Sejarah Penubuhan

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Sejarah Penubuhan as PDF for free.

More details

  • Words: 864
  • Pages: 5
SEJARAH PENUBUHAN 1973 - 1983 Permainan ini diperkenalkan oleh :1.Mokhtar bin Mat Kasat 2.Salleh bin Abu Bakar 3.Allahyarham Zabari bin Mohd Taib ( Jurulatih) GELANGGANG Gelanggang pertama dibina di Batu 16,Kg.Tua dengan gotong-royong oleh pemuda Batu 16,. Struktur asal pembinaan adalah berlantaikan tanah dan menggunakan tiang batang pokok pinang. PERALATAN PERMAINAN Untuk mendapatkan peralatan seperti jaring dan bola pihak pemuda-pemuda mengadakan kutipan sesama sendiri sehinggalah beberapa orang daripada penduduk kampung ini bersedia menyumbang kearah pembangunan sukan ini, mereka ini ialah 1. Allahyarham Ismail bin Mohd Tamin, 2. Allahyarham Kamaruddin bin Kulup Tasir 3. Allahyarham Zainuddin bin Mohd Said Sumbangan tersebut telah digunakan dengan sepenuhnya sehinggalah tertubuhnya satu pasukan yang pertama dikalangan pemuda Melayu yang pertama didalam Daerah Perak Tengah. Pada peringkat awal penubuhan pasukan ini latihan , undang-undang hanyalah berpandukan kepada pengalaman daripada pemain yang telah pernah mengikuti pertandingan. PENUBUHAN PASUKAN Pada awal tahun 70-an satu pasukan bola tampar telah ditubuhkan dan telah menjuarai pertandingan didalam Daerah Perak Tengah sepanjang tahun 70-an dan 80-an. Pasukan ini juga telah menjuarai kejohanan bola tampar MAYC Perak selama 10 tahun, pasukan ini juga pernah bertanding di kejohanan terbuka anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Kebanyakan daripada pemain pasukan ini telah mewakili pasukan sekolah, Daerah , Institutsi pengajian tinggi dan jabatan-jabatan kerajaan. Kursus-kursus telah dinjurkan oleh pasukan ini untuk memperlengkapkan pemain serta melahirkan jurulatih dan pengadil bola tampar bertauliah di peringkat PAVA dan MAVA. 1984-1996 GENERASI KEDUA Permainan ini telah diteruskan oleh generasi ke 2 dikalangan pemuda Batu 16 didalam usaha mempertingkatkan lagi mutu permainan dengan bimbingan jurulatih yang telah mendapat kursus melalui program kejurulatihan yang telah di buat oleh Persatuan Belia MAYC pada waktu itu.Pasukan generasi ke 2 ini juga adalah merupakan salah satu pasukan yang disegani didalam Daerah Perak Tengah selama 8 tahun.

Penganjuran kejohanan Terbuka Melayu Perak, Kejohanan Liga Sukan, Kejohanan Tahunan Bola Tampar antara belia-belia adalah satu aktiviti pengurusan kejohanan. 1996- 1997 PERMAINAN TERHENTI SELAMA SETAHUN 1997- Sekarang GENERASI KETIGA PEMBENTUKAN PASUKAN Satu pasukan pelapis telah ditubuhkan pada penghujung tahun 1996 dan diketuai oleh saudara Faizul bin Zabari. Seramai 42 orang termasuk lelaki dan perempuan telah menawarkan diri untuk menyertai pasukan bola tampar, pemilihan telah dibuat berdasarkan ketahanan mental, fizikal , semangat berpasukan serta daya saing. Seramai 9 orang pemain lelaki dan 9 orang pemain perempuan telah berjaya mengharungi proses pemilihan tersebut. Seterusnya pemain-pemain yang telah terpilih terpaksa menjalani latihan intensif untuk memahirkan teknik-teknik permainan ini. KEJOHANAN PERTAMA Pada bulan Jun 1998, ujian pertama pasukan ini ialah Kejohanan Bola Tampar antara sekolah-sekolah Perak Tengah dimana telah bertanding di SMK. Sultan Muzafar Shah 1, dengan memperolehi kejayaan pertama, mengalahkan Juara bertahan selama 5 tahun iaitu SMK Sultan Abdul Jalil Shah, Seberang Perak.

TEAM GENERASI KETIGA - MEWAKILI PSC NAVAL DOCKYARD LUMUT Sehingga kini 2005 merupakan sebuah pasukan yang terkuat dibawah umur 18 tahun didalam Perak Tengah dan telah menjadi Johan selama 8 tahun berturut-turut MSSPK Daerah Perak Tengah dan didalam pertandingan Liga Sukan, Yayasan Lambor turut menyumbang peralatan untuk pasukan ini buat kali pertama pada tahun 1999 Sebagai langkah mempertingkatkan lagi mutu bola tampar pasukan ini terus menjalani latihan setiap hari dan telah mendapat kepercayaan dari sebuah Syarikat Perkapalan PSC Naval Dock Yard Shipping, TLDM Lumut. untuk kejohanan bola tampar Tentera Laut Diraja Malaysia dan mendapat tempat ke 2 di peringkat Akhir dan dikalahkan oleh Pasukan utama TLDM KD Pelanduk

.TEAM SUPER (SUKAN PERAK) 2005 IPOH Pembukaan semula gelanggang bola tampar Batu 16 adalah sebagai langkah persediaan untuk menhadapi kejohanan dimana-mana termasuk Kejohanan liga sukan, Sukan Perak, Kanival Sukan UMNO, Liga Sukan MASSA Komuniti dan Jemputan-jemputan pertandingan.

TEAM SUPER ( SUKAN PERAK ) 2003 - MANJUNG

TEAM SUPER PEREMPUAN( SUKAN PERAK ) 2003- MANJUNG

TEAM BAWAH 12 TAHUN ( NO 3 MSSPK ) SUMBANGAN PERALATAN/ KEWANGAN Pada tahun ini sumbangan daripada Y.B.Ahli Parlimen, En Nasaruddin Bin Hashim dan juga ADUN Bota En. Che Ri Bin Mad Daud telah berbesar hati menyumbang peralatan bola tampar sebagai perangsang kearah pembangunan sukan bola tampar didalam Daerah Perak Tengah Ahli Parlimen Parit telah berbesar hati menaja Majalah Sukan SportUnite Untuk Semua Sekolah-Sekolah Perak Tengah sebagai tanda sokongan pembangunan sukan ini di dalam Perak Tengah. disediakan oleh : Redzuan bin Mohamed Junid Jurulatih Bola Tampar Negeri Perak Friday December 30, 2005 9:33 PM

Bola tampar Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar

Bola tampar

Aksi bola tampar Badan induk tertinggi Pertama dimainkan

FIVB 1895, Holyoke, Massachusetts (Amerika Syarikat) Characteristics

Contact Ahli pasukan

No Contact 6

Jantina bercampur Perseorangan Kategori Bola Olimpik

Dalam dewan Bola tampar 1964

Bola tampar merupakan satu sukan Olimpik di mana dua pasukan yang dipisahkan oleh satu jaring tinggi menggunakan tangan atau (jarang) bahagian badan lain untuk memukul atau menampar sebiji bola melangkaui jaring kepada lawan [1]. Setiap pasukan yang mempunyai enam pemain dibenarkan memukul bola tersebut tiga kali berturut-turut. Mata dikira apabila bola jatuh ke dalam gelanggang lawan, lawan melakukan kesalahan atau lawan gagal mengembalikan bola dengan betul. Bola tampar merupakan satu sukan aktif. Disebabkan banyak serangan memerlukan pemain menyentuh bola di atas jaring, kebolehan melompat ditekankan dalam permainan ini. [2]. Sukan bola tampar di Malaysia bermula sekitar tahun 1920-an di Pulau Pinang. Ia dipopularkan oleh pelajar-pelajar yang baru pulang daripada Universiti Chi-Nan, Shanfhai, sebelum berkembang di Selangor dan negeri-negeri lain.

[sunting] Rujukan

Related Documents