(Untuk mengenang pahlawan anti-Jepun Lai Raifel, seorang rakan seperjuangannya Jang Chang yang meringkuk dalam penjara bersama beliau menulis sebuah sajak. Sajak tersebut telah diterbitkan oleh NAN DAO PUBLISHER dalam buku berjudul Tugu Darah tulisan Jang Chang pada tahun 1997.)
BERSEMADI UNTUK KAWAN RAIFEL *1 Oleh Jang Chang Di tengah jalan di Pusing Musim panas tahun 1943, Tiba-tiba disergap musuh *2 Beliau menyerbu dengan berani. Sebab tak mahir alam sekeliling Beliau terjerumus ke dalam paya Terjatuh ke tangan musuh Diseksa dipaksa menyerah diri Rela putih tulang, tak rela putih mata Mendakwa mengutuk musuh terlaknat Cita-cita kesateria tinggi mengawan Darah pahlawan menyirami medan pembunuhan
Askar dan polis musuh keparat Terpaksa menitiskan air mata kerananya *3 Keterangan dari penulis sajak: *1. Sebelum ditangkap oleh fasis Jepun, Lai Raifel adalah anggota Markas Besar Rejimen Ke-5 Negeri Perak, Tentera Anti-Jepun Rakyat Malaya, semasa korban, beliau baru berusia 21 tahun. *2. Beliau ditangkap musuh di sebelah pagi pada bulan November 1943. *3. Semasa korban, semangatnya telah mengharukan tidak sedikit anggota tentera dan polis sehingga mereka menitiskan air mata secara diam-diam.