir telah hilang keistimewaannya sebagai sebuah pusat kebudayaan dan ketamadunan. Penaklukan Perancis ke atas Mesir 17M – 18M Fakta Pada akhir abad ke-18, Perancis telah berjaya menawan Mesir, setelah Huraian menewaskan tentera kerajaan Mamluk yang memerintah Mesir pada ketika itu. Peristiwa ini berlaku pada tahun 1798. Ekspedisi ketenteraan ini 81
Isi 1
Isi 2
diketuai oleh Napoleon Bonaparte berikutan tercetusnya Revolusi Perancis. Walau bagaimanapun, penguasaan Perancis ke atas Mesir tidak lama, iaitu hanya sekitar tiga tahun sahaja. Perancis kemudiannya dapat diusir keluar dari Mesir oleh tentera Uthmaniyah dengan bantuan Britishn pada tahun 1801. Pendudukan Perancis di Mesir membuka senario baharu kerana ia merupakan kuasa Barat pertama yang menceroboh Mesir. Sebagai reaksinya, walaupun penguasaan Perancis hanya sekitar tiga tahun sahaja, namun kesan jangka panjangnya telah berjaya mengubah demografi politik Mesir. Contohnya, konsep modenisme dan sekularisme meresap dalam pemikiran rakyat. Maksud modenisme ialah gerakan yang menekankan kuasa manusia mencipta, membaiki, dan membentuk semula persekitaran mereka dengan bantuan ilmu sains, teknologi dan uji kaji praktikal manakala sekularisme adalah konsep bahawa kerajaan atau entiti lain harus wujud secara terasing dari agama dan/atau kepercayaan agama. Sekularisme dapat memberikan hak untuk menjadi bebas dari peraturan dan ajaran agama, dan kebebasan dari pengenaan agama kerajaan terhadap rakyat dalam sebuah negara yang berkecuali pada hal ehwal agama Kesimpulannya, penaklukan Perancis ke atas Mesir 1798-1801M telah meninggalkan kesan mendalam dalam bidang ekonomi, politik, sosial dan pemikiran rakyat Mesir. Penaklukan ini merupakan peristiwa penting yang mengubah landskap sosiopolitik Mesir. Pemberontakan Syeikh Muhammad al-Sadat Pada 21 Oktober 1798, 3 bulan selepas penaklukan tentera Perancis ke atas Mesir, pemberontakan di bawah pimpinan Syeikh Muhammad Sadat meletus sebagai reaksi terhadap penaklukan tersebut. Pemberontakan ini berlaku apabila Majlis Syura al-Azhar membuat keputusan melancarkan jihad menentang Perancis. Kebangkitan menentang Perancis disebabkan beberapa faktor. Perbezaan agama adalah faktor terbesar yang menyebabkan berlakunya pemberontakan. Rakyat Mesir menganggap kerajaan Turki Uthmaniah sebagai saudara seagama yang mesti dibantu dan dipertahankan bermati-matian. Manakala, agama Kristian yang dianuti Perancis adalah agama yang amat dibenci sejak dari berkurun-kurun lagi oleh nenek moyang mereka. Mereka tidak akan menukar pegangan yang mampu menyelamatkan mereka dunia dan akhirat.
Contoh
Penutup isi
Fakta Huraian
Kekalahan tentera Perancis di Port Abu Khir Iskandariah menyakinkan Contoh mereka bahawa Perancis berada dalam keadaan yang terlalu lemah. Keruntuhan sosial yang berleluasa seperti pengembangan perniagaan arak , tarian-tarian gelek, rasuah dan lain-lain lagi. Kezaliman dan penindasan terhadap tokoh-tokoh ulama’ yang mengkritik pemerintah. Perbezaan budaya, bahasa dan pakaian dalam kalangan pegawai-pegawai penjajah yang berurusan dengan mereka. Jelaslah bahawa pemberontakan ini telah digagalkan dengan ketibaan Penutup isi tentera Uthmaniyah dan British yang mengakibatkan kerugian banyak nyawa dan harta benda bagi kedua-dua belah pihak.
82
Isi 3
Penentangan golongan awam dan Fellahin Fakta Sebelum meletusnya Pemberontakan Urabi (1881), di Mesir telah muncul dua golongan penentangan sebagai reaksi terhadap penguasaan asing. Pertama, penentang yang terdiri daripada golongan awam, golongan bangsawan (pasha), ulama, dan tuan tanah. Kedua, ialah pegawai tentera Mesir (yang berketurunan Mesir asli yang dikenali sebagai Fellahin) Huraian menentang pentadbiran Muhammad Ali Pasha berketurunan Turki kerana memberi layanan istimewa kepada tentera berketurunan Turki-Circassia. Gerakan ini menuntut dihapuskan pengaruh asing dalam pentadbiran Mesir. Sebagai contoh, apabila ada usaha untuk mengehadkan saiz tentera Mesir, Contoh maka ramai daripada pegawai berketurunan Fellahin telah diberhentikan perkhidmatan, berbanding dengan pegawai tinggi tentera berketurunan Turki-Circassia yang dikekalkan jawatan mereka. Disebabkan hal ini maka timbulnya reaksi yang lebih dalam kalangan Fellahin. Kesimpulannya, dua golongan ini (golongan awam dan pegawai tentera Penutup isi Mesir) telah bergabung mendokong dasar nasionalisme Mesir apabila bangsa Eropah menunjukkan permusuhan terhadap mereka. Gerakan Kolonel Urabi Pasha l88l - 1882M Fakta Reaksi seterusnya diperlihatkan melalui penggabungan dua golongan iaitu Huraian (golongan awam dan pegawai tentera Mesir) yang telah bergabung bagi mendokong dasar nasionalisme Mesir apabila bangsa Eropah menunjukkan permusuhan terhadap mereka. Pergerakan ini bersatu di bawah pimpinan Kolonel Ahmed Urabi yang bercita-cita mengusir bangsa Eropah seluruhnya dari bumi Mesir. Ianya juga dikenali sebagai pemberontakan Urabi.
Isi 4
Urabi menubuhkan sebuah pertubuhan sulit dalam tentera Mesir bagi Contoh mengatasi masalah diskriminasi sosial contohnya Urabi dengan galakan daripada wakil pemerintah Turki Uthmaniyah di Mesir iaitu Khedif Ismail telah menubuhkan sebuah parti iaitu Parti Kebangsaan (Hizb al-Watani) yang berjuang menghapuskan diskriminasi dalam pentadbiran Mesir, menjamin agar hutang puitang asing dibayar dengan syarat harta rakyat Mesir tidak dirampas, menyeru agar kuasa Khedif dipulihkan kembali dan segala pendapatan daripada perkhidmatan keretapi Mesir dipulangkan kepada kerajaan Mesir, di samping kemelesetan ekonomi dan keruntuhan akhlak. Usaha Urabi tidak berjaya apabila pihak British sentiasa menolak tuntutan rakyat Mesir termasuk isu belanjawan Mesir dan kadar potongan cukai dari pendapatan negara yang menguntungkan British. Pada akhir tahun 1881, Ahmed Urabi dan para penyokongnya telah mengambil alih kuasa daripada Khedif Taufik dan akhirnya Taufik meminta perlindungan daripada pihak British. Bagi memulihkan keamanan dan menjaga kepentingan perdagangan dan pertahanannya, British mengambil keputusan untuk menceroboh Mesir secara langsung pada tahun 1882. Pada bulan Julai 1882, pihak berkuasa British telah menghantar Laksamana Seymor dengan angkatan tentera lautnya memaksa pihak 83
nasionalis membubarkan pertahanan mereka di Iskandariah. Apabila tuntutan itu ditolak, tentera laut British pun membedil Iskandariah dan seterusnya menakluk Port Said, lsmailiah, dan bandar Suez. Urabi dan tenteranya cuba bertahan tetapi tidak dapat menahan asakan British. Mesir terus meniadi tanah British. Taufik kembali ke Mesir dan dilantik semula sebagai Khedif Mesir. Tuntasnya, Pemberontakan Urabi ini telah berjaya dipatahkan oleh British Penutup isi kerana menganggap bahawa Urabi telah mengancam kedudukan British di Mesir. Urabi telah dibuang ke Sri Lanka manakala Syeikh Muhamad Abduh turut diusir keluar dari Mesir. Gerakan Pemulihan Islam (Gerakan Islah) Fakta Pentadbiran ekonomi yang teruk dan sikap tamak pemerintah yang Huraian menaikkan cukai sesuka hati membawa kemelaratan kepada penduduk Mesir, terutama golongan petani yang miskin. Dasar-dasar kerajaan Muhammad Ali seperti memilik-negarakan tanah dan kerahan tenaga menyebabkan rakyat Mesir tambah menderita. Atas ketegangan suasana dan keadaan kacau bilau ini menyebabkan timbul reaksi dalam kalangan para ulama lalu bangkit untuk menentang ketiadak-adilan yang berlaku. Kesedaran untuk menghalang kemaraan penjajah Eropah dan boneka mereka serta mengembalikan maruah umat nampak ketara terutama melalui idea dan praktis para pelopor gerakan ‘Islah’, seperti Sayyid Jamaluddin al-Afghani dan Muhammad Abduh.
Isi 5
Disebabkan proses Islah memakan masa yang panjang dan dengan strategi Contoh yang baik, Syeikh Muhammad Abduh menggunakan pelbagai metode untuk menyalurkan idea-idea Islahnya. Antara saluran-saluran idea Islahnya dan contohnya ialah: • melalui proses pengajarannya di Masjid al-Husaini, Darul 'Ulum, dan Universiti al-Azhar; • melalui media massa seperti majalah al-Urwah al-Wuthqa, akhbar al-Waqa'i'a al-Misriyyah dan al-Ahram (Bahasa Arab: ;)اﻷﺣﺮام •
•
melalui karya-karya ilmiah beliau seperti Risalah atTauhid (Bahasa Arab: )اﻟﺮﺳﺎﻟﺔ اﻟﺘﻮﺣﯿﺪ, Tafsir Juz' 'Amma (Bahasa Arab: )ﺗﻔﺴﯿﺮ ﺟﺰء ﻋﻢ, at-Tahrir fi Islah al-Mahakim as-Syar'iyyah, al-Islam Wa ar-Raddu 'ala Muntaqidih (Bahasa Arab: )اﻹﺳﻼم واﻟﺮد ﻋﻠﻰ ﻣﻨﺘﻘﺪﯾﮫ, dan alIslam wa an-Nasraniyyah ma'a al-'ilmi wa al-Madaniyyah (Bahasa Arab: )اﻹﺳﻼم واﻟﻨﺼﺮاﻧﯿﺔ ﻣﻊ اﻟﻌﻠﻢ واﻟﻤﺪﻧﯿﺔ. melalui jawatan-jawatan yang disandang seperti Hakim Mahkamah Rayuan Mesir, ahli Majlis Pengurusan Universiti alAzhar Mesir dan Mufti Kerajaan Mesir.
Jelaslah bahawa melalui Gerakan Islah ini merupakan reaksi yang telah Penutup Isi memberi kesedaran dan keperluan bagi umat untuk melakukan ‘pencarian semula identiti umat’. 84
Isi 6
Pemberontakan Rosetta Fakta Penaklukan Perancis telah membuatkan kuasa asing seperti British membuka mata dan menilai sendiri potensi ekonomi dan kekayaan bumi Mesir. Justeru British telah mengambil peluang untuk berbaik-baik dengan Uthmaniyah bagi mengusir Perancis termasuk menghantar bantuan ketenteraan. Setelah berjaya mengusir Perancis, tentera British terpaksa berundur dari bumi Mesir pada tahun 1802 melalui Perjanjian Amein. Namun British sentiasa mengintai dan menunggu peluang untuk menakluki Mesir dan ini terbukti dengan cubaan untuk menguasainya pada Huraian tahun 1807 melalui hubungan yang dijalinkan antara British dengan pimpinan Mamluk Mesir, Alfi Bey sekitar tahun 1806. Hasil hubungan tersebut, British sanggup membantu Alfi Bey untuk menguasi Mesir dengan syarat pihak British perlu diberi peluang menguasai pantai-pantai Mesir, Meskipun British mengetahui Alfi Bey telah meninggal dunia pada tahun 1807, namun mereka tetap juga meneruskan hasrat tersebut.
Contohnya seramai 2,000 tentera British tiba di bandar Rosetta pada bulan Mac 1807M dan berhasrat menjadikan bandar pesisisr pantai itu sebagai pusat gerakan mereka. Penduduk Rosetta dan gabenornya Ali Bey telah berusaha mempertahankan bandar Rosetta daripada jatuh ke tangan British dan sebagai akibatnya ramai penduduk tempatan yang terkorban dalam pertempuran tersebut. Penentangan terhadap British telah Contoh diperhebatkan lagi apabila Naqib al-Ashraf as Sayyid Umar Makram menyalakan semangat rakyat Mesir dan pelajar-pelajar al-Azhar. Serangan yang dilakukan melalui dua kumpulan tentera iaitu satu kumpulan menguasai Sungai Nil dan satu lagi menyerang al-Hammad (selatan Rosetta). Tuntasnya semangat masyarakat tidak dapat dinafikan sebagai reaksi Penutup isi terhadap penguasaan British di Mesir. Akhirnya tentera British telah menyerah kalah pada 21 April 187M dan meninggalkan pelabuhan Iskandariah pada September 1807M. Kesimpulannya, peluasan kuasa barat telah menimbulkan tindak balas oleh masyarakat tempatan terhadap mereka, walaupun tindak balas awal ini berjaya Kesimpulan dipatahkan oleh kuasa penjajah namun, ini telah membuka lembaran baru iaitu munculnya golongan nasionalis dan seterusnya telah menyemarakan semangat nasionalisme dalam kalangan masyarakat dan seterusnya golongan ini telah berusaha untuk memerdekakan Mesir.
SOALAN SEJAUH MANAKAH PENGARUH LUAR TELAH MENYEMARAKKAN 3 GERAKAN NASIONALISME DI MESIR SEHINGGA AWAL ABAD KE 20 ? Pentadbiran ala Barat yang diperkenalkan oleh British dan penindasan pemimpin Mesir tidak disenangi oleh penduduk yang majoritinya beragama Islam. Lebih Pendahuluan membimbangkan ramai golongan elit Mesir terpengaruh dengan ideologi sekularisasi dan modenisasi Barat yang mengancam syiar Islam. Situasi ini melahirkan pelbagai gerakan nasionalisme yang memperjuangkan Islam dan nasib 85
rakyat Mesir daripada terus ketinggalan dalam arus pemodenan . Kebangkitan nasionalisme di Mesir ditunjangi oleh golongan Islam sekular dan golongan agama. Pengaruh luar telah menyemarakkan semangat nasionalisme di Mesir akibat dari pada kesan gerakan nasionalisme yang melanda Eropah iaitu selepas tercetusnya Revolusi Peranchis (1789 -1799) dan Revolusi Amerika (1775-1783)
Pengaruh luar
Fakta
Selepas berlakunya penjajahan Peranchis dan British terhadap Mesir, rakyat tempatan mula terdedah kepada cara hidup baharu melalui transformasi keilmuan dan pemikiran Barat sehingga membangkitkan Huraian semangat nasionalisme. Gerakan nasionalisme juga muncul akibat daripada tercetusnya Perang Dunia Pertama 1914-1918.
Isi 1
Isi 2
Rakyat Mesir terutama golongan petani telah dikerah oleh British meninggalkan pekerjaan mereka dan menjadi sukarelawan Pertubuhan Palang Merah dan hamba kepada tentera British di Palestin , Gallipoli dan Peranchis. Dalam peperangan ini, banyak nyawa rakyat Mesir yang terkorban. Kehadiran tentera pihak Bersekutu yang ramai di Contoh Mesir telah menjadikan penduduk berasa lemah dan amat mengharapkan kuasa asing untuk melindungi mereka. Tentera Amerika Syarikat juga turut bertapak di bumi Mesir. Fenomena ini telah menimbulkan kesedaran kepada rakyat Mesir untuk mempertahankan imej dan maruah negara daripada cengkaman penjajah dan akhirnya melahirkan gerakan nasionalisme untuk menuntut kemerdekaan. Selain itu , terdapat faktor lain yang telah menyemarakkan semangat nasionalisme di Mesir iaitu golongan agama, bahasa dan kesusasteraan , kewartawanan dan media massa , peranan pendidikan dan golongan intelektual. Pengaruh agama Penguasaan British ke atas Mesir telah memperkenalkan cara pentadbiran dan budaya Barat di negara itu. Demi menjaga kedudukan Islam yang terancam, muncul Gerakan Pemulihan Islam (Gerakan Islah) yang bermula di Mesir sejak tahun 1850 . Gerakan ini dipimpin oleh Syeikh Jamaluddin Al Afghani dan Syeikh Muhammad Abduh. Gerakan Islah menggunakan sentimen agama dengan menyedarkan masyarakat untuk berjihad dengan membersihkan diri daripada amalan yang bercanggah dengan nilai Islam sebenar yang bersifat progresif , dinamisme dan komprehensif. Antara matlamat gerakan ini ialah memperjuang penyatuan umat Islam melalui konsep Pan Islamisme dan membebaskan negara Islam dari pengaruh penjajahan dan idealisme Barat Kristian yang boleh merosakkan pemikiran Islam. Rasyid Rida , tokoh reformis Islam meyakini bahawa kemunduran umat Islam Mesir adalah kesan daripada kelemahan umat Islam yang tidak menguasai ilmu, kebekuan ulama dan kezaliman pemimpin. Beliau menekan pendidikan dakwah melalui pengintergrasian
Penutup Isi
Fakta
Huraian
Contoh
86
pendidikan agama dan moden dengan menubuhkan Madrasah al Dakwah al Irshad di Kaherah pada 1912.
Isi 3
Tegasnya pengaruh agama menyebabkan munculnya golongan reformis yang menentang British. Bahasa dan Kesusasteraan Kemunculan penulis-penulis dalam membangkitkan semangat nasionalisme dikaitkan dengan perkembangan institusi pendidikan yang melahirkan ramai penulis seperti Taha Husayn , Ahmad Shawqi dan Hafiz Ibrahim. Mereka telah menghasilkan karya yang mengkritik penjajah. Ahmad Shawqi , seorang penyair neoklasik Arab telah menulis sebuah sajak yang menceritakan tentang Boutros Ghali (Bangsa Qibti) yang telah dibunuh . Boutros Ghali merupakan hakim yang enggan mendesak parlimen Mesir untuk memberi konsesi Terusan Suez kepada pihak British. Hafiz Ibrahim menggunakan puisi yang bertemakan antikolonialisme dalam bahasa Arab bagi menangani cabaran yang dihadapi oleh negara dalam era moden. Rasyid Rida memperjuangkan bahasa Arab sebagai bahasa rasmi dalam urusan kerajaan bagi menggantikan bahasa INggeris dan bahasa Peranchis. Perkembangan bahasa Arab melalui karya bahasa dan sastera telah menyemarakkan semangat nasionalisme masyarakat yang sebelum ini dipengaruhi oleh istilah Turki dan asing. Pengaruh kewartawanan dan media massa.
Penutup isi Fakta
Huraian
Contoh
Penutup isi
Fakta
Pengaruh kewartawanan melalui penerbitan akhbar telah membangkitkan semangat nasionalisme dalam kalangan penduduk Mesir. Rakyat Mesir mula mengenali akhbar pada zaman penjajah Huraian Mesir.
Isi 4
Pada akhir abad ke19, akhbar Al Muqtataf dan al Muqattam yang dihasilkan oleh Faris Nimr, Yaaqub Sarruf dan Shahin Makarious (golongan Kristian Arab). Al Muqattam menjadi akhbar harian berpengaruh di Mesir ,namun ia dilihat sebagai pro British walaupun kandungannya menggalakkan perkembangan ilmu moden. Akhbar alMuayyad 1894 diterbitkan oleh Sheikh Ali Yusof , anak murid Sheikh Jamaluddin al Afghani . Kandungan akhbar ini berkaitan isu umat Islam seperti pendudukan British di Sudan dan perjuangan Islam di Mesir terhadap penjajahan British. Akhbar ini mempunyai hubungan rapat dengan Rasyid Rida dalam meniupkan semangat Contoh nasionalisme di kalangan nasionalis muslim dan membuka peluang kepada Mustafa Kamil ,pemimpin nasionalis muda yang berwibawa. Pada awal 20an , penerbitan akhbar semakin rancak. Rasyid Rida menulis dalam akhbar Salafiya telah banyak membuka minda rakyat Mesir. Kerancakan penerbitan akhbar telah mempercepatkan penerimaan Penutup Isi masyarakat terhadap gerakan nasionalisme. 87
Peranan pendidikan
Isi 5
Isi 6
Gerakan nasionalisme dimulakan dengan membangkitkan penekanan terhadap kepentingan ilmu pendidikan. Melalui pendidikan lahir golongan cerdik pandai yang menjadi penggerak kepada kesedaran nasionalisme di Mesir. Penjajah British sangat berhati-hati dalam memberi peluang pendidikan kepada penduduk Mesir kerana bimbang graduan-graduan tempatan yang diberi pendidikan Inggeris mampu mempelopori kebangkitan nasionalisme tempatan. Dasar pendidikan British hanya bertujuan melatih anak tempatan untuk berkhidmat dengan kerajaan kolonial. British telah mengabaikan pendidikan sekolah tajaan kerajaan Mesir walaupun mereka mampu melaksana dan membiayai sekolah tersebut. Hampir semua jawatan kerajaan disandang oleh golongan berpendidikan daripada keluarga bangsawan. Rasa tidak puas hati memuncak apabila banyak jawatan kerajaan diisi oleh pegawai British yang kurang berkelayakan jika dibandingkan dengan rakyat tempatan. Golongan bijak pandai berhujah yang merupakan graduan daripada sekolah undang-undang telah terdedah kepada nilai politik dan kebudayaan Barat. Mereka telah disuntik dengan sentimen antiBritish melalui didikan guru-guru mereka yang berbangsa Peranchis yang masih berkhidmat di Mesir dan berdendam dengan British yang berkomplot dengan empayar Turki Uthmaniyah untuk merampas Mesir daripada Perancis. Tegasnya, sistem pendidikan Mesir telah berjaya melahirkan golongan nasionalis berpendidikan tinggi dan aktivis pro Islam. Peranan golongan intelektual Golongan intelektual yang menyemai dan membangkitkan semangat nasionalisme terbahagi kepada tiga golongan iaitu golongan berpendidikan Barat , golongan agama dan golongan elit tentera. Tokoh intelektual berpendidikan Barat ialah Mustapha Kamil Pasha yang pakar undang-undang menyokong gerakan nasionalis sekular cuba meraih sokongaan golongan intelektual daripada keturunan Qibti. Tujuan beliau adalah untuk menuntut kemerdekanan daripada British dan menubuhkan sebuah kerajanan berparlimen ala Barat di Mesir. Tokoh agama seperti Sheikh Hassan al Banna mempelopori gerakan intelektual Islam melalui pertubuhan Ikhwanul Muslimin. Beliau melakukan perubahan dalam sistem pendidikan dengan melakukan gerakan Islah. Perjuangan islah Hassan Al Banna bersifat sederhana meliputi akidah ,integrasi ilmu dan kecekapan pentadbiran. Muhamad Rasyid Rida memperjuangkan kepentingan menyesuaikan pendidikan moden dan agama menerusi penubuhan Madrasah al Dakwah Al Irshad pada tahun 1912 di Kaherah. Kemunculan intelektual dari kalangan tentera Mesir berketurunan Fellahin turut terlibat dalam gerakan nasionalisme menentang British dan pemerintahan Khedif dari empayar Turki Uthmaniyah yang sudah korup.
Fakta
Huraian
Contoh
Penutup Isi Fakta Huraian
Contoh
Contoh
88
Tegasnya golongan agama, golongan berpendidikan Barat dan golongan intektual tentera Mesir telah menyemarakkan semangat Penutup Isi nasionalisme Mesir. Kesimpulannya, gabungan faktor-faktor yang tersebut di atas telah menyemarakkan semangat nasionalisme. Namun demikian, faktor agama, peranan Kesimpulan golongan intelektual dan peranan pendidikan memberi sumbangan yang ketara terhadap gerakan nasionalisme Mesir.
SOALAN SEJAUH MANAKAH PENGARUH LUAR MEMPENGARUHI GERAKAN NASIONALISME DI SYRIA PADA ABAD KE-20 M 4 Selepas tamatnya Perang Dunia Pertama pada tahun 1918, kerajaan Turki Uthmaniyah yang menaungi negara-negara Arab semakin berada dalam keadaan lemah . Kuasa Imperialis Barat mula membahagi-bahagikan wilayah dalam dunia Islam termasuk Syria . Kuasa-kuasa Barat seperti Britain dan Perancis mula mengambil alih peranan empayar Turki Uthmaniyah .Keadaan ini telah Pendahuluan membangkitkan nasionalisme di Syria. Pengaruh luar sememangnya berperanan penting dalam mencetuskan gerakan nasionalisme di Syria. Walau bagaimanapun , terdapat juga faktor-faktor lain yang turut menyumbangkan kepada kemunculan gerakan nasionalisme di Syria sehingga awal abad ke-20. Pengaruh luar telah mencetuskan semangat nasionalisme di Syria.
Isi 1
Isi 2
Syria yang masih berada di bawah pemerintahan empayar Turki Uthmaniyah pada awal abad ke-20 M juga telah terpengaruh dengan dasar Pan -Islamisme dan gerakan Islah yang dicetuskan oleh Syeikh Jamaluddin al-Afghani dan Muhammad Abduh yang mana dasar ini telah meniup dan meningkatkan semangat penduduk tempatan untuk menangkis dan melawan ancaman pihak Barat Sebagai contohnya, Shakib Arselan yang dari Lubnan telah menghasilkan penulisan yang menyeru penduduk Syria supaya bersatu di bawah kerjaan Turki Uthmaniyah dan menolak konspirasi dan dakyah Barat inginkan penduduk Syria menentang penguasaan kerajaan Turki Uthmaniyah dan turut menggesa penduduk Syria bangun secara sukarela menentang pihak British semasa Perang Dunia Pertama Jelaslah pengaruh luar adalah faktor yang mempengaruhi kepada kebangkitan nasionalisme di di Syria Selain itu, pengaruh agama juga telah menyebabkan kemunculan keinginan dan usaha untuk menyatukan semua negara dan bangsa Arab sehingga mewujudkan gerakan nasionalisme di Syria. Kedudukan Palestin yang bersempadan di bahagian barat daya Syria menyebabkan penduduk Syria sangat mengambil berat perihal saudar Islam mereka di palestin yang ditindas oleh penjajah.
Fakta
Huraian
Contoh
Penutup Fakta
Huraian
89
Sebagai contoh, gerakan Yahudi yang ingin menempatkan penduduk mereka di kawasan orang Palestin . Keadaan ini jelas kelihatan apabila golongan Turki Muda yang memerintah Turki dikuasai oleh Contoh Pertubuhan al-Ittihad wa al- Taraqqi yang didalangi oleh orang Yahudi. Oleh itu pengaru agama jelas menyemarakkan lagi semangat penduduk tempatan di Syria menentang penjajah. Penutup
Isi 3
Isi 4
Isi 5
Peranan Bahasa da Kesusasteraan juga penting dalam mencetuskan gerakan nasionalisme di Syria. Pada abad ke-19 dan 20 berlaku perkembangan baru dalam kesusasteraan Arab bagi menangani cabaran yang dihadapi oleh dunia Arab. Antara karya yang dihasilkan oleh Francis Marrash iaitu Ghabat alhaqq pada 1865 dan Qustaki al-Hilmi dengan karyanya The Researcher”s Source in the science of critism adalah berkisar tentang idea-idea keaman, kebebasan dan kesaksamaan . Perkembangan bahasa dan sastera ini turut menyuntik dan meyemarakkan kebangkitan gerakan nasionalisme di Syria . istilah -istilah Turki dan bahasa asing banyak mempengaruhi kehidupan rakyat dan telah digantikan dengan bahasa dan sastera tempatan . Jelaslah fenomena ini dapat meningkatkan perkembangan semangat nasionalisme di Syria. Seterusnya, pendidikan di Syria juga banyak mempengaruhi dan sekaligus menyemarakkan semangat penduduk. Sebuah akademi telah ditubuhkan bagi menjemput dan mengumpul ahli bahasa dari seluruh Tanah Arab untuk datang , betemu dan bertukar-tukar fikiran dan tumpuan akademi bahasa ini adalah untuk menyesuaikan serta mengharmonikan bahasa masing-masing dengan keadaan masyarakat Arab yang mengamalkan pelbagai budaya.Walaupun secara politiknya mereka berbeza , namun mereka bersatu di bawah satu perkara iaitu bahasa Arab.Di damsyik dan Beirut , beberapa buah universiti yang dibina menjadi medan perdebatan golongan pelajar tempatan. Antara tokoh pendidk tempatan yang menyokong usaha menubuhkan sebuah negara Arab merdeka di Syria ialah Abu Khaldun Sati al-Husri . Beliau dilahirkan di Aleppo . Pada masa mudanya beliau bekerja sebagai pegawai pendidikan Turki Uthmaniyah. Dengan ini jelaslah, peranan pendidikan mampu menyumbang kepada gerakan nasionalisme di Syria. Golongan intelektual juga memainkan peranan penting untuk membangkitkan semangat nasionalisme bagi penduduk di Syria.
fakta Huraian
Contoh
Penutup Fakta
Huraian
Contoh
Penutup Fakta
Rasyid Rida merupakan intelektual muslim dari syria yang mengembangkan gagasan modenisme Islam yang awalnya dipelopori Huraian oleh Jamaluddin alal-Afghani dan Muhammad Abduh. Rasyid Rida juga mengkaji kelemahan masyarakat Islam ketika itu, dibandingkan 90
dengan masyarakat kolonial Barat . Beliau berpendapat kelemahan ini dapat diatasi jika masyarakat Islam kembali kepada prinsip-prinsip agama Islam dan melakukan transformasi dan ijtihad dalam menghadapi kehidupan moden yang semakin mencabar. Misalnya, beliau menyeru umat Islam agar mengambil iktibar daripada peradaban barat dengan mengambil aspek-aspek yang positif seperti Contoh ilmu pengetahuan dan teknologi, Tegasnya, penulisan Rasyid Rida banyak menyumbang kebangkitan Penutup nasionalisme dalam kalangan masyarakat Islam Syria. Isi 6
Gerakan nasionalisme di Syria juga dipengaruhi oleh peranan Fakta kewartawanan Al-Manar merupakan majalah bulanan yang membahaskan idelisme pembaharuan tajdi di Kaherah. Majalah tersebut dipelopori oleh Rasyid Rida yang telah dilahirkan di Syria. Majalah ini mengungkapkan tradisi pemikiran yang segar berasaskan idea-idea pembaharuan dipelopori oleh Jamaluddin al-Afghani dan Muhammad Abduh dalam “Urwa al-wuthaqa” fokusnya ke arah pembaharuan dan dakwah Islamiah. Akhbar lain turut membicarakan dan kegwatan dunia Islam ketika itu. Al Manar pula mencadangkan penyelesaian terhadap isu-isu yang Huraian dihadapi oleh masyarakat Islam. Al Manar pertama kali diterbitkan pada 17 Mac 1898 sebagai majalah mingguan yang memuatkan 8 halaman, menyiarkan berita mutakhir. Di samping artikel utama yang ditulis oleh ketua editor iaitu Rasyid Rida sendiri.Bermula pada tahun kedua, majalah ini dikeluarkan setiap bulan dan tersebar dengan meluas ke seluruh jajahan Islam dalam wilayah Turki , India , Mesir , Maghribi dan turut diseludup ke Kepulauan Melayu. Al manar menggerakkan perbincangan tentang dakwah , idealisme dan Islah, menerangkan dasar-dasar Pan Islamisme , meneroka persoalan yang berkait rapat dengan ajaran akidah dan hukum, membincangkan fahaman modenisme, sekularisme dan nasionalisme. Juga Contoh mempelopori dialog dan pertukaran idea antara buday a dan meneropong pemikiran baharu berkait dengan falsafah agama dan budaya, serta menangani isu-isu sosial dan peradaban . Hal ini jelas menunjukkan bahawa pengaruh kewartawanan adalah faktor utama nasionalisme di Syria.
Penutup
Kesimpulannya, jelaslah bahawa pengaruh luar bukanlah satu-satunya faktor yang mempengaruhi kebangkitan nasionalisme di Syria. Akan tetapi terdapat peranan lain lain yang turut menyumbang kepada kemunculan Kesimpulan semangat nasionalisme tersebut.
91
SOALAN 5
BINCANGKAN KESAN PENGLIBATAN KERAJAAN UTHMANIYYAH DALAM PERANG DUNIA PERTAMA
TURKI
Perang Dunia Pertama berlaku pada tahun 1914- 1918M. PD1 berlaku di antara Kuasa Bersekutu iaitu Britain, Perancis dan Russia dengan Kuasa Pusat iaitu Jerman Itali dan Turki. Penglibatan Kerajaan Turki Uthmaniyyah dalam Perang Dunia Pertama disebabkan oleh hubungan yang tegang dengan British dan Rusia dan merupakan usaha terakhir Turki untuk mempertahankan wilayah-wilayahnya. Pendahuluan Penglibatan Turki dalam Perang Dunia Pertama memberi kesan kepada dunia Islam kerana satu-satunya kuasa Islam yang terlibat dalam Perang Dunia Pertama. Terdapat beberapa kesan penglibatan Turki Uthmaniyyah dalam PD1 dari aspek politik , ekonomi dan social terhadap Turki Uthmaniyyah. Kesan politik yang pertama ialah perubahan wilayah Islam yang dahulunya di bawah pemerintahan tunggal Turki Uthmaniyyah. Fakta
Isi 1
Isi 2
Kelemahan dan kekalahan Turki uthmaniyyah dalam PD1 menyebabakan Negara dibawah naungannya membebaskan diri dan sebahagiannya ditakluk kuasa barat. Munculnya Negara bangsa dari wilayah-wilayah Uthmaniyyah apabila sempadan-sempaadan telah digariskan oleh pihak barat dengan memisahkan penduduk negara masing-masing walaupun satu agama. Berlaku pemberontakan di Negara Montenegro, Bosnia dan Herzegovina menyebabkan perpecahan wilayah umat Islam. Wilayah Turki yang ditakluk oleh kuasa barat ialah Palestin dan negara bangsa yang muncul di Eropah ialah Latvia, Poland dan Estonia. Situasi ini diparahkan lagi dengan kejatuhan negara-negara Arab ketangan kuasa barat dan sebahagiannya mahu membebaskan diri dari naungan Kerajaan Turki Uthmaniyah selepas kekalahan dalam PD1. Kesan politik yang kedua ialah dari sebuah kuasa bebas kepada negara yang terikat. Gencatan Senjata Mudros 1918M telah menamatkan peperangan di Asia Barat Daya. Kesannya Kerajaan Turki Uthmaniyyah terpaksa melepaskan Wilayah kekuasaannya di Timur Tengah dan membuka selat Dardanellers dan Bosphorus kepada Kuasa Bersekutu. Pasukan tentera Uthmaniyyah terpaksa dibubarkan. Keadaan ini membawa kepada penaklukan tentera Bersekutu ke atas Istanbul. Selat-selat di Laut Aegean hingga ke Laut Hitam dikuasai Kuasa Bersekutu dan kuasa Bersekutu juga telah mengambilalih system perhubungan telegraf dan keretapi. Kekalahan Turki Uthmaniyyah dalam PD1 melemahkan Turki kerana kuasa Barat berjaya menyekat kebebasan dan kedaulatan Turki.
Huraian
Contoh
Penutup
Fakta
Huraian
Contoh
penutup 92
Isi 3
Isi 4
Isi 5
Isi 6
Kesan politik yang ketiga ialah perubahan dari sistem pemerintahan khilafah kepada pemerintahan Republik. Pendudukan oleh Tentera Bersekutu ke atas Istanbul dan Smyrna selepas PD1 mencetuskan penubuhan Gerakan Kebangsaan yang dipimpin oleh Mustafa Kamal Attaturk. Gerakan ini mendakwa Khalifah Turki Uthmaniyyah gagal mempertahankan Turki dari ancaman musuh dan menyerah kalah dengan keadaan yang tidak wajar melalui beberapa siri perjanjian yang merugikan. Contoh perjanjian yang merugikan ialah Gencatan Senjata Mudros 1918M. Berakhirnya system pemerintahan khilafah di Turki Uthmaniyah bermakna berakhirnya system Khilafah Islam yang diasaskan semasa Khilafah al-Rasyidin. Kesan politik yang keempat ialah perubahan dari Negara Islam kepada Negara Sekular. Bermula proses sekularisasi terhadap rakyat Turki apabila dasar memisahkan agama daripada politik. Presiden Mustafa Kamal Attaturk memperkenalkan banyak pembaharuan radikal berbentuk sekular yang jauh berbeza dengan tinggalan zaman silam Uthmaniyyah. Contoh pembaharuan yang secular yang diperkenalkan oleh Mustafa Kamal Attaturk ialah menghapuskan Kementerian Wakaf dan membekukan asetnya, memansuhkan jawatan Syeikhul Islam, menghapuskan mahkamah Syariah dan mengubah huruf arab kepada huruf latin. Rakyat digalakkan memakai topi dan pakaian gaya Eropah. Perubahan dari Negara Islam kepada Negara sekular sebenarnya melemahkan Turki dan menyebabkan Turki tunduk kepada kuasa barat. Kesan ekonomi yang pertama iaitu berlaku kemerosotan ekonomi disebabkan perbelanjaan besar untuk membiayai peperangan. Keadaan ini menyebabkan krisis hutang yang akhirnya membuka peluang campurtangan Eropah dalam kewangan kerajaan Turki dan turut memberi impak kepada Negara yang berada di bawah pengaruh Turki Uthmaniyyah. Negara yang menerima kesan kemelesetan ekonomi ialah negara yang berada di Timur Tengah dan Afrika Utara.
Fakta
Huraian
Contoh penutup Fakta
Huraian
Contoh
penutup
Fakta
Huraian
Contoh
Kemelesetan ekonomi ini melemahkan Turki dan menguatkan lagi Penutup cengkaman kuasa Barat ke atas Turki. Kesan ekonomi yang kedua pula ialah kemerosotan perdagangan Turki Uthmaniyyah kerana penguasaan perdagangan oleh Fakta Eropah di Laut Hindi, Laut Mediterranean, Terusan Suez dan jalan perdagangan lain. Situasi ini menyebabkan Eropah semakin menguasai ekonomi Negara Huraian Islam. 93
Isi 7
Isi 8
Golongan Yahudi menguasi ekonomi Mesir. Soviet Union menguasai perniagaan asing di Iran. Penguasaan sektor ekonomi oleh kuasa Barat di kebanyakkan wilayah Turki Uthmaniyyah ini secara tidak langsung melemahkan perkembangan ekonomi umat Islam. Kesan sosial yang pertama ialah kemerosotan akhlak dan moral umat Islam. Pemodenan Turki mengikut acuan barat telah membawa keruntuhan akhlak umat Islam yang kagum dan terpengaruh dengan gaya hidup negara Barat dan akhirnya melemahkan peranan agama Islam dalam kehidupan. Gaya hidup barat yang menjadi ikutan ialah tidak menutup aurat, pergaulan bebas dan bebas meminum minuman keras. Rakyat Turki Kehilangan identiti dan tradisi keadaan menguatkan lagi cengkaman Barat ke atas umat Islam. Kesan sosial yang kedua ialah perpecahan ummah ekoran kewujudan Negara bangsa dan sentiman nasionalisme Arab yang lahir dari empayar Turki Uthmaniyyah. Dasar pecah dan perintah oleh pihak Barat Berjaya menghalang kesatuan Ummah yang sebelum ini bernaung di bawah kekuasaan tunggal Khalifah Uthmaniyyah. Sentiman nasionalisme Arab menolak ketuanan Turki dan menuntut kemerdekaan dari Turki Uthmaniyyah.
Contoh Penutup Fakta
Huraian
Contoh Penutup Fakta
huraian
Contoh
Perpecahan ini memudahkan musuh menguasai Negara dan umat penutup Islam dalam segenap aspek kehidupan. Kekalahan Turki Uthmaniyyah dalam PD1 memberi tamparan yang hebat bukan sahaja kepada Turki Uthmaniyyah, malahan kepada semua wilayah yang bernaung di bawah kekuasaan Turki Uthmaniyyah. Kekalahan Turki juga melemahkan umat Islam di seluruh dunia apabila tiada lagi pelindung kepada umat Islam yang selama Kesimpulan ini dipertanggungjawabkan kepada Khalifah Turki Uthmaniyyah. SOALAN HURAIKAN PELAKSANAAN TANZIMAT OLEH KERAJAAN UTHMANIYAH 6 UNTUK MENGEMBALIKAN ZAMAN KEGEMILANGANNYA Tanzimat berasal daripada perkataan tanzim sebuah perkataan Arab yang bermakna mengatur, menyusun dan memperbaiki. Tanzimat merupakan satu gerakan pembaharuan yang dilakukan oleh Khalifah Uthmaniyah dari tahun 1893 M hingga 1856 M. Gerakan reformasi ini dimulakan oleh Sultan Abd al-Majid selepas tamatnya Perang Crimea. Baginda ialah anak kepada Sultan Mahmud II Pendahuluan yang telah mempelopori gerakan pembaharuan. Pada zaman ini, Tanzimat dijalankan kerana tekanan daripada kuasa luar. Gerakan Reformasi selepas 1839 M. ialah susulan gerakan pembaharuan sultan-sultan sebelum era ini. Gerakan pembaharuan diteruskan sehingga awal abad ke-20 oleh Sultan Abdul Hamid II. Tujuan pelaksanaan Tanzimat adalah untuk membaiki sistem Fakta pemerintahan dan pentadbiran. 94
Tanzimat juga bertujuan memberikan fokus kepada masyarakat Kristian agar mereka tidak mencari naungan, sokongan dan perlindungan daripada kuasa-kuasa Eropah. Satu lagi tujuan reformasi adalah untuk mengelakkan campur tangan negara-negara Eropah seperti Rusia, Britain dan Perancis. Kuasa-kuasa Barat cuba menghasut masyarakat Kristian yang merupakan masyarakat minoriti dalam Kerajaan Uthmaniyah untuk memberontak. Sejak pemerintahan Sultan Mahmud II, pembaharuan dijalankan dalam bidang ketenteraan dan pendidikan. Baginda telah memodenkan bidang ketenteraan dan menghapuskan tentera janisari. Satu pasukan tentera baharu, iaitu nizam-i cadid ditubuhkan. Sekolah tentera juga ditubuhkan untuk memberikan latihan ketenteraan kepada pegawaipegawai mengikut sistem ketenteraan Eropah. Selain itu, pembaharuan dalam bidang pentadbiran dan perundangan juga dijalankan. Dalam bidang perundangan, Shaykh al-Islam diwujudkan sebagai pemegang kuasa yang terdiri daripada undang-undang syariat dan undang-undang sekular. Dalam bidang pendidikan, madrasah, sekolah ketenteraan, teknik dan perubatan diwujudkan untuk reformasi pendidikan. Tanzimat lebih menjurus ke arah usaha pembaratan dan sekularisme adalah alternative kepada program pembangunan ala Barat kerajaan Turki Uthmaniyah untuk mengembalikan zaman kegemilangannya. Perlaksanaan Tanzimat berdasarkan Piagam Hatt-i Sharif Gulhane dilancarkan pada tahun 1839 M.
Isi 2
Isi 3
Piagam ini menekankan hak yang sama kepada semua warganegara dan keharmonian masyarakat dengan jaminan keselamatan nyawa, kehormatan dan harta benda. Pada tahun 1847 M, mahkamah sivil diwujudkan dan undang-undang jenayah dan perdagangan baharu diperkenalkan. Piagam ini membawa kepada sistem pungutan dan agihan cukai yang tetap dan adil. Cukai pertanian dan kerahan tenaga yang menindas dihentikan. Cukai yang dipungut diagih-agihkan untuk membawa manfaat kepada rakyat dan negara. Sistem pemilihan tentera secara teratur juga diwujudkan supaya menjamin keadilan. Dalam muqaddimahnya, piagam Hatt-I Sherif Gulhane menjelaskan mengapa perlunya kepada sebuah peraturan yang lengkap. Ini kerana pada masa permulaan kerajaan Uthmaniyah, syariat dan undangundang negara dipatuhi, maka sebab itulah kerajaan menjadi besar dan kuat serta rakyat hidup dalam kemakmuran. Perlaksanaan Tanzimat berdasarkan Piagam Hatt-i Humayyun dilancarkan pada tahun 1856 M. Semua perkara yang dijamin dalam piagam sebelum ini yang sesuai dengan dasar Tanzimat disahkan dalam piagam ini. Semua keistimewaan bagi masyarakat Kristian juga disahkan manakala semua bentuk penindasan dihapuskan. Golongan ini dan bukan Islam yang lain juga dijamin kebebasan beragama. Selain hak sosial rakyat Kristian, pembaharuan dalam bidang ekonomi juga dilaksanakan. Antaranya ialah penubuhan bank asing, pengenalan undang-undang perdagangan baharu, kemasukan pelaburan dan modal
Huraian
Contoh
Penutup isi fakta Huraian
Contoh
Penutup isi
Fakta
Huraian
Contoh 95
dari negara Eropah dan pcnerimaan orang bukan Islam dalam Dewan Perundangan. Selain ini, perkhidmatan awam yang lebih baik disediakan dan peluang saksama dalam jawatan perkhidmatan awam kepada pelbagai lapisan masyarakat. Piagam ini adalah susulan daripada tekanan Barat setelah kekalahan Kerajaan Uthmaniyah dalam Perang Crimea.Tekanan ini mendorong Penutup isi sultan menjalankan pembaharuan tentang kedudukan rakyat Uthmaniyah berbangsa Eropah. Kesimpulannya, gerakan reformasi ini juga diteruskan oleh khalifah-khalifah lain seperti Sultan Abdul Hamid II. Pembaharuan era baginda merupakan kemuncak kepada Tanzimat. Pembaharuan dan reformasinya mendorong pembentukan kesimpulan negara bangsa Turki pada abad ke-20.
SOALAN BINCANGKAN KESAN TANZIMAT TERHADAP PENTADBIRAN 7 KERAJAAN TURKI UTHMANIYAH PADA ABAD KE-19 MASIHI Tanzimat diertikan sebagai mengatur, menyusun dan memperbaiki. la merupakan lanjutan usaha-usaha pembaharuan yang dilancarkan oleh Sultan Mahmud II. Tanzimat dari segi sejarah bermaksud gerakan pembaharuan atau reformasi dalam kerajaan Turki Uthmaniyah antara tahun 1839 hingga 1876. Tanzimat bertujuan menyelamatkan kerajaan daripada kelemahan sistem pemerintahan dan pentadbiran serta memberi fokus terhadap masalah rakyat yang beragama Kristian supaya golongan tersebut tidak mendapatkan naungan daripada kuasa luar. Kuasa Pendahuluan Barat juga tidak berpuashati dengan hukuman mati kepada warganegara Uthmaniyah yang murtad setelah memeluk Islam. Para era Tanzimat, tekanan daripada kuasa luar berlaku secara berterusan, khususnya pihak British. Pembaharuan ini meninggalkan implikasi mendalam terhadap umat Islam, khasnya masyarakat Turki.
Unsur-unsur sekularisme telah meresap dalam pentadbiran kerajaan Uthmaniyah.
Isi 1
Fakta
Ini disebabkan kedua-dua piagam yang menjadi dasar Tanzimat iaitu Hatt-I sheriff Gulhane dan Hatt-I Humayun telah memuatkan program sekularisasi dalam pelbagai institusi kerajaan termasuk perundangan. Huraian Meskipun Piagam Gulhane menyatakan penghargaan tinggi terhadap syariat Islam tetapi pada masa yang sama ia memperakukan perlunya perundangan baru. Sedangkan perundangan baru ini banyak dipengaruhi oleh Barat, umpamanya Undang-Undang Perdagangan. Selain itu didirikan pula mahkamah-mahkamah yang bersifat sekular, di samping mahkamahmahkamah syariah. Dalam sistem pendidikan pula, di samping Contoh didirikan sekolah-sekolah Rushdiye, Idadi, Sultani, maktab dan universiti, ia juga memasukkan pendidikan moden yang terpisah dari agama. Oleh itu ia tidak seratus peratus Islam kerana bercampur dengan pendidikan sekular. 96
Isi 2
Isi 3
Isi 4
Tanzimat bertujuan menyelamatkan kerajaan Uthmaniyah dari kelemahan sistem pemerintahan dan pentadbiran. Walaupun begitu, Tanzimat lebih memberi tumpuan kepada masalah rakyat yang beragama Kristian supaya mereka tidak mencari naungan dan perlindungan dari negara luar Lahirnya golongan birokrat yang pro-Barat. Ini adalah hasil kemasukan unsur-unsur sekular dalam sistem pendidikan dan kebanyakan golongan birokrat Turki Uthmaniyah pula belajar di negara-negara Eropah. Golongan intelektual yang menerima pendidikan Barat dan terpengaruh dengan ideology dan gerakan Barat. Hasil dari sikap pro-Barat ini membuka pintu kepada kemasukan pengaruh dan campurtangan negara Barat dalam soal pentadbiran kerajaan Uthmaniyah Kesan daripada perlaksanaan Tanzimat ekonomi, kerajaan Uthmaniyah terlibat dengan sistem kapitalis Mempraktis sistem ekonomi kapitalis Barat bererti menyerah badan dan nyawa negara Islam kepada negara Barat apabila berlakunya kesulitan. Sistem pinjaman berasaskan riba ini membawa implikasi negatif apabila kerajaan Uthmaniyah mulai berhutang dengan bankbank asing Pada mulanya, hutang masih kecil dan faedah yang 1 dikenakan hanyalah 3-4% tetapi peperangan yang berpanjangan menyebabkan kerajaan terpaksa terus berhutang sementara kadar faedah naik dengan mendadak sekitar tahun 1860-an dan 1870-an yang akhirnya membawa padah kepada ekonomi negara. Kesan langsungnya ialah negara menghadapi zaman muflis. Kesan tidak langsung, peningkatan cukai yang dikenakan ke atas rakyat untuk tujuan perbelanjaan negara mengakibatkan kekacauan di beberapa wilayah Balkan seperti di Bosnia dan Herzegovina. Kekacauan merebak dengan cepat ke Bulgaria yang mengambil peluang bagi membebaskan tanah air mereka daripada pemerintahan Uthmaniyah. Apabila kerajaan Uthmaniyah berjaya menghapuskan rusuhan di Bulgaria, Serbia dan Montenegro pula mengisytiharkan perang untuk mendapatkan kemerdekaan. Kesan seterusnya ialah sikap autokratik yang diamalkan oleh sultan dan menterinya dalam melaksanakan pembaharuan Tanzimat juga mendapat kritikan keras. Kekuasaan mutlak sultan bertambah setelah sultan Mahmud II dapat menghancurkan pasukan tentera Inkishariyah dan golongan ulama. Pada masa lalu, tentera ini merupakan suatu kekuatan yang dapat mengimbangi kekuasaan mutlak sultan. Tentera Inkishariyah ditakuti bukan hanya kerana senjata mereka tetapi juga kerana hubungan yang erat dengan Tarekat Bektasyi yang mempunyai pengikut yang besar di kalangan masyarakat Uthmaniyah Ulama yang tidak bersetuju dengan pembaharuan ala-Barat berada di belakang tentera. Mereka merupakan kekuatan sosial yang disegani sultan, tetapi fungsi ulama menjadi lemah apabila mereka diserapkan
Penutup isi
fakta Huraian Contoh
Penutup isi Fakta
Huraian
Contoh
Penutup isi
Fakta
Huraian
Contoh 97
dalam pentadbiran dan munculnya golongan elit baru hasil dari sistem sekular mengambil alih peranan mereka. Apabila hilangnya dua pengimbang ini (tentera dan ulama), kekuasaan sultan dan kabinetnya bertambah mutlak menggantikan kebebasan bersuara dan berhujah. Hal seperti ini tidak dapat diterima oleh golongan intelegensia Turki seperti Uthmani Muda. Kesan Tanzimat juga telah menyebabkan kemunculan Gerakan Uthmani Muda. Sejak 1860-an kritikan terhadap pentadbiran khalifah Uthmaniyah telah disuarakan dalam akhbar dan majalah. Tetapi dengan munculnya kumpulan Patriontic Alliance pada tahun 1871 yang akhimya membentuk gerakan Uthmani Muda dua tahun berikutnya telah secara terbuka mengkritik sistem pemerintahan Uthmaniyah yang absolut dan Isi 5 mendesak sistem baharu yang dikenali sebagai sistem khalifah berperlembagaan Hasil dari gerakan Uthmani Muda, maka pada tahun 1876 Sultan Abdul Hamid mengisytiharkan kuatkuasanya perlembagaan baharu tetapi setahun kemudian perlembagaan ini digantungkan Sultan Abdul Hamid kembali mentadbir kerajaan Uthmaniyah dengan sistem khilafah tradisional yang menikmati kekuasaan autokrasi. Gerakan pembaharuan ala Barat bukan sahaja mengimport budaya dan cara hidup Barat seperti sekularisme dan materialisme, bahkan mengundang kuasa Barat untuk campurtangan dalam urusan negara Islam.Gerakan Tanzimat yang berlaku dalam kerajaan Uthmaniyah walaupun dirangka untuk memodenkan kerajaan tersebut namun menimbulkan impak negatif disebabkan pembaharuan yang dilaksanakan lebih condong ke arah pemupukan nilai-nilai sekularisme manakala nilai-nilai Islam mula diketepikan sedikit demi sedikit. Situasi ini akhirnya membawa kepada penguasaan kerajaan oleh golongan birokrat pro-Barat. Tanzimat juga tidak berjaya menyelamatkan kerajaan Uthmaniyah daripada ancaman kuasa-kuasa Barat.
SOALAN 8
Penutup isi
Fakta
Huraian
Contoh Penutup isi
kesimpulan
HURAIKAN FAKTOR SOSIO-POLITIK DALAM NEGARA TURKI YANG MENDORONG PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA PADA ABAD KE 20
Pada zaman pemerintahan Sultan Abddul Hamid II, gerakan pembaharuan berada pada kemuncaknya. Baginda merupakan sultan empayar Turki Uthmaniyah yang terakhir mempunyai kuasa autonomi ke atas empayarnya. Sepanjang tempoh pemerinthannya, baginda berjaya menjalankan pembaharuan dan mengelakkan Pendahuluan tekanan kuasa barat terhadap empayar Islam. Baginda berusaha bersungguhsungguh untuk menyelamatkan rakyat dan empayar Islam. Terdapat beberapa faktor sosio-politik yang mendorong pembentukan negara bangsa Turki pada abad ke 20 Perkembangan sistem pendidikan merupakan faktor sosial yang Fakta mendorong pembentukan negara bangsa di Turki Isi 1 Semasa pemerintahan Sultan Abdul Hamid II, keutamaan diberikan Huraian kepada pendidikan. Baginda berharap perkembangan pendidikan 98
dapat memajukan empayar Turki supaya standing dengan negaranegara Barat. Perkembangan pendidikan menyebabkan idea baru nasionalisme, sekularisme dan negara bangsa menyerap dalam kehidupan masyarakat Turki
Isi 2
seperti masuk
Akibatnya ideologi baru ini membawa kepada keruntuhan empayar Penutup isi Turki Uthmaniyah dan penubuhan Negara bangsa Turki. Kemunculan rejim Turki Muda turut memainkan peranan Fakta dalam pembentukan negara bangsa Turki. Golongan ini terdiri daripada pelajar-pelajar yang melanjutkan pelajaran ke luar Negara. Golongan ini melancarkan pemberontakan terhadap pemerintahan Sultan Abdul Hamid II. Mereka dipengaruhi oleh revolusi yang berlaku di negara lain seperti Revolusi Perancis. Huraian Golongan ini menekankan dasar Turkifikasi sebagai reaksi kepada penentangan golongan bukan Islam dari kawasan Balkan. Semua keputusan utama dalam polisi negara dibuat oleh kumpulan ini seperti keputusan untuk melibatkan diri dalam Perang Dunia Pertama dan menyokong Jerman dalam perang tersebut. Mereka telah meniupkan semangat nasionalisme Turki atas nama merealisasikan impian bangsa Turaniah yang akhirnya membawa kepada kemerosotan khalifah Islamiah. Seterusnya, golongan minoriti memainkan peranan dalam pembentukan Negara bangsa di Turki. Golongan minoriti seperti orang Kristian dan orang Yahudi diberi keistimewaan dan dilindungi selaras dengan tuntutan Islam. Namun mereka tidak setia kepada sultan apabila mereka dihasut oleh orang Barat untuk memberontak.
Isi 3
Isi 4
Contoh
Contoh
Penutup isi Fakta
Huraian
Pemberontakan orang Armenia dan campurtangan orang Yahudi Contoh menyemarakkan semangat nasionalisme masyarakat Turki. Tindakan kuasa-kuasa penjajah dan ketidaksetiaan penduduk minoriti yang memberontak dan menuntut autonomi mendorong sultan empayar Uthmaniyah berusaha menguatkan pembentukan negara Penutup isi bangsa Turki melalui dasar Turkifikasi, Pan Islamisme dan sebagainya. Selain itu, faktor tekanan kuasa-kuasa barat telah mendorong Fakta kepada pembentukan negara bangsa di Turki Kuasa-kuasa Barat seperti Britain, Perancis dan Rusia bersaing antara satu sama lain untuk menguasai kekayaan kawasan Turki. Di samping itu, kuasa-kuasa besar juga bergabung menghancurkan Huraian empayar Turki Uthmaniyah. Pihak barat turut menghasut penduduk bukan Islam di wilayah Turki Uthmaniyah untuk memberontak. 99
Isi 5
Kuasa-kuasa Barat ini menghasut penduduk bukan Islam (Ahl alDhimmah) dalam wilayah Uthmaniyah agar bangun memberontak untuk menuntut persamaan hak, keadilan dan kebebasan. Hasutan ini bertujuan melemahkan pentadbiran dalaman kerajaan Uthmaniyah. Walaupun program pembaharuan (tanzimat) dilaksanakan bagi memenuhi kehendak Barat, namun penduduk Ahl al-Dhimmah telah mengkhianati kerajaan Uthmaniyah apabila mereka bersekongkol dengan kuasa Barat. Tindakan kuasa-kuasa barat mendorong sultan menguatkan pembentukan Negara-bangsa Turki. Dasar Pan-Islamisme juga dikaitkan dengan pembentukan Negara bangsa Turki. Dasar ini menekankan fahaman perpaduan dan kerjasama umat Islam bagi membela hak umat Islam sejagat. Melalui dasar ini umat Islam di Turki digesa bersatu padu di bawah kepimpinan Sultan Abdul Hamid II. Tokoh-tokoh seperti Jamaluddin al-Afghani dan Rashid Rida membantu sultan mengerakkan program Pan-Islamisme untuk menahan kemaraan kuasa-kuasa barat. Penyatuan umat Islam juga menyebabkan pembentukan negara bangsa di Turki
Contoh
Penutup isi Fakta
Huraian
Contoh
Penutup isi
Sememangnya perkembangan sosio-politik di Turki telah mendorong kepada pembentukan Negara bangsa. Empayar Turki Uthamaniyah berakhir apabila rejim Turki Muda melibatkan diri dalam Perang Dunia Pertama dengan memihak kepada kesimpulan Jerman. Kekalahan dalam perang ini telah menghancurkan empayar Turki Utmaniyah
100