Salinan Karangan

  • Uploaded by: Leashitaa
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Salinan Karangan as PDF for free.

More details

  • Words: 624
  • Pages: 2
Anda dan beberapa orang sahabat telah menyertai suatu ekspedisi ke hutan. Oleh sebab kecuaian diri, anda telah tersesat dan terpisah daripada sahabat-sahabat yang lain. Ceritakan pengalaman anda sehingga anda diselamatkan Jarum jam tangan aku menunjukkan tepat 3.40 petang. Ketua pasukan kami, Peter, memutuskan bahawa kami meneruskan perjalanan juga agar dapat sampai di puncak gunung sebelum mentari membenamkan tubuhnya. Aku, Zainal, Manjit, dan Kee Siong akur sahaja meskipun kami berasa letih kerana sudah tujuh jam mendaki sejak awal pagi. Suasana petang tidak terasa kerana langit agak gelap dan hujan lebat dijangka turun pada bila-bila masa sahaja. Tiba-tiba aku terpandang beberapa ekor rama-rama sangat cantik hinggap pada sebatang dahan. Aku leka memperhatikan kumpulan rama-rama dan cuba menangkapnya dengan jaring yang memang kubawa bersama. Aku lalu berehat seketikauntuk melonggarkan ototku yang kian kejang sambil menjaring rama-rama itu. Aku menikmati alam skeliling yang indah dan sunyi. Sejenak kemudian, anda mendapati kesemua anggota-anggota kumpulan sudah tiada lagi di sisiku. Hatiku menjadi runsing. Aku meluang sekuat-kuat hatiku sambil berharap launganku dapat didengar oleh sahabat-sahabatku. Sungguhpun begitu, tiada seorang pun yang menyambut launganku. Untuk berpatah balik, jaraknya amat jauh. Malah aku tidak biasa dengan jalan untuk turun. Sekiranya aku hanya menunggu di sini, beberapa jam lagi, hari akan bertukar malam. Jam di tanganku, sudah menunjukkan 6.30 petang. Apa akan terjadi sekiranya hujan turut dengan lebatnya.Tentu aku akan basah kuyup dan mengigil kesejukan. Tiba-tiba suatu idea menerjah dalam benakku. Aku mesti cuba menghampiri mana-mana sungai yang terdekat. Dengan berbuat demikian, aku tidak perlu risau tentang sumber air agar tidak kehausan. Kegelapan menutupi hutan itu. Perasaanku semakin kecut. Aku bimbang dibaham oleh haiwan-haiwan buas seperti pak belang dan babi hutan. Aku lalu menyanyi untuk menghiburkan diri. Aku bangun lalu mengumpul beberapa banyak ranting dahan kayu dan dedaun kering untuk dijadikan unggun api. Tujuannya amat berguna untuk menghalau nyamuk binatang buas. Perutku terasa sangat lapar. Tekakku kering dan haus. Aku mengeluarkan buku roti dari beg galas dan terus menyumbatkannya ke mulut. Aku tidak berasa malu kerana tiada sesiapa yang akan melihat gelagatku ini. Namun, makanan yang kutelan terasa keras macam batu. Seleraku hilang walaupun kelaparan. Seluruh badanku basah kuyup kerana banyak berpeluh.

Ketika itu juga aku menyesal kerana tidak menjejak langkah-langkah pasukan kami pada siang hari. Ah, aku tidak mahu terus melayan perasaan diri! Aku bingkas membentangkan tikar dekat unggun api. Aku perlu tidur untuk memulihkan kekuatan kerana esok aku perlu menjelajah lagi untuk mencari arah untuk keluar dari tempat ini. Sebelum melelapkan mata aku sekali lagi berdoa agar bantuan segera tiba dan siang akan cepat menjelma. Tiba-tiba aku tersentak apabila terdengar salakan anjing. Kusangka pasukan penyelamat sedang dalam perjalanan ke tempatku berehat. Aku bingkas bangun. Rupa-rupanya tiga orang pemburu sedang dalam perjalanan memasuki hutan untuk berburu. Mereka diiringi dua ekor anjing untuk membantu mengejar binatang yang diburu. Hatiku lega sekali. Apabila terserempak dengan mereka, aku menceritakan nasibku. Tanpa berlengah lagi mereka menawarkan untuk membawa aku keluar dari tempat ini awal pagi esoknya. Aku mengucap setinggi-tinggi kesyukuran kerana menyahut permintaanku sejak malam sebelumnya. Aku tidak pasti bila aku terlelap. Sedar -sedar mentari telah menyinsingkan cahayanya. Yang pasti aku telah bermalam di hutan itu bertemankan kesunyian rimba di sekelilingnya. Setelah terjaga, kurasakan sengal-sengal pada seluruh badanku. Lebam-lebam akibat gigitan nyamuk juga kelihataan. Sungguhpun demikian, aku gembira kerana telah terselamat. Tiba-tiba aku terdengar namaku dipanggil berterus-terusan. Laungan dari luar tidak beberapa jauh dari tempat aku tersesat ini amat biasa buat diriku. Aku menekap telinga untuk memastikan siapa yang melaung-laungkan namaku. Kini sahlah, mereka ialah ahli-ahli kumpulanku. Peter, Manjit, Zainal dan Kee Siong dan beberapa anggota polis sedang memasuki tempat aku tersesat semalam untuk menjejakiku. Aku berlari-lari anak untuk mendapatkan mereka. Tanpa kusedari air mata kegembiraan mengalir ke pipiku. Kini aku terselamat. Aku berjanji tidak akan leka lagi semasa keluar berekspedisi pada masa hadapan.

621 patah perkataan

Related Documents

Salinan Karangan
May 2020 19
Karangan
April 2020 49
Karangan
April 2020 63
Karangan
October 2019 78
Karangan
June 2020 31
Karangan
October 2019 55

More Documents from ""

Add Mths!!! Done...
May 2020 1
Add Mths Net
May 2020 2
Salinan Karangan
May 2020 19