SEjarah Penubuhan dan Perkembangan ISN Selasa, 17 Jun 2008 05:45 Senator Dato’ Annuar Hj. Musa, Menteri Belia dan Sukan telah merasmikan bangunan ISN pada 20 Oktober 1992. Penubuhan Institut ini adalah sejajar dengan Dasar Sukan Negara yang diluluskan oleh kabinet pada 20 Januari 1988. Tujuan Institut ini adalah untuk menyediakan perkhidmatan sains sukan, perubatan sukan, penyelidikan dan pembangunan serta pendidikan berterusan ke arah mencapai kecemerlangan sukan negara. Bagi mengecapi matlamat ini, jurulatih, ahli sains sukan dan penggiat sukan harus menggunakan pendekatan saintifik dalam menyediakan program latihan bersistematik kepada atlet-atletnya. Selain itu, Institut juga merupakan satu pusat sumber maklumat dalam memberi ilmu bermanfaat kepada jurulatih-jurulatih negara seiring dengan fungsi ISN sebagai pusat kecemerlangan sukan negara. Sejarah Penubuhan ISN •
1983 o
o
•
1988 o
•
Kertas konsep asal penubuhan ISN (kertas kerja Lembaga Pengurus Bil. 14/83, agenda 3) di dalam Mesyuarat Lembaga Pengurus pada 28 Julai 1983. Kementerian Tanah & Wilayah mengenalpasti kawasan 200 ekar di Bukit Jalil bagi pembinaan bangunan fizikal ISN. Penubuhan Institut ini adalah sejajar dengan Dasar Sukan Negara yang diluluskan oleh Kabinet pada 20 Januari 1988.
1992 – 1996 o Kerja pembinaan bermula 1 September 1992. o Perasmian ISN dilakukan oleh YB. Dato’ Annuar Hj. Musa, Menteri Belia dan Sukan ketika itu pada 20 Oktober 1992. o Kemudahan dibina termasuk blok pentadbiran, sains sukan dan dewan biomekanik, dewan latihan, asrama (termasuk dewan makan), gimnasium serta trek latihan (balapan dan padang). o Pewujudan fizikal ISN dipercepatkan selaras dengan pemilihan Kuala Lumpur sebagai tuan rumah Sukan
o
Komanwel Kali Ke-XVI, 1998. Pada 14 Mac 1996, ISN telah beroperasi secara sepenuhnya di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
•
2006 – 2007 o Pembangunan dan perluasan bangunan ISN dilaksanakan bagi menampung penambahan pakar dan kepegawaian serta ruang makmal untuk tujuan ujian, penyelidikan dan kajian saintifik. o Kerja-kerja pembinaan Plaza ISN bermula 5 Disember 2005 dan siap pada 1 Mac 2007. o Majlis Penyerahan Kunci Plaza ISN berlangsung pada 31 Mei 2007.
•
25 April 2007 o YB. Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said, Menteri Belia dan Sukan pada ketika itu telah memutuskan perubahan peranan dan fungsi ISN seperti berikut: ISN sebagai satu entiti yang memberi fokus kepada penyelidikan, perubatan dan sains sukan di Malaysia. Berperanan memberi perkhidmatan sokongan sehingga ke peringkat akar umbi melalui kaedah saintifik.