Sejarah Awalpertubuhan Pondok Pakteh

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Sejarah Awalpertubuhan Pondok Pakteh as PDF for free.

More details

  • Words: 463
  • Pages: 2
SEJARAH AWAL PERTUBUHAN PNDOK PAKTEH

M

ADRASAH AD-DINIAH AL-LATIFFIAH atau dikenali dengan nama pondok pakteh merupakan salah satu pusat pendidikan agama berasaskan pondok tinggal dinegeri perak darul ridzuan. Pondok pakteh diambil nama semperna dengan nama tuan guru abdul latif. Pondok pakteh ditubuhkan 1967 iaitu oleh tuan guru sendiri. Tuan guru merupakan anak yatim kampung, berhampiran kg.kuak hulu. Toriq atau sistem pengajian masih dikekalkan cara menadah kitab umum (pelajar duduk behadapan dengan tuan guru) kitab-kitab yang digunakan adalah kitab-kitab turas atau dipanggil kitab kuning yang mashyur hasil karangan ulama' – ulama' terkemuka. Pengajian disini meliputi ilmu tauhid, tassawuf, feqah, hadis , tafsir dan segala ilmu cabang agama. Diawal tubuhan pondok tuan guru menerima 17 orang pelajar sahaja. Tempat awal pengajian diadakan disebuah balai kecil yabg dibina diperkarangan rumah tuan guru. Kadang kala pengajian di adakan mengikut kesesuaian cuaca. Pondok tempat penginapan pelajar pula dibina sendiri disuatu tempat yang lapang. Para pelajar akan masuk sendiri dan belajar "ihtiar" hidup.

Kini balai kecil tersebut telah ditambah menjadi sebuah surau yang boleh memuatkan 300 jemaah pada satu-satu masa. Tempat-tempat pengajian itu juga yang dibuat disurau utama tersebut. Dilengkapi dengan bekalan elektrik, lampu, kipas, dan juga sistem pembesar suara, para pelajar diwajibkan solat berjemaah lima waktu sehari semalam disurau tersebut, kawasan pondok penginapan telah berkembang dan dibahagikan kepada 3 buah kampung. Setiap kampung mempunyai surau pengajian , kolah mandi , dan ketuanya masing-masing.para pelajar pula diberi makan sehari sekali sebuah tempat masak. Selebihnya, para pelajar perlu masak sendiri dan meneruskan budaya belajar Ihtiar hidup. Mengimbas kembali sejarah pengajian tuan guru, yang juga merupakan ahli Majlis fatwa negeri perak, beliau telah menuntut 20 orang guru didua negeri iaitu kedah dan kelantan, kedah tuan guru telah menuntut dipondok dipokok

sama dan kelantan iaitu dipondok pasir tumbuh. Sebelum itu tuan guru terpaksa berulang – alik kepondok kampung cegera bersama beberapa rakan untuk pengajian kitab fathul muin, antara guru yang pernah mengajar beliau adalah tuan guru haji abdul aziz dan tuan guru *****, sepanjang pengajian, beliau terpaksa menempuh pelbagai kesusahan termasuk berpisah dengan ahli keluarga, pulang ke kampung 3 tahun sekali dan menahan lapar serta dahaga. Selepas tamat pengajian dikelantan, tuan guru masih aktif mengajar disekitar perak seperti di kaula kangsar, lengggong,taiping,grik, selepas 42 tahun ditubuhkan, pondok pakteh menerima bilangan pelajar mencecah 350 orang, pelajar – pelajar ini dating dari segenap semenanjung Malaysia,Sabah,Sarawak dan selatan, ****, mereka terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan yang berusia lingkungan 10 tahun hingga 80 tahun. Pengajian disini sebanyak 7 kali sehari dan melibatkan lebih kurang 30buah kitab dalam sehari. • maklumat2 ini dapat pada kertas bertulis (dalam pejabat) • Maklumat nin di salin kembali daripada maklumat kertas bertulis. • Sekiranya banyak ejaan/perkataan yang silap harap maaf. • (****) dalam jawi atau tidak dapat baca daripada maklumat kertas bertulis • Sekiranya ada perbetulan sila hantar ke [email protected].

Related Documents