Sejarah-kotafamosa

  • Uploaded by: nor syazwani
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Sejarah-kotafamosa as PDF for free.

More details

  • Words: 3,503
  • Pages: 33
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA KEDAH Nama

:

No i/c

:

Tingkatan

:

No angka giliran

:

Nama dan : alamat sekolah Tajuk kerja kursus

:

Guru penilai :

Elemen 1 Elemen 2 Elemen 3

Elemen Mengumpul fakta sejarah Merekod fakta sejarah Penerapan unsur patriotisme Jumlah markah Kod Tahap pencapaian

Markah

T/ tangan guru penilai, ______________________ (

)

ELEMEN 1: MENGUMPUL FAKTA SEJARAH BIL 1

PERKARA

TARIKH

Menerima taklimat kerja kursus daripada guru Februari Sejarah

2

Mendapatkan bimbingan guru dan memilih tajuk Februari Kajian

3

Mencari dan mengumpul fakta sejarah daripada Februari sumber yang sahih

4

Menyediakan halaman hadapan Elemen 1

5

Mendokumentasikan fakta sejarah yang

Mac Mac

dikumpulkan daripada pelbagai sumber 6

Menghantar fakta sejarah yang dikumpul daripada pelbagai sumber untuk semakan guru

Mac

penilai 7

Memperbaiki fakta sejarah yang diambil daripada pelbagai sumber untuk memperoleh marekah

Mac

terbaik 8

Menghantar semula fakta sejarah yang dikumpul daripada pelbagi sumber kepada guru penilai untuk disemak dan diberi markah.

Mac

CATATAN

ELEMEN 1 TAJUK

: BANGUNAN BERSEJARAH KOTA A FAMOSA, MELAKA

Bil

Sumber

1

Buku Ilmiah

2

Jurnal

3

Akhbar

4

Majalah

5

Orang sumber

6

Melawat tempat kajian

7

Internet

8

Televisyen

9

Radio

10

VCD / DVD

11

Sumber lain

Tandakan ( / )

Markah T/ tangan guru penilai, _____________________ ( )

PELEMEN 2 : MEREKOD FAKTA SEJARAH Bil 1

Perkara

Tarikh

Mendapatkan bimbingan guru untuk menulis laporan April dapatan kajian mengikut format yang ditetapkan

2

Mengelas, menganalisis, mentafsir, mensintesis, April merumus dan merekod fakta sejarah

3

Menyediakan halaman hadapan Elemen 2 April ( Lampiran 9)

4

Menulis laporan kajian mengikut format yang ditetapkan: -

5

Tajuk Kajian Senarai Kandungan Penghargaan Objektif Kajian Kaedah Kajian Hasil Kajian Rumusan Lampiran Rujukan

April - Jun

Menghantar laporan kajian bagi memperoleh markah April – Jun terbaik

6

Memperbaiki hasil kajian bagi memperoleh markah Mei – Jun terbaik

7

Menghantar semula hasil kajian kepada guru penilai Mei – Jun bagi memperoleh markah serta tahap pencapaian

Catatan

ISI KANDUNGAN

Bil

Perkara

1

Tajuk kajian

2

Senarai kandungan

3

Penghargaan

4

Objektif kajian

5

Kaedah kajian

6

Hasil kajian

7

Rumusan

8

Lampiran

9

Rujukan

Muka surat

BANGUNAN BERSEJARAH KOTA A FAMOSA, MELAKA PENGHARGAAN

Sekapur sireh sekacip pinang, Tamu diundang menjamu hidangan, Dengarlah tuan hamba berkarang; Tinta penghargaan sebagai permulaan. Setinggi – tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih saya ucapkan kepada ......................................... kerana telah sudi memberikan penerangan kepada saya mengenai penghasilan folio sejarah ini. Tidak lupa juga kepada pengetua sekolah, ...................................................................... kerana telah memberi kebenaran kepada saya dan rakan-rakan yang lain menggunakan makmal ICT sekolah. Juga kepada ibu bapa saya ......................................... dan ................................................... kerana telah memberi sokongan dan dorongan untuk saya menjalankan kajian sejarah ini. Terima kasih juga saya ucapkan kepada rakan-rakan sekelas yang sudi berkongsi maklumat dengan saya. Sesungguhnya kerjasama semua pihak amat membantu saya untuk menjalankan kajian sejarah ini.

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian saya mengenai bangunan bersejarah Kota A Famosa adalah berdasarkan beberapa objektif. Objektif-objektif yang dipilih diharapkan dapat dicapai untuk kepentingan bangsa dan negara. Objektif yang pertama adalah untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang bangunan bersejarah yang dikaji iaitu bangunan Kota A Famosa. Pelajar-pelajar hanya mengetahui sedikit maklumat mengenai bangunan ini hanya melalui buku teks yang diajar di dalam kelas. Dengan mengkaji lebih lanjut mengenai bangunan sejarah yang dipilih, akan dapat membantu para pelajar mendalami sejarah yang berlaku pada masa lalu. Objektif yang seterusnya adalah untuk menguasai teknik-teknik melaksanakan kajian dengan betul. Pelajar-pelajar sering diarahkan supaya melaksanakan kajian di lapangan, namun kajian yang dilakukan masih tidak dapat memenuhi kehendak yang diperlukan. Ini kerana pelajar tersebut tidak menguasai teknik melaksanakan kajian dengan betul. Melalui tugasan ini diharapkan dapat menguasai teknik yang betul serta hasilnya dapat memenuhi piawaian yang ditetapkan Selain itu, sejarah dapat melahirkan semangat patriotik terhadap negara. Pengamalan budaya yang terdapat di Malaysia adalah sangat unik dan seharusnya sebagai rakyat Malaysia berbangga terhadap keadaan ini. Sengaja objektif ini dipilih bagi memastikan budaya yang terdapat di negara ini akan terus kekal sebagai warisan sepanjang zaman.

Akhir sekali, maklumat-maklumat berkaitan bangunan bersejarah yang

diperoleh tersebut akan dikumpul dan disimpan untuk kegunaan pada masa akan datang. Secara umumnya sejarah merupakan penyelidikan tentang perkara yang telah berlaku. Oleh itu penting untuk menyimpan maklumat sejarah berkenaan bagi memastikan peristiwa yang telah berlaku tidak akan dilupakan malah menjadi teladan kepada semua pihak.

` KAEDAH KAJIAN

Dalam melaksanakan sebuah kajian, beberapa kaedah kajian perlu digunakan bagi memastikan kajian tersebut berjalan dengan lancar. Saya juga telah menggunakan beberapa kaedah kajian untuk mencari maklumat seperti internet, rujukan di perpustakaan dan temu bual dengan seorang responden. Dalam era globalisasi yang serba moden ini, pelbagai maklumat boleh didapati dengan mudah. Dengan hanya menekan beberapa kekunci, maklumat yang diingini boleh diperoleh dalam masa beberapa saat. Saya telah menggunakan kaedah yang cepat dan pantas ini dengan melayari laman web dari internet iaitu http://ms.wikipedia.org/wiki/A_Famosa Maklumat yang diperolehi ini banyak membantu dalam mengembangkan kajian yang saya lakukan. Saya juga telah merujuk beberapa buah buku ilmiah yang telah saya perolehi dari Pusat Sumber Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah. Antaranya adalah bertajuk Siri Lamabaian Nusa : Melaka dan Sejarah Perubatan dan Penubuhan Hospital-Hospital di Melaka. Selain itu, saya juga bertukar-tukar maklumat dengan rakan – rakan berkenaan bangunan yang dikaji. Dewasa ini media-media massa mula mengambil langkah efektif untuk memastikan generasi muda sekarang tidak alpa dengan kemerdekaan yang diperoleh. Pelbagai info sejarah telah diselitkan di dalam ruangan –ruangan tertentu. Oleh itu saya telah mengambil kesempatan ini memetik sebuah keratan akhbar dari Harian Metro yang bertarikh 25 Jun 2008 untuk menambahkan maklumat mengenai bangunan Kota A Famosa.

Jika diteliti kebanyakan sejarawan mendapat maklumat sejarah melalui temu bual dengan seseorang tokoh. Oleh itu saya telah memilih kaedah temu bual untuk memperoleh maklumat yang berkaitan dengan Kota A Famosa melalui seorang responden iaitu ............................................ Walau bagaimanapun saya perlu memilih dan membandingkan fakta yang diperoleh bagi mendapatkan kebenaran sesuatu maklumat. Kaedah ini juga saya lakukan untuk mendapatkan pandangan responden tentang bangunan yang dikaji.

HASIL KAJIAN Di Malaysia terdapat banyak tinggalan sejarah yang dapat ditemui pada masa kini. Tinggalan-tinggalan sejarah ini dipelihara agar dapat memupuk kesedaran di kalangan rakyat Malaysia terutamanya pelajar-pelajar. Antara tinggalan sejarah yang terdapat di Malaysia ialah Kota A Famosa yang terdapat di negeri Melaka Bandaraya Bersejarah. Nama Bangunan KOTA A FAMOSA

Bahasa Portugis - A Famosa bermaksud yang termasyhur - Juga disebut sebagai ‘yang terhebat’ dalam bahasa Portugis kuno

Kota A Famosa juga dikenali sebagai Fortaleza de Malacca (Kubu Melaka)

Bahasa Inggeris Dikenali sebagai ‘The Famous’

Latar Belakang Kota A Famosa merupakan kubu yang telah dibina oleh Portugis sebaik sahaja berjaya menawan Melaka pada 25 Julai 1511 iaitu sewaktu zaman pemerintahan Sultan Mahmud Shah. Kota A Famosa merupakan seni bina Eropah yang tertua yang masih tinggal di Asia. Pembinaan kota ini merupakan arahan daripada panglima Portugis iaitu Alfonso de Albuquerque. Kota A Famosa berjaya disiapkan pada tahun 1514, di bawah pimpinan Ruy de Brito yang menjadi Kapitan Portugis Melaka yang pertama. Menjelang tahun 1583, Melaka telah menjadi bandar berkota yang dilindungi dengan tujuh puluh buah meriam ke semua arah. Pembinaan kota ini adalah bertujuan sebagai kubu pertahanan untuk menangkis serangan musuh-musuh. Penjajah Portugis turut menjadikan ini satu petempatan Kristian dengan menyediakan 5 buah gereja, tempat beribadat, biara, hospital dan sebagainya. Di dalam kota ini juga, Portugis telah membina rumah Gabenor, berek askar, rumah pasung, perigi dan kemudahan-kemudahan lain. Kota A Famosa terletak di Bandar Hilir, Melaka bersebelahan replika Istana Kesultanan Melaka dan Gereja St. Paul.

Keistimewaan Bangunan

Kota A Famosa dibina berasaskan reka bentuk seni bina kota batu Portugis. Kota ini berbentuk segi lima (pentagon) dan setiap penjuru terdapat binaan menara kawalan dengan tembok setebal 2.4 meter hingga 4.5 meter. Menara-menara tersebut dikenali sebagai Baluarte San Pedro, Baluarte de las Virgines, Baluarte Madre de Dios, Baluerte Santo Domingo dan Baluerte de Santiago. A Famosa diperluaskan ke kawasan berhampiran dan meliputi penempatan Eropah. Kawasan itu termasuklah Jalan Kota, Jalan Gereja, Jalan Mahkamah,dan Jalan Istana. Bahan bagi membina bangunan tersebut dikatakan diambil daripada runtuhan masjid dan bangunan-bangunan lain. Kota ini sungguh kukuh sehinggakan Abdullah Munsyi dalam bukunya ‘Hikayat Abdullah’ menulis tentang kota ini. Ia berbunyi ; “Sebermula, maka adalah sifat kota Melaka itu yang kudapati dan yang kujalani di atasnya, dan sampai ke dalam tanah itu adalah demikian. Kulihat batunya batu besi, unggu warnanya; ada yang panjang sedepa, ada yang duahasta. Adapun batu-batu itu terlalu licin dengan ratanya seperti diketam rupanya. Syahdan, adapun batu itu sekaliannya aku dengarnya dipahat oleh orang Cina yang menjadi tukang kota itu dari batu pahat, iaitu dengan suruhan Portugis.” Ramai buruh paksa telah digunakan unuk membina bangunan tersebut dan sebilangan daripadanya mati akibat suhu panas terik dan kekurangan makanan. Kota batu ini dikatakan yang terkuat di rantau ini pada zamannya dan telah berjaya menghalang kemaraan tentera Melayu Johor, Acheh dan Jawa yang cuba menawan kota ini. Serangan Jawa

Pada tahun 1551, Jawa telah menyerang Melaka dengan tentera seramai 10 000 orang hampir berjaya menawan Kota Melaka, tetapi berjaya diselamatkan dengan kedatangan angkatan armada Portugis dari Goa yang kebetulan untuk menggantikan askar Portugis yang telah lama berada di Melaka. Walaubagaimanapun, ramai askar Portugis yang telah terkorban termasuklah seramai 200 orang yang mati kerana terminum air ‘Perigi Raja’ yang telah diracuni oleh Jawa. Penaklukan oleh Belanda dan Kekalahan Portugis Kota ini bagaimanapun gagal menghalang kemaraan Belanda pada kurun ke 17. Kota A Famosa dibina sebegitu kukuh sehinggakan ia membantu Portugis untuk menangkis semua bentuk serangan. Untuk menakluk Melaka, tentera Belanda telah mengepung kota tersebut selama 5 bulan, sementara penduduk yang terperangkap di dalamnya terpaksa memakan kucing, tikus, dan dalam suatu kes seorang wanita memakan bayinya yang mati. Akhirnya, pada 14 Januari 1641, pihak Belanda menyerbu melalui pintu Santo Domingo Gate, yang menjelang itu mengorbankan lebih 7000 orang akibat kebuluran, penyakit, dan tembakan senjata api. Kota A Famosa yang rosak teruk dalam pertempuran telah diperbaiki sementara Porta de Santiago yang merupakan pintu utamanya digantikan dengan logo Syarikat Hindia Timur Belanda. Selepas menawan kota tersebut pihak Belanda membaiki dan mengubah suai, dan meletakkan jata mereka di atas pintu pagar yang masih kekal sehingga kini pada Porta de Santiago, satu-satunya pintu yang terselamat, dengan ukiran ‘Anno 1670’. Serangan Bugis

Semasa pemerintahan Belanda ke atas Melaka, kota ini telah diserang oleh Bugis pada tahun 1784. Kota ini mengalami kerosakan yang agak teruk namun, ia cepatcepat dibaiki oleh Belanda. Pentadbiran oleh British dan Kemusnahan Kota A Famosa Apabila tentera Napoleon menjajah Belanda di Holland pada tahun 1795, Putera William of Orangemelarikan diri ke London, di mana dia memerintahkan semua petempatan Belanda untuk menerima tentera British, bagi menghalang mereka dari jatuh ke tangan Perancis. Akibatnya pihak British berjaya menguasai Belanda pada tahun 1795 tanpa sebarang pertempuran. Selepas menguasai Melaka, pihak British tidak berminat menyimpannya atau membiayai penempatan tentera bagi mempertahankan Melaka yang dianggap milik sementara dan perlu dipulangkan kepada pihak Belanda selepas perang. Sebaliknya, jika mereka meninggalkan kota sekukuh itu tanpa pertahanan yang mencukupi dari pihak mereka pasti akan mengundang bahaya, sekiranya ia ditawan oleh pihak musuh. Tambahan pula, mereka tidak berminat bagi memulangkan Melaka ke tangan Belanda dengan Kota A Famosa dalam keadaan utuh sebagai saingan kepada penenpatan Inggeris di Pulau Pinang dan Singapura. Dengan sebab itu Mr. Robert Farquhar iaitu Leftenan Gabenor Pulau Pinang dan juga Gabenor Melaka antara tahun 1803 hinggs tahun 1818, telah membuat cadangan bagi memusnahkan Kota A Famosa kepada Kerajaan Inggeris di India.

Beliau menyatakan bahawa penyelengaraan dan pertahanan kubu tersebut

hendaklah dikecilkan dengan memberikan dua sebab utama iaitu 1. Hasil yang diperoleh oleh Melaka tidak mampu membiayai kos penenpatan tentera ‘sepoy’ 2. Pengecilan itu akan dapat memajukan Pualu Pinang dengan memindahkan penduduk Melaka ke Pulau Pinang. Maka pada awal 1804, beliau dengan tegas mencadangkan agar Melaka dihapuskan dari muka bumi dengan semua penduduk Melaka diarahkan supaya dipindahkan ke Pulau Pinang dan Kota A Famosa dimusnahkan bagi mengelakkan ia dikuasai oleh pihak lawan. Dengan cadangan tersebut, Kerajaan Inggeris di India mengarahkan Kota A Famosa yang terletak di Bandar Hilir, Melaka dihancurkan. Kerja merobohkan Kota A Famosa bermula pada 10 Ogos 1807. Pada awalnya, pesalah-pesalah diperintahkan untuk merobohkan kota tersebut batu demi batu dengan menggunakan pemungkis dan besi penyungkil. Apabila tembok yang sesetengahnya mencecah 4.5 meter kelihatan terlalu kukuh untuk ditanggalkan, ubat bedil digunakan pula untuk memusnahkan kota itu. Lubang digali di sekeliling kaki kota dan kemudiannya diletupkan sehingga menyebabkan batu sebesar rumah berterbangan dan jatuh ke dalam laut. Hampir kesemua kubu, tembok-tembok, Hospital Besar, dua tempat menyimpan beras, tempat kediaman dan enam bilik simpanan telah diletup dan diratakan. Semasa kerja-kerja pemusnahan telah pun berjalan dengan rancaknya, Sir Stamford Raffles telah datang ke Melaka atas jemputan William Farquhar. Apabila mengetahui tentang perobohan Kota A Famosa, beliau telah menulis surat kepada

kerajaan Inggeris di India dengan menyatakan bahawa pemusnahan Kota A Famosa tidak patut dilakukan. Beliau telah memberi sebab - sebab tertentu iaitu :1. Jika Inggeris membiarkan Melaka, pihak lain akan mendudukinya, sudah tentu ia akan merugikan Pulau Pinang 2. Melaka itu sendiri mempunyai nilai sejarah dan mentadbirkannya tidak memerlukan perbelanjaan yang banyak 3. Penduduk-penduduk Melaka tidak perlu dipindahkan kerana sebelum Belanda meninggalkan Melaka, Inggeris telah pun memerintahkan penduduk Melaka supaya terus tinggal di situ. Beliau turut menyatakan bahawa Inggeris tidak perlu meninggalkan Melaka kecuali jika dipaksa. Cadangan Raffles itu telah diterima dengan baik oleh Kerajaan Inggeris tetapi sudah terlambat kerana hampir keseluruhan kota tersebut telah musnah. Pemusnahan Kota A Famosa pada tahun 1807 telah memusnahkan hampir keseluruhan kota tersebut dan hanya meninggalkan satu pintu kotanya yang dapat dilihat hingga ke hari ini, iaitu Porta de Santiago. Pihak Brittish kekal di Melaka sehingga tahun 1818. Apabila berakhirnya Perang Napoleon, Melaka dikembalikan ke tangan Belanda tanpa Kota A Famosa. Melaka kekal di tangan Belanda selama tujuh tahun berikutnya, sehinggalah Perjanjian London 1824, apabila Belanda menukarkan Melaka dengan Bangkahulu di Sumatera.

Sekarang

Pada Jun 2003, menara kawalan yang digelar Santiago Bastion dijumpai semasa pembinaan Dataran Pahlawan. Manakala, pada akhir November 2006, sebahagian struktur kota, dipercayai Middlesburgh Bastion dijumpai secara tidak sengaja semasa pembinaan Menara Berputar Taming Sari, berhampiran Jalan Quayside. Kooperasi Muzium Melaka mensyaki struktur tersebut dibina oleh Belanda semasa pendudukan Belanda semasa pendudukan Belanda ke atas Melaka dari tahun 1641 hingga tahun 1824. Pembinaan menara ditanguhkan selepas penemuan tersebut bagi membolehkan kajian dilakukan oleh Jabatan Warisan Negara (JWN). Kerajaan Melaka menerusi Jabatan Warisan Negara kini sedang membina semula kota itu dengan kos RM 12 juta yang dibiayai oleh Kementerian Kesenian , Kebudayaan dan Warisan. Pembinaan semula kota ini membabitkan tembok sepanjang 350 meter dan dibina di atas struktur jajaran tembok binaan Portugis dan Belanda yang tertimbus sejak pengeboman sebahagian besar Kota Melaka oleh British pada tahun1807. Langkah membina semula tembok itu bagi mengembalikan sejarah yang musnah akibat peredaran zaman dan perang. Ia sekurang-kurangnya dapat memberi gambaran kepada pelancong dalam dan luar negara mengenai rupa bentuk dan kedudukan kota itu suatu ketika dahulu.

LAMPIRAN

GAMBAR 1 : Tinggalan pintu kota yang masih boleh dilihat sehingga kini.

GAMBAR 2 : Meriam yang terdapat berhampiran pintu kota

GAMBAR 3 : Pintu kota A Famosa yang dapat dilawati oleh pengunjung

GAMBAR 4 : Lakaran pelukis menunjukkan pengasas Kota A Famosa, Alfonso de Albuquerque

ELEMEN 3 PENERAPAN UNSUR PATRIOTISME Bil

Perkara

Tarikh

1

Mendapatkan bimbingan guru untuk menulis esei

Februari – Julai

Catatan

mengikut format yang ditetapkan 2

Menulis esei mengikut format yang ditetapkan

Februari – Julai

3

Menyediakan halaman hadapan Elemen 3

Februari - Julai

(Lampiran 10) 4

Menghantar esei untuk semakan guru penilai

Februari – Julai

5

Memperbaiki esei bagi mendapatkan markah

Februari – Julai

yang terbaik 6

Menghantar semula esei kepada guru penilai

Februari – Julai

untuk disemak dan diberi markah PENDOKUMENTASIAN HASIL KERJA KURSUS Bil 1

Perkara Menyediakan halaman hadapan kerja kursus

Tarikh Jun – Julai

(Lampiran 5) 2

Menggabungkan hasil kerja Elemen 1, Elemen 2

Jun – Julai

dan Elemen 3 untuk dihantar kepada guru penilai 3

Menghantar hasil kerja kursus kepada guru penilai untuk mendapat jumlah markah, kod dan tahap pencapaian

Jun - Julai

Catatan

ELEMEN 3 TAJUK

: BANGUNAN BERSEJARAH KOTA A FAMOSA, MELAKA Unsur patriotisme

Tandakan ( / )

1 2 3 4 5 Markah

T/ tangan Guru Penilai,

…………………………… ( Encik Hizam bin Yahaya)

RUMUSAN Selepas menjalankan kajian ini, saya mendapati Kota A Famosa merupakan sebuah bangunan tinggalan sejarah yang amat unik. Saya berasa bersyukur menjadi warganegara Malaysia kerana keunikan dan kepelbagaian bangunan bersejarah yang terdapat di negara yang tercinta ini. Saya juga berasa sangat bertuah kerana dapat mengenali dengan lebih mendalam mengenai warisan bersejarah yang terdapat di Malaysia. Bangunan Kota A Famosa adalah antara lambang buktimya penjajahan yang berlaku di negara kita pada masa lalu. Sewajarnya sebagai rakyat Malaysia yang bersemangat waja, haruslah memikul tanggungjawab mempertahankan Malaysia daripada sebarang unsur penjajahan samada dari segi mental dan fizikal. Bangsa yang bersatu padu akan mewujudkan sebuah negara yang aman damai dan berteraskan perpaduan sebagai lambang cintakan negara. Sebagai individu yang prihatin, sewajarnyalah kita menunjukkan rasa setia dan cinta kepada bangsa dan negara.

RUJUKAN 1. Buku Ilmiah •

Asmad, 1987, Siri Lambaian Masa: Melaka, Melaka, Associated Educational Distributors (M) Sdn. Bhd.



Ahmad Fawzi bin Mohd Basri etc, 2006, Sejarah Tingkatan 1, Dasar Cetak (M) Sdn. Bhd.



Nurul Hanim Ismail, 2007, Siri Negeri-Negeri di Malaysia : Negeri Sembilan dan Melaka, Kuala Lumpur, BS PRINT (M) SDN.BHD.



Lourdes Pitchaimuthu, 1997, Sejarah Perubatan dan Penubuhan HospitalHospital di Melaka, Kuala Lumpur, United Selangor Press Sdn. Bhd.



Mohd Bakri Jaafar dan Dr Azmy Morsidi, 2007, Menjejaki Warisan Kita, Ultimate Print Sdn. Bhd.

2. Akhbar •

Harian Metro, ms 6, 25 Jun 2008

3. Internet •

http://ms.wikipedia.org/wiki/A_Famosa

4. Orang Sumber •

Ruziah binti Ahmad, 41, No 133 Taman Sri Bagan, Batu 3, Tandop, 05400 Alor Star, Kedah.

Pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah dapat memupuk semangat cinta terhadap warisan bangsa dalam kalangan rakyat Malaysia. Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya berbangga menjadi warganegara Malysia yang kaya dengan pelbagai warisan sejarah yang sememnangnya menjadi khazanah negara yang perlu dipelihara dan dipulihara dengan baik. Selain itu kita haruslah mempunyai semangat cinta terhadap tanah air kita. Semangat patriotik akan lahir jika kita berusaha mempertahankan tanah air daripada sebarang bentuk penjajahan yang bakal merosakkan imej Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka danmaju di mata dunia. Di samping itu semangat kerjasama dapat dipupuk melalui aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah. Semua pihak perlu bekerjasama dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan. Masyarakat akan lebih bersatu padu dan secara tidak langsung dapat menjamin keharmonian negara. Dalam usaha pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah ini, terdapat beberapa peraturan dan undang-undang yang ditetapkan kepada pelawatpelawat. Justeru, peraturan ini akan dapat memupuk diri agar lebih berdisiplin. Oleh itu, kita akan bersifat jujur dan amanah dalam melakukan segala tugas. Seterusnya kita perlu berusaha dan produktif untuk mencapai kejayaan. Hal ini dapat dilihat apabila Kota A Famosa dibina bertujuan untuk menangkis serangan penduduk tempatan terhadap penjajah Portugis. Portugis berjaya mencapai tujuan itu. Bagaimanapun kemegahan Portugis ini berakhir apabila Inggeris merobohkan kota kebal tersebut dan hanya pintu gerbang utamanya sahaja yang

berjaya diselamatkan. Konklusinya pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah dapat memupuk semangat cinta terhadap warisan bangsa dalam kalangan rakyat Malysia kerana hal ini mendatangkan faedah yang banyak dan bermanfaat bukan sahaja kepada diri malah bangsa dan negara juga.

TEMU BUAL Saya

: Assalamualaikum, boleh saya temu bual puan mengenai sebuah bangunan bersejarah?

Puan Ruziah

: Waalaikummussalam, boleh apa salahnya. Saya akan cuba menjawab segala persoalan yang diutarakan.

Saya

: Bangunan bersejarah yang saya kaji ialah Kota A Famosa. Bolehpuan ceritakan serba sedikit tentang bangunan ini ?

Puan Ruziah tersebut petempatan tempatan dan

: Bangunan A Famosa terletak di Melaka. Penjajah Portugis yang menjajah Melaka pada tahun 1511 telah membina kota sebagai strategi pertahanan. Kota ini dapat melindungi Portugis ketika itu daripada penentangan penduduk kuasa-kuasa asing lain yang cuba merampas Melaka.

Saya

: Siapakah yang merancang pembinaan bangunan ini pada mulanya?

Puan Ruziah

: Panglima Portugis iaitu Alfonso de Albuquerqe telah mengarahkan pembinaan kota ini sebaik sahaja berjaya menawan Melaka.

Saya

: Menurut kajian yang saya jalankan saya mendapati kota ini dapat bertahan selama hampir 293 tahun. Apakah bahan binaan yang menyebabkan kota ini dapat bertahan sebegitu lama?

kota ini Puan Ruziah dibina dirobohkan

: Portugis telah memusnahkan tinggalan-tinggalan warisan Kesultanan Melayu Melaka. Bangunan-bangunan yang semasa pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka telah dan ia digunakan untuk membina kota A Famosa.

Saya

: Kenapakah kota ini dirobohkan ketika penjajahan British ?

Puan Ruziah

: British menduduki Melaka setelah Belanda menyerahkan Melaka secara sementara kepada British ketika Perang Napoleon Perancis. British khuatir Belanda akan menjadi penghalang British menguasai negeri-negeri lain dengan adanya Kota sebagai kota pertahanan yang sangat kukuh dan British tewas dengan mudah. Jadi, dengan memusnahkan Melaka segala halangan dapat diatasi untuk menguasai negeri lain yang kaya dengan hasil bumi masing-masing.

dengan buat Melaka menyebabkan Kota negeriSaya

: Soalan terakhir daripada saya, apakah nasihat puan kepada generasi muda masa kini yang kurang mengambil berat

tentang lalu?

sejarah tanah air dan seolah –olah tidak peduli pada masa

Puan Ruziah

: Generasi muda sekarang haruslah tahu yang jika kita melupakan sesuatu sejarah masa lalu maka kita akan terdorong untuk mengulangi kesilapan yng sama pada masa hadapan. Mereka seharusnya lebih menghargai sejarah dan mengambil iktibar daripada kejadian masa lalu dan kesilapan orang-orang dahulu mentadbir negara dan menjadikannya panduan untuk membentuk negara yang lebih baik pada masa hadapan. Lagipun generasi muda sekaranglah yang bakal menerajui pucuk pimpinan negara pada masa akan datang. Saya

: Baiklah, terima kasih atas kerjasama puan yang sudi memberi maklumat yang saya perlukan.

Puan Ruziah

: Ya, sama-sama.

More Documents from "nor syazwani"