Sambutan Hari Lahir

  • Uploaded by: SK KAMPUNG BOYAN
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Sambutan Hari Lahir as PDF for free.

More details

  • Words: 247
  • Pages: 2
Disediakan oleh Mohd Faidz Hj Ibrahim ( Moderator Laman Web Pendidikan Khas Larut Matang Selama ) SAMBUTAN HARI LAHIR Tarikh

: 20hb Oktober 2009

Hari

: Selasa

Tempat

: PERASA AutoCAMP, Jelutong, Taiping

Aktiviti

:

Kelas PPKI SK Kg Boyan telah mengadakan sambutan Hari Lahir Kanak – kanak Pendidikan Khas untuk meraikan mereka yang menyambut hari lahir dalam bulan Oktober, September, Ogos dan Julai. Rombongan bertolak dari SK Kg Boyan pada pukul 8.00 pagi. Kami sampai ke PERASA AutoCAMP lebih kurang pada pukul 9.00 pagi. Setibanya di PERASA AutoCAMP, kami semua menyiapkan kelengkapan jamuan. Perkakasan, makanan & minuman disusun dengan teratur agar tidak bertaburan. Selesai sahaja penyusunan semua perkakasan, makanan & minuman, kami semua menjamu selera. Sungguh berselera sungguh murid – murid ini. Pada lazimnya selepas makan mereka semua ini suka bermain – main akan tetapi upacara kemuncak program aktiviti ini belum diadaptasikan lagi. Maka tepat jam 1030 pagi upacara meraikan murid – murid yang menyambut hari lahir diadakan. Mereka yang diraikan diberikan peluang untuk memotong kek yang dibekalkan oleh waris masing – masing. Kami guru – guru bersama dengan murid - murid yang lain menyanyikan lagu ‘SELAMAT HARI JADI’ beserta dengan lagu ‘HAPPY BIRTHDAY TO YOU’. Sungguh riang dan meraih sekali keadaan ini. Gambar diambil untuk diabadikan agar menjadi kenang – kenangan pada masa akan datang. Pada pukul 11.00 pagi, aktiviti diteruskan lagi dengan melakukan aktiviti permainan. Pada jam 12.00 tengahari, rombongan kami bertolak pulang dan selamat tiba di SK Kg Boyan pada jam 12.30 tengahari.

Related Documents


More Documents from "zuhadisaarani"