Sambutan Malam Kemerdekaan Telah Pun Berlalu

  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Sambutan Malam Kemerdekaan Telah Pun Berlalu as PDF for free.

More details

  • Words: 763
  • Pages: 3
Sambutan malam kemerdekaan telah pun berlalu. Kelihatan anakanak muda keluar berbondong-bondong untuk meraikan malam kemerdekaan negara yang ke-51 tahun. Mereka seolah-olah merayakan malam kemerdekaan ini ibarat satu perayaan yang gilang gemilang. Ada yang keluar bersama rakan-rakan dan ada juga yang bersama pasangan. Maka hanyutlah mereka dibuai keasyikan malam yang mempesonakan. Hingga ada yang meneguk air kencing syaitan dan melakukan maksiat tanpa segan silu.Tidak kurang juga yang berpeleseran hingga terbitnya fajar sidiq.Tidak salah untuk menyambut kemerdekaan negara tetapi yang salahnya apabila melakukan perkara-perkara yang meruntuhkan akhlak serta bertentangan dengan syariat Islam .

Gejala keruntuhan akhlak yang kronik dan serius ini perlu dipandang dengan hasrat membantu mengurangkan gejala ini serta membanterasnya dari akar umbi lagi.Perangkaan statistik kes jenayah dan salah laku moral yang membabitkaan golongan muda-mudi di negara kita sekarang semakin serius dan kronik. Kes-kes penagihan dadah, pembuangan bayi,perhubungan seks luar nikah, peminum arak, bohsia dan bohjan serta jangkitan AIDS dan HIV yang kesemuanya menunjukkan angka yang bertambah setiap hari. Penagihan dan pengedaran dadah merebak dengan meluasnya walaupun penangkapan penagih dadah dan hukuman gantung dikenakan keatas pengedar. Inilah yang merisaukan kita. Apakah nasib generasi mendatang sekiranya permasalahan ini dibiarkan begitu sahaja?. Golongan Melayu menjadi juara dalam semua gejala yang merosakkan ini. Budaya hedonisme pula diperluaskan lagi bagi memerangkap dan membiarkan generasi muda Melayu didalam khayalan. Para artis disanjung pula dan dijadikan `role model`. Pada masa yang sama para ulama dan golongan cendekiawan bukan saja tidak mendapat tempat yang sewajarnya dalam masyarakat bahkan peranan mereka dipinggirkan. Terdapat banyak keyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin negara yang melahirkan kebimbangan terhadap gejala keruntuhan moral ini.Namun kenyataan-kenyataan pemimpin-pemimpin negara ini seolah-olah tidak dipedulikan dan dikesampingkan oleh penganjur-penganjur `budaya mungkar` seperti konsert rock. Malahan usaha-usaha bagi menghidupkan serta menyuburkan budaya kuning semakin rancak dijalankan terutama dengan membawa penyanyi serta kumpulan muzik rock yang bertaraf antarabangsa bagi merangkap secara halus genarasi muda terjebak dengan budaya sesat sebegini. Ia boleh dilihat sebagai mempersendakan hasrat murni dan aspirasi pembinaan genarasi muda yang berakhlak. Sebagai buktinya konsert Avril Lavinge yang tetap diadakan walaupun telah dibantah

oleh pihak yang sedar akan kesan jangka panjang dalam membentuk generasi berakhlak. Kita perlu sedar bahawa negara sedang menuju ke arah negara maju seperti yang diidam-idamkan tetapi majukah negara sekiranya runtuhnya nilai moral terutama pada muda mudi masa kini. Cuba kita tanyakan kepada remaja hari ini berapa orangkah yang akan mengaku pernah meninggalkan sembahyang, menghisap rokok, menghisap dadah, meminum minuman keras, terlibat dalam perjudian, pernah menonton filem lucah, melakukan seks bebas, melakukan kelakuan tidak sopan, berpakaian tidak senonoh dan pelbagai lagi jenayah yang melibatkan remaja. Daripada keseluruhan remaja serta muda mudi di negara kita ini tentu sahaja ramai yang pernah melakukan perkara yang disebutkan di atas. Marilah kita menjenguk sejenak remaja yang berada di pusat pemulihan akhlak, di rumah-rumah kebajikan serta mereka yang berada di pusat serenti. Apakah yang akan mereka katakan? Mungkin hanya penyesalan yang akan diluahkan. Apa yang penting buat mereka ialah tidak mengulangi perbuatan terkutuk di masa hadapan. Untuk menyelesaikan masalah, kita perlu kembali kepada punca yang menyumbang kepada masalah yang terjadi. Antara puncanya adalah pendidikan di sekolah yang bermasalah.Guru hanya mengajar mengikut orientasi peperiksaan dan bukannya mendidik serta memberi tunjuk ajar kepada pelajar-pelajar. Sekolah hanya dijadikan tempat untuk lulus peperiksaan dan bukannya tempat untuk mendidik jiwa-jiwa yang kosong agar bersinar dengan akhlak yang mulia dan terpuji. Peranan ibu bapa tidak kurang pentingnya. Apabila ibu bapa hanya mengejar kemewahan semata-mata, maka terabailah anak-anak tanpa kasih sayang dan didikan yang sempurna. Sekiranya keluarga mengalami masalah akibat penceraian atau kesempitan hidup, potensi untuk anak-anak terjebak juga sangat tinggi. Rakan sebaya yang diharapkan dapat membimbing remaja kadang-kanag menjadi penyebab kepada terjerumusnya seseorang itu ke dalam gejala sosial ini. Bilangan penganggur yang semakin ramai juga menjadi punca kepada gejala sosial. Jenayah mencuri, merompak dan menyamun berleluasa disebabkan mahu mencari jalan mudah tanpa mahu berusaha untuk menyara kehidupan. Hari ini kita juga melihat badan-badan agama tidak diberi insentif untuk mengislah masyarakat. Ramai remaja dan golongan muda terbiar tanpa ditegur dan diberi pengajaran terhadap kesalahan yang mereka lakukan. Di sini, saya mencadangkan agar pihak kerajaan bersama-sama dengan badan agama serta pertubuhan bukan kerajaan berganding bahu dalam menyelesaikan masalah ini agar dapat dibendung sebelum menjadi barah yang menular.

Mahasiswa pula takut berdepan dengan anak muda yang rosak.Mereka hanya hidup dalam dunia mereka tanpa mahu mengajak golongan yang hanyut ini kembali ke pangkal jalan seterusnya dapat menyumbang bakti kepada agama, bangsa dan negara. Justeru, peranan semua pihak dalam menangani gejala sosial ini perlu dimainkan agar kehidupan kita akan aman dan sejahtera. Jangan biarkan generasi masa hadapan merintih dan menyalahkan generasi sekarang yang mencorakkan kehidupan mereka. Untuk akhirnya, mencegah itu lebih baik daripada merawat dan mengubati.

Related Documents